10.02.2015 Views

Manual Penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS) - JPBD

Manual Penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS) - JPBD

Manual Penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS) - JPBD

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

MANUAL

penyediaan

sistem maklumat eksekutif (EIS)

Bahagian Maklumat Gunatanah Negara

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Jalan Cenderasari

50646 Kuala Lumpur

Tel: 03-26989211 Faks : 03-2692 9994

Email: bmgn@townplan.gov.my

Url: http://www.townplan.gov.my

www.townplan.gov.my

Tarikh Terbitan : November 2009

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Jalan Cenderasari

50646 Kuala Lumpur

Bahagian Maklumat Gunatanah Negara

Hak Cipta Terpelihara

Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau

ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara

elektronik, gambar serta rakaman dan sebahagiannya tanpa kebenaran bertulis daripada pihak

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Semenanjung Malaysia terlebih dahulu

ISI KANDUNGAN

Perutusan Ketua Pengarah

Isi Kandungan

Senarai Rajah

Senarai Jadual

Senarai Singkatan Nama

Isi Kandungan

1.0 PENDAHULUAN 1

1.1 Matlamat EIS 1

1.2 Objektif EIS 1

1.3 Skop Kajian Perunding GIS 2

2.0 SISTEM MAKLUMAT EKSEKUTIF (EIS) 8

2.1 Pengenalan 8

2.2 Kebaikan EIS 8

2.3 Rekabentuk EIS 9

2.4 Pembangunan EIS Web 16

2.4.1 Perisian EIS Web 16

2.4.2 Direktori Pangkalan Data 28

2.4.3 Fungsi-Fungsi EIS Web 29

2.4.4 Perkongsian Data 30

2.4.5 Penyelenggaraan 31

2.4.6 Perkakasan 32

2.5 Pembangunan EIS Stand Alone 34

2.5.1 Perisian EIS Stand Alone 34

2.5.2 Bahasa Pengaturcaraan 34

2.5.3 Architecture System 35

2.5.4 Pangkalan Data 37

2.5.5 Fungsi-Fungsi EIS Stand Alone 39

2.5.6 Perkongsian Data 40

2.5.7 Penyelenggaraan 40

2.5.8 Perkakasan 41

2.6 Analisis Perbandingan Aplikasi EIS Web dan EIS Stand Alone 42

3.0 PANGKALAN DATA 45

3.1 Pengenalan 45

3.2 Pangkalan Data Rancangan Tempatan 45

3.2.1 Data Sektoral 45

3.2.2 Data Tiga Dimensi (3D) 45

3.2.3 Data Raster 46

3.2.4 Data Attribute 46

i

3.3 Pangkalan Data Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan 47

3.4 Entity Relationship Diagram (ERD) 49

3.5 Sistem Unjuran 56

3.5.1 Sistem Koordinat RSO 57

3.5.2 Sistem Koordinat GDM 2000 57

3.5.3 Sistem Koordinat Cassini Soldner 57

3.6 Pengemaskinian Pangkalan Data 58

3.6.1 Pengemaskinian Data Spatial 58

3.6.2 Pengemaskinian Data Atribut 58

3.7 Perkongsian Pangkalan Data EIS 59

4.0 FUNGSI-FUNGSI EIS 60

4.1 Pengenalan 60

4.2 Fungsi-fungsi Asas 60

4.3 Fungsi-fungsi Asas Pengguna Eksekutif 66

4.4 Fungsi-fungsi Asas Pengguna Admin 67

4.5 Fungsi-fungsi Asas Pengguna Awam 68

5.0 ISU PERLAKSANAAN EIS 69

5.1 Pengenalan 69

5.2 Sumber Manusia 69

5.3 Organisasi 70

5.4 Latihan 70

5.5 Perkakasan Komputer 70

5.6 Sistem Operasi 71

5.7 Jalur Lebar 71

5.8 Perisian Web GIS 71

5.9 Penyelenggaraan 72

5.9.1 Penyelenggaraan Perisian EIS 72

5.10 Pengurusan Pangkalan Data 73

5.11 Kos Pelaksanaan Pembangunan EIS 74

6.0 PENUTUP 75

ii

Senarai Jadual

Jadual 1.0 : Maklumat Penting Dalam Bahasa Kod Pengaturcaraan EIS

Jadual 2.0 : Ringkasan Interface Pengguna EIS

Jadual 3.0 : Fungsi-fungsi MapGuide

Jadual 4.0 : Spesifikasi MapGuide Server

Jadual 5.0 : Spesifikasi MapGuide Author

Jadual 6.0 : Fungsi-fungsi MapGuide Viewer

Jadual 7.0 : Fungsi-fungsi ArcIMS

Jadual 8.0 : Fungsi-fungsi MapExtreme

Jadual 9.0 : Spesifikasi Workstation

Jadual 10.0 : Spesifikasi Komputer Meja (Desktop)

Jadual 11.0 : Spesifikasi Komputer Riba (Notebook)

Jadual 12.0 : Spesifikasi Pelayan (Server)

Jadual 13.0 : Bahasa Pengaturcaraan EIS Stand Alone

Jadual 14.0 : Spesifikasi Workstation

Jadual 15.0 : Spesifikasi Komputer Meja (Desktop)

Jadual 16.0 : Spesifikasi Komputer Riba (Notebook)

Jadual 17.0 : Analisis SWOT Bagi Aplikasi EIS Web dan EIS Stand Alone

Jadual 18.0 : Sistem Koordinat Cassini bagi Setiap Negeri di Semenanjung Malaysia

Jadual 19.0 : Fungsi Sokongan GIS Dalam EIS

Jadual 20.0 : Fungsi-fungsi Ikon GIS Dalam EIS

Jadual 21.0 : Kos Perkakasan Komputer Bagi EIS Web

Jadual 22.0 : Kos Perkakasan Komputer EIS Stand Alone

Jadual 23.0 : Penyelenggaraan Perkakasan dan Perisian

Jadual 24.0 : Kos Perlaksanaan Pembangunan EIS di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

Senarai Rajah

Rajah 1.0 : Help File Aplikasi EIS

Rajah 2.0 : Maklumat Yang Perlu Ada Pada Cakera Padat EIS

Rajah 3.0 : Rekabentuk Aplikasi EIS Web

Rajah 4.0 : Rekabentuk Aplikasi EIS Stand Alone

Rajah 5.0 : Paparan Lapisan GIS Rancangan Struktur Pengguna Eksekutif

Rajah 6.0 : Paparan Lapisan GIS Rancangan Tempatan Pengguna Eksekutif

Rajah 7.0 : Paparan Lapisan GIS Rancangan Struktur Pengguna Awam

Rajah 8.0 : Paparan Lapisan GIS Rancangan Tempatan Pengguna Awam

Rajah 9.0 : Interface EIS Pengguna Eksekutif

Rajah 10.0 : Interface EIS Pentadbir Sistem

Rajah 11.0 : Interface EIS Pengguna Awam

Rajah 12.0 : Architecture System MapGuide

Rajah 13.0 : Architecture System Pangkalan Data MapGuide Bagi Aplikasi EIS Web

Rajah 14.0 : Architecture System ArcIMS

iii

Rajah 15.0 : Architecture System MapExtreme

Rajah 16.0 : Struktur Direktori Pangkalan Data Rancangan Struktur dan

Rancangan Tempatan bagi EIS Web

Rajah 17.0 : Perkongsian Data EIS Web

Rajah 18.0 : Architecture System ArcGIS

Rajah 19.0 : Architecture System MapInfo Professional

Rajah 20.0 : Struktur Direktori Pangkalan Data Kajian Rancangan Struktur dan

Kajian Rancangan Tempatan Bagi Komputer Pengguna

Rajah 21.0 : Struktur Direktori Pangkalan Data Kajian Rancangan Struktur dan

Kajian Rancangan Tempatan Bagi Pelayan (Server) GIS

Rajah 22.0 : Perkongsian Data bagi EIS Stand Alone

Rajah 23.0 : Model Pangkalan Data Kajian Rancangan Struktur

Rajah 24.0 : Model Pangkalan Data Kajian Rancangan Tempatan

Rajah 25.0 : Contoh ER-Diagram Bagi Data Perancangan Fizikal

Rajah 26.0 : Contoh ER-Diagram Bagi Data Penduduk

Rajah 27.0 : Contoh ER-Diagram Bagi Data Ekonomi

Rajah 28.0 : Contoh ER-Diagram Bagi Data Sosial

Rajah 29.0 : Contoh ER-Diagram Bagi Data Pengangkutan

Rajah 30.0 : Contoh ER-Diagram Bagi Data Utiliti

Rajah 31.0 : Contoh ER-Diagram Bagi Data Alam Sekitar

Rajah 32.0 : Contoh ER-Diagram Bagi Data Maklumat

Rajah 33.0 : Contoh ER-Diagram Bagi Data Pentadbiran

Rajah 34.0 : Contoh ER-Diagram Bagi Data Peta Asas

Rajah 35.0 : Architecture System Untuk Perkongsian Pangkalan Data Antara

EIS Stand Alone dan EIS Web

Rajah 36.0 : Fungsi Paparan EIS

Rajah 37.0 : Fungsi Carian EIS

Rajah 38.0 : Fungsi Pautan EIS

Rajah 39.0 : Peta GIS Dalam EIS

Rajah 40.0 : Fungsi-fungsi Lain Dalam EIS

Rajah 41.0 : Cadangan Organisasi Unit GIS di Pihak Berkuasa Tempatan

Senarai Singkatan Nama

Bahagian Maklumat Gunatanah Negara (BMGN)

Domain Name System (DNS)

Entity Relationship Diagram (ERD)

Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN)

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD)

One Stop Centre (OSC)

Rancangan Struktur (RSN)

Rancangan Tempatan (RT)

Rangkaian Meluas (WAN)

Rangkaian Setempat (LAN)

Relational Database Management System (RDBMS)

Sistem Maklumat Eksekutif (EIS)

Sistem Maklumat Geografi (GIS)

Sistem Pendudukan Satelit (Global Positioning System – GPS)

iv

MANUAL PENYEDIAAN

SISTEM MAKLUMAT EKSEKUTIF (EIS)

MANUAL PENYEDIAAN SISTEM MAKLUMAT EKSEKUTIF (EIS)

1.0 PENDAHULUAN

Sistem Maklumat Eksekutif (EIS) merupakan aplikasi yang direkabentuk bagi

memudahkan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan,

Agensi Kerajaan serta orang awam menggunakan pangkalan data Sistem Maklumat

Geografi (GIS) bagi Rancangan Struktur atau Rancangan Tempatan dengan lebih tepat

dan pantas. Aplikasi EIS terbahagi kepada 2 kategori iaitu EIS Web dan EIS Stand Alone.

EIS Web merupakan aplikasi EIS berasaskan platfom rangkaian internet (WAN) atau GIS

Web Based. Manakala EIS Stand Alone adalah berasaskan platfom komputer di dalam

persekitaran terhad yang dihubungi menerusi sistem rangkaian setempat (LAN). Keduadua

kategori EIS ini mempunyai 2 komponen utama iaitu aplikasi EIS dan pangkalan

data. Aplikasi EIS Web diolah dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan Vbasic

Script, Java Script, ASP, Perl, Python, DHTML dan HTML. Manakala aplikasi EIS Stand

Alone pula diolah dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan seperti Avenue,

MapBasic dan Visual Basic.

Pangkalan data EIS terdiri daripada 5 komponen utama iaitu data spatial sektoral, data

tiga dimensi (3D), laporan, imej Raster dan graf/jadual. Kesemua 5 komponen

pangkalan data ini adalah mengikut format metadata dan struktur pangkalan data

Sistem Maklumat Geografi (GIS) bagi Rancangan Struktur serta Rancangan Tempatan

termasuklah klasifikasi gunatanah dan juga kod warna gunatanah yang dibangunkan.

Pangkalan data EIS ini juga mempunyai spesifikasi metadata yang berfungsi mengawal

keseragaman dan kesamaan dalam setiap struktur pangkalan data Rancangan Struktur

dan Rancangan Tempatan.

1.1 Matlamat EIS

i. Menyelaras dan mewujudkan keseragaman format pembangunan EIS bagi

Rancangan Pemajuan iaitu Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan bagi

memudahkan perkongsian data di peringkat Jabatan.

ii. Memantapkan pembangunan EIS bagi mempertingkatkan produktiviti

perkhidmatan perancangan bandar dan desa.

1.2 Objektif EIS

Objektif pembangunan EIS adalah seperti berikut;-

i. Untuk membangunkan satu Sistem Maklumat Eksekutif (EIS) yang dapat

memudahkan proses perkhidmatan kaunter dan proses permohonan

kebenaran merancang yang perlu dirujuk Rancangan Struktur dan Rancangan

Tempatan yang disediakan.

ii.

Untuk membantu pihak pengurusan bagi mendapatkan maklumat spatial

dengan mudah dan pantas dalam proses membuat keputusan perancangan di

dalam sesuatu mesyuarat atau perbincangan.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

1

MANUAL PENYEDIAAN SISTEM MAKLUMAT EKSEKUTIF (EIS)

1.3 Skop Kajian Perunding GIS

Skop perunding GIS dalam membangunkan EIS meliputi perkara-perkara berikut;-

i. Perlaksanaan Rekabentuk EIS

Pada peringkat awal, perunding GIS akan berbincang dengan pengguna EIS iaitu Pihak

Berkuasa Tempatan atau jabatan terlibat mengenai rekabentuk awal interface EIS

sebelum pembangunan EIS dijalankan. Melalui perbincangan ini, komponen-komponen

EIS dapat dikenalpasti samada EIS dibangunkan dalam bentuk Web atau Stand Alone.

Setelah platfom EIS dikenalpasti, maka perbincangan seterusnya adalah mengenai

interface EIS yang perlu dimasukkan selain daripada interface fungsi-fungsi asas EIS

sediada. Melalui kaedah ini, versi draf Laporan Kajian Keperluan Pengguna EIS akan

dapat dikenal pasti dan dihasilkan supaya pengguna mengetahui hala tuju

pembangunan EIS pada masa akan datang.

ii.

Pembangunan Sistem EIS

Di peringkat ini, pembangunan EIS akan melibatkan kerja-kerja perincian elemenelemen

interface, menu pautan, arahan pengaturacaraan dan capaian dokumen dengan

menggunakan bahasa pengaturcaraan yang dipilih. Pada peringkat ini, perunding GIS

akan memerlukan tempoh yang lebih panjang untuk membangunkan setiap komponen

EIS yang telah dipersetujui di peringkat perlaksanaan rekabentuk EIS. Komponenkomponen

tersebut perlu diuji bagi melihat bagaimana ia berfungsi. Jika terdapat

kekurangan pada komponen EIS, pindaan atau tambahan perlu dilakukan di peringkat

ini.

Setiap kod pengaturcaraan yang dibangunkan, perunding GIS perlu mendokumenkan

kesemua kod tersebut untuk diserahkan kepada Bahagian Maklumat Gunatanah

Negara, JPBD setelah EIS dibangunkan.

iii.

Penyediaan Manual Pengguna EIS

Perunding GIS perlu menyediakan manual EIS kepada pihak berkuasa tempatan/

agensi/jabatan yang akan menggunapakai sistem EIS. Di dalam kandungan manual

pengguna EIS, ia perlu mengandungi perkara-perkara berikut ;-

a. Pengenalan Kandungan

Pengenalan EIS yang mengandungi tujuan dan matlamat pembangunan EIS serta

maklumat mengenai tahun Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan disediakan.

b. Hakmilik Sistem Penama

Hakmilik sistem mestilah dimiliki oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri

dan Pihak Berkuasa Tempatan yang akan menggunapakai sistem EIS setelah Rancangan

Struktur dan Rancangan Tempatan disiapkan.

2

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

MANUAL PENYEDIAAN SISTEM MAKLUMAT EKSEKUTIF (EIS)

c. Hakcipta Sistem Penama

Hakcipta sistem adalah organisasi yang membangunkan sistem EIS yang berkenaan.

d. Penafian Maklumat

Kemudahan ini berfungsi untuk memaklumkan kepada pengguna sekiranya apa-apa

perkara berlaku ke atas pangkalan data Sistem Maklumat Geografi (GIS), maka sumber

dalam bentuk laporan boleh digunapakai sebagai pilihan untuk mendapatkan maklumat

pangkalan data.

e. Spesifikasi Sistem

Bahagian ini menerangkan keperluan spesifikasi perkakasan yang sesuai digunapakai

dan keperluan perisian sokongan bagi melancarkan penggunaan EIS.

f. Panduan Pemasangan Sistem

Panduan pemasangan sistem menerangkan langkah-langkah terperinci kaedah

pemasangan sistem EIS di Pihak Berkuasa Tempatan atau agensi berkaitan. Kandungan

panduan pemasangan sistem haruslah dilengkapi dengan rajah dan keterangan yang

terperinci. Lampiran boleh digunakan jika ia melibatkan senarai jadual atau maklumat

yang panjang.

g. Sistem Maklumat Eksekutif

Sistem Maklumat Eksekutif menerangkan secara keseluruhan reka bentuk dan fungsi

setiap menu EIS kepada pengguna supaya pengguna dapat menggambarkan rekabentuk

EIS di peringkat awalan.

h. Panduan Pengguna Sistem Lanjutan

Panduan pengguna sistem lanjutan adalah merupakan panduan terperinci yang

dilengkapi dengan rajah-rajah beserta keterangan berkenaan penggunaan serta fungsi

sesuatu menu EIS. Panduan ini penting di dalam memudahkan pengguna memahami

perkara-perkara serta langkah-langkah yang perlu dilakukan di dalam sesebuah aplikasi

EIS. Berikut adalah perkara-perkara yang dilampirkan di dalam setiap manual pengguna

EIS:-

• Metadata pangkalan data EIS yang dibangunkan.

• Senarai peta cadangan, pelan sektoral, pelan subjek, pelan sisipan yang dimasukkan

ke dalam EIS.

• Senarai Laporan yang dimasukkan ke dalam EIS seperti Laporan Pemeriksaan,

Laporan Rancangan Struktur, Laporan Penemuan dan Strategi Pembangunan,

Laporan Rancangan Tempatan dan lain-lain.

