10.02.2015 Views

Laporan Publisiti Awal - ePublisiti - JPBD

Laporan Publisiti Awal - ePublisiti - JPBD

Laporan Publisiti Awal - ePublisiti - JPBD

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Laporan Analisis Dan Strategi Pembangunan 1‐1

PERINGKAT KAJIAN

1.0 PENGENALAN

Peringkat Pertama

Peringkat Kedua

LAPORAN AWAL

Laporan Analisis dan Strategi Pembangunan Jilid 1 yang disediakan sebagai

dokumen ketiga yang mendahului penyerahan kajian Peringkat Kedua menurut

kaedah pendekatan kajian terkini yang digunapakai di dalam penyediaan Kajian

Rancangan Tempatan Hilir Perak.

Peringkat Semasa

LAPORAN ANALISIS DAN STRATEGI

(Jilid 1)

1.1 KANDUNGAN LAPORAN ANALISIS DAN STRATEGI PEMBANGUNAN

JILID 1 (LASP 1)

Pengenalan,

Halatuju dan

Teras

Pembangunan

Analisis

Keadaan

Semasa Isu Dan

Potensi

Strategik

Unjuran

Penduduk,

Keperluan

Tanah dan

lain‐lain

Strategi dan

Konsep

Pembangunan

Awalan

Laporan Analisis dan Strategi Pembangunan Jilid 1 (LASP1) ini akan

memperincikan perkara‐perkara berikut:

i. Pengenalan, Halatuju dan Teras Pembangunan

ii. Analisis Keadaan Semasa Isu dan Potensi Strategik Secara Transektoral

iii. Unjuran Penduduk dan Keperluan Tanah Pembangunan

iv. Strategi dan Konsep Pembangunan Awalan.

Peringkat Ketiga

LAPORAN ANALISIS DAN STRATEGI

(Jilid 2)

DRAF RANCANGAN TEMPATAN

HILIR PERAK

Laporan Analisis Dan Strategi Pembangunan (Jilid 2) pula akan disediakan lanjutan

dari penyediaan LASP1 dan akan memperincikan konsep dan strategi

pembangunan daerah, menyediakan cadangan awal projek dan zon guna tanah

serta penilaian kemampanan strategi serta cadangan awal yang dikemukakan.

Kandungan LASP1 ini akan menjadi asas kepada penyediaan Laporan Draf

Rancangan Tempatan yang akan disediakan di peringkat ketiga kajian kelak.

Laporan Analisis Dan Strategi Pembangunan 1‐2

1.2 KAWASAN KAJIAN RANCANGAN TEMPATAN HILIR PERAK

Rajah 1.1 : Lokasi Kawasan Rancangan Tempatan Daerah Hilir Perak

Kawasan Rancangan Tempatan (RT) Hilir Perak meliputi keseluruhan Daerah

Hilir Perak dan kawasan pesisiran pantai di dalam jarak 3 batu nautikal ke laut

(dengan keluasan tanah daratan 173,987.19 hektar). Ia disempadani oleh

Negeri Selangor di bahagian Selatan dan berjiran dengan tiga daerah lain di

Negeri Perak iaitu Batang Padang di bahagian Timur, Perak Tengah dan

Manjung di bahagian Utara. Rujuk Rajah 1.1 lokasi Kawasan Rancangan

Tempatan Daerah Hilir Perak, Rajah 1.2 untuk kedudukan mukim/blok

perancangan.

Kemudahsampaian semasa ke daerah ialah dari Bandar Setiawan dan Pekan

Sabak Bernam melalui Jalan Sepintas (FT5), Pekan Kampar melalui Jalan

Kampar‐Cangkat Jong (A147/58), Pekan Tapah melalui Jalan stesen (A10), Pekan

Bidor melalui Jalan Changkat Jong (58), Kg Batu Gajah ke Cenderong Balai

melalui jalan FT109. Manakala dari Lebuhraya Utara Selatan, laluan terdekat ke

daerah ialah melalui persimpangan Bidor ke Jalan Changkat Jong (58). Rujuk

Rajah 1.3 untuk perhubungan wilayah.

Terdapat sembilan (9) mukim di Daerah Hilir Perak, yang mana setiap satunya

mewakili satu blok perancangan. Mukim Hutan Melintang merupakan mukim

yang terbesar dengan keluasan 55,327.18 hektar yang mewakili 31.8% keluasan

keseluruhan daerah (rujuk Jadual 1.1, 1.2 dan Carta 1.1).

Jadual 1.1: Mukim‐mukim di Daerah Hilir Perak

BIL

MUKIM

BLOK

PERANCANGAN

PETEMPATAN UTAMA/PEKAN

Labu Kubong 1 Chenderong Balai

Sungai Manik 2 Chikus

Changkat Jong 3

Bt. 12‐ Simpang ,Changkat Jong, Chui Chak,

Langkap

Durian Sebatang 4 Teluk Intan

Hutan Melintang 5 Jenderata, Simpang Empat, Hutan Melintang

Rungkup 6 Rungkup, Selekoh

Bagan Datoh 7 Bagan Datoh

Teluk Baru 8 ‐

Sungai Durian 9 ‐

Rajah 1.2 : Daerah Hilir Perak Dan Kedudukan Mukim/Blok Perancangan.

