11.07.2015 Views

Asal - Lembaga Hasil Dalam Negeri

Asal - Lembaga Hasil Dalam Negeri

Asal - Lembaga Hasil Dalam Negeri

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIAELAUN PELABURAN SEMULAKETETAPAN UMUM NO. 6/2012TARIKH KELUARAN: 12 OKTOBER 2012

ELAUN PELABURAN SEMULALEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIAKetetapan Umum No. 6/2012Tarikh Keluaran: 12 Oktober 2012Diterbitkan olehLembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia(Keluaran A Ketetapan Umum No. 2/2008 bertarikh 3 April 2008 telah digantikandengan penerbitan Edisi Pertama ini)Diterbitkan pada 12 Oktober 2012Edisi pertama pada 12 Oktober 2012© Lembaga Hasil Dalam Negeri MalaysiaSemua hak cipta terpelihara. Tiada mana-manabahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitsemula atau ditukar dalam apa bentuk atau denganapa cara, termasuk fotokopi dan rakaman tanpakebenaran bertulis daripada pemegang hak cipta.Kebenaran bertulis daripada penerbit hendaklahdiperoleh sebelum mana-mana bahagianpenerbitan ini disimpan dalam sistem yang bolehdiperoleh semula dalam sebarang bentuk..

ELAUN PELABURAN SEMULALEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIAKetetapan Umum No. 6/2012Tarikh Keluaran: 12 Oktober 2012KANDUNGANMuka surat1. Objektif 12. Ringkasan Pindaan 13. Peruntukan Berkaitan 24. Tempoh Minimum Operasi Untuk Layak Elaun Pelaburan Semula 25. Elaun Pelaburan Semula Sebagai Suatu Insentif 56. Projek Yang Layak 87. Perbelanjaan Modal 218. Tempoh Yang Layak 269. Pelupusan Aset 2910. Ketidakpakaian 3511. Elaun Pelaburan Semula Untuk Projek Pertanian 4312. Prosedur Tuntutan 46KETETAPAN UMUM KETUA PENGARAHKetetapan Umum seperti diperuntukkan di bawah seksyen 138A Akta CukaiPendapatan 1967 dikeluarkan bertujuan memberi panduan kepada orang awamdan pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia. Ia menggariskan interpretasiKetua Pengarah Hasil Dalam Negeri berhubung peruntukan tertentu undangundangcukai dan polisi serta prosedur yang terpakai mengenainya.Ketetapan Umum boleh ditarik balik, sama ada keseluruhan atau sebahagian,melalui notis penarikan balik atau dengan penerbitan ketetapan baru yang tidakkonsisten dengannya.Kecuali untuk isu di mana pertimbangan khas atau konsesi telah dibenarkan,tarikh berkuat kuasa setiap perenggan dalam Ketetapan ini mengikut tarikh kuatkuasa peruntukan berkaitan dalam ACP 1967, Kaedah-Kaedah (CukaiPendapatan) atau Perintah Pengecualian (Cukai Pendapatan).Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri,Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.

ELAUN PELABURAN SEMULALEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIAKetetapan Umum No. 6/2012Tarikh Keluaran: 12 Oktober 20121. ObjektifObjektif Ketetapan ini adalah untuk membantu pembayar cukai menentukankelayakan tuntutan Elaun Pelaburan Semula (EPS) di bawah Jadual 7A Akta CukaiPendapatan 1967 (ACP 1967) dan memberi penjelasan berhubung dengan:1.1 projek-projek yang layak untuk EPS1.2 perbelanjaan yang layak untuk EPS1.3 tempoh kelayakan untuk EPS; dan1.4 pengiraan EPS.2. Ringkasan PindaanKetetapan ini diterbitkan untuk menggantikan Ketetapan Umum No. 2/2008 yangdikeluarkan pada 3 April 2008. Antara pindaan yang dibuat kepada KetetapanUmum (KU) yang digantikan adalah diringkaskan seperti berikut:PerengganDalamKetetapanUmum No.2/2008Pindaan Dalam Ketetapan IniPerenggan Perkara RujukanTiada 4.2 Pindaan kepada perenggan 1,1A dan 1C, Jadual 7A ACP 1967Kuat kuasa: Tahun Taksiran (TT)2009Tiada 5.3.3 Peratusan pendapatan berkanunyang digunakan untuk tolakanEPSKuat kuasa: TT 2012Bajet 2009(Baharu)Bajet 2012(Baharu)Tiada6.1.1dan6.1.4 Maksud projek yang layaksebelum dan mulai TT 2009Kuat kuasa: TT 20096.3.1 Maksud pengilanganKuat kuasa: TT 2009Bajet 2009(Baharu)6.3.4dan6.3.5 Konsesi membenarkan EPS jikatuntutan pertama dibuatsebelum TT 2009Muka surat 1 daripada 52