• Senarai imej Raster yang dimasukkan seperti foto udara, imej satelit Ikonos,

Quickbird, Spot dan lain-lain.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

3

MANUAL PENYEDIAAN SISTEM MAKLUMAT EKSEKUTIF (EIS)

i. Manual Pengguna EIS

Manual Pengguna EIS ini telah dihasilkan di dalam 3 bentuk format iaitu;-

• Fail Bantuan ( Help File)

Fail bantuan dalam bentuk digital yang dihubungkan di dalam sistem (Built-In). Fail

bantuan ini hendaklah dibangunkan oleh perunding GIS. Pengguna boleh membuat

carian maklumat dan fail bantuan dapat memaparkan maklumat carian tersebut. Rajah

1.0 di bawah menunjukkan contoh fail bantuan di dalam sistem EIS.

Rajah 1.0 : Help File Aplikasi GIS

• Dokumen PDF (Softcopy)

Manual pengguna EIS perlu ditukar ke format PDF Softcopy agar pengguna boleh

mendapatkan manual EIS melalui internet. Manual EIS Softcopy akan disimpan di dalam

server EIS supaya mudah diakses oleh pengguna.

• Dokumen PDF (Hardcopy)

Manual pengguna EIS dalam bentuk Hardcopy hendaklah disediakan dan diserahkan

kepada Pihak Berkuasa Tempatan atau jabatan terlibat sebanyak tiga (3) salinan.

Manual Hardcopy tersebut adalah untuk simpanan dan rujukan pengguna EIS.

iv.

Latihan Pengguna EIS

Perunding GIS perlu memberi latihan berkenaan kaedah penggunaan EIS kepada Pihak

Berkuasa Tempatan atau jabatan-jabatan lain yang terlibat. Latihan yang diberi perlu

menyeluruh dan meliputi semua aspek teori dan pratikal tentang cara penggunaan EIS

agar pengguna dapat memahami bagaimana sistem EIS berfungsi.

4

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

MANUAL PENYEDIAAN SISTEM MAKLUMAT EKSEKUTIF (EIS)

Latihan pengguna EIS akan diberikan kepada sekurang-kurangnya 3 orang kakitangan

Pihak Berkuasa Tempatan yang berpengalaman terlebih dahulu. Kakitangan yang telah

menerima latihan tersebut perlu melatih kakitangan yang lain supaya kemahiran dan

pengalaman pengguna yang diperolehi dapat diperkembang dan dimanfaatkan. Latihan

yang diberi akan mengambil masa sekurang-kurangnya satu (1) hari dan akan dijalankan

di Pihak Berkuasa Tempatan atau di jabatan yang terlibat. Kandungan modul latihan

pengguna EIS adalah seperti berikut;-

a. Pengenalan Kepada EIS

Memberi pengenalan EIS kepada pengguna tentang tujuan, matlamat dan fungsi-fungsi

EIS dalam konteks Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan.

b. Latihan Pemasangan EIS

Mendedahkan kepada pengguna berkenaan langkah-langkah pemasangan sistem EIS

secara terperinci. Ia perlu dilengkapi rajah berserta keterangan dan mempamerkan

demonstrasi kepada pengguna berkenaan kaedah pemasangan EIS.

c. Latihan Mengakses EIS

Melatih pengguna untuk mengakses EIS menerusi internet termasuklah memaklumkan

alamat URL EIS kepada pengguna.

d. Latihan Menggunapakai Butang Menu EIS

Melatih pengguna menggunapakai butang menu EIS yang telah disediakan.

Menerangkan satu persatu setiap fungsi butang menu EIS kepada pengguna dengan

menunjukkan demonstrasi pada masa yang sama.

e. Latihan Membuka Pelan Subjek atau Pelan Sisip

Melatih pengguna cara mengakses pelan-pelan subjek dan sisip menerusi EIS.

f. Latihan Membuat Analisis Mudah

Melatih pengguna untuk membuat analisis yang mudah iaitu teknik mengukur jarak,

mengukur keluasan dan persempadanan kawasan.

g. Latihan Membuka Laporan

Memberi tunjuk ajar dan latihan kepada pengguna cara membuka Laporan Draf

Rancangan Tempatan yang disediakan dalam format PDF.

h. Latihan Mencetak

Melatih pengguna mencetak peta GIS dengan menggunakan fungsi cetak yang

disediakan di dalam EIS. Melatih pengguna mencetak peta GIS dalam pelbagai saiz

seperti format kertas iaitu A4, A1 atau A0.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

5

MANUAL PENYEDIAAN SISTEM MAKLUMAT EKSEKUTIF (EIS)

i. Latihan Mengemaskini Dan Menyelenggara Pangkalan Data

Melatih pengguna EIS terutama Pentadbir Sistem cara mengemaskini pangkalan data

EIS dengan menggunakan fungsi yang disediakan di dalam EIS. Di samping itu juga,

modul ini turut melatih Pentadbir Sistem berkenaan cara-cara menyelenggara

pangkalan data.

v. Kod Bahasa Pengaturcaraan

Di dalam pembangunan EIS, setiap perunding GIS perlu mendokumentasikan bahasa

kod pengaturcaraan yang telah dibangunkan sama ada yang dibangunkan untuk EIS

Web ataupun EIS Stand Alone. Kod pengaturcaraan yang telah didokumentasi perlu

diserah kepada Bahagian Maklumat Gunatanah Negara, JPBD Semenanjung Malaysia

untuk simpanan dan rujukan.

Kaedah penghantaran bahasa kod pengaturcaraan yang dibangunkan adalah dalam

bentuk Softcopy yang dimuatkan ke dalam medium berbentuk cakera keras. Cakera

keras yang disediakan perlulah dilabel sepertimana Rajah 2.0 di bawah supaya mudah

untuk dikenalpasti.

Rajah 2.0 : Maklumat Yang Perlu Ada Pada Cakera Padat EIS

Bahagian Maklumat Gunatanah Negara

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung

Malaysia

Kod Pengaturdaraan

Aplikasi : EIS Web

Disediakan Oleh :

Syarikat Atas Bawah Sdn. Bhd.

8hb. Ogos 2003

Setiap bahasa kod pengaturcaraan yang dibangunkan samada EIS Web atau EIS Stand

Alone perlu didokumentasikan secara sistematik dan dilengkapi dengan maklumatmaklumat

penting yang diperlukan. Berikut adalah senarai maklumat-maklumat penting

yang perlu ada di dalam setiap bahasa kod pengaturcaraan EIS;-

6

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

MANUAL PENYEDIAAN SISTEM MAKLUMAT EKSEKUTIF (EIS)

Jadual 1.0 : Maklumat Penting Dalam Bahasa Kod Pengaturcaraan EIS

Bil. Maklumat Keterangan

a. Nama Kod Nama kod pengaturcaraan yang dibangunkan.

b. Pengaturcara Nama individu yang mengaturcara kod pengaturcaraan.

c. Syarikat Syarikat yang membangunkan kod pengaturcaraan.

d. Tarikh Tarikh mula kod pengaturcaraan dibangunkan.

e. Versi Versi kod pengaturcaraan yang bermula dari 1.0.

f. Bahasa

Nyatakan bahasa yang digunakan untuk membangunkan kod

pengaturcaraan.

g. Tujuan

Beri sedikit keterangan tujuan kegunaan kod pengaturcaraan

tersebut.

h. Ralat Bug

Nyatakan ralat kod jika ada untuk rujukan pada masa

hadapan.

Berikut adalah contoh kod pengaturcaraan EIS Web yang telah mengambilkira

maklumat-maklumat penting yang perlu ada dalam bahasa kod pengaturcaraan EIS

sepertimana yang ditunjukkan pada Jadual 1.0.

'// Nama HTML : Pelan Subjek.html

'// Pengaturcara : Puteri Ledang

‘// Syarikat : Gunung Angin Sdn. Bhd.

'// Tarikh : 10.4.2001

'// Versi : 1.0

'// Bahasa

: Java Script

'// Tujuan

: Untuk membuka pelan subjek dalam format JPEG

'// Ralat

: Tiada

Berikut pula adalah contoh kod pengaturcaraan untuk EIS Stand Alone yang telah

mengambilkira maklumat-maklumat penting yang perlu ada di dalam bahasa kod

pengaturcaraan sesebuah EIS.

'// Nama Kod : frmRTDSPU_PelanSubjek

'// Pengaturcara : Ahmad Khaldun

‘// Syarikat : Depan Belakang Sdn. Bhd.

'// Tarikh : 12.7.2002

'// Versi : 1.0

'// Bahasa : Visual Basic 6.0

'// Tujuan

: Untuk membuka pelan subjek dalam format JPEG

'// Ralat

: Tiada

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

7

MANUAL PENYEDIAAN SISTEM MAKLUMAT EKSEKUTIF (EIS)

2.0 SISTEM MAKLUMAT EKSEKUTIF (EIS)

2.1 Pengenalan

Sistem Maklumat Eksekutif atau ringkasannya EIS, merupakan sebuah aplikasi GIS yang

telah diubahsuai menerusi sistem customization oleh perunding GIS. Tujuanya adalah

untuk menyelaras matlamat dan objektif pembangunan aplikasi EIS dalam penyediaan

Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan. Customization EIS boleh dilakukan

melalui dua kaedah iaitu EIS Web atau EIS Stand Alone. Kedua-dua kaedah ini

mempunyai objektif yang sama iaitu untuk memaparkan lapisan-lapisan (Layer) data

GIS, membuat carian maklumat GIS, mengasingkan pelan-pelan lapisan dalam

Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan sedia ada selain mencapai laporanlaporan

yang terkandung di dalamnya. Perbezaan di antara kedua-dua aplikasi ini

adalah dari segi platform operasi yang digunakannya iaitu EIS Web menggunakan

capaian Internet, manakala EIS Stand Alone menggunakan capaian Sistem Rangkaian

Setempat (LAN).

EIS berfungsi sebagai alat (Tools) kepada Pihak Berkuasa Tempatan untuk mewujudkan

sistem pangkalan data GIS berpusat bagi memudahkan pengguna mencapai dan

mengakses data-data GIS dengan lebih efisen, mudah dan pantas. Selaras dengan

kepesatan pembangunan teknologi jalur lebar masa kini, EIS Web yang bersifat global

boleh diakses oleh pengguna menerusi capaian internet dengan lebih cepat dan pantas

di mana-mana sahaja. Bagi EIS Stand Alone pula, walaupun capaian perkongsian data

merangkumi kawasan yang terhad, namun ianya amat penting kepada Pihak Berkuasa

Tempatan sebagai permulaan untuk mewujudkan persekitaran sistem EIS yang lebih

komprehensif.

Berdasarkan kepada kepesatan pembangunan moden masa kini, pendekatan EIS

penting sebagai satu alat (Tools) untuk mempertingkatkan sistem panyampaian oleh

Pihak Berkuasa Tempatan ke arah perkhidmatan yang lebih berkesan dan efisyen.

2.2 Kebaikan EIS

i. Orang Awam boleh menggunakan EIS Web atau EIS Stand Alone ketika proses

publisiti Draf Rancangan Tempatan (DRT) bagi membuat semakan terhadap

Rancangan Tempatan yang disediakan.

ii.

iii.

iv.

EIS boleh digunapakai di dalam penyediaan Rancangan Struktur oleh Jabatan

Perancangan Bandar dan Desa Negeri.

Pihak Berkuasa Tempatan boleh mempertingkatkan sistem penyampaian

perkhidmatan khususnya di dalam perspektif perancangan bandar dan desa

kepada orang awam.

Maklumat yang lebih cepat dapat disalurkan kepada pemaju atau perunding

berkenaan dengan sesuatu pembangunan sama ada ia dibenarkan ataupun

sebaliknya khususnya untuk tujuan permohonan kebenaran merancang.

8

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

MANUAL PENYEDIAAN SISTEM MAKLUMAT EKSEKUTIF (EIS)

v. Maklumat-maklumat yang terkandung dalam EIS boleh digunapakai di

peringkat eksekutif dan pihak pengurusan dalam proses membuat keputusan

berkaitan dengan perancangan pembangunan atau digunapakai di mesyuaratmesyuarat

di peringkat One Stop Centre (OSC), Majlis Penuh ataupun

Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN).

vi.

Menjadi sumber pendapatan sampingan kepada Pihak Berkuasa Tempatan yang

mana pelan-pelan GIS boleh dicetak dan dijual kepada pemaju atau individu

berkepentingan pada harga yang telah ditetapkan.

2.3 Rekabentuk EIS

Terdapat 4 perkara asas yang utama di dalam merekabentuk dan membangunkan

aplikasi EIS iaitu;-

i. Pangkalan Data

Rekabentuk pangkalan data GIS perlu mematuhi format metadata dan struktur

pangkalan data Sistem Maklumat Geografi Rancangan Struktur dan Rancangan

Tempatan yang dibuat bagi mewujudkan keseragaman pangkalan data GIS yang

dikumpulkan. Metadata pangkalan data GIS juga merujuk kepada klasifikasi gunatanah

dan kod warna gunatanah yang dibangunkan di Rancangan Struktur atau Rancangan

Tempatan.

Format metadata dan struktur pangkalan data Sistem Maklumat Geografi bagi

Rancangan Struktur mengandungi 9 perkara iaitu Perancangan Fizikal, Penduduk,

Ekonomi, Sosial, Pengangkutan, Utiliti, Alam Sekitar, Pentadbiran dan Peta Asas.

Manakala format metadata dan struktur pangkalan data Sistem Maklumat Geografi

Rancangan Tempatan pula mengandungi 10 perkara yang meliputi Perancangan Fizikal,

Penduduk, Ekonomi, Sosial, Pengangkutan, Utiliti, Alam Sekitar, Pentadbiran, Peta Asas

dan Maklumat Tanah.

ii.

Aplikasi

Aplikasi EIS terdiri daripada 2 kategori iaitu EIS Web dan EIS Stand Alone. EIS Web

dibangunkan di atas platform capaian internet yang mana pengguna boleh mengakses

EIS ini di mana jua dengan melayari internet. Manakala EIS Stand Alone dibangunkan di

atas platfom Windows dan pengguna hanya boleh mengakses EIS ini di dalam

lingkungan persekitaran rangkaian setempat (Local Area Network (LAN)).

Rekabentuk dan Archictecture System bagi kedua-dua kategori EIS ini adalah berbeza di

antara satu sama lain berdasarkan kepada platfom dan bahasa pengaturcaraan yang

digunapakai. Rekabentuk dan archictecture system bagi EIS Web adalah lebih kompleks

dan berskala besar kerana ia melibatkan sokongan komponen-komponen seperti Server

Internet Information Services (IIS), Rangkaian Meluas (WIDE Area Network – WAN),

Nama Domain (Domain Name System – DNS), Internet Protocol (IP) dan GIS Web Server.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

9

MANUAL PENYEDIAAN SISTEM MAKLUMAT EKSEKUTIF (EIS)

Rajah 3.0 : Rekabentuk Aplikasi EIS Web

Bagi EIS Stand Alone, rekabentuk dan archictecture system adalah lebih ringkas dan

berskala kecil kerana aplikasi ini hanya boleh digunakan di dalam persekitaran kawasan

yang terhad sahaja. Antara komponen-komponen yang terlibat adalah Server sistem

rangkaian setempat Local Area Network (LAN), Switch dan komputer pengguna. Rajah

4.0 di bawah menunjukkan rekabentuk aplikasi EIS Stand Alone.

Rajah 4.0 : Rekabentuk Aplikasi EIS Stand Alone

iii.

Pengguna

Pengguna aplikasi EIS Web atau EIS Stand Alone boleh dikategorikan kepada tiga

kumpulan iaitu;-

a. Pengguna Eksekutif

Pengguna Eksekutif terdiri daripada pihak pengurusan tertinggi seperti Menteri Besar,

Exco-Exco Kerajaan Negeri, Yang Dipertua, Setiausaha, Ketua Bahagian Perancangan

dan Pembangunan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan dan lain-lain. Pengguna

kategori ini akan menggunakan interface EIS eksekutif sepertimana yang tertera di

Rajah 9.0. Di antara peranan dan juga kelebihan yang diperolehi oleh pengguna

eksekutif adalah seperti berikut;-

• Mendapatkan maklumat mengenai keputusan permohonan kebenaran merancang

berdasarkan kepada nombor lot dan lokasi dengan lebih cepat dan tepat.

10

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

MANUAL PENYEDIAAN SISTEM MAKLUMAT EKSEKUTIF (EIS)

• Boleh mengakses maklumat berkenaan dengan perancangan dalam kawasan

pentadbirannya dengan lebih cepat, tepat dan terkini.

• Memberi maklumat tentang kawasan sempadan piliharaya dari segi lokasi,

sempadan, kependudukan, keadaan fizikal dan sebagainya bagi kegunaan

pilihanraya DUN dan Parlimen.

Pengguna Eksekutif boleh mengakses maklumat-maklumat yang dimuatkan dalam EIS

Eksekutif, dengan hanya memilih dan menekan pada menu yang disediakan dan

maklumat yang diperlukan akan terpapar di skrin. Paparan terperinci nama-nama peta

lapisan GIS tidak ditunjukkan kepada semua pengguna bagi memastikan data dan

maklumat penting dan terhad yang terkandung dalam EIS adalah terpelihara.

Namun demikian, Pengguna Eksekutif diberi keistimewaan untuk mendapatkan

maklumat-maklumat berkenaan dengan cara menekan pada butang di kotak sebelah

kiri yang menunjukkan nama-nama lapisan GIS yang terdapat di dalam format metadata

dan struktur pangkalan data Sistem Maklumat Geografi yang disediakan bagi

mendapatkan maklumat-maklumat yang diperlukan. Contoh paparan lapisan GIS bagi

Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan untuk Pengguna Eksekutif adalah seperti

di Rajah 5.0 dan Rajah 6.0.

