LAPORAN - Jabatan Audit Negara
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA TAHUN 2010 NEGERI KEDAH
LAPORAN
KETUA AUDIT NEGARA
AKTIVITI JABATAN/AGENSI
DAN PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN
NEGERI KEDAH
TAHUN 2010
JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA
NO. 15, ARAS 1-5
PERSIARAN PERDANA, PRESINT 2
62518 WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
www.audit.gov.my
JABATAN AUDIT NEGARA
MALAYSIA
LAPORAN
KETUA AUDIT NEGARA
AKTIVITI JABATAN/AGENSI
DAN PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN
NEGERI KEDAH
TAHUN 2010
JABATAN AUDIT NEGARA
MALAYSIA
KANDUNGAN
KANDUNGAN
PERKARA
KATA PENDAHULUAN
INTISARI LAPORAN
MUKA SURAT
vii
xi
BAHAGIAN I - AKTIVITI JABATAN/AGENSI NEGERI
Pendahuluan 3
Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Kedah
RancanganTebatan Banjir
3
Jabatan Perhutanan Negeri Kedah
Pengurusan Hutan Paya Laut dan Kepentingannya Kepada Alam Sekitar
Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Kedah
Pengurusan Pengambilan Tanah dan Penggunaannya
Pejabat Daerah Dan Tanah Langkawi
Pengurusan Pertukaran Syarat Tanah
Pejabat Daerah Dan Tanah Padang Terap
Kutipan Hasil Tanah Berkomputer
Majlis Bandaraya Alor Setar
Pengurusan Tempat Meletak Kenderaan
Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd.
Pengurusan Pengebilan Bekalan Air
21
39
51
61
75
90
BAHAGIAN II - PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN NEGERI
Pendahuluan 105
Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah
Kulim Technology Park Corporation Sdn. Bhd.
105
Yayasan Islam Negeri Kedah
Yiked Bina Sdn. Bhd.
Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah
Kumpulan Ladang-Ladang Perbadanan Kedah Sdn. Bhd.
Perbadanan Menteri Besar Kedah
Amanah Saham Kedah Berhad
119
132
145
BAHAGIAN III - PERKARA AM
Pendahuluan 159
Kedudukan Masa Kini Perkara Yang Dibangkitkan
Dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2009
159
iii
PERKARA
Kedudukan Masa Kini Perkara Yang Dibangkitkan
Dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2008
MUKA SURAT
162
Kedudukan Masa Kini Perkara Yang Dibangkitkan
Dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2007
165
Pembentangan Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Aktiviti Jabatan/Agensi
Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Kedah Tahun 2009
166
Mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Negeri Kedah 166
PENUTUP 169
iv
KATA PENDAHULUAN
KATA PENDAHULUAN
1. Perkara 106 dan 107 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957 menghendaki
Ketua Audit Negara mengaudit aktiviti Kerajaan Negeri dan mengemukakan Laporan
mengenainya kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Duli Yang Maha
Mulia Sultan Kedah Darul Aman. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong akan
menitahkan supaya Laporan itu dibentangkan di Parlimen manakala Duli Yang Maha Mulia
Sultan Kedah Darul Aman menitahkan untuk dibentangkan di Dewan Undangan Negeri
Kedah. Bagi memenuhi tanggungjawab ini, Jabatan Audit Negara telah menjalankan
Pengauditan Prestasi yang bertujuan untuk menilai sama ada sesuatu aktiviti
Jabatan/Agensi/Syarikat Kerajaan Negeri telah dilaksanakan dengan cekap, berhemat dan
mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
2. Laporan saya mengenai pelaksanaan Aktiviti Jabatan/Agensi Dan Pengurusan
Syarikat Kerajaan Negeri Kedah Tahun 2010 adalah hasil daripada pengauditan yang
dijalankan terhadap aktiviti-aktiviti tertentu yang dilaksanakan di 7 buah Jabatan/Agensi
Negeri dan 4 buah Syarikat Kerajaan. Laporan tersebut mengandungi 3 bahagian seperti
berikut:
Bahagian I : Aktiviti Jabatan/Agensi Negeri
Bahagian II : Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri
Bahagian III : Perkara Am
3. Pengauditan terhadap aktiviti Kerajaan Negeri adalah untuk menilai semua polisi,
program dan projek yang telah dirancang dilaksanakan dengan jayanya mengikut tempoh
yang ditetapkan, spesifikasi kontrak/syarat-syarat perjanjian dipatuhi, tiada pembaziran dan
mencapai matlamatnya. Pada umumnya, pengauditan yang dijalankan mendapati terdapat
beberapa kelemahan dalam perancangan, pelaksanaan dan pemantauan oleh
Jabatan/Agensi Negeri Kedah pada tahun 2010 seperti yang saya laporkan dalam laporan
ini. Antara kelemahan yang ditemui adalah penyeliaan yang kurang rapi, pencerobohan
tanah Kerajaan Negeri serta ketiadaan pemantauan yang berkesan. Semua Pegawai
Pengawal yang berkenaan telah dimaklumkan tentang perkara yang akan dilaporkan untuk
pengesahan mereka. Bagi menambahbaik kelemahan yang dibangkitkan atau bagi
mengelakkan kelemahan yang sama berulang, saya telah mengemukakan sebanyak 47
syor untuk diambil tindakan oleh Ketua Jabatan berkenaan.
4. Laporan ini juga mengandungi tindakan susulan yang telah diambil terhadap perkara
yang dibangkitkan dalam laporan saya bagi tahun 2007, 2008 dan 2009 untuk memberi
gambaran sejauh mana tindakan susulan dan pembetulan telah diambil oleh pihak
Jabatan/Agensi Negeri berkenaan terhadap isu yang telah dibangkitkan.
vii
5. Saya berharap Laporan ini dapat dijadikan asas untuk memperbaiki segala
kelemahan, memantapkan usaha penambahbaikan dan meningkatkan akauntabiliti dan
integriti serta mendapat value for money bagi setiap perbelanjaan yang dibuat seperti mana
hasrat kerajaan. Secara tidak langsung ia akan menyumbang ke arah Program
Transformasi Negara bagi memenuhi slogan “Rakyat Didahulukan Pencapaian
Diutamakan” bagi memenuhi keperluan, kepentingan dan aspirasi setiap warga Malaysia.
6. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pegawai
Jabatan/Agensi dan Syarikat Kerajaan Negeri Kedah yang telah memberikan kerjasama
kepada pegawai saya sepanjang pengauditan dijalankan. Saya juga ingin melahirkan
penghargaan dan terima kasih kepada pegawai saya yang telah berusaha gigih serta
memberikan sepenuh komitmen untuk menyiapkan Laporan ini.
viii
INTISARI LAPORAN
INTISARI LAPORAN
BAHAGIAN I - AKTIVITI JABATAN/AGENSI NEGERI
1. JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI KEDAH
- Rancangan Tebatan Banjir
1.1. Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Kedah (JPS) bertanggungjawab memastikan
pengurusan sungai yang baik serta mengurangkan risiko banjir. Objektif rancangan tebatan
banjir adalah untuk memperbaiki sistem sungai supaya kekerapan banjir dapat dikurangkan
melalui pelaksanaan projek yang telah dikenal pasti oleh JPS setiap tahun. Lembangan
Sungai Kedah mempunyai keluasan kawasan tadahan 3,605 kilometer persegi dan
keseluruhan jajaran adalah sepanjang 123 kilometer. Lembangan Sungai Kedah
merangkumi 5 daerah iaitu Kubang Pasu, Padang Terap, Pendang, Kota Setar dan
sebahagian kecil daerah Kuala Muda. Mengikut RMKe-9, sebanyak 9 Rancangan Tebatan
Banjir (RTB) akan dilaksanakan di Negeri Kedah dengan kos projek berjumlah RM2.39
billion. RTB tersebut adalah RTB Sungai Muda, RTB Kuah/Padang Mat Sirat, RTB Serdang,
RTB Bandar Kulim/Sungai Keladi, RTB Luar Bandar, RTB Sungai Kedah/Anak Bukit, RTB
Sungai Jabi, RTB Sungai Petani dan RTB Kota Setar.
1.2. Bagi tempoh 2008 hingga 2010, sejumlah RM23.18 juta telah dibelanjakan untuk
tujuan RTB. Pengauditan yang dijalankan pada bulan Oktober 2010 hingga Januari 2011
mendapati sungguhpun 9 projek rancangan tebatan banjir telah dilaksanakan dalam
RMKe-9, namun kejadian banjir berulang masih berlaku. Pihak JPS perlu mengambil
tindakan supaya kejadian banjir tidak berulang disebabkan beberapa faktor seperti:
1.2.1. Pencerobohan rizab sungai dan pemberian hak milik di kawasan rizab sungai
menyebabkan kerja-kerja penyenggaraan tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya.
1.2.2. Pengurusan sampah dan penyenggaraan log boom tidak dibuat secara berkala dan
kolam takungan banjir serta kolam perangkap kelodak tidak disenggara.
1.2.3. Rancangan Tebatan Banjir Sungai Keroncho yang dilaksanakan secara berperingkat
tidak dapat menyelesaikan masalah banjir secara menyeluruh di Bandar Jitra disebabkan
peruntukan kewangan tidak mencukupi.
1.3. Bagi mengatasi kelemahan yang dibangkitkan dan membolehkan RTB mencapai
objektifnya adalah disyorkan JPS mengambil tindakan terhadap perkara-perkara berikut:
1.3.1. Melaksanakan RTB secara menyeluruh terutamanya bagi daerah yang kerap dilanda
banjir dengan mendapatkan peruntukan yang mencukupi.
1.3.2. Menyelia dan memantau kawasan rizab sungai bagi memastikan pencerobohan tidak
berlaku. Di samping itu, JPS perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap
penceroboh.
xi
1.3.3. Kawasan yang telah diwartakan perlu dibuat penguatkuasaan bersepadu bersama
Agensi seperti Pejabat Tanah dan Pihak Berkuasa Tempatan agar tidak berlaku pertindihan
rizab sungai dengan tanah bermilik.
1.3.4. JPS hendaklah mengkaji keperluan tambahan stesen amaran banjir bersiren di
Daerah Kubang Pasu.
1.3.5. Menetapkan dasar mengenai kerja penyenggaraan bagi sungai dan kolam takungan
yang berada di kawasan bermilik.
1.3.6. Meneruskan Program Bersama Komuniti tentang kempen kebersihan sungai dan
JPS Careline.
2. JABATAN PERHUTANAN NEGERI KEDAH
- Pengurusan Hutan Paya Laut dan Kepentingannya Kepada Alam Sekitar
2.1. Hutan simpan kekal paya laut di Negeri Kedah adalah berkeluasan 6,201 hektar
atau 2.1% daripada keseluruhan 307,046 hektar Hutan Simpan Kekal. Hutan Paya Laut
(HPL) yang terletak di Hutan Simpan (HS) Merbok seluas 3,881.90 hektar merangkumi 18
kompartmen telah diwartakan pada tahun 1951 dan diusahasil untuk arang kayu dan kayu
jaras. Bagaimanapun, 805.9 hektar kawasan hutan paya laut telah dikeluarkan untuk tujuan
pembangunan, pertanian dan akuakultur. Keluasan hutan paya laut sedia ada seluas 3,075
hektar diuruskan oleh Pejabat Hutan Daerah Kedah Tengah. Manakala hutan paya laut di
Pulau Langkawi pula diwartakan pada tahun 1937 dengan keluasan 3,126 hektar dan
diuruskan oleh Pejabat Hutan Daerah Kedah Utara. Objektif pengurusan hutan paya laut
adalah bertujuan untuk memastikan sumber yang berkekalan bagi industri pembuatan arang,
mewujudkan sumber pendapatan kepada penduduk setempat, memelihara dan mengawal
kawasan pesisiran daripada hakisan dan pukulan ombak, mengekalkan eko-sistem hutan
paya laut sebagai pusat pembelajaran/kajian dan eko-pelancongan serta memelihara
kawasan sebagai habitat pembiakan hidupan laut.
2.2. Pengurusan hutan paya laut melibatkan perbelanjaan aktiviti penanaman bakau.
Bagi tahun 2008 hingga 2010 perbelanjaan penanaman bakau adalah berjumlah RM1.5 juta
manakala hasil yang diperolehi daripada usahasil yang telah dijalankan hanya berjumlah
RM3,407. Secara keseluruhnya, pengauditan yang dijalankan di antara bulan Ogos hingga
Disember 2010 mendapati pengurusan hutan paya laut boleh dipertingkatkan. Antara
kelemahan yang ditemui adalah:
2.2.1. Pengeluaran kawasan Hutan Simpan Kekal tidak diwartakan.
2.2.2. Tanah HPL yang diambil masih belum diganti.
2.2.3. Projek penanaman bakau di pesisiran pantai masih tidak berjaya.
2.2.4. Tebangan bakau di zon penampan dan pencerobohan di hutan paya laut.
2.3. Bagi memperbaiki kelemahan yang dibangkitkan dalam laporan ini, adalah disyorkan
Jabatan Perhutanan Negeri Kedah melaksanakan perkara berikut:
xii
2.3.1. Pemantauan secara berkala hendaklah dilaksanakan seiring dengan
penguatkuasaan bagi memastikan pencerobohan dapat dibendung.
2.3.2. Mewartakan kawasan tanah yang dikeluarkan dari hutan simpanan kekal serta
mengambil tindakan untuk menggantikan kawasan tersebut dengan keluasan tanah yang
dikeluarkan.
2.3.3. Kawasan hutan paya laut di tanah Kerajaan yang berada di kawasan garisan pantai
dan kawasan bersesuaian perlu dikenal pasti untuk diwartakan sebagai Hutan
Simpan Kekal.
2.3.4. Zon penampan perlu dikawal dan dipelihara bagi mengelakkan ancaman hakisan.
2.3.5. Mewujudkan unit khas untuk memantau aktiviti di pesisiran pantai di peringkat Negeri.
3. PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI KEDAH (PTG)
- Pengurusan Pengambilan Tanah dan Penggunaannya
3.1. Unit Pengambilan Tanah di bawah Bahagian Pembangunan Tanah, PTG Negeri
Kedah berfungsi memproses pengambilan tanah di Negeri Kedah sebelum diserahkan
kepada Pejabat Daerah masing-masing secara berperingkat mulai bulan Oktober 2010.
Dalam tempoh tahun 2006 hingga 2010, sebanyak 117 permohonan untuk urusan
pengambilan tanah untuk tujuan pelbagai projek pembangunan.
3.2. Pengauditan yang dijalankan dari bulan November 2010 hingga Februari 2011
mendapati secara keseluruhannya pengurusan pengambilan tanah adalah kurang
memuaskan. Terdapat kelemahan yang dikenal pasti perlu diberi perhatian oleh PTG seperti:
3.2.1. Kelewatan memproses permohonan dan pewartaan
3.2.2. Kelewatan dan terlebih bayar pampasan kepada tuan tanah
3.2.3. Rekod Pengambilan Tanah yang tidak dikemas kini dan tanah dibangunkan tidak
mengikut syarat pemberian hak milik.
3.2.4. Hak milik yang masih belum dikeluarkan dan bayaran premium tanah yang tidak
dapat dikutip oleh Pejabat Tanah Daerah.
3.3. Bagi mempertingkatkan lagi pengurusan pengambilan tanah, adalah disyorkan PTG
mengambil tindakan berikut:
3.3.1. Jabatan yang membuat permohonan pengambilan tanah hendaklah dimaklumkan
supaya bayaran pampasan dijelaskan segera bagi mengelakkan kos caj kelewatan.
3.3.2. Mengarahkan Jabatan yang membuat permohonan pengambilan tanah menjelaskan
premium tanah dengan segera supaya hak milik tanah dapat dikeluarkan dan seterusnya
cukai tanah dapat dikutip.
3.3.3. PTG perlu mengambil tindakan terhadap Agensi yang membangunkan tanah tidak
mengikut syarat pemberian hak milik.
xiii
4. PEJABAT DAERAH DAN TANAH LANGKAWI
- Pengurusan Pertukaran Syarat Tanah
4.1. Pejabat Daerah Dan Tanah Langkawi bertanggungjawab menguruskan hal ehwal
kemajuan dan pembangunan daerah Langkawi. Manakala, Pejabat Tanah Langkawi
(Pejabat Tanah) adalah ditugaskan untuk menguruskan semua urusan pentadbiran tanah.
Daerah Langkawi meliputi 104 buah pulau dengan jumlah keluasan 48,237 hektar. Bagi
tempoh tahun 2008 hingga 2010, sejumlah RM0.02 juta hasil telah dikutip oleh Pejabat
Tanah yang merupakan bayaran premium tukar syarat penggunaan tanah. Manakala
sebanyak 19 permohonan daripada 45 permohonan tukar syarat penggunaan tanah yang
diterima dalam tempoh yang sama telah diluluskan.
4.2. Pada keseluruhannya, pengauditan yang dijalankan mendapati pengurusan
pertukaran syarat tanah adalah kurang memuaskan. Antara kelemahan yang ditemui
seperti:
4.2.1. Kelewatan dalam memproses permohonan tukar syarat tanah.
4.2.2. Piagam Pelanggan tidak disemak semula bagi disesuaikan dengan keperluan norma
kerja semasa.
4.2.3. Pelanggaran jenis kegunaan dan syarat nyata tanah.
4.2.4. Pencerobohan tanah Kerajaan Negeri.
4.2.5. Rancangan penguatkuasaan tanah tidak disediakan.
4.3. Bagi memastikan pengurusan pertukaran syarat tanah diuruskan dengan cekap dan
berkesan, Pejabat Tanah adalah disyorkan supaya melaksanakan perkara-perkara berikut
dengan segera:
4.3.1. Mempercepatkan proses permohonan pertukaran syarat tanah mengikut tempoh
masa yang ditetapkan di dalam Piagam Pelanggan.
4.3.2. Piagam Pelanggan Unit Pembangunan Tanah Pejabat Tanah hendaklah dikaji dan
disemak semula mengikut keperluan norma kerja semasa.
4.3.3. Tindakan perundangan hendaklah diambil supaya kes pelanggaran jenis kegunaan
dan syarat tanah serta pencerobohan tanah Kerajaan Negeri dapat dibendung dan
meningkatkan kutipan hasil Kerajaan Negeri.
4.3.4. Memastikan pengenaan kadar cukai tanah tahunan adalah mengikut penggunaan
tanah semasa.
4.3.5. Menjalankan pemantauan yang berterusan bagi memastikan proses permohonan
pertukaran syarat tanah diuruskan dengan lancar dan kes pelanggaran syarat kegunaan
tanah dapat ditangani secara berkesan.
4.3.6. Rancangan penguatkuasaan perlu dirancang dan diberi keutamaan secara sistematik
serta dilaksanakan secara menyeluruh bagi memastikan aktiviti penguatkuasaan dapat
dijalankan dengan berkesan.
xiv
5. PEJABAT DAERAH DAN TANAH PADANG TERAP
- Kutipan Hasil Tanah Berkomputer
5.1. Pejabat Daerah Dan Tanah Padang Terap bertanggungjawab menguruskan hal
ehwal kemajuan dan pembangunan daerah Padang Terap. Manakala, Pejabat Tanah
Padang Terap (Pejabat Tanah) adalah ditugaskan untuk menguruskan semua urusan
pentadbiran tanah. Daerah Padang Terap berkeluasan 133,870 hektar dan mempunyai
36,703 bilangan hak milik yang telah didaftarkan sehingga 31 Disember 2010. Semua
urusan pendaftaran hak milik dibuat melalui Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer
(SPTB), manakala pengurusan kutipan hasil tanah dibuat melalui Sistem Kutipan Hasil
Tanah Berkomputer (SUKHAT).
5.2. Projek SUKHAT dibangunkan oleh Kerajaan Negeri dengan kos bernilai RM2.16 juta
bagi tempoh 2007 hingga 2010. Bagi tempoh 2008 hingga 2010, sejumlah RM9.09 juta hasil
cukai tanah telah dikutip. Pada keseluruhannya, pengauditan yang dijalankan mendapati
kutipan hasil tanah berkomputer melalui penggunaan SUKHAT adalah tidak memuaskan. Ini
kerana terdapat kelemahan seperti:
5.2.1. Kelemahan pengurusan integrasi data SUKHAT dengan SPTB.
5.2.2. Prestasi kutipan hasil tidak mencapai sasaran yang ditetapkan.
5.2.3. Pengurusan tunggakan cukai tanah yang dijalankan secara tidak menyeluruh.
5.2.4. Menu ansuran SUKHAT masih tidak digunakan.
5.2.5. Kawalan keselamatan sistem serta kawalan kata laluan untuk SUKHAT adalah tidak
memuaskan.
5.3. Bagi memastikan kutipan hasil tanah berkomputer diuruskan dengan cekap dan
berkesan, Pejabat Tanah adalah disyorkan supaya melaksanakan perkara-perkara berikut
dengan segera:
5.3.1. Pembersihan data dilakukan secara kerap dan berterusan untuk memastikan data
SUKHAT adalah betul dan tepat. Arahan perlu dikeluarkan oleh Pentadbir Tanah supaya
pembersihan data dibuat secara menyeluruh terhadap setiap laporan perbezaan maklumat
yang dijana oleh SUKHAT dan mengikut tempoh ditetapkan.
5.3.2. Mewujudkan koordinasi di antara Unit Hasil dan Unit Pendaftaran bagi memastikan
ketepatan data hak milik di antara SUKHAT dan SPTB.
5.3.3. Satu kumpulan task force ditubuhkan untuk mengemas kini maklumat pemilik tanah
dan Daftar Hasil Tahunan.
5.3.4. Memantau laporan hasil tahunan dan bulanan yang disediakan bagi mengetahui
kedudukan tunggakan cukai tanah dan jumlah kutipan semasa serta menilai prestasi kutipan.
5.3.5. Siasatan dan lawatan ke tapak pemilik tanah yang mempunyai tunggakan cukai
tanah dibuat bagi membolehkan tindakan pengeluaran notis diambil.
xv
6. MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR
- Pengurusan Tempat Meletak Kenderaan
6.1. Majlis Bandaraya Alor Setar diisytiharkan sebagai sebuah bandar raya pada
21 Disember 2003. Majlis berperanan menyedia dan menyenggara kemudahan awam
seperti kutipan sampah, tempat letak kenderaan dan lain-lain. Pengurusan tempat letak
kenderaan Majlis adalah dilaksanakan melalui 3 kaedah iaitu dilaksanakan sendiri oleh
Majlis, syarikat yang dilantik dan pengusaha persendirian yang diberi lesen.
6.2. Pengauditan yang dijalankan antara bulan Oktober hingga Disember 2010 mendapati
secara keseluruhannya pelaksanaan pengurusan tempat letak kenderaan adalah tidak
memuaskan. Kelemahan yang dikenal pasti adalah seperti:
6.2.1. Perjanjian penyewaan antara Majlis dan Starpark Urus Sdn. Bhd. (SUSB) tidak
disediakan walaupun telah beroperasi selama 7 tahun.
6.2.2. Kawasan tempat letak kenderaan yang telah diwartakan tidak beroperasi.
6.2.3. Kutipan sewa petak khas dibuat melebihi kadar yang telah diwartakan.
6.3. Bagi memastikan objektif pengurusan tempat letak kenderaan Majlis yang dirancang
dapat dilaksanakan dengan cekap dan teratur, adalah disyorkan supaya Majlis mengambil
langkah-langkah berikut:
6.3.1. Tuntutan secara pentadbiran diteruskan terhadap tunggakan sewa petak tempat letak
kereta daripada SUSB dan MOSSB yang telah ditamatkan operasi.
6.3.2. Menyediakan rancangan tahunan cadangan pelaksanaan operasi kutipan tempat
letak kereta di kawasan yang telah diwartakan.
6.3.3. Mengemaskini garis panduan dan arahan berhubung permohonan lesen tempat letak
kereta persendirian agar lebih jelas dan memudahkan. Lawatan semula pegawai Majlis ke
lokasi tempat letak kereta persendirian perlu dibuat sebelum permohonan pembaharuan
lesen diluluskan.
6.3.4. Menyediakan kemudahan mengutip hasil yang selamat di kawasan tempat letak
kereta terkawal di Zon 1.
7. SYARIKAT AIR DARUL AMAN SDN. BHD.
- Pengurusan Pengebilan Bekalan Air
7.1. Aktiviti utama pengebilan ialah pengeluaran bil air dan mengedarkannya kepada
pelanggan mengikut jadual, mengemaskini data pengguna dan maklumat yang berkaitan
dengannya. Semua aktiviti pengebilan di Negeri Kedah diswastakan kepada BPO
Innovation (Kedah) Sdn. Bhd. manakala daerah Langkawi diswastakan kepada Taliworks
(Langkawi) Sdn. Bhd..
xvi
7.2. Pengauditan yang dijalankan dari bulan Oktober 2010 hingga Januari 2011
mendapati secara keseluruhannya, pengurusan pengebilan air adalah memuaskan. Namun
begitu, terdapat beberapa kelemahan yang perlu diberi perhatian oleh SADA bagi
memastikan pengurusan pengebilan dapat dilaksanakan dengan cekap, ekonomik dan
berkesan serta mencapai matlamat yang ditetapkan. Antara kelemahan yang dikenal pasti
adalah:
7.2.1. Pengeluaran bil anggaran semakin meningkat.
7.2.2. Meter air tidak diagihkan.
7.2.3. Deposit bekalan air tidak dikutip.
7.2.4. Tiada Pewartaan Bagi Deposit Yang Tidak Dituntut
7.2.5. Penggunaan saiz meter yang tidak bersesuaian.
7.3. Bagi meningkatkan prestasi pengurusan pengebilan air, adalah disyorkan SADA
mengambil tindakan berikut:
7.3.1. Mengadakan rancangan tahunan penggantian meter rosak atau tidak berfungsi
supaya penggantian meter baru dapat dilakukan dengan lebih teratur.
7.3.2. Memastikan pengguna menjelaskan deposit bagi setiap permohonan baru sebelum
pemasangan meter dilakukan dan sambungan semula turut dikenakan bayaran deposit.
7.3.3. Menyediakan garis panduan dan program berkaitan penggunaan saiz meter yang
bersesuaian dengan penggunaan air sebenar.
7.3.4. Menyediakan peruntukan dan program berkaitan dengan penggantian meter air
berusia sejajar dengan amalan terbaik SADA di antara 7 hingga 10 tahun.
7.3.5. Pihak SADA perlu memastikan objektif sebenar pelaksanaan program AMR
dilaksanakan iaitu bacaan meter dibuat secara on-line.
BAHAGIAN II - PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN NEGERI
8. PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI KEDAH
- Kulim Technology Park Corporation Sdn. Bhd.
8.1. Kulim Technology Park Corporation Sdn. Bhd. (KTPC) adalah syarikat subsidiari
KHTP Holding Sdn. Bhd. yang merupakan syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan
Negeri Kedah (PKNK). KTPC mula beroperasi pada 8 Januari 1979 dengan modal berbayar
berjumlah RM10 juta dan terlibat dalam aktiviti pembangunan dan pengurusan tanah seluas
1,700 hektar di daerah Kulim, Kedah yang dikenali sebagai Kulim Hi-Tech Park (KHTP).
KHTP merupakan taman perindustrian berteknologi tinggi yang pertama di Malaysia.
8.2. Pengauditan yang dijalankan di antara bulan Disember 2010 hingga Januari 2011
mendapati pada umumnya, kedudukan kewangan KTPC adalah baik dengan mencatatkan
keuntungan sepanjang tahun 2007 hingga 2009. Bagaimanapun, pengurusan aktiviti
xvii
erkaitan penyewaan bangunan dan pemantauan projek pembangunan memerlukan
penambahbaikan. Selain itu, terdapat kelemahan dalam aspek pengurusan kewangan
seperti pengurusan pinjaman Kerajaan, pengurusan syarikat subsidiari serta pembayaran
bonus dan dividen yang tidak mengikut Pekeliling Perbendaharaan.
8.3. Bagi membolehkan objektif penubuhan KTPC dicapai seperti mana yang telah
ditetapkan, KTPC perlu menangani kelemahan yang telah dibangkitkan dalam laporan ini.
Bagi mengatasi kelemahan yang dibangkitkan, Lembaga Pengarah KTPC disyorkan supaya
melaksanakan perkara seperti berikut:
8.3.1. Mengkaji dengan mendalam setiap penubuhan syarikat subsidiari dan menutup
syarikat subsidiari yang tidak aktif dan dorman, menetapkan dasar/garis panduan berkaitan
pemberian pendahuluan/pinjaman kepada syarikat subsidiari. Syarikat subsidiari perlu
dipantau dengan lebih teliti supaya pelaburan yang dilakukan tidak mengalami kerugian.
8.3.2. Memperkukuhkan aktiviti promosi, pemasaran dan perniagaan peringkat global
supaya syarikat dapat meningkatkan prestasi keuntungan melalui peningkatan pelaburan
oleh syarikat asing yang maju dalam bidang berteknologi tinggi melalui kerjasama
berterusan dengan agensi Kerajaan seperti MITI, MIDA, Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan
Kementerian serta agensi yang mempunyai kemahiran dan pelaburan yang sama. Di
samping itu, KTPC juga perlu meningkatkan promosi yang lebih berkesan bagi
meningkatkan hasil sewaan ruang bangunannya.
8.3.4. Memperkemaskan dan mengamalkan tadbir urus korporat syarikat dengan
menjadikan Pekeliling Kerajaan dan Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia sebagai amalan
terbaik.
8.3.5. Pemeriksaan Audit Dalam perlu dijalankan secara berkala dan lebih kerap serta
memastikan Jawatankuasa Audit berfungsi mengikut peraturan yang ditetapkan.
9. YAYASAN ISLAM NEGERI KEDAH
- Yiked Bina Sdn. Bhd
9.1. Yiked Bina Sdn. Bhd. (YBSB) merupakan subsidiari Yiked Holding Sdn. Bhd. (YHSB).
YHSB merupakan syarikat milik penuh Yayasan Islam Negeri Kedah (YINK). YBSB telah
ditubuhkan dan didaftarkan pada 15 Oktober 2000 dengan modal dibenarkan berjumlah RM1
juta dan modal berbayar berjumlah RM0.70 juta. YBSB merupakan syarikat usahasama di
antara YHSB dan Tele-Flow Corporation Sdn. Bhd. (TCSB) dengan pegangan ekuiti YHSB
(51%) dan TCSB (49%). Objektif utama penubuhan syarikat adalah untuk menjalankan
perniagaan dalam bidang telekomunikasi. YBSB telah diberikan lesen Network Facility
Provider (NFP) di bawah Seksyen 30 dan 126 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 oleh
Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada tahun 2005. SKMM juga
telah melantik YBSB sebagai Syarikat Sokongan Negeri (SBC) yang mempunyai hak
eksklusif dan bertanggungjawab sebagai One Stop Centre bagi menguruskan hal berkaitan
perlesenan, pembinaan menara telekomunikasi serta mengkoordinasikan pengurusan
infrastruktur telekomunikasi di seluruh Negeri Kedah.
xviii
9.2. Pengauditan yang dijalankan antara bulan Disember 2010 hingga Mac 2011
mendapati prestasi kewangan YBSB secara keseluruhannya adalah memuaskan. YBSB
mencatatkan kerugian pada tahun 2007 berjumlah RM0.01 juta. Pada 2 tahun berikutnya,
YBSB berjaya memperbaiki kedudukan kewangan syarikat dengan memperolehi keuntungan
bersih berjumlah RM0.10 juta pada tahun 2008 dan RM0.16 juta pada tahun 2009.
Pengurusan aktiviti YBSB secara keseluruhannya adalah tidak memuaskan kerana terdapat
beberapa kelemahan yang boleh menjejaskan kepentingan Kerajaan selaku pemegang
ekuiti secara amnya. Antara kelemahan yang ditemui adalah:
9.2.1. Perjanjian usahasama tidak memihak kepada YBSB kerana hak menguruskan
operasi syarikat diserahkan sepenuhnya kepada TCSB.
9.2.2. Royalti yang diterima rendah berbanding hasil sewaan.
9.3. Bagi mengatasi kelemahan yang dibangkitkan dan membolehkan YBSB mencapai
objektif penubuhannya adalah disyorkan pihak yang bertanggungjawab mengambil tindakan
terhadap perkara-perkara berikut:
9.3.1. YBSB hendaklah memastikan pembinaan menara mematuhi Undang-Undang dan
peraturan yang sedang berkuatkuasa bagi mengelakkan kerugian dan tindakan dikenakan.
9.3.2. YBSB perlu memastikan penyerahan menara daripada TCSB dilakukan melalui
perjanjian yang lengkap bagi menjamin kepentingan kedua-dua pihak.
9.3.3. YBSB perlu mengkaji semula kadar royalti yang diterima supaya kadarnya
bersesuaian dengan hasil sewaan yang diterima.
9.3.4. Mematuhi peraturan yang dikeluarkan oleh Kerajaan/Agensi Kerajaan terutama
berkaitan dengan penyediaan rancangan korporat, dividen, Jawatankuasa Audit Dalam,
arahan kawalan pengurusan syarikat serta peranan dan tanggungjawab wakil Kerajaan.
10. PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI KEDAH
- Kumpulan Ladang-Ladang Perbadanan Kedah Sdn. Bhd.
10.1. Kumpulan Ladang-Ladang Perbadanan Kedah Sdn. Bhd. (KLPK) ditubuhkan pada
24 Januari 1980 di bawah Akta Syarikat 1965 dengan modal yang dibenarkan berjumlah
RM1 juta dan modal berbayar berjumlah RM0.5 juta. KLPK merupakan sebuah perniagaan
milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dan ditubuhkan untuk memberi
khidmat nasihat dan mengurus ladang getah dan kelapa sawit milik PKNK.
10.2. Pengauditan yang dijalankan antara bulan September hingga Disember 2010
mendapati prestasi kewangan KLPK adalah memuaskan. KLPK telah berjaya mencatatkan
keuntungan bersih di antara RM0.39 juta hingga RM4.46 juta bagi tahun 2007 hingga 2009.
Pengurusan aktiviti perladangan KLPK juga memuaskan kerana berjaya memberi pulangan
yang tinggi setiap tahun. Bagaimanapun, dalam aspek tadbir urus korporat pula terdapat
beberapa kelemahan seperti pengurusan kewangan yang tidak teratur dan tidak mematuhi
Pekeliling Perbendaharaan.
xix
10.3. Bagi membolehkan objektif penubuhan KLPK dicapai seperti mana yang telah
ditetapkan, pihak KLPK perlu menangani kelemahan yang telah dibangkitkan dalam laporan
ini. Bagi mengatasi kelemahan yang dibangkitkan, Lembaga Pengarah KLPK disyorkan
supaya melaksanakan perkara seperti berikut:
10.3.1. Mematuhi kehendak Akta Syarikat 1965 dan semua pekeliling yang telah
dikeluarkan oleh Kerajaan bagi memastikan pengurusan kewangan KLPK yang meliputi
pengurusan pembayaran, aset serta sumber manusia dibuat dengan telus, teratur dan
berhemat.
10.3.2. Memantau operasi Kilang Hevea Bukit Perak dengan lebih terancang bagi
memastikan kilang dapat memperolehi keuntungan pada masa hadapan.
11. PERBADANAN MENTERI BESAR KEDAH
- Amanah Saham Kedah Berhad
11.1. Amanah Saham Kedah Berhad (ASKB) telah diperbadankan pada 10 September
1994 dan merupakan anak syarikat milik penuh Permodalan Kedah Berhad (PKB). PKB
adalah syarikat subsidiari milik penuh Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed). ASKB
telah ditubuhkan dengan modal yang dibenarkan berjumlah RM10 juta dan modal berbayar
berjumlah RM8.42 juta. ASKB yang dilesenkan di bawah Akta Pasaran Modal Dan
Perkhidmatan 2007 berpengalaman lebih daripada 17 tahun di dalam bidang unit amanah
dan pengurusan aset. Sehingga kini ASKB menguruskan Tabung Amanah Saham Kedah
(Tabung ASK) dan pengurusan aset Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) serta
Yayasan Islam Negeri Kedah (YINK).
11.2. Pengauditan yang dijalankan di antara bulan November 2010 hingga Februari 2011
mendapati prestasi kewangan ASKB secara keseluruhannya adalah tidak memuaskan.
ASKB mencatatkan kerugian pada tahun 2007 hingga 2009 masing-masing berjumlah
RM1.12 juta, RM1 juta dan RM0.57 juta. Sungguhpun didapati pengurusan aktiviti ASKB
adalah selaras dengan objektif penubuhannya tetapi pengurusan aktivitinya adalah tidak
memuaskan kerana terdapat beberapa kelemahan yang boleh menjejaskan kepentingan
Kerajaan selaku Pemegang Ekuiti secara amnya. Selain itu, kelemahan pengurusan aktiviti
ASKB boleh menjejaskan kepentingan para pelabur Tabung ASK. Antara kelemahan yang
ditemui adalah:
11.2.1. Keuntungan tahunan Tabung ASK semakin berkurangan.
11.2.2. Kerugian terkumpul Tabung ASK serta penyusutan Nilai Aset Bersih (NAB) Tabung
ASK berada pada tahap yang tinggi.
11.2.3. Sumbangan Kerajaan Negeri bagi menampung kos pembayaran dividen.
11.2.4. Pelaburan Ekuiti mengalami rosot nilai yang tinggi.
11.2.5. Insentif ALP pada tahun 2007 tidak mendapat kelulusan Mesyuarat Agung.
11.2.6. Gaji bekas Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) terlebih bayar.
xx
11.3. Bagi mengatasi kelemahan yang dibangkitkan dan membolehkan ASKB mencapai
objektif penubuhannya adalah disyorkan ASKB mengambil tindakan terhadap perkaraperkara
berikut:
11.3.1. Menyediakan Pelan Pemulihan Prestasi Tabung ASK.
11.3.2. Jawatankuasa Pelaburan ASKB hendaklah menyemak semula pelaburan Tabung
ASK dan mengkaji semula strategi pelaburan bagi memastikan setiap pelaburan
mendatangkan keuntungan.
11.3.3. Mematuhi peraturan yang dikeluarkan oleh Kerajaan terutama berkaitan dengan
penyediaan rancangan korporat, pembayaran bonus, dividen, Jawatankuasa Audit Dalam,
arahan kawalan pengurusan syarikat serta peranan dan tanggungjawab wakil Kerajaan.
xxi
BAHAGIAN I
AKTIVITI JABATAN/AGENSI
NEGERI
AH
BAHAGIAN I
AKTIVITI JABATAN/AGENSI NEGERI
1. PENDAHULUAN
AKTIVITI JABATAN/AGENSI
Seksyen 6(d), Akta Audit 1957 menghendaki Jabatan Audit Negara mengaudit program dan
aktiviti Jabatan/Agensi Kerajaan Negeri. Pengauditan ini bertujuan untuk menilai sama ada
sesuatu program atau aktiviti telah dijalankan dengan cekap, ekonomi dan berkesan. Bagi
memenuhi peruntukan Akta ini, 7 aktiviti telah dikaji iaitu Rancangan Tebatan Banjir,
Pengurusan Hutan Paya Laut dan Kepentingannya Kepada Alam Sekitar, Pengurusan
Pengambilan Tanah dan Penggunaannya, Pengurusan Pertukaran Syarat Tanah, Kutipan
Hasil Tanah Berkomputer, Pengurusan Tempat Meletak Kenderaan dan Pengurusan
Pengebilan Bekalan Air. Pemerhatian Audit hasil daripada pengauditan tersebut telah
dimaklumkan kepada Jabatan/Agensi berkenaan dan hanya isu yang penting dilaporkan di
Bahagian ini. TIVITI JABAT
JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI KEDAH
2. RANCANGAN TEBATAN BANJIR
2.1 LATAR BELAKANG
2.1.1. Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Kedah (JPS) bertanggungjawab untuk
menyedia dan membekalkan perkhidmatan kejuruteraan yang perlu bagi pembangunan,
pengurusan serta pengawalan teratur sumber air negeri untuk kemajuan pertanian. Bagi
mencapai matlamat tersebut JPS menjalankan fungsi-fungsi seperti pengairan, saliran
pertanian, pengurusan sumber air dan hidrologi, pengurusan banjir, pengurusan sungai,
kejuruteraan pantai, saliran bandar dan khidmat sokongan. Bahagian Kejuruteraan Sungai
bertanggungjawab memastikan pengurusan sungai yang baik, memelihara air dan kualiti
serta mengurangkan risiko banjir. Selain itu, bahagian ini perlu memberi maklum balas
segera terhadap aduan berkaitan sungai dan melakukan sebarang pembaikan yang
diperlukan.
2.1.2. Objektif rancangan tebatan banjir adalah untuk memperbaiki sistem sungai supaya
kekerapan banjir dapat dikurangkan melalui pelaksanaan projek yang telah dikenal pasti oleh
JPS setiap tahun. Sistem tebatan banjir sedia ada perlu di senggara dan di baik pulih sesuai
dengan pertambahan pembangunan semasa.
2.1.3. Lembangan Sungai Kedah mempunyai keluasan kawasan tadahan air seluas 3,605
kilometer persegi dan keseluruhan jajaran adalah sepanjang 123 kilometer. Lembangan
Sungai Kedah merangkumi 5 daerah iaitu Kubang Pasu, Padang Terap, Pendang, Kota
Setar dan sebahagian kecil daerah Kuala Muda. Lembangan ini terbahagi kepada
7 sub-lembangan yang terdiri daripada Sungai Bata, Sungai Ahning, Sungai Pedu, Sungai
Janing, Sungai Padang Terap, Sungai Pendang dan Sungai Kedah. Empangan Pedu dan
3
Empangan Ahning terletak di Lembangan Sungai Kedah. Peta 2.1 menunjukkan Lembangan
Sungai Kedah dan jajaran sungai kedah serta anak sungai yang bersambung dengannya.
Peta 2.1
Lembangan Sungai Kedah
Sumber : JPS Kubang Pasu
2.1.4. Mengikut RMKe-9, sebanyak 9 Rancangan Tebatan Banjir akan dilaksanakan di
Negeri Kedah dengan kos projek berjumlah RM2.39 bilion. RTB tersebut adalah RTB Sungai
Muda, RTB Kuah/Padang Mat Sirat, RTB Serdang, RTB Bandar Kulim/Sungai Keladi, RTB
Luar Bandar, RTB Sungai Kedah/Anak Bukit, RTB Sungai Jabi, RTB Sungai Petani dan RTB
Kota Setar. Bagi tempoh 2008 hingga 2010, sejumlah RM23.18 juta telah dibelanjakan bagi
tujuan RTB seperti di Jadual 2.1.
Jadual 2.1
Perbelanjaan RTB Kedah Bagi Tahun 2008 hingga 2010
Butiran Rancangan Tebatan Perbelanjaan (RM)
Banjir
2008 2009 2010
RTB Kuah/Padang Mat Sirat TM 2,446,231 367,211
RTB Serdang 26,864 TM TM
RTB Kulim/Sungai Keladi TM 2,355,677 3,891,342
RTB Luar Bandar Kedah 4,072,004 368,520 5,597,588
RTB Sungai Kedah/Anak Bukit TM 757,766 1,761,476
RTB Sungai Jabi TM 425,140 749,968
RTB Sungai Petani 357,006 TM TM
RTB Kota Setar TM TM TM
Jumlah 4,455,874 6,353,334 12,367,585
Sumber: Laporan Pemantauan JPS Bagi Tahun 2008 hingga 2010
2.2. OBJEKTIF PENGAUDITAN
Pengauditan ini dijalankan untuk menilai sama ada rancangan tebatan banjir telah dirancang
dan dilaksanakan secara ekonomi, cekap dan berkesan selaras dengan matlamat yang
ditetapkan.
4
2.3. SKOP DAN KAEDAH PENGAUDITAN
Pengauditan ini dijalankan terhadap 10 projek tebatan banjir di Lembangan Sungai Kedah.
Kaedah pengauditan yang dijalankan adalah dengan menyemak dan menganalisis maklumat
berasaskan rekod, fail, data dan dokumen berhubung pengurusan rancangan tebatan banjir
di JPS Negeri Kedah, Pejabat JPS Daerah Kota Setar dan Kubang Pasu/Padang Terap bagi
tempoh tahun 2008 hingga 2010. Selain itu, temu bual dan lawatan tapak turut dilaksanakan.
2.4. PENEMUAN AUDIT
Pengauditan yang dijalankan pada bulan Oktober 2010 hingga Januari 2011 mendapati
rancangan tebatan banjir boleh dipertingkatkan pengurusannya. Antara kelemahan yang
didapati adalah pencerobohan rizab sungai dan pemberian hak milik di kawasan rizab sungai
menyebabkan kerja-kerja penyenggaraan tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya,
pengurusan sampah dan penyenggaraan log boom tidak dibuat secara berkala dan kolam
takungan banjir serta kolam perangkap kelodak tidak di senggara. Penjelasan lanjut
mengenai perkara yang ditemui adalah seperti di perenggan berikut:
2.4.1. Pengurusan Dan Penyenggaraan Sungai Keroncho / Sungai Tanjung Pauh
2.4.1.1. Rizab Sungai Diduduki Tanpa Kebenaran
Mengikut Seksyen 62, Kanun Tanah Negara dan Garis Panduan Penentuan Rizab
Sungai, setiap sungai hendaklah mempunyai kawasan rizab sungai mengikut kelebaran
sungai. Kawasan rizab Sungai Keroncho bagi tebing kiri dan kanan adalah masingmasing
selebar 10 meter seperti di Warta Kerajaan Negeri Kedah bertarikh 1 April 2010.
Pemeriksaan Audit mendapati sepanjang 250 meter rizab sungai telah diduduki tanpa
kebenaran. Manakala tanah rizab sungai seluas 3.2 hektar telah diberikan hak milik oleh
Pejabat Tanah Dan Galian (PTG) kepada penduduk setempat. Lawatan Audit ke Sungai
Keroncho dan Sungai Tanjung Pauh mendapati rizab sungai telah dicerobohi oleh orang
awam untuk dijadikan rumah kediaman seperti di Gambar 2.1 dan Gambar 2.2.
Akibatnya kerja penyenggaraan seperti mendalam dan melebar sungai tidak dapat
dilaksanakan sepenuhnya. Mengikut maklum balas, JPS tidak mempunyai kuasa untuk
mengambil tindakan terhadap pencerobohan rizab sungai sebaliknya hanya
memaklumkan mengenai pencerobohan tersebut kepada Pihak Berkuasa Tempatan.
5
Gambar 2.1
Pencerobohan Di Rizab Sungai
Gambar 2.2
Binaan Di Rizab Sungai
Binaan Terletak Di
Rizab Sungai
Binaan Di Rizab
Sungai
Gabion untuk mencegah
runtuhan tebing sungai
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Sungai Tanjung Pauh, Jitra
Tarikh: 17 Januari 2011
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Sungai Keroncho, Jitra
Tarikh: 17 Januari 2011
2.4.1.2. Pemberian Hak Milik Di Kawasan Rizab Sungai
Mengikut Warta Kerajaan Negeri Kedah Jil.53 No.7 bertarikh 1 April 2010, Sungai
Keroncho adalah sepanjang 1.76 kilometer dan lebar sungai adalah 5 meter (m). Pihak
Audit mendapati kawasan rizab Sungai Keroncho telah diberi milik kepada orang awam
dan Kerajaan untuk tujuan pembangunan perumahan, rumah kedai, sekolah dan industri
ringan seperti di Gambar 2.3 hingga Gambar 2.6.
Gambar 2.3
Hak Milik Di Rizab Sungai
Kawasan rizab sungai
Gambar 2.4
Sekolah Di atas Rizab Sungai
Sungai Keroncho bersebelahan sekolah
Lebar Sungai 1.5 m
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Bandar Jitra, Daerah Kubang Pasu
Tarikh: 10 Januari 2011
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Bandar Jitra, Daerah Kubang Pasu
Tarikh: 10 Januari 2011
6
Gambar 2.5
Pemberian Hak Milik
Di Kawasan Rizab Sungai
Gambar 2.6
Rizab Sungai
Diberi milik
Lebar sungai 1.5m
Kawasan rizab sungai
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Daerah Kubang Pasu
Tarikh: 17 Januari 2011
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Daerah Kubang Pasu
Tarikh: 17 Januari 2011
2.4.1.3. Pelaksanaan Kerja Menaik Taraf Pembetung Di Kawasan Tanah Bermilik
Struktur tebatan sungai adalah perlu dibina mengikut Right of Way (ROW) selaras dengan
Akta Jalan, Saliran dan Bangunan 1974 (Akta 133). Lawatan Audit mendapati projek
menaik taraf pembetung arch culvert di CH1422 Sungai Keroncho yang dilaksanakan di
atas tanah bermilik seperti di Gambar 2.7 dan Gambar 2.8. Pelaksanaan kerja di
kawasan tanah bermilik boleh mengakibatkan tindakan undang-undang diambil terhadap
JPS oleh pemilik tanah.
Gambar 2.7
Operasi JPS Di Kawasan Bermilik
Gambar 2.8
Pertindihan Rizab
Operasi JPS di kawasan bermilik
Kawasan bermilik
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Taman Indera, Jitra
Tarikh: 10 Januari 2011
Sumber: Jabatan Pengairan Dan Saliran
Lokasi: Taman Indera, Jitra
Tarikh: November 2010
2.4.1.4. Projek Pembinaan Arch Culvert Menyebabkan Bottle Neck
Penggunaan arch culvert perlu mengikut kesesuaian kelebaran sungai. Ini bagi
membolehkan aliran sungai mengalir dengan lancar. Semakan Audit mendapati JPS telah
mengambil tindakan membina arch culvert bagi mengatasi masalah banjir kilat di bandar
Jitra. Bagaimanapun lawatan Audit ke ke tapak projek di Chainage (CH) 800 dan CH1422
7
mendapati pembinaan arch culvert telah menyebabkan berlakunya masalah bottle neck
berpunca daripada ukuran arch culvert yang lebih besar daripada kelebaran sungai sedia
ada seperti di Gambar 2.9 dan Gambar 2.10. Keadaan ini menyebabkan aliran air
terganggu terutama apabila berlaku hujan lebat.
Gambar 2.9
Bottle Neck Di CH800 Sungai Keroncho
Lebar sungai 1.5m
Gambar 2.10
Bottle Neck Di CH1422 Sungai Keroncho
Pembinaan arch culvert selebar 6.5 m
Pembinaan arch culvert
selebar 6.5 m
Lebar sungai 2.0m
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Sungai Keroncho, Kubang Pasu
Tarikh: 25 April 2011
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Sungai Keroncho, Kubang Pasu
Tarikh: 25 April 2011
2.4.1.5. Pembuangan Sampah Ke Dalam Sungai
Sungai masih menjadi tempat pembuangan sampah akibat daripada tahap kesedaran
sivik di kalangan masyarakat yang masih rendah tentang kepentingan sungai. Lawatan
Audit ke Sungai Keroncho mendapati aliran sungai tersekat disebabkan oleh timbunan
sampah. Pembuangan sampah oleh penduduk setempat secara berleluasa berlaku di
persekitaran kawasan tersebut seperti di Gambar 2.11 hingga Gambar 2.14. Mengikut
JPS, sampah yang terdapat di dalam Sungai Keroncho semakin berkurangan selepas
Program Kesedaran dan Gotong Royong Bersama Komuniti dijalankan.
Gambar 2.11
Aliran Sungai Tersekat Akibat Sampah
Gambar 2.12
Sampah Dalam Sungai
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Jalan Sekolah Menengah Jitra
Tarikh: 10 Januari 2011
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Jalan Sekolah Menengah Jitra
Tarikh: 17 Januari 2011
8
Gambar 2.13
Program Gotong Royong Bersama Komuniti
Gambar 2.14
Aktiviti Membersihkan Sungai Keroncho
Sumber: Jabatan Pengairan Dan Saliran
Lokasi: Jalan Sekolah Menengah Jitra
Tarikh: 2011
Sumber: Jabatan Pengairan Dan Saliran
Lokasi: Jalan Sekolah Menengah Jitra
Tarikh: 2011
Pada pendapat Audit, secara keseluruhannya JPS perlu mengambil tindakan segera
bagi menangani masalah pencerobohan, pembinaan pembetung di kawasan tanah
bermilik dan pembuangan sampah secara berleluasa. Di samping itu, kerja pelebaran
sungai perlu dibuat secara menyeluruh bagi menyelesaikan masalah bottle neck dan
seterusnya dapat mengatasi masalah banjir. Kerjasama dengan agensi-agensi
Kerajaan seperti Pihak Berkuasa Tempatan adalah penting.
2.4.2. Kelewatan Pewartaan Rizab Sungai
Rizab sungai perlu diwartakan bagi memastikan setiap sungai dapat berfungsi dengan
sepatutnya. Rizab sungai bertindak sebagai penampan di antara sungai dan tanah yang
bersebelahan dengannya bagi melindungi sungai dari aktiviti yang tidak diingini yang boleh
menjejaskan fungsi sungai tersebut. Kuasa reservasi terhadap tanah negeri di Semenanjung
Malaysia terkandung dalam Seksyen 62 KTN (Akta 56 Tahun 1965). JPS perlu mengambil
tindakan sewajarnya untuk mewartakan jaluran sungai sebagai rizab sungai supaya hak
pengawalan terhadap rizab sungai terjamin. Semakan Audit mendapati pewartaan rizab
sungai bagi seluruh Negeri Kedah yang melibatkan 655 batang sungai oleh JPS hanya
dilaksanakan pada 1 April 2010. Kelewatan mewartakan rizab sungai dengan kadar segera
menyebabkan berlaku pencerobohan, tanah rizab sungai diberi hak milik, kos pengambilan
tanah yang tinggi dan penyenggaraan sungai tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.
Pada pendapat Audit, JPS hendaklah memastikan rizab sungai tidak di ceroboh
setelah diwartakan.
2.4.3. Sistem Ramalan Dan Amaran Banjir
Sistem amaran banjir ialah bertujuan untuk menyampaikan maklumat banjir dan amaran
awal tentang kemungkinan berlaku banjir di sesuatu lembah sungai. Data taburan hujan
adalah penting dalam penentuan ramalan banjir. JPS menyediakan sistem amaran dan
pengesanan banjir yang merangkumi 22 buah stesen telemetri, 60 buah stesen curahan
hujan, 17 buah stesen amaran banjir bersiren, 5 buah stesen amaran banjir short messaging
9
system (SMS), 3 buah stesen aras air dan sukat luah sungai serta 18 buah stesen tolok
lurus. Penemuan Audit adalah seperti berikut:
2.4.3.1. Sistem Telemetri
a. JPS menggunakan sistem telemetri dalam pengumpulan data curahan hujan. Sistem
ini dapat membekalkan data yang tepat kepada JPS dan boleh diakses secara atas
talian. Terdapat 3 buah stesen hujan telemetri di daerah Kubang Pasu iaitu di
Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kampung Padang Pasir dan Jeragan.
Manakala hanya sebuah stesen ditempatkan di Kepala Batas bagi daerah Kota Setar.
Gambar 2.15 adalah stesen telemetri aras air hujan Sungai Sintok yang dikendalikan
oleh Unit Hidrologi JPS.
Gambar 2.15
Stesen Telemetri Aras Air Hujan
Sungai Sintok
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Universiti Utara Malaysia
Tarikh: 20 Januari 2011
b. Paras taburan hujan lebat yang direkodkan oleh JPS adalah di antara 30mm
hingga 60mm. Analisis data taburan hujan pada 30 Oktober hingga 1 November 2010
mendapati taburan hujan berada pada tahap luar biasa. Paras tertinggi yang
dicatatkan pada 30 Oktober 2010 di UUM adalah 225 milimeter (mm) berbanding
158mm pada tahun 2005. Pada 1 November 2010, paras hujan menurun kepada 212
mm. Taburan hujan yang tinggi ini telah dimaklumkan kepada Pejabat Daerah
Kubang Pasu supaya mengambil tindakan pemberitahuan kepada orang awam
mengenai amaran banjir yang akan berlaku. Amaran awal banjir ini adalah perlu
supaya jumlah kerosakan dan kerugian dapat diminimumkan. Maklumat
perbandingan taburan hujan bagi tahun 2005 dan 2010 yang dikeluarkan oleh Unit
Hidrologi JPS adalah seperti di Jadual 2.2.
10
Bil.
Stesen Hujan
Jadual 2.2
Perbandingan Taburan Hujan Bagi Tahun 2005 dan 2010
Hujan Maksimum (mm)
Tahun 2005 Tahun 2010
15/12 16/12 17/12 30/10 31/10 1/11
1. UUM 23 93 158 41 225 212
2. Bukit Kayu Hitam 26 112 130 28 160 190
3. Kg.Bata 15 51 135 23 123 147
4. Jitra 14 46 132 37 116 139
5. Kepala Batas - - - 19 100 111
6. Durian Burung 31 284 284 46 197 158
7. Padang Sanai 13 133 145 33 223 149
8. Kuala Nerang 10 84 106 19 177 119
9. Kg.Kubu 12 58 121 12 169 141
10. Alor Setar - - - 20 86 122
Sumber: Unit Hidrologi, Bahagian Pengairan Dan Pantai, JPS Negeri Kedah
2.4.3.2. Stesen Amaran Banjir
Kawasan yang sering dilanda banjir memerlukan amaran awal untuk penduduk setempat
bertindak bagi mengelakkan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda. Sehubungan
itu, JPS telah membina 17 stesen amaran banjir bersiren di seluruh Negeri Kedah. Di
daerah Kubang Pasu, terdapat 2 buah stesen amaran banjir iaitu Kampung Padang Pasir,
Sungai Laka dan Kampung Kubang Betong, Sungai Bata. Bagaimanapun, berdasarkan
temu bual dengan pegawai JPS stesen amaran banjir yang sedia ada tidak mencukupi
berbanding dengan keluasan daerah dan kepadatan penduduk. Lima kawasan rendah
berdekatan tebing sungai yang dikenal pasti sebagai kawasan terawal dilimpahi air tidak
mempunyai stesen amaran banjir adalah seperti di Jadual 2.3.
Jadual 2.3
Kawasan Tidak Mempunyai Stesen Amaran Banjir
Bil. Lokasi Nama Sungai
1. Kg.Padang Panjang Bukit Wang
2. Malau Bata
3. Bandar Jitra Temin / Tanjung Pauh
4. Bukit Tinggi Padang Terap
5. Pekan Kepala Batas Padang Terap
Sumber: Unit Hidrologi, Bahagian Pengairan Dan Pantai,
JPS Negeri Kedah
Pada pendapat Audit, sistem ramalan dan amaran banjir adalah baik.
