14.02.2015 Views

Pekeliling Ketua Pengarah - JPBD

Pekeliling Ketua Pengarah - JPBD

Pekeliling Ketua Pengarah - JPBD

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA

SEMENANJUNG MALAYSIA

PERKELILING KETUA PENGARAH

PERANCANGAN BANDAR DAN DESA

SEMENANJUNG MALAYSIA

BILANGAN 4 TAHUN 2006

PINDAAN 2009

JAYAKAN PERKHIDMATAN BERKUALITI DAN DINAMIK

1. TUJUAN

1.1 Pekeliling ini bertujuan untuk memberi panduan kepada Pengarahpengarah

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri (JPBD Negeri),

Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) dan agensi-agensi yang

berkaitan berkenaan proses permohonan kebenaran merancang di bawah

subseksyen 22(2A) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).

2. LATAR BELAKANG

2.1 Antara perkara penting dalam Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976

(Akta 172) yang telah dipinda melalui Akta Perancangan Bandar dan

Desa (Pindaan) 2001 (Akta A1129) adalah mengadakan peruntukan di

bawah subseksyen 22(2A) berkenaan permohonan kebenaran

merancang yang perlu dirujuk oleh Jawatankuasa Perancang Negeri

(JPN) kepada Majlis Perancang Fizikal Negera (MPFN) untuk

mendapatkan nasihatnya.

2.2 MPFN adalah suatu badan penyelarasan yang ditubuhkan di peringkat

persekutuan yang dipengerusikan oleh Y.A.B Perdana Menteri dan

dianggotai oleh semua Menteri Besar dan Ketua Menteri serta Menteri-

Menteri Kabinet yang berkaitan.Ianya bertindak selaku forum perundingan

perancangan bandar dan desa antara Kerajaan Persekuatuan dan

Kerajaan Negeri. Ketua Pengarah Jabatan Perancang Bandar dan Desa

Semenanjung Malaysia Bertindak sebagai setiausaha kepada MPFN.

2.3 Subseksyen 22(2A) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (selepas

ini akan disebut sebagai Akta 172), memperuntukkan bahawa

permohonan untuk kebenaran merancanng diperlukan bagi

pembangunan yang melibatkan :-

2.3.1 pembangunan sesuatu perbandaran baru bagi penduduk yang

melebihi sepuluh ribu (10,000 orang), atau meliputi suatu kawasan

yang melebihi seratus (100) hektar atau kedua-duanya;

2.3.2 sesuatu pemajuan bagi pembinaan apa-apa infrastruktur atau

kemudahan utama; atau

2.3.3 sesuatu pemajuan yang melibatkan puncak atau lereng bukit,

dalam kawasan yang ditetapkan sebagai kawasan alam sekitar

yang sensitif dalam sesuatu racanagn pemajuan.

2.4 Bagi maksud subseksyen 22(2A), pemajuan bagi pembinaan infrastruktur

atau kemudahan utama termasuklah-

2.4.1 Kerja-kerja infrastruktur negara seperti lapangan terbang,

pelabuhan laut, landasan keretapi dan lebuhraya; dan

2.4.2 kerja-kerja kemudahan negara seperti pembinaan empangan,

stesen janakuasa utama dan tapak pembuangan sisa toksik.

2.5 JPN hendaklah merujuk kepada MPFN untk mendapatkan nasihatnya

sebelum pihak berkuasa perancang tempatan terlibat membuat

keputusan melulus atau menolak sesuatu permohonan tersebut.

1

2.6 Peruntukan subseksyen 22(2A) Akta 172 ini adalah selaras dengan usaha

untuk memastikan pembangunan fizikal yang mempunyai kesan langsung

dalam imbangan ekonomi hartanah dan alam sekitar dikawal dan

dipertingkatkan pemantauan ke atasnya secara bersama oleh Kerajaan

Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

3. MEKANISME KAWAL SELIA PEMBANGUNAN DI BAWAH PERUNTUKAN

SUBSEKSYEN 22(2A) AKTA 172

3.1 Bagi melaksanakan kerja-kerja kawal selia satu mekanisme telah

diwujudkan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung

Malaysia sebagai tatacara semakan maklumat pembangunan bagi

permohonan kebenaran merancang yang tertakluk di bawah subseksyen

22(2A) Akta 172, untuk diterimapakai oleh semua jabatan atau agensi

yang terlibat. Tatacara yang dimaksudkan adalah seperti berikut:-

Langkah 1 :

PBPT, atau JPBD Negeri, atau Pejabat Tanah dan Galian

(PTG), atau Pejabat Tanah Daerah (PTD), atau Unit

Perancangan Ekonomi Negeri, atau mana-mana jabatan

atau agensi yang berkenaan, setelah mengenalpasti

permohonan kebenaran merancang yang melibatkan

peruntukan di bawah subseksyen 22(2A) Akta 172, akan

menyediakan Kertas Perakuan Permohonan

Pembangunan di Bawah Subseksyen 22(2A) Akta 172 dan

mengemukakan kepada JPN untuk mendapatkan ulasan

dan pandangan.