Rajah 5.0 : Paparan Lapisan GIS Rancangan Struktur Pengguna Eksekutif

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

11

MANUAL PENYEDIAAN SISTEM MAKLUMAT EKSEKUTIF (EIS)

Rajah 6.0 : Paparan Lapisan GIS Rancangan Tempatan Pengguna Eksekutif

b. Pentadbir Sistem (System Administrator)

Pentadbir Sistem terdiri daripada pegawai Sistem Maklumat atau Pegawai Perancangan

Bandar dan Desa di Pihak Berkuasa Tempatan yang bertanggungjawab terhadap

perjalanan aplikasi EIS. Pentadbir Sistem EIS Rancangan Struktur perlu menggunakan

aplikasi Server User Profile untuk mendaftar dan mengurus akaun pengguna. Pentadbir

Sistem ini akan menggunakan interface EIS admin sepertimana yang ditunjukkan pada

Rajah 10.0. Di antara peranan Pentadbir Sistem adalah seperti berikut:-

• Mengemaskini pangkalan data GIS dengan menggunakan fungsi yang disediakan di

dalam EIS.

• Mengakses semua pangkalan data GIS Rancangan Struktur dan Rancangan

Tempatan.

Bagi pengguna EIS Admin, kesemua lapisan GIS Rancangan Struktur dan Rancangan

Tempatan akan dipaparkan. Ini bermakna, pengguna EIS Admin dapat melihat

keseluruhan lapisan GIS Rancangan Struktur atau Rancangan Tempatan yang

dibangunkan.

c. Pengguna Awam

Pengguna awam terdiri daripada pemilik tanah, pemaju, perunding dan oang awam.

Pengguna awam akan menggunakan interface EIS Awam sepertimana yang ditunjukkan

pada Rajah 11.0. Peranan pengguna awam adalah seperti berikut;-

• Menggalakkan penyertaan orang awam dalam semakan publisiti Draf Rancangan

Struktur atau Draf Rancangan Tempatan.

• Memberi peluang kepada orang awam untuk menyemak gunatanah sedia ada dan

cadangan yang boleh dibangunkan di atas lot-lot berkenaan.

• Memberi maklumat kepada orang awam mengenai zon dan kelas kegunaan tanah

bagi sesuatu kawasan ataupun lot tanah.

12

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

MANUAL PENYEDIAAN SISTEM MAKLUMAT EKSEKUTIF (EIS)

Bagi pengguna awam, paparan maklumat-maklumat dalam EIS awam adalah terhad.

Pengguna awam dihadkan untuk mengakses beberapa maklumat tertentu dalam EIS

atas faktor-faktor keselamatan. Contoh paparan lapisan GIS bagi Rancangan Struktur

dan Rancangan Tempatan untuk penggunan awam adalah seperti di Rajah 7.0 dan

Rajah 8.0.

Rajah 7.0 : Paparan Lapisan GIS Rancangan Struktur Pengguna Awam

Rajah 8.0: Paparan Lapisan GIS Rancangan Tempatan Pengguna Awam

iv.

Interface

Interface pengguna dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Interface EIS Pengguna

Eksekutif, Interface EIS Pentadbir Sistem (System Administrator) dan Interface EIS

pengguna awam.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

13

MANUAL PENYEDIAAN SISTEM MAKLUMAT EKSEKUTIF (EIS)

a. Interface EIS Pengguna Eksekutif

Interface EIS Pengguna Eksekutif akan digunakan oleh pihak pengurusan tertinggi yang

terdiri daripada Menteri Besar, Exco-Exco, Yang Dipertua, Setiausaha dan Ketua

Bahagian Perancangan dan Pembangunan di peringkat pihak berkuasa tempatan. Bagi

mengakses Interface EIS Pengguna Eksekutif pengguna perlu memasukkan kata nama

dan kata laluan yang telah didaftarkan dengan pihak pengurusan. Kata nama terdiri

daripada nama pengguna dan kata laluan adalah nombor kad pengenalan baru

pengguna.

Menu pada paparan interface EIS Eksekutif dibangunkan dengan ciri-ciri mesra

pengguna agar mudah dikendalikan. Tips Info Tool turut disediakan untuk memberi

panduan kepada pengguna tentang fungsi dan kegunaan sesuatu menu. Contoh

paparan interface EIS Eksekutif adalah seperti di Rajah 9.0.

Rajah 9.0 : Interface EIS Pengguna Eksekutif

b. Interface EIS Pentadbir Sistem (System Administrator)

Pengguna Interface EIS Pentadbir Sistem terdiri daripada pegawai pihak berkuasa

tempatan yang bertanggungjawab terhadap aplikasi EIS yang dibangunkan. Akses

kepada Interface EIS Pentadbir Sistem memerlukan pengguna memasukkan kata laluan

dan kata nama yang telah didaftarkan. Contoh paparan interface EIS Pentadbir Sistem

adalah seperti yang tertera pada Rajah 10.0.

Interface EIS Pentadbir Sistem akan memaparkan peta GIS beserta dengan senarai

nama lapisan data GIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan. Pengguna EIS

Pentadbir Sistem boleh mengemaskini data dan rekod gunatanah dengan menggunakan

tool kemaskini yang disediakan di dalam EIS.

14 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

MANUAL PENYEDIAAN SISTEM MAKLUMAT EKSEKUTIF (EIS)

Rajah 10.0 : Interface EIS Pentadbir Sistem

c. Interface EIS Pengguna Awam

Pengguna Interface EIS Pengguna Awam terdiri daripada pemilik tanah, pemaju,

perunding dan juga orang awam. Pengguna boleh terus akses ke Interface EIS tanpa

perlu memasukkan kata laluan dan kata nama. Interface EIS awam tidak mempunyai

fungsi analisis serta tidak boleh mengakses Laporan Penemuaan dan Laporan Strategi

Pembangunan. Contoh paparan interface EIS Pengguna Awam adalah seperti dalam

Rajah 11.0.

Rajah 11.0: Interface EIS Pengguna Awam

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

15

MANUAL PENYEDIAAN SISTEM MAKLUMAT EKSEKUTIF (EIS)

Jadual 2.0 menunjukkan ringkasan interface EIS bagi 3 kategori pengguna iaitu EIS

Pengguna Eksekutif, EIS Pentadbir Sistem (System Administrator) dan EIS Pengguna

Awam.

Jadual 2.0: Ringkasan Interface Pengguna EIS

Antaramuka

Pengguna

Kata

Laluan

Peta

GIS

Paparan

Lapisan

GIS

Carian

Maklumat

GIS

Pautan

Dokumen

& Pelan

Fungsi

GIS

Analisis

GIS

Bantuan

Sistem

Kemaskini

Info &

Akaun

Pengguna

Eksekutif 9 9 9 9 9 9 9 9 8

Pentadbir

Sistem

9 9 9 9 9 9 9 9 9

(Admin)

Awam 8 9 9 9 9 9 8 9 8

2.4 Pembangunan EIS Web

EIS Web merupakan sebuah sistem GIS yang dibangunkan di atas platform teknologi GIS

Web Based. Teknologi GIS Web Based adalah rangka penting di dalam architecture

system aplikasi pembangunan EIS Web kerana ia melibatkan komponen sistem yang

kompleks dan berskala besar. Setiap komponen sistem EIS Web ini mempunyai peranan

dan fungsinya yang tersendiri. Setiap komponen sistem EIS Web ini saling bergantung

antara satu sama lain untuk melancarkan EIS Web. Jika terdapat kerosakan atau

masalah tertentu pada komponen sistem, maka EIS Web tidak dapat diakses atau

dilayari. Oleh itu, aspek penyelenggaraan dan pemantauan operasi perjalanan aplikasi

EIS Web amat penting dan perlu diberikan perhatian. Ini adalah kerana, pengguna akan

mengakses EIS Web ini melalui rangkaian internet di seluruh dunia.

EIS Web mempunyai banyak kelebihan terutamanya dari perspektif perkongsian data

kerana ia menggunakan teknologi GIS Web Based. Teknologi ini membenarkan

perkongsian data dilaksanakan di mana pengguna boleh mengakses EIS Web menerusi

rangkaian internet di seluruh dunia. EIS Web juga amat pratikal digunapakai pada masa

kini memandangkan negara kita sudahpun mempunyai teknologi jalur lebar sedia ada.

Malah ia telah mencapai kelajuan sehingga minima 512 Kbps (Kilo Bytes Per Second)

hingga maksima 2 Mbps (Mega Bytes Per Second). Oleh yang demikian, pengguna tidak

mempunyai masalah untuk mengakses EIS WEB . Berdasarkan kepada kelajuan

tersebut, ia amat sesuai untuk aplikasi EIS Web.

2.4.1. Perisian EIS Web

Pada masa kini, terdapat banyak versi perisian GIS Web Based yang digunakan untuk

membina aplikasi EIS Web dijual di pasaran. Aplikasi EIS Web sering dibangunkan untuk

kegunaan sistem telekomunikasi, marin, perancangan gunatanah, elektrikal,

perbandaran, perhutanan, pengangkutan dan lain-lain kegunaan. Perisian EIS Web

Based terdiri daripada 2 kategori iaitu;-

i. GIS Web Based Viewer

ii.

GIS Web Based Open Source

16

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

MANUAL PENYEDIAAN SISTEM MAKLUMAT EKSEKUTIF (EIS)

i. GIS Web Based Viewer

Pengguna GIS Web Based Viewer memerlukan fail ActiveX untuk melancarkan fail GIS.

Fail ActiveX boleh dimuat turun secara percuma dari halaman GIS Web masing-masing.

Fail ActiveX boleh dimanipulasikan untuk tujuan rekabentuk semula (Customization)

aplikasi EIS Web. GIS Web Based ini menggunakan bahasa ActiveX masing-masing untuk

tujuan Customization. Lesen Web GIS adalah perlu dan bilangan akses pengguna

bergantung kepada spesifikasi yang ditentukan di dalam pakej perisian GIS Web Based.

EIS Web akan menggunakan GIS Web Base Viewer ini untuk tujuan pembangunan EIS

WEB Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan.

Berikut adalah senarai nama perisian GIS Web Based Viewer yang biasa digunakan

untuk kategori ini;-

a. MapGuide, Perisian Dari Produk AutoDesk

MapGuide adalah merupakan perisian yang dibangunkan oleh AutoDesk untuk

membantu pengguna di dalam mengakses peta dan data GIS menerusi rangkaian

internet. Versi terkini MapGuide adalah versi 6.5 yang sering digunapakai untuk

membangunkan sesebuah EIS Web.

• Fungsi MapGuide

Di antara fungsi-fungsi dan peranan MapGuide di dalam pembentukan EIS Web ini

adalah seperti yang dinyatakan pada Jadual 3.0.

Jadual 3.0 : Fungsi-fungsi MapGuide

Bil. Fungsi Keterangan

a. Format DWG

b. Format DWF

c.

SQL (Structured

Query Language)

d. Peta Lapisan GIS

e. Viewer

f. Peta GIS Interaktif

Boleh membangunkan peta lapisan GIS dalam

format DWG tanpa perlu ditukar ke format SDF. Ini

dapat menjimatkan masa dan tenaga.

MapGuide boleh menggunakan format DWF (Design

Web Format) dan membangunkan lapisan-lapisan

GIS dengan perisian AutoDesk.

MapGuide menggunakan Relational Database

Management System (RDBMS) untuk

mengendalikan SQL terhadap Pangkalan data

Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan.

MapGuide boleh memasukkan bilangan peta lapisan

GIS (layer) sehingga 500 lapisan peta.

Pemasangan MapGuide Viewer mudah dilakukan

oleh pengguna biasa.

MapGuide boleh memaparkan peta GIS menerusi

internet dengan format lapisan GIS yang boleh

diubahsuai seperti warna, simbol, perkataan, skala

paparan dan susunan lapisan GIS.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

17

MANUAL PENYEDIAAN SISTEM MAKLUMAT EKSEKUTIF (EIS)

Bil. Fungsi Keterangan

g. Akses Peta GIS

h. Format Data

i. Pangkalan Data

j. Sumber Akses

Peta GIS boleh diakses menerusi komputer atau

Personal Data Assistant (PDA) yang menggunakan

sistem operasi Windows CE.

MapGuide boleh membaca pelbagai format data

iaitu ESRI ShapeFile, Microstation DGN, MapInfo

Interchange File dan Lukisan format DWG.

MapGuide boleh diintegrasi dengan Pangkalan data

seperti OLE DB, ODBC, Oracle, SQL Server, Microsoft

Access, dBase dan lain-lain lagi.

MapGuide Spatial Data Provider (SDP) boleh

membuat beberapa sumber data yang boleh

membaca data GIS, lukisan DWG dan Pangkalan data

Oracle terus dari MapGuide Server.

k. Raster MapGuide boleh membaca format Raster.

l. Sistem Koordinat

MapGuide mempunyai parameter sediada sistem

koordinat seluruh dunia berjumlah 800 sistem

koordinat di samping mempunyai sistem pemetaan

yang tidak memerlukan sistem koordinat.

• Komponen Perisian

MapGuide ini mempunyai 4 komponen perisian yang digunakan bersama-sama di

dalam membina sesebuah EIS Web. Komponen-komponen perisian tersebut adalah;-

MapGuide Server - MapGuide Server berfungsi sebagai server terhadap permintaan dan

pertanyaan lapisan-lapisan GIS di mana MapGuide Server menggunakan Map Agents

untuk menjana pertanyaan dan permintaan lapisan-lapisan data GIS dari MapGuide

Author dan MapGuide Viewer. Jadual 4.0 adalah merupakan senarai spesifikasi

MapGuide Server.

Jadual 4.0 : Spesifikasi MapGuide Server

Bil. Fungsi Keterangan

a. Sistem Operasi

b. Interface

c. MapAgent Service

d. Sumber Akses

MapGuide Server menggunakan sistem operasi

Windows 2003.

MapGuide Server mempunyai interface untuk

merekod log akses pengguna ke Server GIS.

MapGuide Server menggunakan MapAgent Service

untuk menghantar dan menerima lapisan-lapisan

GIS ke internet.

Menggunakan Spatial Data ProvIDEr (SDP) untuk

membina sumber data GIS yang boleh membaca

format data: ShapeFile, DWG, MapIinfo Interchange

File, Oracle, ODBC, DB dan sebagainya.

18

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

MANUAL PENYEDIAAN SISTEM MAKLUMAT EKSEKUTIF (EIS)

MapGuide Author - MapGuide Author berfungsi sebagai perisian untuk memadatkan

pangkalan data Sistem Maklumat Geografi (GIS) Rancangan Struktur dan Rancangan

Tempatan yang disimpan dalam fail bernama *.WMF (Window Map File). Jadual 5.0

berikut adalah merupakan senarai spesifikasi MapGuide Author yang digunakan.

Jadual 5.0 : Spesifikasi MapGuide Author

Bil. Fungsi Keterangan

a.

MWF (Map Window

File)

b. Layer GIS

c. Simbol

d. Kapasiti Peta GIS

MapGuide Author akan memadatkan pangkalan data

GIS untuk menghasikan fail berformat WMF yang

akan dipaparkan di dalam internet.

Layer GIS disusun dengan menggunakan MapGuide

Author.

Simbol warna dan garisan boleh diubahsuai dengan

menggunakan MapGuide Author.

MapGuide Author boleh memasukkan bilangan peta

GIS sehingga 500 layer.

MapGuide Viewer - MapGuide Viewer berfungsi untuk memaparkan fail WMF yang

mengandungi layer Sistem Maklumat Geografi (GIS) Rancangan Struktur dan Rancangan

Tempatan di dalam EIS Web. Jadual 6.0 berikut adalah senarai fungsi MapGuide Viewer.

Jadual 6.0 : Fungsi-fungsi MapGuide Viewer

Bil. Fungsi Keterangan

a. Viewer

b. Kecil

Java Viewer atau fail Active X boleh dimuat turun

secara percuma dan (download) dari laman web

AutoDesk menerusi internet. Fail ActiveX diperlukan

untuk memaparkan lapisan-lapisan data GIS

Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan.

Saiz fail Java Viewer adalah kecil dan tidak

mengambil ruang penyimpanan yang besar dalam

cakera keras (Hard Disk).

c. Interface Mudah dan senang digunapaki oleh pengguna biasa.

d. Menu

e. Bahasa

f. Percetakan

Mempunyai pelbagai fungsi butang menu

diantaranya adalah manipulasi lapisan data GIS,

penyempadanan, pilih objek, zoom objek, membuat

pertanyaan dan percetakan.

Boleh membangunkan EIS Web dengan

menggunakan bahasa pengaturcaraan HTML,

JavaScript, VBScript dan XML.

Pengguna boleh mencetak peta GIS dalam pelbagai

saiz format A1, A2, A3 atau A4. Disamping itu,

maklumat seperti tajuk, petunjuk, skala peta, arah

utara, tarikh dan masa boleh diletakkan

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

19

MANUAL PENYEDIAAN SISTEM MAKLUMAT EKSEKUTIF (EIS)

Internet Information Systems - Internet Information Systems juga adalah merupakan

salah satu daripada komponen utama yang penting di dalam pembangunan EIS Web.

Internet Information Systems ( IIS) merupakan komponen Web yang menjadi perantara

komunikasi penting di antara MapGuide Server dengan EIS Web.

IIS secara langsung akan berfungsi di dalam mengurus, menyelia dan memantau operasi

Domain Name System (DNS), direktori Web folder dan juga mengawal tahap akses

pengguna internet.

• Architecture System MapGuide

Pembangunan EIS Web Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan juga boleh

menggunapakai model architecture system MapGuide yang sama. Ini adalah kerana

architecture system MapGuide telah direkabentuk dengan kaedah yang boleh

disesuaikan untuk kegunaan kedua-dua rancangan pemajuan tersebut. Architecture

system MapGuide yang dimaksudkan ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Bahagian

Pengurusan Sistem dan Bahagian Pengguna Sistem;-

Bahagian Pengurusan Sistem - Bahagian pengurusan sistem mempunyai architecture

system yang kompleks kerana ia melibatkan beberapa komponen sistem yang penting

kepada pembangunan EIS Web. Komponen-komponen yang terlibat di bahagian ini

adalah perisian MapGuide Server, MapGuide Author dan Internet Information SysteMS

(IIS). Komponen-komponen MapGuide Server dan IIS perlu dipasang di server MapGuide

Server. MapGuide Author pula perlu dipasang di stesen kerja (Workstation) yang

dihubungkan menerusi Sistem Rangkaian Setempat (LAN). Di dalam proses pemasangan

komponen-komponen tersebut, haruslah dipastikan bahawa kerja-kerja konfigurasi

dijalankan supaya setiap komponen yang dipasang mempunyai kesinambungan antara

satu sama lain. Ujian komponen perlu dijalankan dan direkod untuk tujuan rujukan dan

semakan sistem.

