09.07.2015 Views

ISU KALIMAH ALLAH - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

ISU KALIMAH ALLAH - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

ISU KALIMAH ALLAH - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

14 JANUARI 2010FATWA SEMASAterjemahan tersebut tidak melambangkanliterature sebenar doktrin agama Kristiansebaliknya bahasa hanya dieksploitasi sebagaiperantara untuk menyebarkan dakyah Kristian.b) Percubaan untuk membandingkan Malaysiadengan negara-negara lain yang menggunakankalimah ‘Allah’ bagi merujuk kepada ‘god’juga tertolak. Ini kerana setiap bahasa yangdigunakan oleh setiap bangsa di negaratertentu mempunyai sejarah dan kebudayaanyang berbeza. Dalam kes ini latar belakangbahasa Melayu yang digunakan oleh pendudukMalaysia lahir daripada rahim agama Islamdan kebudayaan Melayu – budaya Melayu itusendiri terhasil daripada agama Islam. Olehitu, ia wajib mencerminkan kelaziman Melayuyang berpunca daripada agama Islam. Inisudah tentu berbeza dengan latar belakangbahasa Melayu yang terdapat di Indonesia danSingapura.c) Berkenaan penggunaan kalimah ‘Allah’oleh penganut Kristian di Asia Barat juga tidakboleh dijadikan hujah. Bangsa Arab bukanIslam sememangnya telah lama menggunakankalimah ‘Allah’ berdasarkan faktor teologi dankebudayaan yang telah sedia wujud di AsiaBarat. Perkara ini dijelaskan sendiri oleh al-Quran apabila al-Quran datang untuk menjernihdan menyucikan semula penyalahgunaanmaksud kalimah ‘Allah’ yang digunapakai olehgolongan Jahiliyyah dan ahli kitab yang terdiridaripada Yahudi dan Nasrani.d) Dalam konteks etimologi dan semantik pula,alasan Gereja Katolik untuk merujuk kepadamasyarakat Kristian Arab adalah tersasar jauh.Mereka tidak boleh membandingkan apa yangberlaku kepada Kristian Arab dengan Kristian diMalaysia. Apa yang berlaku di negara-negaraArab ialah pihak Kristian Arab menterjemahkanBible daripada bahasa Suryani (Syria/Syam)atau Aramik dan bahasa Ibrani (Hebrew)kepada bahasa Arab. Perlu diketahui bahasaArab, Aramik dan Ibrani berada dalam rumpunbahasa yang sama iaitu rumpun Semitik. Olehitu, Kristian Arab mempunyai hak untuk berhujahbahawa kalimah ‘Allah’ berkemungkinanberasal daripada nama asal tuhan merekadalam bahasa Aramik atau Ibrani. Tetapiapa pula rasional pihak gereja Kristian untukmenterjemahkan ‘god’ dalam Bible bahasaInggeris kepada ‘Allah’ dalam Bible bahasaMelayu? Bukankah kedua-duanya adalah duarumpun bahasa yang jauh berbeza dari segietimologi dan semantik bahkan suasana yangmembudayai penggunaan bahasa-bahasa itu?Alasan ketiga:Mendakwa ayat-ayat al-Qur’an sendiri telahmenunjukkan bahawa golongan bukan Islamjuga telah menggunakan lafaz Allah.Hujah-hujah menolak:a) Antara ayat yang sering dirujuk oleh pihakgereja Katholik ialah surah al-‘Ankabut ayat 61yang bermaksud :" Dan sesungguhnya jika engkau (wahaiMuhammad) bertanya kepada mereka (yangmusyrik) itu: “Siapakah yang menciptakanlangit dan bumi dan memperjalankanmatahari dan bulan?” Sudah tentu merekaakan menjawab: “Allah”. Maka mengapamereka terpedaya?.Begitu juga surah al-Ma’idah ayat 73 yangbermaksud:«Demi sesungguhnya telah kafirlah orangyang berkata: “Bahawasanya Allah ialah salahsatu daripada tiga tuhan”. Padahal tiada Tuhan(yang berhak disembah) melainkan Tuhanyang Maha Esa. Dan jika mereka tidak berhentidari apa yang mereka katakan itu, sudah tentuorangorang yang kafir dari antara merekaakan dikenakan azab seksa yang tidak terperisakitnya.Kedua-dua ayat tadi sebenarnya tidak bolehmenjadi hujah bagi golongan bukan Islam untukmenggunakan kalimah ‘Allah’. Ia berdasarkanalasan-alasan berikut:i. Dalam surah al-‘Ankabut ayat 61, al-Qur’anhanya merakamkan sejauhmana kefahamanmasyarakat Arab Jahiliyyah menggunakankalimah ‘Allah’. Ia bukan untuk mengiyaatau membenarkan penggunaan tersebut.Sebaliknya ia mahu menjelaskan bagaimanakalimah ‘Allah’ sudah dikenal oleh masyarakatArab sebelum Islam. Daripada informasiayat-ayat seperti ini, al-Qur’an menjelaskanorang Arab Jahiliyyah hanya mengenal Allahsebagai (1) pencipta langit dan bumi; (2) yangmemudahkan peredaran matahari dan bulan;(3) yang menurunkan air dari langit; dan (4)tempat menggantungkan harapan. Konsep inijelas bertentangan dengan konsep ‘Allah’ yangsebenar iaitu