Permohonan yang diterima melalui PBPT hendaklah

mendapat perakuan dari Mesyuarat Majlis Penuh PBPT

berkaitan.

(Lampiran A : Format Kertas Perakuan Permohonan

Pembangunan di Bawah Subseksyen 22(2A) Akta 172 )

Langkah 2:

Langkah 3:

JPN memberikan ulasan dan pandangan, dan seterusnya

memperakukan bahawa permohonan kebenaran

merancang yang melibatkan peruntukan di bawah

subseksyen 22(2A) Akta 172 perlu dirujuk kepada MPFN.

Setiausaha JPN (Pengarah Jpbd Negeri) mengemukakan

cabutan ulasan dan pandangan JPN, Kertas Perakuan

Permohonan Pembangunan di Bawah Subseksyen 22(2A)

Akta 172 bersama dengan Borang Permohonan

Pembangunan Di Bawah Subseksyen 22(2A) Akta 172

kepada Setiausaha MPFN (Ketua pengarah Jabatan

Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia).

(Lampiran B : Format Borang Permohonan Pembangunan

di Bawah subseksyen 22(2A) Akta 172)

2

Langkah 4:

Langkah 5:

Langkah 6:

Setiausaha MPFN menyerahkan cabutan ulasan dan

pandangan JPN, Kertas Perakuan Permohonan

Pembangunan di Bawah Subseksyen 22(2A) Akta 172

bersama dengan Borang Permohonan Pembangunan Di

bawah Subseksyen 22(2A) Akta 172 kepada Bahagian

Perundangan dan Kawal Selia Perancangan (BPKSP) atau

melalui Bahagian Keurusetiaan dan Perancangan Korporat

(Urusetia MPFN) untuk membuat semakan dan tindakan

selanjutnya.

Unit Kawal Selia Perancangan (UKSP), BPKSP, Jabatan

Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

(JPBDSM), hendaklah mendaftarkan permohonan tersebut

dan direkodkan.

UKSP hendaklah menyemak dan mengesahkan bahawa

permohonan yang dikemukakan dengan dokumendokumen

adalah lengkap, dan menetapi jenis

pembangunan seperti mana yang tertakluk di bawah

subseksyen 22(2A) Akta 172.

Langkah 7: Sekiranya permohonan dikemukakan tidak lengkap,

BPKSP hendaklah meminta setiausaha JPN

menggemukakan dokumen-dokumen tambahan yang

diperlukan.

Langkah 8: UKSP menjalankan semakan terhadap cadangan

pembangunan dan meneliti permohonan berkenaan

dengan:-

a. Membuat analisis awal terhadap cadangan

pembangunan.

b. Membuat pemerhatian dan siasatan di tapak.

c. Mengumpul maklumat dan data tambahan

(sekiranya perlu).

d. Menyediakan ulasan dan pandangan perancangan.

e. Menyediakan Laporan Perakuan Projek.

(Lampiran C : Format Laporan Perakuan Projek)

Langkah 9:

UKSP menyediakan Laporan Perakuan Projek.

Langkah 10:

UKSP bertindak selaku urusetia mesyuarat membuat

persediaan untuk Mesyuarat Jawatankuasa Kawal Selia

MPFN (JTKS).

3

Langkah 11:

Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa

Semenanjung Malaysia (KP JPBDSM) selaku pengerusi

mesyuarat JTKS MPFN hendaklah meneliti permohonan

tersebut dan membuat pengesyoran untuk pertimbangan

Jawatankuasa Kerja MPFN.

(Lampiran D : Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal

Kawal Selia)

Jawatankuasa yang ditubuhkan ini antara lain

bertanggungjawab untuk :-

a. menyemak ulasan yang diterima untuk tujuan

penyelarasan;

b. menjalankan semakan lanjut, jika perlu;

c. mendapatkan nasihat pakar-pakar, jika perlu;

d. meminta pemaju mengemukakan dokumendokumen

tambahan jika perlu; dan

e. membuat pengesyoran dan ulasan terhadap

permohonan.