Laporan Analisis Dan Strategi Pembangunan 1‐3

Laporan Analisis Dan Strategi Pembangunan

1‐

Jadual 1.2: Pecahan Keluasan Daerah Hilir Perak Mengikut Mukim

Mukim

Keluasan (Hektar)

Labu Kubong

8,805.84

5.06

Sungai Manik

5,837.80

3.36

Changkat Jong

21,242.47

12.211

Durian Sebatang

35,583.49

20.45

Hutan Melintang

55,327.18

31.80

Rungkup

11,607.90

6.67

Bagan Datoh

18,612.93

10.700

Teluk Baru

8,995.06

5.17

Sungai Durian

7,974.52

4.58

Jumlah Keseluruhan

173,987.19

100.000

Sumber: JUPEM, 2008

1.3 KAWASAN PENTADBIRAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN DAN

PIHAK BERKUASA PERANCANGAN TEMPATAN DAERAH HILIR

PERAK

Carta 1.1 : Pecahan Keluasan

Daerah mengikut

Mukim, 2010

60.000,00

31.80%

50.000,00

40.000,00

20.45%

30.000,00

20.000,00

12.21%

10.70%

10.000,00

6.67%

5.06% 5.17% 4.58%

3.36%

0,00

Kawasan kajian

yang meliputi

keseluruhan Daerah Hilir Perak ini

adalah merupakan

kawasan

pentadbiran Majlis Perbandaran Teluk

Intan (MPTI) dan Jabatan Perancangan

Bandar dan Desa (JPBD) Perak Darul

Ridzuan.

Majlis Perbandaran

Teluk

Intan

mempunyai kawasan pentadbiran

seluas 22,634.16 hektar (13%),

manakala kawasan selebihnya

(151,984.844 hektar) adalah terletak di

bawah pentadbiran Pihak Berkuasa

Perancang Tempatan; Jabatan

Perancangann Bandar dan Desa Perak

Darul Ridzuan. Rujuk Jadual 1.3 dan

Rajah 1.3 untuk perincian

Jadual 1.3 : Keluasan Daerah Hilir Perak Mengikut Kawasan Pentadbiran.

KAWASAN PENTADBIRAN

Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI)

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Perak

Darul Ridzuan

JUMLAH

Sumber : Pejabat Projek

Zon Tengah (JPBD SM) ), 2010

KELUASAN

(HEKTAR)

22,634.16

151,353.03

173,987.19

PERATUS

13.0

87.0

100.0

Majlis

Perbandaran

Teluk Intan

sebagai PBT.

Rajah 1.3 : Kawasan Pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan dan Pihak Berkuasa

Perancang Tempatan

Laporan Analisis Dan Strategi Pembangunan 1‐5

Laporan Analisis Dan Strategi Pembangunan

1‐

1.4 LATAR BELAKANG SEJARAH

DAERAH HILIR PERAK

Daerah Hilir Perak mempunyai kekuatan yang tidak

ternilai dari segi sejarah, iaitu daerah permulaan

kepada Sejarah Kesultanan Negeri Perak yang unik

dalam peta sejarah Tanah Melayu, oleh itu harus

dibangunkan sebagai asas untuk mempertingkatkan

martabat daerah ini pada masa hadapan 1 .

Ia bermula dengann larinya Sultan Mahmud Shah ke

Perak apabila Melaka dijajah oleh

Portugis pada

tahun 1511 dan titah Sultan Mahmud Shah supaya

anakandanya Rajaa Muzaffar Shah berkerajaan di

Perak. Di dalam perjalanan ke Perak, bahtera Raja

Muzaffar Shah telah tersangkut di Beting Beras

Basah di kuala Sungai Perak. Maka baginda pun

bersawab‐sawab titahnya:‐

“Sekongkong Tanah Minangkabau, Selilit Pulau

Perca, Di Lengkong Ular Saktimuna

Perpisahan Beta di Selat Melaka, Jika Sah Beta

Raja Berdaulat, Lepaskan Sekalian Malapetaka”

Titah ini telah disahut oleh semua penduduk yang

menanti di kuala sungai dengan teriakan “Daulat

Tuanku” sebanyak

tiga kali. Berikutan dengan ini,

bahtera kenaikan baginda pun terlepas daripada

beting dan masuk ke muara Sungai Perak sehingga

mendarat di Tanah

Abang. Pada tahun 1528, baginda

telah ditabalkan sebagai Sultan Perak yang pertama

dengan gelaran Paduka Seri Sultan Mudzaffar Shah

Ibni Almarhum Sultan Mahmud Shah dan ini juga

menandakan titik permulaan Sejarah Kesultanan

Negeri Perak. Berikutan ketibaan baginda, satu tanah

1 * Kajian Latar Belakang Sejarah Daerah Hilir Perak telah dibuat

menerusi kaedah “Analisis Dekstop”.

pemerintahann baru telah ditubuhkan di tebing

Sungai Perak, iaitu Teluk Intan dan bermulalah

pembangunan Daerah Hilir Perak sebagai lokasi

kediaman rasmi “Raja Muda Perak” dan “Rajaa Di

Hilir” serta sebahagian daripada

rombongan

pengiring Raja Muzaffar Shah.

