05.05.2015 Views

PERSIDANGAN IAACA 2012 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ...

PERSIDANGAN IAACA 2012 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ...

PERSIDANGAN IAACA 2012 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

PERSIDANGAN DAN MESYUARAT AGUNG

TAHUNAN IAACA YANG KEENAM

Y

11

Ucapan Alu-aluan oleh Datuk Seri Abu Kassim Mohamed

ang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Abdul

Razak,Perdana Menteri Malaysia,

Professor Cao Jianming, Presiden IAACA,

Para Perwakilan dan Tetamu-tetamu Kehormat,

Tuan-tuan dan Puan-puan Sekelian,

Izinkan saya, bagi pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia

(SPRM) mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan dan puan-puan sekelian

ke Malaysia untuk menghadiri Persidangan dan Mesyuarat Agung

Tahunan Persatuan Pihak-pihak Berkuasa Anti-rasuah Antarabangsa

(IAACA) Yang Keenam. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa

untuk hadir dalam persidangan yang penting ini untuk mencari kata

sepakat dalam usaha mencapai matlamat IACC untuk memerangi rasuah

secara kolektif dan berterusan.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

Para-para cendiakawan dan pengulas mengenai rasuah menyatakan

bahawa tanpa sokongan politik segala usaha untuk membanteras

rasuah pasti akan menemui jalan yang buntu dan gagal diperingkat

permulaan lagi. Keadaan yang seperti ini tidak berlaku di Malaysia

kerana bukan sahaja pihak Kerajaan mempamerkan komitmen yang

konsisten dalam memerangi rasuah serta menyediakan segala sumber-sumber

yang diperlukan, bahkan kita juga mempunyai seorang

Perdana Menteri yang prihatin serta memberi sokongan yang kuat

terhadap segala usaha yang dilakukan oleh pegawi-pegawai SPRM

dalam objektifnya memerangi rasuah. Malah, kehadiran Yang Amat

Berhormat Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Abdul

Razak bersama kami hari ini membuktikan komitmen beliau dalam

menggalak dan memupuk kerjasama antarabangsa dalam usaha

membanteras rasuah.

Yang Amat Berhormat, bagi pihak pegawai-pegawai SPRM dan para

perwakilan persidangan, saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima

kasih terhadap keperihatinan Tuan.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

Sepanjang beberapa hari yang akan datang

ini perbincangan kita akan tertumpu kepada

empat prinsip yang terteras dibawah Konvensyen

Bangsa-bangsa Bersatu Menentang

Rasuah (UNCAC) iaitu:

1. Penguatkuasaan Undang-undang;

2. Pencegahan Rasuah;

3. Pemulangan Aset; dan

4. Kerjasama diperingkat antarabangsa

“Malaysia bukan sahaja mempunyai pihak

Kerajaan mempamerkan komitmen yang konsisten

dalam memerangi rasuah serta menyediakan

segala sumber-sumber yang diperlukan,

bahkan kita juga mempunyai seorang

Perdana Menteri yang prihatin serta memberi

sokongan yang kuat terhadap segala usaha

yang dilakukan oleh pegawi-pegawai SPRM

dalam objektifnya memerangi rasuah.”

Datuk Seri Abu Kassim Mohamed

MACC Chief Commissioner

Prinsip-prinsip yang terteras ini memperkukuh

dan membimbing usaha kami, terutama

sekali dalam situasi dimana perbuatan jenayah

kerap merentasi sempadan antarabangsa.

Dalam situasi sebegini kerjasama antarabangsa - secara

rasmi dan tidak rasmi - dari segi usahasama, pertukaran maklumat

dan bantuan teknikal memainkan peranan yang penting.