Langkah 12: UKSP menyediakan Minit Mesyuarat JTKS MPFN dan

mendapatkan pengesahan KP JPBDSM.

Langkah 13:

UKSP menyediakan Draf Kertas MPFN dan diserahkan

kepada urusetia MPFN bagi semakan dan perakuan

Setiausaha MPFN.

(Lampiran E : Format Kertas MPFN)

Langkah 14:

Setiausaha MPFN membentangkan Draf Kertas MPFN di

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja MPFN yang

dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementrian

Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KSU KPKT).

(Lampiran F : Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kerja MPFN)

Jawatankuasa Kerja MPFN bertanggungjawab meneliti

ulasan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Teknikal

Kawal Selia, dan hendaklah membuat pengesyoran untuk

pertimbangan dan keputusan.

Langkah 15:

Sekiranya terdapat pindaan atau tambahan dari Mesyuarat

Jawatankuasa Kerja MPFN, UKSP akan mengemaskini

Kertas MPFN dan dikemukakan semula kepada urusetia

MPFN untuk semakan dan perakuan Setiausaha MPFN.

4

Langkah 16:

Setiausaha MPFN hendaklah mengangkat Kertas MPFN

untuk pertimbangan dan keputusan MPFN yang

dipengerusikan oleh Perdana Menteri/ Timbalan Perdana

Menteri Malaysia.

(Lampiran G : Ahli Jawatankuasa MPFN)

Tugas-tugas MPFN berdasarkan peruntukan subseksyen

2A(2) Akta 172 adalah :

a. untuk menggalakkan di dalam negara, dalam

rangka dasar negara, perancangan bandar dan

desa sebagai suatu alat yang berkesan dan efisien

bagi memperelok persekitaran dari segi fizikal dan

ke arah pencapaian suatu pemajuan yang mampan

di dalam negara;

b. untuk menasihati Kerajaan Persekutuan atau

Kerajaan mana-mana Negeri, mengenai perkaraperkara

yang berhubung dengan perancangan

bandar dan desa yang dikehendaki di bawah Akta

ini; dan

c. untuk melaksanakan apa-papa tugas yang lain

yang diberikan kepada Majlis di bawah Akta ini.

Langkah 17:

Setiausaha MPFN hendaklah menyampaikan keputusan

dan nasihat MPFN kepada Setiausaha JPN untuk

dikemukakan ke JPN dan PBPT masing-masing.

Langkah 18:

Langkah 19:

Langkah 20:

UKSP hendaklah memantau status kemajuan projek dan

pematuhan terhadap nasihat-nasihat yang disyorkan oleh

MPFN.

UKSP menyediakan Laporan Pemantauan Projek.

BPKSP mengemukakan Laporan Pemantauan Projek

kepada urusetia MPFN untuk dibentangkan kepada MPFN

sekiranya perlu.

3.2 Carta aliran kerja bagi permohonan kebenaran merancang di bawah

subseksyen 22(2A) Akta 172 adalah seperti di dalam Lampiran H.

5

4. TANGGUNGJAWAB PENGARAH JPBD NEGERI

4.1 Memandangkan MPFN telah memperakukan mekanisme ini di Mesyuarat

MPFN Bilangan 1 pada Jun 2003, semua Pengarah JPBD Negeri diminta

untuk menerimapakai arahan ini dan meneliti di dalam memproses

permohonan kebenaran merancang yang berkaitan dengan Para 2.3.1,

2.3.2 dan 2.3.3.

4.2 Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing,

peruntukan Pekeliling Ketua Pengarah Perancang Bandar dan Desa

Semenanjung Malaysia ini pada keseluruhannya perlu dipanjangkan juga

kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan, Pejabat Tanah dan Galian,

Agensi-Agensi teknikal di peringkat Persekutuan dan Negeri yang terlibat

di dalm mengawal dan meluluskan pembangunan infrastruktur dan

kemudahan utama negara.

