14.02.2015 Views

Pekeliling Ketua Pengarah - JPBD

Pekeliling Ketua Pengarah - JPBD

Pekeliling Ketua Pengarah - JPBD

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

1. TUJUAN

1.1 Pekeliling ini bertujuan untuk memberi panduan kepada Pengarahpengarah

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri (JPBD Negeri),

Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) dan agensi-agensi yang

berkaitan berkenaan proses permohonan kebenaran merancang di bawah

subseksyen 22(2A) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).

2. LATAR BELAKANG

2.1 Antara perkara penting dalam Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976

(Akta 172) yang telah dipinda melalui Akta Perancangan Bandar dan

Desa (Pindaan) 2001 (Akta A1129) adalah mengadakan peruntukan di

bawah subseksyen 22(2A) berkenaan permohonan kebenaran

merancang yang perlu dirujuk oleh Jawatankuasa Perancang Negeri

(JPN) kepada Majlis Perancang Fizikal Negera (MPFN) untuk

mendapatkan nasihatnya.

2.2 MPFN adalah suatu badan penyelarasan yang ditubuhkan di peringkat

persekutuan yang dipengerusikan oleh Y.A.B Perdana Menteri dan

dianggotai oleh semua Menteri Besar dan Ketua Menteri serta Menteri-

Menteri Kabinet yang berkaitan.Ianya bertindak selaku forum perundingan

perancangan bandar dan desa antara Kerajaan Persekuatuan dan

Kerajaan Negeri. Ketua Pengarah Jabatan Perancang Bandar dan Desa

Semenanjung Malaysia Bertindak sebagai setiausaha kepada MPFN.

2.3 Subseksyen 22(2A) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (selepas

ini akan disebut sebagai Akta 172), memperuntukkan bahawa

permohonan untuk kebenaran merancanng diperlukan bagi

pembangunan yang melibatkan :-

2.3.1 pembangunan sesuatu perbandaran baru bagi penduduk yang

melebihi sepuluh ribu (10,000 orang), atau meliputi suatu kawasan

yang melebihi seratus (100) hektar atau kedua-duanya;

2.3.2 sesuatu pemajuan bagi pembinaan apa-apa infrastruktur atau

kemudahan utama; atau

2.3.3 sesuatu pemajuan yang melibatkan puncak atau lereng bukit,

dalam kawasan yang ditetapkan sebagai kawasan alam sekitar

yang sensitif dalam sesuatu racanagn pemajuan.

2.4 Bagi maksud subseksyen 22(2A), pemajuan bagi pembinaan infrastruktur

atau kemudahan utama termasuklah-

2.4.1 Kerja-kerja infrastruktur negara seperti lapangan terbang,

pelabuhan laut, landasan keretapi dan lebuhraya; dan

2.4.2 kerja-kerja kemudahan negara seperti pembinaan empangan,

stesen janakuasa utama dan tapak pembuangan sisa toksik.

2.5 JPN hendaklah merujuk kepada MPFN untk mendapatkan nasihatnya

sebelum pihak berkuasa perancang tempatan terlibat membuat

keputusan melulus atau menolak sesuatu permohonan tersebut.

1

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!