Bagaimanapun, sistem penyampaian maklumat amaran banjir di antara JPS
bersama agensi lain perlu dipertingkatkan supaya maklumat mengenai amaran awal
banjir dapat disampaikan dengan segera kepada penduduk sekitar.
2.4.4. Pengurusan Kolam Takungan Dan Kolam Perangkap Kelodak
2.4.4.1. Kolam Takungan Tebatan Banjir Tidak Di senggara
Kolam takungan tebatan banjir digunakan untuk menahan larian air dari sesuatu kawasan
tadahan daripada mengalir ke kawasan hilir. Ia juga cara yang berkesan untuk
menurunkan kadar alir maksimum (peak discharge) supaya larian air berlebihan tidak
melimpahi tebing sungai. Lokasi dan saiz kolam takungan adalah penting supaya ianya
terletak di tempat yang strategik dan boleh menampung air secukupnya bagi mengelakkan
11
anjir. Pemeriksaan Audit mendapati 6 buah kolam takungan tebatan banjir seperti di
Peta 2.2, telah dibina pada tahun 2001 oleh JPS di kawasan UUM, Sintok. Lima kolam
takungan berada di jajaran Sungai Sintok manakala satu lagi dibina di luar jajaran sungai
tersebut. Lawatan Audit bersama pegawai JPS mendapati kolam yang dibina di luar jajaran
sungai di senggara dengan baik seperti di Gambar 2.16. Manakala 5 buah kolam yang
berada di jajaran Sungai Sintok telah dipenuhi dengan mendapan kelodak tanah dan pasir
seperti di Gambar 2.17 hingga Gambar 2.21. Kerja penyenggaraan bagi kolam takungan
tidak dapat dijalankan oleh JPS kerana tiada peruntukan. Keadaan ini menyebabkan kolam
tersebut tidak dapat menakung air bagi melambatkan pengaliran larian air terutama apabila
berlakunya taburan hujan berlebihan. Siasatan JPS mendapati mendapan kelodak di
kolam takungan tersebut adalah akibat kolam perangkap kelodak di hulu Sungai Sintok
yang tidak di senggara. Selain itu aktiviti pembersihan kawasan ladang getah untuk
tanaman semula, aktiviti pembangunan tanah untuk penternakan dan pencerobohan tanah
bagi tujuan pertanian di bahagian hulu Sungai Sintok juga menyumbang kepada
pencemaran sungai.
Peta 2.2
Pelan Kolam Takungan Tebatan Banjir Di Kawasan UUM Sintok
Sungai Badak
Kolam 4
Kolam 6
Kolam 3
Kolam 5
Kolam 2
Sungai Sintok
Kolam 1
Sumber: JPS
12
Gambar 2.16
Kolam 4 Di senggara Dengan Baik
Gambar 2.17
Kolam Satu Dipenuhi Kelodak
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Universiti Utara Malaysia
Tarikh: 20 Januari 2011
Gambar 2.18
Kolam 2 Ditumbuhi Rumput
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Universiti Utara Malaysia
Tarikh: 20 Januari 2011
Gambar 2.19
Kolam 3 Dipenuhi Kelodak
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Universiti Utara Malaysia
Tarikh: 20 Januari 2011
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Universiti Utara Malaysia
Tarikh: 20 Januari 2011
13
Gambar 2.20
Kolam 5 Ditumbuhi Rumput
Gambar 2.21
Kolam 6 Dipenuhi Kelodak Dan Rumput
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Universiti Utara Malaysia
Tarikh: 20 Januari 2011
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Universiti Utara Malaysia
Tarikh: 20 Januari 2011
2.4.4.2. Kolam Perangkap Kelodak Tidak Di senggara
Kolam perangkap kelodak bertujuan menakung kelodak yang mengalir dalam sungai
akibat daripada hakisan tanah berpunca daripada pembukaan tanah bagi tujuan
pembangunan. Tiga faktor asas pembinaan kolam perangkap kelodak ialah saiz, lokasi
dan keperluan membersihkannya. Faktor ini membolehkan ianya berfungsi dengan
berkesan. Pada tahun 2007, 2 buah kolam perangkap kelodak telah dibina oleh JPS di
luar kawasan UUM iaitu di Sungai Padang Pelandok, Hulu Sintok. Pembinaan kolam
tersebut bertujuan mengurangkan masalah pencemaran kelodak. Bagaimanapun, lawatan
Audit mendapati kolam tersebut tidak di senggara dengan sempurna dan tiada
pemantauan JPS. Mengikut makluman JPS, sebelum ini kolam tersebut berada dalam
kawasan Tanah Kerajaan namun telah diberi milik oleh Pihak Berkuasa Negeri kepada
Yayasan Islam Negeri Kedah (YIKED) pada bulan November 2009. Kerja penyenggaraan
merangkumi kerja mengorek, mendalam dan membuang enapan di kolam tersebut tidak
dapat dilaksanakan kerana di luar bidang kuasa JPS. Kesan daripada penyenggaraan
yang tidak dilaksanakan menyebabkan kelodak tersebut mengalir terus ke Sungai Sintok.
Keadaan ini menyebabkan Sungai Sintok menjadi cetek dan tercemar. Gambar 2.22 dan
Gambar 2.23 menunjukkan keadaan kolam perangkap kelodak.
14
Gambar 2.22
Kolam Perangkap Kelodak
Di Kawasan YIKED
Gambar 2.23
Kolam Perangkap Kelodak Yang Tidak
Di senggara
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Sintok, Kubang Pasu
Tarikh: 20 Januari 2011
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Sintok, Kubang Pasu
Tarikh: 20 Januari 2011
Pada pendapat Audit, penyenggaraan kolam takungan dan kolam perangkap kelodak
adalah tidak memuaskan kerana kerja penyenggaraan tidak dilaksanakan
menyebabkan kolam tidak dapat berfungsi dengan sempurna.
2.4.5. Pengurusan Perangkap Sampah Menggunakan Log Boom
2.4.5.1. Log boom dibina merentangi sungai bagi tujuan memerangkap sampah dan sisa
pepejal supaya tidak terus mengalir hingga ke laut. Semakan Audit mendapati sebanyak 5
log boom dipasang di Sungai Kedah dan Sungai Anak Bukit seperti di Jadual 2.4.
Jadual 2.4
Lokasi Log Boom di Alor Setar
Bil. Lokasi Log Boom Nama Sungai
1. Kg.Sakan
2. Limbung Kapal
Kedah
3. Chegar
4. Bakar Bata
Anak Bukit
5. Kanchut
Sumber: Rekod JPS
2.4.5.2. Kekerapan pungutan sampah sarap yang tersekat pada log boom perlu dibuat
mengikut perancangan sebagai usaha mengurangkan pencemaran sungai. Pemeriksaan
Audit terhadap jadual pungutan sampah di log boom dan rekod penyenggaraan
mendapati JPS tidak menyediakan jadual pungutan sampah yang berkala. Kerja
pungutan sampah di log boom dibuat mengikut keperluan. Semakan Audit mendapati
kekerapan pungutan sampah di log boom dari tahun 2008 hingga 2010 telah berkurangan
dari 20 kali kepada 6 kali bagi 5 lokasi. Bagaimanapun, tiada pungutan sampah dijalankan
pada tahun 2009 di log boom Chegar. Manakala pada tahun 2010 kerja pungutan
tersebut juga tidak dijalankan di log boom Chegar dan Kampung Sakan. Kekerapan kerja
mengangkut sampah di log boom adalah seperti di Jadual 2.5. Lawatan Audit telah
15
dibuat pada 3 November 2010 dan akhir Disember 2010 untuk melihat keadaan log boom
yang di senggara oleh JPS seperti di Gambar 2.24 dan Gambar 2.25.
Jadual 2.5
Kekerapan Kerja Mengangkut sampah Di Log Boom
Lokasi Log Boom
Tahun Tahun Tahun
2008 2009 2010
Kg.Sakan 4 1 0
Limbung Kapal 4 2 2
Chegar 4 0 0
Bakar Bata 4 3 2
Kanchut 4 3 2
Sumber: Rekod JPS
20 9 6
Gambar 2.24
Keadaan Log Boom Yang Berfungsi
Gambar 2.25
Keadaan Log Boom Tidak Berfungsi
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Bakar Bata, Sg.Anak Bukit
Tarikh: 3 November 2010
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Bakar Bata, Sg.Anak Bukit
Tarikh: 29 Disember 2010
Pada pendapat Audit, JPS perlu menyediakan jadual berkala bagi pengurusan log
boom serta menyediakan peruntukan penyenggaraan yang mencukupi bagi
memastikan aliran air sungai tidak terhalang.
2.4.6. Kejadian Banjir Berulang
2.4.6.1. Impak banjir boleh dikurangkan sekiranya JPS bersama agensi lain yang
berkaitan mengambil langkah pencegahan berdasarkan pengalaman banjir yang telah
berlaku pada masa lalu. Berdasarkan analisis Audit kejadian banjir di negeri Kedah
khususnya di Lembangan Sungai Kedah terutama di daerah Kubang Pasu, Padang
Terap, Pokok Sena dan Kota Setar menunjukkan trend banjir berulang. Butiran adalah
seperti di Jadual 2.7.
16
Jadual 2.7
Daerah Yang Kerap Banjir di Negeri Kedah
Bagi Tahun 2005 hingga 2010
Bil. Daerah 2005 2006 2007 2008 2009 2010
1. Kota Setar
2. Kubang Pasu
3. Padang Terap
4. Pendang
5. Pokok Sena
Sumber: Rekod Majlis Keselamatan Negara
Nota: Kawasan banjir
2.4.6.2. Pada November 2010, kejadian banjir besar berlaku di 5 daerah iaitu daerah
Kota Setar, Pendang, Pokok Sena, Padang Terap dan Kubang Pasu. Punca utama
kejadian banjir adalah disebabkan oleh hujan lebat berterusan dan menyeluruh serta air
melimpahi tebing sungai di kawasan rendah. Mengikut rekod Majlis Keselamatan Negara
kerugian bagi tahun 2010 adalah berjumlah RM42.29 juta. Mengikut JPS dalam RMKe10,
peruntukan sejumlah RM1.2 bilion telah dimohon untuk melaksanakan projek Rancangan
Tebatan Banjir Sungai Kedah/Sungai Anak Bukit yang dijangka boleh menangani
keseluruhan masalah banjir di daerah Padang Terap, Kubang Pasu, Kota Setar, Pendang
dan Yan. Keadaan banjir di Lembangan Sungai Kedah adalah seperti di Gambar 2.26
hingga Gambar 2.33.
Gambar 2.26
Banjir Tahun 2005
Gambar 2.27
Banjir Tahun 2008
Sumber: Majlis Keselamatan Negara
Lokasi: Daerah Kubang Pasu
Tarikh : 2005
Sumber: Majlis Keselamatan Negara
Lokasi: Daerah Kubang Pasu
Tarikh : 2008
17
Gambar 2.28
Banjir Di Daerah Kubang Pasu
Gambar 2.29
Operasi Perniagaan Terhenti Akibat Banjir
Sumber: Jabatan Pengairan Dan Saliran
Lokasi: Kawasan Kolej Height, Jitra
Tarikh: 3 November 2010
Gambar 2.30
Banjir Di Kubang Pasu
Sumber: Jabatan Pengairan Dan Saliran
Lokasi: PJ3, Bandar Jitra
Tarikh: 2 November 2010
Gambar 2.31
Lapangan Terbang Ditutup Akibat Banjir
Sumber: Jabatan Pengairan Dan Saliran
Lokasi: Pekan Pantai Halban, Jitra
Tarikh: 3 November 2010
Sumber: Jabatan Pengairan Dan Saliran
Lokasi: Lapangan Terbang Alor Setar
Tarikh: 4 November 2010
18
Gambar 2.32
Banjir Di Daerah Kota Setar
Gambar 2.33
Banjir Di Daerah Kota Setar
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Kelab Kedah Diraja, Alor Setar
Tarikh: 5 November 2010
Sumber: Jabatan Jabatan Audit Negara
Lokasi: Jalan Teluk Wanjah, Alor Setar
Tarikh: 6 November 2010
Pada pendapat Audit, JPS perlu mengambil tindakan segera untuk melaksanakan
projek RTB secara holistic bagi Negeri Kedah terutamanya daerah yang kerap
dilanda banjir bagi mengurangkan bebanan Kerajaan Negeri.
2.4.7. Pengurusan Aduan JPS Careline
Talian khidmat pelanggan JPS Careline telah dilancarkan pada 11 Februari 2009. JPS
Careline berperanan menerima dan menyalurkan aduan kepada pihak yang berkenaan
bagi menyelesaikan masalah berkaitan banjir, hakisan sungai dan pantai serta lain-lain
aduan berkaitan sistem saliran. Talian JPS Careline 1-300-80-1010 merupakan talian
bebas tol yang beroperasi 24 jam. Mengikut piagam pelanggan JPS, tindakan akan
diambil terhadap aduan dalam masa 2 hari bekerja. Semakan Audit mendapati semua
aduan yang diterima direkodkan dengan kemas kini secara atas talian dan tindakan
diambil terhadap setiap aduan selaras dengan peraturan yang ditetapkan.
Bagaimanapun, berdasarkan soal selidik yang dijalankan pihak Audit mendapati 45 dari
50 atau 90% responden tidak mengetahui tentang kewujudan talian JPS Careline yang
disediakan. Statistik aduan mulai Mei 2009 hingga September 2010 adalah seperti di
Jadual 2.6.
19
Jadual 2.6
Statistik Aduan
Bagi Bulan Mei 2009 Hingga September 2010
Bulan
Tahun
2009
Januari * 4
Februari * 1
Mac * 0
April * 4
Mei 4 4
Jun 3 0
Julai 9 1
Ogos 0 2
September 1 9
Oktober 6 0
November 1 0
Disember 7 0
Tahun
2010
Jumlah 31 25
Sumber: Laporan JPS Careline
Nota: * Tiada aduan – JPS Careline dilancar pada 11 Februari 2009
Pada pendapat Audit, pengurusan aduan pengguna adalah baik kerana semua
aduan melalui talian JPS Careline telah diambil tindakan dalam tempoh yang
ditetapkan. Bagaimanapun, JPS perlu meningkatkan promosi tentang JPS Careline
untuk orang ramai menyalurkan aduan dengan mudah.
2.5. SYOR AUDIT
Bagi mengatasi kelemahan yang dibangkitkan dan membolehkan RTB mencapai objektifnya
adalah disyorkan JPS mengambil tindakan terhadap perkara-perkara berikut:
2.5.1. Melaksanakan RTB secara menyeluruh terutamanya bagi daerah yang kerap dilanda
banjir dengan mendapatkan peruntukan yang mencukupi.
2.5.2. Menyelia dan memantau kawasan rizab sungai bagi memastikan pencerobohan tidak
berlaku. Di samping itu, JPS perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap
penceroboh.
2.5.3. Kawasan yang telah diwartakan perlu dibuat penguatkuasaan bersepadu bersama
Agensi seperti Pejabat Tanah dan Pihak Berkuasa Tempatan agar tidak berlaku pertindihan
rizab sungai dengan tanah bermilik.
2.5.4. JPS hendaklah mengkaji keperluan tambahan stesen amaran banjir bersiren di
Daerah Kubang Pasu.
2.5.5. Menetapkan dasar mengenai kerja penyenggaraan bagi sungai dan kolam takungan
yang berada di kawasan bermilik.
2.5.6. Meneruskan Program Bersama Komuniti tentang kempen kebersihan sungai dan JPS
Careline.
20
JABATAN PERHUTANAN NEGERI KEDAH
3. PENGURUSAN HUTAN PAYA LAUT DAN KEPENTINGANNYA KEPADA
ALAM SEKITAR
3.1. LATAR BELAKANG
3.1.1. Hutan Paya Laut (HPL) adalah kawasan hutan yang terdapat di pesisiran pantai,
pulau dan kuala sungai. HPL mempunyai ciri ekologi yang unik dengan tanah yang
berlumpur dan beberapa spesies tumbuhan dapat hidup dalam keadaan banjiran air masin.
HPL menjadi tempat tinggal pelbagai jenis hidupan liar termasuk mamalia kecil, burung,
reptilia, amfibia, ikan dan haiwan krustasia. Hutan ini berfungsi sebagai zon penampan
semula jadi (buffer zone) yang paling berkesan untuk menahan hakisan sama ada
disebabkan oleh pergerakan air, ombak, arus, hujan, ribut dan angin. Selain itu, hutan ini
juga memainkan peranan penting bagi menjana ekonomi dalam penghasilan kayu arang dan
kayu jaras.
3.1.2. Hutan simpan kekal paya laut berkeluasan 6,201 hektar atau 2.0% daripada
keseluruhan 307,046 hektar Hutan Simpan Kekal di Negeri Kedah. Hutan Paya Laut (HPL)
yang terletak di Hutan Simpan (HS) Merbok seluas 3,881.90 hektar merangkumi 18
kompartmen telah diwartakan pada tahun 1951 dan diusahasil untuk arang kayu dan kayu
jaras. Bagaimanapun, 805.9 hektar kawasan HPL telah dikeluarkan untuk tujuan
pembangunan, pertanian dan akuakultur. Keluasan HPL sedia ada berkeluasan 3,075 hektar
diuruskan oleh Pejabat Hutan Daerah Kedah Tengah. Manakala HPL di Pulau Langkawi pula
diwartakan pada tahun 1937 dengan keluasan 3,126 hektar dan diuruskan oleh Pejabat
Hutan Daerah Kedah Utara. Kawasan HPL adalah seperti di Jadual 3.1 dan Peta 3.1.
Jadual 3.1
Hutan Simpan Kekal Paya Laut Di Negeri Kedah
Daerah
Hutan Simpan
Keluasan
Hektar
Tarikh Di warta
Kedah Utara Pulau Dayang Bunting 684 18.01.1951
Kuala Kisap 1,336 16.05.1937
Gua Cherita 208 24.05.1941
Ayer Hangat 402 16.10.1937
Kubang Badak (Sungai Ewa) 419 29.03.1951
Pulau Langgun 14 01.05.1937
Pulau Timun 27 29.05.1937
Selat Pancor 9 19.03.1939
Tanjung Dagu 27 02.08.1941
Kedah Tengah Merbok 3,075 29.03.1951
Jumlah 6,201
Sumber: Rekod JPNK
21
Peta 3.1
Kawasan Hutan Simpan Kekal Paya Laut Negeri Kedah
Sumber: Rekod Jabatan Perhutanan Negeri Kedah
3.1.3. Objektif pengurusan hutan paya laut adalah bertujuan untuk memastikan sumber
yang berkekalan bagi industri pembuatan arang, mewujudkan sumber pendapatan kepada
penduduk setempat, memelihara dan mengawal kawasan pesisiran daripada hakisan dan
pukulan ombak, mengekalkan ekosistem hutan paya laut sebagai pusat pembelajaran/kajian
dan ekopelancongan serta memelihara kawasan sebagai habitat pembiakan hidupan laut.
3.1.4. Pengurusan HPL melibatkan perbelanjaan aktiviti penanaman bakau. Bagi tahun
2008 hingga 2010 perbelanjaan penanaman bakau adalah berjumlah RM1.5 juta manakala
hasil yang diperolehi daripada usahasil yang telah dijalankan hanya berjumlah RM3,407.
3.2. OBJEKTIF PENGAUDITAN
Pengauditan ini dijalankan untuk menilai sama ada pengurusan HPL dirancang dan
dilaksanakan dengan cekap dan berkesan serta mengambil kira kepentingannya terhadap
alam sekitar.
3.3. SKOP DAN KAEDAH PENGAUDITAN
Pengauditan ini meliputi pengurusan hutan paya laut bagi tempoh tahun 2008 hingga 2010 di
Jabatan Perhutanan Negeri Kedah, Pejabat Perhutanan Daerah Kedah Tengah dan Kedah
Utara serta Pejabat Tanah Kuala Muda dan Langkawi. Pengauditan dijalankan dengan
menyemak rekod, fail, data dan dokumen bagi tempoh tahun 2008 hingga 2010 berhubung
dengan pengurusan hutan paya laut. Di samping itu, lawatan dan temu bual dengan pegawai
yang terlibat, pengusaha HPL serta orang awam telah dilaksanakan. Pihak Audit juga
mendapat khidmat kepakaran atau juru perunding dari beberapa agensi lain seperti Jabatan
Perikanan, Jabatan Pengairan dan Saliran dan Universiti Putra Malaysia.
22
3.4. PENEMUAN AUDIT
Pengauditan yang dijalankan di antara bulan Ogos hingga Disember 2010 mendapati
pengurusan hutan paya laut di Negeri Kedah boleh dipertingkatkan. Antara kelemahan yang
ditemui adalah pengeluaran kawasan Hutan Simpan Kekal tidak diwartakan, tanah HPL yang
diambil masih belum diganti, projek penanaman bakau di pesisiran pantai tidak berjaya,
tebangan bakau di zon penampan dan pencerobohan di hutan paya laut. Penjelasan lanjut
mengenai perkara yang ditemui adalah seperti di perenggan berikut:
3.4.1. Pengurusan Hutan Paya Laut
3.4.1.1. Pengeluaran Kawasan Hutan Simpan Kekal Tidak Diwartakan
Mengikut Seksyen 11(b) Akta Perhutanan Negara (APN) 1984, Pihak Berkuasa Negeri
(PBN) boleh mengeluarkan kawasan tanah daripada hutan simpanan kekal jika berpuas
hati tanah tersebut diperlukan bagi kegunaan ekonomi yang lebih tinggi daripada
kegunaan asal. Manakala Seksyen 13 APN 1984, menetapkan pengeluaran kawasan
tanah daripada hutan simpan kekal hendaklah diwartakan oleh PBN. Semakan Audit
mendapati seluas 999 hektar kawasan HPL telah dikeluarkan dari hutan simpanan kekal
sejak tahun 1987 hingga 1991 tidak diwartakan walaupun telah diluluskan oleh Majlis
Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK). Daripada jumlah ini, seluas 909 hektar adalah dari
Hutan Simpan Merbok, Daerah Kuala Muda di mana 27 hektar adalah kawasan
penempatan nelayan dan 882 hektar adalah untuk projek akuakultur. Selain itu, 90 hektar
lagi dikeluarkan dari Hutan Simpan Kisap, Daerah Langkawi di mana 85 hektar adalah
kawasan penempatan dan perindustrian dan 5 hektar lagi digunakan untuk pembinaan
restoran. Pengeluaran tanah adalah seperti di Jadual 3.2. Menurut JPNK, keputusan
untuk mengeluarkan kawasan hutan daripada Hutan Simpan Kekal dibuat tanpa
mendapat pandangan dan maklum balas pihak Jabatan terlebih dahulu. Pihak JPNK
hanya dimaklumkan setelah keputusan dibuat. Manakala bagi isu pewartaan keluar
daripada Hutan Simpanan Kekal, proses pewartaan melibatkan beberapa peringkat dan
tidak dibuat oleh Jabatan.
23
Jadual 3.2
Kawasan Yang Dilulus Pengeluaran Tidak Diwartakan
Bil.
Tujuan Pengeluaran
Kompartmen Keluasan Tahun
Kawasan Hutan Simpanan
Hektar Dikeluarkan
1. Penempatan Nelayan Tanjung Dawai Sebahagian
Kompartmen 1
27.1 1991
2. Projek Akuakultur LKIM Sebahagian
Kompartmen 15
202.3 TM
3. Maxilaba Sdn. Bhd. Sebahagian
Kompartmen 15
104.4 1946
4. Syarikat Seri Merbok Marine Sdn. Bhd. Kompartmen 14 132.3 1987
5. Projek Akuakultur Kompartmen 13 &16 370.1 TM
6. Jasa Satria Corporation Sdn. Bhd. Sebahagian
52.6 1988
7. Lipan Aquaculture Sdn.Bhd
Kompartmen 13 dan
Tanah Kerajaan
TM 1987
8. Projek Akuakultur Sebahagian
Kompartmen 5
20.2 TM
9. Kawasan Penempatan Perindustrian Sebahagian
Kompartmen 7
85 1995
10. Pembinaan Restoran Sebahagian
Kompartmen 7
5 1993
Sumber : Rekod Pejabat Tanah Kuala Muda dan Langkawi
Jumlah 999
3.4.1.2. Kawasan HSK Yang Dikeluarkan Masih Belum Diganti
Seksyen 12 APN 1984, menyatakan PBN hendaklah menggantikan kawasan tanah yang
lebih kurang sama keluasannya bagi tanah yang dikeluarkan dari HSK. Manakala
Seksyen 7 APN 1984, menetapkan kawasan tanah tersebut hendaklah diisytiharkan
menjadi hutan simpan kekal dan diwartakan. Semakan Audit mendapati sejumlah 999
hektar tanah HPL yang dikeluarkan sejak tahun 1987 hingga 1991, bagi tujuan
penempatan dan perindustrian masih belum diganti disebabkan kawasan HPL Tanah
Kerajaan yang dicadangkan untuk menggantikan keluasan hutan simpan adalah terhad.
Mengikut maklum balas Jabatan tindakan untuk menggantikan kawasan HPL yang telah
diluluskan untuk pembangunan ada dibuat dan sedang diambil tindakan di kawasan Kuala
Muda (berdekatan dengan Jeti Semeling, Pulau Tiga) dan Langkawi (Pulau Tuba dan
Pulau Dayang Bunting).
3.4.1.3. Pengukuran Dan Penandaan Sempadan
Mengikut Kaedah 9, Kaedah-kaedah Hutan 1988 dan perenggan 4.3 Bab 17 Manual
Perhutanan, sempadan luar HSK hendaklah diukur, di tanda dan di selenggara. Semakan
Audit mendapati kerja pengukuran dan penandaan sempadan HSK Negeri Kedah sedang
dilakukan oleh Juruukur yang dilantik oleh Lembaga Juruukur Malaysia. Bagi kawasan
HSK Merbok kerja pengukuran dan penandaan kawasan melibatkan bayaran berjumlah
RM341,600 telah siap dilaksanakan iaitu meliputi 50% daripada keluasan keseluruhan.
Baki 50% lagi akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut peruntukan kewangan
yang ada. Manakala kerja pengukuran sempadan bagi 11 kawasan HSK di Pulau
Langkawi telah ditawarkan kepada 4 juruukur. Jumlah kos terlibat bagi penandaan
keseluruhan kawasan HSK Negeri Kedah adalah berjumlah RM1,213,900. Semasa
lawatan Audit ke Kompartmen 11, HSK Sungai Merbok dan HSK Pulau Dayang Bunting
didapati kerja penandaan sempadan tidak dibuat. Tiada tanda sempadan diletakkan
24
terutamanya di kawasan bersempadan dengan tanah bermilik dan kawasan penempatan
seperti di Gambar 3.1 dan Gambar 3.2. Kerja pengukuran dan penandaan sempadan
HPL secara berperingkat dilaksanakan oleh Jabatan mengikut peruntukan kewangan
yang ada. Pada masa sekarang pengukuran dan penandaan sedang dibuat bagi HSK
Merbok. Penandaan sempadan hutan simpan dibuat dengan meletakkan papan tanda
hutan simpan di tempat yang strategik dan berisiko tinggi dari ancaman pencerobohan
hutan.
Gambar 3.1
Tiada Tanda Sempadan
Gambar 3.2
Tiada Tanda Sempadan
Kawasan HS Dayang Bunting
Garisan sempadan
Kawasan HS Merbok
Tanah Kerajaan
Kawasan Bermilik
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Kompartmen 10, HS Merbok
Tarikh:7 Januari 2011
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: HS Dayang Bunting, Langkawi
Tarikh: 21 September 2010
Pada pendapat Audit, pengeluaran kawasan hutan yang masih belum diwartakan dan
diganti adalah tidak selaras dengan kehendak APN 1984. Di samping itu, kerja
pengukuran dan penandaan sempadan perlu disegerakan bagi mengelak kawasan
HSK dicerobohi.
3.4.2. Perlindungan Dan Pemuliharaan Hutan Paya Laut
Kawasan yang ditanam semula melalui aktiviti penanaman pokok bakau dapat mewujudkan
satu kawasan zon penampan semula jadi yang kukuh dan stabil bagi mengurangkan
keperluan dan kos pelaksanaan bagi kerja pengawalan hakisan pantai pada masa hadapan.
Program penanaman ini juga bermatlamat memulihkan habitat semula jadi untuk
pemuliharaan kepelbagaian biologi. Kawasan program penanaman bakau di pesisiran pantai
negeri Kedah bagi tahun 2008 hingga 2010 adalah seperti di Jadual 3.3.
25
Jadual 3.3
Kawasan Program Penanaman Pokok Bakau
Bagi Tahun 2008 hingga 2010
Bilangan
Tahun Lokasi Spesies Pokok
Ditanam
2008
2009
2010
Luas
Hektar
Bilangan
Pokok
Yang Hidup
Kompartmen 9 HS Merbok Bakau 301,767 51 120,707
Kompartmen 17 HS Merbok Bakau 142,008 24 127,807
Kompartmen 11, HS Merbok Bakau 35,502 5 17,751
Kampung Baru Pulau Sayak Bakau 39,751 7 7,950
Pesisiran Pantai Kg.Meriam dan Sg.Yu Bakau 11,834 2 10,651
Kampung Huma, Tanjung Dawai Bakau 60,000 10 30,000
Kampung Huma, Tanjung Dawai Rhu 200 0.4 200
Kampung Sungai Yu, Kuala Muda Bakau 6,000 1 4,200
Tanjung Jaga, Yan Bakau 6,000 1 300
Kompartmen 3, HS Dayang Bunting,
Langkawi
Bakau 72,000 12 43,200
Kompartmen 17 HS Merbok Bakau 177,000 29.5 141,600
Pesisiran Pantai Tanjung Dawai Nipah 6,000 1 4,800
Sungai Meriam, Kampung Yu Bakau 18,000 3 12,600
Kompartmen 9 HS Merbok Bakau 120,000 20 24,000
Kampung Huma, Tanjung Dawai Rhu 100 0.2 99
Kuala Sala/Kuala Kangkong (Fasa1 & 2) Bakau Minyak 4,000 4 4,000
Kuala Teriang, Langkawi Bakau Minyak 29,500 5 17,700
Kampung Kepala Jalan Rhu 100 0.2 99
Kampung Sungai Pial, Tanjung Dawai Bakau Minyak 29,500 5 28,025
Kampung Sungai Limau (Blok 1) Bakau Minyak 17,751 3 15,976
Kampung Sungai Limau (Blok 2) Bakau Minyak 17,751 3 15,088
Kampung Sungai Limau (Blok 3) Bakau Minyak 17,751 3 5,325
Kampung Sungai Limau (Blok 4) Bakau Minyak 17,751 3 5,325
Kampung Sungai Limau (Blok 5) Bakau Minyak 26,627 4.5 22,633
Kampung Sungai Meriam Bakau 2,200 2 1,980
Kuala Sala / Kuala Kangkong (Blok 1) Bakau Minyak 17,751 3 15,088
Kuala Sala / Kuala Kangkong (Blok 2)
Kuala Sala / Kuala Kangkong (Blok 3)
Sumber: Rekod Jabatan Perhutanan Negeri Kedah
Bakau
Minyak/Bakau
Kurap
Bakau
Minyak/Bakau
Kurap
17,751 3 15,088
23,668 4 21,301
1,218,263 713,493
3.4.2.1. Semakan Audit mendapati sejumlah RM1.51 juta bagi tahun 2008 hingga 2010
telah dibelanjakan untuk melaksanakan program ini. Butiran perbelanjaan bagi projek
tanaman pesisiran pantai adalah seperti di Jadual 3.4.
26
Jadual 3.4
Perbelanjaan Projek Tanaman Pesisiran Pantai
Negeri Kedah Bagi Tahun 2008 Hingga 2010
Perlaksanaan
Tahun Bil. Projek
Tanaman
Keluasan
(Hektar)
Kos
(RM Juta )
2008 5 90 600,000
2009 9 77.9 529,995
2010 14 42.9 378,000
Jumlah 28 210.8 1,507,995
Sumber: Rekod Jabatan Perhutanan Negeri Kedah
3.4.2.2. Semakan Audit mendapati daripada 28 lokasi projek tanaman pesisiran pantai
yang ditanam dengan bakau minyak, bakau kurap, nyireh dan pokok rhu hanya 16 lokasi
bagi tahun 2008 hingga 2010 mencapai prestasi pokok hidup melebihi 75%. Secara
keseluruhan hanya 691,893 atau 56.8% daripada anak pokok yang ditanam masih hidup.
Punca kegagalan program adalah disebabkan pemilihan kawasan yang berisiko tinggi
seperti kawasan di garisan pantai yang berombak besar. Prestasi tanaman pokok adalah
seperti di Jadual 3.5 dan Carta 3.1.
Jadual 3.5
Prestasi Projek Tanaman Pesisiran Pantai
Bagi Tahun 2008 Hingga 2010
Bil. Bil.
Bil. Lokasi Projek
Mengikut Peratus Pokok Hidup
Prestasi Keseluruhan
Pokok Ditanam
Tahun Lokasi Pokok
Pokok Pokok
Projek Ditanam >75% 50-74%
Pada pendapat Audit, perlindungan dan pemuliharaan Hutan Paya Laut adalah baik
kerana JPNK melaksanakan aktiviti menanam semula pokok bakau bagi mewujudkan
kawasan zon penampan semula jadi yang kukuh dan stabil.
3.4.3. Projek Penanaman Bakau Di Pesisiran Pantai Tidak Berjaya
Aktiviti penanaman, sulaman dan rawatan dijalankan bagi melindungi hutan paya laut
terpelihara daripada ancaman dan kerosakan. Projek penanaman pokok bakau dilaksanakan
dengan menggunakan teknik konvensional dan inovatif. Teknik konvensional penanaman
pokok bakau adalah menggunakan biji benih dan anak pokok bakau. Manakala teknik
inovatif pula adalah secara Comp-Mat, Comp-Pillow dan Bamboo Encasement Method
(BEM) yang dijalankan dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Negara (FRIM).
Lawatan Audit pada bulan September 2010 ke Kuala Sala, Yan dan Kuala Teriang,
Langkawi mendapati 4 kawasan projek penanaman bakau di pesisiran pantai menggunakan
teknik inovatif dan konvensional tidak berjaya disebabkan hakisan pantai dan ancaman
ombak yang kuat. Kos projek yang terlibat adalah berjumlah RM149,320. Gambar 3.3
hingga Gambar 3.6 menunjukkan kawasan tanaman bakau menggunakan teknik inovatif
dan konvensional yang dilaksanakan oleh JPNK. JPNK memaklumkan teknik inovatif dan
konvensional yang telah dijalankan secara kerjasama dengan pihak FRIM sebenarnya
adalah di peringkat percubaan dan teknik ini telah diaplikasikan di kawasan yang berisiko
dan terdedah kepada ancaman ombak serta hakisan. Teknik ini diakui tidak memberi
kejayaan dan teknik-teknik baru sedang dibincangkan di peringkat Jawatankuasa
Pembangunan dan Penyelidikan (R&D).
Gambar 3.3
Kegagalan Projek Kesan Ombak Kuat
Projek Penanaman Bakau Secara Inovatif
Gambar 3.4
Kegagalan Projek Kesan Ombak Kuat Dan
Hakisan Pantai
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Kuala Sala, Yan
Tarikh: 3 September 2010
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Kuala Sala, Yan
Tarikh: 3 September 2010
28
Gambar 3.5
Kegagalan Projek Kesan Ombak Kuat
Projek Penanaman Bakau Secara Konvensional
Gambar 3.6
Kegagalan Projek Kesan Ombak Kuat
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Kuala Teriang, Langkawi
Tarikh: 21 September 2010
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Kuala Kangkong, Yan
Tarikh: 3 September 2010
Pada pendapat Audit, projek penanaman bakau di pesisiran pantai masih tidak berjaya
dan Jabatan Hutan perlu meneruskan penyelidikan untuk memastikan tanaman bakau
di pesisiran berjaya.
3.4.4. Sosio Ekonomi
3.4.4.1. Pengeluaran Hasil Kayu Bakau
Mengikut Jadual Ketiga, APN 1984 kadar ses pembangunan hutan untuk kayu jaras
adalah 10% daripada nilai royalti. Semakan Audit mendapati pengusahasilan dari hutan
paya laut di Negeri Kedah adalah kecil berdasarkan kepada kutipan royalti yang dipungut
oleh Jabatan Perhutanan Negeri. Kutipan royalti dan ses pengeluaran bakau di Hutan
Paya Laut Merbok, Kedah Tengah bagi tahun 2010 adalah berjumlah RM3,406.
3.4.4.2. Tebangan Di Zon Penampan
Mengikut perenggan 7 garis panduan mengenai Syarat-syarat Mengusahasil Kawasan
Bakau Di Dalam Hutan Simpanan Kekal Negeri Kedah Darul Aman, pokok yang ditebang
berserta sisanya ditegah dibuang ke dalam sungai. Di samping itu, kawasan simpanan
sungai atau zon penampan sungai selebar 3 meter di sebelah kiri dan kanan mesti
ditinggalkan, di mana pokok-pokok bakau tidak boleh ditebang di sepanjang semua
sungai dan anak sungai. Lawatan Audit di Kompartmen 11A, Hutan Simpan Merbok
mendapati kawasan usahasil bakau telah ditebang sehingga ke kawasan zon penampan
tepi anak Sungai Telok Wang Kecil. Selain itu, pokok yang ditebang dibiarkan tumbang ke
dalam sungai dan tidak dibersihkan. Pemeriksaan Audit juga mendapati tebangan
tersebut dibuat tanpa pengetahuan Pejabat Hutan berkaitan. Tebangan yang telah dibuat
sehingga ke zon penampan adalah seperti di Gambar 3.7 hingga Gambar 3.9. Mengikut
maklum balas daripada JPNK, penemuan ini adalah kes pelanggaran peruntukan undangundang
di bawah Akta Perhutanan Negara 1984. Tindakan undang-undang telah diambil
oleh pihak Jabatan.
29
Gambar 3.7
Tebangan Di Zon Penampan
Tanda Zon Penampan
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Kompartmen 11 A, Hutan Simpan Merbok
Tarikh: 7 Februari 2011
Gambar 3.8
Tebangan Sehingga Zon Penampan
Gambar 3.9
Zon Penampan Tidak Wujud
Jarak 3 meter bagi zon
Kawasan zon penampan 3 meter di kiri dan
kanan anak sungai.
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Kompartmen 11 A, Hutan Simpan Merbok
Tarikh: 7 Februari 2011
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Kompartmen 11 A, Hutan Simpan Merbok
Tarikh: 7 Februari 2011
Pada pendapat Audit, penguatkuasaan yang berjadual perlu dilaksanakan dan
dipantau agar semua peraturan berkaitan usahasilan dipatuhi termasuk pematuhan
kepada rizab zon penampan.
3.4.5. Kesan Aktiviti Kepada Hutan Paya Laut
3.4.5.1. Pembinaan Restoran dan Projek Ternakan Udang Terbiar
Semakan Audit mendapati kawasan hutan paya laut di Kompartmen 7, Hutan Simpan
Kisap seluas 4.7 hektar dan sebahagian daripada 132 hektar di Kompartmen 16 HS
Merbok telah dikeluarkan daripada hutan simpan kekal bagi tujuan pembinaan restoran
dan projek ternakan udang. Lawatan Audit pada 22 September 2010 dan Januari 2011,
mendapati projek-projek tersebut tidak lagi beroperasi dan terbiar seperti di Gambar 3.10
hingga Gambar 3.13. Mengikut maklum balas JPNK, kawasan bekas tapak restoran akan
30
dipenuhi dengan anak-anak bakau dalam tempoh satu hingga 2 tahun akan datang.
Kawasan ini akan terpulih dengan sendirinya secara semula jadi. Manakala bagi kawasan
pembinaan kolam untuk ternakan udang di Kompartmen 16, HSK Merbok semua urus
niaga telah dihentikan pada masa kini dan tiada sebarang aktiviti ternakan udang
dijalankan.
Gambar 3.10
Keadaan Semasa Restoran Beroperasi
Gambar 3.11
Bekas Tapak Restoran
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: HS Kisap, Langkawi
Tarikh: Laporan Audit Negeri Kedah Tahun 2008
Gambar 3.12
Kolam Ternakan Udang Tidak Beroperasi
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: HS Kisap, Langkawi
Tarikh: 22 September 2010
Gambar 3.13
Tebing Kolam Udang Pecah
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Kompt.16, HS Merbok
Tarikh: 7 Januari 2011
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Kompt.16, HS Merbok
Tarikh: 7 Januari 2011
Pada pendapat Audit, aktiviti yang dijalankan telah menyebabkan kerosakan terhadap
ekosistem hutan paya laut. Tindakan pemulihan perlu diambil untuk memastikan
kelestarian hutan paya laut dapat dikekalkan.
3.4.5.2. Perumahan dan Projek Perusahaan Ikan Bilis
Seksyen 11(b), Akta Perhutanan Negara 1984 menetapkan pengeluaran HSK hanya
boleh dimajukan untuk tujuan kegunaan ekonomi yang lebih tinggi. Lawatan Audit ke
Hutan Simpan Kisap, di Langkawi mendapati kawasan seluas 85 hektar telah dikeluarkan
31
pada tahun 1995 untuk tujuan kawasan perumahan dan perusahaan ikan bilis seperti
di Gambar 3.14 dan Gambar 3.15. Maklum balas JPNK, memandangkan kawasan ini
telah dikeluarkan daripada hutan simpan untuk tujuan pembangunan, Jabatan tiada
bidang kuasa terhadap kawasan ini.
Gambar 3.14
Perusahaan Ikan Bilis
Gambar 3.15
Kawasan Perumahan
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: HS Kisap, Langkawi
Tarikh: 22 September 2010
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: HS Kisap, Langkawi
Tarikh: 22 September 2010
Pada pendapat Audit, Jabatan Perhutanan Negeri hendaklah mengambil tindakan
untuk mewartakan kawasan kediaman dan projek perusahaan ikan bilis yang telah
dibangunkan keluar daripada kawasan hutan simpan kekal dan seterusnya
mengambil tindakan menggantikannya dengan kawasan tanah yang sama
keluasannya.
3.4.5.3 Kemusnahan Kawasan Pokok Bakau Di Pengkalan Kilim, Langkawi
Lawatan Audit bersama pihak JPNK dan JPS Langkawi pada 21 September 2010 ke
Hutan Simpan Kisap mendapati satu kawasan pokok bakau seluas 3000 meter persegi
telah musnah kesan daripada aktiviti mendalamkan muara sungai. Kerja mendalam dan
melebar muara sungai Pengkalan Kilim, di Mukim Ulu Ayer Hangat Langkawi dijalankan
oleh kontraktor yang dilantik oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Langkawi. Berdasarkan
syarat-syarat Sebut harga, pihak syarikat perlu membawa keluar sisa korekan dan
dibuang ke tempat pelupusan. Bagaimanapun, sisa korekan dilonggokkan di kawasan
sepanjang sungai menyebabkan pokok-pokok bakau rosak dan mati seperti
di Gambar 3.16 dan Gambar 3.17. Mengikut JPNK, aktiviti mengorek sungai (tujuan
mendalamkan laluan untuk bot nelayan dan sebagainya)di bawah kawalan Jabatan
Pengairan dan Saliran Langkawi. Kerja dilaksanakan secara kontrak. Jabatan ini percaya
kontraktor tidak melaksanakan kerja yang diberikan mengikut ketetapan JPS. Lambakan
bahan korekan di tebing menyebabkan kerosakan serta kematian tumbuhan. Kerosakan
telah dilakukan dan pemantauan mengenai pertumbuhan pokok-pokok pada tebing yang
ditambak akan dilakukan oleh Jabatan Perhutanan. Jabatan ini percaya bahawa
pertumbuhan baru akan menguasai tebing tambakan dalam masa 2 hingga 3 tahun akan
datang seperti yang pernah berlaku di hadapan Jeti Pelancongan Kisap. Aktiviti mengorek
32
sungai akan diberi perhatian dan teguran Audit akan dilanjutkan kepada JPS untuk
makluman dan perhatian.
Gambar 3.16
Kemusnahan Pokok Bakau
Kesan Aktiviti Mendalam Dan Melebar Sungai
Gambar 3.17
Keadaan Pokok Bakau
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Sungai Garam, Kilim, Langkawi
Tarikh: 21 September 2010
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Kilim, Langkawi
Tarikh: 21 September 2010
Pada pendapat Audit, aktiviti yang dijalankan telah menyebabkan kerosakan terhadap
ekosistem hutan paya laut. Pemantauan terhadap aktiviti membaik pulih tebing sungai
yang melibatkan hutan paya laut perlu dibuat mengikut syarat yang ditetapkan supaya
kemusnahan kawasan pokok bakau dapat dielakkan. Tindakan pemulihan perlu
diambil untuk memastikan kelestarian hutan paya laut dapat dikekalkan.
3.4.6. Hakisan Pantai
3.4.6.1. Hakisan pantai berpunca daripada angin kencang dan fenomena pasang surut
air laut yang merubah keadaan dan profil pantai. Dalam usaha mencegah hakisan pantai
atau mengurangkan impak hakisan pantai, Kerajaan melalui pelbagai Agensi dan jabatan
mestilah mempunyai perancangan dan koordinasi yang baik bagi memastikan setiap
aktiviti pencegahan yang dilaksanakan mendapat value for money. Antara kaedah
perlindungan pantai yang dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS)
adalah rock revetment, geotube breakwater dan softrock. Lawatan Audit ke Sungai
Meriam, Sungai Yu dan Kampung Baru Pulau Sayak mendapati kawasan tanaman pokok
bakau di tepi pantai sepanjang 4 kilometer telah mengalami hakisan. Pukulan ombak
yang kuat telah menyebabkan tanah dan lumpur terhakis dan telah menumbangkan
pokok bakau dan pokok api-api yang tumbuh di kawasan tersebut. Pihak Audit mendapati
tiada kaedah perlindungan pantai daripada pukulan ombak dan arus deras dibina di
kawasan ini oleh kerana Jabatan Perhutanan tiada peruntukan. Gambar 3.18 dan
Gambar 3.19 menunjukkan kawasan pantai yang terhakis.
33
Gambar 3.18
Pokok Api-api Tumbang Kesan Hakisan
Gambar 3.19
Kawasan Pantai Yang Terhakis
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi:Sungai Meriam, Kota Kuala Muda
Tarikh: 21 Oktober 2010
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Sungai Meriam, Kota Kuala Muda
Tarikh: 21 Oktober 2010
3.4.6.2. Perubahan aktiviti hidraulik pantai melibatkan kekuatan dan ketinggian ombak,
arus deras, perbezaan paras air pasang surut maksimum dan minimum yang sangat
dinamik dan aktif menyebabkan keadaan dan profil tanah boleh berubah. Oleh itu kejayaan
teknik penanaman di kawasan pantai yang berisiko bergantung pada keadaan setempat.
Lawatan Audit ke Kuala Sala dan Kuala Kangkong mendapati pihak JPS telah membina
rock revetment di tebing pantai bagi menghalang hakisan. Manakala kerja penanaman
pokok bakau oleh JPNK pula dilakukan di hadapan binaan rock revetment tersebut seperti
di Gambar 3.20. Oleh demikian, projek tanaman bakau di sepanjang pantai kawasan ini
seperti di Gambar 3.21 terdedah kepada ombak besar. Mengikut JPNK, Jabatan sentiasa
berurusan dengan lain-lain Agensi yang berkaitan melalui Jawatankuasa Teknikal
Kementerian yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli Dan
Alam Sekitar. Agensi-agensi lain yang terlibat di dalam jawatankuasa ini adalah seperti
Unit Perancang Ekonomi Negeri, Jabatan Pengairan Dan Saliran, Institut Penyelidikan
Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), Institut Penyelidikan Perhutanan (FRIM),
Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Pihak Berkuasa Tempatan.
34
Gambar 3.20
Kawasan Penanaman Bakau Di hadapan
Rock Revetment
Gambar 3.21
Kawasan Tanaman Anak Bakau Terdedah
Kepada Ombak Dan Arus Kuat
Kawasan penanaman bakau terdedah
kepada ombak kuat
Pembinaan rock revetment oleh JPS
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi:Kuala Sala, Yan
Tarikh: 21 Oktober 2010
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi:Kuala Sala, Yan
Tarikh: 21 Oktober 2010
Pada pendapat Audit, beberapa kawasan penanaman bakau di pesisiran pantai adalah
terdedah kepada risiko ombak kuat dan arus deras. Koordinasi di antara JPNK dan
lain-lain agensi diperlukan bagi menjamin kejayaan program penanaman pokok bakau
di pesisiran pantai.
3.4.7. Pencerobohan Hutan Paya Laut
Mengikut Seksyen 45 hingga 49, Bab 6 APN 1984, adalah menjadi suatu kesalahan
memasuki mana-mana HSK tanpa kebenaran Pengarah Perhutanan. PBN juga hendaklah
memberi pertimbangan wajar terhadap keperluan perlindungan hutan daripada
pencerobohan. Berdasarkan maklumat Jabatan Perhutanan kawasan hutan paya laut
dicerobohi bagi tujuan pertanian, penempatan dan perindustrian. Semakan Audit mendapati
perkara berikut:
3.4.7.1. Penebangan Kayu Bakau Secara Haram
Kawasan seluas 2.5 hektar di Kompartmen 3 hutan paya laut Pulau Dayang Bunting,
telah dicerobohi dan pokok bakau telah ditebang secara haram sedikit demi sedikit dari
tahun 2001. Pejabat Hutan Daerah Langkawi telah mengambil tindakan menanam semula
dalam tahun 2010 dengan kos berjumlah RM30,800. Kawasan tanaman semula adalah
seperti di Gambar 3.22.
35
Gambar 3.22
Kawasan Tanaman Semula Bakau
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Pulau Dayang Bunting, Langkawi
Tarikh: 21 September 2010
3.4.7.2. Pembinaan Haram Di Kompartmen 12, HS Merbok
Pemeriksaan Audit terhadap Laporan Pemantauan oleh Pengawas Hutan di Kompartmen
12, Hutan Simpan Merbok mendapati aktiviti pendidikan alam sekitar dan marin yang
dijalankan oleh sebuah badan persendirian telah membuat pembinaan seperti jeti dari
kepingan papan yang disusun sepanjang lebih kurang 500 meter, jala halangan, buaian
tayar, titi hayun dan rintangan dari tali. Sehingga kini aktiviti di HSK Merbok ini dijalankan
tanpa kebenaran Jabatan Perhutanan.
3.4.7.3. Kemusnahan Pokok Bakau
Lawatan Audit bersama Renjer Hutan Pejabat Daerah Kedah Tengah pada bulan Januari
2011, mendapati 100 anak pokok bakau yang ditanam pada bulan Mei 2008, telah
dipangkas oleh penceroboh untuk memudahkan laluan bagi menangkap ketam di
Kompartmen 17E, HSK Merbok. Gambar 3.23 dan Gambar 3.24 adalah berkaitan.
Gambar 3.23
Kawasan Pencerobohan
Gambar 3.24
Pokok Bakau Yang Telah Di Pangkas
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Kompt.17E, HSK Merbok
Tarikh: 7 Januari 2011
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Kompt.17E, HSK Merbok
Tarikh: 7 Januari 2011
36
Pada pendapat Audit, JPNK perlu memastikan program pemantauan dan
penguatkuasaan di laksana secara berkala bagi mengelakkan kejadian
pencerobohan berlaku.
3.4.8. Pemantauan Dan Penguatkuasaan
3.4.8.1. Pemantauan dan penguatkuasaan dilaksanakan oleh Unit Penguatkuasaan
JPNK dan Pejabat Hutan Daerah. Tugas anggota penguat kuasa adalah membuat
rondaan setiap hari termasuk cuti umum meliputi kawasan Hutan Darat dan Paya Laut,
Tanah Kerajaan, Tanah Milik dan Kilang Berasaskan Kayu. Semakan Audit mendapati
penguat kuasa seperti Renjer dan Pengawas Hutan sedia ada tidak mencukupi untuk
mengawal aktiviti pencerobohan di hutan paya laut kerana bebanan tugas. Kedudukan
perjawatan anggota di Pejabat Renjer Hutan Langkawi, Daerah Kedah Utara dan Pejabat
Renjer Hutan Sungai Petani, Daerah Kedah Tengah serta yang terlibat secara langsung
dengan paya laut adalah seperti di Jadual 3.6.
Jadual 3.6
Kedudukan Perjawatan Berbanding Keluasan HSK
Perjawatan (Orang)
Keluasan(Ha)
Pejabat
Jumlah
Nisbah
Renjer
HSK Paya HSK Keluasan
Lulus Isi Kosong %
(Orang:Luas/ha)
Hutan
Laut Darat (Ha)
Langkawi 20 18 2 90 3,125 25,571 28,696 1:1,594
Sungai Petani 9 9 - 100 3,076 - 3,076 1:341
Unit
Penguatkuasaan 5 5 - 100 6,201 300,845 307,046 1:61,409
JPNK
Jumlah 34 32 2
Sumber: Rekod Jabatan Perhutanan Negeri Kedah
3.4.8.2. Mengikut kedudukan perjawatan pada 31 Disember 2010, perjawatan yang
diluluskan bagi kakitangan terlibat dengan pengurusan hutan paya laut adalah seramai 34
orang. Bagaimanapun, hanya 32 jawatan yang diisi untuk menjalankan tugas
penguatkuasaan terhadap kawasan keseluruhan hutan paya laut dan hutan darat. Nisbah
tenaga pegawai berbanding keluasan HSK bagi Unit Penguatkuasaan JPNK yang terdiri
daripada 5 pegawai adalah 1:61,409 hektar. Sementara bagi nisbah tenaga pegawai
berbanding keluasan HSK di Pejabat Renjer Hutan Sungai Petani adalah 1:341 dan bagi
Pejabat Renjer Hutan Langkawi adalah 1:1,594. Ini menunjukkan kawasan yang perlu
dikawal untuk mencegah pencerobohan adalah terlalu luas berbanding dengan tenaga
pegawai yang sedia ada. JPNK telah membuat penstrukturan semula dan perkara ini
telah diangkat untuk kelulusan Kerajaan Negeri dan Jabatan Perhutanan Semenanjung
Malaysia yang mana ia mengambil kira pengurusan hutan paya laut. Selain itu,
kekurangan peralatan seperti bot peronda, kenderaan pacuan 4 roda dan anggota
penguat kuasa tidak dilengkapi dengan senjata juga adalah masalah tambahan yang
dihadapi oleh JPNK. Kedudukan senarai logistik adalah seperti di Jadual 3.7.
37
Jadual 3.7
Senarai Logistik Pengurusan HPL
Jenis
Kenderaan Bot Treler
Pentadbiran Renjer
Renjer Hutan Langkawi 3*(1 rosak) 2 1*(rosak)
Renjer Hutan Sg.Petani 1 4 4
Sumber: Pejabat Hutan Daerah
Jumlah 4 6 5
Pada pendapat Audit, pemantauan terhadap hutan paya laut adalah tidak memuaskan
disebabkan perjawatan yang diluluskan tidak mencukupi. JPNK perlu mewujudkan
Unit Khas yang bertanggungjawab terhadap pengurusan hutan paya laut untuk
memastikan pemantauan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.
3.5. SYOR AUDIT
Bagi memperbaiki kelemahan yang dibangkitkan dalam laporan ini, adalah disyorkan
Jabatan Perhutanan Negeri Kedah melaksanakan perkara berikut:
3.5.1. Pemantauan secara berkala hendaklah dilaksanakan seiring dengan
penguatkuasaan bagi memastikan pencerobohan dapat dibendung.
3.5.2. Mewartakan kawasan tanah yang dikeluarkan dari hutan simpanan kekal serta
mengambil tindakan untuk menggantikan kawasan tersebut dengan keluasan tanah yang
dikeluarkan.
3.5.3. Kawasan hutan paya laut di tanah Kerajaan yang berada di kawasan garisan pantai
dan kawasan bersesuaian perlu dikenal pasti untuk diwartakan sebagai Hutan Simpan
Kekal.
3.5.4. Zon penampan perlu dikawal dan dipelihara bagi mengelakkan ancaman hakisan.
3.5.5. Mewujudkan unit khas untuk memantau aktiviti di pesisiran pantai di peringkat Negeri.
38
PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI KEDAH
4. PENGURUSAN PENGAMBILAN TANAH DAN PENGGUNAANNYA
4.1. LATAR BELAKANG
4.1.1. Akta Pengambilan Tanah 1960 (APT), Akta 34 telah mula berkuat kuasa di
Semenanjung Malaysia sejak 13 Oktober 1960. Akta ini telah disemak melalui beberapa
proses pindaan sejak mula berkuat kuasa. Pada tahun 1992, Akta ini telah disemak semula
dan ia dikenali sebagai APT 1960, Akta 486. Mengikut Perlembagaan Persekutuan (PP),
item 2(d), Senarai Negeri, Jadual Ke 9, tanah adalah di bawah bidang kuasa eksekutif
Kerajaan Negeri. Walau bagaimanapun artikel 76(4) PP membenarkan Parlimen menggubal
satu undang-undang tanah dengan tujuan untuk keseragaman dan kesamaan polisi di antara
Negeri. Justeru APT 1960 telah digubal oleh Parlimen, akan tetapi kuasa-kuasa eksekutif di
dalamnya masih lagi dipegang oleh pihak Negeri.
4.1.2. Tujuan utama APT ini ialah untuk “memproses pengambilan balik tanah dan
membayar pampasan yang mencukupi”. Maka pengwujudannya adalah selaras dengan
kehendak artikel 13(2) PP, yang menyatakan “tiada undang-undang yang boleh membuat
peruntukan bagi mengambil atau mengguna harta benda dengan paksa dengan tiada
pampasan yang mencukupi”.
4.1.3. APT memberi kuasa kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) untuk mengambil tanah
milik yang diperlukan untuk sesuatu maksud awam, oleh mana-mana orang atau badan bagi
apa-apa maksud yang pada pendapat PBN adalah berfaedah untuk pembangunan ekonomi
Malaysia atau mana-mana bahagian daripadanya atau kepada orang ramai amnya atau
mana-mana kelas orang ramai atau untuk tujuan perlombongan atau kediaman, pertanian,
perdagangan, industri atau tujuan rekreasi ataupun kombinasi daripada tujuan-tujuan
tersebut.