Bahagian Pengguna Sistem - Di bahagian ini, komponen-komponen yang digunakan

hanya melibatkan perisian MapGuide Viewer dan rangkaian internet sahaja. Pengguna

hanya perlu memuat turun fail ActiveX Viewer dari laman web AutoDesk untuk

memaparkan peta GIS di dalam EIS Web. Rajah 12.0 menunjukkan carta alir

architecture system MapGuide.

20

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

MANUAL PENYEDIAAN SISTEM MAKLUMAT EKSEKUTIF (EIS)

Rajah 12.0 : Architecture System MapGuide

• Pangkalan Data MapGuide

Pangkalan Data MapGuide menggunakan teknologi RDBMS (Relational Database

Management System) seperti OLE DB, ODBC, Oracle, SQL Server dan Microsoft Access

untuk menguruskan pangkalan data GIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan.

Direktori pangkalan data Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan ini diletakkan di

server GIS dan segala metadata Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan akan

diletakkan secara berasingan mengikut projek RTD dan RSN yang berkaitan. Sila rujuk

Rajah 13.0.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

21

MANUAL PENYEDIAAN SISTEM MAKLUMAT EKSEKUTIF (EIS)

Rajah 13.0: Architecture System Pangkalan Data MapGuide Bagi Aplikasi EIS Web

• Bahasa Pengaturcaraan

MapGuide menggunakan bahasa pengaturcaraan HyperText Markup Language (HTML),

JavaScript, VBScript dan Active Server Pages (ASP) serta ArcIMS.

b. ArcIMS, Perisian Dari Produk ESRI

ArcIMS adalah merupakan produk keluaran ESRI yang dibangunkan di atas platfom

server GIS Web Based. ArcIMS merupakan perisian yang membolehkan pengguna

mengakses peta dan data GIS menerusi rangkaian internet. Versi ArcIMS 9.2 adalah

merupakan versi terkini perisian ini. ArcIMS turut digunakan di dalam pelbagai aplikasi

yang berkaitan dengan GIS Web Based seperti pelancongan, pengangkutan,

perhutanan, ocenografi, kaji cuaca dan sebagainya.

22

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

MANUAL PENYEDIAAN SISTEM MAKLUMAT EKSEKUTIF (EIS)

• Fungsi

Di antara fungsi-fungsi dan peranan ArcIMS di dalam pembentukan sesebuah EIS Web

ini adalah seperti yang dinyatakan pada Jadual 7.0 di bawah.

Jadual 7.0 : Fungsi-fungsi ArcIMS

Bil. Fungsi Keterangan

a.

SQL (Structured

Query Language)

b. Viewer

c. Desktop

d. Peta GIS Interaktif

ArcIMS menggunakan teknologi RDMS (Relational

DaTaBase Management System).

Terdapat dua mod bahasa pengaturcaraan Viewer

iaitu HTML dan Java.

Dekstop ArcGIS seperti ArcView, ArcEditor, ArcInfo

dan ArcExplorer boleh digunakan untuk membuka

EIS Web ArcIMS.

ArcIMS boleh memaparkan peta GIS menerusi

internet dengan format lapisan GIS seperti warna,

simbol, perkataan, skala paparan dan susunan

lapisan GIS.

e. Format Data

ArcIMS boleh membaca pelbagai format data iaitu:

ESRI ShapeFile, ArcInfo coverages, DWG, DXF dan

DGN .

f. Raster ArcIMS boleh membaca format Raster.

g. Sistem Koordinat

ArcIMS boleh menggunakan sistem koordinat sedia

ada yang terdapat di dalam ArcGIS.

• Komponen Perisian

ArcIMS mempunyai 3 komponen perisian yang terlibat digunakan serentak untuk

membina sebuah EIS Web ArcIMS iaitu;-

ArcIMS Author – Fungsi ArcIMS Author adalah untuk mengurus pangkalan data GIS

Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan. Kesemua konfigurasi pangkalan data GIS

ini dilakukan dengan menggunakan ArcXML dan disimpan di dalam fail berjudul map

files.

ArcIMS Designer – Fungsi ArcIMS Designer adalah untuk menetapkan rekabentuk

interface EIS Web dari segi susunan table, frame, layout, kandungan dan fungsi-fungsi

yang perlu dimasukkan ke dalam EIS Web Rancangan Struktur dan Rancangan

Tempatan.

ArcIMS Administrator - ArcIMS Administrator bertindak sebagai server terhadap Map

Services server dan struktur Pangkalan data GIS Rancangan Struktur dan Rancangan

Tempatan.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

23

MANUAL PENYEDIAAN SISTEM MAKLUMAT EKSEKUTIF (EIS)

• Architecture System ArcIMS

Viewer architecture system ArcIMS memaparkan pangkalan data GIS Rancangan

Struktur dan Rancangan Tempatan dengan menggunakan dua mod bahasa

pengaturcaraan iaitu HTML dan Java. Mod bahasa pengaturcaraan Viewer ini

membenarkan pengguna mengakses interface EIS Web Rancangan Struktur dan

Rancangan Tempatan. Penggunaan dua mod bahasa pengaturcaraan tersebut, EIS Web

ArcIMS turut boleh diakses menerusi dekstop ArcGIS iaitu seperti ArcView, ArcEditor,

ArcInfo dan ArceExplorer 3.1.

Sistem Server ArcIMS memerlukan 4 komponen server bagi mengendalikan pangkalan

data GIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan iaitu;-

Web Server - Web Server merupakan perisian seperti Apache atau Internet Information

Service (IIS) yang harus ada untuk mengurus EIS Web Rancangan Struktur dan

Rancangan Tempatan. Tanpa perisian ini, Viewer dan Pelayan EIS Web tidak akan dapat

berinteraksi antara satu sama lain.

Application Server - Application Server merupakan komponen penting yang berfungsi

bagi mengurus query pangkalan data GIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan

dari Viewer atau Web Server. Di samping itu, Application Server juga berfungsi untuk

merekod aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Map Services di samping dapat berhubung

dengan server EIS Web yang lain.

Server Connectors - Server Connectors merupakan komponen penting sebagai

perantara (Middleware) di antara Web Server (Apache atau IIS) dengan Application

Server.

Spatial Server – Spatial Server merupakan komponen paling penting di dalam EIS Web

ArcIMS di mana ia berfungsi untuk mengakses pangkalan data GIS RT dan RSN selain

berfungsi untuk mengemaskini pangkalan data tersebut. Di samping itu juga, Spatial

Server ini dapat mengabungkan pangkalan data GIS Rancangan Struktur dan Rancangan

Tempatan mengikut format yang dikehendaki oleh pengguna EIS Web.

Data Level ArcIMS dapat membaca format data seperti ESRI shapefiles, ArcInfo

Coverages, Layers ArcSDE serta data berformat Raster seperti JPEG, GIF, BMP. GeoTIFF.

• Sistem Operasi

EIS Web memerlukan sistem operasi (Operating System – OS) Windows Server 2003

untuk server Web Server, kerana komponen-komponen MapGuide perlu dipasang di

atas platfom Windows Server 2003. Rajah 14.0 menunjukkan gambaran architecture

system EIS Web ArcIMS.

24

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

MANUAL PENYEDIAAN SISTEM MAKLUMAT EKSEKUTIF (EIS)

Rajah 14.0 : Architecture System ArcIMS

• Bahasa Pengaturcaraan

ArcIMS menggunakan bahasa pengaturcaraan ColdFusion, Microsoft ASP, Java atau pun

C++.

c. MapExtreme, Perisian Dari MapInfo

MapExtreme merupakan produk perisian yang dikeluarkan oleh MapInfo. MapExtreme

mempunyai dua versi platfom iaitu Windows dan Java. Pengguna MapExtreme boleh

mengakses EIS Web di mana-mana platfom sedia ada pada komputer pengguna.

• Fungsi

Fungsi dan peranan MapExtreme di dalam pembentukan sesebuah EIS Web adalah

seperti yang dinyatakan di Jadual 8.0.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

25

MANUAL PENYEDIAAN SISTEM MAKLUMAT EKSEKUTIF (EIS)

Jadual 8.0: Fungsi-fungsi MapExtreme

Bil. Fungsi Keterangan

a. Pengguna

Boleh memilih kategori maklumat untuk dipaparkan,

mengubahsuai paparan peta lapisan (layer) data GIS,

boleh membuat label untuk objek-objek di dalam

peta GIS dan menukar warna sesuatu poligon objek

GIS.

b. Lapisan GIS Lapisan GIS dipaparkan dalam mod renderers.

c. Viewer Menggunakan format GIF dan Java Applet.

d. Client

e. Peta GIS Interaktif

f. Format Data

g. Pangkalan Data

Terdapat tiga bentuk mod client iaitu Thin Client,

Medium Client dan Thick Client.

MapGuide boleh memaparkan peta GIS menerusi

internet dengan format lapisan GIS yang boleh

diubahsuai seperti warna, simbol, perkataan, skala

dan susunan lapisan GIS.

Hanya membaca format MapInfo TAB dan ESRI

Shape format.

Menggunakan teknologi RDBMS bagi Oracle dan SQL

Server.

h. Raster Boleh membaca format Raster.

• Architecture System

Komponen Architecture System bagi perisian MapExtreme terdiri daripada 3 kategori

Viewer iaitu;-

Thin Client – Pangkalan data GIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan akan

disimpan dalam format GIF. Fail ini akan dimasukkan ke dalam EIS Web untuk

dipaparkan kepada pengguna.

Medium Client - Pangkalan data GIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan akan

disimpan di dalam fail format GIF dan dimasukkan ke dalam EIS Web dengan Java

Applet untuk menjadikan peta GIS lebih interaktif.

Thick Client - Pangkalan data GIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan akan

dilayari menerusi browser EIS Web melalui enjin Java Applet. Bagi server MapExtreme,

server memerlukan perkara-perkara berikut untuk mengakses EIS Web di rangkaian

internet masing-masing;-

o

o

o

Web Server - Perisian Web Server terdiri daripada Apache atau Internet Information

Services (IIS).

Application Server - Perantara untuk Web Server berinteraksi dengan Map Server.

Map Server - Mengandungi fail MapExtreme Servlet Java Servlet untuk menghantar

query pangkalan data GIS ke pengguna EIS Web.

26

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

MANUAL PENYEDIAAN SISTEM MAKLUMAT EKSEKUTIF (EIS)

o

Map Object - Berfungsi untuk mengurus elemen-elemen yang berkaitan dengan

peta lapisan (layer) GIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan seperti

extents, zoom, sistem koordinat, lapisan data dan sebagainya apabila terdapat

query terhadap data GIS.

Renderers - Berfungsi untuk membenarkan map Server memaparkan peta GIS

Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan apabila terdapatnya fungsi query pada

peta lapisan GIS.

Providers - Berfungsi sebagai penghubung data di antara Map Object dan peta GIS.

Data Level MapExtreme boleh membaca format data MapInfo TAB dan ESRI ShapeFile

serta format Raster seperti TIF, JPEG, BPM, GeoTIFF dan lain-lain lagi. Rajah 15.0

menunjukan architecture system MapExtreme.

Rajah 15.0 : Architecture System MapExtreme

• Pangkalan Data

MapExtreme Java menggunakan teknologi RDBMS yang terdiri daripada Oracle dan

Microsoft SQL Server untuk mengurus, menyelia dan mengemaskini pangkalan data GIS

RT dan RSN.

• Bahasa Pengaturcaraan

MapExtreme menggunakan bahasa pengaturcaraan Java, HyperText Markup Language

(HTML), JavaScript, VBScript dan Active Server Pages (ASP).

ii. GIS Web Based Open Source

GIS Web Based Open Source adalah teknologi GIS Web Based yang menggunakan

bahasa pengaturcaraan seperti PHP, ASP.Net, VBSript, Java, Perl, Python dan ASP untuk

mengintegrasi sistem GIS dan pangkalan data Relational Database Management System

(RDBMS) ke dalam aplikasi GIS Web Based Open Source. Pengguna yang menggunakan

GIS Web Based ini hanya memerlukan browser dan internet untuk mengakses peta GIS.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

27

MANUAL PENYEDIAAN SISTEM MAKLUMAT EKSEKUTIF (EIS)

GIS Web Based ini boleh membaca pelbagai format data seperti ShapeFile, MapInfo File

(TAB), JPEG dan TIFF.

Berikut adalah senarai nama perisian GIS Web Based Open Source yang digunakan di

peringkat antarabangsa;-

• 3map • Demeter Terrain Engine

• Amein • DEM Tools

• ArcView APR Parser • DEMViewer

• AutoREALM • DGNLib

• AVPython • drawmap

• Batik • Fmaps

• BBBike • GeoServer

• BuddySpace • GpsDrive

• CAVOR • GPSMan

• CGAL • Gpspoint

• Chameleon • GPStrans

• Community Mapbuilder • GrADS

• Computer Vision Library • GRASSLinks

• DCMMS • iGeoPortal

• Deegree • Intergraph WMS Viewer

• InterMap • Python Cartographic Library

• Mapbender • rmap

• MapIt • Shapelib

• MapLab • SharpMap

• MapServer • STARS

• Map GuIDE Open Source • SVG Viewer

• OpenMap • Terraform

• OpenSVGMapServer • TerraLib ww. vhclmaps

• PostGIS • worldKit

• PROJ.4 • Zodius

2.4.2 Direktori Pangkalan Data

Pangkalan data EIS Web di simpan di dalam server GIS di mana struktur pangkalan data

Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan adalah mengikut spesifikasi format

metadata Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan yang disediakan oleh Bahagian

Maklumat Gunatanah Negara, JPBD. Rajah 16.0 menunjukkan struktur direktori

pangkalan data Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan bagi EIS Web.

28

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

MANUAL PENYEDIAAN SISTEM MAKLUMAT EKSEKUTIF (EIS)

Rajah 16.0 : Struktur Direktori Pangkalan Data Rancangan Struktur dan Rancangan

Tempatan Bagi EIS Web

2.4.3 Fungsi-Fungsi EIS Web

Berikut adalah merupakan 6 fungsi-fungsi asas EIS Web iaitu;-

i. Capaian

Fungsi capaian merupakan program capaian pantas kepada lapisan data GIS sedia ada

seperti capaian paparan blok perancangan, gunatanah semasa dan gunatanah

cadangan.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

29

MANUAL PENYEDIAAN SISTEM MAKLUMAT EKSEKUTIF (EIS)

ii.

Carian

Fungsi carian lebih kepada program operasi carian dan paparan maklumat. Buat masa

ini fungsi carian hanya menyediakan tiga kelas carian sahaja iaitu lot, jalan raya dan

kemudahan masyarakat.

iii.

Pautan

Pautan adalah sebuah program yang dibangunkan khusus untuk menghubungkan EIS

Web dengan dokumen-dokumen sedia ada lain seperti pelan, rajah dan laporan.

iv.

Peta GIS

Fungsi peta GIS adalah untuk memaparkan peta lapisan GIS Rancangan Struktur dan

Rancangan Tempatan di dalam EIS Web. Peta lapisan GIS Rancangan Struktur dan

Rancangan Tempatan ini akan dipaparkan pada tetingkap peta GIS. Peta GIS yang

dipaparkan sangat interaktif, dinamik dan pengguna boleh mejalankan manipulasi peta

lapisan GIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan. Peta GIS yang dipaparkan

juga adalah tepat dan mempunyai sistem koordinat tempatan samada Cassini, RSO atau

GDM2000. Imej satelit akan diletakkan ke dalam peta GIS di mana sistem akan

mengawal paparan imej satelit tersebut mengikut skala. Jika skala peta GIS yang

digunakan adalah kurang dari 1: 5000, maka imej satelit akan dipaparkan di dalam peta

GIS.

v. Sokongan GIS

Fungsi sokongan GIS adalah bertujuan untuk melakukan analisis yang mudah seperti

penyempadanan data GIS, pengukuran jarak, pengukuran luas, membuat graf serta

membuat pertindihan lapisan data GIS melalui aplikasi Google.

vi.

Fungsi GIS

Fungsi GIS adalah merupakan menu arahan yang sering digunakan untuk memanipulasi

peta GIS seperti arahan pilih objek, padam objek, Zoom In, Zoom Out, Zoom Fokus, Pan

dan Zoom All.

2.4.4 Perkongsian Data

EIS Web mempunyai kelebihan dari segi perkongsian data kerana rekabentuk sistem EIS

Web membenarkan pangkalan data GIS diakses menerusi Sistem Rangkaian Setempat

(LAN) atau Sistem Rangkaian Meluas (WAN). Menerusi kedua-dua rangkaian ini, data

boleh dipindah terima dari satu sumber ke sumber yang lain dengan mudah. Proses ini

berlaku berdasarkan protokol internet (IP) yang membolehkan pengguna melihat data

GIS dalam bentuk grafik dan juga informasi. Sila rujuk Rajah 17.0.

30

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

MANUAL PENYEDIAAN SISTEM MAKLUMAT EKSEKUTIF (EIS)

Rajah 17.0 : Perkongsian Data EIS Web

2.4.5 Penyelenggaraan

Perkara-perkara yang perlu diperhatikan dan memerlukan penyelenggaraan berkala

adalah terdiri daripada 3 perkara berikut;-

i. Fail ActiveX

Kebiasaannya penyelenggaraan EIS Web dilakukan mengikut kepada keperluan dan

tujuan kegunaan. Umumnya selepas sesuatu aplikasi EIS Web dipasang di dalam

komputer, ianya akan dibiarkan tanpa gangguan. Penyelenggaraan aplikasi EIS Web

dilakukan apabila perlu dinaik taraf versi sesuatu aplikasi ke versi yang terkini, sebagai

contoh fail ActiveX Viewer. Ini boleh dilakukan dengan memuat turun fail tersebut

menerusi laman web seperti AutoDesk, MapInfo atau ESRI. Versi fail ActiveX yang dinaik

taraf juga mengandungi beberapa fungsi-fungsi GIS yang terkini.

ii.