ELAUN PELABURAN SEMULALEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIAKetetapan Umum No. 6/2012Tarikh Keluaran: 12 Oktober 2012Tiada 7.2.1 Maksud kilang sebelum TT 20127.2.2 Maksud kilang mulai TT 2012dan seterusnyaBajet 2012(Baharu)Tiada 8.3 Konsep tempoh yang layak Penjelasan(Baharu)Tiada 9.2.2 Pelupusan asetKuat kuasa: TT 20099.2.3 Konsesi untuk aset diperolehsebelum TT 2009Bajet 2009(Baharu)9.4 Pemindahan terkawalKuat kuasa: Mulai 9.1.2009Tiada 10.4 Perubahan daripada tempohkepada tempoh asasKuat kuasa: TT 2011Bajet 2011dan 2012(Baharu)10.5 Pemakaian secara retrospektifperenggan 7(b), (d) dan (e)Kuat kuasa: TT 2011Bajet 2012(Baharu)10.7 Ketidakpakaian insentif lain Penjelasan(Baharu)Tiada 11.8dan11.9 EPS untuk perniagaanmenternak ayam dan itikKuat kuasa: TT 2009Bajet 2009(Baharu)3. Peruntukan BerkaitanPeruntukan ACP 1967 yang ada kaitan dengan Ketetapan ini ialah seksyen 133A,Jadual 3 dan Jadual 7A.4. Tempoh Minimum Operasi Untuk Layak EPS4.1 Sebelum tahun taksiran 2009, suatu syarikat atau seseorang hendaklah telahberoperasi tidak kurang daripada 12 bulan untuk membolehkan layak EPS.EPS merupakan suatu insentif cukai khas yang diberikan kepada:Muka surat 2 daripada 52

ELAUN PELABURAN SEMULALEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIAKetetapan Umum No. 6/2012Tarikh Keluaran: 12 Oktober 20124.1.1 syarikat bermastautin di Malaysia yang telah beroperasi tidak kurangdaripada 12 bulan dan telah melakukan perbelanjaan modal ataskilang, loji atau jentera yang digunakan di Malaysia bagi tujuan projekyang layak4.1.2 syarikat bermastautin di Malaysia yang telah beroperasi tidak kurangdaripada 12 bulan dan telah melakukan perbelanjaan modalberkaitan dengan suatu projek pertanian di Malaysia untuk tujuanprojek yang layak di bawah perenggan 8(c), Jadual 7A ACP 1967,dan4.1.3 orang yang bermastautin di Malaysia yang menjalankan perniagaanyang telah beroperasi tidak kurang daripada 12 bulan dan telahmelakukan perbelanjaan modal berkaitan dengan suatu projekpertanian di Malaysia untuk tujuan projek yang layak di bawahperenggan 8(d), Jadual 7A ACP 1967.4.2 Pindaan kepada perenggan 1, 1A dan 1C, Jadual 7A ACP 19674.2.1 Berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2009, suatu syarikat atauseseorang hendaklah telah beroperasi tidak kurang daripada 36bulan untuk layak EPS.Contoh 1: Tempoh operasi kurang daripada 36 bulanSyarikat A memulakan operasi pengilangan biskut pada 1.1.2007 danmenutup akaun pada 31 Disember setiap tahun. Syarikat Amelakukan perbelanjaan modal sejumlah RM300,000 untuk tujuanprojek yang layak pada 1.1.2009 (syarikat telah terlibat dalamperniagaan mengilang biskut untuk 24 bulan).Syarikat A tidak layak EPS ke atas perbelanjaan modal sejumlahRM300,000 yang dilakukan kerana pada 1.1.2009, syarikat tersebuttelah terlibat dalam perniagaan pengilangan biskut untuk kurangdaripada 36 bulan. Pindaan kepada perenggan 1, 1A dan 1C, Jadual7A ACP 1967 memberi kesan kepada syarikat A.Contoh 2: Tempoh operasi lebih daripada 36 bulanPada 1.3.2010 Syarikat A dalam Contoh 1 membeli beberapa buahmesin berharga RM100,000 untuk tujuan suatu projek yang layak.Syarikat A layak EPS ke atas perbelanjaan modal sejumlahRM100,000 yang dilakukan pada 1.3.2010 kerana Syarikat A telahterlibat dalam perniagaan mengilang biskut lebih daripada 36 bulan.Muka surat 3 daripada 52