4.1.4. Unit Pengambilan Tanah Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Kedah (PTG) berfungsi
memproses pengambilan tanah di Negeri Kedah. Mulai bulan Oktober 2010, fungsi
memproses pengambilan tanah diserahkan kepada Pejabat Tanah Daerah masing-masing
secara berperingkat. Pada tahun 2006 hingga 2010, PTG telah menerima 117 permohonan
pengambilan tanah untuk tujuan pelbagai projek pembangunan seperti projek pembinaan
landasan kereta api berkembar elektrik dari Ipoh ke Padang Besar, rumah pam dan laluan
paip air, projek menaik taraf jalan, tapak sekolah, pejabat dan klinik.
4.2. OBJEKTIF PENGAUDITAN
Objektif pengauditan adalah untuk menilai pengurusan pengambilan tanah dilaksanakan
dengan cekap, berkesan dan mematuhi peraturan yang ditetapkan serta tanah yang diambil
digunakan dan dimajukan mengikut tujuan pengambilannya.
39
4.3. SKOP DAN KAEDAH PENGAUDITAN
Skop kajian meliputi pengurusan pengambilan tanah dan penggunaannya bagi tahun 2006
hingga 2010. Pengauditan dijalankan di PTG dan 3 Pejabat Tanah di daerah Kota Setar,
Kuala Muda dan Kulim. Kaedah pengauditan yang dijalankan adalah dengan menyemak,
mengkaji dan memeriksa rekod serta menganalisis data yang berkaitan. Di samping itu,
perbincangan dengan pegawai yang terlibat serta lawatan ke kawasan tanah yang diluluskan
untuk mengesahkan sama ada pembangunan yang dirancang telah dilaksanakan.
4.4. PENEMUAN AUDIT
Pengauditan yang dijalankan dari bulan November 2010 hingga Februari 2011 mendapati
secara keseluruhannya pengurusan pengambilan tanah adalah kurang memuaskan.
Terdapat kelemahan yang dikenal pasti perlu diberi perhatian oleh PTG seperti kelewatan
memproses permohonan dan pewartaan, kelewatan dan terlebih bayar pampasan kepada
tuan tanah, Rekod Pengambilan Tanah yang tidak dikemas kini dan tanah dibangunkan tidak
mengikut syarat pemberian hak milik. Di samping itu terdapat hak milik yang masih belum
dikeluarkan dan bayaran premium tanah yang tidak dapat dikutip oleh Pejabat Tanah
Daerah. Penjelasan lanjut mengenai perkara yang ditemui adalah seperti di perenggan
berikut:
4.4.1. Prosedur Dan Proses Pengambilan Tanah
PTG perlu mematuhi prosedur dan proses pengambilan yang telah ditetapkan untuk
melicinkan urusan pengambilan tanah. Semakan Audit mendapati perkara berikut:
4.4.1.1. Permohonan Dan Pewartaan
a. Permohonan Pengambilan Tanah
Seksyen 3 Akta Pengambilan Tanah 1960, PBN boleh meluluskan dan menolak
permohonan pengambilan tanah. Permohonan pengambilan tanah perlu disertakan
dengan borang permohonan, kertas cadangan projek, pelan pengambilan tanah,
laporan penilaian tanah daripada Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta,
bayaran proses dan 50% deposit pampasan daripada nilai harta selaras dengan
kehendak Seksyen 3 dan 4 Kaedah Pengambilan Tanah Tahun 1998. Kedudukan
117 permohonan yang diterima bagi tempoh tersebut adalah seperti di Jadual 4.1.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 107 permohonan telah diluluskan pada tahun
semasa manakala 3 permohonan telah ditolak oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan
Negeri (MMK), satu permohonan telah ditangguhkan oleh agensi, 2 permohonan
dibatalkan oleh pemohon dan 4 permohonan masih di dalam proses kelulusan MMK.
Semakan Audit terhadap Buku Daftar Permohonan mendapati semua permohonan
didaftar dan difailkan.
40
Tahun
Jadual 4.1
Permohonan Pengambilan Tanah Yang Diluluskan
Bagi Tempoh Tahun 2006 Hingga 2010
Bilangan Permohonan
Terima Lulus Tolak Tangguh Batal
Dalam
Proses
2006 34 33 - - - 1
2007 30 29 - - 1 -
2008 39 33 3 1 1 1
2009 12 11 - - - 1
2010 2 1 - - - 1
Jumlah 117 107 3 1 2 4
Sumber: Rekod PTG
b. Tempoh Memproses Permohonan
Proses pengambilan tanah melibatkan 2 peringkat iaitu sebelum dan selepas
pewartaan. Sebelum pewartaan, kesesuaian tapak, laporan pegawai petempatan
dan jabatan teknikal serta perakuan dari PTG perlu dilaksanakan dan seterusnya
dihantar ke Percetakan Nasional Malaysia Berhad untuk diwartakan. Manakala
proses selepas pewartaan melibatkan siasatan, bayaran pampasan sehingga
pemilikan rasmi dikeluarkan. APT ada menyatakan tempoh kuat kuasa warta,
tempoh siasatan perlu dijalankan, notis pemberian pampasan dan tempoh bayaran
pampasan tetapi tempoh memproses pengambilan tidak dinyatakan. Analisis Audit
terhadap Laporan Proses Pengambilan Balik Tanah Rancangan Malaysia Ke
Sembilan mendapati proses pengambilan tanah sehingga selesai Wasilan Borang K
mengambil masa di antara 4 hingga 31 bulan daripada tarikh pengambilan
diwartakan. Daripada 2,975 lot, sebanyak 214 lot masih belum selesai Borang K dan
635 lot lagi masih belum selesai Wasilan Borang K. Berdasarkan maklum balas, PTG
telah dan sedang mengambil tindakan susulan kepada Pentadbir Tanah Daerah serta
Pendaftar Hak milik Tanah Negeri Kedah untuk mewasilkan Borang K bagi tanah
yang telah selesai proses pengambilan. Bagi tanah-tanah yang telah selesai
pengambilan tetapi Borang K belum dikeluarkan, Unit Pengambilan telah dan sedang
mengambil tindakan sewajarnya.
c. Pewartaan
Seksyen 8 APT menyatakan cadangan pengambilan tanah perlu diwartakan
dan berkuat kuasa selama 2 tahun. Semakan Audit mendapati kelewatan
proses pewartaan pengambilan tanah di antara 10 hingga 35 bulan berlaku
kerana kesilapan di peringkat Pejabat Tanah Dan Galian semasa penyediaan
Kertas Perakuan Borang D yang mengandungi jadual tanah. Kesilapan berlaku
terhadap butiran lot tanah, nombor hak milik, keluasan diambil, nama mukim
dan nama tuan tanah. Keadaan ini menyebabkan kesilapan dalam Warta
Kerajaan yang disiarkan. Oleh itu, proses pembetulan dan pewartaan semula
perlu dilakukan menyebabkan kelewatan dalam urusan pengambilan tanah.
Butiran lengkap seperti di Jadual 4.2. Manakala bagi pewartaan, terdapat kes
di mana maklumat sebenar bagi pemilik hanya diketahui semasa prosiding
41
sedang berjalan dan pembetulan warta tidak dapat dielakkan. Selain itu, urusan
pengambilan tanah boleh dilakukan tanpa menunggu tarikh pembetulan warta.
Jadual 4.2
Proses Pewartaan Yang Berulang Kali
No. Fail
Pembetulan Warta
Kelewatan
Tarikh
Pewartaan
Permohonan Warta 1 Warta 2 Warta 3
(Bulan)
PTG(K)L: 55/2001 05.04.2006 23.11.2006 19.11.2009 - 35
PTG(K)L: 41/2006 01.11.2006 05.07.2007 05.07.2007 22.05.2008 10
PTG(K)L: 22/2006 12.04.2007 12.04.2007 03.07.2008 - 14
PTG(K)L: 1/2008 31.12.2007 19.06.2008 30.07.2009 - 13
Sumber: Rekod PTG
4.4.1.2. Bayaran Pampasan
a. Kelewatan Bayaran Pampasan Kepada Pemilik Tanah
Seksyen 29 Akta Pengambilan Tanah menyatakan Pentadbir Tanah
bertanggungjawab membayar pampasan kepada orang berkepentingan dengan
seberapa segera selepas Notis Borang H (Notis Award Dan Tawaran Pampasan)
diserahkan. Semakan Audit terhadap bayaran pampasan bagi pengambilan tanah
untuk Projek Menaik taraf Jalan Tanjung Bendahara, Alor Setar mendapati seramai
400 pemilik tanah telah menerima bayaran pampasan berjumlah RM7.03 juta.
Daripada jumlah tersebut, seramai 97 atau 24% pemilik tanah lewat menerima
bayaran pampasan berjumlah RM2.62 juta. Tempoh kelewatan bayaran pampasan
adalah di antara 6 hingga 162 hari dikira selepas 3 bulan dari tarikh Borang H
dikeluarkan. Pihak Audit difahamkan ini berpunca daripada kelewatan agensi
mendapatkan peruntukan bagi menyelesaikan bayaran kelewatan tersebut.
b. Caj Bayaran Lewat
Seksyen 32 (1C) Akta yang sama pula menghendaki pembayaran pampasan tanah
dijelaskan dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh tawaran jumlah pampasan
disampaikan atau pada tarikh tanah telah diambil secara rasmi tertakluk kepada
mana yang terdahulu. Sekiranya pembayaran pampasan tidak dijelaskan dalam
tempoh masa yang ditetapkan, caj denda lewat 8% setahun dikenakan. Semakan
Audit mendapati Pentadbir Tanah terpaksa menjelaskan caj bayaran lewat sejumlah
RM60,991.37. Bagaimanapun, caj lewat bayar yang sepatutnya dibayar kepada
pemilik tanah berjumlah RM99,372.21. Perbezaan sejumlah RM38,450.84 di antara
pengiraan bayaran yang dibuat oleh PTG dan Audit adalah seperti di Jadual 4.3.
Berdasarkan maklum balas, PTG sedang mengambil tindakan membuat tuntutan caj
bayaran lewat daripada agensi pemohon. Terdapat agensi yang perlu mengambil
masa untuk mendapatkan peruntukan bagi menyelesaikan bayaran kelewatan
tersebut.
42
Jadual 4.3
Perbezaan Pengiraan Caj Bayaran Lewat Antara PTG Dan Audit
Caj Bayaran Lewat (8%)
No. Lot
Mengikut Mengikut
Bil.
Pengiraan Pengiraan
Lot
PTG
Audit
Perbezaan
(RM) (RM) (RM)
1601 1 - - -
2385 1 1,402.20 1,414.41 12.21
4000 1 4,445.80 4,510.26 64.46
4002 1 411.04 411.04 -
4005 1 1,195.10 2,667.26 1,472.16
4008 - 4009 2 3,245.94 5,104.61 1,858.67
4011 1 - 356.47 356.47
4013 1 - 6,564.49 6,564.49
4018 - 4019 2 - 2,587.35 2,587.35
4168 1 - 963.69 963.69
4171 - 4172 2 - 1,527.94 1,527.94
4174 1 - 1,391.18 1,391.18
4176 - 4178 3 1,509.27 13,312.83 11,803.56
4184 - 4185 2 1,677.09 1,752.29 75.20
4375 - 4378 4 2 ,514.73 3,164.47 649.74
5191 - 5193 3 4,237.70 7,946.67 3,708.97
5198 - 5200 3 486.00 1,885.53 1,399.53
5206 - 5209 4 16,916.11 18,091.43 1,175.32
5213 - 5215 3 20,447.40 21,879.61 1,432.21
5441 - 5442 2 1,299.70 2,313.38 1,083.68
5466 1 - 85.73 85.73
5788 1 - 198.17 198.17
5790 1 - - -
6180 1 1,203.29 1,243.40 40.11
Jumlah 43 60,991.37 99,372.21 38,450.84
Sumber: Rekod PTG
Pada pendapat Audit, kelewatan pembayaran pampasan menyebabkan agensi
pemohon menanggung caj faedah atas kelewatan sebanyak 8% setahun. Selain itu,
PTG hendaklah memastikan pengiraan caj kelewatan yang dibayar kepada pemilik
tanah adalah tepat.
c. Bayaran Pampasan Terlebih Bayar
i. Lot 236 GM 2309, Mukim Alor Malai, Daerah Kota Setar, Kedah
Perintah mahkamah bertarikh 29 Januari 2007 menghendaki pemilik tanah
tersebut diberi pampasan sebanyak RM1.03 juta atas keluasan tanah 70,389.53
kaki persegi pada kadar RM14.70 satu kaki persegi dan faedah 8% setahun.
Tanah tersebut diambil balik oleh Kerajaan untuk Projek Pusat Pengajian Tinggi
Al-Bukhary. Semakan Audit mendapati bayaran pampasan termasuk faedah
berjumlah RM1.16 juta sepatutnya dibayar kepada pemilik tanah berkenaan.
Bagaimanapun, PTG telah membuat pembayaran berjumlah RM1.52 juta
menyebabkan lebihan bayaran RM0.36 juta dibayar kepada pemilik tanah
tersebut. Pihak PTG memaklumkan tuntutan bayaran balik telah selesai
dijelaskan oleh pemilik tanah pada 21 Mac 2011. Butiran lanjut adalah seperti di
Jadual 4.4.
43
Bil.
Jadual 4.4
Jumlah Pampasan Dan Faedah Terlebih Dibayar
Perkara
Amaun
(RM juta)
1. Pampasan 1.03
2. Faedah 8% atas kelewatan 0.13
Jumlah Sepatutnya Dibayar (A) 1.16
Jumlah Telah Dibayar (B) 1.52
Sumber: Rekod PTG
Jumlah Pampasan Dan Faedah Terlebih Dibayar (B-A) 0.36
ii. Lot 7689 GM 3035 Bandar Alor Setar, Kedah
Pentadbir Tanah telah memutuskan award pampasan di dalam Borang H
berjumlah RM107,269.13 bertarikh 25 Februari 2007 diberikan kepada pemilik
tanah bagi keluasan 7,151.27 kaki persegi (k.p.) pada kadar RM15.00 satu k.p..
Disebabkan terdapat bantahan oleh agensi pemohon, Pentadbir Tanah
memutuskan supaya 75% daripada nilai bayaran atau RM80,451.85 dibayar atas
nama Amanah Raya Berhad kerana pemiliknya telah meninggal dunia dan baki
25% yang berjumlah RM26,817.28 dibayar atas nama Mahkamah Tinggi sebagai
deposit. Semakan Audit mendapati pada 5 April 2007, bayaran kepada Amanah
Raya Berhad Cawangan Alor Setar dan Mahkamah Tinggi Alor Setar telah dibuat
dengan masing-masing berjumlah RM262,809.00 dan RM112,633.00. PTG telah
mengemukakan permohonan pengeluaran wang pampasan yang disimpan di
Mahkamah Tinggi Alor Setar bernilai RM112,633.00. Maka, jumlah pampasan
yang terlebih bayar kepada waris pemilik tanah adalah RM155,539.87. Butiran
lanjut adalah seperti di Jadual 4.5. Tindakan undang-undang sedang diambil
bagi mendapatkan bayaran pampasan yang terlebih dibayar melalui saman sivil
terhadap waris-waris pemilik tanah berkenaan.
Jadual 4.5
Pampasan Yang Terlebih Dibayar Kepada Waris Pemilik Tanah
Amaun
Perihal
(RM)
Jumlah Pampasan Yang Telah Dibayar (A) 375,442.00
Jumlah Pampasan Yang Sepatutnya Dibayar (B) 107,269.13
Jumlah Wang Deposit (C) 112,633.00
Jumlah Pampasan Terlebih Dibayar (A-B-C) 155,539.87
Sumber: Rekod PTG
Pada pendapat Audit, lebihan pembayaran perlu dituntut dengan segera dan
pegawai yang bertanggungjawab diambil tindakan sewajarnya.
4.4.1.3. Rekod Pengambilan Tanah
Sistem maklumat yang lengkap dan kemas kini boleh membantu melancarkan
pengurusan pengambilan tanah. Pengauditan dijalankan terhadap rekod yang berkaitan
mendapati perkara berikut:
a. Daftar Kemajuan Pengambilan Tanah
Pekeliling KPTG Bil. 27 Tahun 1977 menyatakan Pentadbir Tanah perlu
menyelenggara satu Daftar Kemajuan yang lengkap dan kemas kini terhadap semua
tindakan pengambilan tanah. Setiap kes pengambilan tanah hendaklah direkodkan
44
dalam daftar kemajuan tersebut selepas sahaja pengisytiharannya diwartakan di
bawah Seksyen 8 APT. Semakan Audit mendapati daftar berkenaan telah disediakan
tetapi tidak dikemas kini.
b. Daftar Bayaran Pampasan
Pekeliling KPTG Bil. 3 Tahun 1999 menetapkan Pentadbir Tanah hendaklah
menyelenggara dan mengemas kini Daftar Pampasan dengan merekod penerimaan
dan penyerahan cek bayaran pampasan. Tujuannya adalah untuk memastikan
bayaran pampasan dapat diuruskan dengan baik dan pemantauan bayaran dapat
dibuat. Semakan Audit mendapati daftar tersebut hanya mula disediakan pada
tahun 2010.
Pada pendapat Audit, Rekod Pengambilan Tanah hendaklah sentiasa dikemas kini
bagi memudahkan urusan rujukan.
4.4.1.4. Penggunaan Tanah Selepas Pengambilan
Mengikut Seksyen 3(1) APT, PBN boleh mengambil mana-mana tanah yang diperlukan
bagi apa-apa maksud awam. Manakala, semua permohonan pengambilan tanah
hendaklah dikemukakan kepada PBN untuk mendapat kelulusan. Pengambilan tanah
yang telah diluluskan oleh PBN akan dibangunkan oleh pemohon mengikut perancangan
asal pengambilan. Pembangunan tanah boleh dilaksanakan selepas tanah diambil milik
oleh Kerajaan atau agensi melalui pengeluaran notis tanah diambil balik. Lawatan Audit
ke 8 tapak projek pengambilan tanah mendapati perkara berikut:
a. Tanah Telah Dibangunkan
i. Tanah Dibangunkan Mengikut Perancangan
Gambar 4.1 dan Gambar 4.2 merupakan projek pembinaan Ibu Pejabat Jabatan
Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Kedah dan kuartersnya yang telah siap dibina
mengikut perancangan. Manakala Gambar 4.3 dan Gambar 4.4 merupakan
projek dalam pembinaan bagi Ibu Pejabat Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia
(JUPEM) dan Kompleks Pasar Raya.
45
Gambar 4.1
Projek Yang Telah Siap
Ibu Pejabat JPJ Negeri Kedah
Gambar 4.2
Projek Yang Telah Siap
Kuarters JPJ Negeri Kedah
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Jalan Suka Menanti, Alor Setar
Tarikh: 13 Februari 2011
Gambar 4.3
Projek Sedang Dalam Pembinaan
Ibu Pejabat JUPEM
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Jalan Suka Menanti, Alor Setar
Tarikh: 13 Februari 2011
Gambar 4.4
Projek Sedang Dalam Pembinaan
Kompleks Pasar Raya
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Jalan Suka Menanti, Alor Setar
Tarikh: 13 Februari 2011
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi:Stargate, Alor Setar
Tarikh: 14 Februari 2011
ii.
Tanah Dibangunkan Tidak Mengikut Syarat Pemberian Hak Milik
Mengikut Seksyen 52 Kanun Tanah Negara 1965 (KTN), tanah yang diberi milik
hendaklah dibangunkan mengikut tujuan ianya diluluskan. Semakan Audit
mendapati tanah yang dikeluarkan hak milik pada 11 Mac 2008 di Lot PT.2317 di
daerah Kota Setar telah diluluskan bagi tujuan pertanian tetapi dibangunkan
sebagai kawasan perindustrian seperti di Gambar 4.5 dan Gambar 4.6.
Berdasarkan maklum balas oleh PTG, permohonan Cabut Keluar Status Tanah
telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri pada 27 April 2011.
46
Gambar 4.5
Tanah Status Pertanian Dibangunkan
Perindustrian
Gambar 4.6
Tanah Status Pertanian Dibangunkan
Perindustrian
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Kawasan Perindustrian Alor Setar
Tarikh: 14 April 2011
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Kawasan Perindustrian Alor Setar
Tarikh: 14 April 2011
Pada pendapat Audit, PTG hendaklah memastikan pembangunan tanah hendaklah
mengikut syarat yang diluluskan kerana ianya melibatkan perbezaan kadar cukai
yang boleh dikutip.
b. Tanah Belum Dibangunkan
Tanah-tanah yang telah diambil balik tetapi belum dibangunkan hendaklah dijaga dan
diuruskan dengan sempurna. Mengikut syarat kelulusan pemilikan tanah, semua
tanah hendaklah dibangunkan dalam tempoh 2 tahun. Semakan Audit mendapati
tanah yang belum dibangunkan selepas tempoh 2 tahun seperti di Gambar 4.7 dan
Gambar 4.8 yang merupakan contoh tanah yang tidak dibangunkan namun disewa
sebagai tapak tanaman padi dan kawasan letak kereta.
Gambar 4.7
Kawasan Pengambilan Tanah Yang Tidak
Dibangunkan Dan Boleh Mendatangkan Hasil
Gambar 4.8
Kawasan Pengambilan Tanah Yang Tidak
Dibangunkan Telah Disewakan
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Jalan Suka Menanti, Alor Setar
Tarikh: 1 Februari 2011
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Belakang Bank Rakyat, Alor Setar
Tarikh: 1 Februari 2011
47
Pada pendapat Audit, pengurusan tanah yang belum dibangunkan oleh Jabatan
Pelanggan adalah memuaskan kerana tanah-tanah tersebut telah disewa bagi
mendapatkan hasil.
4.4.2. Pemberimilikan
Pejabat Tanah Daerah hendaklah mengeluarkan Notis Bahawa Hasil Tanah Harus Dibayar
(Notis 5A) kepada Jabatan yang membuat permohonan pengambilan tanah (Jabatan
Pelanggan) selepas menerima surat kelulusan MMK daripada PTG. Hak milik tanah pula
akan dikeluarkan selepas bayaran premium seperti yang dinyatakan dalam Notis 5A
dijelaskan oleh Jabatan Pelanggan dan pembayaran telah dibuat sama ada sekali gus atau
secara ansuran.
4.4.2.1. Hak Milik Yang Masih Belum Dikeluarkan
Bagi tempoh tahun 2006 hingga Oktober 2010, sebanyak 83 permohonan sokongan
untuk mendapatkan kelulusan hak milik telah dikemukakan kepada MMK. Daripada
jumlah tersebut sebanyak 70 permohonan telah diluluskan di mana 42 permohonan telah
dikeluarkan hak milik dan 28 masih belum dikeluarkan hak milik. Semakan Audit
mendapati hak milik belum dikeluarkan disebabkan Notis 5A belum dikeluarkan (5 kes),
premium tanah berjumlah RM0.92 juta belum dibayar oleh pelanggan (5 kes) dan
pengeluaran hak milik oleh Pejabat Tanah Daerah masih di dalam proses (18 kes). Antara
sebab Notis 5A belum dikeluarkan adalah kelewatan nilaian daripada Pejabat Penilaian
Daerah, proses penyediaan pelan hak milik dan keluasan pelan tidak bersamaan dengan
kelulusan seperti di Jadual 4.6.
Jadual 4.6
Hak Milik Yang Masih Belum Dikeluarkan
Tarikh
Tarikh Notis
Bil. Tujuan Pengambilan Daerah Nama Agensi Kelulusan
5A
MMK
Notis 5A Belum Dikeluarkan
1.
Tapak Pusat Rawatan
Islam Dan Tapak
Pangsapuri
Kota Setar
Yayasan Islam
Negeri Kedah
2. Tapak Pejabat Kulim
Lembaga Hasil
Dalam Negeri
3. Tapak Sekolah Pendang
Pesuruhjaya Tanah
Persekutuan
Lembaga
4. Tapak Air Based Industry Langkawi Pembangunan
Langkawi
5.
Tapak Menara Pusat
Majlis Pelancongan
Langkawi
Pemandangan Indah
Langkawi
Premium Tanah Belum Dibayar
1. Tapak Sekolah Baling
Majlis Amanah
Rakyat
2.
Tapak Tambahan Klinik
Pesuruhjaya Tanah
Kota Setar
Desa
Persekutuan
Pesuruhjaya Tanah
3. Tapak Sekolah Kota Setar
Persekutuan
Pesuruhjaya Tanah
4. Tapak Sekolah Kota Setar
Persekutuan
Pesuruhjaya Tanah
5. Tapak Pejabat Kota Setar
Persekutuan
26.04.2010
10.11.2010
02.02.2010
07.02.2011
13.01.2011
Dalam
proses
Dalam
proses
Dalam
proses
Dalam
proses
Dalam
proses
07.06.2009 23.06.2009
16.07.2009 11.08.2009
07.06.2009 08.07.2009
02.02.2010 03.05.2010
02.02.2010 04.05.2010
48
Bil. Tujuan Pengambilan Daerah Nama Agensi
Dalam Proses Pengeluaran Hak Milik
Pesuruhjaya Tanah
1. Tapak Sekolah Kota Setar
Persekutuan
Pesuruhjaya Tanah
2. Tapak Pejabat Kota Setar
Persekutuan
3.
Tapak Pejabat Dan
Pesuruhjaya Tanah
Kota Setar
Perumahan
Persekutuan
4. Tapak Sekolah
Kuala Pesuruhjaya Tanah
Muda Persekutuan
5. Tapak Sekolah
Kuala Pesuruhjaya Tanah
Muda Persekutuan
6. Tapak Pejabat
Kuala Pesuruhjaya Tanah
Muda Persekutuan
7.
Tapak Pusat Kokurikulum Kuala Pesuruhjaya Tanah
Negeri Kedah
Muda Persekutuan
8. Tapak Sekolah Kulim
Pesuruhjaya Tanah
Persekutuan
Pesuruhjaya Tanah
9. Tapak Sekolah Kulim
Persekutuan
Pesuruhjaya Tanah
10. Tapak Sekolah Kulim
Persekutuan
11. Tapak Sekolah
Kubang Pesuruhjaya Tanah
Pasu Persekutuan
12. Tapak Pejabat
Padang Pesuruhjaya Tanah
Terap Persekutuan
13. Tapak Tambahan Sekolah Langkawi
Pesuruhjaya Tanah
Persekutuan
14.
Lembaga
Tapak Rekreasi Dan
Langkawi Pembangunan
Taman Botani
Langkawi
Lembaga
15. Tapak Pengindahan Sungai Langkawi Pembangunan
Langkawi
16. Tapak Kompleks Industri
Pokok Majlis Amanah
Sena
Rakyat
17.
Tapak Bangunan
Kuala Majlis Perbandaran
Perniagaan
Muda
Tapak Bangunan Kompleks Kuala
18.
Sukan
Muda
Sumber: JKPTG dan Pejabat Tanah Daerah
Sungai Petani
Majlis Perbandaran
Sungai Petani
Tarikh
Kelulusan
MMK
Tarikh Notis
5A
16.07.2009 11.08.2009
19.08.2009 30.11.2009
07.06.2009 22.06.2009
20.05.2009 20.09.2010
25.08.2009 20.09.2010
25.08.2009 01.07.2009
27.08.2009 20.09.2010
16.07.2009 20.09.2010
12.08.2009 20.09.2010
12.08.2009 20.09.2010
12.08.2009 01.07.2009
12.04.2009 20.09.2010
10.06.2009 20.09.2010
08.07.2010 27.07.2010
12.10.2010 24.01.2011
30.11.2009 16.02.2010
23.09.2008 07.01.2009
23.09.2008 07.01.2009
Pada pendapat Audit, kelewatan mengeluarkan hak milik oleh Pejabat Tanah Daerah
akan menyebabkan hasil cukai tanah tidak dapat dikutip bagi tempoh tersebut.
4.4.3. Tunggakan Premium Tanah
Semakan Audit mendapati sehingga tahun 2010, premium tanah berjumlah RM0.92 juta
masih belum dijelaskan oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan dan Majlis Amanah Rakyat
bagi 5 tapak yang diluluskan pengambilan. Butiran terperinci adalah seperti di Jadual 4.7.
PTG menjelaskan bahawa tindakan mengutip tunggakan premium tanah adalah di bawah
bidang kuasa Pentadbir Tanah Daerah. Bagaimanapun, tindakan pemantauan akan dibuat
oleh pentadbiran ini.
49
Jadual 4.7
Tunggakan Premium Tanah Belum Dijelaskan Bagi Tahun 2006 Hingga 2010
Tarikh Jumlah
Jabatan Pelanggan
Tujuan Pengambilan
Notis 5A (RM juta)
Majlis Amanah Rakyat Tapak Sekolah Di daerah Baling 23.06.2009 0.75
Pesuruhjaya Tanah
Persekutuan
Sumber: JKPTG dan Pejabat Tanah Daerah
Tapak Tambahan Klinik Desa Di daerah
Kota Setar
11.08.2009 0.01
Tapak Sekolah Di daerah Kota Setar 08.07.2009 0.09
Tapak Sekolah Di daerah Kota Setar 03.05.2010 0.03
Tapak Pejabat Di daerah Kota Setar 04.05.2010 0.04
Jumlah 0.92
Pada pendapat Audit, PTG hendaklah memastikan premium tanah yang tertunggak
dapat dikutip oleh Pentadbir Tanah Daerah.
4.5. SYOR AUDIT
Bagi mempertingkatkan lagi pengurusan pengambilan tanah, adalah disyorkan PTG
mengambil tindakan berikut:
4.5.1. Jabatan Pelanggan hendaklah dimaklumkan supaya bayaran pampasan dijelaskan
segera bagi mengelakkan kos caj kelewatan.
4.5.2. Mengarahkan Jabatan Pelanggan menjelaskan premium tanah dengan segera
supaya hak milik tanah dapat dikeluarkan dan seterusnya cukai tanah dapat dikutip.
4.5.3. PTG perlu mengambil tindakan terhadap Agensi yang membangunkan tanah tidak
mengikut syarat pemberian hak milik.
50
PEJABAT DAERAH DAN TANAH LANGKAWI
5. PENGURUSAN PERTUKARAN SYARAT TANAH
5.1. LATAR BELAKANG
5.1.1. Seksyen 52 (1) Kanun Tanah Negara 1965 (KTN) mengkategorikan penggunaan
tanah kepada 3 kategori iaitu pertanian, bangunan dan perusahaan. Seksyen 124 KTN pula
memberi kebenaran kepada tuan punya tanah atau setiap orang atau badan yang
mempunyai kepentingan berdaftar pada tanah itu memohon kepada Pihak Berkuasa Negeri
(PBN) untuk mengubah syarat penggunaan tanah. Pertukaran syarat penggunaan tanah
bertujuan sama ada untuk mengubah atau mengenakan kategori kegunaan tanah,
membatalkan atau meminda syarat nyata, mengenakan syarat nyata baru dan membatalkan,
meminda atau mengenakan sekatan kepentingan.
5.1.2. Pejabat Daerah Dan Tanah Langkawi bertanggungjawab menguruskan hal ehwal
kemajuan dan pembangunan daerah Langkawi. Bagi urusan pentadbiran dan pengurusan
tanah, Pejabat Tanah Langkawi (Pejabat Tanah) adalah bertanggungjawab mengurus
semua urusan mentadbir dan menguatkuasakan undang-undang dan peraturan berkaitan
dengan tanah terutamanya undang-undang mengenai tanah yang ditetapkan dalam KTN,
Aturan-Aturan Tanah Kedah 1966, Pekeliling Ketua Pengarah Tanah Dan Galian
Persekutuan dan Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Kedah. Bagi melicinkan pentadbiran
tanah, Pejabat Tanah dibahagikan kepada 7 bahagian iaitu Pentadbiran, Perundangan,
Teknologi Maklumat, Pembangunan Tanah Dan Pelupusan, Penguatkuasaan Dan Teknikal,
Pendaftaran dan Hasil.
5.1.3. Daerah Langkawi meliputi 104 buah pulau dengan jumlah keluasan 48,237 hektar
terdiri daripada kawasan pembangunan seluas 4,839 hektar, kawasan pertanian seluas
9,690 hektar dan kawasan hutan serta tanah kosong seluas 33,708 hektar. Daerah ini
terbahagi kepada 6 mukim iaitu Kuah, Padang Mat Sirat, Ayer Hangat, Bohor, Ulu Melaka
dan Kedawang.
5.1.4. Bagi tempoh tahun 2008 hingga 2010, sejumlah RM0.02 juta hasil telah dikutip oleh
Pejabat Tanah yang merupakan bayaran premium tukar syarat penggunaan tanah.
Manakala sebanyak 19 permohonan daripada 45 permohonan tukar syarat penggunaan
tanah yang diterima dalam tempoh yang sama telah diluluskan.
5.2. OBJEKTIF PENGAUDITAN
Objektif pengauditan adalah untuk menilai sama ada pengurusan pertukaran syarat tanah
dilaksanakan dengan cekap dan berkesan serta mematuhi peraturan dan undang-undang
yang telah ditetapkan.
51
5.3. SKOP DAN KAEDAH PENGAUDITAN
Skop pengauditan tertumpu kepada aktiviti pengurusan pertukaran syarat tanah di Pejabat
Tanah Langkawi bagi tempoh tahun 2008 hingga 2010. Pengauditan dijalankan dengan
menyemak fail, dokumen hak milik, rekod kewangan, laporan dan dokumen yang berkaitan
dengan pengurusan pertukaran syarat tanah. Kesemua 45 permohonan tukar syarat tanah
yang diterima bagi tempoh tahun 2008 hingga 2010 telah diaudit. Selain itu, temu bual
dengan pegawai dan kakitangan terlibat dibuat bagi tujuan pengesahan maklumat. Lawatan
ke lokasi yang terpilih dan pengesahan pihak ketiga dilakukan bagi menentukan sama ada
terdapat pelanggaran syarat penggunaan tanah.
5.4. PENEMUAN AUDIT
Pengauditan yang dijalankan antara bulan November 2010 hingga Februari 2011 mendapati
secara keseluruhannya pengurusan pertukaran syarat tanah adalah kurang memuaskan
kerana kelewatan memproses permohonan tukar syarat tanah, Piagam Pelanggan tidak
disemak semula bagi disesuaikan dengan keperluan norma kerja semasa, pelanggaran jenis
kegunaan dan syarat nyata tanah, pencerobohan tanah Kerajaan Negeri dan rancangan
penguatkuasaan tanah tidak disediakan. Penemuan Audit mengenai perkara berbangkit
adalah seperti di perenggan berikut:
5.4.1. Pengurusan Permohonan Pertukaran Syarat Tanah
5.4.1.1. Kelewatan Memproses Permohonan Tukar Syarat Tanah
a. Piagam Pelanggan telah menetapkan bahawa tempoh penyelesaian tukar syarat
tanah pertanian kepada pertanian adalah antara 2 hingga 4 bulan manakala
ubahjenis kegunaan tanah pertanian kepada bangunan adalah antara 4 hingga 6
bulan. Semakan Audit terhadap fail permohonan tukar syarat mendapati hanya satu
daripada 19 permohonan tukar syarat dan ubah jenis kegunaan tanah bagi tempoh
tahun 2008 hingga 2010 diluluskan dalam tempoh yang ditetapkan. Maklumat
terperinci mengenai tempoh sebenar kelulusan permohonan tukar syarat dan jenis
penggunaan tanah berbanding Piagam Pelanggan adalah seperti di Jadual 5.1.
Jadual 5.1
Tempoh Sebenar Kelulusan Permohonan Tukar Syarat
Tanah Berbanding Piagam Bagi Tahun 2008 hingga 2010
Jenis
Bilangan Tempoh Masa Memproses Permohonan
Permohonan Permohonan Piagam
Sebenar
Pertanian kepada
11 2 hingga 4 bulan Melebihi 12 bulan
Pertanian
Pertanian kepada
Bangunan
Jumlah 19
Sumber: Rekod Pejabat Tanah Langkawi
1 4 hingga 6 bulan 4 bulan
7 Melebihi 6 bulan
b. Permohonan tukar syarat penggunaan tanah adalah bertujuan untuk mengenakan
atau mengubah kategori penggunaan tanah daripada tanah pertanian kepada
pertanian atau pertanian kepada bangunan. Semakan Audit terhadap Buku Daftar
Ubah Syarat Tanah mendapati sebanyak 45 permohonan tukar syarat penggunaan
52
tanah diterima bagi tempoh tahun 2008 hingga 2010. Ianya terdiri daripada 22
permohonan tukar syarat penggunaan tanah pertanian kepada pertanian dan 23
permohonan tukar syarat penggunaan tanah pertanian kepada bangunan. Semakan
Audit mendapati sehingga 31 Disember 2010 sebanyak 92 permohonan tukar syarat
masih belum diselesaikan. Daripada jumlah tersebut, 55 permohonan yang belum
selesai adalah terdiri daripada permohonan sebelum tahun 2008 iaitu 26 permohonan
tukar syarat pertanian kepada pertanian dan 29 permohonan tukar syarat pertanian
kepada bangunan. Kedudukan permohonan tukar syarat tanah yang belum selesai
sehingga 31 Disember 2010 adalah seperti di Jadual 5.2.
Jadual 5.2
Permohonan Tukar Syarat Yang Belum Selesai Pada 31 Disember 2010
Jenis Tukar Syarat
Tahun
Permohonan Pertanian Kepada Pertanian
Pertanian Kepada Bangunan
Bilangan Bilangan Baki Belum Bilangan Bilangan Baki Belum
Permohonan Kelulusan Selesai Permohonan Kelulusan Selesai
< 2008 34 8 26 32 3 29
2008 - 2010 22 3 19 23 5 18
Jumlah 56 11 45 55 8 47
Sumber: Rekod Pejabat Tanah Langkawi
5.4.1.2. Piagam Pelanggan Tidak Disemak Semula
a. Setiap organisasi perlu menetapkan standard kualiti perkhidmatan yang disediakan.
Standard kualiti ini dijadikan sebagai janji organisasi kepada pelanggannya dalam
bentuk Piagam Pelanggan. Piagam Pelanggan ialah satu komitmen bertulis
organisasi terhadap penyampaian perkhidmatannya kepada pelanggan melalui
pendekatan yang terbuka, jelas dan telus. Ia juga merupakan satu jaminan untuk
menyampaikan perkhidmatan mengikut standard kualiti yang ditetapkan. Manakala
dari sudut pelanggan pula, ia memberi jaminan terhadap tahap kualiti perkhidmatan
yang dijanjikan. Merujuk kepada Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1
Tahun 2008 mengenai Panduan Pengurusan Perhubungan Pelanggan, Piagam
Pelanggan hendaklah disemak semula sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 12
bulan untuk memastikan ianya sentiasa dikemas kini. Piagam Pelanggan Unit
Pembangunan Tanah, Pejabat Tanah Langkawi adalah seperti di Jadual 5.3.
Jadual 5.3
Piagam Pelanggan Pejabat Tanah Langkawi (Unit Pembangunan Tanah)
Jenis Permohonan
Tempoh Kelulusan
Ubah syarat Tanah:
Pertanian kepada Pertanian**
Bangunan kepada Bangunan*
Industri kepada Industri*
Ubah jenis Kegunaan Tanah**
Penyerahan dan Pemberimilikan Semula Tanah**
2 – 4 Bulan
4 – 6 Bulan
4 – 6 Bulan
4 – 6 Bulan
4 – 6 Bulan
Cantuman Tanah**
Pecahan Bahagian Tanah**
2 – 4 Bulan
2 – 4 Bulan
53
Jenis Permohonan
Pecahan Sempadan Tanah**
Penyerahan Sebahagian Tanah**
Penyerahan Kesemua Tanah**
Petunjuk:
* Bergantung kepada Jabatan Teknikal dan Pihak
Berkuasa Negeri
** Bergantung kepada Jabatan Teknikal.
Sumber: Rekod Pejabat Tanah Langkawi
Tempoh Kelulusan
2 – 4 Bulan
2 – 4 Bulan
2 – 4 Bulan
b. Semakan Audit mendapati Pejabat Tanah tidak dapat memproses 44 permohonan
tukar syarat tanah mengikut tempoh masa yang ditetapkan di Piagam Pelanggan bagi
tahun 2008 hingga 2010. Pihak Audit dimaklumkan Pejabat Tanah tidak dapat
memenuhi tempoh masa yang telah ditetapkan di dalam Piagam Pelanggan kerana
proses kelulusan permohonan tukar syarat tanah melibatkan agensi lain dan di luar
bidang kuasa Pejabat Tanah. Semakan Audit selanjutnya mendapati Piagam
Pelanggan Pejabat Tanah tidak disemak semula bagi disesuaikan dengan keperluan
norma kerja semasa. Tarikh penguatkuasaan Piagam Pelanggan tersebut juga tidak
dapat disahkan.
5.4.1.3. Pembayaran Premium Tambahan
a. Mengikut Seksyen 124(5)(a) KTN, bayaran premium tambahan yang dikenakan untuk
pengubahan syarat pertanian kepada bangunan (kediaman dan perniagaan) dan
perusahaan ialah 8 kali ganda hasil baru. Bagi permohonan yang diluluskan, Pejabat
Tanah akan mengeluarkan Notis Bayaran (Borang 7G) kepada pemohon untuk
menjelaskan bayaran premium tambahan yang ditetapkan. Bayaran premium
tersebut perlu dijelaskan oleh pemohon dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh notis
disampaikan. Pengarah Tanah dan Galian boleh meluluskan lanjutan masa tidak
melebihi tempoh tambahan 6 bulan. Lanjutan masa selanjutnya hendaklah mendapat
kelulusan daripada MMK dan akan dikenakan denda bayaran harga tanah tambahan
tidak melebihi 3 kali ganda hasil baru. Maklumat terperinci mengenai pengeluaran
Notis Bayaran dan pembayaran premium bagi tempoh tahun 2008 hingga 2010
adalah seperti di Jadual 5.4.
Jadual 5.4
Pengeluaran Notis Dan Pembayaran Premium Bagi Tahun 2008 Hingga 2010
Perkara
Tahun
Jumlah
2008 2009 2010
Bil. Nilai Bil. Nilai Bil. Nilai Bil. Nilai
Notis (RM) Notis (RM) Notis (RM) Notis (RM)
Notis bayaran
dikeluarkan
3 65,099 3 119,110 1 13,665 7 197,874
Jumlah
kutipan
2 26,771 3 119,110 1 13,665 6 159,546
dipungut
Notis tidak
dibayar
1 38,328 0 0 0 0 1 38,328
Sumber: Pejabat Tanah Langkawi
54
. Analisis Audit mendapati nilai premium berjumlah RM197,874 bagi 7 Notis Bayaran
telah dikeluarkan dan dihantar kepada pemohon. Daripada jumlah tersebut sehingga
akhir tahun 2010 sebanyak 6 pemohon telah menjelaskan premium yang ditetapkan
berjumlah RM159,546. Bagaimanapun, satu permohonan dengan nilai premium
berjumlah RM38,328 telah luput dan secara langsung terbatal kerana bayaran
premium tidak dijelaskan dalam tempoh yang ditetapkan. Pemohon perlu menghantar
semula permohonan ke Pejabat Tanah sekiranya mahu memohon pertukaran syarat
bagi tanah yang sama. Manakala baki satu permohonan dikeluarkan Notis Bayaran
kepada pemohon pada 16 Februari 2011 setelah Pejabat Tanah menerima surat
kelulusan MMK pada 12 Disember 2010.
Pada pendapat Audit, kelewatan memproses permohonan tukar syarat tanah tidak
mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Piagam Pelanggan. Pejabat Tanah hendaklah
menyemak semula Piagam Pelanggan yang telah ditetapkan supaya bersesuaian
dengan keadaan kerja semasa.
5.4.2. Pelanggaran Jenis Kegunaan dan Syarat Nyata Tanah
5.4.2.1. Aturan-Aturan Tanah Kedah 1966 menetapkan tanah tidak boleh digunakan bagi
tujuan selain daripada jenis penggunaan tanah dan syarat nyata tanah seperti di dokumen
hak milik. Selain itu, kadar cukai tanah tahunan yang dikenakan bagi setiap lot tanah
mestilah berdasarkan kepada penggunaan tanah semasa sama ada pertanian, kediaman,
perniagaan atau perusahaan. Lawatan Audit telah dijalankan pada 13 hingga 16
Disember 2010 ke 38 lokasi tanah mendapati 26 pemegang hak milik telah melanggar
jenis kegunaan dan syarat nyata kegunaan tanah seperti di Jadual 5.5.
Jadual 5.5
Hak Milik Yang Melanggar Jenis Kegunaan Dan Syarat Nyata Tanah
Anggaran
Kadar
Maksimum
Jenis
Cukai
Bil. No. Lot
Syarat Nyata
Kadar Cukai
Kegunaan
SUKHAT
Sepatutnya
(RM)
(RM)
1. 1051 Pertanian Bendang 12 5,214
2. 1053 Pertanian Lain Tanaman 29 4,938
3. 1666 Pertanian Kampung 13 2,670
4. 58 Pertanian Kampung 5 556
5. 1244 Pertanian Kampung 17 3,532
6. PT1010 Pertanian Getah 665 81,250
7. 999 Pertanian Kampung 5 1,478
8. 2545 Pertanian Kampung 4 725
9. 2547 Pertanian Padi 8 3,161
10. 2548 Pertanian Padi 5 1,731
11. 2591 Pertanian Lain Tanaman 6 842
12. 2595 Pertanian Kampung 8 1,669
13. 2594 Pertanian Kampung 5 962
14. 2600 Pertanian Kampung 2 368
15. 2602 Pertanian Kampung 1 165
16. 2606 Pertanian Kampung 3 565
17. 2616 Pertanian Bendang 6 3,507
18. 2946 Bangunan
Rumah
Sesebuah
2,830 10,375
19. 2328 Pertanian Lain Tanaman 32 4,528
55
Bil.
No. Lot
Jenis
Kegunaan
Syarat Nyata
Kadar
Cukai
SUKHAT
Anggaran
Maksimum
Kadar Cukai
Sepatutnya
(RM)
(RM)
20. 8 Pertanian Lain Tanaman 32 4,976
21. 9 Pertanian Lain Tanaman 7 1,244
22. 10 Pertanian Lain Tanaman 18 2,862
23. 1003 Pertanian Padi 7 4,232
24. PT174 Pertanian Bendang 9 3,786
25. PT34 Pertanian Lain Tanaman 20 4,098
26. 2596 Pertanian Kampung 6 1,216
Sumber: Pejabat Tanah Langkawi
Jumlah 3,755 150,650
5.4.2.2. Semakan Audit mendapati kadar cukai tanah bagi 26 hak milik ini tidak dikutip
mengikut kegunaan sebenar tanah. Kadar cukai tanah mengikut Sistem Kutipan Hasil
Tanah Berkomputer bagi 26 hak milik ialah sejumlah RM3,755. Mengikut perkiraan Audit,
cukai tahunan maksimum yang sepatutnya dikutip oleh Pejabat Tanah berdasarkan
keluasan tanah adalah berjumlah RM150,650. Ini mengakibatkan hasil Kerajaan Negeri
berkurangan sejumlah RM146,895 kerana kutipan cukai bagi kategori pertanian adalah
lebih rendah berbanding kategori bangunan. Mengikut maklum balas yang diberikan,
MMK telah bersetuju untuk mengenakan fi tambahan mengikut kegunaan tanah semasa
walaupun tiada permohonan pertukaran syarat tanah dikemukakan. Semakan Audit
selanjutnya mendapati 4 daripada 26 hak milik yang melanggar jenis kegunaan dan
syarat nyata tanah telah mengemukakan permohonan pada April 2008 dan Jun 2010.
Laporan Tanah bagi permohonan pada April 2008 hanya dikeluarkan pada Mei 2010
menyebabkan kelewatan selama 25 bulan. Antara hak milik yang telah melanggar jenis
kegunaan dan syarat nyata tanah semasa lawatan Audit adalah seperti di Gambar 5.1
hingga Gambar 5.10.
Gambar 5.1
Lot 1003 Beroperasi Tanpa
Permohonan Tukar Syarat Tanah
Gambar 5.2
Lot 2595 Beroperasi
Tanpa Permohonan Tukar Syarat Tanah
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Pantai Cenang, Daerah Langkawi
Tarikh: 14 Disember 2010
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Pantai Cenang, Daerah Langkawi
Tarikh: 14 Disember 2010
56
Gambar 5.3
Lot 1244 & Lot PT 1010 Beroperasi
Tanpa Permohonan Tukar Syarat Tanah
Gambar 5.4
Lot 2616 Beroperasi
Tanpa Permohonan Tukar Syarat Tanah
Sumber:Jabatan Audit Negara
Lokasi: Mukim Ulu Melaka, Daerah Langkawi
Tarikh:15 Disember 2010
Gambar 5.5
Lot 999 Beroperasi Tanpa
Permohonan Tukar Syarat Tanah
Sumber:Jabatan Audit Negara
Lokasi: Pantai Cenang, Daerah Langkawi
Tarikh:14 Disember 2010
Gambar 5.6
Lot 2591 Beroperasi Tanpa
Permohonan Tukar Syarat Tanah
Sumber:Jabatan Audit Negara
Lokasi: Mukim Kuah, Daerah Langkawi
Tarikh:16 Disember 2010
Sumber:Jabatan Audit Negara
Lokasi: Pantai Cenang, Daerah Langkawi
Tarikh:14 Disember 2010
57
Gambar 5.7
Lot 2548 Beroperasi Tanpa
Permohonan Tukar Syarat Tanah
Gambar 5.8
Lot 2594 Beroperasi Tanpa Permohonan
Tukar Syarat Tanah
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Pantai Cenang, Daerah Langkawi
Tarikh:14 Disember 2010
Gambar 5.9
Lot 9 Beroperasi Tanpa
Permohonan Tukar Syarat Tanah
Sumber:Jabatan Audit Negara
Lokasi: Pantai Cenang, Daerah Langkawi
Tarikh:14 Disember 2010
Gambar 5.10
Lot 2547 Beroperasi Tanpa Permohonan
Tukar Syarat Tanah
Sumber:Jabatan Audit Negara
Lokasi: Pantai Cenang, Daerah Langkawi
Tarikh:14 Disember 2010
Sumber:Jabatan Audit Negara
Lokasi: Pantai Cenang, Daerah Langkawi
Tarikh:14 Disember 2010
Pada pendapat Audit, pelanggaran jenis kegunaan dan syarat nyata tanah telah
mengurangkan hasil Kerajaan Negeri kerana cukai tanah tahunan yang dikenakan
adalah tidak mengikut jenis kegunaan tanah semasa.
5.4.3. Pencerobohan Tanah Kerajaan Negeri
Mengikut KTN Seksyen 16(1)(c), Pentadbir Tanah boleh mengambil tindakan, guaman atau
lain-lain prosiding mengenai apa-apa pencerobohan atau kesalahan-kesalahan lain yang
dilakukan berkaitan tanah bagi pihak Penguasa Negeri. Lawatan Audit ke mukim Kelibang
pada 14 Disember 2010 mendapati bangunan telah didirikan dan aktiviti perniagaan telah
dijalankan di atas tanah Kerajaan Negeri. Pihak Audit mendapati bangunan yang
menempatkan pejabat serta makmal penyelidikan dan pembangunan herba seluas 9,200
meter persegi telah diusahakan sejak tahun 2008 seperti di Gambar 5.11 dan Gambar 5.12.
58
Gambar 5.11
Tanah Kerajaan Negeri Yang Di ceroboh
Gambar 5.12
Tanah Kerajaan Negeri Yang Di ceroboh
Sumber:Jabatan Audit Negara
Lokasi: Mukim Kelibang, Daerah Langkawi
Tarikh:14 Disember 2010
Sumber:Jabatan Audit Negara
Lokasi: Mukim Kelibang, Daerah Langkawi
Tarikh:14 Disember 2010
Pada pendapat Audit, pembinaan bangunan kekal dan aktiviti perniagaan yang
dijalankan di atas tanah Kerajaan Negeri adalah menyalahi undang-undang dan
tindakan denda hendaklah diambil oleh Pentadbir Tanah.
5.4.4. Rancangan Penguatkuasaan Tanah Tidak Disediakan
5.4.4.1. Rancangan penguatkuasaan tanah perlu disediakan bagi memastikan pemilik
tanah mengusahakan tanah mengikut jenis dan syarat seperti yang tercatat di dokumen
hak milik. Bagi memastikan penguatkuasaan dapat dijalankan, Unit Penguatkuasaan Dan
Teknikal diwujudkan untuk menjalankan kerja penguatkuasaan terhadap pelanggaran
syarat penggunaan tanah, siasatan tanah serta menyediakan laporan penguatkuasaan.
5.4.4.2. Mengikut Pekeliling Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan Bilangan
5/1985 (Semakan 2007) - Tindakan Penguatkuasaan Apabila Berlaku Pelanggaran Syarat
Penggunaan Tanah menyatakan apabila berlaku sesuatu pelanggaran syarat tanah,
Pentadbir Tanah boleh mengambil tindakan sama ada terus merampas tanah tersebut di
bawah Seksyen 129 atau memberi peluang kepada pemilik berdaftar tanah untuk
meremedi di bawah Seksyen 128 atau mengenakan denda terhadap tuan punya tanah
terlebih dahulu di bawah Seksyen 127(1A) KTN.
5.4.4.3. Semakan Audit mendapati walaupun Unit Penguatkuasaan Dan Teknikal telah
diwujudkan, namun rancangan penguatkuasaan yang khusus terhadap pelanggaran
syarat tanah selaras dengan keperluan KTN dan Pekeliling-Pekeliling Ketua Pengarah
Tanah Dan Galian Persekutuan tidak disediakan. Mesyuarat bulanan khusus bagi
membincangkan isu-isu berkaitan tukar syarat tanah juga tidak pernah diadakan. Lawatan
secara berkala juga tidak dirancang dan dilaksanakan oleh Unit Penguatkuasaan Dan
Teknikal. Penolong Pegawai Tanah hanya melawat tapak hak milik berdasarkan aduan
penduduk setempat.
5.4.4.4. Semakan Audit selanjutnya mendapati tindakan penguatkuasaan yang telah
dijalankan di Pejabat Tanah berhubung 13 aduan yang diterima daripada orang awam
59
sejak tahun 2008 hingga 2010 adalah mengenai pengorekan pasir secara haram,
pencerobohan tanah Kerajaan Negeri, pencemaran, pampasan tidak setimpal, pembinaan
tanpa kebenaran, penambakan laut dan proses pengeluaran dokumen hak milik.
Tindakan menyiasat telah dijalankan serta Laporan Aktiviti Penguatkuasaan telah
disediakan dan dikemukakan kepada Biro Pengaduan Awam bagi aduan-aduan yang
diterima melalui Biro Pengaduan Awam Negeri.
Pada pendapat Audit, rancangan penguatkuasaan tanah secara khusus perlu
disediakan bagi memastikan pelanggaran syarat kegunaan tanah dapat diatasi dan
membantu meningkatkan hasil Kerajaan Negeri.
5.5. SYOR AUDIT
Bagi memastikan pengurusan pertukaran syarat tanah diuruskan dengan cekap dan
berkesan, Pejabat Tanah adalah disyorkan supaya melaksanakan perkara-perkara berikut
dengan segera:
5.5.1. Mempercepatkan proses permohonan pertukaran syarat tanah mengikut tempoh
masa yang ditetapkan di dalam Piagam Pelanggan.
5.5.2. Piagam Pelanggan Unit Pembangunan Tanah Pejabat Tanah hendaklah dikaji dan
disemak semula mengikut keperluan norma kerja semasa.
5.5.3. Tindakan perundangan hendaklah diambil supaya kes pelanggaran jenis kegunaan
dan syarat tanah serta pencerobohan tanah Kerajaan Negeri dapat dibendung dan
meningkatkan kutipan hasil Kerajaan Negeri.
5.5.4. Memastikan pengenaan kadar cukai tanah tahunan adalah mengikut penggunaan
tanah semasa.
5.5.5. Menjalankan pemantauan yang berterusan bagi memastikan proses permohonan
pertukaran syarat tanah diuruskan dengan lancar dan kes pelanggaran syarat kegunaan
tanah dapat ditangani secara berkesan.
5.5.6. Rancangan penguatkuasaan perlu dirancang dan diberi keutamaan secara sistematik
serta dilaksanakan secara menyeluruh bagi memastikan aktiviti penguatkuasaan dapat
dijalankan dengan berkesan.
60
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PADANG TERAP
6. KUTIPAN HASIL TANAH BERKOMPUTER
6.1. LATAR BELAKANG
6.1.1. Pejabat Daerah Dan Tanah Padang Terap bertanggungjawab menguruskan hal
ehwal kemajuan dan pembangunan daerah Padang Terap. Bagi urusan pentadbiran tanah,
Pejabat Tanah Padang Terap (Pejabat Tanah) adalah ditugaskan untuk mengurus semua
urusan antaranya merangkumi pendaftaran tanah, pungutan hasil tanah, pembangunan
tanah dan penguatkuasaan. Hasil utama Pejabat Tanah terdiri daripada cukai tanah,
premium, lesen, permit, bayaran notis, denda, carian rasmi dan lain-lain hasil yang dikutip
mengikut Aturan-Aturan Tanah Kedah 1966 (Pindaan 2009). Kutipan hasil bagi cukai tanah
diuruskan oleh Unit Hasil Tanah. Sejumlah RM9.09 juta hasil cukai tanah telah berjaya
dikutip bagi tempoh tahun 2008 hingga 2010.
6.1.2. Daerah Padang Terap mempunyai keluasan 133,870 hektar terdiri daripada 11
mukim. Sehingga 31 Disember 2010, sebanyak 36,703 hak milik telah didaftarkan bagi
kesemua mukim. Hak milik tersebut adalah terdiri daripada 36,315 hak milik di bawah
seliaan Pejabat Tanah manakala 388 hak milik lagi di bawah seliaan Pendaftar di Pejabat
Tanah Dan Galian Negeri Kedah (PTG). Semua urusan pendaftaran hak milik ini dibuat
melalui Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB). Manakala pengurusan kutipan hasil
tanah pula dibuat melalui Sistem Kutipan Hasil Tanah Berkomputer (SUKHAT) yang
menggantikan Sistem Pengurusan Hasil Tanah (SPHT) sejak tahun 2007.