Istana Raja Muda Perak di Bandar Teluk Intan yang telah

ditinggalkan sejak tahun1988.

Pada zaman awal Kesultanan Perak, Durian Sebatang

merupakan pangkalan yang sangat penting kepada

pembangunan ekonomi secara khususnya bijih

timah, hasil pertanian serta barang dagangan. Dari

segi pentadbiran, Durian Sebatang juga pernah

dijadikan sebagai pusat pemerintahan Sultan

Abdullah Muhammad Shah I; Sultan Perak ke‐22.

Semasa pemerintahan Sultan Abdullah Muhammad

II, Kampung Batak Rabit telah dijadikan sebagai pusat

pemerintahann baginda. Masjid Batak Rabit telah

dibangunkan dan menjadi tempat perancangan

tentangan Melayu terhadap Inggeris serta pakatan

pembunuhann Residen British;

J.W.W. Birch pada

tahun 1875.

Nama asal kepada Teluk Intan adalah Teluk Mak

Intan, bersempena nama penerokanya pada awal

abad ke‐19 iaitu saudagar Teluk Mak Intann yang

berasal daripada Mandahiling,

Sumatera.

Berikutan pembukaan Teluk Mak Intan, selain

daripada rombongan pengiring Raja Muzaffar

Shah, orang ramai yang berketurunan Jawa, Rawa,

Mandahiling, Minangkabau, Kampar serta India‐

ini.

Bombay

telah datang mendiami kawasan

Kebanyakan daripada mereka adalah petani dan

pedagang barangan tradisi seperti rempah ratus,

kain, parang dan sebagainya.

Persekitaran Bandar Teluk Anson (Teluk Intan) pada

tahun 1907.

Sumber : Malaya, 500 Early Postcards.

Di penghujung abad ke‐19, satu rancangan untuk

membina

sebuah perbandaran yang

menghubungkan beberapa kampung di sekitar

Teluk Intan telah dicadangkan oleh Sir Hugh Low;

dan dipersetujui oleh Sir Archibald Edward

Harbord

Anson; pemangku Gabenor Negeribandar

Negeri Selat. Dengan ini pelan pertama Teluk Intan telah dilukis

dan bandar ini telah

dinamakan Teluk Anson (15 Mac 1882) sebelum

ditukar semula kepada Teluk Intan oleh Sultan

Idris II pada Januari 1982.

Laporan Analisis Dan Strategi Pembangunan 1‐

Rancangan ini telah membangunkann Teluk Intan

sebagai sebuah pelabuhan untuk aktiviti eksport

hasil pertanian dan timah. Landasan kereta api

keempat dalam Malaya juga telah dibina untuk

menghubungi Tapah dan Teluk Intan. Pelabuhan

ini juga menjadi pusat pengedaran petroleum

Shell Malaysia sehinggalah mereka memindahkan

kemudahan penyimpanan petroleum

mereka ke

Lumut pada penghujung tahun 1980‐an akibat

keadaan sungai yang semakin cetek. Berikutan

dengan ini, kemudahan kereta api di Bandar Teluk

Intan juga telah kehilangan fungsinya.

Pada awal 1980‐an, dengan pembangunan

ekonomi, perbandaran serta bilangan penduduk

yang semakin meningkat, Menaraa Jam Tinggi

(Menara Condong)

telah dibina oleh Leong Choon

Cheong untuk menempatkan sebuah

tangki air di

Bandar Teluk Intan. Banjir besar yang berlaku

pada tahun 1889 dan 1895 telah melemahkan

asas menara dan menyebabkannyaa condong ke

sebelah kiri, menyebabkannya lebih dikenali

sebagai Menara Condong.

Kejadian pelanggaran gajar liar oleh kereta api di Teluk Anson pada tahun 1925.

Bandar Teluk Intan telah dinaiktaraf sebagai

Bandaraya, iaitu selepas Ipoh, Taiping dan

Manjung. Dengann ini, Majlis Perbandaran Teluk

Intan telah ditubuhkan dan menggantikan Majlis

Daerah Hilir Perak

yang ditubuhkan pada 5 April

1980.

Pemandangann di Pusat Bandar Teluk Intan pada tahun 1910.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!