sebagai Zat yang wajib disembahdan tidak dipersekutukan.ii. Manakala surah al-Ma’idah ayat 73 pula tidakboleh menjadi alasan kepada pihak Kristianuntuk menggunakan kalimah ‘Allah’. Ini keranaAllah SWT sendiri menafikan golongan yangmengatakan ZatNya itu satu oknum daripadatiga oknum (triniti). Malah mereka dianggapkafir. Ini bermakna sebutan ‘Allah’ yang keluardari lidah golongan Kristian itu adalah siasiadan tiada nilai di sisi Allah kerana ia tidakmerujuk kepada kalimah ‘Allah’ yang sebenar.Sebagaimana maklum, kalimah ‘Allah’ merujukkepada zat (esensi) yang dinamakan. Sebagaiperumpamaan mudah, perkataan ‘kereta’adalah merujuk kepada kenderaan bermotor.Oleh itu, tiada makna bagi orang yangmenggunakan perkataan ‘kereta’ untuk merujukkepada alat menjahit pakaian. Sekiranya iamasih menggunakan perkataan ‘kereta’ tetapimerujuk kepada alat yang salah, ini bermaknapenggunaan perkataan itu adalah sia-sia dantidak bermakna.b) Menjadikan al-Quran sebagai rujukan untukmenyokong alasan golongan bukan Islammenggunakan kalimah ‘Allah’, bukanlah satualasan bagi Gereja Katolik tetapi hujah bagiumat Islam. Ia melambangkan kegagalanGereja Katolik untuk berhujah berasaskanteks asal kitab agama mereka. Bagi umatIslam, ini menjadi bukti bahawa al-Quranmerupakan kitab suci yang memiliki faktafaktayang utuh dan konsisten. Ia juga menjadibukti bahawa Gereja Katolik menggunakanal-Quran sebagai sumber paling dipercayaiuntuk mengakui ‘Allah’ sebagai nama tuhanberbanding berhujah berdasarkan perbahasansejarah dan ilmu bahasa. Oleh yang demikian,fakta-fakta mengenai ‘Allah’ sepertimana yangdibentangkan oleh al-Quran juga hendaklahditerima. Atau adakah Gereja Katolik inginmengatakan bahawa lafaz ‘Allah’ di dalam al-Quran itu merujuk kepada lafaz Elohim dalamkitab asal mereka berbahasa Ibrani? Jikakalimah ‘Allah’ dan Elohim itu merujuk kepadahakikat yang sama, mengapa pula konsepnyaberbeza. Al-Qur’an mengatakan Allah itu MahaEsa dan tidak mempunyai anak sebaliknyaGereja Katolik berpegang kepada konsep triniti.Ini sekaligus memberi makna konsep ‘Allah’ didalam Islam adalah amat konsisten sehinggaumat Islam tidak perlu menterjemahkannyakepada mana-mana bahasa dunia. Ia berbezadengan konsep ketuhanan agama Kristian yangtidak memiliki sumber yang jelas dan konsistensehingga memerlukan penterjemahan danpinjaman daripada bahasa lain.Alasan keempat:Mendakwa bahawa segmen (terjemahan)dalam Bahasa Malaysia diwujudkan untukmemenuhi keperluan kepelbagaian etnik danbahasa yang wujud di Malaysia sebagaimanayang wujud dalam populasi penganut Katolik diMalaysia.Hujah-hujah Menolak:a) Alasan penterjemahan kepada BahasaMalaysia sebagai lambang kepelbagaianyang wujud dalam populasi masyarakatKristian Katolik juga tidak boleh diterima.Perlu diketahui bahawa bahasa Malaysiaberasal daripada Bahasa Melayu. Perkara152 Perlembagaan Persekutuan menyebutBahasa Melayu adalah bahasa kebangsaandan bahasa rasmi Malaysia. Perlu diingatbahawa ketika perlembagaan digubal, istilah“Malaysia” belum wujud. Oleh itu, apabila kitamerujuk kepada bahasa Malaysia ia sudahtentu merujuk kepada bahasa Melayu yangsekaligus merujuk kepada masyarakat MelayuIslam. Justeru peristilahan-peristilahan khususyang telah menjadi syiar dan perlambangankepada masyarakat Melayu Islam sudah tentutidak sekali-kali boleh diubah konsepnya untukditerap kepada satu budaya dan agama yanglain. b) Memaksakan penggunaan kalimah‘Allah’ dalam kalangan Kristian Katolik yangbertutur dalam bahasa Melayu di negara inijuga, secara logiknya sudah pasti memberikesan negatif terhadap konsep ketuhanandalam agama Kristian. Telah dimaklumibahawa kalimah ‘Allah’ itu adalah kalimah yangdidominasi oleh umat Melayu Islam secarapolitik dan kebudayaan yang terdiri daripada60% penduduk Malaysia berbanding hanya9.1% penganut Kristian pelbagai mazhab.Bukankah dengan penggunaan peristilahanyang sama bakal menimbulkan kecelaruandalam kalangan penganut Kristian berbahasaMelayu sendiri? Justeru, penterjemahan yanglebih tepat seperti ‘Tuhan’ sepatutnya digunakanoleh Gereja Katolik bagi menjamin kepercayaanagama Kristian sentiasa terpelihara selainmengelakkan kekeliruan.buletin Masjid lay.indd 142/11/10 11:14 AM

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!