6.1.3. Objektif SUKHAT adalah untuk membina semula dan mengganti aplikasi sedia ada
bagi tujuan memberi kemudahan kepada pelanggan, mempertingkatkan lagi hasil Kerajaan
Negeri dan mengurangkan tunggakan hasil semasa. SUKHAT dibangunkan dengan tujuan
dapat berinteraksi dengan SPTB dan Sistem Perakaunan Berkomputer Standard Kerajaan
Negeri (SPEKS). Sistem ini telah diguna pakai di 12 Pejabat Tanah seluruh Negeri Kedah
dan di bawah pengawasan PTG. SUKHAT menyediakan 9 menu iaitu Bayaran, Akaun,
Laporan Kerani Akaun, Kemas kini, Pertanyaan Dan Semakan, Meja Bantuan,
Penyelenggaraan, Laporan Pegawai dan Tukar Kata Laluan. Antara kemudahan yang
disediakan kepada pelanggan untuk membayar cukai tanah adalah seperti pembayaran
melalui kad kredit, internet dan pertanyaan melalui sistem pesanan ringkas (sms).
6.1.4. Kerajaan Negeri telah melantik sebuah syarikat untuk melaksanakan projek SUKHAT
di semua Pejabat Tanah Negeri Kedah. Kos bagi projek ini adalah bernilai RM2.16 juta bagi
tempoh 2007 hingga 2010. Skop kerja yang dilaksanakan adalah membekal, menghantar,
memasang, mengintegrasi, menguji, mentauliah dan menyenggara perkakasan (dalam
tempoh jaminan), peralatan, perisian komputer dan sistem aplikasi tersebut.
61
6.2. OBJEKTIF PENGAUDITAN
Objektif pengauditan adalah untuk menilai sama ada kutipan hasil tanah berkomputer
dilaksanakan dengan cekap dan berkesan serta mencapai matlamat yang ditetapkan.
6.3. SKOP DAN KAEDAH PENGAUDITAN
Skop pengauditan tertumpu kepada aktiviti kutipan hasil tanah di Pejabat Daerah Dan Tanah
Padang Terap bagi tempoh tahun 2008 hingga 2010. Pengauditan dijalankan dengan
menyemak fail, rekod kewangan, laporan dan dokumen yang berkaitan dengan pengurusan
kutipan hasil tanah berkomputer di Pejabat Tanah serta pengesahan hak milik Pendaftar di
PTG. Selain itu, semakan Audit juga dijalankan terhadap pelaksanaan pengurusan SUKHAT
yang merangkumi kawalan keselamatan sistem, aplikasi dan persekitaran. Pemilihan
sampel dan analisis data dibuat ke atas 36,257 daripada 36,703 hak milik yang melibatkan
hak milik sehingga 26 Ogos 2010 dengan menggunakan perisian Audit Command Language
(ACL). Soal selidik digunakan untuk mendapat maklum balas kepuasan pelanggan dan
kakitangan yang terlibat secara langsung dalam penggunaan SUKHAT. Selain itu, temu bual
dengan pegawai dan kakitangan terlibat dibuat bagi tujuan pengesahan maklumat. Lawatan
ke lokasi tanah yang berkenaan juga turut dijalankan.
6.4. PENEMUAN AUDIT
Pengauditan yang dijalankan antara bulan Ogos 2010 hingga November 2010 mendapati
secara keseluruhannya kutipan hasil tanah berkomputer melalui penggunaan SUKHAT
adalah tidak memuaskan kerana kelemahan pengurusan integrasi data SUKHAT dengan
SPTB, prestasi kutipan hasil tidak mencapai sasaran yang ditetapkan dan pengurusan
tunggakan cukai tanah yang dijalankan secara tidak menyeluruh. Selain itu, menu ansuran
SUKHAT masih tidak digunakan dan kawalan keselamatan sistem serta kawalan kata laluan
untuk SUKHAT adalah tidak memuaskan. Penemuan Audit mengenai perkara berbangkit
adalah seperti di perenggan berikut:
6.4.1. Pengurusan Integrasi Data SUKHAT Dengan SPTB
Objektif utama Pengurusan Integrasi Data adalah untuk mengekstrak data dari SPTB dan
mewujudkan persamaan maklumat dan bilangan hak milik yang didaftarkan di SUKHAT.
Analisis Audit mendapati:
6.4.1.1. Perbezaan Data Di Antara SUKHAT Dan SPTB
Data SUKHAT seperti status, keluasan hak milik dan kadar cukai tahunan hendaklah
berpadanan dengan data SPTB bagi memastikan kadar cukai yang dikutip adalah tepat.
Pihak Audit telah membuat perbandingan di antara data SUKHAT dengan SPTB dan
mendapati perkara berikut:
a. Ketepatan Dan Kesahihan Data SUKHAT
Setiap hak milik yang didaftarkan di dalam SPTB hendaklah juga direkodkan di dalam
SUKHAT dan sebaliknya. Ini bagi mengesahkan ketepatan hak milik tanah dan
membolehkan setiap pemilik menjelaskan cukai tanah mengikut kadar cukai yang
ditetapkan. Analisis Audit mendapati sehingga 31 Disember 2009 sebanyak 2,559
62
hak milik yang telah didaftarkan di SPTB tidak direkodkan di SUKHAT melibatkan
kadar cukai tahunan berjumlah RM0.11 juta. Manakala, sebanyak 15 hak milik yang
direkodkan di SUKHAT tidak didaftarkan di SPTB melibatkan kadar cukai tahunan
berjumlah RM177. Semakan Audit selanjutnya mendapati SUKHAT mampu menjana
Laporan Senarai Hak Milik SUKHAT Yang Tiada Di SPTB. Namun, tindakan
menyelesaikan masalah hasil daripada penemuan di laporan tersebut dilihat tidak
diambil secara menyeluruh. Mengikut maklum balas, Pejabat Tanah dan PTG sedang
melakukan urusan pemutihan data secara berperingkat. Bagaimanapun selepas
teguran Audit, Pejabat Tanah telah merekodkan hak milik yang tidak terdapat
di SPTB.
b. Hak Milik Di SPTB Berstatus “BATAL” Tetapi Masih Aktif Di SUKHAT
Setiap hak milik boleh dibatalkan atas sebab-sebab tertentu seperti pengambilan
balik tanah oleh Pihak Berkuasa Negeri, pertukaran status Hak Sementara Mukim
(HSM) kepada Geran Mukim (GM), pengeluaran hak milik baru dan lain-lain. Analisis
Audit mendapati daripada 16,746 hak milik yang berstatus ‘‘BATAL’’ di SPTB,
sebanyak 2,656 hak milik masih berstatus aktif di SUKHAT. Analisis seterusnya
mendapati sebanyak 2,001 daripada 2,656 hak milik yang berstatus ‘BATAL’ telah
menjelaskan cukai tahunan yang berjumlah RM0.11 juta.
c. Perbezaan Keluasan Hak Milik
i. Analisis Audit terhadap data hak milik SUKHAT dan SPTB mendapati sebanyak
2,550 hak milik mempunyai keluasan yang berbeza seperti di Jadual 6.1.
Jadual 6.1
Perbezaan Keluasan
Bil. Julat Perbezaan (m 2 ) Jumlah Hak Milik
1. Kurang 100 1,146
2. 100 – 500 465
3. 501 – 1,000 347
4. 1,001 – 5,000 506
5. 5,001 – 10,000 60
6. Lebih 10,000 26
Jumlah 2,550
Sumber: Pejabat Tanah Padang Terap
ii. Analisis Audit selanjutnya mendapati 26 hak milik mempunyai julat perbezaan
keluasan melebihi 10,000 meter persegi (m 2 ) dengan jumlah keseluruhan
perbezaan keluasan 69,053,167m 2 . Maklumat terperinci adalah seperti di
Jadual 6.2.
Jadual 6.2
Perbezaan Keluasan Hak Milik Melebihi 10,000 m 2
Bil. No. Hak Milik
Keluasan (m 2 )
SUKHAT SPTB Perbezaan
1. 020301GM00000090 4,438 44,380,000 44,375,562
2. 020306PM0000048A 2,450 24,520,000 24,517,550
3. 020303GM00002311 9,700 37,256 27,556
4. 020307GM00000206 1,113 27,719 26,606
5. 020310GM00001888 16,200 40,057 23,857
63
Bil. No. Hak Milik
Keluasan (m 2 )
SUKHAT SPTB Perbezaan
6. 020305GM00000788 1,870 18,057 16,187
7. 020304GM00001307 2,251 17,528 15,277
8. 020310GM00000430 9,900 24,418 14,518
9. 020306GM00000169 2,213 16,592 14,379
10. 020309HSM00001456 21,544 35,840 14,296
11. 020305GM00000754 2,419 15,935 13,516
12. 020305GM00000786 14,569 27,291 12,722
13. 020303GM00001524 3,310 15,982 12,672
14. 020304GM00001029 22,234 34,729 12,495
15. 020306GM00001050 3,970 16,363 12,393
16. 020306GM00001355 1,609 13,812 12,203
17. 020309HSM00001457 24,566 35,840 11,274
18. 020340GM00000684 16,450 27,633 11,183
19. 020306GM00001107 5,415 15,911 10,496
20. 020303GM00001507 10,200 167 10,033
21. 020304GM00000546 10,800 531 10,269
22. 020310HSM00001929 11,200 - 11,200
23. 020306HSM00000552 17,267 1,745 15,522
24. 020309GM00000132 17,900 112 17,788
25. 020305GM00000568 20,110 2,011 18,099
26. 020310GM00000282 23,198 4,534 18,664
Jumlah 276,896 69,330,063 69,053,167
Sumber: Pejabat Tanah Padang Terap
d. Perbezaan Kadar Cukai Tahunan
i. Kadar cukai tahunan yang direkodkan di SUKHAT hendaklah sama dengan
kadar yang didaftarkan di SPTB. Analisis Audit mendapati sebanyak 31,729 hak
milik berbeza kadar cukai yang dikenakan. Jumlah perbezaan adalah di antara
RM1 hingga RM92,282. Perbezaan kadar cukai adalah seperti Jadual 6.3.
Jadual 6.3
Perbezaan Kadar Cukai
Bil. Julat Perbezaan (RM) Jumlah Hak Milik
1. 1 – 100 31,355
2. 101 – 500 305
3. 501 – 1,000 20
4. 1,000 – 5,000 31
5. Lebih 5,000 18
Jumlah 31,729
Sumber: Pejabat Tanah Padang Terap
ii. Analisis Audit seterusnya mendapati perbezaan kadar cukai tahunan bagi 18
hak milik yang mempunyai julat perbezaan kadar cukai melebihi RM5,000 adalah
seperti di Jadual 6.4.
64
Jadual 6.4
Perbezaan Kadar Cukai Tahunan Melebihi RM5,000
Bil. No. Hak Milik
Keluasan Kadar Cukai (RM) Perbezaan
(m 2 ) SPTB SUKHAT (RM)
1. 020310GM00000287 143,073 100,151 7,869 92,282
2. 020340GM00000779 30,349 21,245 1,669 19,576
3. 020340PM00000006 14,040 16,848 2,106 14,742
4. 020370PM00000011 15,748 11,024 4,725 6,299
5. 020340GM00000833 39,531 27,672 21,742 5,930
6. 020308HSM00074/86 34,200 23,941 18,811 5,130
7. 020309HSM00000356 33,994 23,796 18,696 5,100
8. 020310PM00001481 12,045 1,205 6,625 5,420
9. 020303HSM00000905 15,978 640 8,788 8,148
10. 020303GM00001961 35,205 10,562 19,363 8,801
11. 020306HSM00000552 1,745 524 9,497 8,973
12. 020302HSM00000035 19,526 1,367 10,740 9,373
13. 020310GM00002682 27,238 1,907 14,981 13,074
14. 020310GM00000253 24,677 100 13,572 13,472
15. 020370GM00000131 25,630 197 14,096 13,899
16. 020340GM00000011 29,688 2,079 16,328 14,249
17. 020309HSM00000975 34,607 3,063 19,033 15,970
18. 020309GM00000396 37,740 151 20,757 20,606
Jumlah 575,014 246,472 229,398 17,074
Sumber: Pejabat Tanah Padang Terap
Pada pendapat Audit, integrasi data di antara SUKHAT dan SPTB perlu
dipertingkatkan bagi memastikan perbezaan data dan maklumat tidak berlaku.
6.4.1.2. Data Hak Milik Tidak Lengkap
Medan nama dan alamat pemilik hendaklah direkodkan dengan lengkap di dalam
SUKHAT bagi memudahkan sebarang urusan antara pemilik dengan Pejabat Tanah.
Analisis Audit mendapati perkara berikut:
a. Tiada Maklumat Di Medan Nama Pemilik
Medan nama pemilik bagi 18 hak milik dibiarkan kosong atau dicatatkan sebagai
‘TIADA PEMILIK’ melibatkan tunggakan cukai berjumlah RM5,857. Mengikut maklum
balas yang dikemukakan kepada pihak Audit, data tidak dapat dimasukkan
sepenuhnya disebabkan oleh dokumen hak milik asal rosak sehingga tidak dapat
dibaca. Butiran lengkap adalah seperti di Jadual 6.5.
Jadual 6.5
Hak Milik Yang Tidak Mempunyai Nama Pemilik
Bil. No. Hak Milik Nama Pemilik
Keluasan
Tanah (m 2 )
Jumlah
Tunggakan
Cukai (RM)
1. 020310HSM00002008 - 6,778 Tiada
2. 020310HSM00003484 - 8,155 Tiada
3. 020310HSM00002010 - 2,428 Tiada
4. 020310HSM00002013 - 9,231 Tiada
5. 020310HSM00002006 - 3,465 69
6. 020310HSM00002011 - 2,883 531
65
Bil. No. Hak Milik Nama Pemilik
Keluasan
Tanah (m 2 )
Jumlah
Tunggakan
Cukai (RM)
7. 020306PM00000158 - 8,800 515
8. 020302HSM00000242 - 4,325 94
9. 020310HSM00002014 - 5,513 463
10. 020310HSM00002220 - 4,138 374
11. 020310HSM00002009 - 6,930 587
12. 020307HSM00000089 - 5,792 121
13. 020306HSM00000587 - 3,749 84
14. 020310HSM00002012 - 8,422 489
15. 020310HSM00003186 - 11,508 876
16. 020310HSM00002007 - 2,655 367
17. 020309HSM00000921 Tiada Pemilik 5,755 914
18. 020310HSM00124-81 Tiada Pemilik 18,793 373
Sumber: Pejabat Tanah Padang Terap
b. Tiada Maklumat Di Medan Alamat Pemilik
Jumlah 5,857
SUKHAT mempunyai 6 medan alamat iaitu Alamat 1, Alamat 2, Alamat 3, Alamat
4, Poskod dan Negeri. Kesemua medan ini perlu diisi bagi membolehkan Pejabat
Tanah memperolehi alamat lengkap pemilik. Analisis Audit terhadap kesemua
medan alamat pemilik mendapati sebanyak 2,894 daripada 36,257 hak milik
tiada maklumat di medan alamat pemilik di SUKHAT yang melibatkan kadar
cukai tahunan berjumlah RM0.23 juta dan tunggakan cukai berjumlah
RM0.37 juta.
Pada pendapat Audit, maklumat mengenai pemilik tanah perlulah lengkap dan
kemas kini bagi memudahkan pemilik berkenaan dihubungi untuk menjelaskan
pembayaran cukai.
6.4.2. Prestasi Kutipan Hasil Cukai Tanah
Prestasi kutipan hasil cukai tanah bagi tempoh tahun 2008 hingga 2010 adalah seperti
berikut:
6.4.2.1. Kutipan Cukai Tanah Tidak Mencapai Sasaran
Cukai tanah berulang adalah cukai tanah tahunan bagi tanah milik yang dibayar kepada
Kerajaan Negeri mengikut Aturan-Aturan Tanah Kedah 1966. Cukai ini hendaklah dibayar
mulai hari pertama sehingga 31 Mei setiap tahun. Sekiranya bayaran cukai dijelaskan
selepas tarikh tersebut, ia akan dikira sebagai tunggakan dan denda lewat akan
dikenakan ke atas jumlah keseluruhan yang perlu dibayar. Semakan Audit mendapati
perkara berikut:
a. Kutipan Cukai Tanah Berulang
Jumlah kutipan cukai tanah bagi tahun 2008 hingga 2010 adalah masing-masing
berjumlah RM3.14 juta, RM3.05 juta dan RM2.90 juta. Prestasi pencapaian kutipan
cukai tanah berbanding dengan jumlah yang patut dikutip adalah di antara 73.3%
hingga 75.5%. Prestasi kutipan cukai tanah pada tahun 2008 hingga 2010 adalah
seperti di Jadual 6.6.
66
Jadual 6.6
Prestasi Kutipan Cukai Tanah Bagi Tahun 2008 Hingga 2010
Kutipan
Tahun Patut Kutip Sebenar Pencapaian
(RM Juta) (RM Juta) (%)
2008 4.16 3.14 75.5
2009 4.16 3.05 73.3
2010 3.88 2.90 74.7
Jumlah 12.20 9.09 74.5
Sumber: Rekod Pejabat Tanah Padang Terap
b. Kutipan Tunggakan Cukai Tanah
i. Mengikut Laporan Akaun Belum Terima (ABT), tunggakan cukai tanah sehingga
31 Disember 2010 adalah berjumlah RM4.29 juta. Daripada jumlah tersebut,
sebanyak RM4.12 juta adalah merupakan tunggakan melebihi 3 tahun. Butiran
lanjut adalah seperti di Jadual 6.7
Jadual 6.7
Tunggakan Cukai Tanah Sehingga 31 Disember 2010
Jumlah Tunggakan
Tempoh Tunggakan
(RM Juta)
1 tahun 0.05
2 tahun 0.07
3 tahun 0.05
Lebih daripada 3 tahun 4.12
Jumlah 4.29
Sumber: Laporan Tunggakan Pejabat Tanah Padang Terap
ii. Semakan Audit selanjutnya mendapati sejumlah RM0.92 juta atau 24.3%
tunggakan cukai tanah telah dikutip bagi tahun 2008. Manakala jumlah
tunggakan cukai tanah yang dikutip bagi tahun 2009 adalah RM0.21 juta atau
5.1% berbanding dengan jumlah tunggakan sebanyak RM4.10 juta. Sehingga 31
Disember 2010, tunggakan cukai tanah yang dikutip berjumlah RM0.40 juta atau
8.5% daripada jumlah tunggakan. Butiran terperinci adalah seperti di Jadual 6.8.
Jadual 6.8
Prestasi Kutipan Tunggakan Cukai Tanah
Bagi Tahun 2008 Hingga 2010
Tahun
Jumlah
Tunggakan
(RM Juta)
Kutipan
Tunggakan
(RM Juta)
Baki
Tunggakan
(RM Juta)
Peratus
Kutipan
(%)
2008 3.78 0.92 2.86 24.3
2009 4.10 0.21 3.89 5.1
2010 4.69 0.40 4.29 8.5
Sumber: Laporan Tunggakan Pejabat Tanah Padang Terap
Pada pendapat Audit, prestasi kutipan hasil cukai tanah adalah tidak memuaskan.
Pentadbir Tanah perlu berusaha untuk mengurangkan jumlah tunggakan cukai dan
mengambil tindakan yang sewajarnya memandangkan hasil tanah adalah merupakan
hasil utama Kerajaan Negeri.
67
6.4.2.2. Pengurusan Tunggakan Cukai Tanah
a. Laporan Bulanan Tidak Disediakan
i. Pekeliling Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan Bil. 14 Tahun 1977
mengehendaki rekod pengeluaran dan penyerahan notis diselenggarakan
dengan kemas kini. Ini bagi membolehkan Laporan Bulanan Pengeluaran Notis
dapat disediakan. Selain itu, Notis Mengenai Siasatan (Notis 2A) hendaklah
disampaikan kepada orang yang mempunyai kepentingan terhadap satu-satu
hak milik sebelum menjalankan apa-apa siasatan. Semakan Audit mendapati
laporan bulanan tidak disediakan selepas Notis Pentadbiran dan Notis 2A untuk
siasatan dikeluarkan. Bilangan Notis Pentadbiran dan Notis 2A yang dikeluarkan
dalam tahun 2008 hingga 2010 adalah seperti di Jadual 6.9.
Jadual 6.9
Bilangan Notis Pentadbiran Dan Notis 2A Yang Dikeluarkan
Notis Pentadbiran
Notis 2A
Tahun
Jumlah Yang
Jumlah Yang
Bil. Jumlah Dikutip Bil. Jumlah Dikutip
(RM) (RM)
(RM) (RM)
2008 - - - 247 185,949 3,817
2009 1,653 327,479 32,898 64 67,017 16,896
2010 439 85,120 12,600 - - -
Jumlah 2,092 412,599 45,498 311 252,966 20,713
Sumber: Rekod Pejabat Tanah Padang Terap
ii. Semakan Audit mendapati Notis Pentadbiran dan Notis 2A tidak dikeluarkan
masing-masing pada tahun 2008 dan 2010. Sebanyak 2,092 Notis Pentadbiran
berjumlah RM412,599 telah dikeluarkan dan tunggakan berjumlah RM45,498
atau 11.03% telah berjaya dikutip pada tahun 2009 dan 2010. Seterusnya bagi
tahun 2008 dan 2009, sebanyak 311 Notis 2A berjumlah RM252,966 telah
dikeluarkan oleh Pejabat Tanah. Daripada jumlah tersebut, RM20,713 atau
8.18% telah berjaya dikutip. Bagaimanapun, tiada tindakan susulan diambil
terhadap pemilik tanah berkenaan selepas Notis Pentadbiran dan Notis 2A
dikeluarkan walaupun bayaran tidak diterima dalam tempoh yang ditetapkan.
b. Notis Tuntutan Hasil Terhutang - Notis 6A
i. Mengikut Seksyen 97 KTN, Pentadbir Tanah boleh mengeluarkan Notis Tuntutan
Hasil Terhutang (Notis 6A) kepada pemilik tanah jika cukai tanah bagi tanah
yang diberi milik mempunyai tunggakan. Jika amaun yang dituntut tidak
dijelaskan dengan sepenuhnya dalam tempoh 3 bulan, Pentadbir Tanah menurut
kuasa yang diberi di bawah Seksyen 100 KTN akan mengisytiharkan dengan
perintah bahawa tanah itu dilucuthak kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN).
Semakan Audit mendapati sebanyak 10 hak milik mempunyai tunggakan di
antara RM5,134 hingga RM2,853,862 bagi tahun 1967 hingga 2010 seperti di
Jadual 6.10.
68
Jadual 6.10
Hak Milik Mempunyai Tunggakan Melebihi RM5,000
Bil. No. Hak Milik Tahun Tunggakan
Jumlah
(RM)
1. 020309HSD00000010 2000 - 2010 2,853,862
2. 020309HSD00000008 2005 – 2010 807,487
3. 020309HSD00000259 2005 - 2010 802,085
4. 020309HSD00000009 2000 - 2010 312,070
5. 020304GRN00034681 2008 - 2010 10,612
6. 020304GM00000830 1980 - 2010 9,169
7. 020340GM00001058 2005 - 2010 5,403
8. 020310HSM00002077 1969 - 2010 5,504
9. 020303HSM00000532 1967 - 2010 5,134
10. 020303PM000000068 1998 - 2010 5,660
Sumber: Pejabat Tanah Padang Terap
Jumlah 4,816,986
ii. Semakan Audit mendapati sungguhpun cukai tanah telah tertunggak begitu
lama, Pejabat Tanah hanya mula mengeluarkan Notis 6A pada tahun 2010 dan 4
hak milik tanah telah dikenakan tindakan. Manakala 6 pemilik lain masih belum
dikenakan sebarang tindakan kerana pengeluaran Notis 6A dibuat secara
berperingkat. Empat hak milik di mukim Pedu telah diambil tindakan Notis 6A
oleh Pejabat Tanah seperti di Gambar 6.1 hingga Gambar 6.3.
Gambar 6.1
Hak Milik Dikenakan Notis 6A
Gambar 6.2
Tapak Pusat Peranginan Yang Terbiar
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Tasik Pedu
Tarikh: 20 Oktober 2010
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Tasik Pedu
Tarikh: 20 Oktober 2010
69
Gambar 6.3
Keadaan Tanah Hak Milik Terbiar
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Tasik Pedu
Tarikh: 20 Oktober 2010
iii. Semakan Audit selanjutnya mendapati 2 daripada 4 hak milik tersebut telah
disampaikan Notis 6A pada 9 Jun 2010 untuk menjelaskan tunggakan cukai
berjumlah RM1.61 juta dalam tempoh yang ditetapkan. Bagaimanapun, bayaran
sepenuhnya gagal dijelaskan oleh pemilik tanah dan pada 22 September 2010,
Notis 8A iaitu perintah perampasan tanah telah dikeluarkan. Mengikut maklum
balas Pejabat Tanah, hak milik tersebut telah dirampas dan telah didaftarkan
pada 30 Mac 2011. Manakala bagi 2 hak milik lagi yang mempunyai tunggakan
cukai berjumlah RM3.17 juta, Notis 6A telah dihantar pada 1 Julai 2009 namun
gagal disampaikan kepada pemilik tanah tersebut. Pejabat Tanah sedang dalam
proses untuk mengeluarkan semula Notis 6A kepada pemilik tersebut dengan
menyiarkan iklan pengeluaran notis tersebut di tapak pemilik dan akan diiklankan
di akhbar. Pada pendapat Audit, Pejabat Tanah sepatutnya tidak menunggu
tempoh yang begitu lama untuk mengeluarkan semula Notis 6A kepada tuan
tanah berkenaan.
Pada pendapat Audit, tindakan perampasan tanah yang diambil dapat mengurangkan
tunggakan cukai tanah. Selain itu, tindakan menyampaikan Notis 6A dan perampasan
tanah perlu dilaksanakan secara menyeluruh.
6.4.3. Pengurusan Bayaran Tunggakan Cukai Tanah Secara Ansuran
Pekeliling Kemajuan Pengurusan Pentadbiran Tanah Bil. 1 Tahun 2006 mengenai Tatacara
Penyelesaian Tunggakan Cukai memberi kuasa kepada Pemungut Hasil Tanah untuk
meluluskan pembayaran tunggakan hasil secara ansuran. Ansuran tersebut hendaklah
dijelaskan pada setiap bulan sehingga bulan Disember tahun berkenaan. Daftar Tunggakan
hendaklah di selenggara bagi merekodkan permohonan yang diluluskan. Adalah didapati
menu ansuran SUKHAT ada disediakan meliputi penyelenggaraan akaun ansuran,
pengiraan ansuran mengikut tahun, mengemas kini maklumat ansuran dan menjana
Laporan Ansuran. Bagaimanapun menu ini tidak digunakan oleh Pejabat Tanah walaupun
terdapat bayaran tunggakan cukai tanah yang dibuat secara ansuran pada tahun 2008
70
hingga 2010. Kutipan tersebut diperakaunkan terus ke akaun hasil Pejabat Tanah. Mengikut
maklum balas Pejabat Tanah, menu ansuran SUKHAT tidak digunakan kerana menu ini
hanya praktikal sekiranya pemilik tanah menjelaskan ansuran secara konsisten mengikut
jadual pembayaran yang telah ditetapkan. Sekiranya pemilik gagal mengikut jadual
pembayaran yang telah ditetapkan, akaun tersebut akan ditutup secara automatik.
Pada pendapat Audit, pengurusan bayaran tunggakan cukai tanah secara ansuran
melalui SUKHAT perlu disemak semula bagi memudahkan Pejabat Tanah mengawal
pembayaran tunggakan cukai tanah secara ansuran.
6.4.4. Kawalan Am SUKHAT
Dasar Keselamatan ICT yang dikeluarkan oleh MAMPU mengehendaki bahawa kawalan am
sesuatu sistem berkomputer meliputi kawalan persekitaran, kawalan fizikal, pengurusan
pelan bencana dan kawalan capaian logikal. Semakan Audit mendapati perkara berikut:
6.4.4.1. Kawalan Persekitaran
Kawalan persekitaran yang baik dapat mengurangkan risiko kerosakan peralatan ICT
daripada ancaman banjir, kebakaran dan bencana alam. Pemeriksaan Audit terhadap bilik
server Pejabat Tanah mendapati permukaan lantai bilik server telah dinaikkan dan 2 unit
penghawa dingin telah dipasang dan berfungsi secara bergilir-gilir selama 12 jam sehari
bagi setiap unit. Alat jangka suhu tidak dipasang bagi mengawal suhu bilik tersebut
supaya berada di antara 22° hingga 25°celcius. Alat kawalan kebakaran yang terdapat di
bilik server adalah smoke detector seperti di Gambar 6.4 tetapi alat pemadam api tidak
disediakan.
Gambar 6.4
Smoke Detector Di Bilik Server
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Bilik Server, Pejabat Tanah Padang Terap
Tarikh: 17 Oktober 2010
6.4.4.2. Kawalan Fizikal/Capaian Bilik Server Dan Bilik Hasil
Bilik server menempatkan 3 unit server iaitu server SPTB, server SUKHAT dan server
backup SUKHAT. Bilik hasil pula mengandungi kaunter kutipan hasil, kakitangan Unit
Hasil dan peralatan serta kelengkapan lain. Bagi memastikan keselamatan dan integriti
data, kawalan terhadap kakitangan yang memasuki bilik server adalah amat penting.
71
Oleh itu bilik server sepatutnya sentiasa berkunci dengan menggunakan kad akses atau
kombinasi kad akses dan kata laluan. Semasa pemeriksaan Audit dijalankan pada 17
Oktober 2010 mendapati pintu bilik server tidak berkunci. Di samping itu, buku log bagi
merekod pergerakan keluar masuk kakitangan Pejabat Tanah dan vendor ke bilik server
juga tidak di selenggara. Bagaimanapun, terdapat tanda amaran yang melarang
kakitangan yang tidak berkaitan daripada memasuki bilik server dan bilik hasil.
6.4.4.3. Pengurusan Pelan Bencana Dan Backup
Bagi menjamin kesinambungan operasi ICT apabila berlaku bencana, sesebuah
organisasi perlu mempunyai pelan pemulihan bencana (Disaster Recovery Plan) sama
ada secara Hot Site atau Cold Site. Hot Site ialah lokasi yang dilengkapkan dengan
peralatan, perisian dan aplikasi serta kemudahan komunikasi manakala Cold Site ialah
lokasi yang hanya menyediakan ruang tanpa peralatan dan kemudahan komunikasi.
Pemeriksaan Audit mendapati perkara ini tidak dilaksanakan oleh PTG kerana melibatkan
kos yang tinggi. Sebaliknya semua data SUKHAT di Pejabat Tanah telah dibuat backup
secara automatik 2 kali sehari dan secara mingguan ke dalam server backup di Pejabat
Tanah. Manakala, backup data cukai dan bayaran dibuat secara harian ke dalam server
backup zon utara di Pejabat Daerah Dan Tanah Pendang.
6.4.4.4. Kawalan Capaian Logikal
a. Pengurusan ID Pengguna Dan Kata Laluan
Pentadbir Sistem terdiri daripada 3 orang pegawai di Unit Teknologi Maklumat PTG yang
bertanggungjawab terhadap pengurusan ID pengguna. Hanya Pentadbir Sistem sahaja
dibenarkan untuk menambah, mengubah dan menghapuskan ID pengguna. Kata laluan
perlu dikawal bagi memastikan kerahsiaannya seperti tidak diberikan secara lisan kepada
sesiapa, tidak boleh ditulis, ditampal atau dipamerkan di tempat yang mudah dilihat dan
perlu ditukar dari semasa ke semasa. Terdapat 6 orang pengguna SUKHAT yang terdiri
daripada semua pegawai di Unit Hasil Pejabat Tanah. Pemeriksaan Audit seterusnya
mendapati SUKHAT tidak mempunyai fungsi expired password yang menyebabkan
pengguna masih menggunakan kata laluan yang sama. Mengikut maklum balas Pejabat
Tanah, kakitangan Unit Hasil telah diarahkan untuk menukar kata laluan setiap 3 bulan.
Bagaimanapun, Unit Teknologi Maklumat PTG telah memaklumkan bahawa fungsi
expired password akan dilaksanakan di semua Pejabat Tanah sebelum akhir bulan Mei
2011 berikutan teguran Audit di Pejabat Tanah daerah Kuala Muda pada tahun 2010.
b. Kata Laluan Utama
Kata laluan utama amat penting dan perlu disimpan oleh Pentadbir Sistem untuk tujuan
konfigurasi keseluruhan sistem. Bagi tujuan keselamatan, kata laluan utama ini perlu
disimpan oleh Pentadbir Sistem sahaja. Jika kata laluan utama ini diberikan kepada pihak
lain atas tujuan penyenggaraan, ianya hendaklah ditukar serta-merta selepas kerja
berkenaan selesai. Semakan Audit mendapati kata laluan utama diketahui bersama di
antara Pentadbir Sistem dan wakil syarikat dan tidak ditukar selepas kerja-kerja
penyenggaraan dijalankan.
72
Pada pendapat Audit, kawalan keselamatan persekitaran bilik server serta kawalan
kata laluan untuk SUKHAT perlu dipertingkatkan bagi memastikan integriti dan
keselamatan data terjamin.
6.4.5. Impak Pelaksanaan SUKHAT
Bagi menilai keberkesanan dan impak pelaksanaan SUKHAT, soal selidik telah diedarkan
untuk mendapat maklum balas pelanggan dan kakitangan yang terlibat secara langsung
dalam penggunaan SUKHAT di Pejabat Tanah. Maklum balas digunakan bagi menilai sejauh
mana SUKHAT dapat membantu proses kerja dan input untuk menambah baik perkhidmatan
pelanggan. Analisis terhadap maklum balas daripada 46 responden adalah seperti di
Jadual 6.11.
Jadual 6.11
Analisis Responden Pelaksanaan SUKHAT
Bilangan
Tidak
Bil. Responden
Memuaskan (%)
(%)
Responden
Memuaskan
1. Pengguna 6 6 100 0 0
2. Pelanggan 40 37 92.5 3 7.5
Jumlah 46 43 3
Sumber: Borang Soal Selidik,Jabatan Audit Negara
6.4.5.1. Maklum Balas Pengguna
Secara keseluruhannya 6 pengguna SUKHAT terdiri daripada kakitangan Pejabat Tanah
yang berurusan secara langsung dengan pelanggan berpuas hati dengan pelaksanaan
sistem ini kerana penggunaannya mudah serta memberi maklumat dengan tepat dan
cepat. Namun begitu, pengguna sistem juga berpendapat peralatan yang dibekalkan di
Pejabat Tanah adalah tidak mencukupi dan penggunaan komputer lama kerap kali
mengganggu kelancaran proses kerja.
6.4.5.2. Maklum Balas Pelanggan
Pelanggan Pejabat Tanah secara amnya berpuas hati dengan pelaksanaan SUKHAT.
Pelaksanaan sistem ini telah mempercepatkan urusan pembayaran cukai tanah di
kaunter kutipan hasil dan pelanggan juga bersetuju bahawa layanan di kaunter adalah
mesra pelanggan. Sebanyak 37 daripada 40 atau 92.5% pelanggan berpuas hati
terhadap kelancaran sistem ini.
Pada pendapat Audit, pelaksanaan SUKHAT memudahkan kerja dan
mempercepatkan urusan pembayaran cukai tanah.
6.5. SYOR AUDIT
Bagi memastikan kutipan hasil tanah berkomputer diuruskan dengan cekap dan berkesan,
Pejabat Tanah adalah disyorkan supaya melaksanakan perkara-perkara berikut dengan
segera:
6.5.1. Pembersihan data dilakukan secara kerap dan berterusan untuk memastikan data
SUKHAT adalah betul dan tepat. Arahan perlu dikeluarkan oleh Pentadbir Tanah supaya
pembersihan data dibuat secara menyeluruh terhadap setiap laporan perbezaan maklumat
yang dijana oleh SUKHAT dan mengikut tempoh ditetapkan.
73
6.5.2. Mewujudkan koordinasi di antara Unit Hasil dan Unit Pendaftaran bagi memastikan
ketepatan data hak milik di antara SUKHAT dan SPTB.
6.5.3. Satu kumpulan task force ditubuhkan untuk mengemas kini maklumat pemilik tanah
dan Daftar Hasil Tahunan.
6.5.4. Memantau laporan hasil tahunan dan bulanan yang disediakan bagi mengetahui
kedudukan tunggakan cukai tanah dan jumlah kutipan semasa serta menilai prestasi kutipan.
6.5.5. Siasatan dan lawatan ke tapak pemilik tanah yang mempunyai tunggakan cukai
tanah dibuat bagi membolehkan tindakan pengeluaran notis diambil.
74
MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR
7. PENGURUSAN TEMPAT MELETAK KENDERAAN
7.1. LATAR BELAKANG
7.1.1. Majlis Bandaraya Alor Setar (Majlis) telah diisytiharkan sebagai sebuah bandar raya
pada 21 Disember 2003. Majlis berperanan merancang, memaju dan membangunkan
kawasan pentadbirannya meliputi seluruh daerah Kota Setar dan Pokok Sena. Antara
peranan terpenting Majlis ialah menyedia dan menyenggara kemudahan awam seperti
menyediakan kemudahan tempat letak kenderaan yang mencukupi dan bersistematik.
7.1.2. Sehingga akhir tahun 2010, Majlis mempunyai sebanyak 2,563 petak letak kereta dan
774 tempat letak motosikal. Pengurusan tempat letak kenderaan Majlis adalah dilaksanakan
melalui 3 kaedah iaitu dilaksanakan sendiri oleh Majlis, syarikat yang dilantik dan pengusaha
persendirian yang diberi lesen.
7.1.3. Kaedah kutipan bayaran parkir yang dilaksanakan oleh Majlis adalah secara
bermeter, beresit (enclosed parking), pas bulanan, kad akses dan petak khas. Pada tahun
2008, sejumlah RM1.25 juta telah dapat dikutip dan jumlah ini meningkat sebanyak 8.8%
kepada RM1.36 juta pada tahun 2009. Sehingga Disember 2010, Majlis telah berjaya
mengutip sejumlah RM2.34 juta dengan peningkatan sebanyak 72.1% atau RM0.98 juta
berbanding kutipan pada tahun 2009.
7.2. OBJEKTIF PENGAUDITAN
Pengauditan ini dijalankan untuk menilai sama ada Majlis telah menguruskan tempat letak
kenderaan dengan cekap dan teratur selaras dengan matlamat yang telah ditetapkan.
7.3. SKOP DAN KAEDAH PENGAUDITAN
Skop pengauditan adalah meliputi aspek pengurusan tempat letak kenderaan yang
dilaksanakan oleh Majlis bagi tempoh 2008 hingga 2010. Semakan dijalankan terhadap fail,
dokumen, laporan dan daftar yang diselenggarakan di Unit Tempat Letak Kereta (TLK), Unit
Kutipan Luar (UKL) dan Bahagian Penguat kuasa. Selain itu, temu bual dengan pegawai
yang terlibat serta lawatan ke kawasan letak kenderaan di sekitar Bandaraya Alor Setar dan
Pekan Kuala Kedah turut dijalankan.
7.4. PENEMUAN AUDIT
Pengauditan yang dijalankan antara bulan Oktober hingga Disember 2010 mendapati secara
keseluruhannya pelaksanaan pengurusan tempat letak kenderaan adalah tidak memuaskan.
Kelemahan yang dikenal pasti adalah seperti perjanjian penyewaan antara Majlis dan
Starpark Urus Sdn. Bhd. (SUSB) tidak disediakan walaupun telah beroperasi selama 7
tahun. Selain itu, terdapat kawasan tempat letak kenderaan yang telah diwartakan tidak
75
eroperasi dan kutipan sewa petak khas dibuat melebihi kadar yang telah diwartakan.
Penjelasan lanjut berhubung dengan kelemahan yang dibangkitkan adalah seperti
perenggan berikut:
7.4.1. Pengurusan Dan Penyenggaraan Tempat Letak Kenderaan
Pengurusan tempat letak kenderaan di sekitar Bandaraya Alor Setar telah disewakan
kepada beberapa syarikat kecuali tempat letak kereta milik Majlis di Kompleks MBAS dan
Kuala Kedah. Butiran lanjut adalah seperti di Jadual 7.1. Majlis mula menguruskan tempat
letak kenderaan secara berperingkat mulai Julai 2009 selepas operasi syarikat yang dilantik
ditamatkan. Majlis juga mengeluarkan lesen kepada pengusaha tempat letak kereta
persendirian. Sehingga Disember 2010, terdapat 21 pengusaha tempat letak kereta
persendirian beroperasi dengan lesen yang sah.
Jadual 7.1
Senarai Penyewa Dan Kawasan
Tempoh Nama Syarikat Kawasan
Jenis
Parkiran
2002 - Jun 2009 Starpark Urus Sdn. Bhd. Sekitar Bandaraya Alor Setar Kereta
2007 – 2010 My One Solution Sdn. Bhd.
• Persiaran Sultan Abdul Hamid
• Pekan Simpang Kuala
Kereta
April 2010 - Izz Park Management Service
Mac 2012 Sdn. Bhd.
Sekitar Bandaraya Alor Setar Motosikal
Sumber: Unit Tempat Letak Kereta Majlis
7.4.1.1. Perjanjian Penyewaan Tidak Disediakan
Pengurusan penyewaan tempat letak kenderaan hendaklah dilaksanakan dengan cekap
dan teratur. Pihak Majlis juga hendaklah memastikan perjanjian penyewaan antara Majlis
dan syarikat yang dilantik ditandatangani. Sehingga tahun 2010, 2 syarikat telah dilantik
untuk mengendalikan tempat letak kereta kepunyaan Majlis. Majlis telah melantik Starpark
Urus Sdn. Bhd. (SUSB) untuk menguruskan 2,462 petak letak kereta dengan kadar sewa
RM0.60 satu petak sehari di sekitar Bandaraya Alor Setar mulai tahun 2002 hingga Jun
2009 sebelum operasi tempat letak kereta ditamatkan. Penamatan operasi berkenaan
dibuat selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah
pada 6 Ogos 2008. Semakan Audit mendapati perjanjian antara Majlis dengan SUSB
tidak disediakan. Sehingga tarikh pengauditan dijalankan, SUSB masih belum
menjelaskan bayaran sewa tertunggak berjumlah RM704,533. Pihak Majlis memaklumkan
tindakan undang-undang bagi menuntut tunggakan sewa daripada SUSB tidak dapat
diteruskan kerana perjanjian penyewaan tidak ditandatangani. Bayaran tunggakan sewa
juga tidak dapat diselaraskan disebabkan tuntutan daripada SUSB berkaitan
pembahagian bayaran kompaun letak kereta yang diterima Majlis. SUSB beranggapan
hasil kompaun yang patut dibayar kepada mereka melebihi tunggakan sewa berkenaan.
Pada pendapat Audit, ketiadaan perjanjian adalah satu kecuaian yang serius dipilih
Majlis. Majlis hendaklah mengadakan rundingan dengan SUSB bagi menyelesaikan
jumlah tunggakan berkenaan memandangkan tiada perjanjian ditandatangani.
76
7.4.1.2. Syarat Perjanjian Tidak Dipatuhi Oleh My One Solution Sdn. Bhd.
Perjanjian penyewaan tempat letak kereta antara Majlis dengan My One Solution Sdn.
Bhd. (MOSSB) bagi tempoh Januari 2007 hingga Disember 2009 telah ditandatangani
pada 7 Januari 2007. Mengikut perjanjian, MOSSB perlu menjelaskan sewa bulanan
berjumlah RM13,000 sebulan bagi tahun pertama operasi dan RM15,000 sebulan bagi
tahun kedua dan ketiga. Sehingga akhir tahun 2009, MOSSB gagal menjelaskan bayaran
sewa bagi bulan September hingga Disember 2009 berjumlah RM48,360. Majlis telah
membuat pelarasan tunggakan bayaran pada 17 Januari 2011 dengan deposit berjumlah
RM45,000 yang dipegang. Pada 15 Julai 2010 Majlis bersetuju membenarkan MOSSB
kembali menjalankan operasi tempat letak kereta di Persiaran Sultan Abdul Hamid dan
Pekan Simpang Kuala dengan kadar sewaan bulanan berjumlah RM26,478. Pihak
MOSSB telah mendepositkan sejumlah RM79,435 sebelum menyambung semula operasi
tempat letak kereta. Bagaimanapun, operasi berkenaan ditamatkan selepas pihak
MOSSB tidak mematuhi syarat yang dipersetujui iaitu gagal menjelaskan bayaran sewa
bulanan bagi tempoh 15 Julai 2010 hingga Oktober 2010 yang berjumlah RM92,674.
Majlis memaklumkan wang deposit berjumlah RM79,435 adalah dalam proses untuk
diselaraskan oleh Bahagian Kewangan. Baki tunggakan tahun 2009 dan 2010 berjumlah
RM16,598 akan diselaraskan dengan pembahagian kompaun 60:40 antara MOSSB dan
Majlis.
Pada pendapat Audit, Majlis hendaklah mengambil tindakan sewajarnya untuk
menyelesaikan jumlah tunggakan berkenaan.
7.4.1.3. Kawasan Yang Telah Diwartakan Tidak Beroperasi
a. Majlis telah mewartakan peraturan berkaitan kawasan tempat letak kenderaan sejak
tahun 1982. Sehingga Mac 2011, sebanyak 4 peraturan telah diwartakan. Butiran
lanjut kawasan yang diwartakan adalah seperti di Jadual 7.2. Daripada keseluruhan
kawasan yang telah diwartakan, terdapat kawasan tumpuan utama yang masih
belum beroperasi. Pihak Audit dimaklumkan bahawa Majlis merancang untuk
melaksanakan sendiri operasi tempat letak kereta setelah menamatkan operasi
syarikat yang dilantik. Antara kawasan yang terlibat ialah Kawasan Perindustrian
Tandop, Pokok Sena, Jalan Stadium, Shahab Perdana dan Lebuh Raya Sultanah
Bahiyah. Analisis Audit mendapati Majlis tidak menyediakan sebarang rancangan
tahunan untuk menguruskan tempat letak kereta dengan lebih teratur terutamanya di
kawasan yang telah diwartakan. Berdasarkan temu bual Audit dengan Ketua Unit
TLK, cadangan pelaksanaan operasi tempat letak kereta hanya akan dibuat
sekiranya sesuatu kawasan itu telah dikenal pasti boleh memberi pulangan kepada
Majlis.
77
Peraturan
Perintah (Tempat-tempat Letak
Kereta) Kereta-kereta
Berjentera, MPKS 1982
Jadual 7.2
Pewartaan Kawasan Tempat Letak Kenderaan
Tahun Kawasan (Seperti Yang Dinyatakan Dalam Jadual
Diwartakan
Perintah-perintah)
1982
Seluruh wilayah/kawasan yang ditafsirkan sebagai
kawasan Majlis dan tempat letak kereta yang
diselenggarakan oleh Majlis
Perintah Lalu lintas Jalan
(Letak Kereta Bermeter) MPKS
1993
Perintah Lalu lintas Jalan
(Letak Kereta Bermeter)
(Pindaan) MPKS 2001
Perintah Lalu lintas Jalan
(Letak Kereta Berkupon) MBAS
2009
Sumber: Bahagian Undang-undang Majlis
1994
2002
Jalan/Lorong
Kawasan sekitar bangunan Kerajaan dan perniagaan
Kawasan tempat letak kereta Majlis
Sepanjang Jalan/Lebuh raya
Kawasan Perindustrian/Kompleks Perniagaan
2009 Semua kawasan di dalam pentadbiran Majlis
b. Lawatan Audit ke Kompleks Terminal Bas Shahab Perdana dan Kompleks
Perniagaan Utama, Lebuh Raya Sultanah Bahiyah mendapati kawasan ini
merupakan tempat tumpuan penduduk untuk menjalankan aktiviti harian.
Bagaimanapun, tiada kutipan tempat letak kereta dibuat. Kompleks Terminal Bas
Shahab Perdana mula diuruskan oleh Majlis mulai Julai 2009 dan kali terakhir kutipan
dibuat ialah pada 15 November 2009. Manakala tiada kutipan tempat letak kereta
dibuat di kawasan Kompleks Perniagaan Utama yang mula beroperasi sejak tahun
2008. Majlis telah kehilangan peluang untuk meningkatkan hasil kerana kawasan ini
merupakan kawasan tumpuan seperti di Gambar 7.1 dan Gambar 7.2.
Gambar 7.1
Kompleks Terminal Bas Shahab Perdana
Gambar 7.2
Kompleks Perniagaan Utama
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Kompleks Terminal Bas Shahab Perdana
Tarikh: 27 Disember 2010
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Lebuh Raya Sultanah Bahiyah
Tarikh: 27 Disember 2010
Pada pendapat Audit, Majlis boleh meningkatkan pendapatan jika kutipan tempat
letak kereta dilaksanakan di kawasan tumpuan yang telah diwartakan.
78
7.4.1.4. Garis Panduan Permohonan Lesen Tempat Letak Kereta Persendirian
Majlis hendaklah memastikan setiap garis panduan dan arahan berhubung proses
kelulusan permohonan lesen tempat letak kereta persendirian adalah jelas terutamanya
berhubung dengan tanggungjawab pemegang lesen. Semakan Audit terhadap garis
panduan dan syarat kelulusan lesen tempat letak kereta persendirian mendapati Majlis
tidak memberi penekanan kepada beberapa aspek penting seperti tempat letak kereta
mestilah berturap dan garisan petak letak kereta dicat. Perkara ini penting dalam
menentukan jumlah petak letak kereta dalam kawasan tersebut sebelum fi lesen tahunan
yang ditetapkan dalam Undang-undang Kecil Pelesenan Tempat Letak Kereta
Persendirian (MPKS) 1988 dikenakan terhadap pemilik. Berdasarkan temu bual Audit
dengan pegawai Majlis, kelulusan dan fi yang dikenakan hanyalah berdasarkan jumlah
petak yang dinyatakan oleh pemohon di dalam borang permohonan tanpa pengesahan
daripada pihak Majlis. Pihak Audit berpendapat kaedah sebegini adalah terlalu lemah.
Majlis sepatutnya memeriksa kawasan tersebut dan membuat penilaian ke atas
permohonan yang dikemukakan sebelum kelulusan dikeluarkan. Lawatan Audit ke 4
lokasi tempat letak kereta persendirian yang berlesen mendapati operator tempat letak
kereta persendirian tidak mengecat garisan petak letak kereta dan juga tidak berturap
seperti di Gambar 7.3 dan Gambar 7.4. Majlis memaklumkan garis panduan permohonan
lesen tempat letak kereta persendirian sedang dalam proses penambahbaikan dan
pewartaan. Suatu kadar baru akan dikenakan kepada operator tempat letak kereta
persendirian.
Gambar 7.3 Gambar 7.4
Tempat Letak Kereta Persendirian
Yang Tidak Berpetak
Tempat Letak Kereta Persendirian
Yang Tidak Berturap
Sumber: Jabatan Audit Negara
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Kawasan S.K. Haji Ismail, Kuala Kedah Lokasi: Belakang Bank Rakyat, Jalan Langgar,
Tarikh: 27 Disember 2010
Alor Setar
Tarikh: 10 Januari 2011
Pada pendapat Audit, garis panduan dan arahan yang tidak jelas boleh
menyebabkan fi tahunan yang dikenakan kurang daripada yang sepatutnya boleh
dikutip.
7.4.1.5. Bayaran Yang Dikutip Melebihi Kadar Yang Diwartakan
Perintah (Tempat-tempat Letak Kereta) Kereta-kereta Berjentera, MPKS 1982 telah
menetapkan bahawa kadar bayaran meletak kenderaan yang dikenakan adalah tidak
79
melebihi RM1 sejam atau sebahagian daripadanya atau tidak melebihi RM5 sehari atau
tidak melebihi RM100 sebulan. Semakan Audit mendapati Majlis telah mengenakan kadar
berjumlah RM105 sebulan bagi satu petak khas di mana-mana kawasan tempat letak
kereta milik Majlis. Lebihan kadar yang dikenakan ini sepatutnya diluluskan oleh Kerajaan
Negeri dan diwartakan tetapi kelulusan hanya dibuat melalui Mesyuarat Jawatankuasa
Tetap Pengurusan Dan Kewangan Bil. 11 Tahun 2009. Sehingga Februari 2011, terdapat
sebanyak 204 petak khas yang telah diluluskan oleh Majlis di sekitar pusat bandar Alor
Setar dan lebihan kadar yang dikutip ialah RM1,020 sebulan. Pindaan Undang-undang
Kecil berkaitan kutipan kadar bayaran petak khas yang dikutip melebihi kadar yang
diwartakan akan dibentangkan dalam Mesyuarat Teknikal Undang-undang
selewat-lewatnya pada Ogos 2011.
Pada pendapat Audit, Majlis hendaklah memastikan perubahan kadar adalah
diluluskan oleh Kerajaan Negeri supaya kadar baru yang dikenakan adalah sah di
sisi undang-undang.
7.4.1.6. Persekitaran Tempat Letak Kereta Tidak Di senggara
Majlis hendaklah memastikan penyenggaraan infrastruktur kawasan tempat letak kereta
dilaksanakan dengan cekap dan teratur. Kawasan tempat letak kereta hendaklah sentiasa
bersih, tidak berlopak atau berlubang dan garisan petak letak kereta adalah jelas.
Lawatan Audit ke tempat letak kereta Terminal Feri Kuala Kedah, Kompleks Terminal Bas
Shahab Perdana, Kompleks MBAS, Simpang Kuala dan Kompleks Alor Setar mendapati
ianya tidak di senggara dengan baik. Sampah terbiar tidak dibersihkan, longkang dipenuhi
sampah sarap serta jalan ke tempat letak kereta berlopak. Perkara sedemikian tidak
sepatutnya berlaku memandangkan kawasan tempat letak kereta berkenaan adalah di
senggara oleh Majlis. Keadaan tempat letak kereta yang tidak di senggara adalah seperti
di Gambar 7.5 hingga Gambar 7.8.
Gambar 7.5
Sampah Terbiar Tidak Dibersihkan
Gambar 7.6
Longkang Dipenuhi Sampah Sarap
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Terminal Feri Kuala Kedah
Tarikh: 27 Disember 2010
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Terminal Feri Kuala Kedah
Tarikh: 27 Disember 2010
80
Gambar 7.7 Gambar 7.8
Cat Garisan Petak Letak
Kereta Telah Pudar
Jalan Ke Tempat Letak
Kereta Yang Berlopak
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Kompleks Terminal Bas Shahab Perdana
Tarikh: 27 Disember 2010
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Kompleks Terminal Bas Shahab Perdana
Tarikh: 27 Disember 2010
Pada pendapat Audit, penyenggaraan yang tidak cekap akan menjejaskan imej
Majlis terutamanya di tempat tumpuan pelancong. Pemantauan daripada Bahagian
Kawalan Persekitaran, Majlis yang bertanggungjawab menyelia aspek kebersihan
perlu dipertingkatkan agar kawasan tempat letak kereta Majlis sentiasa bersih.
7.4.1.7. Kemudahan Tempat Mengutip Hasil Tidak Disediakan Dan Aspek
Keselamatan Diabaikan
Kaunter kutipan hasil yang selesa dan memiliki aspek keselamatan perlu diberi perhatian
di setiap kawasan tempat letak kereta. Lawatan Audit ke kawasan tempat letak kereta
terkawal Zon 1 mendapati kaunter kutipan hasil tidak disediakan dan peti wang tunai
untuk menyimpan wang kutipan juga tidak dibekalkan. Ketiadaan ciri-ciri keselamatan di
tempat kutipan akan mengakibatkan hasil kutipan terdedah kepada kecurian.
Keselamatan petugas juga tidak terjamin. Sekiranya hujan turun berterusan, kutipan tidak
dibuat. Selain itu, ketiadaan palang halangan akan memungkinkan berlakunya kes
pengguna keluar tanpa membayar caj letak kereta yang menyebabkan Majlis kehilangan
hasil. Pihak Majlis memaklumkan bahawa pondok berkenaan telah dibaiki dan
pemasangan ‘barrier gate’ telah dijalankan pada bulan April 2011 seperti di Gambar 7.9
hingga Gambar 7.12.
81
Gambar 7.9
Keadaan Atendan Yang Bertugas Di Bawah
Payung Besar
Gambar 7.10
Hasil Kutipan Diletakkan Secara Terbuka
Di Atas Meja
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: TLK Zon 1 – Hadapan Bangunan Tabung Haji
Tarikh: 15 November 2010
Gambar 7.11
Pondok Kutipan Sedia Ada Yang Dikunci
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: TLK Zon 1 – Hadapan Bangunan Tabung Haji
Tarikh: 15 November 2010
Gambar 7.12
Palang Halangan Tidak Disediakan
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: TLK Zon 1 – Hadapan KWSP
Tarikh: 15 November 2010
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: TLK Zon 1 – Hadapan Bangunan Tabung Haji
Tarikh: 15 November 2010
Pada pendapat Audit, pengurusan dan penyenggaraan tempat letak kereta
hendaklah dipertingkatkan terutamanya penyediaan perjanjian sewaan, kawasan
yang telah diwartakan perlu beroperasi dengan kadar segera dan menyemak
semula garis panduan pengeluaran lesen tempat letak kereta persendirian. Selain
itu, aspek kebersihan dan keselamatan kawasan tempat letak kereta perlu diberi
perhatian sewajarnya oleh Majlis. Majlis juga disarankan untuk menjalankan
rundingan dengan SUSB untuk mengambil alih pondok sedia ada memandangkan
operasi SUSB telah ditamatkan.
7.4.2. Pengurusan Kutipan Hasil Tempat Letak Kereta
Majlis hendaklah memastikan kutipan hasil tempat letak kenderaan diuruskan dengan cekap
dan teratur. Kawalan dalaman yang baik perlu diwujudkan bagi memastikan hasil yang
dikutip adalah tepat dan diperakaunkan dengan betul serta rekod diselenggarakan dengan
82
sempurna. Majlis melaksanakan beberapa kaedah kutipan seperti kutipan bermeter, resit,
kad akses, petak khas dan pas bulanan mengikut kawasan seperti di Jadual 7.3. UKL,
Bahagian Hasil bertanggungjawab mengurus dan menyelia hasil kutipan tempat letak kereta
manakala Unit TLK Majlis bertanggungjawab membuat kutipan di meter tempat letak kereta.