5. TARIKH KUATKUASA

5.1 Pekeliling ini berkuatkuasa dengan serta merta.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah

(t.t)

(DATO’ MOHD FADZIL B. HJ. MOHD KHIR)

Ketua Pengarah

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa

Semenanjung Malaysia

(Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan)

Merangkap

SETIAUSAHA KEPADA MAJLIS PERNCANG FIZIKAL NEGARA

Mei 2006

Edaran kepada:

Semua

Y.B Setiausaha Kerajaan Negeri di Semenanjung Malaysia

Semua Pengarah Negeri

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa

Semua

Pihak Berkuasa Tempatan

Semua Pengarah

Tanah dan Galian / Pentadbiran Tanah dan Daerah

6

LAMPIRAN A

CONTOH FORMAT KERTAS PERAKUAN JKS MPFN

SULIT

1.0 TUJUAN

TAJUK

-Nama Projek-

2.0 LATAR BELAKANG PROJEK

2.1 Profil Pemilik dan Pemaju

2.2 Lokasi Tapak

2.3 Keluasan Tapak Pemajuan

2.4 Hakmilik dan Status Tanah

2.5 Keadaan Topografi dan Kecerunan

2.6 Guna tanah Sedia Ada dan Sekitar Tapak Cadangan

2.7 Lain-lain Yang Berkaitan

3.0 CADANGAN PEMAJUAN

3.1 Komponen Pembangunan (jadual)

3.2 Cadangan Fasa Pembangunan (jika ada)

4.0 ASAS-ASAS PERTIMBANGAN

4.1 Pematuhan kepada Rancangan Fizikal Negara (RFN)

4.2 Pematuhan kepada Rancangan Struktur Negeri (RSN)

4.3 Pematuhan kepada Rancangan Tempatan Daerah (RTD)

4.4 Strategi Pembangunan Wilayah Yang Berkaitan

5.0 ULASAN JABATAN TEKNIKAL BERKAITAN

6.0 PERAKUAN JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI

7.0 ULASAN SETIAUSAHA JAWATANKUASA KAWAL SELIA MPFN

8.0 SYOR

SULIT

7

LAMPIRAN B

KEAHLIAN JAWATANKUASA KAWAL SELIA MPFN

Ahli Jawatankuasa Tetap

1. Ketua Pengarah, JPBD SM - Pengerusi

2. Timbalan Ketua Pengarah 1, JPBD SM - Timb. Pengerusi

3. Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan

4. Jabatan Kerja Raya Persekutuan

5. Jabatan alam sekitar

6. Jabatan Pengairan dan Saliran, Malaysia

7. Jabatan Pertanian, Malaysia

8. Jabatan Mineral dan Geosains, Malaysia

9. Jabatan Perkhidmatan Pembentungan

10. Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia

11. Pihak Berkuasa Air Persekutuan

12. Tenaga Nasional Berhad (TNB)

13. Syarikat Telekom Malaysia Berhad (STMB)

14. Bahagian Keurusetiaan, Penyelarasan dan Perancangan Korporat, JPBD SM

15. Pengarah Bahagian Perundangan,

Perancangan dan Kawal Selia, JPBD SM - Setiausaha

16. Unit Perancangan dan Kawal selia, BPKSP< JPBD SM - Urusetia

Ahli Jawatankuasa Terbabit

17. Pejabat Tanah Daerah (terbabit)

18. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri (terbabit)

19. Pihak Berkuasa Tempatan (terbabit)

20. Jabatan-jabatan/ Agensi-agens lain yang berkaitan

8

LAMPIRAN C

KEAHLIAN

JAWATANKUASA KERJA MPFN

1. Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan

Dan Kerajaan Tempatan - Pengerusi

2. Ketua-Ketua Setiausaha bagi semua Kementerian yang

Menganggotai Majlis

3. Setiausaha-setiausaha Kerajaan Negeri

di Semenanjung Malaysia

4. Setiausaha Jabatan Perdana Menteri yang

bertanggungjawab bagi Wilayah Persekutuan

(Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan)

5. Wakil-wakil lain yang berkaitan mengikut keperluan; dan

6. Ketua Pengarah, Jabatan Perancangan Bandar

Dan Desa Semenanjung Malysia - Setiausaha

9

LAMPIRAN D

KEAHLIAN

MAJLIS PERANCANGAN FIZIKAL NEGARA

(Subseksyen 2A(1). Akta 172)

1. Perdana Menteri Pengerusi

2. Timbalan Perdana Menteri Timbalan

Pengerusi

3. Menteri

4. Menteri Yang Bertanggungjawab Bagi Perumahan Jika Dia Bukan Juga Menteri

Yang Dipertanggungjawabkan Dengan Tanggungjawab Bagi Perancangan

Bandar dan Desa

5. Menteri Kewangan

6. Menteri Yang Bertanggungjawab Bagi Tanah

7. Menteri Besar Atau Ketua Menteri Setia Negeri

8. Menteri yang Bertanggungjawab Bagi wilayah Persekutuan

9. Tidak Lebih Daripada Tujuh (7) * Ahli Lain Yang Hendaklah Dilantik Oleh

Pengerusi, dan

10. Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa

Semenanjung Malaysia

Setiausaha

* 7 ahli lain yang telah dilantik adalah;