Pangkalan Data

Penyelenggaraan maklumat adalah berkaitrapat dengan pangkalan data GIS,

perkhidmatan server internet dan pelayan Web AutoDesk MapGuide. Sistem analis

perlu memastikan bahawa struktur direktori pangkalan data berada dalam keadaan

baik dan mematuhi spesifikasi metadata. Sentiasa mengawasi dan menyelia komponen

perkhidmatan server internet dan server Web AutoDesk MapGuide agar Sistem

Maklumat Rancangan Tempatan berjalan lancar.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

31

MANUAL PENYEDIAAN SISTEM MAKLUMAT EKSEKUTIF (EIS)

iii.

Peralatan fizikal

Penyelenggaraan fizikal adalah untuk memastikan supaya server Web dan server GIS

sentiasa berada dalam keadaan baik, bersih dan tersusun. Pentadbir sistem perlu

memastikan bahawa keadaan fizikal server sentiasa berada dalam keadaan baik dari

segi pendawaian dan sistem pendinginnya.

2.4.6 Perkakasan

Spesifikasi perkakasan komputer yang sesuai dan berkemampuan untuk melayari EIS

Web adalah seperti berikut;-

i. Workstation

Jadual 9.0 menunjukkan spesifikasi workstation yang dicadangkan di dalam aplikasi EIS

Web.

Jadual 9.0 : Spesifikasi Workstation

Perkara

Spesifikasi

Pemproses

Intel Pentium 4 Processor 3.00 GHz

Sistem Operasi

Windows XP Professional

Chip

Intel

Memori

2 GB DDR-2 SDRAM

Cakera Keras

200 GB SATA

Monitor

19” Flat Panel LCD

Kad Grafik 256 MB NVIDIA Quadro NVS 285

Pemacu Optik

48X DVD-ROM/CD-RW

ii.

Desktop

Spesifikasi komputer meja yang dicadangkan bagi pengguna-pengguna yang akan

melayari EIS Web di rangkaian internet adalah sepertimana yang dinyatakan pada

Jadual 10.0.

Jadual 10.0 : Spesifikasi Komputer Meja (Desktop)

Perkara

Spesifikasi

Pemproses

Intel Pentium 4 Processor 3.0 GHz

Sistem Operasi

Windows XP Professional

Chip

Intel

Memori

1 GB DDR-2 SDRAM

Cakera Keras

200 GB SATA

Monitor

19” Flat Panel LCD

Kad Grafik 256 MB NVIDIA Quadro NVS 285

Pemacu Optik

48X CD-ROM Drive

32

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

MANUAL PENYEDIAAN SISTEM MAKLUMAT EKSEKUTIF (EIS)

iii.

Komputer Riba (Notebook)

Bagi pengguna-pengguna yang melayari EIS Web dengan menggunakan komputer riba,

spesifikasi yang dicadangkan adalah seperti pada Jadual 11.0.

Jadual 11.0 : Spesifikasi Komputer Riba (Notebook)

Perkara

Spesifikasi

Pemproses

Tanpa Wayar

Bluetooth

Tanpa Wayar

Sistem Operasi

Chip

Memori

Cakera Keras

Monitor

Kad Grafik

Pemacu Optik

Intel Pentium M Processor 1.73 GHz

Intel PRO/Wireless 2200 Network

Connection 802.11b/g

Ya

Intel® Pro/Wireless 2200 802.11g

integrated wireless LAN

Windows XP Professional

Intel

1GB MB DDR-2 SDRAM

100 GB

15.4” colour TFT WXGA Display

64 MB DDR ATI Mobility Radeon X600

Graphics

24X CD Burner/DVD Combo Drive

iv.

Server

Server merupakan komponen yang paling penting di dalam memastikan kelancaran

penggunaan sesebuah EIS. Jadual 12.0 di bawah menunjukkan server GIS yang

dicadangkan untuk pengguna melayari EIS Web dengan lancar dan berkesan.

Jadual 12.0 : Spesifikasi Pelayan (Server)

Perkara

Pelayan

Pemproses

Bilangan Pemproses

Chip

Sistem Operasi

Memori

Cakera Keras

Antaramuka

Spesifikasi

ProLiant ML150 G2 Tower Server

Intel® Xeon processor 3.0GHz

2 Pemproses

Intel

Microsoft Windows Server

2 GB DDR-2 SDRAM

300 GB SATA

1 x Parallel, 1 x Serial, 1 x Pointing Device

(Mouse), 1 x VIDEo, 1 x Keyboard, 1 x

Network RJ-45, 2 x USB Ports

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

33

MANUAL PENYEDIAAN SISTEM MAKLUMAT EKSEKUTIF (EIS)

2.5 Pembangunan EIS Stand Alone

EIS Stand Alone adalah merupakan aplikasi yang dibangunkan dan dipasang untuk

kegunaan sesebuah komputer sahaja. Ini bermaksud, jika terdapat lebih dari satu

komputer yang akan digunakan untuk melayari EIS, maka setiap komputer tersebut

harus dilengkapi dengan aplikasi EIS Stand Alone.

2.5.1 Perisian EIS Stand Alone

Berikut adalah di antara perisian-perisian GIS yang biasa digunakan untuk

membangunkan sesebuah EIS Stand Alone;-

i. ArcGIS Engine

Perisian ArcGIS Engine merupakan set perisian yang komprehensif bagi penyediaan EIS

Stand Alone. Secara asasnya ArcGIS Engine mempunyai 2 komponen asas utama yang

mempunyai peranan yang berbeza. ArcGIS Engine Developer Kit digunakan bagi

menghasilkan paparan aplikasi melalui IDE (Interfece Development Environment)

tertentu seperti MS Visual Basic, MS Visual Studio.Net dan JBuilder. Perisian ini dapat

menghasilkan set suaipakai EIS dengan menggunakan komponen yang disediakan

seperti Map Control, TABle of Content Control dan Toolbar Control mengikut keperluan

EIS. Manakala ArcGIS Engine Runtime berperanan menyokong komponen ArcObject

yang disertakan dalam satu set instalasi berserta lesen perisian kepada pengguna bagi

aplikasi penjanaan EIS.

ii.

MapInfo Professional

MapInfo Professional adalah merupakan perisian GIS yang amat sesuai untuk

persembahan produk GIS dalam bentuk grafik dan data. Ciri-ciri perisian GIS ini sangat

mudah untuk membangunkan aplikasi EIS Stand Alone. Ini kerana MapInfo Professional

mudah diintegrasikan dengan bahasa-bahasa pengaturcaraan lain seperti Visual Basic.

Ini adalah kerana Visual Basic hanya dapat membaca format MapInfo TAB sahaja.

2.5.2 Bahasa Pengaturcaraan

Bahasa pengaturcaraan yang boleh digunapakai di dalam pembangunan EIS Stand

Alone adalah seperti pada Jadual 13.0 di bawah.

Jadual 13.0 : Bahasa Pengaturcaraan EIS Stand Alone

Bil. Perisian GIS Bahasa Pengaturcaraan

MS Visual Basic, MS Visual Studio.Net dan JBuilder

a. ArcGIS

Boleh menggunakan bahasa ini untuk tujuan

pembangunan aplikasi EIS.

Boleh menyokong pembangunan interface EIS

34

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

MANUAL PENYEDIAAN SISTEM MAKLUMAT EKSEKUTIF (EIS)

Bahasa Visual Basic - MapInfo mudah dan senang

menggunakan bahasa ini untuk tujuan

pembangunan EIS Stand Alone.

b. MapInfo Professional

Mempunyai interface yang menarik dan interaktif.

Bahasa MapBasic -Menggunakan bahasa MapInfo

yang boleh digunakan untuk tujuan pembangunan

EIS Stand Alone. -Mempunyai kekurangan dari segi

persembahan antaramuka kerana tidak begitu

menarik dan sukar merekabentuk antaramuka.

2.5.3 Architecture System

Architecture System yang digunakan di dalam pembangunan EIS Stand Alone dapat

dibahagikan kepada 2 jenis sistem iaitu;-

i. Architecture System ArcGIS

Architecture System ArcGIS yang digunakan di dalam pembangunan sesebuah EIS Stand

Alone melibatkan komponen-komponen berikut;-

• Komputer Pengguna - Komputer yang akan dilengkapi dengan aplikasi EIS Stand

Alone.

• Aplikasi EIS Stand Alone - Pengguna menggunakan EIS Stand Alone untuk

mengakses pangkalan data GIS, laporan, pelan dan rajah sama ada untuk

Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan.

• Sistem Rangkaian Setempat (LAN) - Infrastruktur kabel untuk menghubungkan

antara komputer pengguna dan server GIS.

• Server GIS – Server GIS akan menyimpan dan mengurus pangkalan data GIS

yang menggunakan format metadata dan struktur pangkalan data Sistem

Maklumat Geografi Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan. Rajah 18.0

di bawah menunjukkan architecture system ArcGIS yang digunakan.

• Pangkalan Data GIS - Pangkalan data GIS terdiri daripada format metadata dan

struktur pangkalan data Sistem Maklumat Geografi Rancangan Struktur dan

Rancangan Tempatan, klasifikasi gunatanah dan kod warna gunatanah yang

dibangunkan dalam Rancangan Struktur (RSN) dan Rancangan Tempatan (RT).

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

35

MANUAL PENYEDIAAN SISTEM MAKLUMAT EKSEKUTIF (EIS)

Rajah 18.0 : Architecture System ArcGIS

ii.

Architecture System MapInfo Professional

Architecture System MapInfo Professional yang digunakan untuk membangunkan

sesebuah EIS Stand Alone adalah melibatkan komponen-komponen seperti berikut;-

• Komputer pengguna berkenaan akan dipasang perisian EIS Stand Alone di mana

pengguna boleh mengakses pangkalan data GIS, laporan, pelan dan rajah seperti

yang terkandung di dalam Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan.

• Kabel bagi menghubungkan antara komputer pengguna dengan server GIS perlu

dilakukan bagi mengaktifkan Sistem Rangkaian Setempat (LAN).

• Komputer pelayan GIS (Server) yang akan menyimpan dan mengurus pangkalan

data GIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan.

• Pangkalan data GIS perlu diwujudkan sebagai komponen struktur pangkalan data

yang mana ianya perlu disusun mengikut folder dan spesifikasi metadata

Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan. Rujuk Rajah 19.0 di bawah.

Rajah 19.0 : Architecture System MapInfo Professional

36

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

MANUAL PENYEDIAAN SISTEM MAKLUMAT EKSEKUTIF (EIS)

2.5.4 Pangkalan Data

Pangkalan data EIS Stand Alone boleh disimpan di 2 lokasi iaitu;-

i. Komputer Pengguna

Pangkalan data Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan boleh disimpan di

komputer pengguna jika mempunyai ruang cakera keras (Hard Disk) yang besar dan

mencukupi. Struktur pangkalan data GIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan

perlu mengikut format metadata dan struktur pangkalan data Sistem Maklumat

Geografi Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan. Rajah 20.0 di bawah

menunjukkan struktur direktori pangkalan data Rancangan Struktur dan Rancangan

Tempatan yang disimpan di dalam komputer pengguna.

Rajah 20.0 : Struktur Direktori Pangkalan Data Rancangan Struktur dan Rancangan

Tempatan Bagi Komputer Pengguna

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

37

MANUAL PENYEDIAAN SISTEM MAKLUMAT EKSEKUTIF (EIS)

ii.

Server GIS

Pangkalan data Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan boleh disimpan di dalam

server dan dihubungkan kepada komputer pengguna melalui Sistem Rangkaian

Setempat (LAN). Struktur pangkalan data Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan

adalah mengikut spesifikasi format metadata dan struktur pangkalan data Sistem

Maklumat Geografi Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan. Rajah 21.0 di bawah

menunjukkan struktur pangkalan data Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan

bagi server GIS.

Rajah 21.0 : Struktur Direktori Pangkalan Data Rancangan Struktur dan Rancangan

Tempatan Bagi Server GIS

38

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

MANUAL PENYEDIAAN SISTEM MAKLUMAT EKSEKUTIF (EIS)

2.5.5 Fungsi-Fungsi EIS Stand Alone

Di dalam setiap aplikasi EIS Stand Alone, terdapat 6 fungsi asas penting yang perlu

diberi perhatian. Fungsi-fungsi asas tersebut adalah seperti berikut;-

i. Capaian

Fungsi capaian merupakan program capaian pantas pangkalan data GIS sedia ada

seperti capaian paparan blok perancangan, gunatanah semasa dan gunatanah

cadangan.

ii.

Carian

Fungsi carian lebih kepada program operasi carian dan paparan maklumat. Fungsi

carian hanya menyediakan tiga kelas carian sahaja iaitu lot, jalan raya dan kemudahan

masyarakat.

iii.

Pautan

Fungsi pautan adalah sebuah program yang dibangunkan untuk menghubungkan EIS

Stand Alone dengan dokumen-dokumen sediada seperti pelan, rajah dan laporan.

iv.

Peta GIS

Fungsi peta GIS adalah untuk memaparkan peta lapisan GIS Rancangan Struktur dan

Rancangan Tempatan di dalam EIS Stand Alone. Lapisan-lapisan GIS Rancangan Struktur

dan Rancangan Tempatan ini akan dipaparkan pada tetingkap peta GIS. Peta GIS yang

dipaparkan ini adalah interaktif, dinamik dan pengguna boleh melakukan manipulasi

terhadap peta lapisan GIS RSN dan RT. Imej satelit akan diletakan di dalam peta GIS

yang mana sistem GIS sendiri akan mengawal paparan imej satelit tersebut mengikut

skala yang bersesuaian. Sekiranya skala peta GIS yang digunakan adalah kurang dari

1:5000, maka imej satelit akan dapat dipaparkan di dalam peta GIS tersebut.

v. Sokongan GIS

Fungsi sokongan GIS adalah untuk membantu menjalankan analisis yang mudah seperti

penyempadanan data GIS, pengukuran jarak, pengukuran luas, membuat graf serta

membuat overlay lapisan data GIS dalam aplikasi Google .

vi.

Fungsi GIS

Fungsi GIS adalah merupakan menu arahan GIS yang sering digunakan untuk melakukan

manipulasi terhadap peta GIS seperti memilih objek, membuang objek, Zoom In, Zoom

Out, Zoom Focus, Pan dan juga Zoom All.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

39

MANUAL PENYEDIAAN SISTEM MAKLUMAT EKSEKUTIF (EIS)

2.5.6 Perkongsian Data

Perkongsian data Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan melalui EIS Stand Alone

boleh dilakukan jika Pihak Berkuasa Tempatan mempunyai kemudahan infrastruktur

sistem rangkaian setempat (LAN) dan server. Namun begitu perkongsian ini hanya

melibatkan kawasan yang terhad sahaja. Rajah 22.0 di bawah menunjukkan gambaran

perkongsian data bagi EIS Stand Alone.

Rajah 22.0 : Perkongsian Data Bagi EIS Stand Alone

2.5.7 Penyelenggaraan

Penyelenggaraan bagi sesebuah EIS Stand Alone boleh dibahagikan kepada 3 bahagian

iaitu;-

i. Aplikasi EIS Stand Alone

Penyelenggaraan aplikasi EIS Stand Alone boleh dilakukan sebulan sekali. Jika aplikasi

tersebut mempunyai masalah dari segi ralat (Bug) iaperlu direkod dan dilaporkan

kepada pentadbir sistem untuk tindakan selanjutnya. Perunding GIS yang

bertanggungjawab membangunkan aplikasi tersebut perlulah membina fail berformat

.exe yang baru dan bebas dari masalah tersebut.

ii.

Pangkalan Data

Pangkalan data EIS Stand Alone mesti diselenggara setiap minggu untuk memastikan

bahawa pangkalan data GIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan sentiasa

berada dalam keadaan terkini, teratur dan mengikut spesifikasi metadata GIS yang telah

ditetapkan. Sistem Analisis atau Pentadbir Sistem haruslah memastikan bahawa

struktur pangkalan data sentiasa berada dalam keadaan baik. Ruang yang ada di dalam

cakera keras (Hard Disk) haruslah diawasi supaya cakera keras tidak terlalu penuh

dengan fail-fail yang tidak sepatutnya. Sentiasa membuat salinan kedua (Backup)

terhadap pangkalan data Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan pada setiap

minggu. Ini bagi memastikan bahawa pangkalan data GIS Rancangan Struktur dan

Rancangan Tempatan sentiasa boleh digunakan.

40

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

MANUAL PENYEDIAAN SISTEM MAKLUMAT EKSEKUTIF (EIS)

iii.

Peralatan Fizikal

Penyelenggaraan peralatan fizikal penting dalam memastikan server GIS, Workstation

dan komputer (Desktop) pengguna sentiasa berada di dalam keadaan yang memuaskan.

Pentadbir Sistem perlu memastikan semua perkakasan komputer sentiasa bebas dari

pepijat (Bug) dan virus komputer. Sentiasa memastikan bahawa cakera keras (Hard

Disk), memori komputer (RAM), kad grafik dan Sistem Rangkaian Setempat (LAN)

sentiasa berada di dalam keadaan baik dan sempurna. Jika server diletak di bilik server

pastikan penghawa dingin berada dalam keadaan baik dan sempurna.

2.5.8 Perkakasan

Spesifikasi perkakasan yang sesuai dan boleh digunakan untuk melayari EIS Stand Alone

dengan baik dan lancar adalah seperti berikut;-

i. Workstation

Spesifikasi Workstation yang dicadangkan untuk pengguna melayari sesebuah EIS Stand

Alone adalah seperti yang ditunjukkan di Jadual 14.0 di bawah.

Jadual 14.0 : Spesifikasi Workstation

Perkara

Spesifikasi

Pemproses

Intel Pentium 4 Processor 3.00 GHz

Sistem Operasi

Windows XP Professional

Chip

Intel

Memori

1 GB DDR-2 SDRAM

Cakera Keras

200 GB SATA

Monitor

19” Flat Panel LCD

Kad Grafik 256 MB NVIDIA Quadro NVS 285

Pemacu Optik

48X DVD-ROM/CD-RW

ii.

Komputer Meja (Desktop)

Spesifikasi komputer meja (Desktop) yang dicadangkan untuk pengguna melayari

sesebuah EIS Stand Alone adalah seperti di Jadual 15.0 di bawah.