Saya yakin bahawa cabaran dari jenayah merentas sempadan dan

perbuatan jenayah yang didorongi teknologi maklumat dapat ditangani

dengan menjalinkan kerjasama dalam usaha-usaha menentang

rasuah diperingkat domestik dan antarabangsa. Walau bagaimanapun,

kita perlu peka tentang implikasi undang-undang berkenaan

keterangan yang boleh diterima dalam situasi dimana terdapat berbezaan

dari segi peraturan-peraturan dan prosedur-prosedur yang

harus diikuti. Halangan-halangan ini dapat diatasi dengan semangat

kerjasama dan muhibah.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

Sebelum berbagai-bagai konvensyen antarabangsa yang memberi

mandat kerjasama antarabangsa diperkenalkan, kebanyakan agensiagensi

anti rasuah menggunakan bantuan tidak rasmi sebagai salah

satu cara untuk mendapat maklumat. Proses ini melibatkan menjalinan

rangkaian

untuk memperolehi

maklumat

mengenai

seperti

mengenalpasti

lokasi saksisaksi,

suspeksuspek

dan

dokumen-dokumen

yang diperlukan. Amalan ini harus diteruskan.

Sepanjang 45 tahun yang lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah

Malaysia telah menjalinkan kerjasama dengan banyak agensi-agensi

dan pihak-pihak berkuasa anti rasuah. Sebahagian besar daripada

perkongsian-perkongsian usaha sama ini telah terbukti berjaya. Walaupun

harus merentasi cabaran-cabaran yang sukar, pengalaman

yang kami lalui membolehkan kami belajar perkara-perkara baru

yang dapat meningkatkan pengetahuan kami serta dapat digunapakai.

Ada kalanya,kesilapan-kesilapan dan kesukaran-kesukaran ini

memberi kami pengajaran yang tidak ternilai.

Pada hemat saya, di dalam suasana di mana jenayah rasuah menjadi

global serta semangkin canggih, kerjasama antara kerajaan dan antara

agensi-agensi anti-rasuah akan memainkan peranan yang amat

penting dalam perjuangan mencegah jenayah seperti itu. Dengan

kata lain, sama ada kita bekerjasama atau kita tandus bersama.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

Saya ingin menegaskan di sini bahawa Malaysia komited untuk

berkongsi dan bertukar maklumat risikan dengan rakan-rakan sejawat

antirasuah antarabangsa kami. Kami akan terus memperkasakan

komitmen antarabangsa kami melalui peruntukan pembinaan

kapasiti dan keupayaan dan menyediakan bantuan teknikal kepada

negara-negara anggota lain. Akademi Anti-Korupsi kami sentiasa dibuka

untuk anda - anda hanya perlu bertanya.

Saya ingin mengambil peluang ini untuk

mengucapkan ribuan terima kasih kepada

Kerajaan Malaysia terhadap pemberian

geran berjumlah satu juta ringgit.

Ianya merupakan satu lagi contoh komitmen

Perdana Menteri terhadap usaha

membanteras rasuah. Akademi IACA

telah melancarkan satu Program Ijazah

Sarjana di mana sebahagian dari kursus

ini akan dijalankan di Akademi Antirasuah

Malaysia (MACA).

Tuan-tuan dan Puan-puan,

Sekali lagi saya ingin ucapkan terima kasih kerana kehadiran dan

penyertaan Tuan-tuan dan Puan-puan di Persidangan dan Mesyuarat

Agung Tahunan ini. Saya yakin bahawa perbincangan-perbincangan

dan sumbangan-sumbangan dari ahli-ahli dan pakar-pakar sepanjang

empat hari yang akan datang ini akan meningkatkan tahap

pemahaman kita. Kita semua akan mencari dan, saya yakin, menemui

penyelesaian-penyelesaian baru dalam menangani cabaran

sukar yang dihadapi oleh pihak-pihak berkuasa antirasuah. Marilah

kita jadikan titik-titik penyelesaian ini sebagai peta jalan untuk masa

depan.

Di akhir kata, saya harap kehadiran anda di Malaysia kali ini dipenuhi

dengan kenangan yang manis dan saya juga berharap agar saya

mendapat peluang untuk bertemu serta menyambut kehadiran Tuantuan

dan Puan-puan secara peribadi.

Datuk Seri Abu Kassim Mohamed

Ketua Pesuruhjaya

Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!