Semua kutipan di meter akan diserahkan kepada UKL, Bahagian hasil sebelum
diperakaunkan. Hasil kutipan tempat letak kereta Terminal Feri Kuala Kedah, Kompleks
MBAS dan kawasan terkawal akan diserahkan terus ke kaunter hasil untuk diperakaunkan.
Jadual 7.3
Senarai Kawasan Dan Kaedah Kutipan
Bil Kawasan Tempat Letak Kenderaan Kaedah Kutipan
1. Tempat letak kereta terkawal terdiri
daripada:
• Zon 1 – CIMB, Hotel Regency dan Tabung
Haji
• Zon 2 – TNB
• Zon 3 – Kampung Perak
• Zon 4 – Star Parade
• Zon 5 – Seberang Perak (Ban Hoo)
• Zon 6 – Kompleks Alor Setar (Kanchut)
• Zon 7 – Shahab Perdana
Resit (Kutipan dibuat berdasarkan masa dan
sekali masuk)
2. Terminal Feri Kuala Kedah Resit (Kutipan dibuat berdasarkan masa)
3. Kompleks MBAS
• Resit (Kutipan dibuat berdasarkan masa
dan sekali masuk)
• Kad Akses
4.
Sekitar Kawasan Bandaraya (selain
daripada TLK terkawal)
Bermeter
5. Semua Petak Letak Kereta Milik Majlis Pas bulanan
6. Petak Khas Dibeli oleh pengguna
Sumber: Unit Tempat Letak Kereta Majlis
Bagi tempoh 2008 hingga 2010, sejumlah RM4.95 juta telah dikutip oleh Majlis
masing-masing berjumlah RM1.25 juta, RM1.36 juta dan RM2.34 juta. Hasil pengauditan
terhadap pengurusan kutipan hasil tempat letak kenderaan mendapati perkara berikut:
7.4.2.1. Hasil Tempat Letak Kereta Bermeter Tidak Dikutip Setiap Hari
a. Salah satu usaha untuk meningkatkan hasil kutipan tempat letak kereta, Majlis
hendaklah memastikan kutipan dibuat pada setiap hari terutamanya di kawasan
tumpuan dan pusat bandar. Kakitangan yang mencukupi adalah perlu untuk
menguruskan hasil kutipan dengan lebih cekap. Majlis mula menguruskan tempat
letak kereta bermeter mulai November 2009. Bagi kutipan tempat letak kereta
bermeter, Majlis menyewa meter daripada Raisevest Sdn. Bhd. dengan kadar
sewaan RM0.95 sehari setiap meter. Sehingga Disember 2010, sebanyak 980 unit
meter telah dipasang dan beroperasi di 6 zon sekitar Bandaraya Alor Setar. Analisis
Audit terhadap resit bayaran rincik kutipan tempat letak kereta bermeter mendapati
kutipan tidak dibuat pada setiap hari. Hasil dikutip antara sekali hingga 2 kali sahaja
seminggu seperti di Jadual 7.4.
83
Jadual 7.4
Kutipan Tempat Letak Kereta Bermeter Bagi Bulan November 2010
Tarikh
Jumlah Kutipan (RM)
Kutipan Zon A Zon B Zon C Zon D Zon F Zon H
2/11 1,266 - - - - 1,222
3/11 - - 386 270 - -
4/11 - 1,332 - - 728 -
8/11 - 309 - - 183 -
9/11 1,912 - - - - -
10/11 - - 436 677 - -
11/11 - 579 - - 453 -
12/11 1,106 - - - - -
14/11 - - 932 443 - -
15/11 - 749 - - 400 -
16/11 1,582 - - - - -
19/11 619 - - - - -
21/11 - - 969 604 - -
22/11 - 1,304 - - 588 -
23/11 1,703 - - - - -
24/11 - - 764 521 - -
25/11 - 911 - - 648 -
26/11 1,372 - - - - -
28/11 1,595 - 782 583 - -
29/11 - 839 - - 434 -
Jumlah 11,155 6,023 4,269 3,098 3,434 1,222
Sumber: Unit Kutipan Luar Majlis
b. Berdasarkan maklum balas daripada Majlis, hanya 3 orang atendan ditugaskan untuk
membuat kutipan tempat letak kereta bermeter di semua zon. Seorang ditugaskan
untuk membuat rondaan pemeriksaan meter dan membuat laporan kepada syarikat
pembekal sekiranya berlaku kerosakan meter. Manakala 2 orang lagi ditugaskan
untuk mengutip wang di dalam meter. Kekurangan kakitangan menyebabkan hasil
tidak dapat dikutip dengan lebih kerap terutama di kawasan tumpuan pengguna.
Pihak Audit dimaklumkan bahawa meter tempat letak kereta akan menunjukkan
rosak apabila dipenuhi syiling. Majlis akan kehilangan hasil sekiranya wang tidak
dikutip setiap hari terutamanya di kawasan tumpuan seperti di Zon A (kawasan
sekitar pusat bandar Alor Setar).
Pada pendapat Audit, Majlis dapat meningkatkan pendapatan sekiranya kutipan
wang di meter dibuat dengan lebih kerap.
7.4.3. Penguatkuasaan
Penguatkuasaan yang berkesan akan memastikan undang-undang dan perintah yang
dikeluarkan oleh Majlis dipatuhi. Seramai 4 orang Pembantu Penguat kuasa Gred N17
ditugaskan untuk menjalankan penguatkuasaan terhadap kesalahan tempat letak kenderaan
di sekitar Bandaraya Alor Setar. Semakan Audit terhadap pelaksanaan aktiviti
penguatkuasaan mendapati perkara berikut:
84
7.4.3.1. Rekod Dan Maklumat Kompaun Tidak Di selenggara Dengan Kemas kini
a. Pada tahun 2010, sebanyak 50,619 kompaun telah dikeluarkan oleh Majlis. Semakan
Audit terhadap Laporan Pengeluaran Kompaun Dan Notis 108 tahun 2010 mendapati
jenis kesalahan yang paling banyak dikeluarkan kompaun adalah kesalahan di bawah
Perintah Lalu lintas Jalan (Letak Kereta Bermeter) MPKS 1993. Butiran lanjut adalah
seperti di Jadual 7.5.
Jadual 7.5
Jenis Kesalahan Yang Dikenakan Kompaun Tahun 2010
Bilangan Jenis Kesalahan
Bulan
A
B
C
Jumlah
(Kes) (Kes) (Kes)
(Kes)
Januari 2,072 109 57 2,238
Februari 1,988 646 30 2,664
Mac 2,737 3,003 62 5,802
April 1,826 4,139 38 6,003
Mei 1,922 3,513 45 5,480
Jun 595 2,589 35 3,219
Julai 630 2,835 44 3,509
Ogos 1,061 3,986 77 5,124
September 672 2,462 49 3,183
Oktober 1,803 4,088 77 5,968
November 834 2,095 - 2,929
Disember 1,325 3,007 168 4,500
Jumlah 17,465 32,472 682 50,619
• A - Perintah (Tempat Letak Kereta) Kereta-kereta Berjentera MPKS 1982
• B - Perintah Lalu lintas Jalan (Letak Kereta Bermeter) MPKS 1993
• C - Clamping
Sumber: Bahagian Penguat kuasa Majlis
b. Analisis Audit mendapati hanya 7,231 dari 50,619 kompaun yang dikeluarkan Majlis
telah dijelaskan dan jumlah yang dikutip adalah berjumlah RM84,803. Jumlah
kompaun yang diselesaikan hanya 14.3% daripada jumlah keseluruhan yang
dikeluarkan. Sekiranya anggaran nilai kompaun yang dikeluarkan adalah denda
minimum iaitu sejumlah RM10 (kesalahan meletak kenderaan tanpa membayar caj)
maka anggaran nilai kompaun tahun 2010 yang boleh dikutip adalah berjumlah
RM499,370. Oleh itu, kutipan sebenar kompaun tahun 2010 hanyalah 16.9%
daripada anggaran nilai kompaun jika kompaun minimum RM10 dilaksanakan. Antara
inisiatif yang diambil oleh Majlis untuk mengutip denda yang tidak dibayar oleh
pesalah tempat letak kereta ialah mengeluarkan Notis Tawaran Kompaun. Notis yang
dikeluarkan dihantar kepada pesalah melalui pos berdasarkan alamat yang diperolehi
daripada Jabatan Pengangkutan Jalan.
7.4.3.2. Pelaksanaan Aktiviti Penguatkuasaan Tidak Menyeluruh
Bahagian Penguat kuasa Majlis bertanggungjawab menguatkuasakan Akta dan Undangundang
Kecil Majlis. Selaras dengan itu, Ketua Bahagian Penguat kuasa adalah
bertanggungjawab memastikan semua aktiviti penguatkuasaan dijalankan secara
menyeluruh. Lawatan Audit mendapati perkara berikut:
85
a. Tempat Letak Kereta Persendirian Beroperasi Tanpa Lesen
Perenggan 3, Undang-Undang Kecil Pelesenan Tempat Letak Kereta Persendirian
(MPKS) 1988 menetapkan bahawa tiada seorang pun boleh menjalankan suatu
tempat letak kereta persendirian melainkan jika ia memiliki lesen yang sah diberikan
di bawah Undang-undang Kecil ini. Sebanyak 4 tempat letak kereta persendirian di
Kuala Kedah telah dilawati dan didapati seorang pengusaha memiliki lesen yang sah,
2 pengusaha tidak berlesen dan satu telah tamat tempoh. Pihak Audit dimaklumkan
terdapat 16 pengusaha tempat letak kereta persendirian di kawasan Kuala Kedah
tidak memiliki lesen yang sah. Berdasarkan temu bual Audit dengan Pembantu
Tadbir Unit TLK Majlis, kebanyakan pengusaha ini beroperasi di atas tanah milik
orang lain dan tidak mendapat kebenaran pemilik tanah. Kebenaran daripada pemilik
tanah merupakan antara syarat utama yang ditetapkan oleh Majlis sebelum kelulusan
diberikan. Gambar 7.15 dan Gambar 7.16 menunjukkan kawasan tempat letak
kereta persendirian yang beroperasi tanpa lesen. Kesan daripada kewujudan banyak
tempat letak kereta persendirian tidak berlesen di kawasan ini menyebabkan ramai
‘ulat’ parkir berkeliaran mencari pelanggan terutamanya ketika musim perayaan dan
cuti sekolah. Kebarangkalian pengguna ditipu atau dikenakan caj yang tidak
munasabah adalah tinggi di mana kes pengguna ditipu ‘ulat’ parkir pernah dilaporkan
dalam akhbar Harian Metro pada 13 Disember 2010 seperti Gambar 7.17.
Berdasarkan maklum balas daripada Majlis, tindakan penguatkuasaan terhadap
operator tempat letak kereta persendirian tanpa lesen tidak pernah dilaksanakan.
Ianya akan merugikan Majlis kerana kutipan hasil tidak dapat dibuat. Kekurangan
pegawai juga menjadi sebab utama pelaksanaan undang-undang tidak dapat diambil
terhadap operator tanpa lesen.
Gambar 7.15 Gambar 7.16
Tempat Letak Kereta Tidak Berlesen di Jeti
Kuala Kedah
Tempat Letak Kereta Tidak Berlesen di Jalan
Kuala Kedah
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Kuala Kedah
Tarikh: 27 Disember 2010
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Kuala Kedah
Tarikh: 27 Disember 2010
86
Gambar 7.17
Keratan Akhbar Berkenaan Pengguna Ditipu
‘Ulat’ Parkir Di Terminal Feri Kuala Kedah
Sumber: Akhbar Harian Metro
Tarikh: 13 Disember 2010
b. Undang-undang Pemilikan Lesen Tempat Letak Kereta Persendirian Tidak
Dipatuhi
Pemantauan yang cekap dan berterusan perlu dilaksanakan oleh Majlis bagi
memastikan pemilik lesen tempat letak kereta persendirian sentiasa mematuhi
peraturan yang telah ditetapkan. Seksyen 16, Undang-undang Kecil Pelesenan
Tempat Letak Kereta Persendirian (MPKS) 1988 menetapkan bahawa sekiranya
peruntukan Undang-Undang Kecil ini tidak dipatuhi, denda tidak melebihi RM2,000
akan dikenakan dan tambahan tidak lebih RM200 bagi setiap hari kesalahan itu
berterusan selepas disabitkan. Lawatan Audit ke 4 lokasi tempat letak kereta
persendirian mendapati antara syarat yang tidak dipatuhi adalah tidak menyediakan
alat pemadam api, menambah petak tempat letak kereta serta terdapat gerai makan
beroperasi tanpa kebenaran bertulis daripada Majlis seperti di Gambar 7.18 dan
Gambar 7.19. Semakan Audit terhadap fail pemilik di Unit TLK dan notis kompaun di
Bahagian Penguat kuasa mendapati tindakan penguatkuasaan terhadap pengusaha
tempat letak kereta persendirian berlesen tidak pernah dilaksanakan. Lawatan
semula ke lokasi tempat letak kereta persendirian juga tidak pernah dilaksanakan
oleh Unit TLK sebelum permohonan memperbaharui lesen diluluskan.
87
Gambar 7.18
Tambahan Petak Tempat Letak Kereta Tanpa
Kebenaran Majlis
Gambar 7.19
Gerai Makan Beroperasi Tanpa Kebenaran
Majlis
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Jalan Putra, Alor Setar
Tarikh: 10 Januari 2011
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Jalan Putra, Alor Setar
Tarikh: 10 Januari 2011
c. Halangan Di Petak Letak Kereta
Perintah 18 (1), Perintah (Tempat-tempat Letak Kereta) Kereta-kereta Berjentera,
MPKS 1982 menetapkan tiada sesiapapun boleh menghalang atau menyebabkan
terhalang mana-mana petak letak kereta. Selain itu, perintah 17 (3) pula menetapkan
tiada seorang pun boleh meletak kenderaan pengangkutan awam, kereta sewa, teksi,
motosikal atau basikal di dalam mana-mana petak letak kereta melainkan di dalam
tempat letak kereta yang dikuatkuasakan dan dikhaskan oleh Majlis. Lawatan Audit
ke kawasan tempat letak kereta terkawal berdekatan Bangunan Tabung Haji dan Star
Parade serta Kompleks Perniagaan Utama, Lebuh Raya Sultanah Bahiyah
mendapati peniaga restoran makanan meletakkan meja dan kerusi di petak letak
kereta, pemandu teksi meletakkan teksi sambil menunggu penumpang dan khemah
didirikan tanpa kebenaran Majlis seperti di Gambar 7.20 dan Gambar 7.21. Notis
kompaun tidak dikeluarkan terhadap kesalahan menggunakan petak letak kereta
tanpa kebenaran Majlis.
88
Gambar 7.20
Khemah Didirikan Di Dalam
Petak Letak Kereta
Gambar 7.21
Pemandu Teksi Menunggu Pelanggan
Di Petak Letak Kereta
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Berdekatan Bangunan Tabung Haji,
Medan Tunku
Tarikh: 15 November 2010
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Star Parade, Jalan Teluk Wanjah
Tarikh: 15 November 2010
Pada pendapat Audit, pelaksanaan aktiviti penguatkuasaan adalah tidak memuaskan
kerana aktiviti penguatkuasaan yang dijalankan tidak menyeluruh. Kelonggaran
aktiviti penguatkuasaan yang dijalankan boleh menyebabkan hasil Majlis
berkurangan.
7.5. SYOR AUDIT
Bagi memastikan objektif pengurusan tempat letak kenderaan Majlis yang dirancang dapat
dilaksanakan dengan cekap dan teratur, adalah disyorkan supaya Majlis mengambil
langkah-langkah berikut:
7.5.1. Tuntutan secara pentadbiran diteruskan terhadap tunggakan sewa petak tempat letak
kereta daripada SUSB dan MOSSB yang telah ditamatkan operasi.
7.5.2. Menyediakan rancangan tahunan cadangan pelaksanaan operasi kutipan tempat
letak kereta di kawasan yang telah diwartakan.
7.5.3. Mengemas kini garis panduan dan arahan berhubung permohonan lesen tempat
letak kereta persendirian agar lebih jelas dan memudahkan. Lawatan semula pegawai Majlis
ke lokasi tempat letak kereta persendirian perlu dibuat sebelum permohonan pembaharuan
lesen diluluskan.
7.5.4. Menyediakan kemudahan mengutip hasil yang selamat di kawasan tempat letak
kereta terkawal di Zon 1.
89
SYARIKAT AIR DARUL AMAN SDN. BHD.
8. PENGURUSAN PENGEBILAN BEKALAN AIR
8.1. LATAR BELAKANG
8.1.1. Jabatan Bekalan Air Negeri Kedah (JBA Kedah) telah dikorporatkan menjadi Syarikat
Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) pada 1 Januari 2010. SADA bertanggungjawab
memberikan perkhidmatan bekalan air bersih kepada pengguna untuk kegunaan domestik,
perniagaan dan industri serta bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan pelanggan,
pengebilan dan kutipan hasil.
8.1.2. Aktiviti utama pengebilan ialah pengeluaran bil air dan mengedarkannya kepada
pelanggan mengikut jadual, mengemas kini data pengguna dan maklumat yang berkaitan
dengannya. Semua aktiviti pengebilan di Negeri Kedah diswastakan kepada BPO Innovation
(Kedah) Sdn. Bhd. (BPO) manakala daerah Langkawi diswastakan kepada Taliworks
(Langkawi) Sdn. Bhd. (TLSB). Perjanjian penswastaan telah ditandatangani di antara
Kerajaan Negeri dengan TLSB dan BPO iaitu masing-masing pada 4 Jun 1995 dan
12 Februari 2008.
8.1.3. Kadar caj bekalan air kepada pengguna mengikut tarif dan isi padu penggunaan air
adalah di antara RM0.40/meter padu (m³) hingga RM1.80/m³ bagi tempoh tahun 2007
hingga bulan September 2010. Bermula pada 1 Oktober 2010, kadar caj dan tarif bekalan air
baru telah dinaikkan dan dikenakan kepada pengguna ialah di antara RM0.50/m³ hingga
RM3.00/m³ yang melibatkan 6 tarif dan 13 kumpulan pengguna seperti di Jadual 8.1.
Kod Tarif
T1
T2
T3
T4
Jadual 8.1
Kategori Kumpulan Pengguna Baru
Kumpulan Pengguna
Kediaman
Institusi Kerajaan
Institusi Pengajian
Perniagaan
Pejabat
Perkhidmatan
Kulim Hi-Tech Park
Perhotelan
Perindustrian
Bekalan Sementara
Penggunaan
(m 3 )
0 - 20
21 - 35
Melebihi 35
0 - 50
51 - 200
201 - 350
Melebihi 350
0 - 10,000
10,001 - 50,000
Melebihi 50,000
0 - 1,000
1,001 - 10,000
10,001 - 50,000
Melebihi 50,000
Kadar
(RM)
0.50
0.90
1.30
1.40
1.50
1.60
1.80
1.05
1.15
1.20
1.40
1.60
1.80
2.10
Bayaran
Minima
(RM)
6.00
15.00
15.00
15.00
T5 Perkapalan Kadar Purata 3.00 20.00
0 - 20
0.40
T6
Rumah Ibadat
21 - 40
0.70
Rumah Amal
41 – 60
0.90
6.00
Lebih 60
1.10
Sumber: SADA
90
8.2. OBJEKTIF PENGAUDITAN
Objektif pengauditan adalah untuk menilai sama ada pengurusan pengebilan air oleh SADA
telah dilaksanakan dengan cekap, ekonomik dan berkesan serta mencapai matlamat yang
ditetapkan.
8.3. SKOP DAN KAEDAH PENGAUDITAN
Skop pengauditan meliputi perancangan, pelaksanaan dan pemantauan terhadap aktiviti
pengebilan air di SADA, BPO dan TLSB bagi tempoh tahun 2007 hingga 2010. Pengauditan
ini dijalankan di daerah Kota Setar, Kulim dan Langkawi. Semakan telah dibuat terhadap fail,
rekod, dokumen dan menganalisis data menggunakan perisian Audit Command Language
(ACL). Temu bual dengan pegawai berkenaan dan lawatan ke premis pelanggan juga
dilaksanakan.
8.4. PENEMUAN AUDIT
Pengauditan yang dijalankan dari bulan Oktober 2010 hingga Januari 2011 mendapati
secara keseluruhannya, pengurusan pengebilan air adalah memuaskan. Namun begitu,
terdapat beberapa kelemahan yang perlu diberi perhatian oleh SADA bagi memastikan
pengurusan pengebilan dapat dilaksanakan dengan cekap, ekonomik dan berkesan serta
mencapai matlamat yang ditetapkan. Antara kelemahan yang dikenal pasti adalah
pengeluaran bil anggaran semakin meningkat, meter air tidak diagihkan, deposit bekalan air
tidak dikutip, tiada pewartaan bagi deposit yang tidak dituntut dan penggunaan saiz meter
yang tidak bersesuaian. Penjelasan lanjut mengenai perkara yang dikenal pasti adalah
seperti di perenggan-perenggan berikut :
8.4.1. Pengurusan Pembacaan Meter Dan Pengebilan
Pembacaan meter dilaksanakan setiap bulan mengikut kawasan, kumpulan pengguna dan
tarif masing-masing. Peralatan untuk bacaan meter yang digunakan oleh BPO dan TLSB
adalah handheld berjenama Casio DTX-5 dan pencetak berjenama Zebra RW420. Sebelum
proses pembacaan meter dilaksanakan, Unit ICT SADA memuat turun data blok bacaan
harian di Consumer Information Billing System (CIBS) Server Ibu Pejabat SADA ke dalam
Route Manager Application (RMA) untuk pembacaan di semua daerah. Unit Bacaan di BPO
dan TLSB menjalankan proses muat turun Blok Bacaan Harian dari RMA ke handheld untuk
dibaca oleh Pembaca Meter di premis pengguna. Setelah bacaan dibuat, Pembaca Meter
akan menyerahkan bil melalui serahan tangan atau pos kepada pengguna berkenaan.
Setelah selesai membuat bacaan untuk hari berkenaan, Pembaca Meter akan memuat naik
data dari handheld ke RMA sebelum dihantar ke CIBS untuk dikemas kini dalam akaun
pengguna. Bil dikeluarkan setiap bulan berdasarkan bacaan yang telah dimuat naik.
Terdapat 2 jenis bacaan iaitu bacaan sebenar dan anggaran. Bacaan sebenar ialah bil yang
dikeluarkan berdasarkan bacaan sebenar pada meter yang berfungsi secara normal.
Bacaan anggaran pula ialah bil yang dikeluarkan berdasarkan bacaan meter purata 3 bulan
terdahulu kerana bacaan biasa tidak dapat dibuat disebabkan halangan seperti cuaca
buruk, pagar berkunci, meter rosak, meter kotor, meter tidak jumpa, anjing garang, meter
terkambus dan meter tidak berfungsi.
91
8.4.1.1. Pembacaan Meter Menggunakan Automatic Meter Reading (AMR) Masih
Belum Dilaksanakan Sepenuhnya
Perolehan 46 unit meter AMR termasuk perisian, aksesori dan kos pemasangan
berjumlah RM1.04 juta dibuat pada 20 November 2009 melalui kaedah rundingan terus
bagi membolehkan pembacaan meter dilakukan tanpa perlu ke lokasi. Melalui kaedah ini,
web portal perlu dihubungkan dengan Consumer Information Billing System (CIBS).
Bagaimanapun, semakan Audit mendapati web portal tidak disambungkan dengan CIBS.
Oleh itu, pengeluaran bil bagi semua akaun pengguna AMR masih dibuat secara
spot reading di mana pembaca meter perlu ke lokasi untuk membuat bacaan. Pembacaan
meter AMR yang dibuat secara spot reading tidak mencapai objektif pembeliannya iaitu
pembacaan meter boleh dilakukan tanpa perlu ke lokasi. Semakan Audit selanjutnya
terhadap 36 penyata akaun pengguna AMR pada 9 Januari 2011 di daerah Kulim dan
Kota Setar mendapati sebanyak 7 akaun dibilkan secara bacaan anggaran di antara 1
hingga 8 kali manakala baki 29 akaun dibilkan secara bacaan sebenar. Bil anggaran yang
dikeluarkan disebabkan pagar berkunci. Butiran terperinci adalah seperti di Jadual 8.2.
Lawatan Audit ke lokasi meter AMR yang dibilkan secara anggaran pada 17 Januari 2011
mendapati meter tersebut berada di kawasan pagar berkunci seperti di Gambar 8.1
dan Gambar 8.2. Berdasarkan maklum balas SADA, projek ini tidak dilaksanakan
bersekali dengan program AMR. Walau bagaimanapun, ianya boleh dinaiktaraf ke AMR
pada masa hadapan memandangkan terdapat peralatan seperti Logger,Transmitter/
Aerial Mobile GSM Network sedia ada dan pembacaan secara spot reading masih
dikekalkan.
Jadual 8.2
Akaun Pengguna Meter AMR Dibaca Secara Anggaran
Bil. No. Akaun No. Meter
Tarikh
Pasang
Meter
Tarikh Akhir
Bacaan
Sebenar
Tarikh
Akhir Bil
Anggaran
Bil.
Bacaan
Anggaran
1. 310044822001 SADAEM48315 27.06.2010 11.10.2010 08.01.2011 3
2. 310021959101 SADAEM40692 20.04.2010 17.10.2010 08.01.2011 3
3. 110000838301 SADAEM47008 06.05.2010 28.10.2010 29.11.2010 1
4. 110000170401 SADAEM40709 23.04.2010 26.09.2007 27.12.2010 8
5. 110052968901 SADAEM48317 28.05.2010 25.10.2010 25.11.2010 1
6. 110053143101 SADAEM40698 20.04.2010 28.09.2010 27.12.2010 3
7. 110006873701 SADAEM40715 12.04.2010 18.07.2010 18.12.2010 5
Sumber: Penyata Akaun Pengguna Pada 9 Januari 2011
92
Gambar 8.1
Pagar Berkunci
Gambar 8.2
Lokasi Meter Di Dalam Pagar
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Nombor Akaun 110000170401, Kota Setar
Tarikh: 17 Januari 2011
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Nombor Akaun 110000170401, Kota Setar
Tarikh: 17 Januari 2011
Pada pendapat Audit, pengurusan pembacaan meter secara AMR masih belum
dilaksanakan sepenuhnya yang mengakibatkan bacaan masih dibuat secara bacaan
sebenar di tapak (spot reading) dan ini bercanggah dengan objektif sebenar
pelaksanaan AMR iaitu bacaan secara online.
8.4.1.2. Peningkatan Pengeluaran Bil Anggaran
a. Bacaan anggaran ialah bil yang dikeluarkan berdasarkan bacaan meter purata 3
bulan kerana bacaan biasa tidak dapat dibuat disebabkan halangan seperti cuaca
buruk, pagar berkunci, meter rosak, meter kotor, meter tidak jumpa, anjing garang,
meter terkambus dan meter tidak berfungsi. Semakan Audit terhadap Laporan
Bulanan Pengebilan mendapati bagi tahun 2007 hingga 2010, peratusan pengeluaran
bil anggaran bagi BPO dan TLSB telah meningkat masing-masing adalah di antara
3.7% hingga 6% dan 0.9% hingga 3.6%. Pengeluaran bil bagi tahun 2007 hingga
2010 yang dikeluarkan oleh BPO dan TLSB bagi seluruh Negeri Kedah adalah
seperti di Jadual 8.3.
Jenis Bacaan
Anggaran
Jadual 8.3
Pengeluaran Bil Bagi Tahun 2007 Hingga 2010
2007 2008 2009 2010
BPO TLSB BPO TLSB BPO TLSB BPO TLSB
E01- Cuaca Buruk 419 - 1,690 - 3,072 - 11,591 -
E02- Pagar Kunci 9,723 255 26,159 593 30,119 835 32,348 980
E03- Meter Rosak 343 315 2,351 413 2,145 444 2,444 1,174
E04- Meter Kotor 823 16 2,045 16 2,635 38 3,410 29
E05- Halangan 6,982 61 18,026 117 29,070 351 32,093 667
E06- Meter Tidak
Jumpa
495 26 817 52 696 59 1,111 56
E07- Anjing Garang 1,008 10 2,507 20 3,668 25 3,723 85
E08- Meter
Terkambus
258 12 814 24 877 25 962 85
E09- Lain-Lain Hal 5,808 28 7,615 25 6,783 46 16,842 162
E10- Meter Tidak
Berfungsi
43,435 679 130,992 1,110 160,228 1,911 230,549 6,676
93
Jenis Bacaan
Anggaran
2007 2008 2009 2010
BPO TLSB BPO TLSB BPO TLSB BPO TLSB
E11- Pembaca
Meter Bercuti
8 - 17 - 10 - 7 -
E20- Anggaran
Terlampau Tinggi
5,812 6 11,053 7 9,338 5 13,038 1
Jumlah Bil
Anggaran
75,114 1,408 204,086 2,377 248,641 3,739 348,118 9,915
N- Bacaan Sebenar 1,805,475 141,725 5,241,736 250,491 5,366,985 259,433 5,426,270 265,332
Jumlah 1,880,589 143,133 5,445,822 252,868 5,615,626 263,172 5,774,388 275,247
Bacaan Sebenar (%) 96.0 99.0 96.3 99.1 95.6 98.6 94.0 96.4
Bil Anggaran (%) 4.0 1.0 3.7 0.9 4.43 1.4 6.0 3.6
Sumber: Laporan Pengurusan Bulanan BPO dan TLSB
b. Analisis Audit mendapati punca utama peningkatan bilangan bil bacaan anggaran
setiap tahun disebabkan oleh meter tidak berfungsi. Peratus kenaikan bilangan bil
anggaran berpunca daripada meter tidak berfungsi adalah di antara 57.6% hingga
66.3% bagi tahun 2007 hingga 2010. Maklumat lanjut adalah seperti di Jadual 8.4.
Jadual 8.4
Bilangan Bil Anggaran Meter Tidak Berfungsi (Kod E10)
Berbanding Keseluruhan Bil Anggaran Bagi Tahun 2007 Hingga 2010
Wilayah
2007 2008 2009 2010
A B A B A B A B
Kedah Utara 37,606 60,463 65,837 104,007 75,573 115,900 109,263 166,054
Kedah Tengah 3,191 10,227 49,477 79,101 62,149 106,470 91,744 146,338
Kedah Selatan 2,638 4,424 15,678 20,978 22,506 26,271 29,542 35,726
Langkawi 679 1,408 1,110 2,377 1,911 3,739 6,676 9,915
Jumlah 44,114 76,522 132,102 206,463 162,139 252,380 237,225 358,033
Bil. Kod E10
(%)
57.6 64.0 64.2 66.3
Sumber: Laporan Pengurusan Bulanan BPO dan TLSB
Nota : A - Jumlah Bil Anggaran Bagi Meter Tidak Berfungsi
B - Jumlah Keseluruhan Bil Anggaran Yang Dikeluarkan
c. Analisis Audit terhadap Laporan Bil Anggaran Meter Tidak Berfungsi (Kod E10) yang
dijana oleh ACL mendapati 24 akaun pengguna dikeluarkan bil anggaran di antara 4
hingga 49 kali. Pihak Audit dimaklumkan bahawa SADA tidak menetapkan had
bilangan bacaan anggaran yang dibenarkan bagi penggantian meter tidak berfungsi
dilakukan. Lawatan Audit ke 8 lokasi pengguna di daerah Kulim mendapati metermeter
tersebut tidak menunjukkan pergerakan bacaan walaupun paip air dibuka.
Penggunaan air yang dianggarkan adalah di antara 0 m 3 hingga 13,269m 3 bagi
keseluruhan bacaan anggaran setiap meter. Butiran terperinci adalah seperti di
Jadual 8.5 dan hasil lawatan Audit adalah seperti di Gambar 8.3.
94
Jadual 8.5
Pengeluaran Bil Anggaran Di Antara 4 hingga 50 Kali
Daerah Bil.
Bacaan Anggaran Bil.
Nombor
Nombor Meter Tarif
Anggaran Penggunaan
Akaun
Mula Terkini
(kali) (m 3 )
1. 110000449501 09551977 T1 22/12/2006 09/12/2010 48 961
2. 110010238601 9919149 T2 20/09/2009 29/11/2010 15 254
3. 110050513601 01K32121 T2 25/10/2009 28/11/2010 14 1,671
4. 110053766701 08A14960 T4 01/02/2010 01/12/2010 11 13,269
Kota 5. 110005812501 93734950 T1 18/10/2007 16/12/2010 39 0
Setar 6. 110036350501 93W016249 T2 09/12/2006 06/12/2010 49 200
7. 110011036601 09767696 T2 30/12/2007 27/12/2010 37 0
8. 110002468201 09717363 T4 08/11/2009 06/01/2010 14 269
9. 110010245401 2009036918 T2 23/06/2010 22/12/2010 7 145
10. 110054283001 08A18879 T1 13/08/2009 16/12/2010 17 0
11. 310056249001 JKR05K0932 T4 07/12/2009 08/12/2010 13 201
12. 310023895801 09739972 T4 04/12/2008 08/12/2010 15 297
13. 310021335201 93142989 T1 28/01/2010 29/11/2010 11 0
Kulim
14. 310020754901 JBAK07A21251 T2 28/03/2010 30/11/2010 9 433
15. 310020758401 00K21735 T1 29/08/2010 30/11/2010 4 300
16. 310021400201 132670 T1 18/11/2007 21/12/2010 38 0
17. 310021404501 93126270 T1 18/11/2007 21/12/2010 38 0
18. 310051425601 02C0092 T4 06/05/2010 09/12/2010 8 131
19. 410035847601 00K14564 T4 24/04/2010 27/12/2010 9 305
20. 410053061301 KSM080001597 T1 08/12/2009 08/12/2010 13 442
Langkawi
21. 410053050501 KSM080001580 T1 07/01/2010 08/12/2010 12 105
22. 410053055701 KSM080001551 T1 08/12/2009 08/12/2010 13 137
23. 410053061401 KSM080001665 T1 08/11/2009 08/12/2010 14 469
24. 410056090501 080003231 T1 10/01/2010 09/12/2010 12 42
Sumber: ACL dan Penyata Akaun Pengguna
Gambar 8.3
Meter Tidak Berfungsi
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Nombor Akaun 310020758401, Kulim
Tarikh:05 Disember 2010
95
Pada pendapat Audit, SADA perlu menetapkan had bilangan bacaan anggaran yang
dibenarkan disebabkan meter rosak dan tidak berfungsi untuk penggantian meter
baru supaya dapat dilakukan dengan lebih teratur dan bil dapat dikeluarkan kepada
pengguna berdasarkan penggunaan sebenar.
8.4.2. Pengurusan Meter Air
8.4.2.1. Penggantian Meter Air Berusia Dan Rosak
a. Program penggantian meter air adalah salah satu pelan pengurusan dalam
pembekalan air di mana ia memberi peluang untuk meningkatkan pendapatan entiti
bekalan air dan dapat mempertingkatkan perkhidmatan kepada pelanggannya.
Bacaan meter dijangka kurang tepat apabila usia meter air meningkat dan ini akan
menyebabkan kehilangan pendapatan oleh entiti bekalan air. Berdasarkan amalan
terbaik, tempoh penggantian meter adalah di antara 7 hingga 10 tahun. Pihak Audit
tidak dapat membuat pengesahan bagi usia meter terkini bagi tahun 2010 kerana
maklumat berkaitan tidak diserah bagi tujuan pengauditan. Maklumat usia meter bagi
tahun 2009 adalah seperti di Jadual 8.6.
Jadual 8.6
Usia Meter Air Bagi Tahun 2009
Usia Meter (Bilangan)
Daerah
7-12 13-20 >20
(tahun) (tahun) (tahun)
Jumlah
Kota Setar 43,465 5,490 2 48,957
Kubang Pasu 23,220 2,289 0 25,509
Pokok Sena 17,229 303 0 17,532
Pendang 10,641 536 0 11,177
Kuala Muda 1 23,943 2,272 138 26,353
Kuala Muda 2 15,569 2,782 72 18,423
Gurun 4,198 563 7 4,768
Sik 4,359 1,038 18 5,415
Yan 5,498 1,013 0 6,511
Kulim 27,999 1,224 2 29,225
Bandar Baharu 2,644 7 0 2,651
Baling 8,651 847 21 9,519
Langkawi 8,909 44 1 8,954
Jumlah 196,325 18,408 261 214,994
Sumber : Bahagian ICT SADA
b. Pada tahun 2010, SADA telah menukar sejumlah 21,143 unit meter semasa
pelaksanaan program penggantian meter rosak dan meter berusia. Semakan Audit
terhadap program penggantian meter air yang dilaksanakan oleh SADA mendapati
sebanyak 17,976 unit atau 85% adalah penukaran bagi meter yang tidak berfungsi
dan 479 unit atau 2% adalah penukaran meter lama yang berusia lebih daripada 15
tahun manakala 2,688 unit atau 13% lagi adalah disebabkan meter kotor, meter
rosak, meter hilang, meter diubahsuai, ujian meter dan lain-lain. Maklumat program
penggantian meter adalah seperti di Jadual 8.7.
96
Jadual 8.7
Program Penggantian Meter Oleh SADA Bagi Tahun 2010
Kategori
Penggantian Meter (unit)
Meter Tidak Berfungsi 17,976
Meter Kotor 11
Meter Dirosakkan 89
Meter Hilang 493
Meter Diubahsuai 22
Ujian Meter 100
Meter Lama (Lebih 15 Tahun) 479
Lain-Lain 1,973
Jumlah 21,143
Sumber: SADA
8.4.2.2. Meter Air Tidak Diagihkan
Kontrak perolehan 7,000 unit Smart Meter jenis Fluidic Oscillator Meter SM150E bernilai
RM1.08 juta telah ditandatangani pada 12 September 2007 bagi menangani masalah
bacaan bil under registration di mana alat tersebut boleh merakamkan pengaliran isi padu
air di dalam saluran paip secara tepat. Syarat kontrak menetapkan tempoh waranti
selama 12 bulan dari tarikh penghantaran dibuat pada 17 Mei 2008. Lawatan Audit pada
17 Januari 2011 mendapati 1,000 unit masih belum diagihkan dan berada di Stor Pusat
SADA seperti di Gambar 8.4. Manakala 6,000 unit lagi telah pun diagihkan kepada
semua daerah pada sekitar bulan Ogos 2008. Oleh kerana tempoh warantinya tamat
pada 16 Mei 2009, adalah dikhuatiri sekiranya meter-meter tersebut tidak berfungsi,
SADA terpaksa menanggung kerugian kerana tidak dapat menggantinya dari pembekal
berkenaan tanpa bayaran. Harga bagi setiap unit meter tersebut adalah RM155. Pihak
SADA memaklumkan bahawa baki 1,000 unit yang belum dipasang di tapak adalah
disebabkan faktor ketahanan meter (meter body) yang tidak memuaskan terutama pada
thread & body, terlalu sensitif kepada faktor elektrisiti di dalam tanah yang kerap
mengganggu bacaan meter (jumped) dan sangat terdedah kepada aktiviti kacau ganggu
dan vandalism.
Gambar 8.4
Smart Meter Yang Belum Diagihkan
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Stor Pusat SADA, Mergong
Tarikh: 17 Januari 2011
97
8.4.2.3. Saiz Meter Tidak Bersesuaian Dengan Penggunaan Air
a. Saiz meter hendaklah sepadan dengan penggunaan air. Temu bual Audit mendapati
SADA tidak menyediakan garis panduan khusus untuk diguna pakai bagi
pemasangan meter pengguna. Pihak Audit menggunakan Garis Panduan Sistem
Bekalan Air Negeri Melaka sebagai perbandingan bagi menentukan kriteria
pemasangan saiz meter yang bersesuaian seperti di Jadual 8.8.
Jadual 8.8
Kriteria Pemasangan Saiz Meter Yang Bersesuaian
Saiz Meter
Aliran Maksimum Kegunaan Air Bulanan
(m3/Jam)
(m3)
15mm 3 130
25mm 7 700
50mm 30 5,000
100mm 150 20,000
150mm 300 45,000
Sumber: Garis Panduan Sistem Bekalan Air Negeri Melaka
b. Lawatan Audit di daerah Langkawi pada 18 Januari 2011 mendapati 2 meter bersaiz
150mm mencatatkan penggunaan bulanan tertinggi masing-masing sebanyak 290m 3
dan 520m 3 . Penggunaan air yang sedikit bagi saiz meter yang besar boleh
menyebabkan bacaan meter under registration kerana saiz meter tidak sesuai
dengan aliran air. Keadaan ini boleh mengakibatkan kerugian kepada SADA. Meter
yang dimaksudkan adalah seperti di Gambar 8.5 dan Gambar 8.6. Berdasarkan
maklum balas, SADA mempunyai program mensaizkan semula meter mengikut
penggunaan sebenar (actual consumption) dan projek pemasangan Electromagnetic
Flow Meter oleh syarikat EPMB adalah merupakan salah satu atau sebahagian
daripada program ini.
Gambar 8.5
Meter Bersaiz Besar Tetapi
Penggunaan Air Sedikit
Gambar 8.6
Meter Bersaiz Besar Tetapi
Penggunaan Air Sedikit
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Nombor Akaun 410035847601, Langkawi
Tarikh: 18 Januari 2011
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Nombor Akaun 410051637201, Langkawi
Tarikh: 18 Januari 2011
Pada pendapat Audit, garis panduan berkaitan penggantian meter air lama dan
penggunaan saiz meter yang bersesuaian dengan pengguna perlu disediakan.
98
8.4.3. Pengurusan Kutipan Hasil Air
Hasil utama SADA adalah kutipan bil air. Sehubungan itu, pusat kutipan dan kaedah
pembayaran mestilah mesra pengguna. Pembayaran bil boleh dibuat di 12 pusat
perkhidmatan SADA dan pusat pembayaran bil setempat seperti Tenaga Nasional Berhad,
Telekom Malaysia Berhad dan Pos Malaysia Berhad. Selain itu, pembayaran bil juga boleh
dibuat di Bank Simpanan Nasional, Bank Rakyat, EON Bank, Bank Islam Malaysia Berhad,
CIMB dan AGRO Bank. Bayaran secara online boleh dibuat melalui HSBC, Ambank dan
Maybank2u. Kaedah pembayaran bil air boleh dibuat secara tunai, cek, wang pos, bank draf,
kad kredit dan kad debit.
8.4.3.1. Prestasi Kutipan Hasil Air
Semakan Audit mendapati kutipan hasil meningkat setiap tahun seiring peningkatan
bilangan bil yang dikeluarkan kepada pengguna kecuali bagi tahun 2009 nilai kutipan hasil
menurun berbanding nilai bil dikeluarkan. Peratusan bagi kutipan hasil menurun
berbanding nilai bil yang dikeluarkan pada tahun 2007 hingga 2009. Bagaimanapun,
peratusan kutipan bagi tahun 2010 meningkat dengan pencapaian 102.6%. Status
pencapaian prestasi kutipan hasil air Negeri Kedah adalah seperti di Jadual 8.9. Bagi
tahun 2010, SADA telah mengemas kini dan menukar format pelaporan kepada yang
lebih terkini dan tepat. Caj bil yang dikeluarkan pada tahun 2010 adalah RM201.93 juta
manakala kutipan yang diperolehi bagi tahun tersebut berjumlah RM207.17 iaitu
pencapaian sebanyak 102.6%.
Jadual 8.9
Prestasi Kutipan Hasil Berbanding Bil Dikeluarkan Bagi Tahun 2007 Hingga 2010
Butiran
2007 2008 2009 2010
Domestik Industri Domestik Industri Domestik Industri Domestik Industri
Bilangan Bil
Dikeluarkan
5,019,137 479,036 5,167,286 510,206 5,336,371 539,448 5,473,863 587,081
Nilai Bil Dikeluarkan
(RM juta)
92.84 46.29 105.35 59.63 108.68 69.02 122.03 79.90
Nilai Bil Dikeluarkan
(RM juta)
139.13 164.97 177.70 201.93
Nilai Kutipan Hasil
(RM juta)
162.88 167.89 174.01 207.17
Perbezaan Nilai
(RM juta)
23.75 2.91 (3.69) 5.24
Prestasi Kutipan (%) 117.1 101.8 97.9 102.6
Sumber: SADA
Pada pendapat Audit, prestasi kutipan hasil air berbanding nilai bil dikeluarkan
adalah memuaskan kerana telah mengalami peningkatan dalam tahun 2010 iaitu
daripada RM97.9 juta kepada RM102.6 juta.
8.4.4. Pengurusan Deposit Air
8.4.4.1. Deposit Air Tidak Dikutip
a. Seksyen 16(1) Enakmen Bekalan Air (Pindaan Pertama) 1990 bagi Negeri Kedah
menghendaki pengguna perlu membayar deposit mengikut kadar yang telah
ditetapkan sebelum air boleh dibekalkan kepada premis. Kadar deposit air yang
masih diguna pakai adalah seperti di Jadual 8.10.
99
Kumpulan Pengguna
Jadual 8.10
Kadar Deposit Ditetapkan
Kadar (RM)
Kediaman 60 - 150
Rumah Kerajaan 100 - 200
Pejabat/ Institusi Kerajaan 150 – 3,000
Pejabat Swasta 200 – 3,500
Sekolah 100 – 10,000
Tempat Ibadat/ Kelab 150 - 300
Air Kegunaan Pertanian 200 – 2,000
Pelbagai Perniagaan 250 – 5,000
Bekalan Sementara 1,000 – 10,000
Industri/ Kilang 1,000 – 15,000
Universiti/ Pusat Pengajian Tinggi 10,000 – 80,000
Hotel/ Chalet/ Pusat Peranginan/ Rumah
Tumpangan
1,500 – 20,000
Hospital 200 – 5,000
Hydrant (persendirian) 2,000
Sumber: Rekod JKR (Bekalan Air) Kedah
b. Analisis ACL terhadap maklumat akaun di 3 daerah mendapati 2,295 akaun
pengguna yang masih aktif tidak dikenakan bayaran deposit. Keadaan ini disebabkan
akan-akaun berkategori kerajaan yang didaftarkan sebelum tahun 2006, kesilapan
kod semasa penerimaan deposit di kaunter bayaran dan membuat off-set deposit
bagi akaun yang mempunyai tunggakan. Tindakan pembetulan dan pelarasan kod
telah dibuat oleh pihak SADA. Pecahan akaun-akaun terlibat adalah seperti di
Jadual 8.11.
Jadual 8.11
Pecahan Akaun Aktif Yang Tiada Deposit
Kumpulan Pengguna Tarif
Daerah
Kota Setar Kulim Langkawi
01- Kediaman T1 1,325 499 47
02- Institusi Kerajaan T1 7 8 0
03- Institusi Pengajian T1 26 46 12
04- Perniagaan T2 11 4 5
05- Pejabat T2 174 109 0
06- Perkhidmatan T2 0 3 4
09- Perindustrian T4 0 5 0
11- Rumah Ibadat T6 8 2 0
Jumlah 1,551 676 68
Sumber: Data ACL Jabatan Audit Negara
8.4.4.2. Deposit Air Tidak Dituntut Dan Tidak Diwartakan
Mengikut Arahan Perbendaharaan 162, deposit yang tidak dituntut dalam masa 3 bulan
selepas pewartaan hendaklah dikreditkan ke dalam hasil Kerajaan. Analisis Audit
terhadap 328 akaun pengguna berstatus disconnection on request yang tiada tunggakan
mendapati deposit melebihi tempoh setahun berjumlah RM0.84 juta masih tidak dituntut.
Pihak Audit dimaklumkan bahawa tiada tindakan pewartaan diambil oleh JBA Kedah
mahupun SADA bagi menguruskan perkara berkaitan. Maklumat terperinci mengenai
deposit yang tidak dituntut melebihi tempoh setahun bagi daerah Kota Setar, Kulim dan
Langkawi adalah seperti di Jadual 8.12. Pihak SADA memaklumkan bahawa Jabatan
Hasil sedang dalam proses mengenal pasti semua akaun yang terlibat dan akan
100
menyerahkan kepada Jabatan Undang-Undang bagi melaksanakan proses pewartaan
serta seterusnya pengkreditan ke hasil Kerajaan.
Jadual 8.12
Deposit Yang Tidak Dituntut Melebihi Tempoh Setahun
Daerah
Bilangan Jumlah
Akaun (RM Juta)
Kota Setar 156 0.30
Kulim 98 0.29
Langkawi 74 0.25
Jumlah 328 0.84
Sumber: Data ACL Jabatan Audit Negara
Pada pendapat Audit, pengurusan deposit air adalah tidak memuaskan kerana
terdapat pengguna aktif yang berdaftar tanpa deposit dan deposit yang tidak
dituntut melebihi 12 bulan tidak diwartakan.
8.4.5. Aktiviti Penguatkuasaan Dan Pemotongan Bekalan Air
Pada tahun 2010, sebanyak 11 operasi pemotongan dilakukan oleh SADA di 7 daerah yang
mempunyai tunggakan bil air tinggi. Operasi yang dilaksanakan hasil kerjasama daripada
pelbagai agensi seperti TLSB, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta hebahan melalui stesen
radio tempatan dan masjid. Kesan daripada operasi ini, jumlah tunggakan telah berkurangan
sejumlah RM0.80 juta atau 64% berbanding RM1.26 juta. Maklumat terperinci mengenai
kedudukan tunggakan bil selepas operasi pemotongan adalah seperti di Jadual 8.13.
Manakala Gambar 8.7 dan Gambar 8.8 menunjukkan operasi pemotongan bekalan air.
Jadual 8.13
Kedudukan Tunggakan Bil Selepas Operasi Pemotongan
Sehingga Disember 2010
Daerah / Kawasan
Jumlah Jumlah Peratus
Bilangan
Tunggakan Bayaran Pembayaran
Akaun
(RM Juta) (RM Juta) (%)
Sungai Petani 377 0.22 0.13 60
Kota Setar 1,001 0.27 0.07 27
Kulim 146 0.08 0.02 19
Kubang Pasu 130 0.04 0.04 103
Pendang 218 0.09 0.08 91
Yan 119 0.04 0.02 47
Langkawi 531 0.52 0.44 84
Jumlah 2,522 1.26 0.80 64
Sumber: SADA
101
Gambar 8.7
Operasi Pemotongan Bekalan Air
Secara Pemotongan Meter
Gambar 8.8
Operasi Pemotongan Bekalan Air
Secara Penutupan Ferule
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Pantai Cenang, Langkawi
Tarikh: 26 Oktober 2010
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Bukit Malut, Langkawi
Tarikh: 26 Oktober 2010
Pada pendapat Audit, aktiviti penguatkuasaan dan pemotongan bekalan air yang
dilaksanakan oleh SADA adalah baik kerana berjaya mengurangkan tunggakan hasil
bekalan air.
8.5. SYOR AUDIT
Bagi meningkatkan prestasi pengurusan pengebilan air, adalah disyorkan SADA mengambil
tindakan berikut:
8.5.1. Mengadakan rancangan tahunan penggantian meter rosak atau tidak berfungsi
supaya penggantian meter baru dapat dilakukan dengan lebih teratur.
8.5.2. Memastikan pengguna menjelaskan deposit bagi setiap permohonan baru sebelum
pemasangan meter dilakukan dan sambungan semula turut dikenakan bayaran deposit.
8.5.3. Menyediakan garis panduan dan program berkaitan penggunaan saiz meter yang
bersesuaian dengan penggunaan air sebenar.
8.5.4. Menyediakan peruntukan dan program berkaitan dengan penggantian meter air
berusia sejajar dengan amalan terbaik SADA di antara 7 hingga 10 tahun.
8.5.5. Pihak SADA perlu memastikan objektif sebenar pelaksanaan program AMR
dilaksanakan iaitu bacaan meter dibuat secara online.
102
BAHAGIAN II
PENGURUSAN SYARIKAT
KERAJAAN NEGERI
,
BAHAGIAN II
PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN NEGERI
9. PENDAHULUAN
Seksyen 5(1)(d), Akta Audit 1957 memberi kuasa kepada Ketua Audit Negara untuk
mengaudit sesebuah syarikat yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965. Syarikat yang
boleh diaudit ialah Syarikat yang menerima geran/pinjaman/jaminan daripada Kerajaan
Persekutuan atau Negeri dan di mana lebih daripada separuh modal saham berbayarnya
dipegang oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri atau Agensi Kerajaan Negeri. Ini
juga selaras dengan Warta Kerajaan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Jilid 53
No. 26 bertarikh 17 Disember 2009, di bawah perintah P.U (A) 443 Perlembagaan
Persekutuan yang dinamakan perintah Audit (Akaun Syarikat) 2009 yang memberi kuasa
kepada Ketua Audit Negara untuk memeriksa, menyiasat dan mengaudit syarikat Kerajaan.
Pada tahun 2010, Jabatan Audit Negara telah memilih untuk mengaudit Kulim Technology
Park Corporation Sdn. Bhd., Yiked Bina Sdn. Bhd., Kumpulan Ladang-ladang Perbadanan
Kedah Sdn. Bhd. dan Amanah Saham Kedah Berhad.
PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI KEDAH
10. KULIM TECHNOLOGY PARK CORPORATION SDN.BHD.
10.1. LATAR BELAKANG
10.1.1. Kulim Technology Park Corporation Sdn. Bhd. (KTPC) adalah syarikat subsidiari
KHTP Holding Sdn. Bhd. yang merupakan syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan
Negeri Kedah (PKNK). KTPC mula beroperasi pada 8 Januari 1979 dengan modal berbayar
berjumlah RM10 juta dengan nama asalnya KSDC Management Sdn. Bhd. Pada masa
sekarang, KTPC bergiat secara langsung dalam aktiviti pembangunan dan pengurusan
tanah seluas 1,700 hektar di daerah Kulim, Kedah yang dikenali sebagai Kulim Hi-Tech
Park (KHTP). KHTP merupakan taman perindustrian berteknologi tinggi yang pertama
di Malaysia.
10.1.2. Objektif penubuhan KHTP adalah untuk menjadi pemangkin dalam merealisasikan
Wawasan 2020, iaitu visi Kerajaan untuk menjadi sebuah negara maju. Oleh itu, kewujudan
KTPC adalah selaras dengan visi KHTP untuk muncul sebagai sebuah taman teknologi
pilihan utama dan terulung di Malaysia seterusnya di Asia menjelang tahun 2020. Bagi
mencapai hasrat berkenaan KTPC telah mewujudkan satu kawasan taman berteknologi
tinggi yang dikenali sebagai “Bandaraya Sains Masa Hadapan’’ (Science City Of Future)
yang menempatkan pelbagai syarikat tempatan dan antarabangsa.
105
10.1.3. KHTP merupakan salah satu projek yang diberi penekanan oleh Kerajaan
Persekutuan dalam Rancangan Malaysia Ke-Sembilan (RMKe9) untuk meningkatkan
keupayaan negara di dalam pembangunan sektor teknologi tinggi dan penyelidikan. Selaras
dengan usaha berkenaan, Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM120 juta dalam
RMKe9 bagi projek pembesaran kawasan KHTP di mana sejumlah RM60 juta merupakan
geran pembangunan infrastruktur dan RM60 juta lagi dalam bentuk pinjaman bagi tujuan
pengambilan tanah.
10.1.4. Pada akhir tahun 2010 terdapat 26 syarikat yang merangkumi pelbagai sektor
teknologi tinggi seperti elektronik, mekanikal, telekomunikasi, semikonduktor, optoelectronics,
bio-teknologi, pusat penyelidikan dan pembangunan industri, pusat sumber ilmu
sains dan teknologi serta pusat latihan program keusahawanan tekno industri kecil dan
sederhana sedang beroperasi di KHTP.
10.1.5. KTPC mempunyai 10 Ahli Lembaga Pengarah (ALP) termasuk seorang wakil dari
Kementerian Kewangan dan seorang wakil dari PKNK. Manakala pengurusan syarikat
diketuai oleh Presiden dan dibantu oleh 57 kakitangan eksekutif serta bukan eksekutif.
10.2. OBJEKTIF PENGAUDITAN
Pengauditan ini dijalankan untuk menilai sama ada prestasi kewangan syarikat memuaskan,
pengurusan aktiviti dan kewangan serta tadbir urus korporat telah dilaksanakan dengan
teratur selaras dengan objektif penubuhannya.
10.3. SKOP DAN KAEDAH PENGAUDITAN
Pengauditan dijalankan merangkumi prestasi kewangan, pengurusan aktiviti dan tadbir urus
korporat. Pengauditan dijalankan dengan meneliti Memorandum dan Artikel Syarikat, Akta
Syarikat 1965, peraturan kewangan, minit mesyuarat ALP dan rekod berkaitan dengan
pengurusan syarikat KTPC bagi tahun 2007 hingga 2010. Analisis kewangan juga dilakukan
terhadap Penyata Kewangan bagi tempoh 3 tahun iaitu daripada tahun 2007 hingga 2009.
Di samping itu, temu bual dan perbincangan dengan pegawai yang berkaitan serta
pemeriksaan fizikal terhadap peralatan dan aset juga dijalankan. Lawatan Audit ke kawasan
industri KTPC dibuat bagi meninjau pelaksanaan aktivitinya.
10.4. PENEMUAN AUDIT
Pengauditan yang dijalankan di antara bulan Disember 2010 hingga Januari 2011
mendapati pada umumnya, kedudukan kewangan KTPC adalah baik dengan mencatatkan
keuntungan sepanjang tahun 2007 hingga 2009. Bagaimanapun, pengurusan aktiviti
berkaitan penyewaan bangunan dan pemantauan projek pembangunan boleh
dipertingkatkan. Selain itu, terdapat kelemahan dalam aspek pengurusan kewangan seperti
pengurusan pinjaman Kerajaan, pengurusan syarikat subsidiari serta pembayaran bonus
dan dividen yang tidak mengikut Pekeliling Perbendaharaan. Penjelasan lanjut berhubung
dengan prestasi kewangan dan aktiviti KTPC adalah seperti berikut:
106
10.4.1. Prestasi Kewangan
10.4.1.1. Analisis Trend
a. Prestasi kewangan KTPC bagi tahun 2007 hingga 2009 secara keseluruhannya
adalah baik dengan mencatatkan keuntungan sebelum cukai bagi 3 tahun tersebut.