Jadual 15.0 : Spesifikasi Komputer Meja (Desktop)

Perkara

Pemproses

Sistem Operasi

Chip

Memori

Cakera Keras

Monitor

Spesifikasi

Intel Pentium 4 Processor 3.0 GHz

Windows XP Professional

Intel

512 RAM DDR-2 SDRAM

200 GB SATA

19” Flat Panel LCD

Kad Grafik 256 MB NVIDIA Quadro NVS 285

Pemacu Optik

48X CD-ROM Drive

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

41

MANUAL PENYEDIAAN SISTEM MAKLUMAT EKSEKUTIF (EIS)

iii.

Komputer Riba (Notebook)

Komputer riba (Notebook) yang sesuai untuk pengguna melayari sesebuah EIS Stand

Alone adalah berdasarkan kepada kemampuan ataupun spesifikasi komputer riba

(Notebook) tersebut. Berikut (Jadual 16.0) menunjukan spesifikasi-spesifikasi komputer

riba (Notebook) yang sesuai untuk tujuan tersebut.

Jadual 16.0 : Spesifikasi Komputer Riba (Notebook)

Perkara

Pemproses

Tanpa Wayar

Bluetooth

Tanpa Wayar

Sistem Operasi

Chip

Memori

Cakera Keras

Monitor

Kad Grafik

Pemacu Optik

Spesifikasi

Intel Pentium M Processor 1.73 GHz

Intel PRO/Wireless 2200 Network

Connection 802.11b/g

Ya

Intel® Pro/Wireless 2200 802.11g

integrated wireless LAN

Windows XP Professional

Intel

1GB MB DDR-2 SDRAM

100 GB

15.4” colour TFT WXGA Display

64 MB DDR ATI Mobility Radeon X600

Graphics

24X CD Burner/DVD Combo Drive

2.6 Analisis Perbandingan Aplikasi EIS Web dan EIS Stand Alone

Berikut adalah merupakan analisis perbandingan di antara aplikasi EIS Stand Alone dan

EIS Web yang telah dilakukan dengan menggunakan teknik analisis SWOT. Rujuk Jadual

17.0 di bawah.

Jadual 17.0 : Analisis SWOT Bagi Aplikasi EIS Web dan EIS Stand Alone

A. Kekuatan (Strenght)

Bil. EIS Web EIS Stand Alone

a.

b.

Pangkalan data di simpan di dalam

server

Pengurusan pangkalan data yang

baik dan sistematik.

Perkongsian data boleh

dilaksanakan menerusi internet

c.

(WAN) dan Sistem Rangkaian

Setempat (LAN).

Menggunakan teknologi jalur lebar

d.

berkelajuan maksima 2 gbps.

e. Penyelenggaraan dilakukan pada

satu lokasi sahaja.

Pengguna boleh mengakses

f.

maklumat GIS di internet.

Pangkalan data di simpan di server atau

komputer pengguna.

Perkongsian data boleh dilaksanakan di

dalam sempadan Sistem Rangkaian

Setempat (LAN) sahaja.

• Menggunakan kabel LAN

• Menggunakan infrastruktur LAN

Bagus untuk permulaan penggunaan GIS

di Pihak Berkuasa Tempatan yang kecil.

42

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

MANUAL PENYEDIAAN SISTEM MAKLUMAT EKSEKUTIF (EIS)

B. Kelemahan (Weakness)

Bil. EIS Web EIS Stand Alone

Perlu ada perisian Web Server Perlu dilengkapi dengan aplikasi EIS

a.

pada setiap komputer pengguna.

b.

c.

d.

e.

f.

g.

Memerlukan sistem operasi Windows

2003 Server.

Mengambil masa pemasangan

sistem.

•Menggunakan jalur lebar (Band

Width)

•Perlu menyediakan kemudahan jalur

lebar

Memerlukan spesifikasi perkakasan

komputer yang baik terutama server

GIS dan Web GIS Server.

Menggunakan sumber manusia yang

ramai.

Memerlukan penyelenggaraan dan

pemantauan sistem pada setiap

masa.

C. Peluang (Oppurtunity)

Bil. EIS Web EIS Stand Alone

a.

Maklumat dapat diakses oleh

pengguna yang berada di luar negara.

b.

Dapat mempromosikan kawasan

pentadbiran kepada dunia.

D. Ancaman (Threat)

Bil. EIS Web EIS Stand Alone

a.

b.

Pengodam internet yang dapat

mengodam pangkalan data GIS/EIS.

Pepijat komputer (virus), Malware,

Spyware yang berpunca daripada

penggunaan internet.

Perkongsian data hanya terhad dalam

kawasan Sistem Rangkaian Setempat

(LAN) sahaja.

Pengemaskinian data tidak berpusat

pada mana-mana komputer.

Memerlukan penyelenggaraan bagi

setiap komputer pengguna.

Pangkalan data GIS tidak dikemaskini

dari masa ke semasa

Terdapat banyak versi pangkalan data

GIS pada setiap komputer pengguna

disebabkan oleh sistem operasinya

tidak diberpusat.

Berdasarkan kepada analisis SWOT, Bahagian Maklumat Gunatanah Negara, JPBD

Semenanjung Malaysia bersetuju bahawa penggunaan EIS Web adalah lebih efektif dan

praktikal berbanding dengan EIS Stand Alone. Oleh yang demikian, EIS Web perlu

dibangunkan di dalam setiap penyediaan Rancangan Struktur dan Rancangan

Tempatan. Di antara kelebihan EIS Web adalah :

i. Perkongsian data antara agensi awam dan JPBD dapat dilaksanakan dengan

lebih efisyen dan menjimatkan masa dengan terdapatnya teknologi jalur lebar

yang berkapasiti tinggi.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

43

MANUAL PENYEDIAAN SISTEM MAKLUMAT EKSEKUTIF (EIS)

ii.

iii.

iv.

Dapat menjimatkan masa dan tenaga untuk membuat carian maklumat GIS

Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan. Pencarian maklumat GIS hanya

dapat dicapai dengan hanya menggunakan internet sebagai platform

perhubungan di mana-mana sahaja.

Pangkalan data GIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan sentiasa

dikemaskini dari masa ke semasa dan ia hanya disimpan dan dikemaskini secara

berpusat melalui sebuah server GIS.

Kualiti dokumen Projek Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan seperi

pelan, rajah, laporan, garis panduan dan kelas gunatanah adalah lebih terjamin.

v. Capaian dokumen-dokumen Projek Rancangan Struktur dan Rancangan

Tempatan adalah lebih sistematik dan teratur kerana ia mengikut spesifikasi

format metadata dan struktur pangkalan data Sistem Maklumat Geografi

Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan yang disimpan di dalam server

Web GIS.

vi. Menyokong dasar kerajaan di dalam menggalakkan penggunaan ICT

terutamanya aplikasi GIS di dalam memantapkan kualiti sistem penyampaian

perkhidmatan agensi kerajaan.

44

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

MANUAL PENYEDIAAN SISTEM MAKLUMAT EKSEKUTIF (EIS)

3.0 PANGKALAN DATA

3.1 Pengenalan

Secara umumnya, pangkalan data GIS merupakan koleksi data spatial yang

membolehkan penggunanya mendapatkan maklumat yang diperlukan. Setiap EIS

samada EIS Web atau EIS Stand Alone mempunyai pangkalan data tersendiri sama ada

untuk Rancangan Struktur mahupun untuk Rancangan Tempatan. Pangkalan data EIS

Web akan dimuat turun ke server GIS manakala data EIS Stand Alone akan di simpan di

server GIS ataupun komputer pengguna sahaja.

Pangkalan data GIS hendaklah mengikut spesifikasi format metadata dan struktur

pangkalan data Sistem Maklumat Geografi Rancangan Struktur dan Rancangan

Tempatan yang telah ditetapkan oleh Bahagian Maklumat Gunatanah Negara, JPBD

Semenanjung Malaysia. Keseragaman struktur pangkalan data GIS adalah amat penting

di dalam Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan terutamanya di dalam operasi

carian (query) dan paparan peta GIS. Oleh yang demikian, perancangan Projek

Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan yang akan dijalankan haruslah mematuhi

piawaian skop metadata GIS yang telah ditetapkan. Setiap penambahan metadata GIS

hendaklah direkodkan oleh perunding GIS agar kerja-kerja pengurusan pangkalan data

dapat dilakukan dengan lebih efisen.

3.2 Pangkalan Data Rancangan Tempatan

Penyediaan struktur pangkalan data yang terancang dapat memudahkan rekabentuk

pembangunan sistem yang dicadangkan. Penyediaan pangkalan data ini akan

disediakan dalam bentuk spatial dan attribute. Antara kandungan pangkalan data ini

merangkumi;-

3.2.1 Data Sektoral

Data Rancangan Tempatan akan disimpan secara sistematik mengikut sektor seperti

Perancangan Fizikal, Penduduk, Ekonomi, Sosial, Pengangkutan, Utiliti, Alam Sekitar,

Pentadbiran dan Maklumat Tanah serta penambahan satu folder asas iaitu Peta Asas.

Manakala data Rancangan Struktur terdiri daripada data sektoral seperti Perancangan

Fizikal, Penduduk, Ekonomi, Sosial, Pengangkutan, Utiliti, Alam Sekitar dan Pentadbiran

serta turut mengandungi pernambahan satu Folder asas iaitu Peta Asas.

3.2.2 Data Tiga Dimensi (3D)

Data spatial tiga dimensi (3D) dapat dijanakan melalui data GIS yang mempunyai sistem

koordinat X, Y dan Z. Sebagai contoh, data topografi terdiri daripada garisan kontur

berserta spot height. Melalui data 2-dimensi ini, ia dapat di bangunkan menjadi 3-

dimensi.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

45

MANUAL PENYEDIAAN SISTEM MAKLUMAT EKSEKUTIF (EIS)

3.2.3 Data Raster

Data Raster seperti imej satelit daripada Ikonos, Spot, Quickbird, Landsat, foto udara

dan salinan pelan bercetak (hardcopy) yang telah diimbas seperti contoh di bawah.

3.2.4 Data Attribute

Data attribute adalah data-data bertulis yang terdapat pada dokumen Rancangan

Struktur atau Rancangan Tempatan. Data-data ini akan direkodkan dan disimpan

didalam bentuk softcopy.

46

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

MANUAL PENYEDIAAN SISTEM MAKLUMAT EKSEKUTIF (EIS)

3.3 Pangkalan Data Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan

Sumber : Format Metadata dan Struktur Pangkalan Data Sistem Maklumat Geografi, Rancangan Struktur,

Oktober 2007

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

47

MANUAL PENYEDIAAN SISTEM MAKLUMAT EKSEKUTIF (EIS)

Rajah 24.0: Model Pangkalan Data Rancangan Tempatan

Sumber : Format Metadata dan Struktur Pangkalan Data Sistem Maklumat Geografi Rancangan

Tempatan Oktober 2007

48

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

MANUAL PENYEDIAAN SISTEM MAKLUMAT EKSEKUTIF (EIS)

3.4 Entity Relationship Diagram (ERD)

Penggunaan Rajah ERD dalam konteks ini mengandungi dua elemen penting iaitu entiti

dan perhubungan. Entiti merupakan suatu objek yang diwujudkan dan ia adalah berkait

rapat dengan keadaan fizikal rupabentuk sebenar bumi. Selain daripada itu, ia juga

mengandungi maklumat attribute yang tepat dan terperinci. Sebagai contoh attribute

semasa, aktiviti 1 dan aktiviti 2 adalah merupakan attribute untuk objek atau entiti

gunatanah. Perhubungan adalah merupakan perkaitan antara satu entiti dengan entiti

yang lain. Sebagai contoh, perhubungan antara antara entiti Gunatanah dan entiti Sosial

yang dihubungkan dengan kekunci Geokod. Rekabentuk logikal ERD dapat digambar di

Rajah 25.0 sehingga Rajah 34.0.

Rajah 25.0 : Contoh ER-Diagram Bagi Data Perancangan Fizikal

Sumber : Format Metadata dan Struktur Pangkalan Data Sistem Maklumat Geografi, Rancangan

Tempatan, Oktober 2007

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

49

MANUAL PENYEDIAAN SISTEM MAKLUMAT EKSEKUTIF (EIS)

Rajah 26.0 : Contoh ER-Diagram Bagi Data Penduduk

Sumber : Format Metadata dan Struktur Pangkalan Data Sistem Maklumat Geografi, Rancangan

Tempatan, Oktober 2007

Rajah 27.0 : Contoh ER-Diagram Bagi Data Ekonomi

Sumber : Format Metadata dan Struktur Pangkalan Data Sistem Maklumat Geografi, Rancangan

Tempatan, Oktober 2007

50

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

MANUAL PENYEDIAAN SISTEM MAKLUMAT EKSEKUTIF (EIS)

Rajah 28.0 : Contoh ER-Diagram Bagi Data Sosial

Sumber : Format Metadata dan Struktur Pangkalan Data Sistem Maklumat Geografi, Rancangan

Tempatan, Oktober 2007

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

51

MANUAL PENYEDIAAN SISTEM MAKLUMAT EKSEKUTIF (EIS)

Rajah 29.0 : Contoh ER-Diagram Bagi Data Pengangkutan

Sumber : Format Metadata dan Struktur Pangkalan Data Sistem Maklumat Geografi, Rancangan

Tempatan, Oktober 2007

52

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

MANUAL PENYEDIAAN SISTEM MAKLUMAT EKSEKUTIF (EIS)

Rajah 30.0 : Contoh ER-Diagram Bagi Data Utiliti

Sumber : Format Metadata dan Struktur Pangkalan Data Sistem Maklumat Geografi, Rancangan

Tempatan, Oktober 2007

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

53

MANUAL PENYEDIAAN SISTEM MAKLUMAT EKSEKUTIF (EIS)

Rajah 31.0 : Contoh ER-Diagram Bagi Data Alam Sekitar

Sumber : Format Metadata dan Struktur Pangkalan Data Sistem Maklumat Geografi, Rancangan

Tempatan, Oktober 2007

Rajah 32.0 : Contoh ER-Diagram Bagi Data Maklumat Tanah

Sumber : Format Metadata dan Struktur Pangkalan Data Sistem Maklumat Geografi, Rancangan

Tempatan, Oktober 2007

54

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

MANUAL PENYEDIAAN SISTEM MAKLUMAT EKSEKUTIF (EIS)

Rajah 33.0 : Contoh ER-Diagram Bagi Data Pentadbiran

Sumber : Format Metadata dan Struktur Pangkalan Data Sistem Maklumat Geografi, Rancangan

Tempatan, Oktober 2007

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

55

MANUAL PENYEDIAAN SISTEM MAKLUMAT EKSEKUTIF (EIS)

Rajah 34.0 : Contoh ER-Diagram Bagi Data Peta Asas

Sumber : Format Metadata dan Struktur Pangkalan Data Sistem Maklumat Geografi Rancangan

Tempatan, Oktober 2007

3.5 Sistem Unjuran

Sistem unjuran pemetaan di Semenanjung Malaysia yang mempunyai keluasan 51,000

batu persegi, meliputi kawasan di antara +1º 15’ U. - +6º 10’ U latitude dan 99º 30’T -

103º 45’T longitud. Semenanjung Malaysia mengandungi sebelas buah negeri yang

terdiri daripada Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka,

Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Jabatan Ukur dan Pemetaan Negara Malaysia (JUPEM), adalah agensi yang

bertanggungjawab terhadap kerja-kerja pengukuran dan pemetaan. Pemetaan Negara

Malaysia adalah berdasarkan kepada unjuran Rectified Skew Orthomorphic (RSO) yang

dikira di atas sistem triangulasi Malaysian Rectified Triangulation (MRT). Perkiraan dan

pemetaan untuk kerja-kerja kadaster pula adalah berdasarkan kepada unjuran Cassini

Soldner yang dikira di atas tiga sistem triangulasi yang berbeza iaitu Sistem Repsold,

Sistem Perak dan Sistem ASA. Setiap negeri di Semenanjung Malaysia mempunyai

sistem triangulasi yang berbeza-beza di antara satu sama lain.

56

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

MANUAL PENYEDIAAN SISTEM MAKLUMAT EKSEKUTIF (EIS)

3.5.1 Sistem Koordinat RSO

Sistem koordinat RSO banyak digunakan di dalam pemetaan topografi bagi skala

kawasan yang besar. Unjuran ini mengekalkan ciri samabentuk dengan selisih skala

yang minima sepanjang bulatan gedang yang melintasi secara oblik sesuatu kawasan

yang hendak dipetakan. Sistem unjuran RSO telah digunapakai sebagai Grid Rujukan

Kebangsaan-Sistem Grid Asas yang digunakan untuk pemetaan Semenanjung Malaysia.

Datum yang digunakan adalah Elipsoid Everest Modified, dengan semipaksi major, a =

6377304.063 m dan pesekan, f = 1/300.8017. Origin RSO yang digunakan adalah satu

stesen triangulasi yang terletak di Kertau, Pahang. Stesen ini mempunyai nilai latitud

dan longitud astronomi yang mempunyai nilai cerapan sebagai 3º 27’ 54.18” U dan

102º 37’ 13.63” T.

3.5.2 Sistem Koordinat GDM 2000

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) kini telah membangunkan sistem

koordinat baru yang dikenali sebagai GDM 2000 untuk tujuan kerja-kerja kadaster.

Sistem koordinat GDM 2000 dikenali sebagai sistem koordinat kerangka unjuran akan

digunakan untuk tujuan kerja-kerja kadaster bagi mengatasi masalah penukaran

unjuran koordinat Cassini ke RSO dan sebaliknya.

3.5.3 Sistem Koordinat Cassini Soldner

Sistem unjuran ini dikelaskan sebagai silinder, tangen, melintang, samajarak dan

semigeometri. Permukaan unjuran silinder diletakkan pada kedudukan tangen

sepanjang satu meridian yang terletak di tengah-tengah kawasan yang hendak

dipetakan. Garisan-garisan grid Utara-Selatan adalah unjuran daripada bulatan-bulatan

kecil yang selari dengan meridian pusat.

Datum yang digunakan adalah juga Modified Everest, dengan semipaksi major, a =

637704.063 m, dan pesekan, f = 1/300.8 . Oleh itu,hampir setiap negeri di Semenanjung

Malaysia mempunyai sistem unjuran tersendiri dengan meridian pusat dan origin

masing-masing.