Menteri Kerja Raya

Menteri Pengangkutan

Menteri Sains, Teknologi dan Onnovasi

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

Menterian Pertanian dan Industri Asas Tani

Ketua Setiausaha Negara

Peguam Negara

10

LAMPIRAN E

CARTA ALIRAN MEMPROSES PERMOHONAN DI BAWAH

SUBSEKSYEN 22(2A) AKTA 172

1

PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG YANG MELIBATKAN SUBSEKSYEN 22(2A)

AKTA 172

PIHAK BERKUASA

PERANCANG

TEMPATAN

PEJABAT TANAH

GALIAN / PEJABAT

TANAH DAERAH

UPEN/HPU/JKR/

KEMENTERIAN

PENDIDIKAN/ LAIN AGENSI.

(PROJEK PENSWASTAAN)

PERAKUAN MAJLIS

PENUH

PERAKUAN KETUA

PENGARAH PTG/PTD

JAWATANKUASA

PERANCANGAN DAN

PEMBANGUNAN NEGERI

2

JAWATANKUASA

PERANCANG NEGERI

3

SETIAUSAHA JPN KEMUKA PERMOHONAN KEPADA

SETIAUSAHA MPFN

4

SETIAUSAHA MPFN KEMUKA PERMOHONAN KEPADA

BPKSP MELALUI URUSETIA MPFN

5

UKSP MENDAFTAR PERMOHONAN DAN

DIREKOD

1 Hari

6 & 7

UKSP SEMAK DOKUMEN PERMOHONAN

DAN YANG TERTAKLUK DI BAWAH

SUBSEKSYEN 22 (2A)

7 Hari

SEKIRANYA TIDAK

LENGKAP

SAMBUNG

11

SAMBUNG

8 & 9

UKSP MEMBUAT PENELITIAN

PERMOHONAN DAN MENYEDIAKAN

LAPORAN PERAKUAN PROJEK

14 Hari

10

UKSP SELAKU URUSETIA MESYUARAT

MEMBUAT PERSEDIAAN UNTUK

MESYUARAT JTKS

7 Hari

11

KPJPBDSM MENELITI PERMOHONAN

DALAM MESYUARAT JTKS

1 Hari

12

UKSP MENYEDIAKAN MINIT

MESYUARAT DENGAN PENGESAHAN

KPJPBDSM

3 Hari

13

UKSP MENYEDIAKAN DRAF KERTAS

MPFN DENGAN PERAKUAN

SETIAUSAHA MPFN

14 Hari

14

SETIAUSAHA MPFN MEMBENTANGKAN

DRAF KERTAS MPFN DI MESYUARAT JK

KERJA MPFN

SAMBUNG

12

SAMBUNG

15

UKSP MENGEMASKINI KERTAS MPFN

DAN DIKEMUKAKAN SEMULA UNTUK

PERAKUAN SETIAUSAHA MPFN

(SEKIRANYA PERLU)

16

SETIAUSAHA MPFN HENDAKLAH

MENGANGKAT KERTAS MPFN UNTUK

PERTIMBANGAN DAN KEPUTUSAN

MPFN

17

SETIAUSAHA MPFN MENYAMPAIKAN

KEPUTUSAN DAN NASIHAT MPFN

KEPADA SETIAUSAHA JPN UNTUK

DIPANJANGKAN KE JPN DAN PBPT

BERKENAAN

18

UKSP HENDAKLAH MEMANTAU STATUS

KEMAJUAN DAN PEMATUHAN

TERHADAP NASIHAT MPFN

19

UKSP MENYEDIAKAN LAPORAN

PEMANTAUAN PROJEK

20

BPKSP MENGEMUKAKAN LAPORAN

PEMANTAUAN PROJEK KEPADA

URUSETIA MPFN UNTUK

PEMBENTANGAN SEKIRANYA PERLU

Langkah 4 – 13 yang melibatkan kerja-kerja dalaman UKSP mengambil masa

selama 8 minggu,

Manakala Langkah 1 – 3 dan 16 – 20 bergantung kepada kelulusan/

perlaksanaan yang melibatkan bahagian/ jabatan/ agensi lain.

13

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!