Antara faktor penyumbang kepada keuntungan KTPC adalah pendapatan jualan lot
industri Fasa I hingga Fasa III di mana KTPC berjaya menjual lot industri bernilai di
antara RM34 juta hingga RM39.26 juta setahun. Manakala peningkatan keuntungan
yang drastik pada tahun 2009 adalah disebabkan KTPC memperolehi pendapatan
luar biasa berjumlah RM11 juta hasil kerjasama pembinaan projek Business Centre
II. Keadaan ini menyebabkan keuntungan KTPC pada tahun 2009 meningkat kepada
RM24.58 juta iaitu peningkatan sejumlah RM11.85 juta atau 93.1% berbanding
tahun 2007. Berikutan prestasi keuntungan yang dicatatkan setiap tahun, Dana
Pemegang Saham KTPC telah melonjak kepada RM103.19 juta iaitu peningkatan
sebanyak 931.2% berbanding pelaburan modal asal berjumlah RM10 juta.
b. Pendapatan utama KTPC adalah melalui penjualan lot industri dan perumahan,
penyewaan bangunan serta pendapatan daripada ladang getah dan kelapa sawit.
KTPC juga menerima pendapatan sampingan seperti dividen dan faedah pelaburan,
caj bayaran elektrik bagi penyewa bangunan dan pendapatan sebagai konsultan
untuk projek di luar negara. Pendapatan KTPC pada tahun 2007 adalah berjumlah
RM46.03 juta, meningkat kepada RM51.54 juta pada tahun 2008 dan seterusnya
meningkat kepada RM53.33 juta pada tahun 2009. Analisis Audit mendapati
peningkatan pendapatan sejumlah RM5.51 juta atau 12% pada tahun 2008 adalah
disebabkan peningkatan pendapatan daripada penjualan lot tanah industri yang
meningkat kepada RM39.26 juta atau 15.5% berbanding tahun 2007. Manakala
peningkatan pendapatan sejumlah RM1.79 juta atau 3.5% pada tahun 2009 adalah
disebabkan oleh pendapatan luar biasa berjumlah RM11 juta walaupun pada tahun
tersebut pendapatan jualan lot industri merosot kepada RM34.87 juta berbanding
tahun 2008.
c. Perbelanjaan KTPC bagi tahun 2007 hingga 2009 adalah di antara RM34.90 juta
hingga RM37.35 juta dan majoriti perbelanjaan adalah terdiri daripada kos jualan lot
industri, penyenggaraan bangunan dan kos perladangan. Lain-lain perbelanjaan
seperti perbelanjaan am dan pentadbiran, cukai dan kos kewangan menunjukkan
peningkatan setiap tahun terutamanya cukai yang meningkat sebanyak RM38.9 juta
atau 172.1% berbanding tahun 2007.
d. Kedudukan pendapatan dan perbelanjaan serta untung rugi KTPC bagi tahun
kewangan 2007 hingga 2009 adalah seperti di Jadual 10.1, Carta 10.1 dan 10.2.
107
Jadual 10.11
Penyata Pendapatan Dan Perbelanjaan Serta Untung Rugi
Bagi Tahun 2007 Hingga 2009
Tahun
Butiran
2007
2008
(RM Juta) (RM
Juta)
Pendapatan
Perbelanjaan Operasi
Untung Kasar
Lain-lain Pendapatan
Perbelanjaan Am
dan Pentadbiran
Kos Kewangan
Untung/(Rugi) Sebelum Cukai
Pelarasan Cukai
Untung/(Rugi) Bersih Semasa
Sumber: Penyata Kewangan KTPC
44.29
(21.58)
22.71
1.74
(11.24)
(0.48)
12.73
(2.26)
10.47
44.63
(21.38)
23.25
6.91
(10.86)
( 0.45)
18.85
( 4.66)
14.19
2009
(RM Juta)
39.899
(17.28)
22.61
13.444
(11.31)
(0.16)
24.58
(6.15)
18.43
Carta 10.1
Trend Keuntungan Sebelum Cukai KTPC
Bagi Tahun Kewangan
2007 Hingga 2009
(RM Juta)
30
24.58
25
18.85
20
15
12.73
10
5
0
2007 2008
2009
Tahun
Sumber: Penyataa Kewangan KTPC
Carta 10.2
Trend Pendapatan Dan Perbelanjaan
KTPC Bagi Tahun Kewangan
2007 Hingga 2009
(RM Juta)
60
51.54
50 46.03
40 35.56
37.35
30
20
10
0
53.33
34.90
2007 2008 2009
Pendapatan
Perbelanjaan
Tahun
Sumber: Penyata Kewangan KTPC
10.4. .1.2. Analisis Nisbah
Bagi menilai prestasi kewangan KTPC, beberapa analisis nisbah
kewangan telah
dijalankan terhadap butiran yang ditunjukkan dalam Lembaran Imbangan serta Penyata
Pendapatan KTPC bagi tahun kewangan 2007 hingga 2009. Hasil analisiss nisbah
kewangan adalah seperti di Jadual 10.2.
Jadual 10.2
Analisis Nisbah Kewangan Bagi Tahun Kewangan 2007 Hingga
2009
Butiran
Tahun Kewangan
2007
2008
2009
Nisbah Semasa
Margin Untung
Bersih
Nisbah Pulangan Ke Atas Aset
Nisbah Pulangan Ke Atas Ekuiti
Sumber: Penyata Kewangan KTPC
1.04:1
24%
0.03:1
0.17:1
1.21:11
32%
0.04:1
0.17:11
1.06:1
46%
0.05:1
0.18:1
108
a. Nisbah Semasa
Nisbah Semasa dikira dengan membandingkan aset semasa dengan liabiliti semasa.
Nisbah ini digunakan bagi menentukan sejauh mana kemampuan aset semasa
syarikat yang boleh ditukar segera kepada tunai bagi menampung liabiliti jangka
pendek syarikat. Semakin tinggi nisbah ini, semakin meningkat kecairan syarikat.
Berdasarkan pengiraan Audit, Nisbah Semasa KTPC menunjukkan syarikat masih
berupaya membayar balik nilai semasanya kerana nilai asetnya adalah melebihi nilai
liabiliti. Bagaimanapun, nisbah ini adalah kecil dan tidak konsisten dari tahun ke
tahun. Keadaan ini menunjukkan bahawa KTPC akan mengalami masalah kewangan
pada masa hadapan dan KTPC perlu membuat penambahbaikan sehingga melebihi
penanda aras iaitu 2:1. Keadaan nisbah yang kecil adalah kerana KTPC mempunyai
pinjaman daripada Kerajaan yang masih belum dibayar berjumlah RM112.60 juta
pada tahun 2009.
b. Margin Untung Bersih
Margin ini merupakan pendekatan yang lazim digunakan bagi mengukur peratusan
keuntungan yang diperolehi daripada setiap ringgit pendapatan yang dipungut.
Peningkatan margin ini menunjukkan kecekapan syarikat di mana bagi setiap ringgit
kenaikan pendapatan, ia memberi kesan langsung dan nilai tambah (value-added)
terhadap peningkatan kadar keuntungan syarikat. Semakan Audit mendapati Margin
Untung Bersih KTPC menunjukkan peningkatan terutamanya pada tahun 2009 di
mana bagi setiap ringgit hasil pendapatan, KTPC berjaya memperolehi keuntungan
berjumlah 46%. Pencapaian nisbah yang baik adalah disebabkan KTPC berjaya
meningkatkan pendapatannya melalui penjualan lot industri dan hartanah. Selain itu,
pada tahun 2009 KTPC juga memperolehi jaminan keuntungan minimum bagi projek
pembinaan Business Centre II dengan kos RM11 juta.
c. Nisbah Pulangan Ke Atas Aset
Nisbah ini mengukur pulangan pelaburan asetnya iaitu pulangan bersih yang
diperoleh bagi setiap ringgit aset yang dilaburkan. Semakin tinggi hasil yang
diperoleh daripada setiap ringgit yang digunakan, semakin cekap syarikat
menguruskan asetnya. Berdasarkan pengiraan Audit, Nisbah Pulangan Ke Atas Aset
KTPC adalah positif iaitu di antara 0.03:1 hingga 0.05:1. Bagaimanapun nisbah ini
masih kecil jika dibandingkan dengan jumlah aset KTPC yang melebihi RM347 juta.
Ini menunjukkan KTPC masih kurang produktif untuk menggunakan aset yang dimiliki
bagi menjana keuntungan yang maksimum.
d. Nisbah Pulangan Ke Atas Ekuiti
Nisbah ini mengukur pulangan terhadap jumlah modal syarikat yang dilaburkan iaitu
pulangan bersih yang diperoleh bagi setiap ringgit modal. Semakin tinggi hasil yang
diperoleh daripada setiap ringgit modal, semakin cekap syarikat menguruskan
modalnya. Berdasarkan pengiraan Audit mendapati Nisbah Pulangan Ke Atas Ekuiti
KTPC menunjukkan trend peningkatan tahun 2007 hingga 2009. Ini kerana KTPC
telah berjaya memperolehi keuntungan di antara RM10.47 juta hingga RM18.43 juta.
109
Kejayaan tersebut menyebabkan ekuiti pemegang saham KTPC melonjak secara
drastik daripada RM10 juta kepada RM103 juta.
Pada pendapat Audit, prestasi kewangan KTPC adalah baik kerana berjaya
mencatat keuntungan pada tahun 2007 hingga 2009. Bagaimanapun KTPC masih
belum menjelaskan tunggakan pinjaman kepada Kerajaan walaupun tempoh
pembayaran balik telah tamat.
10.4.2. Pengurusan Aktiviti
10.4.2.1. Pembangunan Tanah
Pada awal pembangunan Kulim Hi-Tech Park (KHTP), KTPC telah membangunkan
Fasa I dan Fasa II seluas 1,700 hektar. Bagi pembangunan Zon Industri Fasa III, KTPC
telah membuat pengambilan tanah baru seluas 175 hektar di kawasan berdekatan.
Kemasukan pelaburan baru daripada syarikat multinasional telah membolehkan KTPC
diluluskan geran dan pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan yang keseluruhannya
berjumlah RM120 juta. Tujuan pembangunan ini adalah bagi menyediakan lot industri
dilengkapi dengan pelbagai kemudahan infrastruktur dan dijual kepada pelabur secara
pajakan. KTPC hendaklah menyediakan kemudahan infrastruktur mengikut kontrak yang
telah ditandatangani dengan Syarikat Uzaimin Enterprise Sdn. Bhd. KTPC telah
menyenaraikan 12 kontraktor Kelas A untuk tujuan pembangunan ini. Pemilihan
kontraktor adalah dipersetujui bersama oleh Bahagian Pelaburan, Kementerian
Kewangan, MECD, MIDA dan PKNK. Pemeriksaan Audit terhadap fail projek mendapati
beberapa kelemahan seperti berikut:
a. Peningkatan Harga Kontrak Sebanyak 45%
Berdasarkan perjanjian kontrak yang telah ditandatangani, harga kontrak yang
ditetapkan berjumlah RM69.90 juta. Bagaimanapun semakan Audit mendapati jumlah
kos projek telah meningkat kepada RM101.39 juta atau 45% berbanding harga
kontrak asal. Peningkatan kos ini disebabkan kajian tentang komposisi tanah (soil
investigation) tidak dijalankan secara menyeluruh sehingga menyebabkan bongkah
batu pejal yang dianggarkan berkeluasan 1.6 juta meter padu tidak dapat di kesan
pada peringkat awal. Ini menyebabkan kos bahan letupan untuk memecah bongkah
batu dan kos pindaan pelan mengenai kedudukan kolam takungan dan saluran paip
meningkat sejumlah RM31.49 juta. KPTC memaklumkan kenaikan kos adalah
disebabkan oleh kesuntukan masa yang dihadapi KTPC kerana menerima pelaburan
luar negara bernilai RM8 billion. Pelabur meminta tapak Modul 3 dan 4 dipercepatkan
untuk memenuhi permintaan produk mereka. Dalam keadaan yang mendesak, kerjakerja
tanah yang dijalankan adalah secara ‘Balance Cut & Fill’ dan mengguna pakai
laporan uji tanah sedia ada bagi tujuan rekabentuk tanpa uji tanah tambahan.
Lapisan batu keras mula ditemui setelah beberapa bulan kerja dimulakan. Kesemua
harga tambahan ini telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.
Pada pendapat Audit, penambahan kos ini pastinya membebankan kedudukan
masa depan kewangan KTPC.
110
. Projek Lewat Disiapkan
Mengikut kontrak, kontraktor diberikan tempoh 18 bulan bermula 1 September 2007
hingga 20 Februari 2009 bagi menyiapkan projek pembangunan infrastruktur asas
zon industri Fasa III. Bagi tempoh 21 Februari 2009 hingga 31 Disember 2009,
Kontraktor telah diluluskan 3 kali Lanjutan Masa (EOT) hingga akhirnya Perakuan
Tidak Siap Kerja (CNC) telah dikeluarkan kepada kontraktor pada 31 Disember 2009
apabila kontraktor masih gagal menyiapkan kerja-kerja. Kontraktor akan didenda
RM20,000 bagi setiap hari kelewatan sebagai Gantirugi Yang Ditentu Dan Ditetapkan
atau “Liquidated and Ascertained Damages” (LAD). Amalan kebiasaannya, selepas
pengeluaran CNC, EOT tidak akan dikeluarkan supaya LAD dapat dikenakan kepada
kontraktor. Bagaimanapun EOT ketiga telah dikeluarkan pada 31 Disember 2009 iaitu
pada tarikh yang sama CNC dikeluarkan. Pengeluaran EOT ketiga yang berakhir 31
Mei 2010 tersebut telah menyebabkan CNC terbatal dan LAD tidak boleh dikenakan
kepada Kontraktor selepas mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan.
Projek telah disiapkan pada 14 Mei 2010 iaitu 17 hari lebih awal daripada tarikh
lanjutan EOT ketiga. KTPC memaklumkan kelewatan penyiapan projek tersebut
adalah disebabkan oleh permohonan kontraktor untuk semakan semula harga
kontrak kerana penemuan batuan keras yang menyebabkan jentera berkuasa tinggi
perlu digunakan. Selain itu kontraktor juga perlu melakukan perubahan kepada
rekabentuk dan kedudukan asal kolam takungan selaras dengan kehendak Jabatan
Pengairan Dan Saliran.
Pada pendapat Audit, pelaksanaan projek adalah kurang memuaskan kerana
projek pembangunan lewat disiapkan mengikut tempoh kontrak selama 444
hari.
10.4.2.2. Projek Perumahan
KTPC telah membangunkan kawasan perumahan Fasa I, II dan III sebagai kawasan
kediaman kepada penduduk sekitarnya. Semakan Audit terhadap fail projek mendapati
projek perumahan yang dibangunkan oleh KTPC lewat disiapkan. Projek ini sepatutnya
disiapkan pada 31 Ogos 2009 tetapi gagal disiapkan hingga akhir tahun 2010. Lawatan
Audit ke tapak projek perumahan Fasa II pula mendapati rumah yang dibina mengalami
kerosakan dan keretakan serius sehingga menyebabkan KTPC terpaksa membeli balik
rumah yang telah dijual. Penjelasan lanjut mengenai penemuan Audit adalah seperti
berikut:
a. Projek Pembinaan 64 Unit Rumah Berkembar dan 2 Unit banglo Kulim Perdana
Fasa III
i. Kontrak Lewat Ditandatangani
Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1995 menetapkan kontrak
hendaklah ditandatangani dalam tempoh 4 bulan selepas Surat Setuju Terima
(LOA) dikeluarkan. Mengikut kontrak projek pembinaan bermula pada 1 Januari
2008 dan tamat kontrak pada 31 Ogos 2009. Semakan Audit mendapati kontrak
111
agi pembinaan 64 unit rumah berkembar dan 2 unit banglo lewat ditandatangani
pada 20 Ogos 2009 iaitu 11 hari sebelum tarikh tamat kontrak. KPTC
memaklumkan kelewatan berlaku disebabkan pihak pengurusan tinggi yang baru
memerlukan masa untuk meneliti kontrak yang akan ditandatangani. KTPC boleh
mengambil tindakan undang-undang berdasarkan surat tawaran yang
dikeluarkan dan disahkan penerimaannya oleh kontraktor sekiranya berlaku
pelanggaran syarat.
ii.
Kerja Pembinaan Rumah Lewat Disiapkan
Merujuk kepada dokumen kontrak, projek pembinaan hendaklah disiapkan dalam
tempoh 20 bulan iaitu bermula pada 1 Januari 2008 hingga 31 Ogos 2009.
Pemeriksaan Audit terhadap fail projek mendapati projek gagal disiapkan
mengikut jadual asal. Kontraktor telah diberi EOT sehingga 10 Mac 2010 untuk
menyiapkan projek tersebut, bagaimanapun projek masih lewat disiapkan oleh
kontraktor. CNC telah dikeluarkan kepada kontraktor pada 10 Mac 2010 dan
denda sejumlah RM3,500 bagi setiap hari kelewatan sehingga projek selesai.
Sehingga 30 November 2010 LAD terkumpul adalah berjumlah RM0.93 juta dan
akan diselaraskan melalui bayaran muktamad projek.
iii. Kelewatan Pemasangan Hoarding Dan Kolam Takungan Membasuh Tayar
Kontraktor sepatutnya memasang hoarding di keliling tapak pembinaan sebagai
langkah keselamatan sebelum kerja di tapak pembinaan dimulakan. Semakan
Audit mendapati setelah amaran diberikan oleh Pihak Berkuasa Tempatan KHTP
kontraktor telah memasang hoarding selepas 9 bulan pembinaan dan membina
kolam takungan membasuh tayar selepas 11 bulan projek dilaksanakan.
b. Rumah Perumahan Kulim Perdana Fasa II Mengalami Kerosakan
Pemeriksaan Audit mendapati 5 unit rumah teres 2 tingkat yang diduduki sejak tahun
2006 iaitu Lot 188, 189, 217, 218 dan 219 telah mengalami keretakan di bahagian
rasuk tetulang utama, keretakan di dinding bilik tidur utama, keretakan di dinding
bilik air, keretakan di balkoni serta keretakan di bahagian atas tangga. Keretakan ini
walaupun telah beberapa kali dibaiki ianya masih berulang. KTPC memaklumkan
kerosakan adalah disebabkan terdapat aliran air di bawah tanah yang telah
menyebabkan mendapan. Sebagai pemaju yang bertanggungjawab dan untuk
menjaga imej KTPC, pihak pengurusan KTPC mengambil keputusan untuk membeli
balik 2 buah rumah berkenaan untuk tujuan pembaikan atau dirobohkan sekiranya
perlu. Bagi lot-lot rumah yang lain, pembelian akan dilakukan setelah proses
rundingan harga dengan pembeli rumah selesai. Lawatan Audit terhadap lot 219
mendapati berlaku keretakan seperti di Gambar 10.1 dan 10.2.
112
Gambar 10.1
Keretakan Di Balkoni
Tingkat Bawah Rumah Di Lot 219
Gambar 10.2
Keretakan Di Atas Pintu
Bilik Tidur Utama Di Lot 219
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Kulim Perdana Fasa II
Tarikh: 19 Januari 2011
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Kulim Perdana Fasa II
Tarikh: 19 Januari 2011
Pada pendapat Audit, kelewatan menyiapkan pembinaan rumah dan pembinaan
yang tidak berkualiti boleh menjejaskan imej KTPC.
10.4.2.3. Bangunan Business Centre II Tidak Disewakan
Bangunan Business Centre II dengan kos berjumlah RM12.3 juta telah siap dibina pada 2
Julai 2009 dan telah diberikan Sijil Layak Menduduki (CF) pada 27 Oktober 2009.
Bangunan ini dibina bertujuan untuk disewakan kepada pelanggan dan pelabur di KTPC.
Bagaimanapun, semakan Audit mendapati bangunan tersebut masih belum disewakan.
KTPC memaklumkan pihaknya dalam proses rundingan menjual bangunan kepada
pembida tertinggi secara sewa beli yang dianggarkan bernilai RM20.25 juta. Proses
pembelian ini masih belum muktamad dan dijangkakan selesai pada bulan Ogos 2011.
Bangunan Business Centre II adalah seperti di Gambar 10.3.
Gambar 10.3
Bangunan Business Centre II
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Business Centre II, KHTP
Tarikh: 19 Januari 2011
113
10.4.2.4. Prestasi Penyewaan Bangunan Komersial KTPC
Penyewaan bangunan komersial KTPC tidak memuaskan kerana masih terdapat lot yang
belum disewa terutamanya di bangunan Business Centre I dan II, Admin Centre dan
Techno Centre. Semakan Audit mendapati, hanya 59.4% daripada keseluruhan ruang
berjaya disewakan bagi 5 bangunan komersial kepunyaan KTPC disebabkan oleh
pemasaran yang kurang berkesan. KTPC memaklumkan pihaknya hanya dapat
menerima beberapa industri tertentu untuk penyewaaan bangunan bagi menjaga
statusnya sebagai taman teknologi tinggi. KTPC juga perlu menyimpan beberapa lot
bangunan untuk tujuan penyewaan pelabur baru yang masih belum memiliki bangunan
sendiri di KTPC. Butiran lanjut adalah seperti di Jadual 10.3.
Jadual 10.3
Penyewaan Bangunan KTPC Sehingga Disember 2010
Ruang Ruang Yang Ruang
Bangunan
Bangunan Disewa
Kosong
Sewaan
(Kaki Persegi) (Kaki Persegi) (Kaki Persegi) (%)
Business Centre I 170,647 119,049 51,598 69.8
Business Centre II 60,000 - 60,000 -
Admin Centre 66,140 45,470 20,670 68.8
Techno Centre 69,434 47,441 21,993 68.3
Toxic Waste Storage Yard 14,822 14,553 269 98.2
Jumlah 381,043 226,513 154,530 59.4
Sumber: Rekod KTPC
10.4.2.5. Prestasi Pelaburan Syarikat Subsidiari
Pekeliling Perbendaharaan Bil. 12 Tahun 1993 menetapkan semua pelaburan syarikat
subsidiari Kerajaan termasuk penubuhan syarikat baru perlu diluluskan oleh Lembaga
Pengarah. Penubuhan syarikat subsidiari dengan pegangan ekuiti 100% oleh Kerajaan
atau syarikat Kerajaan tidak dibenarkan kecuali atas sebab mendesak dan mustahak.
Lembaga Pengarah Badan/syarikat induk perlu melupuskan/menswastakan kepentingan
Kerajaan dalam syarikat yang menghadapi kerugian besar berterusan, dorman dan telah
menamatkan operasi. Sehingga Disember 2010, KTPC mempunyai 8 buah syarikat
subsidiari di mana 6 buah syarikat adalah aktif manakala 2 lagi tidak aktif. Semakan Audit
mendapati kesemua syarikat subsidiari KTPC mencatatkan kerugian terkumpul
keseluruhannya berjumlah RM24.81 juta. Ini bermakna pelaburan KTPC berjumlah
RM57.08 juta di dalam syarikat subsidiarinya tidak mendatangkan hasil malah
membebankan KTPC. KTPC Resort Development Bhd.(KRDB) mengalami kerugian
sehingga RM80 juta sebelum tahun 2007. Bagi menyelamatkan KRDB daripada muflis,
KTPC terpaksa menyuntik tambahan modal saham KTPC sejumlah RM50 juta. Selain itu,
KTPC juga telah menjual sebahagian hartanah KRBD sehingga menyebabkan KTPC
mencatatkan keuntungan luar biasa pada tahun 2007 sebanyak RM42.36 juta. Manakala
Restu Harmoni Sdn. Bhd. pula masih dalam proses pembubaran dan akaun beraudit
terakhir yang dikeluarkan adalah pada tahun 2003. KPTC memaklumkan anak
syarikatnya sukar mencatatkan keuntungan dalam jangka masa pendek tetapi ianya perlu
menyediakan perkhidmatan sokongan yang dapat menarik pelabur. Bagi tujuan
penambahbaikan, KTPC telah melakukan penstrukturan semula pengurusan atasan anak
114
syarikat, menyediakan pelan strategi perniagaan, melaksanakan pemantauan berkala dan
memperkenalkan Key Performance Indicator (KPI) terhadap syarikat subsidiarinya.
Butiran lanjut syarikat-syarikat subsidiari KTPC adalah seperti di Jadual 10.4.
Jadual 10.4
Prestasi Syarikat Subsidiari KTPC bagi Tahun Kewangan 2007 Hingga 2009
Keuntungan/ (Kerugian)
Kerugian
Pelaburan Ekuiti
Tahun
Terkumpul
Subsidiari
2007 2008 2009 2009
(RM Juta) (%) (RM Juta) (RM Juta) (RM Juta) (RM Juta)
Syarikat Aktif
KTPC Resort Development
Bhd.
50 100 42.36 (0.18) 0.19 (5.27)
Kulim Technology
Management Sdn. Bhd.
1.0 90 0.03 (0.40) 0.08 (0.24)
Kedah Bioresources
Corporation Sdn. Bhd.
0.50 100 (0.29) (0.19) (0.10) (0.84)
KTPC Contruction Sdn. Bhd. 0.75 100 (0.93) 0.11 0.06 (2.78)
Kedah Information
Technology Sdn. Bhd.
1.00 100 (0.002) (0.002) (0.24) (1.40)
Kulim Golf & Country
Resort Sdn. Bhd.
1.00 100 (0.70) (0.43) 0.13 (6.20)
Syarikat Tidak Aktif (Dorman)
Kulim Advance Education
Corporation Sdn. Bhd.
1.20 70 (0.003) (0.006) 0.002 (2.30)
Restu Harmoni Sdn. Bhd. 1.63 51 - - -
Pada 2003
(5.78)
Jumlah 57.08 - 40.47 (1.10) 0.12 (24.81)
Sumber: Rekod KTPC
Pada pendapat Audit, pelaburan dalam syarikat subsidiari yang berterusan
mengalami kerugian wajar disemak semula untuk ditamatkan operasinya kerana
KTPC tidak menerima sebarang dividen dan perkongsian keuntungan.
10.4.2.6. Pendahuluan Dan Pinjaman Kepada Syarikat Subsidiari
Mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil.12 Tahun 1993, pinjaman yang diberikan tanpa
faedah atau dengan kadar faedah yang subsidized serta syarat yang longgar, hendaklah
dihentikan. Semakan Audit mendapati pada tahun 2007 hingga 2009, KTPC telah
memberi pendahuluan kepada syarikat subsidiari dengan baki terhutang pada 31
Disember 2009 berjumlah RM44.66 juta. Pendahuluan ini dilakukan untuk membiayai
projek dan operasi syarikat subsidiarinya. Semakan lanjut mendapati tiada perjanjian
dibuat berkaitan pendahuluan tersebut bagi menyatakan secara terperinci syarat-syarat
berkaitan faedah yang dikenakan dan tempoh bayaran balik di antara KTPC dengan
syarikat subsidiarinya. Implikasinya, tiada bayaran balik dilakukan oleh syarikat subsidiari
kepada KTPC. Pemeriksaan Audit juga mendapati, KTPC telah mempermodalkan
pendahuluan kepada syarikat subsidiari iaitu KRDB berjumlah RM35 juta untuk
menyelamatkan daripada muflis.
115
Pada pendapat Audit, pendahuluan yang dikeluarkan tanpa perjanjian akan
menyebabkan tindakan undang-undang tidak dapat diambil sekiranya bayaran balik
gagal dibuat mengikut tempoh yang ditetapkan.
10.4.3. Tadbir Urus Korporat
Akta Syarikat 1965, pekeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan serta Kod
Tadbir Urus Korporat telah memperincikan elemen penting yang perlu dipatuhi oleh syarikat
untuk memastikan tadbir urus korporat dan pengurusan kewangan yang baik. Kod tadbir
urus korporat yang telah disemak semula pada tahun 2007 menekankan elemen penting
seperti pematuhan undang-undang dan peraturan, struktur organisasi, keanggotaan,
peranan dan tanggungjawab Lembaga Pengarah kepada pemegang saham, penetapan dan
pendedahan ganjaran yang diterima oleh Lembaga Pengarah, polisi dan prosedur,
penubuhan jawatankuasa tertentu dan peranan Jawatankuasa Audit terhadap akauntabiliti
syarikat. Tadbir urus korporat merujuk kepada proses yang digunakan untuk mengurus dan
mengawal aktiviti/program serta kebajikan syarikat ke arah meningkatkan prestasi dan
akauntabiliti korporat dengan objektif utama memastikan kepentingan stakeholders
dipertahankan bagi menyumbang kepada perkembangan perniagaan. Penemuan Audit
terhadap tadbir urus korporat KTPC adalah seperti berikut:
10.4.3.1. Pembayaran Dividen
Pekeliling Perbendaharaan Bil. 11 Tahun 1993 menetapkan dasar dan garis panduan
mengenai bayaran dividen oleh syarikat Kerajaan dan dikehendaki membayar dividen
sekurang-kurangnya 10% setahun sebagai pulangan modal kepada Kerajaan sebagai
pemegang saham. Cadangan bayaran dividen perlu dikemukakan secara serentak
dengan cadangan bayaran bonus untuk kelulusan Lembaga Pengarah Badan Induk dan
Pihak Berkuasa Negeri (PBN). Semakan Audit mendapati KTPC hanya membayar dividen
berjumlah RM0.75 juta kepada PKNK dalam tahun kewangan 2009, manakala peruntukan
dividen berjumlah RM2.16 juta yang masih tertunggak masih belum dijelaskan
oleh KTPC.
Pada pendapat Audit, memandangkan KTPC memperolehi keuntungan, KTPC
sepatutnya menjelaskan segera dividen kepada PKNK.
10.4.3.2. Pembayaran Bonus
Pekeliling Perbendaharaan Bil. 10 Tahun 1993 menetapkan semua pembayaran bonus
hendaklah diluluskan oleh Lembaga Pengarah Badan Induk sebelum dikemukakan
kepada PBN. Semakan Audit mendapati pembayaran bonus kepada kakitangan
berjumlah RM1.55 juta telah dibayar pada tahun 2007 hingga 2009 berdasarkan
kelulusan Lembaga Pengarah KTPC. Bagaimanapun pembayaran ini tidak dikemukakan
kepada Lembaga Pengarah PKNK dan PBN untuk diluluskan seperti yang dikehendaki
oleh peraturan.
10.4.3.3. Jawatankuasa Audit Dalam Tidak Aktif
Pekeliling Perbendaharaan Bil. 9 Tahun 1993 menggariskan keperluan penubuhan
Jawatankuasa Audit Dan Pemeriksaan untuk meningkatkan kawalan terhadap syarikat
116
Kerajaan; mengawasi dasar dan sistem perakaunan, kawalan dalaman, laporan
kewangan serta etika perniagaan syarikat; dan menentukan sumber kerajaan diurus
seberapa cekap dan efektif untuk memenuhi objektif korporat dan sosial. Semakan Audit
mendapati KTPC telah menubuhkan Jawatankuasa Eksekutif (Jawatankuasa EXCO)
yang turut berperanan memantau pengurusan kewangan dan operasi KTPC.
Bagaimanapun, Jawatankuasa Audit yang diwujudkan tidak aktif kerana mesyuarat
terakhir diadakan pada 20 Mac 2006. Kesannya, keberkesanan kawalan dalaman
terhadap pengurusan kewangan dan tahap pematuhan syarikat terhadap dasar serta
peraturan kerajaan tidak dapat ditentukan.
10.4.3.4. Mesyuarat Lembaga Pengarah
Pekeliling Perbendaharaan Bil. 12 Tahun 1993 pula menetapkan Lembaga Pengarah
syarikat dan Lembaga Pengarah Badan Induk perlu mengawal rapi dan teliti berkaitan
prestasi syarikat Kerajaan terutamanya bagi syarikat Kerajaan yang mempunyai prestasi
yang tidak memuaskan. Prestasi dan analisis kewangan yang terperinci mengenai
syarikat hendaklah dibentangkan sekurang-kurangnya 4 kali setahun dalam mesyuarat
Ahli Lembaga Pengarah Badan Induk. Semakan Audit mendapati kekerapan mesyuarat
Lembaga Pengarah KTPC adalah seperti Jadual 10.5. Lembaga Pengarah telah
memutuskan untuk menubuhkan Jawatankuasa Kecil Lembaga Pengarah (EXCO) bagi
meneliti dan mengkaji semua kertas cadangan sebelum dibentangkan kepada Lembaga
Pengarah. Mesyuarat EXCO yang pertama telah diadakan pada 19 Mei 2011.
Jadual 10.5
Kekerapan Mesyuarat Lembaga Pengarah KTPC
bagi Tahun 2007 Hingga 2010
Tahun Kekerapan Mesyuarat Kurangan Mesyuarat
2007 3 (1)
2008 2 (2)
2009 3 (1)
2010 3 (1)
Sumber: Rekod KTPC
10.4.3.5. Pinjaman Kerajaan Tidak Dijelaskan
Pemeriksaan Audit terhadap akaun KTPC mendapati 3 pinjaman diterima daripada
Kerajaan Persekutuan yang keseluruhannya berjumlah RM160.72 juta. Pinjaman
disalurkan melalui Kerajaan Negeri dan seterusnya kepada PKNK serta KHTP Holding
Sdn. Bhd. (KHTPH). Semakan Audit mendapati KTPC belum menjelaskan baki pinjaman
termasuk faedah adalah berjumlah RM112.60 juta kepada PKNK dan KHTPH walaupun
tempoh pembayaran balik telah tamat. Butiran terperinci adalah seperti di Jadual 10.6.
117
Bil.
Sumber
Pinjaman
Jadual 10.6
Baki Pinjaman Belum Dijelaskan Sehingga Tahun 2010
Tarikh
Perjanjian
Jumlah
Pinjaman
(RM Juta)*
Tempoh
Bayaran
Jumlah
Dibayar
(RM Juta)
Baki
Pinjaman
(RM Juta)
1. KHTPH
10.11.199
2
46.16
8 Tahun
(1996-2001)
29.42 23.42
2. PKNK
20.11.199
4
66.00
8 Tahun
(1995-2002)
38.32 35.23
3. KHTPH
22.08.199
7
48.56
6 Tahun
(1998-2003)
8.34 53.95
Jumlah 160.72 76.08 112.60
Sumber: Rekod KTPC
* Pinjaman tidak termasuk faedah
10.5. SYOR AUDIT
Bagi membolehkan objektif penubuhan KTPC dicapai seperti mana yang telah ditetapkan,
KTPC perlu menangani kelemahan yang telah dibangkitkan dalam laporan ini. Bagi
mengatasi kelemahan yang dibangkitkan, Lembaga Pengarah KTPC disyorkan supaya
melaksanakan perkara seperti berikut:
10.5.1. Mengkaji dengan mendalam setiap penubuhan syarikat subsidiari dan menutup
syarikat subsidiari yang tidak aktif dan dorman, menetapkan dasar/garis panduan berkaitan
pemberian pendahuluan/pinjaman kepada syarikat subsidiari. Syarikat subsidiari perlu
dipantau dengan lebih teliti supaya pelaburan yang dilakukan tidak mengalami kerugian.
10.5.2. Memperkukuhkan aktiviti promosi, pemasaran dan perniagaan peringkat global
supaya syarikat dapat meningkatkan prestasi keuntungan melalui peningkatan pelaburan
oleh syarikat asing yang maju dalam bidang berteknologi tinggi melalui kerjasama
berterusan dengan agensi Kerajaan seperti MITI, MIDA, Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan
Kementerian serta agensi yang mempunyai kemahiran dan pelaburan yang sama. Di
samping itu, KTPC juga perlu meningkatkan promosi yang lebih berkesan bagi
meningkatkan hasil sewaan ruang bangunannya.
10.5.3. Memperkemaskan dan mengamalkan tadbir urus korporat syarikat dengan
menjadikan Pekeliling Kerajaan dan Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia sebagai amalan
terbaik.
10.5.4. Pemeriksaan Audit Dalam perlu dijalankan secara berkala dan lebih kerap serta
memastikan Jawatankuasa Audit berfungsi mengikut peraturan yang ditetapkan.
118
11. YIKED BINA SDN. YAYASAN BHD. ISLAM NEGERI KEDAH
11. YIKED BINA SDN. BHD.
11.1. LATAR BELAKANG
11.1.1. Yiked Bina Sdn. Bhd. (YBSB) merupakan subsidiari Yiked Holding Sdn. Bhd.
(YHSB). YHSB merupakan syarikat milik penuh Yayasan Islam Negeri Kedah (YINK). YBSB
telah ditubuhkan dan didaftarkan pada 15 Oktober 2000 dengan modal dibenarkan
berjumlah RM1 juta dan modal berbayar berjumlah RM0.70 juta. YBSB merupakan syarikat
usahasama di antara YHSB dan Tele-Flow Corporation Sdn. Bhd. (TCSB) dengan pegangan
ekuiti YHSB (51%) dan TCSB (49%). Objektif utama penubuhan syarikat adalah untuk
menjalankan perniagaan dalam bidang telekomunikasi.
11.1.2. Aktiviti utama YBSB adalah menjalankan pembinaan, penyewaan dan
penyenggaraan infrastruktur telekomunikasi di seluruh Negeri Kedah. YBSB telah diberikan
lesen Network Facility Provider (NFP) di bawah Seksyen 30 dan 126 Akta Komunikasi Dan
Multimedia 1998 oleh Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada
tahun 2005. SKMM juga telah melantik YBSB sebagai Syarikat Sokongan Negeri (SBC)
yang mempunyai hak eksklusif dan bertanggungjawab sebagai One Stop Centre (OSC) bagi
menguruskan hal berkaitan perlesenan, pembinaan menara telekomunikasi serta
mengkoordinasikan pengurusan infrastruktur telekomunikasi di seluruh Negeri Kedah. Ini
adalah selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan yang mewajibkan perkongsian
menara telekomunikasi di antara operator selular.
11.1.3. YBSB telah menjalankan kerja pembinaan menara telekomunikasi sejak tahun 2005
di bawah Program Time Two (T2) kelolaan SKMM. Projek ini meliputi kawasan yang
memerlukan liputan dan kualiti termasuk kawasan berpenduduk, laluan sekunder, kawasan
tumpuan ramai, laluan keretapi dan sebagainya. Sehingga kini 166 menara telah dibina dan
disewakan kepada operator selular serta operator internet dan jaringan data.
11.1.4. Lembaga Pengarah YBSB terdiri daripada 6 orang Ahli Lembaga Pengarah (ALP)
termasuk seorang wakil YHSB. Tiga wakil daripada YHSB telah dilantik sebagai ALP YBSB
bagi menjalankan kerja pemantauan. Operasi syarikat diuruskan oleh TCSB yang berpejabat
di Seri Kembangan, Selangor. Selain itu, 2 kakitangan YHSB telah dilantik oleh YBSB
sebagai Pengarah Urusan dan Pengurus bagi memastikan hal berkaitan pentadbiran
syarikat berjalan lancar khususnya di pejabat YBSB Alor Setar. Manakala tiada wakil YHSB
terlibat secara langsung dalam operasi syarikat.
119
11.2. OBJEKTIF PENGAUDITAN
Pengauditan ini dijalankan untuk menilai sama ada prestasi kewangan syarikat memuaskan,
pengurusan aktiviti dan kewangan serta tadbir urus korporat telah dilaksanakan dengan
teratur selaras dengan objektif penubuhannya.
11.3. SKOP DAN KAEDAH PENGAUDITAN
Pengauditan dijalankan merangkumi aspek prestasi kewangan, pengurusan aktiviti dan
tadbir urus korporat. Kaedah pengauditan dijalankan dengan meneliti Memorandum dan
Artikel Syarikat, Akta Syarikat 1965, Akta Perancang Bandar Dan Desa 1976, peraturan
kewangan, minit mesyuarat Lembaga Pengarah dan rekod berkaitan dengan pengurusan
syarikat YBSB bagi tempoh tahun 2006 hingga 2010. Analisis kewangan juga dilakukan
terhadap Penyata Kewangan YBSB bagi tempoh tahun 2007 hingga 2009. Di samping itu
temu bual dan perbincangan dengan pegawai yang berkaitan juga dijalankan. Lawatan Audit
ke menara telekomunikasi milik YBSB dibuat bagi meninjau pelaksanaan aktiviti
perniagaan YBSB.
11.4. PENEMUAN AUDIT
Pengauditan yang dijalankan antara bulan Disember 2010 hingga Mac 2011 mendapati
pengurusan aktiviti YBSB adalah selaras dengan objektif penubuhannya. Prestasi kewangan
YBSB secara keseluruhannya adalah memuaskan. YBSB mencatatkan kerugian pada tahun
2007 berjumlah RM0.01 juta. Pada 2 tahun berikutnya, YBSB berjaya memperbaiki
kedudukan kewangan syarikat dengan memperolehi keuntungan bersih berjumlah RM0.10
juta pada tahun 2008 dan RM0.16 juta pada tahun 2009. Pengurusan aktiviti YBSB secara
keseluruhannya adalah tidak memuaskan kerana terdapat beberapa kelemahan yang boleh
menjejaskan kepentingan Kerajaan selaku pemegang ekuiti secara amnya. Antara
kelemahan yang ditemui adalah perjanjian usahasama tidak memihak kepada YBSB kerana
hak menguruskan operasi syarikat diserahkan sepenuhnya kepada TCSB, royalti yang
diterima rendah berbanding hasil sewaan dan perjanjian Proceeds Assignment tidak
dipatuhi. Manakala tadbir urus korporat YBSB secara keseluruhannya adalah memuaskan.
Penjelasan lanjut berhubung dengan prestasi kewangan, pengurusan aktiviti dan tadbir urus
korporat adalah seperti berikut:
11.4.1. Prestasi Kewangan
11.4.1.1. Analisis Trend
a. YBSB mencatatkan kerugian pada tahun 2007 berjumlah RM0.01 juta. Mulai tahun
2008 YBSB berjaya mencatatkan keuntungan berjumlah RM0.10 juta manakala pada
tahun 2009 keuntungan YBSB meningkat kepada RM0.16 juta. Kerugian yang
dialami oleh YBSB adalah berpunca daripada kebanyakan menara masih didalam
peringkat pembinaan. YBSB berjaya memulihkan kedudukan kewangan pada tahun
2008 dan 2009 apabila menara telah diserahkan kepada operator telekomunikasi
untuk penyewaan.
120
. Pendapatan utama YBSB adalah terdiri daripada hasil sewaan menara dan kabin.
Pendapatan YBSB menunjukkan trend peningkatan terutamanya pada tahun 2008.
Pendapatan YBSB pada tahun 2007 adalah berjumlah RM12.20 juta, telah meningkat
pada tahun 2008 kepada RM16.96 juta dan meningkat lagi pada tahun 2009 kepada
RM18.78 juta. Analisis Audit mendapati peningkatan pendapatan pada tahun 2008
dan 2009 adalah kerana tambahan menara telekomunikasi telah berjaya disiapkan
dan disewakan kepada operator telekomunikasi. Selain itu, permintaan terhadap
penyewaan kabin dilokasi menara juga telah bertambah.
c. Perbelanjaan operasi, am dan pentadbiran YBSB adalah terdiri daripada kos
penyenggaraan, faedah yang dikenakan terhadap kos pembinaan menara dan susut
nilai menara serta kabin. Analisis Audit mendapati perbelanjaan operasi, am dan
pentadbiran YBSB menunjukkan trend peningkatan terutamanya pada tahun 2008.
Pada tahun 2007 hingga 2009 perbelanjaan operasi, am dan pentadbiran YBSB
masing-masing berjumlah RM12.22 juta, RM16.87 juta dan RM18.63 juta. Pihak Audit
mendapati peningkatan kos perbelanjaan operasi, am dan pentadbiran pada tahun
2008 dan 2009 adalah disebabkan oleh pertambahan kos penyenggaraan menara,
susut nilai, faedah terhadap kos pembinaan menara serta bayaran royalti.
d. Kedudukan pendapatan perbelanjaan dan untung rugi YBSB bagi tahun 2007 hingga
2009 adalah seperti di Jadual 11.1, Carta 11.1 dan Carta 11.2.
Jadual 11.1
Penyata Pendapatan Dan Perbelanjaan Serta Untung Rugi
Bagi Tahun 2007 Hingga 2009
Tahun
Butiran
2007
(RM Juta)
2008
(RM Juta)
2009
(RM Juta)
Pendapatan 12.20 16.96 18.78
Perbelanjaan Operasi (12.02) (16.71) (18.24)
Untung Kasar 0.18 0.25 0.54
Lain-lain Pendapatan 0.01 0.01 0.006
Perbelanjaan Am dan Pentadbiran (0.20) (0.16) (0.39)
Untung/(Rugi) Sebelum Cukai (0.01) 0.10 0.16
Pelarasan Cukai (0.07) (0.002) (0.001)
Untung/(Rugi) Bersih Semasa (0.08) 0.10 0.16
Sumber: Penyata Kewangan YBSB
121
(RM Juta)
0.18
0.16
0.14
0.12
0.1
0.08
0.06
0.04
0.02
0
-0.02
Carta 11.11
Trend Keuntungan YBSB
Bagi Tahun Kewangan
2007 Hingga 2009
0.100
-0.01
2007 2008 2009
Tahun
Sumber: Penyata Kewangan YBSB
0.16
Carta 11.2
Trend Pendapatan Dan Perbelanjaan
YBSB Bagi Tahun Kewangan
2007 Hingga 2009
(RM Juta)
20
15
10
5
0
12.21
12.22 22
16.97
16.87
2007 2008 2009
Pendapatan
Perbelanjaan
Tahun
Sumber: Penyataa Kewangan YBSB
18.78
18.63
11.4. .1.2. Analisis Nisbah
Bagi menilai prestasi kewangan YBSB, analisis Nisbah Semasa, Margin Untung
Bersih,
Nisbah Pulangan Ke Atas
Aset dan
Nisbah Pulangan Ke Atas Ekuiti telah dilakukan
berdasarkan lembaran imbangan dan penyata pendapatan YBSB bagi tahun 2007
hingga
2009
seperti di Jadual 11.2.
Jadual 11.2
Analisiss Nisbah Kewangan
Bagi Tahun Kewangan 2007 Hingga 2009
Butiran
Tahun Kewangan
2007 2008 2009
Nisbah Semasa
0.57:1 0.51:1 0.23:1
Margin Untung
Bersih
(0.08%) 0.6%
0.9%
Nisbah Pulangan Ke Atas Aset (0.001):1 0.001:1 0.003:1
Nisbah Pulangan Ke Atas Ekuiti (0.5):1 0.38:1 0.37:1
Sumber: Penyataa Kewangan YBSB
a. Nisbah Semasa
Nisbah ini menunjukkan YBSB tidak berupaya membayar balik liabiliti semasanya.
Trend penurunan menunjukkan
kadar keupayaan membayar balik pinjaman yang
kritikal oleh
YBSB. Ini
adalah disebabkan pertambaha
an kos menara telekomunikasi
yang dibayar secara ansuran kepada TCSB.
b. Margin Untung Bersih
Margin Untung Bersih
adalah negatif pada tahun 2007 kerana syarikat mengalami
kerugian pada tahun tersebut. Kerugian ini disebabkan banyak menaraa belum
disewakan. Bagaimanapun YBSBB mencatatkan margin keuntungan yang sangat kecil
pada tahun
2008 dan
2009 iaitu kurang daripada 1% berikutan banyak menara
telekomunikasi telah disewakan dan mula beroperasi.
122
c. Nisbah Pulangan Ke Atas Aset
Nisbah Pulangan Ke Atas Aset adalah negatif pada tahun 2007 manakala
mencatatkan pulangan yang sangat kecil pada tahun 2008 dan 2009 berbanding
setiap ringgit yang dibelanjakan. Keadaan ini menunjukkan syarikat tidak produktif
dan gagal menggunakan sepenuhnya aset yang dimiliki untuk memaksimumkan
keuntungan.
d. Nisbah Pulangan Ke Atas Ekuiti
YBSB gagal memberikan pulangan kepada pemilik syarikat iaitu YHSB dan TCSB
pada tahun 2007. Trend mulai berubah pada tahun 2008 dan 2009 di mana YBSB
telah berjaya memberikan pulangan berikutan banyak menara telekomunikasi telah
disewakan.
Pada pendapat Audit, prestasi kewangan YBSB adalah memuaskan walaupun
syarikat hanya mencatatkan keuntungan minimum. Selain itu, dana pemegang
saham berjaya mencatatkan peningkatan walaupun masih di bawah paras modal
permulaan syarikat.
11.4.2. Pengurusan Aktiviti
Selaras dengan lesen Network Facility Provider yang diperolehi YBSB, aktiviti utama
perniagaan YBSB adalah mengurus serta menjalankan kerja pembinaan, penyewaan, dan
penyenggaraan infrastruktur telekomunikasi di seluruh Negeri Kedah. YBSB telah
menandatangani usahasama dengan TCSB untuk memastikan operasi YBSB berjalan
lancar. Sebanyak 5 perjanjian telah di tandatangani di antara YHSB, YBSB dan TCSB dalam
memastikan kepentingan semua pihak terjamin. Perjanjian yang telah ditandatangani adalah
seperti di Jadual 11.3. Sehingga Januari 2011 sebanyak 166 buah menara telekomunikasi
telah dibina dan disewakan kepada operator telekomunikasi. Butiran terperinci dan contoh
gambar menara yang telah didirikan dan dimiliki oleh YBSB adalah seperti di Jadual 11.4,
Gambar 11.1 dan Gambar 11.2.
Jadual 11.3
Perjanjian Yang Telah Ditandatangani
Di Antara YHSB, YBSB dan TCSB
Bil Nama Perjanjian Tarikh Perjanjian
1 Shareholders Agreement 19 September 2005
2 Management Agreement 19 September 2005
3 Proceeds Agreement 19 September 2005
4 Power Attorney 19 September 2005
5 First Supplemental Management Agreement 30 September 2005
Sumber: Rekod YBSB
123
Jadual 11.4
Menara Telekomunikasi Dimiliki YBSB
Bil Jenis Menara Unit
1 Monopole 45m 3
2 Monopole 100ft 2
3 Monopole 36m 7
4 Menara 250ft 8
5 Menara 200ft 111
6 Menara 150ft 20
7 Lampole 20ft 1
8 Menara 300ft 2
9 Menara 350ft 1
10 Menara 400ft 1
11 Monopole 30m 5
12 Monopole 24m 1
13 Lampole 18m 3
14 Lampole 24m 1
Sumber: Rekod YBSB
Jumlah Keseluruhan 166
Gambar 11.1
Menara Monopole 30m
Gambar 11.2
Menara 300ft
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Berhampiran Masjid Al-Aqla, Kubang Pasu
Tarikh: 20 April 2011
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Nami, Padang Terap
Tarikh: 20 April 2011
11.4.2.1. Perjanjian Usahasama Tidak Memihak Kepada YHSB dan YBSB
a. Perjanjian Tidak Dirujuk Kepada Penasihat Undang-Undang Negeri
YBSB sebagai sebuah syarikat Kerajaan Negeri (GLC) hendaklah mengemukakan
draf perjanjian dengan pihak ketiga kepada Penasihat Undang-Undang Negeri untuk
semakan dan ulasan. Ini adalah untuk memastikan kepentingan Kerajaan dalam
perjanjian tersebut terjamin. Semakan Audit mendapati perjanjian yang
ditandatangani di antara YHSB dengan TCSB dan YBSB dengan TCSB tidak dirujuk
kepada Penasihat Undang-Undang Negeri.
124
Pada pendapat Audit, perjanjian yang telah ditandatangani tanpa merujuk
kepada Penasihat Undang-Undang Negeri adalah tidak selaras dengan amalan
terbaik.
b. Hak Menguruskan Operasi Syarikat Diserahkan Sepenuhnya Kepada Pihak
Ketiga
Adalah menjadi amalan kebiasaan pemegang saham majoriti akan menguruskan
operasi syarikat. Mengikut Management Agreement yang telah ditandatangani di
antara YBSB dengan TCSB pada 19 September 2005, YBSB telah menyerahkan hak
menguruskan operasi syarikat sepenuhnya kepada TCSB. Perjanjian tersebut juga
menyatakan Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) hendaklah dicalonkan oleh TCSB. Ini
bermakna YHSB tidak mempunyai sebarang kuasa dalam operasi YBSB walaupun
mempunyai pegangan ekuiti sebanyak 51%.
Pada pendapat Audit, YHSB telah kehilangan kuasa menguruskan operasi
YBSB walaupun YHSB merupakan pemegang saham majoriti.
c. Royalti Yang Diterima Rendah Berbanding Hasil Sewaan
Setiap menara telekomunikasi disewakan kepada operator telekomunikasi di antara
RM5,000 hingga RM34,800 sebulan. Sehingga 31 Disember 2010 terdapat 7
operator telekomunikasi yang menyewa menara milik YBSB. Bagaimanapun,
berdasarkan Management Agreement yang telah ditandatangani pada 19 September
2005, YBSB hanya menerima royalti berjumlah RM200 sebulan manakala YINK akan
menerima RM700 sebulan bagi setiap menara yang disewakan. Analisis Audit
mendapati YBSB dan YINK hanya menerima sekitar 4% hingga 6.5% setahun
daripada jumlah hasil yang diterima daripada operator telekomunikasi. Royalti yang
diterima oleh YBSB dan YINK adalah rendah berbanding hasil sewaan menara.
Perbandingan di antara hasil sewaan yang diterima dan royalti yang diterima oleh
YBSB dan YINK adalah seperti di Jadual 11.5.
Jadual 11.5
Perbandingan Di antara Hasil Sewaan Dan Royalti
Yang Diterima YBSB Dan YINK
Tahun Hasil
Sewaan
(RM Juta)
Royalti Yang Dibayar
Kepada YBSB Dan YINK
(RM Juta)
Peratus
Royalti
(%)
2006 6.47 0.42 6.5
2007 12.20 0.70 5.7
2008 16.96 0.67 4
2009 18.78 1.07 5.7
Sumber: Penyata Kewangan YBSB
d. Perjanjian Proceeds Assignment Tidak Dipatuhi
Setiap hasil syarikat hendaklah dimasukkan terus ke dalam akaun syarikat bagi
memastikan tidak berlaku kehilangan dan ketirisan terhadapnya. Tambahan pula
hasil tersebut diperolehi dengan menggunakan nama syarikat. Semakan Audit
mendapati semua hasil sewaan menara telekomunikasi, peralatan serta kabin yang
diperolehi daripada operator telah diarahkan untuk dimasukkan ke dalam akaun pihak
125
ketiga iaitu Tele-Flow Capital Sdn. Bhd. (TeleCap). Ini adalah berdasarkan klausa
yang terdapat di dalam Proceeds Assignment yang telah dipersetujui di antara YBSB
dengan TCSB. Sepatutnya hasil sewaan dimasukkan terus ke akaun YBSB.
Bagaimanapun, semakan Audit selanjutnya mendapati surat tawaran sewaan yang
dikeluarkan oleh YBSB kepada Packet One Networks(M) Sdn. Bhd. menghendaki
bayaran sewaan bulanan dimasukkan ke akaun TCSB. Pada pendapat Audit, surat
tawaran sewaan ini adalah bertentangan dengan klausa yang dipersetujui di
dalam perjanjian Proceeds Assignment yang telah ditandatangani. Aliran masuk
hasil sewaan YBSB adalah seperti di Gambarajah 11.1.
Gambarajah 11.1
Aliran Masuk Hasil Sewaan
Operator
Telekomunikasi
TeleCap
TCSB
YBSB
Hasil Sewaan Hasil disalurkan Royalti Dibayar
Sumber: Lakaran Jabatan Audit Negara
e. Kos Faedah Pembiayaan Menara
Melalui Management Agreement yang telah dimeterai di antara YBSB dengan TCSB
pada 19 September 2005, kedua-dua pihak telah bersetuju di mana TCSB akan
membiayai keseluruhan kos pembinaan dan YBSB akan membayar balik
keseluruhan kos tersebut secara bayaran ansuran selama 120 bulan. Bagaimanapun
melalui First Supplemental Management Agreement yang ditandatangani pada 30
September 2005, YBSB dikehendaki membayar kos faedah terhadap kos pembinaan
menara sebanyak 4.5% setahun. Semakan Audit mendapati kos faedah pembinaan
menara bagi tahun 2007 hingga 2009 adalah berjumlah RM5.78 juta.
Pada pendapat Audit, tindakan YBSB menandatangani First Supplemental
Management Agreement telah menyebabkan kos operasi meningkat.
11.4.2.2. Pembinaan Menara Di Atas Tanah Berstatus Pertanian
Aturan-Aturan Tanah Kedah 1966 menyatakan tanah tidak boleh digunakan bagi tujuan
selain jenis penggunaan tanah yang dinyatakan pada syarat nyata di dokumen hak milik
tanah. Mengikut Undang-Undang menara telekomunikasi hanya boleh dibina atas tanah
berstatus industri atau komersial. Tuan tanah perlu mengemukakan permohonan
pengecualian penggunaan syarat tanah kepada Pentadbir Tanah. YBSB perlu
memastikan pengecualian penggunaan syarat tanah di perolehi sebelum menara
didirikan. Semakan Audit terhadap 166 fail menara telekomunikasi mendapati semua
menara telah didirikan di atas tanah berstatus pertanian. Bagaimanapun tidak ada bukti
dapat menunjukkan pengecualian diperolehi daripada Pentadbir Tanah Daerah
berkenaan. Pada pendapat Audit, pembinaan menara telekomunikasi di atas tanah
berstatus pertanian adalah bertentangan dengan syarat nyata kegunaan tanah. Bagi
126
mengelak daripada dikenakan tindakan undang-undang, YBSB hendaklah segera
mengemukakan permohonan permit sementara kepada Pentadbir Tanah Daerah
yang berkenaan. Contoh butiran lokasi menara yang telah didirikan di atas tanah
berstatus pertanian adalah seperti di Jadual 11.6.
Jadual 11.6
Butiran Menara Yang Dibina Di Atas Tanah Berstatus Pertanian
Bil. Lokasi Status Tanah
Lot 1154 Kg. Bendang Raya, Mukim Belimbing Kiri
1. Daerah Padang Terap
(Bendang Raja)
2.
Lot 2361 Mukim Padang Temak Daerah Padang Terap
(Bukit Tembaga)
3.
Lot 68 Mukim Padang Terap Kiri Daerah Padang Terap
(Kampung Pisang)
4.
Lot 1155 Mukim Tolak Daerah Padang Terap
(Kampung Pasir Putih)
5.
Lot 190 Mukim Kurung Hitam Daerah Padang Terap
(Kampung Perik)
6.
Lot 2203 Mukim Bongor Daerah Baling
(Bonggol Tower)
7.
Tanah Hutan Simpan Pulau Tuba Langkawi
(Pulau Tuba)
8.
Lot 194 Mukim Ulu Melaka Langkawi
(Tok Senik)
9.