Terdapat 10 sistem koordinat Cassini yang berlainan digunakan di seluruh negeri-negeri

di Semenanjung Malaysia. Di Negeri Perak contohnya, terdapat 2 sistem koordinat

Cassini telah digunakan. Sistem koordinat Cassini dihitung dari sistem triangulasi

sekunder dan ketiga yang digunakan untuk mengawal kerja-kerja ukur kadaster

mengikut negeri masing-masing berdasarkan kepada meridian utama unjuran Cassini.

Setiap negeri mempunyai origin sendiri dan origin-origin ini pula tidak dirujukkan

kepada satu sistem triangulasi yang sama tetapi merujuk kepada sistem triangulasi yang

berbeza iaitu Sistem Repsold, Sistem Perak dan Sistem ASA. Jadual 18.0 menunjukkan

Sistem Koordinat Cassini bagi setiap negeri di Semenanjung Malaysia.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

57

MANUAL PENYEDIAAN SISTEM MAKLUMAT EKSEKUTIF (EIS)

Jadual 18.0 : Sistem Koordinat Cassini Bagi Setiap Negeri di Semenanjung Malaysia

Negeri

Koordinat

Origin

Nama

Stesen

Johor G. Blumut G. Blumut

Origin Rujukan Meridian

Latitud

(U)

2º 02’

33.30”

Longitud

(T)

103º 33’

45.93”

Utaraan

(rantai)

Koordinat

Timuran

(rantai)

Sistem

Triangulasi

0.000 0.000 ASA

Negeri

Sembilan

Batu R.S

berhampiran Pej.

Pos Seremban

Gun Hill

2º 42’

44.22”

101º 56’

28.20”

-47.152 -12.030 ASA

Pahang G. Sinyum G. Sinyum

3º 42’

39.50”

102º 26’

10.24”

0.000 0.000 ASA

Selangor Bt. Asa Bt. Asa

3º 40’

49.24”

101º 30’

29.68”

+2781.802 -1081.656 ASA

Terengganu G. Gajah G. Gajah

4º 56’

46.11”

102º 53’

42.75”

0.000 0.000 MRT

P.Pinang

Kota Conrwallis

Kota

Cornwallis

5º 25’

16.77”

100º 20’

45.13”

0.000 0.000 PERAK

Kedah & Perlis G. Perak G. Perak

5º 57’

54.53”

100º 38’

15.34”

0.000 0.000 PERAK

Sistem Lama

Perak

Ipoh

G. Hijau

Larut

4º 51’

34.09”

100º 49’

00.12”

+1443.947 -1437.000 PERAK

Sistem Revised

Perak

Arbitrary

G. Hijau

Larut

4º 51’

33.17”

100º 49’

00.36”

+6633.947 0.000 MRT

Kelantan Bt. Panau Bt. Panau

5º 53’

38.12”

102º 10’

38.25”

0.000 0.000 MRT

3.6 Pengemaskinian Pangkalan Data

Pengemaskinian pangkalan data EIS samada Web atau Stand Alone adalah terdiri

daripada 2 bahagian iaitu;-

3.6.1 Pengemaskinian Data Spatial

Data spatial adalah merupakan data digital yang terdiri daripada 2 jenis data iaitu vector

dan raster. Data vector adalah merupakan data yang bersifat seperti garisan, poligon

dan titik. Manakala data raster pula adalah merupakan data yang berbentuk imej

seperti imej satelit, foto udara dan salinan peta bercetak (hardcopy) yang diimbas ke

dalam bentuk digital. Ia terdiri daripada pixel yang membentuk imej tersebut dan setiap

pixel mengandungi nombor digitalnya yang tersendiri.

Data spatial perlu dikemaskini dengan menggunakan perisian GIS samada ArcView,

MapInfo Professional, ArcGIS atau AutoCad. Matlamat utama pengemaskinian data

spatial adalah untuk menyelaraskan data digital tersebut seiring dengan perubahan

gunatanah di atas muka bumi yang sering berubah dari masa ke semasa.

3.6.2 Pengemaskinian Data Atribut

Data attribute adalah merupakan maklumat perincian bagi setiap data spatial yang

dikenali sebagai metadata. Data attribute dapat dikemaskini dengan selari dengan

pengemaskinian data spatial dengan menggunakan perisian GIS samada ArcView,

58 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

MANUAL PENYEDIAAN SISTEM MAKLUMAT EKSEKUTIF (EIS)

MapInfo Professional, ArcGIS atau AutoCad. Malah, ia juga dapat dibuat melalui

perisian-perisian lain seperti Microsoft Excel yang mana maklumat yang disimpan pada

perisian ini akhirnya dapat diintegrasikan ke dalam pangkalan data GIS.

3.7 Perkongsian Pangkalan Data EIS

Perkongsian pangkalan data GIS bagi aplikasi EIS Web dapat dibuat dengan mana-mana

komputer samada di peringkat Sistem Rangkaian Setempat (LAN) atau Sistem

Rangkaian Meluas (WAN). Namun begitu, komputer tersebut hendaklah mempunyai

mekanisme yang sama dengan server EIS Web seperti dari segi perisian GIS. Ini adalah

supaya data dapat dikongsi untuk tujuan kemaskini dan pertukaran data.

Perkongsian pangkalan data EIS Stand Alone dengan EIS Web dapat dibuat dengan

menggunakan sumber pangkalan data GIS untuk menjana paparan dan operasi sistem

EIS Stand Alone.

Rajah 35.0 : Architecture System Untuk Perkongsian Pangkalan Data Antara EIS Stand

Alone dan EIS Web

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

59

MANUAL PENYEDIAAN SISTEM MAKLUMAT EKSEKUTIF (EIS)

4.0 FUNGSI-FUNGSI EIS

4.1 Pengenalan

Di dalam setiap EIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan, terdapat 6 fungsi

asas aplikasi GIS yang perlu dibangunkan secera serentak. Operasi dan kegunaan setiap

fungsi-fungsi asas aplikasi adalah berbeza di antara satu sama lain. Setiap fungsi aplikasi

ini harus dibina secara bersepadu di dalam sistem EIS dan pengguna akan mengawalnya

melalui menu tertentu yang disediakan. Paparan menu fungsi-fungsi asas di dalam EIS

adalah dikawal oleh petunjuk (pointer) kategori pengguna yang telah ditetapkan. Bagi

pengguna eksekutif dan pentadbir sistem, semua menu fungsi asas aktif akan

dipaparkan ke dalam EIS. Manakala bagi pengguna awam, hanya menu fungsi-fungsi

tertentu sahaja yang akan dipaparkan dan boleh digunakan.

4.2 Fungsi-fungsi Asas

Secara umumnya, berikut adalah kriteria fungsi-fungsi asas yang perlu ada di dalam EIS

iaitu;-

i. Tajuk

Bahagian ini perlu diletakkan maklumat berkenaan Pihak Berkuasa Tempatan yang

merupakan pemilik aplikasi ini. Antara maklumatnya adalah seperti berikut;-

a. Nama penuh Pihak Berkuasa Tempatan.

b. Logo Pihak Berkuasa Tempatan.

c. Alamat penuh Pihak Berkuasa Tempatan.

d. Nombor telefon dan nombor faks Pihak Berkuasa Tempatan.

e. Identiti yang mengambarkan simbol pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan

tersebut seperti jata.

ii.

Capaian

Fungsi capaian merupakan program capaian pantas kepada lapisan data GIS sediada

seperti capaian paparan blok perancangan, gunatanah semasa dan gunatanah

cadangan. Cara menggunakan fungsi capaian ini adalah dengan hanya menekan pada

senarai nama sediada yang terdapat pada interface aplikasi EIS ini mengikut kategori

capaian. Kemudiannya, secara automatik akan dipaparkan hasil capaian tersebut pada

skrin komputer dalam masa yang singkat. Rajah 36.0 menunjukkan fungsi capaian EIS.

a. Lapisan Blok Perancangan - Untuk memaparkan lokasi kawasan sempadan dan

informasi berkenaan blok perancangan.

b. Lapisan Gunatanah Semasa - Untuk memaparkan data GIS taburan gunatanah

semasa di dalam kawasan Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan.

60

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

MANUAL PENYEDIAAN SISTEM MAKLUMAT EKSEKUTIF (EIS)

c. Lapisan Gunatanah Cadangan - Untuk memaparkan data GIS taburan

gunatanah cadangan dalam kawasan Rancangan Struktur dan Rancangan

Tempatan.

Rajah 36.0 : Fungsi Paparan EIS

iii.

Carian

Fungsi carian adalah merupakan program operasi carian dan paparan maklumat GIS.

Fungsi ini menyediakan 3 kelas carian iaitu lot, jalan raya dan kemudahan masyarakat.

Kelas-kelas carian boleh ditambah atau dibuang dari EIS Web sekiranya perlu.

Fungsi carian ini menghendaki pengguna memasukkan maklumat tertentu ke dalam

kotak program yang disediakan. Sistem akan membuat carian berdasarkan kepada

maklumat yang dikehendaki dan sistem akan memaparkan lokasi objek serta maklumat

tersebut jika carian diperolehi. Namun begitu, jika carian tersebut tidak berjaya maka

mesej akan dipaparkan memaklumkan bahawa maklumat carian tersebut tidak berjaya

atau tiada didalam pangkalan data GIS. Rajah 37.0 menunjukkan fungsi carian EIS.

a. Lapisan Lot - Untuk membuat carian lot di dalam kawasan Rancangan Struktur

dan Rancangan Tempatan.

b. Lapisan Jalan Raya - Untuk membuat carian jalan raya berdasarkan Nama Jalan

Raya.

c. Lapisan Kemudahan Masyarakat jadual- Untuk membuat carian lokasi

kemudahan masyarakat di dalam kawasan Rancangan Struktur dan Rancangan

Tempatan.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

61

MANUAL PENYEDIAAN SISTEM MAKLUMAT EKSEKUTIF (EIS)

Rajah 37.0 : Fungsi Carian EIS

iv.

Pautan

Fungsi pautan adalah sebuah program yang dibangunkan untuk menghubungkan EIS

Web dengan dokumen-dokumen sediada seperti pelan, rajah dan laporan.

Cara fungsi ini beroperasi adalah pengguna hanya perlu memilih menu terlebih dahulu

samada untuk membuka pelan, rajah atau laporan. Kemudian klik pada menu tersebut.

Sistem secara automatik akan membuka dokumen tersebut dan memaparkannya

kepada pengguna EIS Web. Rajah 38.0 menunjukkan fungsi pautan EIS.

Rajah 38.0: Fungsi Pautan EIS

62

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

MANUAL PENYEDIAAN SISTEM MAKLUMAT EKSEKUTIF (EIS)

v. Peta GIS

Fungsi peta GIS adalah untu memaparkan layer-layer data GIS Rancangan Struktur dan

Rancangan Tempatan di dalam EIS Web. Layer-layer data GIS Rancangan Struktur dan

Rancangan Tempatan ini akan dipaparkan pada tetingkap peta GIS. Peta GIS yang

dipaparkan ini adalah interaktif, dinamik dan pengguna boleh melakukan manipulasi

terhadap peta GIS RT dan RSN. Peta GIS yang dipaparkan juga adalah tepat dan

mempunyai sistem koordinat tempatan samada Cassini, RSO atau GDM2000. Sistem

akan mengawal paparan peta GIS tersebut mengikut skala.

a. Imej Satelit < Skala 1 : 5000

b. Lot < Skala 1 : 5000

c. Nombor Lot < Skala 1 : 500

Satelit imej akan dipaparkan oleh sistem secara automatik apabila skala peta GIS

diturunkan kepada 1 : 5,000. Begitu juga dengan paparan lot dan nombor lot mengikut

skala seperti yang dinyatakan di atas. Rajah 39.0 menunjukkan contoh peta GIS dalam

EIS.

Rajah 39.0 : Peta GIS Dalam EIS

vi.

Fungsi Analisis

Fungsi sokongan GIS adalah bertujuan untuk melakukan analisis mudah yang terdiri

daripada penyempadanan data GIS, pengukuran jarak, pengukuran luas, membuat graf

serta membuat overlay peta GIS ke dalam aplikasi Google. Jadual 19.0 menunjukkan

fungsi sokongan GIS dan Tool Tips dalam EIS.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

63

MANUAL PENYEDIAAN SISTEM MAKLUMAT EKSEKUTIF (EIS)

Jadual 19.0 : Fungsi Sokongan GIS Dalam EIS

Bil.

a.

Fungsi-fungsi

Buffer

Buffer digunakan untuk melakukan operasi penyempadan dengan menunjukkan nilai

jarak penyempadanan.

b.

c.

d.

e.

Remove Buffer

Remove Buffer digunakan untuk memadam objek penyempadanan yang telah dibuat.

Distance

Distance digunakan untuk mengukur jarak antara dua kawasan.

Area

Area digunakan untuk mengukur keluasan sesuatu kawasan.

Graf

Graph digunakan untuk membuat pertanyaan statistik terhadap data GIS. Di antaranya

adalah seperti penduduk dan gunatanah dengan memasukkan beberapa parameter

statistik.

f. Help

g. Google untuk membuat operasi overlay layer GIS ke dalam aplikasi Google.

vii.

Fungsi Ikon GIS Di Dalam Paparan EIS

Fungsi serta peranan ikon yang mewakili setiap arahan GIS adalah seperti yang

ditunjukkan pada Jadual 20.0 di bawah.

Jadual 20.0 : Fungsi-fungsi Ikon GIS Dalam EIS

Ikon

Fungsi dan Peranan

Peta GIS (Home) kembali ke paparan asal peta GIS.

Select Object untuk memilih objek GIS di dalam lapisan GIS.

Unselect Object untuk menghilangkan objek yang dipilih dari sistem.

Zoom in yang berfungsi untuk membesarkan paparan peta GIS supaya lapisanlapisan

GIS nampak lebih terperinci.

Zoom Out berfungsi untuk memperkecilkan paparan peta GIS supaya lapisanlapisan

GIS boleh nampak keseluruhan.

Zoom to Selected berfungsi untuk memfokus paparan objek GIS yang dipilih.

Zoom Previous untuk melihat paparan sebelum paparan ini.

Pan untuk mengerakkan peta GIS ke atas, bawah, kiri dan kanan.

64

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

MANUAL PENYEDIAAN SISTEM MAKLUMAT EKSEKUTIF (EIS)

Ikon

Fungsi dan Peranan

Zoom All untuk melihat keseluruhan lapisan-lapisan GIS.

Info untuk mendapatkan maklumat objek GIS yang dipilih.

Copy Image untuk menyalin imej peta GIS ke aplikasi lain seperti Word, Excel,

PowerPoint dan sebagainya.

Print untuk mencetak peta GIS dalam format A4, A3, A1 dan juga AO. Template

percetakan disediakan kepada pengguna untuk melihat terlebih dahulu pelan

percetakan sebelum dicetak.

viii.

Lain-lain Fungsi

Di antara fungsi-fungsi lain ikon GIS adalah seperti berikut;-

a. Help File untuk membuat carian maklumat.

b. Arah utara menunjukkan orientasi peta ke kutub utara.

c. Status pengguna menunjukkan siapa pengguna EIS

Rajah 40.0 : Fungsi-fungsi lain dalam EIS

ix.

Pelan Kunci

Pelan lokasi menunjukkan kawasan Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan pada

tetingkap kecil di dalam EIS.

Di dalam pelan kunci terdapat peta asas GIS iaitu jalan raya utama, sungai utama,

sempada daerah dan sempadan blok perancangan.

x. Skala Peta

Pengguna boleh memasukkan sendiri skala peta GIS

untuk melihat paparan peta GIS mengikut skala yang

dikehendaki.

l

Skala

OK

xi.

Bantuan File (Help File)

Tetingkap yang mengandungi dokumentasi berkenaan maklumat dan panduan

penggunaan EIS.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

65

MANUAL PENYEDIAAN SISTEM MAKLUMAT EKSEKUTIF (EIS)

4.3 Fungsi-fungsi Asas Pengguna Eksekutif

Pengguna eksekutif akan mendapat semua fungsi-fungsi asas seperti berikut;-

i. Capaian

Fungsi capaian merupakan program capaian pantas kepada lapisan data GIS sediada

seperti capaian paparan blok perancangan, gunatanah semasa dan gunatanah

cadangan.

ii.

Carian

Fungsi carian lebih kepada program operasi carian dan paparan maklumat. Fungsi

carian menyediakan tiga kelas carian sahaja iaitu lot, jalan raya dan kemudahan

masyarakat.

iii.

Pautan

Fungsi pautan adalah sebuah program yang dibangunkan untuk menghubungkan EIS

Web dengan dokumen-dokumen sedia ada seperti pelan, rajah dan laporan.

iv.

Peta GIS

Fungsi peta GIS adalah memaparkan lapisan-lapisan data GIS Rancangan Struktur dan

Rancangan Tempatan di dalam EIS Web. Lapisan-lapisan GIS Rancangan Struktur dan

Rancangan Tempatan ini akan dipaparkan pada tetingkap peta GIS. Peta GIS yang

dipaparkan ini adalah interaktif, dinamik dan pengguna boleh melakukan manipulai

terhadap peta GIS RT dan RSN. Imej satelit akan di letakkan di dalam peta GIS di mana

sistem akan mengawal paparan imej satelit mengikut skala. Ini bermaksud jika skala

peta GIS adalah kurang dari 1 : 5000, maka imej satelit akan dipaparkan dalam peta GIS.

v. Sokongan GIS

Fungsi sokongan GIS adalah bertujuan untuk melakukan analisis yang mudah yang

terdiri daripada penyempadanan data GIS, pengukuran jarak, pengukuran luas,

membuat graf serta membuat overlay layer GIS ke atas aplikasi Google.

vi.

Fungsi GIS

Fungsi GIS adalah arahan GIS yang sering digunakan untuk memanipulasi butangbutang

GIS yang disediakan di dalam aplikasi EIS.

66

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

MANUAL PENYEDIAAN SISTEM MAKLUMAT EKSEKUTIF (EIS)

4.4 Fungsi-fungsi Asas Pengguna Admin

Pentadbir Admin akan mendapat semua fungsi asas seperti berikut;-

i. Capaian

Fungsi capaian merupakan program capaian pantas kepada lapisan data GIS sedia ada

seperti capaian paparan blok perancangan, gunatanah semasa dan gunatanah

cadangan.

ii.

