10.02.2015 Views

Manual Penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS) - JPBD

Manual Penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS) - JPBD

Manual Penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS) - JPBD

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

MANUAL PENYEDIAAN SISTEM MAKLUMAT EKSEKUTIF (EIS)

1.0 PENDAHULUAN

Sistem Maklumat Eksekutif (EIS) merupakan aplikasi yang direkabentuk bagi

memudahkan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan,

Agensi Kerajaan serta orang awam menggunakan pangkalan data Sistem Maklumat

Geografi (GIS) bagi Rancangan Struktur atau Rancangan Tempatan dengan lebih tepat

dan pantas. Aplikasi EIS terbahagi kepada 2 kategori iaitu EIS Web dan EIS Stand Alone.

EIS Web merupakan aplikasi EIS berasaskan platfom rangkaian internet (WAN) atau GIS

Web Based. Manakala EIS Stand Alone adalah berasaskan platfom komputer di dalam

persekitaran terhad yang dihubungi menerusi sistem rangkaian setempat (LAN). Keduadua

kategori EIS ini mempunyai 2 komponen utama iaitu aplikasi EIS dan pangkalan

data. Aplikasi EIS Web diolah dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan Vbasic

Script, Java Script, ASP, Perl, Python, DHTML dan HTML. Manakala aplikasi EIS Stand

Alone pula diolah dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan seperti Avenue,

MapBasic dan Visual Basic.

Pangkalan data EIS terdiri daripada 5 komponen utama iaitu data spatial sektoral, data

tiga dimensi (3D), laporan, imej Raster dan graf/jadual. Kesemua 5 komponen

pangkalan data ini adalah mengikut format metadata dan struktur pangkalan data

Sistem Maklumat Geografi (GIS) bagi Rancangan Struktur serta Rancangan Tempatan

termasuklah klasifikasi gunatanah dan juga kod warna gunatanah yang dibangunkan.

Pangkalan data EIS ini juga mempunyai spesifikasi metadata yang berfungsi mengawal

keseragaman dan kesamaan dalam setiap struktur pangkalan data Rancangan Struktur

dan Rancangan Tempatan.

1.1 Matlamat EIS

i. Menyelaras dan mewujudkan keseragaman format pembangunan EIS bagi

Rancangan Pemajuan iaitu Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan bagi

memudahkan perkongsian data di peringkat Jabatan.

ii. Memantapkan pembangunan EIS bagi mempertingkatkan produktiviti

perkhidmatan perancangan bandar dan desa.

1.2 Objektif EIS

Objektif pembangunan EIS adalah seperti berikut;-

i. Untuk membangunkan satu Sistem Maklumat Eksekutif (EIS) yang dapat

memudahkan proses perkhidmatan kaunter dan proses permohonan

kebenaran merancang yang perlu dirujuk Rancangan Struktur dan Rancangan

Tempatan yang disediakan.

ii.

Untuk membantu pihak pengurusan bagi mendapatkan maklumat spatial

dengan mudah dan pantas dalam proses membuat keputusan perancangan di

dalam sesuatu mesyuarat atau perbincangan.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

1

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!