Lot 793 Mukim Malau Daerah Kubang Pasu
(Bukit Wang)
10.
Lot 332 Mukim Padang Cina Daerah Kulim
(Batu Puteh)
11.
Lot 2596 Mukim Karangan Kulim
(Selarong Panjang)
12.
Lot 2980 Mukim Tobiar Daerah Pendang
(Bukit Patong)
13.
Tanah Hutan Simpan Bukit Malut Langkawi
(Jeti Lembong)
14.
Lot 2781 Mukim Siong Daerah Baling
(Kampung Lalang)
15.
Lot 1103 Mukim Pulai Daerah Baling
(Carok Kelian)
Sumber: Rekod YBSB
Pertanian
Pertanian
Pertanian
Pertanian
Pertanian
Pertanian
Hutan Simpan
Pertanian
Pertanian
Pertanian
Pertanian
Pertanian
Hutan Simpan
Pertanian
Pertanian
11.4.2.3. Perjanjian Serah Hak Menara Tidak Disediakan
Selepas pembinaan menara disiapkan TCSB akan menyerahkan menara tersebut kepada
YBSB untuk disewakan kepada operator telekomunikasi. Pihak Audit mendapati
penyerahan setiap menara dibuat melalui invois yang hanya menyatakan jumlah kos
menara. Obligasi TCSB dan YBSB selepas penyerahan tidak dinyatakan seperti jadual
pembayaran balik, tempoh tanggungan kecacatan dan spesifikasi menara. Oleh yang
demikian, YBSB terdedah kepada risiko sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.
Tambahan pula nilai keseluruhan menara telekomunikasi berjumlah RM68.86 juta.
Pada pendapat Audit, penyerahan menara oleh TCSB kepada YBSB hendaklah
dibuat melalui Perjanjian Penyerahan Menara bagi melindungi kepentingan
kedua-dua pihak.
127
11.4.2.4. Jumlah Perbelanjaan Penyenggaraan Tidak Mempunyai Butiran Terperinci
Setiap butiran kewangan hendaklah mempunyai butiran terperinci bagi memastikan
ketelusan dalam penyediaan akaun. Semakan Audit terhadap Penyata Kewangan YBSB
bagi tahun 2006 hingga 2009 mendapati item penyenggaraan berjumlah RM11.81 juta
tidak mempunyai butiran terperinci bagi menyokong perbelanjaan yang telah dibuat.
Butiran adalah seperti di Jadual 11.7.
Pada pendapat Audit, kos penyenggaraan perlu disokong dengan dokumen
sokongan yang lengkap bagi memastikan penyata kewangan yang disediakan
menunjukkan kedudukan yang benar dan saksama.
Jadual 11.7
Kos Penyenggaraan
Bagi Tahun 2006 Hingga 2009
Tahun Kos Penyelenggaraan
(RM Juta)
2006 0.71
2007 2.79
2008 3.65
2009 4.66
Jumlah 11.81
Sumber: Penyata Kewangan YBSB
11.4.2.5. Papan Tanda Tidak Disediakan
Pemaju atau pemilik menara telekomunikasi hendaklah mengadakan papan tanda
amaran yang berkaitan di kawasan menara telekomunikasi. Ini adalah bertujuan memberi
peringatan tentang bahaya yang terdapat di kawasan tersebut. Selain itu pemilik menara
juga hendaklah mengadakan papan tanda di tempat-tempat yang sesuai bagi
mempamerkan butiran syarikat, makluman juruperunding dan permit pemasangan oleh
PBT. Lawatan Audit ke 10 menara telekomunikasi yang dimiliki oleh YBSB mendapati
tiada papan tanda amaran dan papan tanda maklumat berkaitan menara disediakan. Ini
menyukarkan maklumat disalurkan sekiranya berlaku kecemasan atau perkara yang tidak
diingini. Selain itu, papan tanda memudahkan PBT atau agensi lain membuat
pemantauan dan pemeriksaan. Pada pendapat Audit, YBSB hendaklah mengambil
tindakan penambahbaikan dengan menyediakan papan tanda di kawasan menara
telekomunikasi. Contoh lokasi yang tidak mempunyai papan tanda adalah seperti di
Gambar 11.3 hingga 11.6.
128
Gambar 11.3
Menara Tidak Mempunyai Papan Tanda
Gambar 11.4
Menara Tidak Mempunyai Papan Tanda
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Nami, Padang Terap
Tarikh: 20 April 2011
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Masjid Al-Aqla, Kubang Pasu
Tarikh: 20 April 2011
Gambar 11.5
Menara Tidak Mempunyai Papan Tanda
Gambar 11.6
Menara Tidak Mempunyai Papan Tanda
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Pida 3, Kubang Pasu
Tarikh: 20 April 2011
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Paya Terendam, Sik
Tarikh: 20 April 2011
11.4.2.6. Jarak Pembinaan Menara Tidak Mematuhi Syarat
Pembinaan menara telekomunikasi hendaklah berpandukan kepada garis panduan
Regulatory Framework On The Sharing Of Radiocommunications Infrastructure yang
dikeluarkan oleh Jabatan Telekomunikasi Malaysia pada 1 Ogos 1998. Jarak minimum
menara yang mempunyai ketinggian melebihi 45 meter hendaklah berada sekurangkurangnya
30 meter daripada kediaman berhampiran bagi menjamin keselamatan
penghuni bangunan. Semakan Audit mendapati 2 lokasi menara tidak diluluskan
pembinaannya oleh SKMM kerana jarak menara dengan rumah kediaman berdekatan
adalah kurang daripada 30 meter. Dua lokasi tersebut adalah di Institut Perguruan Sultan
Abdul Halim (IPSAH), Sungai Petani dan Pida 3, Kubang Pasu. Jarak menara
129
telekomunikasi di IPSAH dengan rumah berhampiran adalah di antara 15 hingga 20
meter. Manakala jarak menara di Pida 3 dengan rumah berhampiran adalah 26 meter.
Pada pendapat Audit, pembinaan menara telekomunikasi hendaklah mematuhi
syarat yang ditetapkan. Ini adalah bagi menjamin keselamatan penghuni
berhampiran serta mengelakkan tindakan Undang-Undang diambil terhadap YBSB.
Lokasi menara yang tidak diluluskan adalah seperti di Gambar 11.7 dan Gambar 11.8.
Gambar 11.7
Kedudukan Menara
Berada 26 Meter
Daripada Kediaman Berhampiran
Gambar 11.8
Kedudukan Menara Berada Diantara
15 Hingga 20 Meter Daripada
Kediaman Berhampiran
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: Pida3, Kubang Pasu
Tarikh: 20 April 2011
Sumber: Jabatan Audit Negara
Lokasi: IPSAH, Sungai Petani
Tarikh: 21 April 2011
11.4.3 Tadbir Urus Korporat
Amalan tadbir urus korporat yang baik dan berterusan amat penting kerana ia membantu
mengukuhkan jenama syarikat, di samping meningkatkan budaya tanggungjawab korporat
yang baik. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah memperkenalkan Kod Tadbir Urus
Korporat Malaysia pada tahun 2000 yang dikemaskini pada tahun 2007. Kod ini telah
menetapkan beberapa prinsip dan amalan terbaik, termasuk penstrukturan, bidang kuasa,
komposisi dan ganjaran Lembaga Pengarah, komunikasi di antara syarikat dengan
pemegang saham, aspek pelaporan dalaman dan luaran serta aspek akauntabiliti syarikat.
Hasil penemuan Audit adalah seperti berikut:
11.4.3.1. Pembayaran Dividen
Kerajaan melalui pelbagai agensi Kerajaan menubuhkan syarikat atau entiti perniagaan
sendiri bertujuan menjana pendapatan untuk digunakan dalam melaksanakan
pembangunan atau program yang dirancang. Pekeliling Perbendaharaan Bil. 11 Tahun
1993 telah menetapkan setiap syarikat Kerajaan hendaklah memberi pulangan berbentuk
dividen sebanyak 10% daripada keuntungan tahunan kepada Kerajaan. Semakan Audit
mendapati YBSB telah membayar dividen kepada kerajaan negeri berjumlah RM30,000
pada tahun 2009, manakala dividen tidak dibayar pada tahun 2008. Selain itu tiada bukti
pengecualian pembayaran dividen telah diberikan kepada YBSB.
130
11.4.3.2. Jawatankuasa Audit Dalam
Pekeliling Perbendaharaan Bil. 9 Tahun 1993 menetapkan setiap syarikat Kerajaan
hendaklah menubuhkan Jawatankuasa Audit Dalam sejajar dengan usaha untuk
meningkatkan kawalan dalaman yang berkesan agar kepentingan Kerajaan sebagai
pemegang saham terpelihara. Semakan Audit mendapati YBSB belum menubuhkan
Jawatankuasa Audit Dalam dan Unit Audit Dalam. Selain itu YBSB tidak pernah diaudit
oleh syarikat induk.
Pada pendapat Audit, kegagalan YBSB menubuhkan Jawatankuasa Audit Dalam
dan Unit Audit Dalam menyebabkan operasi syarikat tidak mempunyai check and
balance.
11.5. SYOR AUDIT
Bagi mengatasi kelemahan yang dibangkitkan dan membolehkan YBSB mencapai objektif
penubuhannya adalah disyorkan pihak yang bertanggungjawab mengambil tindakan
terhadap perkara-perkara berikut :
11.5.1. YBSB hendaklah memastikan pembinaan menara mematuhi Undang-Undang dan
peraturan yang sedang berkuatkuasa bagi mengelakkan kerugian dan tindakan dikenakan.
11.5.2. YBSB perlu memastikan penyerahan menara daripada TCSB dilakukan melalui
perjanjian yang lengkap bagi menjamin kepentingan kedua-dua pihak.
11.5.3. YBSB perlu mengkaji semula kadar royalti yang diterima supaya kadarnya
bersesuaian dengan hasil sewaan yang diterima.
11.5.4. Mematuhi peraturan yang dikeluarkan oleh Kerajaan/Agensi Kerajaan terutama
berkaitan dengan penyediaan rancangan korporat, dividen, Jawatankuasa Audit Dalam,
arahan kawalan pengurusan syarikat serta peranan dan tanggungjawab wakil Kerajaan.
131
PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI KEDAH
12. KUMPULAN LADANG-LADANG PERBADANAN KEDAH SDN. BHD.
12.1. LATAR BELAKANG
12.1.1. Kumpulan Ladang-Ladang Perbadanan Kedah Sdn. Bhd. (KLPK) ditubuhkan pada
24 Januari 1980 di bawah Akta Syarikat 1965 merupakan sebuah perniagaan milik penuh
Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dengan modal yang dibenarkan berjumlah
RM1 juta dan modal berbayar berjumlah RM0.5 juta.
12.1.2. Objektif penubuhan KLPK adalah untuk bertindak sebagai agensi pengurusan
peladangan dan penasihat untuk PKNK bagi menguruskan ladang-ladang getah dan kelapa
sawit milik PKNK yang merupakan penyumbang terbesar kepada pendapatan PKNK. Pada
masa kini, KLPK telah diberi tanggungjawab untuk mengendalikan 10 ladang milik PKNK
yang berkeluasan 9,785.84 hektar dan sebuah kilang memproses getah. Selain itu, KLPK
juga menguruskan 6 ladang kelapa sawit dan getah milik syarikat swasta dan koperasi
berkeluasan 1,162.8 hektar. KLPK berusaha menambahkan sumber pendapatannya dengan
mempelbagaikan aktiviti perniagaan seperti terlibat dalam penternakan dan penjualan lembu
dan penjualan pasir. Bagaimanapun aktiviti penjualan pasir dihentikan pada tahun 2007.
Manakala bagi memastikan aktiviti penternakan lembu dan pertanian dijalankan dengan
lebih fokus dan bersistematik, KLPK telah menubuhkan 2 anak syarikat iaitu Laka Temin
Silaj Sdn. Bhd. dan KLPK Ventures Sdn. Bhd. untuk meneruskan kesinambungan aktiviti
berkenaan.
12.1.3. KLPK mempunyai 8 Ahli Lembaga Pengarah termasuk seorang wakil daripada
PKNK manakala pengurusan syarikat diketuai oleh Pengurus Besar dan dibantu oleh 94
kakitangan eksekutif serta bukan eksekutif.
12.2. OBJEKTIF PENGAUDITAN
Pengauditan ini dijalankan untuk menilai sama ada prestasi kewangan syarikat memuaskan,
pengurusan aktiviti dan kewangan serta tadbir urus korporat telah dilaksanakan dengan
teratur selaras dengan objektif penubuhannya.
12.3. SKOP DAN KAEDAH PENGAUDITAN
Pengauditan ini dijalankan merangkumi aspek prestasi kewangan, pengurusan aktiviti dan
tadbir urus korporat. Kaedah pengauditan dijalankan dengan meneliti Memorandum dan
Artikel Syarikat, Akta Syarikat 1965, peraturan kewangan, minit mesyuarat Ahli Lembaga
Pengarah dan rekod berkaitan dengan pengurusan syarikat KLPK bagi tahun 2007 hingga
2010. Analisis kewangan juga dilakukan terhadap Penyata Kewangan bagi tempoh
2007 hingga 2009. Di samping itu, temu bual dan perbincangan dengan pegawai yang
132
erkaitan serta pemeriksaan fizikal aset juga dijalankan. Lawatan Audit ke sebahagian
ladang dan kilang KLPK pula dibuat bagi meninjau pelaksanaan aktivitinya.
12.4. PENEMUAN AUDIT
Pengauditan yang dijalankan antara bulan September hingga Disember 2010 mendapati
prestasi kewangan KLPK adalah memuaskan. KLPK telah berjaya mencatatkan keuntungan
bersih di antara RM0.39 juta hingga RM4.46 juta bagi tahun 2007 hingga 2009. Pengurusan
aktiviti perladangan KLPK juga memuaskan kerana berjaya memberi pulangan yang tinggi
setiap tahun. Bagaimanapun, dalam aspek tadbir urus korporat pula terdapat beberapa
kelemahan seperti pengurusan kewangan yang tidak teratur dan tidak mematuhi Pekeliling
Perbendaharaan. Penjelasan lanjut berhubung dengan prestasi kewangan dan pengurusan
aktiviti serta tadbir urus KLPK adalah seperti berikut:
12.4.1. Prestasi Kewangan
12.4.1.1. Analisis Trend
a. KLPK telah mencatatkan keuntungan sebelum cukai bagi 3 tahun berturut-turut
sepanjang tahun kewangan 2007 hingga 2009. Pada tahun 2007, KLPK telah
mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM2.36 juta. Keuntungan ini
adalah disebabkan oleh kenaikan harga komoditi getah di mana KLPK telah
memperolehi komisen jualan yang tinggi daripada PKNK. Selain itu, penambahan
hasil daripada penjualan lembu dan pelbagai pendapatan lain seperti faedah
simpanan tetap dan projek penjualan pasir juga menyumbang kepada peningkatan
keuntungan pada tahun berkenaan. Pada tahun 2008, keuntungan sebelum cukai
syarikat telah merosot kepada RM0.91 juta iaitu penurunan sebanyak RM1.45 juta
atau 61.4% berbanding tahun 2007. Kemerosotan ini antaranya berpunca daripada
peningkatan perbelanjaan pentadbiran sejumlah RM1.2 juta berbanding tahun 2007.
Bagaimanapun, pada tahun 2009 prestasi kewangan KLPK telah mencatatkan
keuntungan sebelum cukai sebanyak RM6.01 juta iaitu peningkatan sebanyak
RM5.10 juta atau 560.4%. Lonjakkan ini adalah disebabkan kenaikan harga komoditi
getah dan kenaikan kadar komisen jualan serta yuran pengurusan ladang yang
diterima daripada PKNK.
b. Pendapatan utama KLPK adalah terdiri daripada komisen jualan dan belian serta
yuran pengurusan ladang. Ianya diterima daripada PKNK dan syarikat swasta
sebagai ganjaran mengurus ladang-ladang milik mereka. Selain itu, syarikat juga
menerima pendapatan melalui penjualan lembu dan pasir, penyewaan bangunan,
dividen pelaburan dan faedah simpanan tetap. Pendapatan KLPK menunjuk trend
yang tidak konsisten di mana pendapatan syarikat pada tahun 2007, 2008 dan 2009
masing-masing berjumlah RM5.43 juta, RM5.18 juta dan RM9.69 juta. Analisis Audit
mendapati penurunan pendapatan pada tahun 2008 adalah disebabkan yuran
pengurusan ladang telah merosot sebanyak RM0.72 juta berbanding tahun 2007.
Selain itu, projek penternakan dan penjualan lembu juga telah mencatatkan kerugian
133
erjumlah RM0.04 juta berbanding tahun
2007. Manakala peningkatan
drastik
pendapatann KLPK pada tahun 2009 adalah selaras dengan kenaikan kadar komisen
jualan dan yuran pengurusan.
c. Analisis Audit terhadap perbelanjaan KLPKK mendapati terdapat trend peningkatan
bagi setiap tahun 2007, 2008 dan
2009 iaitu
masing-masing berjumlah RM3.68 juta,
RM4.79 juta
dan RM5.23 juta. Peningkatan
sebanyak RM1.11 juta atau 30.2% pada
tahun 2008
antaranyaa disebabkan kenaikan perbelanjaan derma dan sumbangan
yang meningkat kepada RM1.07
juta berbanding hanya RM0.53 juta pada tahun
2007. Selain itu, gaji
kakitangan juga meningkat sejumlah RM0.48 juta selaras
dengan penambahan
pekerja dan pelarasan gaji. Manakala kenaikan pada tahun
2009 adalah berjumlah
RM0.44 juta berbanding tahun 2008. Antara sebab utamanya
ialah peningkatan cukai kepada RM1.55 juta
daripada hanya RM0.52 juta pada tahun
2008.
d. Kedudukan
pendapatan dan perbelanjaann serta untung/(rugi)
KLPK bagi tahun
kewangan 2007 hingga
2009 adalah seperti di Jadual 12.1, Carta 12.1 dan 12.2.
Jadual 12.11
Pendapatan, Perbelanjaann Serta Untung Rugi Bagi Tahun Kewangan 2007 Hingga 2009
Tahun
Butiran
2007
2008
2009
(RM Juta) (RM Juta) (RM Juta)
Pendapatan
Lain-lain pendapatan
Perbelanjaan Am
dan
Pentadbiran
Untung Sebelum
Cukai
Pelarasan Cukai
Untung Bersih Semasa
Sumber: Penyata Kewangan KLPK
5.05
0.38
(3.07)
2.36
(0.61)
1.75
4.67
0.51
(4.27)
0.91
(0.52)
0.39
8.68
1.01
(3.68)
6.01
(1.55)
4.46
(RM Juta)
Carta 12.1
Trend Keuntungan Sebelum Cukai
KLPK Bagi Tahun Kewangan
2007 Hingga 2009
7
6.03
6
5
4
3
2.36
2
1
0.91
0
2007 2008
2009
Tahun
Sumber: Penyata Kewangan KLPK
Carta 12.2
Trend Pendapatan Dan Perbelanjaan
KLPK Bagi Tahun Kewangan
2007 Hingga 2009
( RM Juta)
10
9
8
7
6
5
4
3
2
1
0
5.43
3.68
2007
2008
Pendapatann
5.18
4.79
Perbelanjaan
Sumber: Penyataa Kewangan KLPK
9.69
5.23
2009
Tahun
134
12.4.1.2. Analisis Nisbah
Bagi menilai prestasi kewangan KLPK, beberapa analisis nisbah kewangan telah
dijalankan terhadap butiran yang ditunjukkan dalam Lembaran Imbangan serta Penyata
Pendapatan Syarikat bagi tahun kewangan 2007 hingga 2009. Hasil analisis nisbah
kewangan adalah seperti di Jadual 12.2
Jadual 12.2
Analisis Nisbah Kewangan
Bagi Tahun Kewangan 2007 Hingga 2009
Butiran
Tahun Kewangan
2007 2008 2009
Nisbah Semasa 3.06:1 4.48:1 5.84:1
Margin Untung Bersih 34.7% 8.35% 51.4%
Nisbah Pulangan Ke Atas Aset 0.09:1 0.02:1 0.20:1
Nisbah Pulangan Ke Atas Ekuiti 0.11:1 0.02:1 0.23:1
Sumber: Penyata Kewangan KLPK
a. Nisbah Semasa
Nisbah Semasa dikira dengan membandingkan aset semasa dengan liabiliti semasa.
Nisbah ini digunakan bagi menentukan sejauh mana kemampuan aset semasa
syarikat yang boleh ditukar segera kepada tunai bagi menampung liabiliti jangka
pendek syarikat. Semakin tinggi nisbah ini, semakin meningkat kecairan syarikat.
Berdasarkan perkiraan Audit, nisbah semasa KLPK menunjukkan peningkatan dari
3.06:1 pada tahun 2007 kepada 5.84:1 pada tahun 2009. Keadaan ini menunjukkan
syarikat berada dalam keadaan selesa kerana berupaya membayar balik nilai
semasanya kerana nilai asetnya jauh melebihi nilai liabiliti. Peningkatan ini adalah
kerana KLPK telah berjaya melangsaikan sebahagian daripada hutangnya di mana
liabiliti semasanya telah menurun sebanyak RM2.62 juta atau 49.1% iaitu daripada
RM5.33 juta pada tahun 2007 kepada RM2.71 juta pada tahun 2009.
b. Margin Untung Bersih
Margin ini merupakan pendekatan yang lazim digunakan bagi mengukur peratusan
keuntungan yang diperolehi daripada setiap ringgit pendapatan yang dipungut.
Peningkatan margin ini menunjukkan kecekapan syarikat di mana bagi setiap ringgit
kenaikan pendapatan, ia memberi kesan langsung dan nilai tambah (value-added)
terhadap peningkatan kadar keuntungan syarikat. Mengikut perkiraan Audit, bagi
setiap ringgit hasil pendapatan, KLPK berjaya memperolehi keuntungan 34.7% pada
tahun 2007. Bagaimanapun, ianya menunjukkan penurunan yang ketara kepada
hanya 8.35% pada tahun 2008. Keadaan ini adalah disebabkan KLPK gagal
mengawal kenaikan perbelanjaan pentadbiran termasuk perbelanjaan gaji, derma
dan sumbangan walaupun terdapat sedikit peningkatan hasil pendapatannya. Selain
itu, pada tahun tersebut juga KLPK menerima kesan daripada pelaburan dari saham
yang merugikan. Pada tahun 2009 pula pendapatan syarikat meningkat secara
drastik di mana ianya meningkat kepada 51.45% bagi setiap ringgit hasil pendapatan.
Keadaan ini disebabkan KLPK telah memperbaharui perjanjian mengenai komisen
135
jualan dan yuran pengurusan yang diterima daripada PKNK kepada kadar yang lebih
tinggi. Implikasinya, pendapatan hasil utama KLPK telah meningkat sekali ganda.
c. Nisbah Pulangan Ke Atas Aset
Nisbah ini mengukur pulangan pelaburan asetnya iaitu pulangan bersih yang
diperoleh bagi setiap ringgit aset yang dilaburkan. Semakin tinggi hasil yang
diperoleh daripada setiap ringgit yang digunakan, semakin cekap syarikat
menguruskan asetnya. Berdasarkan perkiraan Audit, nisbah pulangan ke atas aset
adalah konsisten di mana ianya adalah positif sepanjang tahun 2007 hingga 2009.
Keadaan ini menunjukkan kecekapan pengurusan dalam menjana keuntungan
daripada penggunaan aset.
d. Nisbah Pulangan Ke Atas Ekuiti
Nisbah ini mengukur pulangan terhadap jumlah modal syarikat yang dilaburkan iaitu
pulangan bersih yang diperoleh bagi setiap ringgit modal. Semakin tinggi hasil yang
diperoleh daripada setiap ringgit modal, semakin cekap syarikat menguruskan
modalnya. Berdasarkan perkiraan Audit adalah didapati kadar pulangan ke atas ekuiti
KLPK adalah memuaskan. Syarikat telah berjaya menjana keuntungan bagi tahun
kewangan 2007 hingga 2009 iaitu di antara 2 sen hingga 23 sen. Keadaan ini
menyebabkan dana pemegang saham meningkat daripada RM15.43 juta pada tahun
2007 kepada RM19.50 juta pada tahun 2009. Ini menunjukkan syarikat mampu
beroperasi tanpa memerlukan suntikan modal tambahan daripada badan induknya.
Pada pendapat Audit, prestasi kewangan KLPK memuaskan kerana KLPK berjaya
mencatatkan keuntungan serta meningkatkan dana pemegang saham pada tahun
2007 hingga tahun 2009.
12.4.2. Pengurusan Aktiviti
Pengurusan aktiviti yang cekap akan memastikan kelancaran perjalanan syarikat dan
seterusnya menjamin pencapaian objektif. Aktiviti utama KLPK adalah menguruskan ladangladang
getah dan kelapa sawit serta kilang memproses getah milik PKNK. Selain itu, KLPK
juga terlibat dalam penternakan lembu sebagai aktiviti sampingan bagi menambahkan
pendapatannya. Sepanjang tahun 2007 hingga 2008, perniagaan lembu lebih berkonsepkan
secara transit di mana lembu-lembu dibeli daripada pengusaha tempatan atau diimport dari
Thailand dan ditempatkan di kandang khas sebelum dijual kepada pengguna tempatan.
Manakala, pada tahun 2009 KLPK telah menubuhkan anak syarikat Laka Temin Silaj Sdn.
Bhd. (LTS) untuk mengambil alih perniagaan ini. Pengauditan yang dijalankan terhadap 2
aktiviti utama syarikat mendapati perkara seperti berikut:
12.4.2.1. Pengurusan Ladang PKNK
Perladangan merupakan aktiviti utama PKNK dan merupakan penyumbang terbesar
kepada hasil PKNK di mana lebih kurang 85% hasilnya daripada aktiviti perladangan.
KLPK telah diberi tanggungjawab untuk menguruskan kesemua ladang dan kilang getah
milik PKNK tersebut. Secara keseluruhan ladang PKNK yang diuruskan oleh KLPK
berkeluasan 9,785.84 hektar di mana 7,078.79 hektar adalah kawasan tanaman getah
136
dan 2,361.15 hektar adalah kawasan tanaman kelapa sawit. Manakala baki selebihnya
iaitu 1,783.36 hektar adalah kawasan pejabat, rumah pekerja serta kawasan yang belum
lagi dibangunkan. Pemerhatian Audit terhadap pengurusan aktiviti perladangan KLPK
adalah seperti berikut:
a. Pengurusan Ladang Getah PKNK
Pengurusan ladang getah milik PKNK terbahagi kepada 8 ladang. Daripada 8 ladang
ini hanya 7 ladang yang mengeluarkan hasil iaitu Ladang Hosba, Ladang Bukit Perak
Utara, Ladang Bukit Perak Selatan, Ladang Sungai Ular, Ladang Sungai Pau,
Ladang Aman Jaya dan Ladang Bukit Nguan. Manakala Ladang Laka Temin masih
dalam proses penanaman semula dan pokoknya belum matang. Jumlah keluasan
ladang getah milik PKNK adalah 7,078.79 hektar. Daripada jumlah tersebut, 4,083.98
hektar adalah kawasan pokok matang dan boleh mengeluarkan hasil, manakala baki
selebihnya iaitu 2,994.81 hektar adalah kawasan pokok belum matang. Usia pokok
bagi ladang-ladang ini adalah antara 3 hingga 20 tahun. Kebiasaannya klon pokok
getah yang ditanam KLPK mengambil masa 7 tahun untuk mencapai kematangan
dan boleh mengeluarkan hasil. Keluasan tanaman getah dan usia pokok bagi setiap
ladang pada tahun 2010 adalah seperti di Jadual 12.3.
Jadual 12.3
Keluasan Ladang Dan Usia Pokok Pada Tahun 2010
Bil. Ladang
Keluasan
Tanah
Tanaman
Getah
(Hektar)
Keluasan
Tanaman
Matang
(Hektar)
Keluasan
Tanaman
Belum
Matang
(Hektar)
Usia Pokok
(Tahun)
1. Ladang Hosba 78 78 - 15 -20
2. Ladang Laka Temin 485 - 485 3 - 4
3.
Ladang Bukit Perak
Utara
2,256 1,833 423 4 -20
4.
Ladang Bukit Perak
Selatan
2,057 1,517 540 4 -20
5. Ladang Sungai Ular 331 331 - 15 -20
6. Ladang Sungai Pau 110 110 - 15 -20
7. Ladang Bukit Nguan 1,539 76 1,463 4 - 7
8. Ladang Aman Jaya 222.79 138.98 83.81 4 -20
Jumlah 7,078.79 4,083.98 2,998.81
Sumber: Rekod KLPK
i. Pengeluaran Getah Kering Ladang PKNK
KLPK telah mensasarkan pengeluaran di antara 4.35 juta kg/DRC hingga 5.53
juta kg/DRC pada tahun 2007 hingga 2010 bagi 8 ladang getah yang
diuruskannya. Semakan Audit mendapati pengeluaran getah kering atau Dry
Rubber Content (DRC) bagi 7 ladang adalah di antara 5.03 juta kg/DRC hingga
5.40 juta kg/DRC. Pengeluaran getah adalah kurang daripada sasaran
pengeluaran yang dirancang pada tahun 2007, 2009 dan 2010. Keadaan ini
adalah disebabkan oleh faktor cuaca seperti hujan lebat dan kekurangan tenaga
pekerja terutamanya buruh harian. Kedudukan produktiviti pengeluaran getah
berbanding sasaran pengeluaran adalah seperti di Jadual 12.4.
137
Jadual 12.4
Pengeluaran Getah Kering Berbanding Sasaran Bagi Tahun 2007 Hingga 2010
Tahun
Bil. Ladang
2007
(Kg/DRC Juta)
2008
(Kg/DRC Juta)
2009
(Kg/DRC Juta)
2010
(Kg/DRC Juta)
Sasaran
Keluaran
Keluaran
Keluaran
Keluaran
Sasaran
Sasaran
Sasaran
Sebenar
Sebenar
Sebenar
Sebenar
1. Ladang Hosba 0.13 0.09 0.10 0.14 0.13 0.12 0.08 0.08
2.
Ladang Laka
Temin
- - - - - - - -
3.
Ladang Bukit
Perak Utara
2.26 2.36 1.92 2.45 2.75 2.16 2.46 2.41
4.
Ladang Bukit
Perak Selatan
2.21 2.06 1.95 2.19 2.12 2.57 2.10 2.10
5.
Ladang
Sungai Ular
0.44 0.32 0.21 0.16 0.33 0.29 0.24 0.24
6.
Ladang
Sungai Pau
0.20 0.20 0.17 0.15 0.20 0.13 0.14 0.14
7.
Ladang Bukit
Nguan
- - - - - - 0.01 0.01
8.
Ladang Aman
Jaya
- - - - 0.13 0.13 0.15 0.15
Jumlah 5.24 5.03 4.35 5.09 5.53 5.40 5.18 5.13
Lebihan / (Kurangan) (0.21) 0.74 (0.13) (0.05)
Sumber: Rekod KLPK
Nota: Ladang Aman Jaya mula beroperasi pada tahun 2009
Sebahagian Taman Getah Ladang Bukit Nguan telah matang pada 2010
Tanaman Getah Ladang Laka Temin masih belum matang
ii. Benchmarking Pengeluaran Getah Kering Ladang Getah PKNK
Secara puratanya, kadar pengeluaran DRC pada tahun 2007 hingga 2010
adalah di antara 710.57 kg hingga 762.84 kg/hektar bagi 7,078.79 hektar
kawasan tanaman getah. Bagaimanapun, semakan Audit mendapati purata
pengeluaran ladang berbanding kadar purata pengeluaran getah kering yang
dikeluarkan oleh Lembaga Getah Malaysia (LGM) adalah lebih rendah iaitu di
antara 2.39% hingga 13.3% kecuali bagi tahun 2009. KLPK memaklumkan telah
mengambil inisiatif untuk meningkatkan pengeluaran getah dengan menjalankan
kempen Yield Gap Sifar dengan benchmarking pengeluaran getah 1800 kg
sehektar setahun. Antara kaedah yang digunakan adalah memperkenalkan
teknik V-Cut bagi pokok torehan tinggi, penggunaan ubat penggalak susu,
rancangan penanaman semula pokok getah yang menjangkaui hayat tua,
pembukaan kawasan torehan baru dan meningkatkan kuota pekerja asing.
Perbandingan purata pengeluaran DRC ladang dengan purata pengeluaran
seluruh Malaysia pada tahun 2007 hingga 2010 adalah seperti di Jadual 12.5.
Jadual 12.5
Pengeluaran Getah Kering Berbanding Purata Pengeluaran LGM
Bagi Tahun 2007 Hingga 2009
Pengeluaran Getah Kering
Butiran
(Kg/Hektar)
2007 2008 2009 2010
Pengeluaran Ladang Getah PKNK 710.57 719.04 762.84 724.70
Purata Pengeluaran Getah Asli Kering Malaysia (Laporan
819.83 736.68 725.61 823.08
LGM)
Peratus Melebihi / (Kurang) Daripada Purata
(13.3) (2.39) 5.13 (12.0)
Pengeluaran LGM (%)
Sumber: Rekod KLPK
138
Pada pendapat Audit, produktiviti pengeluaran getah boleh mencapai sasaran yang
ditetapkan sekiranya semua pokok getah yang ditanam boleh mengeluarkan hasil.
b. Pengurusan Ladang Kelapa Sawit PKNK
Pengurusan ladang kelapa sawit milik PKNK terbahagi kepada 4 ladang. iaitu Ladang
Sungai Ular, Ladang Pinang Tunggal, Ladang Gurun dan Ladang Aman Jaya.
Kesemua ladang ini telah mendatangkan hasil kepada PKNK. Jumlah keluasan
ladang kelapa sawit milik PKNK adalah 2,361.15 hektar. Daripada jumlah tersebut,
1,637.19 hektar adalah kawasan pokok matang dan boleh mengeluarkan hasil,
manakala baki selebihnya iaitu 723.96 hektar adalah kawasan pokok belum matang
dan dijangka matang di antara tahun 2011 hingga 2014. Usia pokok kelapa sawit
yang terdapat di ladang tersebut adalah antara 3 hingga 25 tahun. Keluasan tanaman
kelapa sawit dan usia pokok bagi setiap ladang pada tahun 2010 adalah seperti di
Jadual 12.6.
Jadual 12.6
Keluasan Ladang Dan Usia Pokok Kelapa Sawit Pada Tahun 2010
Keluasan
Tanah Keluasan Keluasan
Bil. Ladang
Tanaman Tanaman Tanaman
Kelapa Matang Belum Usia Pokok
Sawit
(Hektar) (Hektar)
Matang
(Hektar) (Tahun)
1. Ladang Sungai Ular 1,507.38 864.14 643.24 3 - 25
2.
Ladang Pinang
Tunggal
308.10 227.38 80.72 3 - 25
3. Ladang Gurun 45 45 - 15 - 25
4. Ladang Aman Jaya 500.67 500.67 - 15 - 25
Jumlah 2,361.15 1,637.19 723.96
Sumber: Rekod KLPK
i. Pengeluaran Buah Tandan Segar Kelapa Sawit Ladang PKNK
KLPK telah mensasarkan pengeluaran Buah Tandan Segar (BTS) Kelapa Sawit
di antara 15,865 tan metrik hingga 36,900 tan metrik pada tahun 2007 hingga
2010 bagi 4 ladang getah yang diuruskannya. Semakan Audit mendapati
pengeluaran BTS bagi 4 ladang adalah di antara 15,336 tan hingga 27,783 tan.
Pengeluaran BTS adalah kurang daripada sasaran pengeluaran yang dirancang
pada tahun 2007, 2009 dan 2010. Keadaan ini adalah disebabkan kebanyakan
pokok telah melebihi usia 25 tahun dan tidak produktif. Kedudukan produktiviti
pengeluaran BTS berbanding sasaran pengeluaran adalah seperti
di Jadual 12.7.
139
Bil.
1.
2.
Ladang
Ladang
Sungai Ular
Ladang
Pinang
Tunggal
Jadual 12.7
Pengeluaran BTS Ladang-Ladang PKNK Berbanding Sasaran
Bagi Tahun 2007 Hingga 2010
Sasaran
2007
(Tan Metrik)
Keluaran
Sebenar
Sasaran
2008
(Tan Metrik)
Keluaran
Sebenar
Tahun
Sasaran
2009
(Tan Metrik)
Keluaran
Sebenar
Sasaran
2010
(Tan Metrik)
Keluaran
Sebenar
12,900 11,623 11,217 10,686 11,900 11,372 17,300 11,886
5,000 3,713 3,548 3,786 3,800 3,738 4,550 3,107
3. Ladang Gurun - - 1,100 1,192 1,200 1,368 1,350 1,076
4.
Ladang Aman
Jaya
- - - - 11,305 11,305 13,700 8,229
Jumlah 17,900 15,336 15,865 15,664 28,205 27,783 36,900 24,298
Lebihan /
(Kurangan)
(2,564) 201 (422) (12,602)
Sumber: Rekod KLPK
Nota: Ladang Gurun mula beroperasi pada tahun 2008 dan Laman Aman Jaya pada tahun 2009.
ii. Benchmarking Pengeluaran Buah Tandan Segar Kelapa Sawit Ladang PKNK
Secara puratanya, kadar pengeluaran BTS pada tahun 2007 hingga 2010 adalah di
antara 6.50 tan hingga 11.76 tan/hektar bagi 2,361.15 hektar kawasan tanaman
kelapa sawit. Bagaimanapun, semakan Audit mendapati purata pengeluaran BTS
berbanding purata pengeluaran BTS Semenanjung Malaysia yang dikeluarkan oleh
Malaysian Palm Oil Board (MPOB) adalah lebih rendah iaitu di antara 39.3%
hingga 66.2%. KLPK memaklumkan telah menjalankan penanaman semula seluas
945.52 hektar terutamanya di Ladang Sungai Ular dari tahun 2005 hingga 2010.
Bagaimanapun, program tanaman semula terhadap pokok yang melebihi umur
adalah tidak menyeluruh kerana hasil daripada pokok tersebut masih menjadi
punca pendapatan syarikat sementara menunggu kawasan baru ditanam dapat
mengeluarkan hasil. Program ini akan disambung pada tahun 2012 hingga 2014
secara berperingkat. Perbandingan purata pengeluaran BTS ladang dengan BTS
Semenanjung Malaysia pada tahun 2007 hingga 2010 adalah seperti di
Jadual 12.8.
Jadual 12.8
Pengeluaran BTS Berbanding Purata Pengeluaran MPOB
Bagi Tahun 2007 Hingga 2009
Pengeluaran BTS
Butiran
(Tan/Hektar)
2007 2008 2009 2010
Pengeluaran Ladang Kelapa Sawit PKNK 6.50 6.63 11.76 10.29
Purata Pengeluaran BTS Semenanjung
17.59 19.63 19.36 17.91
Malaysia (Laporan MPOB)
Peratus Melebihi / (Kurang) Daripada
(63.1) (66.2) (39.3) (42.5)
Purata Pengeluaran MPOB (%)
Sumber: Rekod KLPK
140
Pada pendapat Audit, produktiviti pengeluaran ladang adalah di bawah purata
pengeluaran yang dikeluarkan oleh MPOB kerana terdapat pokok kelapa sawit yang
berusia melebihi 25 tahun.
c. Prestasi Kewangan Ladang-Ladang PKNK
Pendapatan utama ladang adalah terdiri daripada penjualan getah dan kelapa sawit.
Selain itu, ladang juga menerima faedah daripada simpanan tetap yang disimpan di
institusi kewangan. Semakan Audit mendapati 10 ladang yang diuruskan KLPK telah
berjaya mendatangkan pulangan yang tinggi kepada PKNK setiap tahun mulai 2007.
Antara faktor pencapaian yang baik ini adalah disebabkan oleh kenaikan drastik
harga komoditi getah dan kebanyakan pokok getah yang ditanam semula oleh KLPK
telah matang dan boleh dikutip hasil. Keuntungan bersih ladang PKNK bagi tempoh
tahun 2007 hingga 2010 adalah seperti di Jadual 12.9.
Jadual 12.9
Keuntungan Bersih Ladang
Bagi Tahun Kewangan 2007 Hingga 2009
Tahun Kewangan
Keluasan
Bil.
Butiran
2007 2008 2009 2010
(Hektar) (RM Juta) (RM Juta) (RM Juta) (RM Juta)
1. Ladang Hosba 83 0.32 0.42 0.22 0.60
2. Ladang Laka Temin 485 1.29 0.20 0.13 -
3. Ladang Bukit Perak Utara 2,320 10.35 9.81 6.43 15.48
4.
Ladang Bukit Perak
Selatan
2,233 12.04 7.71 8.76 12.53
5. Ladang Sungai Ular 1,839.38 6.21 3.86 2.63 4.66
6. Ladang Sungai Pau 110 1.00 0.83 0.04 0.93
7. Ladang Pinang Tunggal 405 1.04 0.93 0.65 1.08
8. Ladang Bukit Nguan 1,539 0.25 0.24 - 0.03
9. Ladang Gurun 48 - - 0.33 0.40
10. Ladang Aman Jaya 723.46 - - 2.84 2.98
Jumlah 9,785.84 33.73 17.03 23.27 41.66
Keuntungan Per Hektar 0.003 0.002 0.002 0.004
Sumber: Kertas Kerja Audit PKNK dan Laporan Kewangan Ladang
Pada pendapat Audit, prestasi kewangan ladang adalah baik kerana peningkatan
keuntungan yang dicatatkan pada tahun 2010 adalah tertinggi dalam tempoh
4 tahun.
12.4.2.2. Pengurusan Kilang Getah PKNK
a. Prestasi produktiviti Kilang Hevea Bukit Perak
Kilang Hevea Bukit Perak (KHBP) beroperasi dengan membeli susu getah dan getah
beku dari ladang PKNK, pekebun kecil berdekatan dan pengusaha getah dari
Thailand, India dan Vietnam untuk diproses dan kemudiannya menjual semula
kepada industri berasaskan getah. KLPK telah mensasarkan pengeluaran KHBP di
antara 6.64 juta kg/DRC hingga 12.73 juta kg/DRC pada tahun 2007 hingga 2010.
141
Semakan Audit mendapati produktiviti getah yang dihasilkan oleh KHBP tidak
mencapai sasaran yang ditetapkan terutamanya pada tahun 2009 dan 2010. KLPK
memaklumkan sasaran pengeluaran pada tahun 2009 dan 2010 disediakan dengan
mengambil kira pengeluaran getah gred lateks pekat, SMR 10/20. Bagaimanapun
operasi pengeluaran getah SMR dihentikan untuk kerja-kerja pengubahsuaian untuk
meningkatkan kapasiti pengeluaran. Kedudukan produktiviti pengeluaran getah
berbanding bajet adalah seperti di Jadual 12.10.
Jadual 12.10
Pengeluaran Getah Kering KHBP Berbanding Sasaran
Bagi Tahun 2007 Hingga 2010
Tahun
Butiran
2007
2008
2009
2010
(Kg/DRC Juta) (Kg/DRC Juta) (Kg/DRC Juta) (Kg/DRC Juta)
A B A B A B A B
KHBP 8.09 7.03 6.64 5.82 12.61 4.31 12.73 5.76
Kurangan (1.06) (0.82) (8.30) (6.97)
Kurangan (%) 13.1 12.3 65.8 54.8
Sumber: Rekod KLPK
Nota:A = Sasaran
:B = Keluaran Sebenar
Pada pendapat Audit, KLPK perlu mengkaji semula justifikasi sasaran pengeluaran
KHBP kerana berdasarkan trend yang dicatatkan berlaku kurangan pengeluaran
sebenar melebihi 50%.
b. Prestasi Kewangan KHBP
KHBP telah mencatatkan keuntungan pada tahun 2007 berjumlah RM1.23 juta dan
2009 berjumlah RM1.24 juta. Bagaimanapun, KHBP telah mengalami kerugian
berjumlah RM6.97 juta dan RM3.41 juta masing-masing pada tahun 2008 dan 2010.
Kerugian pada tahun 2008 adalah disebabkan oleh lebihan stok getah yang tinggi
pada bulan Disember 2008 kerana pada masa itu harga pasaran getah telah jatuh
secara drastik. Pihak pengurusan mengambil keputusan untuk menyimpan stok dan
menunggu sehingga harga getah menjadi lebih stabil bagi mengelak daripada
mengalami kerugian jangka panjang yang lebih teruk. Manakala kerugian pada tahun
2010 pula disebabkan KHBP tidak dapat menjual getah yang telah dibeli terutama
getah yang diimport dari luar negara seperti India, Thailand dan Vietnam dengan
harga yang lebih tinggi. Keadaan ini adalah disebabkan pada masa berkenaan
kejatuhan harga getah melebihi kos belian dan pemprosesan getah. KLPK
memaklumkan bagi mengurangkan risiko kerugian akibat turun naik harga pasaran,
KHBP akan bertindak sebagai kilang memproses getah sahaja dan mengambil
upahan daripada ladang-ladang.
Pada pendapat Audit, prestasi kewangan KHBP adalah tidak memuaskan kerana
mencatatkan kerugian yang besar pada tahun 2008 dan 2010 walaupun berjaya
mencatatkan keuntungan pada tahun 2007 dan 2009.
142
12.4.3. Tadbir Urus Korporat
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah memperkenalkan Kod Tadbir Urus Korporat
Malaysia Tahun 2000 yang dikemaskini pada tahun 2007, di mana kod ini telah menekankan
beberapa prinsip dan amalan terbaik, termasuk penstrukturan, bidang kuasa, komposisi dan
anjaran Lembaga Pengarah, komunikasi antara syarikat dengan pemegang saham, aspek
pelaporan dalaman dan luaran serta aspek akauntabiliti syarikat. Kod Tadbir Urus Korporat
Malaysia menitik beratkan isu pengelakan rasuah, ketelusan, percanggahan kepentingan
antara diri, saham syarikat dan masyarakat. Hasil penemuan Audit adalah seperti berikut:
12.4.3.1. Pembayaran Dividen
Pekeliling Perbendaharaan Bil. 11 Tahun 1993 menetapkan dasar dan garis panduan
mengenai pembayaran dividen oleh syarikat kerajaan di mana syarikat dikehendaki
membayar dividen sekurang-kurangnya 10% setahun sebagai pulangan modal kepada
Kerajaan sebagai pemegang saham. Semakan Audit mendapati KLPK telah membayar
dividen kepada PKNK pada tahun 2008 dan 2009 masing-masing berjumlah RM0.10 juta.
Dividen tidak dibayar pada tahun 2007 walaupun syarikat mencatatkan keuntungan.
12.4.3.2. Bayaran Bonus
Pekeliling Perbendaharaan Bil. 10 Tahun 1993 menetapkan semua pembayaran bonus
hendaklah diluluskan oleh Lembaga Pengarah Badan Induk sebelum dikemukakan
kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN). Cadangan pembayaran bonus perlu dikemukakan
serentak dengan cadangan pembayaran dividen kepada pemegang saham. Semakan
Audit mendapati bayaran bonus kepada kakitangan telah dilakukan pada tahun 2007,
2008 dan 2009 masing-masing melibatkan sejumlah RM0.37 juta, RM0.23 juta dan
RM0.38 juta telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah tetapi tidak dikemukakan kepada
PKNK dan PBN untuk kelulusan.
12.4.3.3. Ketiadaan Jawatankuasa Audit
Pekeliling Perbendaharaan Bil. 9 Tahun 1993 telah menetapkan setiap syarikat Kerajaan
hendaklah menubuhkan Jawatankuasa Audit Dan Pemeriksaan. Antara objektif
penubuhannya adalah untuk memelihara kepentingan Kerajaan melalui kawalan dan
pengawasan ke atas pengurusan syarikat induk serta semua syarikat subsidiari dan
bersekutu secara berterusan. Semakan Audit mendapati Jawatankuasa Audit Dan
Pemeriksaan serta Unit Audit Dalam belum ditubuhkan di KLPK. Bagaimanapun fungsi
audit dalam telah dilaksanakan oleh Unit Audit Dalam PKNK dan ianya tidak dapat
dijalankan secara berkala dan lebih kerap kerana kekurangan kakitangan. Sepanjang
tahun 2007 hingga 2010, pemeriksaan oleh Unit Audit Dalam hanya dijalankan sebanyak
sekali iaitu pada tahun 2009. Pemerhatian Audit hanya dibincang di antara pihak
pengurusan KLPK sahaja dan tidak dipanjangkan kepada Jawatankuasa Audit Dan
Pemeriksaan. KLPK berpendapat belum ada keperluan untuk mewujudkan Jawatankuasa
Audit di KLPK pada ketika ini kerana ia melibatkan penambahan kakitangan dan
peningkatan kos operasi. Pada masa sekarang KLPK masih lagi bergantung kepada Unit
Audit Dalam PKNK.
143
12.4.3.4. Pengeluaran Cek Tunai Tanpa Dokumen Sokongan Yang Lengkap
Prosedur dan tatacara kewangan perlu dipatuhi sebelum pembayaran dilakukan dengan
memastikan baucar bayaran disokong dengan dokumen sokongan yang lengkap.
Seksyen 167 (1) Akta Syarikat 1965 pula menyatakan pengarah dan pengurus syarikat
hendaklah memastikan rekod-rekod perakaunan disimpan dengan lengkap sehingga
dapat menerangkan dengan jelasnya setiap transaksi bagi membolehkan ianya diaudit
dengan mudah dan betul. Semakan Audit mendapati sejumlah RM0.43 juta transaksi cek
tunai tidak disertakan dokumen sokongan. Perkara ini adalah bertentangan dengan Akta
Syarikat 1965 dan KLPK juga terdedah kepada risiko penyelewengan. Maklumat lanjut
seperti di Jadual 12.11.
Jadual 12.11
Pengeluaran Cek Tunai Tanpa Dokumen Sokongan Yang Lengkap
Bagi Tahun 2008 Dan 2009
Tahun
Bil.
Butiran Perbelanjaan
2008 2009
1. Derma dan Sumbangan 220,500 90,000
2. Hari Keluarga - 13,300
3. Urusan Pengambilan Pekerja Asing - 19,310
4. Tuntutan Pengurus Ladang - 15,760
5. Kenduri Korban - 3,500
6. Pembelian Rumah - 5,500
7. Perbelanjaan Tunai - 2,000
8. Perbelanjaan Ke Luar Negara - 22,800
9. Lain-lain Perbelanjaan 18,516 15,676
Jumlah 239,016 187,846
Sumber: Rekod KLPK dan Laporan Audit Dalam
12.5 SYOR AUDIT
Bagi membolehkan objektif penubuhan KLPK dicapai seperti mana yang telah ditetapkan,
pihak KLPK perlu menangani kelemahan yang telah dibangkitkan dalam laporan ini. Bagi
mengatasi kelemahan yang dibangkitkan, Lembaga Pengarah KLPK disyorkan supaya
melaksanakan perkara seperti berikut:
12.5.1. Mematuhi kehendak Akta Syarikat 1965 dan semua pekeliling yang telah dikeluarkan
oleh Kerajaan bagi memastikan pengurusan kewangan KLPK yang meliputi pengurusan
pembayaran, aset serta sumber manusia dibuat dengan telus, teratur dan berhemat.
12.5.2. Memantau operasi Kilang Hevea Bukit Perak dengan lebih terancang bagi
memastikan kilang dapat memperolehi keuntungan pada masa hadapan.
144
PERBADANAN MENTERI BESAR KEDAH
13. AMANAH SAHAM KEDAH BERHAD
13.1 LATAR BELAKANG
13.1.1. Amanah Saham Kedah Berhad (ASKB) yang diperbadankan pada 10 September
1994 adalah merupakan anak syarikat milik penuh Permodalan Kedah Berhad (PKB). PKB
adalah syarikat subsidiari milik penuh Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed). ASKB
telah ditubuhkan dengan modal yang dibenarkan berjumlah RM10 juta dan modal berbayar
berjumlah RM8.42 juta. Visi Korporat ASKB adalah menjadi penyumbang utama ke arah
kecemerlangan pengurusan aset dan akauntabiliti sektor korporat dalam PKB. Misi korporat
ASKB pula adalah untuk melaksanakan pengurusan secara profesional dan beretika ke arah
meningkatkan akauntabiliti pengurusan korporat.
13.1.2. ASKB yang dilesenkan di bawah Akta Pasaran Modal Dan Perkhidmatan 2007
berpengalaman lebih daripada 17 tahun di dalam bidang unit amanah dan pengurusan aset.
Sehingga kini ASKB menguruskan Tabung Amanah Saham Kedah (Tabung ASK) dan
pengurusan aset Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) serta Yayasan Islam Negeri
Kedah (YINK).
13.1.3. Aktiviti utama ASKB adalah bertindak sebagai pengurus dengan menentukan
matlamat pelaburan, mengurus pelaburan Tabung ASK, mengatur penjualan dan pembelian
unit Amanah Saham Kedah (ASK), pengagihan pendapatan atau unit tambahan kepada
pemegang unit dan menyimpan rekod Tabung ASK dengan baik.
13.1.4. Lembaga Pengarah ASKB terdiri daripada 6 orang Ahli Lembaga Pengarah (ALP)
termasuk seorang wakil PKB. Pada 1 Januari 2011, ASKB mempunyai 24 orang kakitangan
yang terdiri daripada 11 eksekutif serta 13 bukan eksekutif.
13.2. OBJEKTIF PENGAUDITAN
Pengauditan ini dijalankan untuk menilai sama ada prestasi kewangan syarikat memuaskan,
pengurusan aktiviti dan kewangan serta tadbir urus korporat telah dilaksanakan dengan
teratur selaras dengan objektif penubuhannya.
13.3. SKOP DAN KAEDAH PENGAUDITAN
Pengauditan dijalankan merangkumi aspek prestasi kewangan, pengurusan aktiviti dan
tadbir urus korporat. Pengauditan dijalankan dengan meneliti Memorandum dan Artikel
Syarikat, Akta Syarikat 1965, Akta Pasaran Modal Dan Perkidmatan 2007, peraturan
kewangan, minit Mesyuarat Lembaga Pengarah dan rekod berkaitan dengan pengurusan
syarikat ASKB dan Tabung ASK bagi tempoh tahun 2006 hingga 2010. Analisis kewangan
145
juga dilakukan terhadap Penyata Kewangan ASKB bagi tempoh tahun 2007 hingga 2009. Di
samping itu temu bual dan perbincangan dengan pegawai yang berkaitan juga dijalankan.
13.4. PENEMUAN AUDIT
Pengauditan yang dijalankan di antara bulan November 2010 hingga Februari 2011
mendapati prestasi kewangan ASKB secara keseluruhannya adalah tidak memuaskan.
ASKB mencatatkan kerugian pada tahun 2007 hingga 2009 masing-masing berjumlah
RM1.12 juta, RM1 juta dan RM0.57 juta. Sungguhpun didapati pengurusan aktiviti ASKB
adalah selaras dengan objektif penubuhannya tetapi pengurusan aktivitinya adalah tidak
memuaskan kerana terdapat beberapa kelemahan yang boleh menjejaskan kepentingan
Kerajaan selaku pemegang ekuiti secara amnya. Selain itu, kelemahan pengurusan aktiviti
ASKB boleh menjejaskan kepentingan para pelabur Tabung ASK. Antara kelemahan yang
ditemui adalah keuntungan tahunan Tabung ASK semakin berkurangan, kerugian terkumpul
Tabung ASK serta penyusutan Nilai Aset Bersih (NAB) Tabung ASK berada pada tahap
yang tinggi, sumbangan Kerajaan Negeri bagi menampung kos pembayaran dividen dan
pelaburan ekuiti mengalami rosot nilai yang tinggi. Tadbir urus korporat ASKB secara
keseluruhannya adalah tidak memuaskan. Di antaranya adalah insentif ALP pada tahun
2007 tidak mendapat kelulusan Mesyuarat Agung dan gaji bekas Ketua Pegawai Eksekutif
(KPE) terlebih bayar. Penjelasan lanjut berhubung dengan prestasi kewangan, pengurusan
aktiviti dan tadbir urus korporat adalah seperti berikut:
13.4.1. Prestasi Kewangan
13.4.1.1. Analisis Trend
a. ASKB mencatatkan kerugian selama 3 tahun berturut-turut dari tahun 2007 sehingga
tahun 2009. Kerugian yang dialami masing-masing berjumlah RM1.12 juta, RM1.01
juta dan RM0.57 juta. Kerugian adalah berpunca daripada kegagalan ASKB untuk
mengawal perbelanjaan operasi dan pentadbiran syarikat sehingga menyebabkan
untung kasar yang diperolehi tidak mampu membiayai kos perbelanjaan pentadbiran
dan operasi syarikat. Bagaimanapun kerugian yang dialami menunjukkan penurunan
pada tahun 2009 berbanding 2008 setelah pengurusan ASKB berjaya mengurangkan
kos operasi syarikat kepada RM1.68 juta berbanding RM2.10 juta pada tahun 2007.
b. Pendapatan utama ASKB adalah terdiri daripada jualan ASK dan yuran pengurusan
daripada Tabung ASK serta dana korporat. Pendapatan jualan ASK menunjukkan
trend yang tidak konsisten di mana pendapatan ASKB telah meningkat pada tahun
2008 berbanding 2007 namun menyusut sedikit pada tahun 2009. Pendapatan jualan
ASK pada tahun 2007 adalah berjumlah RM2.53 juta meningkat kepada RM6.10 juta
pada tahun 2008. Namun pada tahun 2009 trend pendapatan menunjukkan
penurunan iaitu menyusut sebanyak 23.1% atau berjumlah RM1.41 juta. Analisis
Audit mendapati peningkatan pendapatan pada tahun 2008 adalah berpunca
daripada kenaikan mendadak jualan unit ASK. Penurunan pendapatan pada tahun
2008 berbanding 2009 adalah disebabkan kemerosotan jualan unit ASK.
c. Analisis Audit terhadap perbelanjaan operasi dan pentadbiran ASKB mendapati
terdapat trend penurunan pada tahun 2008 dan 2009. Pada tahun 2007 perbelanjaan
operasi dan
pentadbiran ASKB adalah berjumlah RM2.10 juta. Trend mulai berubah
pada tahun
2008 ke arah positif apabila perbelanjaan operasi dan pentadbiran
mencatatkan penurunan berbanding tahun 2007. Pada tahun 2008 jumlah
perbelanjaan operasi dan pentadbiran adalah RM1.68 juta dan menurun pada 2009
di mana perbelanjaan
operasi dan pentadbiran hanya berjumlah RM1.55 juta. Pihak
Audit mendapati penurunan kos perbelanjaan operasi dan pentadbiran pada tahun
2008 adalah disebabkan ASKB telah mengurangkan kos perjalanan, yuran pengarah
serta yuran profesional.
d. Kedudukan
pendapatan dan perbelanjaann serta untung/(rugi)
ASKB bagi tahun
kewangan 2007 hingga 2009 adalah seperti di Jadual 13.1, Carta 13.1 dan
Carta 13.2.