Carian

Fungsi carian lebih kepada program operasi carian dan paparan maklumat yang

dijumpai. Fungsi carian menyediakan kepada tiga kelas carian sahaja iaitu lot, jalan raya

dan kemudahan masyarakat.

iii.

Pautan

Fungsi pautan adalah sebuah program yang dibangunkan untuk menghubungkan EIS

Web dengan dokumen-dokumen sedia ada yang lain seperti pelan, rajah dan laporan.

iv.

Peta GIS

Fungsi peta GIS adalah untuk memaparkan layer-layer data GIS Rancangan Struktur dan

Rancangan Tempatan di dalam EIS Web. Layer GIS Rancangan Tempatan dan Rancangan

Struktur ini akan dipaparkan pada tetingkap peta GIS. Peta GIS yang dipaparkan adalah

interaktif, dinamik dan pengguna boleh melakukan manipulasi ke atas data-data GIS RT

dan RSN. Imej satelit akan dimuatkan ke dalam peta GIS di mana sistem akan mengawal

paparan imej satelit mengikut skala. Bermakna jika skala peta GIS adalah kurang dari 1 :

5000, maka imej satelit akan dipaparkan ke dalam peta GIS.

v. Sokongan GIS

Fungsi sokongan GIS adalah bertujuan untuk melakukan analisis yang mudah yang

terdiri daripada penyempadanan data GIS, pengukuran jarak, pengukuran luas,

membuat graf serta membuat overlay layer GIS ke atas aplikasi Google

vi.

Fungsi GIS

Fungsi GIS adalah arahan GIS yang sering digunakan untuk memanipulasi menu arahan

GIS yang disediakan di dalam aplikasi EIS.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

67

MANUAL PENYEDIAAN SISTEM MAKLUMAT EKSEKUTIF (EIS)

4.5 Fungsi-fungsi Asas Pengguna Awam

Pengguna Awam akan mendapat semua fungsi-fungsi asas seperti berikut;-

i. Capaian

Fungsi capaian merupakan program capaian pantas kepada lapisan data GIS sediada

seperti capaian paparan blok perancangan, gunatanah semasa dan gunatanah

cadangan.

ii.

Carian

Fungsi carian lebih kepada program operasi carian dan paparan maklumat yang

diperolehi hasil carian yang dilakukan. Fungsi carian menyediakan tiga kelas carian iaitu

lot, jalan raya dan kemudahan masyarakat.

iii.

Pautan

Fungsi pautan adalah sebuah program yang dibangunkan untuk menghubungkan EIS

Web dengan dokumen-dokumen sediada yang lain seperti pelan, rajah dan laporan.

iv.

Peta GIS

Fungsi peta GIS adalah memaparkan lapisan-lapisan data GIS Rancangan Struktur dan

Rancangan Tempatan di dalam EIS Web. Lapisan-lapisan data GIS Rancangan Struktur

dan Rancangan Tempatan ini akan dipaparkan pada tetingkap peta GIS. Peta GIS yang

dipaparkan ini adalah interaktif, dinamik dan pengguna boleh membuat manipulasi ke

atas layer-layer GIS RT dan RSN.

v. Fungsi GIS

Fungsi GIS adalah arahan GIS yang sering digunakan untuk membuat manipulasi ke atas

menu arahan GIS yang disediakan di dalam aplikasi EIS.

68

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

MANUAL PENYEDIAAN SISTEM MAKLUMAT EKSEKUTIF (EIS)

5.0 ISU PERLAKSANAAN EIS

5.1 Pengenalan

Bahagian ini menerangkan isu-isu perlaksanaan EIS yang perlu diambil kira oleh Pihak

Berkuasa Tempatan agar perlaksanaan dan pembangunan EIS berjaya dan mampu

mencapai matlamat dan objektif sepertimana yang telah digariskan.

5.2 Sumber Manusia

Pihak Berkuasa Tempatan yang mempunyai kemampuan perlu mempunyai personel

seperti yang dicadangkan seperti berikut;-

i. Pentadbir Sistem

Personel yang berpengalaman di dalam bidang ICT untuk mengurus kerja-kerja

berkaitan dengan sistem ICT, Web, server dan pangkalan data serta dapat mengurus,

menyelia dan memantau pasukan ICT di bawah jagaannya. Individu yang berkenaan

mestilah mempunyai kelayakan dalam bidang ICT atau yang setaraf dengannya.

ii.

Sistem Analisis

Personel yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan akan menganalisis setiap

sistem ICT yang dipasang. Mempunyai kemahiran dan kepakaran di dalam

pembangunan sistem Web, Sistem Rangkaian Setempat (LAN), Sistem Rangkaian

Meluas (WAN), berpengetahuan dalam konfigurasi komponen Web Server serta boleh

mengendalikan isu-isu keselamatan berkenaan server dan pangkalan data. Individu

yang berkenaan mestilah mempunyai kelayakan dalam bidang ICT atau yang setaraf

dengannya.

iii.

Sistem GIS

Personel yang berpengalaman akan mengurus dan membangunkan pangkalan data GIS.

Mempunyai kelayakan serta pengetahuan didalam mengendalikan perisian GIS serta

pangkalan data GIS samada EIS Web atau EIS Stand Alone. Personel ini harus

memahami secara asas aspek-aspek pemetaan seperti sistem koordinat, sistem unjuran

dan lain-lain lagi. Individu yang berkenaan mestilah mempunyai kelayakan dalam

bidang GIS / Ukur Tanah atau yang setaraf dengannya.

iv.

Pengaturcara Komputer

Individu yang boleh membuat kod pengaturcaraan dengan menggunakan pelbagai

bahasa pengaturcaraan bagi platform Web atau Stand Alone. Mahir dalam

membangunkan sesebuah kod pengaturcaraan dengan pelbagai bahasa pengaturcaraan

seperti Java, VBScript, HTML, ASP, JavaScript, C++, ASP dan lain-lain. Individu yang

berkenaan perlu mempunyai kelayakan dalam bidang perkomputeran.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

69

MANUAL PENYEDIAAN SISTEM MAKLUMAT EKSEKUTIF (EIS)

5.3 Organisasi

Dicadangkan juga penubuhan organisasi Unit GIS di bawah kawalan dan bidang kuasa

Bahagian Perancangan Bandar di Pihak Berkuasa Tempatan. Fungsi Unit GIS ini

memantau pembangunan dan perlaksanaan GIS / EIS. Unit GIS ini akan diketuai oleh

Ketua Unit GIS yang terdiri daripada Pentadbir sistem, Sistem Analis, Pengaturcara dan

Sistem GIS. Rajah 41.0 di bawah menunjukkan cadangan organisasi Unit GIS di Pihak

Berkuasa Tempatan.

Rajah 41.0 : Cadangan Organisasi Unit GIS di Pihak Berkuasa Tempatan

5.4 Latihan

Dalam usaha mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan kakitangan mengenai

teknologi GIS dan ICT, adalah digalakkan setiap penjawat awam di Unit GIS menghadiri

program latihan, bengkel, kursus, seminar dan persidangan mengenai GIS atau ICT yang

diadakan di dalam negara mahu pun luar negara. Ini dapat mendedahkan kakitangan

kepada pengetahuan teknikal dan pengurusan GIS atau ICT yang baru yang boleh

diadaptasi ke dalam unit ini.

5.5 Perkakasan Komputer

Sekurang-kurangnya EIS memerlukan satu pakej perkakasan komputer yang baik untuk

kegunaan dan pembangunan EIS di Pihak Berkuasa Tempatan. Jadual 21.0 dan Jadual

22.0 menunjukkan cadangan perkakasan komputer bagi perlaksanaan dan

pembangunan EIS Web.

70

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

MANUAL PENYEDIAAN SISTEM MAKLUMAT EKSEKUTIF (EIS)

Jadual 21.0 : Kos Perkakasan Komputer Bagi EIS Web

Perkakasan Komputer Kuantiti Kos / Unit (RM) Jumlah Kecil (RM)

Stesen Kerja (Workstation) 1 6,500.00 6,500.00

Komputer Meja (Desktop) 1 3,000.00 3,000.00

Komputer Riba (Notebook) 1 6,000.00 6,000.00

Pelayan (Server) 1 15,000.00 15,000.00

Hub/Switch/Router/Modem 1 5,000.00 5,000.00

Jumlah Keseluruhan 55,500.00

Jadual 22.0 : Kos Perkakasan Komputer Bagi EIS Stand Alone.

Perkakasan Komputer Kuantiti Kos / Unit (RM) Jumlah Kecil (RM)

Stesen Kerja (Workstation) 1 6,500.00 6,500.00

Pelayan (Server) 1 15,000.00 15,000.00

Hub/Switch/Router/Modem 1 5,000.00 5,000.00

Jumlah Keseluruhan 26,500.00

5.6 Sistem Operasi

Aplikasi EIS Web Server memerlukan sistem operasi Windows 2003 untuk dipasang

pada Web Server. Ini kerana sistem operasi ini stabil dan dapat mengawal profil

pengguna EIS. Anggaran kos sistem operasi bagi satu unit adalah RM2,000.00 sahaja.

Aplikasi EIS Stand Alone memerlukan sistem operasi Windows XP Professional untuk

dipasang di komputer pengguna. Anggaran kos sistem operasi bagi satu unit adalah RM

600.00 sahaja.

5.7 Jalur Lebar

Pihak Berkuasa Tempatan perlu mempunyai infrastruktur jalur lebar yang baik supaya

EIS boleh diakses menerusi internet. Penyewaan jalur lebar boleh dibuat menerusi

Telekom yang menawarkan akses Streamyx berkelajuan maksima sehingga 2Mbps

(Mega Byte Per Second). Anggaran kos penyewaan jalur lebar Telekom bagi sebulan

adalah RM150.00.

5.8 Perisian Web GIS

Aplikasi EIS memerlukan perisian Web GIS dipasang di dalam Server Web GIS. Perisian

ini berfungsi untuk menghantar maklumat layer pangkalan data GIS kepada pengguna

EIS. Tanpa perisian Web GIS, perlaksanaan dan pembangunan EIS tidak lengkap kerana

pengguna tidak dapat mengakses peta GIS. Kos perisian aplikasi Web GIS adalah tinggi

disebabkan oleh sistem ini mempunyai rekabentuk sistem yang kompleks dan berskala

besar. Sebagai contoh, anggaran kos perisian MapGuide adalah lebih kurang

RM110,000.00. Aplikasi EIS Stand Alone memerlukan perisian GIS untuk dipasang pada

setiap komputer pengguna. Anggaran perisian GIS ini adalah lebih kurang RM

10,000.00.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

71

MANUAL PENYEDIAAN SISTEM MAKLUMAT EKSEKUTIF (EIS)

5.9 Penyelenggaraan

Penyelenggaraan boleh dibahagi kepada dua bahagian iaitu penyelenggaraan

perkakasan komputer dan penyelenggaraan perisian komputer. Penyelenggaraan

perkakasan komputer harus dilakukan 2 kali sebulan bagi memastikan keadaan

perkakasan komputer berada di tahap yang memuaskan. Ini dapat melancarkan operasi

harian Unit GIS, Pihak Berkuasa Tempatan tanpa mengalami sebarang masalah teknikal.

Begitu juga dengan penyelenggaraan perisian komputer, secara umum ianya harus

dilakukan dua bulan sekali bagi memastikan perisian sediada dan sistem operasi

komputer bebas dari sebarang ancaman virus dan masalah gangguan teknikal. Walau

bagaimanapun, adalah digalakkan untuk membuat penyelenggaraan tambahan jikalau

terdapat perkara-perkara yang harus dilakukan dengan segera seperti pindah terima fail

sistem operasi, paten virus yang terkini dan sebagainya. Jadual 23.0 di bawah

menunjukkan jadual penyelenggaraan perkakasan dan perisian sediada komputer.

Jadual 23.0 : Penyelenggaraan Perkakasan dan Perisisan

Bahagian

Penyelenggaraan

Penyelenggaran Dalam

Sebulan

Penyelenggaraan

Tambahan

Perkakasan Komputer 2 kali Segera

Perisian Komputer 2 kali Segera

5.9.1 Penyelenggaraan Perisian EIS

Penyelenggaraan perisian EIS dibahagikan kepada empat (4) perkara berikut;-

i. Aplikasi Web Server - Pentadbir sistem hendaklah memastikan bahawa

keadaan Server, Router, Modem, Hub dan Switch berada dalam keadaan baik

dan sempurna pada setiap masa. Pastikan pengguna dapat mengakses Domain

Name System (DNS) EIS tanpa menghadapi sebarang masalah.

ii.

iii.

iv.

Aplikasi GIS Web - Sistem analisis hendaklah memastikan bahawa keadaan EIS

sentiasa berada dalam keadaan baik dan berjalan dengan sempurna. Pastikan

bahawa setiap komponen-komponen GIS Web beroperasi dengan baik.

Rangkaian Meluas (WAN) - Pastikan infrastruktur WAN berada dalam keadaan

baik supaya pengguna boleh akses halaman Web EIS. Jika terdapat masalah

yang timbul di luar kawalan Pihak Berkuasa Tempatan, maka perkara ini

hendaklah dimaklumkan dengan segera kepada pihak yang bertanggungjawab

seperti Telekom untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Rangkaian Setempat (LAN) - Pastikan pengguna di peringkat dalaman Pihak

Berkuasa Tempatan boleh mengakses EIS dengan baik dan lancar.

72

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

MANUAL PENYEDIAAN SISTEM MAKLUMAT EKSEKUTIF (EIS)

5.10 Pengurusan Pangkalan Data

Setiap pangkalan data EIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan perlu

mempunyai pelan pengurusan pangkalan data supaya data-data EIS yang disimpan

adalah lebih tersusun dan sistematik. Pelan pengurusan pangkalan data EIS ini terbahagi

kepada 5 bahagian iaitu;-

i. Struktur Pangkalan Data

Penyeliaan struktur pangkalan data lebih menjurus kepada mengawal, memantau dan

membangunkan struktur pangkalan data GIS dari masa ke semasa. Bagi memastikan

kelancaran sistem GIS di Unit GIS, Pihak Berkuasa Tempatan, satu struktur direktori

pangkalan data harus menepati piawai struktur direktori metadata Bahagian Maklumat

Gunatanah Negara, JPBD.

ii.

Pengemaskinian

Pangkalan data GIS perlu sentiasa dikemaskini setiap masa supaya layer-layer GIS

mempunyai maklumat yang betul, tepat dan terkini. Pengemaskinian perlu dilakukan

sepanjang masa supaya EIS boleh menggunapakai pangkalan data GIS pada setiap masa.

iii.

Kesahihan Data

Kesahihan data penting supaya EIS dapat memaparkan maklumat GIS dengan betul dan

tepat. Kesahihan data perlu sentiasa dilakukan sepanjang masa ketika proses

pengemaskinian maklumat data GIS dibuat.

iv.

Pembersihan Data

Data GIS yang yang mempunyai kewujudan ralat (Error) perlu dibersihkan terlebih

dahulu dengan menggunakan perisian GIS. Semakan kualiti terhadap pembersihan data

perlu dilakukan dengan berhati-hati dan teliti. Pastikan data GIS bebas dari ralat Under

Shoot, Over Shoot dan Poligon tidak tertutup.

v. Perkongsian Data

Pangkalan data GIS boleh berkongsi data menerusi WAN atau LAN di Unit GIS, Pihak

Berkuasa Tempatan. Semua lapisan GIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan

diletakkan pada sebuah server berpusat.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

73

MANUAL PENYEDIAAN SISTEM MAKLUMAT EKSEKUTIF (EIS)

5.11 Kos Pelaksanaan Pembangunan EIS

Anggaran cadangan kos perlaksanaan EIS di Pihak Berkuasa Tempatan adalah seperti

pada Jadual 24.0 di bawah;-

Jadual 24.0 : Kos Perlaksanaan Pembangunan EIS di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

Perkara

Kuantiti

EIS Web EIS Stand Alone

(RM)

(RM)

Perkakasan Komputer 1 55,500.00 26,500.00

Perisian EIS 1 110,000.00 10,000.00

Sistem Operasi Windows 1 2,000.00 600.00

Penyewa Jalur Lebar sebulan 150.00 150.00

Jumlah keseluruhan 167,650.00 37,250.00

74

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

MANUAL PENYEDIAAN SISTEM MAKLUMAT EKSEKUTIF (EIS)

6.0 PENUTUP

Manual Penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS) yang disediakan oleh Jabatan

Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia, merupakan inisiatif jabatan

dalam menggalakkan pembangunan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS) bagi setiap

Rancangan Pemajuan yang disediakan. Manual EIS yang lengkap dan mudah difahami

ini diharapkan dapat membantu dalam pembangunan EIS yang masih dianggap sesuatu

perkara yang baru dalam penyediaan Rancangan Pemajuan.

Panduan-panduan yang disediakan dalam Manual Penyediaan Sistem Maklumat

Eksekutif (EIS) ini, diharapkan dapat membantu untuk memberi panduan bagi

membangunkan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS) yang baik. Penggunaan Manual ini

disasarkan kepada perunding-perunding kajian Rancangan Pemajuan khususnya

perunding GIS, Pihak Berkuasa Tempatan dan pihak-pihak yang berkenaan untuk

menyedia dan mengendalikan EIS.

Oleh yang demikian, adalah diharapkan, pihak-pihak yang berkenaan dapat

memanfaatkan manual sebaik mungkin bagi menghasilkan EIS yang padat dengan

informasi yang sahih dan terkini, mudah digunakan dan bersifat mesra pengguna.

Penggunaan manual ini juga akan dapat memastikan keseragaman pembangunan EIS

bagi rancangan pemajuan yang disediakan agar proses pemantauan mudah dilakukan.

Pemantauan oleh pihak yang berkenaan dari masa ke semasa amat penting bagi

memastikan kandungan EIS adalah bersifat terkini selaras dengan perubahan yang

berlaku.

Justeru itu, perlaksanaan EIS yang padat dengan informasi yang sahih dan terkini,

mudah digunakan dan bersifat mesra pengguna adalah perlu bagi membantu Pihak

Berkuasa Tempatan khususnya Pihak Berkuasa Perancang Tempatan untuk

mempertingkatkan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat

pengguna dan secara tidak langsung pembangunan negara maju dapat direalisasikan.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

75

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!