Jadual 13.11
Penyata Pendapatan Dan Perbelanjaan Serta Untung Rugi
Bagi Tahun 2007 Hingga 2009
Tahun Kewangan
Butiran
2007 2008
2009
(RM Juta)
(RM Juta) (RM Juta)
Jualan Unit Amanah
2.53 6.10
4.69
Kos Jualan
(2.50) (6.17)
(4.64)
Untung/ (Rugi) Kasar
0.03 (0.07)
0.05
Yuran Pengurusan
0.78 0.59
0.50
Lain-lain Pendapatan
0.17 0.15
0.43
Perbelanjaan Operasi dan
Pentadbiran
(2.10) (1.68)
(1.55)
Untung/(Rugi) Sebelum Cukai (1.12) (1.01)
(0.57)
Pelarasan
Cukai
-
-
-
Untung/(Rugi) Bersih
Semasa (1.12) (1.00)
(0.57)
Sumber: Penyata Kewangan ASKB
Carta 13.1
Trend
Kerugian ASKB
Bagi Tahun Kewangan 2007 Hingga 2009
Carta 13.2
Trend Pendapatan Dan Perbelanjaan
ASKB
Bagi Tahun Kewangan 2007 Hingga 2009
(RM Juta)
0
-0.2
-0.4
-0.6
-0.8
-1
-1.2
-0.57
-1.12
-1.01
2007 2008
2009
Tahun
(RM Juta)
8
7
6
5
4
3
2
1
0
3.48
4.60
6.84
7.85
5.62
619 6.19
2007 2008 2009
Tahun
Pendapatan
Perbelanjaan
Sumber: Penyata Kewangan ASKB
Sumber: Penyata Kewangan ASKB
147
13.4.1.2. Analisis Nisbah
Bagi menilai prestasi kewangan ASKB, Nisbah Semasa, Margin Untung Bersih, Nisbah
Pulangan Ke Atas Aset dan Nisbah Pulangan Ke Atas Ekuiti telah dianalisis berdasarkan
lembaran imbangan dan penyata pendapatan YBSB bagi tahun 2007 hingga 2009 seperti
di Jadual 13.2.
Jadual 13.2
Analisis Nisbah Kewangan Bagi
Tahun Kewangan 2007 Hingga 2009
Butiran
Tahun Kewangan
2007 2008 2009
Nisbah Semasa 8.08:1 1.70:1 8:1
Margin Untung Bersih (44.3%) (16.6%) (12.2%)
Nisbah Pulangan Ke Atas
Aset
(0.14):1 (0.12):1 (0.07):1
Nisbah Pulangan Ke Atas
Ekuiti
(0.14):1 (0.14):1 (0.08):1
Sumber: Penyata Kewangan ASKB
a. Nisbah Semasa
Nisbah ini menunjukkan ASKB mempunyai keupayaan yang sangat baik untuk
membayar balik liabiliti semasanya pada tahun 2007 hingga 2009 terutama pada
tahun 2007 dan 2009.
b. Margin Untung Bersih
Margin Untung Bersih ASKB adalah negatif pada tahun 2007 sehingga 2009 di mana
ASKB mengalami kerugian pada tahun tersebut. Ini adalah kerana pendapatan yang
diterima tidak mampu untuk menanggung kos operasi yang tinggi. Bagaimanapun
kadar kerugian yang ditanggung ASKB semakin berkurangan.
c. Nisbah Pulangan Ke Atas Aset
Nisbah Pulangan Ke Atas Aset adalah negatif pada tahun 2007 hingga 2009.
Keadaan ini menunjukkan ASKB tidak produktif dan gagal menggunakan sepenuhnya
aset yang dimiliki untuk memaksimumkan keuntungan.
d. Nisbah Pulangan Ke Atas Ekuiti
Nisbah Pulangan Ke Atas Ekuiti adalah negatif bagi tahun 2007 hingga 2009. Ini
bermakna ASKB gagal memberikan pulangan kepada pemilik syarikat iaitu PKB.
ASKB memaklumkan bagi mengatasi prestasi kewangan syarikat yang tidak memuaskan
Lembaga Pengarah ASKB telah meluluskan Pelan Korporat ASKB untuk 3 tahun (2011-
2013). Objektif utama pelan ini adalah untuk mengurangkan kerugian syarikat sebanyak
25% pada tahun 2011, mencapai “breakeven” pada tahun 2012 dan mencatatkan
keuntungan pada tahun 2013. Antara 3 perkara penting dilakukan adalah mendapatkan
dana baru berjumlah RM100 juta, mengambil kakitangan baru yang berkelayakan dan
meningkatkan prestasi Tabung ASK.
148
Pada pendapat Audit, prestasi kewangan ASKB adalah tidak memuaskan kerana
mengalami kerugian selama 3 tahun berturut-turut. Operasi syarikat masih belum
mampu memberikan pulangan kepada pemegang ekuitinya iaitu PKB.
13.4.2. Pengurusan Aktiviti
Aktiviti utama ASKB adalah menguruskan Tabung ASK selaras dengan pelaksanaan surat
ikatan bertarikh 24 Februari 1995 antara ASKB dengan Pemegang Amanah (HSBC
(Malaysia) Trustee Berhad) dan Pemegang Berdaftar Amanah. Objektif pelaburan Tabung
ASK adalah untuk memberi peluang peningkatan modal dan pengagihan pendapatan melalui
pelaburan berteraskan prinsip Syariah pada risiko yang wajar. Tabung ASK menggunakan
konsep dana pendapatan dan pertumbuhan modal di mana modalnya dilaburkan di dalam
sekuriti pasaran saham di Bursa Malaysia serta instrumen pasaran wang tempatan. Pelabur
akan dapat menikmati pulangan daripada kenaikan harga unit ataupun dividen apabila
diisytiharkan. Kegiatan utama Tabung ASK ialah melabur dalam ‘Pelaburan Dibenarkan’
seperti yang dijelaskan di bawah Fasal 2 surat ikatan yang meliputi syer syarikat yang
disenaraikan atau tidak disenaraikan di Bursa Malaysia, serta pelaburan lain yang boleh
diterima di bawah prinsip Islam. Sehingga 31 Ogos 2010 Tabung ASK mempunyai 32,114
pelabur atau bersamaan Nilai Aset Bersih bernilai RM33.88 juta. Pecahan pegangan unit
Tabung ASK adalah seperti di Jadual 13.3. Manakala komposisi portfolio pelaburan Tabung
ASK sehingga 31 Ogos 2010 adalah seperti di Jadual 13.4.
Jadual 13.3
Pecahan Pegangan Unit Tabung ASK Pada 31 Ogos 2010
Kedudukan Pelabur Mengikut Pegangan Unit
Unit
NAB
Pegangan Unit Bil. Pelabur
(Juta)
(RM Juta)
5,000 ke bawah 29,060 11.41 2.72
5,001 ke 10,000 914 6.14 1.47
10,001 ke 50,000 1,842 33.19 7.92
50.001 ke 500,000 285 28.17 6.72
500,001 ke atas 13 61.41 14.65
Stok Pengurus 1.68 0.40
Jumlah 32,114 142 33.88
Sumber: Laporan Tahunan Tabung ASK
Jadual 13.4
Komposisi Portfolio PelaburanTabung ASK Sehingga 31 Ogos 2010
Pegangan Ekuiti Mengikut Sektor (%)
Barangan Pengguna 5.7
Barangan Industri 23.1
Pembinaan 7.3
Perkhidmatan/Dagangan 23.5
Hartanah 34
Perladangan 4.5
Teknologi 1.9
Jumlah 100
Pelaburan Mengikut Kategori (%)
Ekuiti 44.2
Pasaran Wang 55.8
Jumlah 100
Sumber: Penyata Kewangan Tabung ASK
149
13.4.2.1. Prestasi Kewangan Tabung ASK Tidak Memuaskan
a. Keuntungan Tahunan Tabung ASK Semakin Berkurangan
Tabung ASK seharusnya berupaya mencatatkan keuntungan yang tinggi oleh kerana
tabung berkenaan diuruskan oleh ASKB yang merupakan syarikat Kerajaan dan
sentiasa mendapat sokongan daripada Kerajaan Negeri. Semakan Audit mendapati
keuntungan Tabung ASK menunjukkan peningkatan pada tahun 2008 berbanding
2007 dan kemudiannya jatuh mendadak pada tahun 2009 dan seterusnya menurun
lagi pada tahun 2010. Pada tahun 2007 Tabung ASK mencatatkan lebihan
pendapatan berjumlah RM3.60 juta dan seterusnya mengalami peningkatan drastik
kepada RM7.67 juta pada tahun 2008. Bagaimanapun, trend keuntungan mulai
berubah apabila lebihan pendapatan Tabung ASK menyusut sebanyak 77.8% atau
RM5.97 juta kepada RM1.70 juta pada tahun 2009. Lebihan pendapatan Tabung
ASK terus menyusut kepada RM1.52 juta pada tahun 2010 berbanding tahun
sebelumnya. Butiran terperinci prestasi kewangan Tabung ASK adalah seperti di
Jadual 13.5.
Jadual 13.5
Ringkasan Penyata Pendapatan Dan Perbelanjaan Tabung ASK
Tahun Kewangan Berakhir 28/29 Februari
Item
2007 2008 2009 2010
(RM Juta) (RM Juta) (RM Juta) (RM Juta)
Jumlah Pendapatan
4.64 8.85 2.52 2.22
Pelaburan
Jumlah Perbelanjaan (0.83) (0.92) (0.71) (0.60)
Keuntungan/(Kerugian)
3.81 7.93 1.81 1.62
Sebelum Cukai
Cukai (0.21) (0.26) (0.11) (0.10)
Keuntungan/(Kerugian)
3.60 7.67 1.70 1.52
Selepas Cukai
Sumber: Penyata Kewangan Tabung ASK
b. Kerugian Terkumpul Tabung ASK Adalah Tinggi
Setiap pengurus dana perlu memantau aktiviti pelaburan yang dijalankan bagi
memastikan setiap transaksi tidak mengalami kerugian atau sekurang-kurangnya
mendapat titik pulang modal. Ini bertujuan memastikan kepentingan pemegang unit
adalah terjamin. Semakan Audit mendapati Tabung ASK mempunyai kerugian
terkumpul yang tinggi jika dibandingkan dengan modal pemegang unit di peringkat
awal. Kerugian terkumpul Tabung ASK menunjukkan trend penurunan mulai tahun
2008. Sehingga tahun 2010, kerugian terkumpul Tabung ASK berjumlah RM66.67
juta disebabkan oleh aktiviti pemotongan kerugian (cut loss) dan pengstrukturan
semula yang telah dilakukan pada tahun 2000 dan 2002. Pihak Audit juga mendapati
pihak pengurusan tidak menyediakan Pelan Pemulihan Prestasi Tabung ASK untuk
dijadikan panduan dalam usaha untuk mengurangkan kerugian terkumpul. Pada
pendapat Audit, kerugian terkumpul Tabung ASK berada pada tahap yang
tinggi. Keadaan ini boleh menyebabkan para pelabur kurang keyakinan untuk
membeli unit ASK. Oleh itu, tindakan pemulihan perlu diambil dengan segera
150
dalam mengurangkan jumlah kerugian terkumpul. Butiran terperinci kerugian
terkumpul Tabung ASK adalah seperti di Jadual 13.6.
Jadual 13.6
Kerugian Terkumpul Tabung
ASK Pada Tahun 2007 Hingga 2010
Kerugian Terkumpul
Tahun
(RM Juta)
2007 67.16
2008 66.83
2009 66.73
2010 66.67
Sumber: Penyata Kewangan Tabung ASK
c. Penyusutan Nilai Aset Bersih (NAB) Tabung ASK
Nilai Aset Bersih Tabung ASK ialah nilai pasaran kesemua pelaburan dalam sekuriti,
pasaran wang, tunai serta harta lain setelah ditolak liabiliti atau caj yang berkaitan
pada sesuatu titik penilaian. Semakan Audit mendapati NAB Tabung ASK
menunjukkan trend penurunan yang drastik dari tahun 2007 hingga 2009 iaitu dari
RM50.91 juta kepada RM30.08 juta. Di samping itu, pihak Audit mendapati NAB
Tabung ASK pada tahun 2010 berjumlah RM34 juta. Jumlah ini adalah jauh lebih
rendah berbanding modal pemegang unit yang berjumlah RM127.10 juta di mana
perbezaannya berjumlah RM93.10 juta. ASKB memaklumkan penyusutan NAB
Tabung ASK adalah bergantung kepada prestasi Tabung ASK, pengagihan
pendapatan dan aktivti penerbitan dan pembatalan unit ASK yang dilaksanakan
syarikat. Butiran terperinci adalah seperti di Jadual 13.7.
Jadual 13.7
Modal Pemegang Unit Berbanding NAB Tabung ASK
Pada Tahun 2007 Hingga 2010
Modal Pemegang
Unit
NAB Perbezaan
Tahun
(RM Juta) (RM Juta) (RM Juta)
(a)
(b) (c=a-b)
2007 128.48 50.91 77.57
2008 127.46 41.18 86.28
2009 130.00 30.08 99.92
2010 127.10 34.00 93.10
Sumber: Penyata Kewangan Tabung ASK
Pada pendapat Audit, NAB Tabung ASK adalah terlalu rendah jika dibandingkan
dengan modal pemegang unit. Keadaan ini menyebabkan pelabur hilang keyakinan
terhadap Tabung ASK.
13.4.2.2. Sumbangan Kerajaan Negeri Bagi Tujuan Pembayaran Dividen
Matlamat asal penubuhan syarikat Kerajaan adalah untuk mendapatkan pulangan
daripada pelaburan yang dilakukan dan seterusnya dana tersebut digunakan untuk
pembangunan ekonomi negeri. Selain itu, pengagihan pendapatan kepada para pelabur
seharusnya menggunakan wang hasil keuntungan pelaburan. Ini adalah bagi memastikan
pengurus dana berusaha menjana pendapatan yang mencukupi untuk diagihkan kepada
semua pelabur. Semakan Audit mendapati ASKB menerima sumbangan Kerajaan Negeri
151
erjumlah RM2.03 juta bagi menampung kos pembayaran dividen kepada pemegang unit
ASK pada tahun 2006, 2009 dan 2010 melalui penjualan unit ASK yang dimilki oleh State
Secretary Incorporated (SSI). Butiran terperinci sumbangan Kerajaan Negeri bagi tujuan
pembayaran dividen adalah seperti di Jadual 13.8.
Jadual 13.8
Sumbangan Kerajaan Negeri
Bagi Tujuan Pembayaran Dividen Tabung ASK
Tahun Pembayaran
Jumlah
Dividen
(RM Juta)
2006 0.61
2009 1.20
2010 0.22
Jumlah 2.03
Sumber: Penyata Kewangan Tabung ASK
Pada pendapat Audit, pembayaran dividen kepada pelabur hendaklah berdasarkan
kemampuan kewangan Tabung ASK.
13.4.2.3. Pelaburan Ekuiti Mengalami Rosot Nilai Yang Tinggi
Setiap pengurus dana seharusnya memantau setiap pelaburan yang dilakukan bagi
memastikan risiko kerugian dapat diminimumkan. Langkah ini juga dapat memastikan
syarikat memperolehi pendapatan yang sewajarnya daripada setiap transaksi pelaburan
yang dilakukan. Pelaburan ekuiti perlu diberi perhatian serius kerana ia mempunyai
potensi pendapatan dan risiko kerugian yang tinggi. Semakan Audit mendapati pelaburan
ekuiti yang dilakukan oleh Tabung ASK mengalami rosot nilai yang tinggi sehingga
RM33.25 juta atau 65% daripada kos pelaburan pada tahun 2009. Pada tahun 2007
hingga 2010 rosot nilai yang dialami oleh pelaburan ekuiti Tabung ASK masing-masing
berjumlah RM10.42 juta, RM19.45 juta, RM33.25 juta dan RM25.44 juta. ASKB
memaklumkan rosot nilai yang tinggi adalah disebabkan oleh pegangan saham yang tidak
mempunyai potensi dan telah mengalami kerugian belum direalisasi yang tinggi.
Jawatankuasa Pelaburan telah meluluskan cadangan pelupusan pegangan saham
sedemikian bagi membolehkan Tabung ASK melabur didalam saham berpotensi. Butiran
terperinci rosot nilai yang dialami oleh Tabung ASK adalah seperti di Jadual 13.9.
Jadual 13.9
Rosot Nilai Pelaburan Ekuiti Tabung ASK
Berbanding Kos Pelaburan Bagi Tahun 2007 Hingga 2010
Kos
Nilai
Tahun Pelaburan Pasaran Rosot Nilai %
(RM Juta) (RM Juta) (RM Juta)
2007 49.81 39.39 10.42 20.9
2008 52.41 32.96 19.45 37.1
2009 51.18 17.93 33.25 65.0
2010 48.87 23.43 25.44 52.1
Sumber: Penyata Kewangan Tabung ASK
Pada pendapat Audit, ASKB perlu meningkatkan tahap pemantauan terhadap
pelaburan ekuiti bagi mengurangkan rosot nilai yang dialami. Selain itu, ASKB juga
perlu mengambil tindakan melupuskan ekuiti yang merugikan.
152
13.4.2.4. Aktiviti Pemasaran Tidak Memuaskan
Aktiviti pemasaran merupakan tonggak utama kepada setiap organisasi dalam
memastikan visi dan misi syarikat tercapai. Umumnya tanpa pemasaran yang berkesan,
produk yang berkualiti tidak akan mendapat permintaan. Pelan pemasaran hendaklah
didokumentasikan dengan lengkap dan sempurna bagi memastikan pemasaran dapat
dilakukan dengan teratur dan berkesan. Sebagai syarikat Kerajaan Negeri, ASKB
seharusnya mengambil peluang untuk meningkatkan prestasi pemasaran syarikat.
Semakan Audit mendapati kebanyakan unit Tabung ASK yang dijual adalah terdiri
daripada pembelian balik unit melalui pengagihan dividen yang tidak ditunaikan selepas
tempoh masa yang diberikan. Pihak Audit mendapati ASKB tidak menyediakan pelan
pemasaran. Aktiviti pemasaran hanya dijalankan mengikut keperluan seperti mengadakan
taklimat kepada agensi Kerajaan Negeri, syarikat Kerajaan Negeri dan Jabatan Kerajaan.
ASKB memaklumkan mulai 1 April 2011 aktiviti pemasaran telah dipertanggungjawabkan
kepada Jabatan Pembangunan Perniagaan. Pelan pemasaran yang lengkap telah
diluluskan oleh pihak pengurusan dan Lembaga Pengarah pada 30 Mei 2011.
Pada pendapat Audit, aktiviti pemasaran yang dijalankan ASKB untuk
mempromosikan Tabung ASK perlu dipertingkatkan.
13.4.2.5. Pelan Kesinambungan Perniagaan Tidak Disediakan
Pelan Kesinambungan Perniagaan (BCP) adalah merupakan sebuah pelan lengkap untuk
organisasi berhadapan dengan sebarang kontigensi yang berlaku di luar dugaan seperti
banjir, kebakaran, tanah runtuh dan sebagainya. BCP adalah penting dalam memastikan
operasi syarikat dapat diteruskan walaupun pejabat operasi syarikat berhadapan dengan
masalah besar. Sebagai sebuah syarikat yang bergantung kepada pasaran turun naik
saham, ASKB perlu menyediakan BCP yang didokumentasikan dengan lengkap seperti
arahan ketika kecemasan, penurunan kuasa yang diberikan kepada kakitangan dan
tempat operasi alternatif sekiranya berlaku kecemasan. Pihak Audit mendapati ASKB
tidak menyediakan BCP.
Pada pendapat Audit, kegagalan menyediakan BCP boleh mendedahkan risiko
kerugian kepada ASKB. Ini adalah kerana sekiranya berlaku sebarang kontigensi,
syarikat tidak mempunyai garis panduan yang teratur untuk memastikan operasi
syarikat tidak terjejas.
13.4.3. Tadbir Urus Korporat
Amalan tadbir urus korporat yang baik dan berterusan amat penting kerana ia membantu
mengukuhkan jenama syarikat, di samping meningkatkan budaya tanggungjawab korporat
yang baik. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah memperkenalkan Kod Tadbir Urus
Korporat Malaysia pada tahun 2000 yang dikemas kini pada tahun 2007. Kod ini telah
menetapkan beberapa prinsip dan amalan terbaik, termasuk penstrukturan, bidang kuasa,
komposisi dan ganjaran Lembaga Pengarah, komunikasi antara syarikat dengan pemegang
saham, aspek pelaporan dalaman dan luaran serta aspek akauntabiliti syarikat. Hasil
penemuan Audit adalah seperti berikut:
153
13.4.3.1. Rancangan Korporat Tidak Disediakan
Pekeliling Perbendaharaan Bil. 12 Tahun 1993 menetapkan semua syarikat Kerajaan
perlu menyediakan rancangan korporat sebagai wawasan syarikat untuk mencapai
matlamat jangka pendek dan jangka panjang. Ini penting dalam menentukan hala tuju
sesuatu organisasi. Semakan Audit mendapati ASKB tidak menyediakan rancangan
korporat seperti yang dikehendaki. Ketiadaan rancangan korporat akan menyebabkan
sesebuah organisasi sukar mencapai visi dan misi yang dikehendaki. Bagaimanapun,
Pelan Korporat ASKB telah disediakan untuk tahun 2011 hingga 2013 dan telah
diluluskan oleh Lembaga Pengarah pada 6 Disember 2010.
13.4.3.2. Pelaksanaan Audit Dalaman Dan Jawatankuasa Audit Dan Pemeriksaan
Pekeliling Perbendaharaan Bil. 9 Tahun 1993, menghendaki Jawatankuasa Audit Dan
Pemeriksaan ditubuhkan oleh syarikat Kerajaan. Antara fungsinya adalah untuk
memastikan keutuhan kawalan dalaman syarikat, mengesan kelemahan pengurusan
syarikat dan mengeluarkan garis panduan untuk pembetulan dan penambahbaikan serta
mengawasi semua fungsi audit dalam. Jawatankuasa ini perlu bermesyuarat sekali dalam
tempoh 3 bulan atau 4 kali setahun. Semakan Audit mendapati Jawatankuasa Audit telah
ditubuhkan dan dianggotai oleh seorang Pengarah Bukan Eksekutif serta 3 orang ahli
bebas. Mesyuarat terakhir yang diadakan adalah pada tahun 2005. Sehingga bulan
Januari 2011 jawatankuasa ini masih belum mengadakan mesyuarat seperti mana yang
ditetapkan. Mengikut carta organisasi ASKB, Unit Audit Dalam diwujudkan dalam struktur
organisasi syarikat di bawah Jabatan Hal Ehwal Korporat. Mulai 1 September 2010 unit
ini telah ditukar kepada Unit Pematuhan. Semakan Audit mendapati Jabatan Hal Ehwal
Korporat ASKB tidak menyediakan rancangan audit tahunan dan tidak melaksanakan
pengauditan dalaman pada tahun 2008 hingga 2010. ASKB memaklumkan Lembaga
Pengarah yang telah bermesyuarat pada 10 Mac 2011 telah membuat keputusan supaya
pelaksanaan audit dalam dilaksanakan oleh PMBKed. Di samping itu Lembaga Pengarah
juga telah mengstruktur semula keahlian Jawatankuasa Audit Pematuhan dan
Pengurusan Risiko yang telah mengambil kira faktor percanggahan kepentingan.
Pada pendapat Audit, kegagalan Unit Audit Dalaman menjalankan pengauditan
menyebabkan Jawatankuasa Audit Dan Pemeriksaan tidak dapat bermesyuarat
sejak tahun 2005. Keadaan ini menyebabkan syarikat tidak mempunyai check and
balance dalam operasinya.
13.4.3.3. Insentif Lembaga Pengarah Tanpa Kelulusan Mesyuarat Agung
Mengikut Seksyen 132(2) Akta Syarikat 1965, pengarah syarikat tidak boleh
menggunakan kedudukannya sebagai Pengarah untuk mendapat manfaat bagi dirinya
tanpa kebenaran atau pengesahan Mesyuarat Agung. Semakan Audit mendapati,
mesyuarat Lembaga Pengarah Bil. 2/2007 dan Bil. 6/2007 telah memutuskan
pembayaran insentif Lembaga Pengarah berjumlah RM20,000 seorang bagi tahun 2007.
Jumlah keseluruhan pembayaran kepada 5 orang Ahli Lembaga Pengarah adalah
berjumlah RM100,000. Kelulusan dan pengesahan pembayaran tidak dibentangkan
didalam Mesyuarat Agung.
154
Pada pendapat Audit, pembayaran insentif Lembaga Pengarah adalah tidak wajar
kerana syarikat mengalami kerugian dan bertentangan dengan Akta Syarikat 1965.
13.4.3.4. Gaji Terlebih Bayar
Berdasarkan amalan tadbir urus korporat terbaik, setiap kenaikan gaji tahunan hendaklah
dibentang dan diluluskan oleh mesyuarat Lembaga Pengarah syarikat. Mengikut Syarat
Perkhidmatan ASKB, gaji kakitangan dibayar berasaskan 3 sekatan dengan setiap
sekatan diberi 5 kenaikan gaji. Semakan Audit mendapati Ketua Pegawai Eksekutif telah
menerima lebihan gaji berjumlah RM135,000 bagi tempoh Februari 2006 hingga Mac
2010. Beliau telah meletak jawatan pada 1 April 2010. ASKB perlu menuntut kembali
lebihan bayaran gaji tersebut. Pihak Audit juga mendapati kenaikan gaji tahunan beliau
tidak dibentang dan diluluskan oleh Lembaga Pengarah ASKB. Butiran terperinci gaji
yang terlebih bayar adalah seperti di Jadual 13.10.
Jadual 13.10
Gaji Terlebih Dibayar Kepada KPE
Februari 2006 Hingga Mac 2010
Tahun
Gaji Patut Terima Gaji Telah Bayar Perbezaan
(RM)
(RM)
(RM)
2006 207,000 219,000 12,000
2007 207,000 231,000 24,000
2008 207,000 243,000 36,000
2009 207,000 255,000 48,000
2010 51,750 66,750 15,000
Jumlah 879,750 1,014,750 135,000
Sumber: Rekod Kewangan ASKB
13.4.3.5. Mesyuarat Jawatankuasa Pelaburan
Mengikut Garis Panduan Bahagian Pelaburan dan Sumber Manusia ASKB yang
diluluskan pada tahun 2000, Jawatankusa Pelaburan bertanggungjawab dalam
pengurusan pelaburan, merangka polisi dan strategi Tabung ASK dan bermesyuarat
sekurang-kurangnya sekali setiap bulan bagi meneliti prestasi Tabung ASK, menyemak
kedudukan ekonomi dan pasaran, menentukan strategi pelaburan, mengkaji semula
portfolio dan membincangkan isu pelaburan berbangkit. Jawatankuasa Pelaburan ini
terdiri daripada komposisi ahli bebas dan ahli bukan bebas. Semakan Audit mendapati
agenda mesyuarat telah dibincangkan dengan teratur. Bagaimanapun mesyuarat tidak
diadakan mengikut ketetapan iaitu sebulan sekali. ASKB memaklumkan pada 10 Mac
2011 Lembaga Pengarah telah meluluskan terma rujukan baru Jawatankuasa Pelaburan
yang menetapkan Mesyuarat Jawatankuasa Pelaburan hendaklah diadakan sekurangkurangan
sekali dalam setiap 2 bulan.
Pada pendapat Audit, pemantauan yang dilakukan melalui Mesyuarat Jawatankuasa
Pelaburan adalah kurang memuaskan kerana mesyuarat tidak diadakan mengikut
ketetapan iaitu sebulan sekali.
155
13.4.3.6. Mesyuarat Majlis Penyeliaan Syariah ASK
Mesyuarat Majlis Penyeliaan Syariah ASK ditubuhkan bagi menasihati Pengurus
berkaitan aspek syariah agar pengurusan Tabung ASK tidak bercanggah dengan prinsip
Islam. Mesyuarat Majlis Penyeliaan Syariah ASK membincangkan isu berbangkit dari
semasa ke semasa dan bermesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun, antara lain
bagi menyemak dan memastikan pelaburan ASK patuh terhadap prinsip Syariah pada
sepanjang masa. Ahli mesyuarat ini terdiri daripada mereka yang berkelayakan dalam
bidang pelaburan syariah. Semakan Audit mendapati Mesyuarat Majlis Penyeliaan
Syariah diadakan mengikut ketetapan yang telah digariskan.
Pada pendapat Audit, pemantauan yang dilakukan melalui mesyuarat Majlis
Penyeliaan Syariah adalah baik.
13.5. SYOR AUDIT
Bagi mengatasi kelemahan yang dibangkitkan dan membolehkan ASKB mencapai objektif
penubuhannya adalah disyorkan ASKB mengambil tindakan terhadap perkara-perkara
berikut:
13.5.1. Menyediakan Pelan Pemulihan Prestasi Tabung ASK.
13.5.2. Jawatankuasa Pelaburan ASKB hendaklah menyemak semula pelaburan Tabung
ASK dan mengkaji semula strategi pelaburan bagi memastikan setiap pelaburan
mendatangkan keuntungan
13.5.3. Mematuhi peraturan yang dikeluarkan oleh Kerajaan terutama berkaitan dengan
penyediaan rancangan korporat, pembayaran bonus, dividen, Jawatankuasa Audit Dalam,
arahan kawalan pengurusan syarikat serta peranan dan tanggungjawab wakil Kerajaan.
156
BAHAGIAN III
PERKARA AM
BAHAGIAN III
PERKARA AM
14. PENDAHULUAN
Bagi memastikan tindakan pembetulan diambil oleh Jabatan/Agensi terhadap perkara yang
dibangkitkan melalui Laporan Ketua Audit Negara yang lalu, pemeriksaan susulan telah
dijalankan di Jabatan/Agensi berkenaan. Hasil daripada pemeriksaan itu dilaporkan dalam
Bahagian ini di bawah tajuk berikut:
14.1. Kedudukan Masa Kini Perkara Yang Dibangkitkan Dalam Laporan Ketua Audit
Negara Mengenai Aktiviti Jabatan/Agensi Bagi Tahun 2009.
14.2. Kedudukan Masa Kini Perkara Yang Dibangkitkan Dalam Laporan Ketua Audit
Negara Mengenai Aktiviti Jabatan/Agensi Bagi Tahun 2008.
14.3. Kedudukan Masa Kini Perkara Yang Dibangkitkan Dalam Laporan Ketua Audit
Negara Mengenai Aktiviti Jabatan/Agensi Bagi Tahun 2007.
14.4. Pembentangan Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Aktiviti Jabatan/Agensi Dan
Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Kedah Tahun 2009.
14.5. Mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Negeri Kedah.
15. KEDUDUKAN MASA KINI PERKARA YANG DIBANGKITKAN DALAM LAPORAN
KETUA AUDIT NEGARA TAHUN 2009
Bagi membantu Jabatan/Agensi memperbetulkan kelemahan-kelemahan yang telah
dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun 2009, sejumlah 60 syor telah
dikemukakan oleh Jabatan Audit Negara untuk tujuan tersebut. Pemeriksaan susulan yang
telah dijalankan mendapati setakat 30 April 2011, Jabatan/Agensi telah mengambil tindakan
terhadap 47 syor bagi tahun 2009. Bagi 13 syor lagi, Jabatan/Agensi yang berkenaan telah
mengambil tindakan susulan, bagaimanapun perkara tersebut masih belum selesai dan
butirannya adalah seperti di Jadual 15.1. Sehubungan ini, Jabatan/Agensi yang terlibat
adalah digesa untuk mengambil tindakan berterusan bagi memperbetulkan kelemahan yang
dibangkitkan dengan melaksanakan syor-syor yang telah diberi oleh pihak Audit.
Bil.
Jadual 15.1
Kedudukan masa kini perkara yang dibangkitkan dalam
Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Aktiviti Jabatan/Agensi bagi tahun 2009
Tindakan Susulan Yang Belum
Perkara Yang Dibangkitkan Dan Syor Audit
Diambil/Selesai
JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI KEDAH
- Pengurusan Program Peningkatan Populasi Pembiak
1. Pemilihan peserta TRUST adalah tidak mengikut
kriteria yang ditetapkan kerana Jawatankuasa
TRUST Peringkat Negeri tidak ditubuhkan. Maka,
jawatankuasa ini perlu diwujudkan seperti yang
ditetapkan di dalam syarat Skim TRUST.
Jawatankuasa TRUST Negeri Kedah
telah diwujudkan untuk kelulusan peserta
TRUST tetapi tidak dilaporkan secara
bertulis. Ahli jawatankuasa tersebut terdiri
daripada Pengarah, Ketua Bahagian
Pembangunan Industri Ternakan, Ketua
159
Bil.
Perkara Yang Dibangkitkan Dan Syor Audit
2. Jabatan dan Pejabat Perkhidmatan Veterinar
Daerah (PPVD) tidak mengemas kini daftar
bayaran balik oleh peserta dan status bayaran balik
oleh peserta. Maka, Jabatan perlulah menguruskan
proses pembayaran balik ternakan dengan lebih
teratur dan berkesan.
3. Rekod dan maklumat Skim TRUST tidak di
selenggara dengan baik, teratur dan kemas kini
kerana tiada pegawai yang ditugaskan untuk
menyelenggara rekod TRUST. Maka, Jabatan
hendaklah memastikan pengurusan rekod dan
maklumat di selenggara dengan teratur dan
lengkap.
4. Rancangan atau jadual lawatan ke lokasi peserta
tidak disediakan di peringkat Jabatan serta PPVD
dan lawatan hanya dibuat jika terdapat aduan
daripada peserta. Jabatan hendaklah menyediakan
jadual pemantauan terhadap penternak.
PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI KEDAH
- Pengurusan Projek Menaik taraf Pusat Peranginan Gunung Jerai
5.
Perjanjian Rasmi di antara pihak terlibat iaitu
Perbadanan, PKNK Hotel dan The Regency
International Hotel tidak dibuat bagi menjamin
kepentingan pihak terlibat seperti kadar
keuntungan, tanggungan risiko dan tuntutan
perundangan.
MAJLIS PERBANDARAN LANGKAWI BANDARAYA PELANCONGAN
- Pengurusan Sisa Pepejal Dan Kesannya Terhadap Alam Sekitar
6.
Loji rawatan air larut resap tidak berfungsi untuk
merawat air larut resap sejak tahun 2007. Lawatan
Audit pada 4 November 2009 mendapati kolam
Tindakan Susulan Yang Belum
Diambil/Selesai
Unit Ruminan dan semua Pegawai
Perkhidmatan Veterinar Daerah.
Merujuk kepada Perjanjian Skim TRUST,
bayaran balik boleh dilakukan pada bilabila
masa tetapi hendaklah diselesaikan
dalam tempoh 7 tahun bagi ternakan
lembu dan 5 tahun bagi ternakan
kambing. Justeru itu, tempoh bayaran
balik bagi perjanjian yang dibuat pada
tahun 2007 hanya akan tamat pada tahun
2014 dan 2012 bagi ternakan lembu dan
kambing. Sehingga tahun 2010 belum
ada lagi bayaran balik dibuat. Perkara ini
mungkin dipengaruhi oleh beberapa
faktor. Antaranya:
- Kegagalan ternakan itu sendiri untuk
bunting disebabkan oleh masalah
pengurusan yang tidak baik.
- Kecenderungan penternak untuk
membayar balik pinjaman di akhir
tempoh perjanjian.
- Terdapat kelahiran yang tidak
dimaklumkan kepada Jabatan.
- Kekurangan pegawai pemantau di
peringkat negeri dan daerah.
Sehubungan dengan itu, Jabatan telah
merangka beberapa program
pemantauan lapangan di bawah Program
Pengembangan Veterinar (PPV) bagi
mengenal pasti dan menangani masalah
tersebut.
Perkara tersebut telah diambil tindakan di
mana terdapat pegawai yang telah dilantik
bagi mengemaskinikan rekod TRUST.
Namun begitu, kerja-kerja
pengemaskinian data mungkin akan
mengambil masa memandangkan
ketiadaan pegawai yang menguruskan
rekod tersebut sebelum ini.
Kekurangan pegawai di lapangan
(daerah) telah menyebabkan aktiviti
pemantauan lewat/tertangguh. Tindakan
pembaikan akan diambil dengan kapasiti
pegawai yang ada bagi melakukan aktiviti
pemantauan ini secara berjadual.
Perjanjian antara PKNK Hotel Sdn. Bhd.
dengan The Regency International Hotel
belum dimuktamadkan dan masih di
peringkat perbincangan.
Dalam proses tindakan Jabatan
Kejuruteraan Majlis Perbandaran
160
Bil.
Perkara Yang Dibangkitkan Dan Syor Audit
takungan air telah dipenuhi oleh air larut resap dan
air hujan, manakala rumah pam yang dibina juga
telah ditakungi air. Loji berkenaan tidak boleh
digunakan kerana sistem yang dibangunkan bagi
pengoperasian loji berkenaan tidak memenuhi
standard A (pelepasan affluent standard A) seperti
mana yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar.
Tindakan Susulan Yang Belum
Diambil/Selesai
Langkawi.
KEDAH RESORT SDN. BHD.
7. Kedah Resort Sdn. Bhd. telah beroperasi mulai
awal bulan Disember 2008 di bangunan tambahan
SP Inn walaupun CFO belum diperoleh sehingga
kini.
Sokongan daripada JKR belum diterima.
SERI TEMIN DEVELOPMENT CORPORATION SDN. BHD.
8. Projek Pembangunan Taman Tuanku Haminah,
Sungai Petani
Satu perjanjian di antara Perbadanan Kemajuan
Negeri Kedah (PKNK) dan Seri Temin
Development Corporation Sdn.Bhd. (STDC) telah
ditandatangani pada 4 Mei 2005 di mana STDC
dikehendaki membayar RM12.19 juta jaminan
keuntungan yang diterima daripada Panglima Maju
Sdn.Bhd. (PMSB) kepada PKNK secara berjadual
berjumlah RM2.44 juta setahun mulai tahun 2008
hingga 2012. Namun begitu, sehingga 31 Mac 2010
STDC hanya membayar sejumlah RM0.10 juta
kepada PKNK walaupun telah menerima
pembayaran jaminan keuntungan berjumlah
RM6.78 juta daripada PMSB.
9. Projek Pembangunan Laka Temin, Kubang Pasu
Perjanjian telah ditandatangani antara STDC
dengan Jesin Development Sdn. Bhd. (JDSB) pada
30 April 2003 untuk pembinaan taman perumahan
dan rumah kedai. Melalui perjanjian ini, STDC
bersetuju menyerahkan tanah miliknya kepada
JDSB dengan bayaran RM5.86 juta atau 25%
daripada hasil jualan bersih. Bayaran atau
keuntungan tersebut akan dibayar secara berjadual
berjumlah RM1.17 juta setahun selama lima tahun.
Namun begitu, sehingga akhir tahun 2009, STDC
masih belum menerima sebarang bayaran daripada
JDSB.
10. Prosedur Kerja
STDC tidak mempunyai prosedur kerja mengenai
pengurusan kewangan.
Pihak syarikat akan membuat
penjadualan semua (reschedule)
pembayaran kepada PKNK. Ini akan
dibuat selepas perbincangan diadakan
bersama syarikat usaha sama projek
(PMSB) dan setelah syarikat menerima
jaminan bayaran seterusnya dari PMSB.
Syarikat telah menerima bayaran
sebanyak RM1.35 juta daripada JDSB
pada tahun 2010.
Mesyuarat ALP yang dijangka pada 15
Mei 2011 akan meluluskan Prosedur
Kerja yang telah siap dirangka oleh pihak
pengurusan.
11. Rancangan Korporat
STDC tidak menyediakan rancangan korporat. Rancangan Korporat sedang dalam
proses didokumentasikan.
12. Mesyuarat Lembaga Pengarah
Mesyuarat Lembaga Pengarah STDC hanya
diadakan sebanyak dua kali setahun pada tahun
2007 dan 2008.
Pihak syarikat akan cuba adakan
Mesyuarat Lembaga Pengarah tersebut
sekurang-kurangnya empat kali setahun
mulai tahun ini.
161
Bil.
Perkara Yang Dibangkitkan Dan Syor Audit
Tindakan Susulan Yang Belum
Diambil/Selesai
KSDC INSURANCE BROKERS SDN. BHD.
13. Kemudahan Ahli Lembaga Pengarah
Ahli Lembaga Pengarah KSDC telah membuat
tuntutan perbelanjaan berdasarkan jumlah sebenar
di bil. Kadar kemudahan dan keistimewaan yang
boleh dituntut oleh Ahli Lembaga Pengarah tidak
dinyatakan dengan jelas sama ada di dalam surat
pelantikan atau polisi syarikat. Kemudahan dan
keistimewaan yang dimaksudkan adalah seperti
elaun perbelanjaan, elaun makan, elaun
penginapan dan lain-lain.
Segala tuntutan perbelanjaan oleh pihak
Pengarah adalah atas urusan rasmi
syarikat. Walau bagaimanapun, syarikat
akan memanjangkan perkara ini di dalam
Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah KSDC
yang akan datang.
16. KEDUDUKAN MASA KINI PERKARA YANG DIBANGKITKAN DALAM LAPORAN
KETUA AUDIT NEGARA TAHUN 2008
Tindakan Susulan Yang Belum
Bil. Perkara Yang Dibangkitkan Dan Syor Audit
Diambil/Selesai
JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH (JHEAIK)
- Pengurusan Kelas Al-Quran Dan Fardu Ain (KAFA)
1. Terdapat 4 permohonan penubuhan KAFA
daripada daerah Kuala Muda belum diluluskan
walaupun telah dimohon sejak tahun 2006. Oleh
itu, JHEAIK perlu membuat permohonan kepada
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
supaya menambah kuota guru KAFA agar dapat
menampung permintaan waris untuk mewujudkan
KAFA baru.
2. Guru KAFA tidak pernah dibayar imbuhan
tahunan walaupun layak menerimanya. Oleh itu,
guru KAFA seharusnya menerima imbuhan
tersebut.
3. Penempatan secara menggabungkan murid
daripada darjah yang berbeza di dalam satu kelas
menyukarkan guru yang mengajar dan murid tidak
dapat memberikan tumpuan sepenuhnya
terhadap pengajaran dan pembelajaran silibus
KAFA. Oleh itu, JHEAIK perlu memastikan
matlamat KAFA diberi keutamaan dengan
membuat penempatan murid yang lebih teratur.
4. Jawatankuasa Pelaksanaan KAFA Peringkat
Negeri (JPKPN) tidak berfungsi dengan
sewajarnya. Seharusnya JPKPN bermesyuarat
dalam tempoh yang ditetapkan dan menjalankan
tanggungjawab yang telah ditetapkan.
Permohonan tersebut masih belum
diluluskan kerana kuota guru KAFA masih
terhad.
JAKIM tidak mengeluarkan arahan
supaya guru KAFA dibayar imbuhan
tahunan. Ini kerana semua peruntukan
adalah di bawah JAKIM manakala
JHEAIK hanya bertindak selaku agensi
pelaksana sahaja.
Murid daripada darjah yang berbeza
digabungkan di dalam satu kelas kerana
kuota guru KAFA masih terhad.
Mesyuarat tidak dapat dilaksanakan
sehingga kini kerana kesibukan ahli
mesyuarat. Walaupun demikian,
mesyuarat akan diadakan dengan kadar
yang sepatutnya.
162
Bil.
Perkara Yang Dibangkitkan Dan Syor Audit
JABATAN PERHUTANAN NEGERI KEDAH
- Pengurusan Hutan Dan Kepentingannya Kepada Alam Sekitar
5. Pewartaan Hutan Perlindungan
Seluas 31,219 hektar (ha) atau 20% sahaja
daripada keluasan kawasan hutan perlindungan
diwartakan sebagai Hutan Tadahan Air
manakala baki hutan perlindungan seluas
126,563 hektar atau 80% belum lagi diwartakan
mengikut kelas masing-masing.
6. Kelewatan Pewartaan Kawasan Cadangan
Hutan Simpan Kekal (CHSK)
Sembilan kawasan CHSK seluas 35,567 hektar
tanah Kerajaan belum diwartakan sepenuhnya
sebagai HSK.
7. Penggantian Kawasan Tadahan Yang
Dikeluarkan Dari Hutan Simpan Kekal
24 kawasan HSK seluas 4,479 hektar yang
diluluskan oleh Kerajaan Negeri untuk tujuan
pembangunan masih belum diwartakan keluar
daripada HSK dan belum diganti balik
sebagaimana yang ditetapkan oleh APN 1984.
8. Kekurangan Kenderaan Dan Peralatan
Sokongan
Semakan Audit terhadap rekod Harta Modal
JPNK mendapati Unit Silvikultur Dan
Perlindungan Hutan hanya mempunyai 2
kenderaan pacuan empat roda untuk digunakan
oleh 15 orang pegawai berbanding dengan
keluasan kawasan HSK yang perlu dikawal dan
dilindungi. Ini mengakibatkan aktiviti
pemeliharaan dan pemulihan HSK tidak dapat
dijalankan dengan lancar.
9. Pemantauan hutan Melalui Sistem Informasi
JPNK (GIS)
JPNK memiliki perkakasan komputer dan
perisian GIS. Bagaimanapun, sistem ini tidak
digunakan sepenuhnya kerana ketiadaan
pegawai yang berkemahiran untuk
mengendalikannya. Ini menjejaskan pencapaian
objektif SMPN.
Tindakan Susulan Yang Belum
Diambil/Selesai
Seluas 31,219 ha Hutan Tadahan Air
telah diwartakan. Manakala baki Hutan
Tadahan Air seluas 90,685 ha telah
mendapat kelulusan Kerajaan Negeri
untuk diwartakan dan dalam tindakan
untuk pewartaan.
Seluas 35,567 ha CHSK masih belum
diwartakan. Bagi CHSK Bukit Keramat
seluas 10,226 ha dan CHSK Bukit Saiong
seluas 8,191 ha proses pewartaan adalah
sedang berjalan di mana mesyuarat
bersama Pejabat Tanah dan Galian
bersama agensi-agensi terlibat telah
diadakan sebanyak 2 kali bagi
membincangkan pewartaan bagi keduadua
CHSK tersebut.
Proses pewartaan keluar Hutan
Simpanan Kekal adalah dijalankan oleh
Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Kedah
sepertimana APN 1984. Proses tersebut
dalam tindakan Pejabat Tanah dan Galian
Negeri Kedah.
JPNK telah pun mendapat kelulusan
dalam Bajet 2011 di bawah Unit
Pembangunan bagi pembelian sebuah
kenderaan Toyota Hilux dan pentadbiran
ini masih belum lagi mendapat kelulusan
Pejabat Perbendaharaan Negeri Kedah
untuk urusan pembelian kenderaan
tersebut yang boleh diguna pakai oleh
Unit tersebut.
Melalui Geospatial Database System
(PDGP) dan Forest Monitoring Remote
Sensing (FMRS) pemantauan hutan,
keadaan mukabumi hutan, aktiviti
pembalakan dan pencerobohan hutan
dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal
akan dapat dijalankan. Walau
bagaimanapun sistem ini masih di
peringkat awal di mana penambahbaikan
sedang dijalankan dari semasa ke
semasa. Dari segi pengguna berdaftar,
pihak Jabatan Perhutanan Semenanjung
Malaysia akan memperluaskan ke
peringkat Renjer Hutan bagi
membolehkan pemantauan dijalankan
setiap masa dan tindakan akan bermula
pada Jun 2011 bagi semua pengguna.
163
Bil.
Perkara Yang Dibangkitkan Dan Syor Audit
Tindakan Susulan Yang Belum
Diambil/Selesai
PEJABAT KEWANGAN NEGERI KEDAH/PERBENDAHARAAN NEGERI KEDAH
- Pengurusan Sistem Perakaunan Berkomputer Standard Kerajaan Negeri Kedah (SPEKS)
10. Empat Modul SPEKS Belum Digunakan
Sepenuhnya
Sebanyak empat Modul SPEKS iaitu Modul
Pinjaman, Pelaburan, Aset Dan Sistem
Pengurusan Maklumat (MIS) belum digunakan
sepenuhnya.
11. Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Tidak
Dijana Sepenuhnya Dari Modul SPEKS
Penyata Pelaburan, Penyata Pinjaman dan
Penyata Akaun Memorandum masih disediakan
secara manual.
Modul Pinjaman sedang dalam proses
pelaksanaan untuk mengemas kini data
bayaran balik dan terimaan pinjaman di
bawah pemantauan Penolong Pegawai
Kewangan (Gred N44)
Modul Pelaburan sedang dalam proses
pelaksanaan untuk kemas kini maklumat
pelaburan di bawah pemantauan
Akauntan (Gred W41). Bagaimanapun
masih terdapat skrin bermasalah;
Kelulusan Cadangan Deposit dan
Pasaran Wang Matang dan
Perbendaharaan Negeri Kedah sedang
menunggu pihak JANM untuk mengambil
tindakan pembetulan.
Penjanaan Penyata Kewangan melalui
Sistem SPEKS dijangka dapat
dilaksanakan setelah Modul Pinjaman dan
Pelaburan dilaksanakan sepenuhnya.
12. Pelan Pemulihan Bencana (DRP) Dan Pelan
Kesinambungan Business (BCP)
Kedua-dua pelan masih belum dilaksanakan. Pelan Perlaksanaan BCP telah
dipanjangkan oleh Perbendaharaan
Negeri kepada Pusat Teknologi Maklumat
Negeri Kedah dalam Mesyuarat
Penyelarasan Projek/ Aplikasi ICT Negeri
Kedah pada 25 April 2011 untuk
diintegrasikan bagi semua sistem di
Kerajaan Negeri Kedah yang akan
ditempatkan di satu DRC. Perbincangan
selanjutnya di antara Perbendaharaan
Negeri Kedah dan Pusat Teknologi
Maklumat Negeri Kedah akan diadakan
pada tarikh yang akan diberitahu kelak.
13. Kata Laluan Pengguna SPEKS Tidak Di
encrypt
Kata laluan pengguna di server SPEKS tidak di
encrypt.
Kata laluan Pengguna SPEKS tidak di
encrypt (di bawah tindakan JANM).
14. Pengesahan ID Pengguna Dan Keselamatan
Kata Laluan Pengguna
Tiada fungsi log off secara automatik
sekiranya tidak digunakan bagi sesuatu
tempoh yang ditetapkan.
Log in menggunakan ID yang sama melalui
komputer yang berbeza pada masa yang
sama dibenarkan.
Log in menggunakan ID yang sama
walaupun tidak berjaya di log in sebelumnya
sebanyak 3 kali berturut-turut dibenarkan.
Tiada fungsi amaran kepada pengguna
secara automatik di skrin komputer bagi kata
laluan yang hampir tamat tempoh masa
penggunaannya.
Pengesahan ID pengguna dan
Keselamatan Kata Laluan Pengguna (di
bawah tindakan JANM).
164
17. KEDUDUKAN MASA KINI PERKARA YANG DIBANGKITKAN DALAM LAPORAN
KETUA AUDIT NEGARA TAHUN 2007
Bil.
Perkara Yang Dibangkitkan Dan Syor Audit
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KEDAH
- Pembinaan Perumahan Awam Kos Rendah
1. Rumah Disewa Kepada Kolej Universiti
Insaniah (KUIN)
Sebanyak 80 unit di Blok 1, PAKR Taman Seri
Gemilang telah disewa kepada KUIN. Arahan
mengosongkan rumah telah dikeluarkan bulan
Januari 2008. KUIN hanya membayar sewa
untuk 53 unit berjumlah RM47,700. Baki 27 unit
rumah tidak dapat diagihkan kerana berada di
dalam kawasan berpagar. Kadar sewa seunit
ialah RM150.
Tindakan Susulan Yang Belum
Diambil/Selesai
Satu blok (Blok I) masih disewakan
kepada KUIN.
Sewa bagi bulan Januari hingga Jun 2008
telah dibayar pada 9 November 2008
berjumlah RM56,700 bagi 63 unit rumah
dan sewa bagi bulan Julai hingga
Disember 2008 telah dibayar pada 5
Februari 2009 berjumlah RM72,000 bagi
80 unit rumah.
MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR DAN MAJLIS PERBANDARAN LANGKAWI BANDARAYA
PELANCONGAN
- Pembinaan Dan Pengurusan Gerai
2. Sehingga 31 Disember 2007, kerja menaik taraf
gerai dan kerja landskap di Mukim Ulu Melaka,
Langkawi masih belum disiapkan sepenuhnya.
Peratusan kerja yang disiapkan pada tarikh
berkenaan adalah sebanyak 28%. Lanjutan
masa pertama telah diberikan kepada kontraktor
dan kerja perlu disiapkan pada 3 Mac 2008.
3. Majlis Bandaraya Alor Setar tidak menghantar
bil bulanan kepada penyewa. Pihak Audit
dimaklumkan bahawa kekangan utama dalam
proses menyerahkan bil kepada penyewa
adalah kerana kekurangan kakitangan untuk
menguruskan hal berkenaan mencetak,
mengepos dan menyerahkan bil kepada
penyewa.
4.
Amaun bil sewaan yang dicetak melalui Sistem
Perakaunan Pihak Berkuasa Tempatan (SPBT)
berbanding Daftar Lejar Tunai yang
di selenggara adalah berbeza. Perbezaan ini
disebabkan oleh kelemahan sistem SPBT yang
tidak dapat mengeluarkan maklumat jumlah
tunggakan yang tepat. Bagaimanapun,
Bahagian Pengurusan Perniagaan Majlis akan
membuat semakan semula terhadap Daftar
Lejar Tunai yang diselenggarakan bagi
memastikan jumlah tunggakan sewa sebenar
semasa penyewa datang membuat bayaran di
pejabat Majlis.
Kerja pembinaan masih belum siap
sepenuhnya walaupun telah diberi 2
lanjutan masa. Sehingga April 2011,
peratusan siap kerja adalah 80% dan
bayaran kemajuan yang telah dibayar
kepada kontraktor adalah berjumlah
RM416,735. Lanjutan masa ketiga masih
belum diluluskan.
Pihak Majlis masih belum mengambil
tindakan untuk menyerahkan bil bulanan
yang dicetak kepada penyewa sehingga
kini.
Perbezaan jumlah tunggakan bil yang
dicetak melalui sistem SPBT berbanding
Daftar Lejar Tunai masih lagi wujud. Pihak
Majlis memaklumkan tindakan sedang
diambil untuk membuat pelarasan ke atas
perbezaan rekod berkenaan.
165
18. PEMBENTANGAN LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA MENGENAI AKTIVITI
JABATAN/AGENSI DAN PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN NEGERI KEDAH
TAHUN 2009
Mengikut Perkara 107 (2) Perlembagaan Persekutuan, Laporan Ketua Audit Negara
mengenai Akaun Awam Kerajaan Negeri hendaklah dibentangkan di Dewan Undangan
Negeri. Laporan Ketua Audit Negara mengenai Akaun Awam dan Aktiviti Jabatan/Agensi
dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri bagi tahun 2009 telah dibentangkan di Dewan
Undangan Negeri pada 14 November 2010.
19. MESYUARAT JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG AWAM NEGERI KEDAH
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Negeri Kedah telah diberi taklimat berkenaan Laporan
Ketua Audit Negara Tahun 2008 dan 2009. Sehingga bulan April 2011, Jawatankuasa masih
belum bersidang. Jawatankuasa sepatutnya telah membincangkan Laporan Ketua Audit
Negara Tahun 2008 dan 2009. Ini adalah selaras dengan peranan Jawatankuasa untuk
menegakkan akauntabiliti awam di mana Jawatankuasa perlu mengadakan mesyuarat bagi
memastikan isu Laporan Ketua Audit Negara yang dibincangkan adalah isu terkini. Selain
mengadakan mesyuarat, Jawatankuasa juga perlu membuat lawatan ke tapak projek dan
syarikat subsidiari Kerajaan Negeri, memantau keberkesanan Jawatankuasa yang
ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri, mengkaji kes lama yang belum selesai dan memastikan
syor Jawatankuasa diambil tindakan oleh Jabatan/Agensi Kerajaan Negeri.
166
PENUTUP
PENUTUP
Secara keseluruhannya, pengauditan yang dijalankan mendapati wujud beberapa
kelemahan dalam pelaksanaan aktiviti dari segi perancangan, pelaksanaan dan
pemantauan. Antara faktor utama yang menyebabkan wujudnya kelemahan adalah
kurangnya latihan kepada pegawai terlibat serta tidak ada penyeliaan yang berkesan
terhadap kerja-kerja yang dilaksanakan oleh kakitangan bawahan, kontraktor dan vendor.
Jika kelemahan tersebut tidak diberi perhatian yang serius dan tidak diperbetulkan, ia boleh
menjejaskan pencapaian objektif aktiviti/program berkenaan serta menjejaskan imej
Kerajaan Negeri dan perkhidmatan awam.
Beberapa Jabatan/Agensi Negeri yang terlibat telah mengambil tindakan pembetulan
selepas mendapat teguran daripada pihak Audit, namun bagi mengelakkan kelemahan yang
sama daripada berulang, langkah pembetulan perlu dibuat secara berterusan. Pegawai
Pengawal yang terlibat juga perlu mengatur supaya pemeriksaan secara menyeluruh
dijalankan untuk menentukan sama ada kelemahan yang sama juga berlaku di
program/aktiviti lain yang tidak diaudit dan seterusnya mengambil tindakan pembetulan yang
sewajarnya.
Kerajaan Negeri juga perlu memantau aktiviti syarikat miliknya untuk memastikan syarikat
mewujudkan tadbir urus korporat yang baik, mematuhi undang-undang dan peraturan
kerajaan, berdaya saing dan memperoleh keuntungan seterusnya berupaya membayar
dividen kepada Kerajaan Negeri.
JABATAN AUDIT NEGARA
Putrajaya
27 Jun 2011
169