ELAUN PELABURAN SEMULALEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIAKetetapan Umum No. 6/2012Tarikh Keluaran: 12 Oktober 20125. EPS Sebagai Suatu Insentifoperasi pengilangan barangan plastik hanya 27 bulan kerana syarikattelah membuat tuntutan pertama EPS sebelum tahun taksiran 2009.5.1 EPS diberi kepada syarikat atau orang yang layak bersamaan dengan jumlah60% daripada perbelanjaan modal yang dilakukan dalam tempoh asas bagisesuatu tahun taksiran berkaitan dengan projek yang layak.5.2 EPS ditolak daripada pendapatan berkanun perniagaan tetapi terhad kepada70% daripada pendapatan berkanun.Contoh 6Syarikat E memulakan perniagaan pengilangan perabot pada 1.1.2007 disebuah kilang di Muar, Johor. Pada 10.6.2008, syarikat melakukanperbelanjaan modal berjumlah RM200,000 untuk sebuah jentera bagi tujuanprojek yang layak. Syarikat menutup akaun pada 31 Disember. Pendapatanberkanun perniagaan untuk tahun taksiran 2008 ialah RM150,000. Syarikat Etidak mempunyai pendapatan lain.Pengiraan EPS untuk tahun taksiran 2008 adalah seperti berikut:RMPendapatan berkanun 150,000Tolak: EPS (60% X 200,000 = 120,000)EPS terhad kepada (70% x 150,000) 105,000Pendapatan bercukai 45,0005.3 EPS ditolak daripada pendapatan berkanun5.3.1 Sebelum tahun taksiran 2012EPS boleh ditolak sehingga 100% daripada pendapatan berkanunperniagaan di dalam keadaan-keadaan berikut:(a)(b)projek yang layak bertempat di dalam kawasan digalakkanyang terdiri daripada negeri Sabah, Sarawak, WilayahPersekutuan Labuan, Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlisdan daerah Mersing di negeri Johor; atauprojek yang layak telah mencapai tahap produktiviti yangditetapkan oleh Menteri Kewangan. Tahap produktiviti akandiukur dengan menggunakan satu nisbah Kecekapan Proses(PE) seperti yang ditunjukkan di Lampiran B dan hendaklahdibandingkan dengan tahap yang ditetapkan oleh MenteriKewangan untuk sesuatu tahun taksiran yang sama.Muka surat 5 daripada 52

ELAUN PELABURAN SEMULALEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIAKetetapan Umum No. 6/2012Tarikh Keluaran: 12 Oktober 2012Walau bagaimanapun, tolakan sehingga 100% daripada pendapatanberkanun tidak terpakai kepada syarikat yang menjalankan projekyang layak dalam sektor pertanian kecuali bagi orang yangmenjalankan operasi perniagaan di kawasan digalakkan.Peratusan pendapatan berkanun yang boleh digunakan untuktolakan EPS adalah diringkaskan seperti berikut:AktivitiSyarikat/OrangPengilanganatauPemprosesanPeratusan Pendapatan Berkanun Yang BolehDitolakBukanKawasan DigalakkanKawasanDigalakkanPE tidak tercapai PE tercapai 100%70% 100%Pertanian 70% Tidakberkaitan100%5.3.2 Jika seseorang mengusahakan projek yang layak di kawasandigalakkan dan juga di luar kawasan digalakkan dalam tahun taksiranyang sama, syarikat layak EPS seperti ditunjukkan dalam Contoh 7.Contoh 7Syarikat F mengusahakan 2 projek yang layak dalam tahun taksiran2007, satu di Kuantan (kawasan digalakkan) dan satu lagi di PulauPinang (bukan kawasan digalakkan). Perbelanjaan yang layakadalah RM2 juta untuk projek di Kuantan dan RM3 juta untuk projekdi Pulau Pinang.Pendapatan berkanun bagi tahun taksiran 2007Pendapatan berkanun bagi tahun taksiran 2008Pendapatan berkanun bagi tahun taksiran 2009RM1.0 jutaRM1.5 jutaRM2.0 jutaPengiraan cukai pendapatan adalah seperti berikut:Tahun Taksiran 2007(RM)Pendapatan berkanun 1,000,000Tolak: EPS untuk projek di Kuantan(60% X 2,000,000) = 1,200,000EPS terhad kepada (100% x 1,000,000) 1,000,000Pendapatan bercukaiTiadaMuka surat 6 daripada 52

ELAUN PELABURAN SEMULALEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIAKetetapan Umum No. 6/2012Tarikh Keluaran: 12 Oktober 2012Jumlah EPS tidak diserap dibawa hadapan ialah:(RM)(a) 1,200,000 - 1,000,000 = 200,000 (projek Kuantan)(b) 60% X 3,000,000 = 1,800,000 (projek Pulau Pinang)2,000,000Tahun Taksiran 2008(RM)Pendapatan berkanun 1,500,000Tolak: EPS bawa hadapan daripada projek Kuantan 200,0001,300,000Tolak: EPS bawa hadapan daripada projek Pulau PinangEPS terhad kepada (70% X 1,500,000) 1,050,000Pendapatan bercukai 250,000EPS tidak dapat diserap daripada projek Pulau Pinang dihantarhadapan ialah:RM1,800,000 - RM1,050,000 = RM750,000Tahun Taksiran 2009(RM)Pendapatan berkanun 2,000,000Tolak: EPS bawa hadapan daripada projek Pulau Pinang 750,000Pendapatan bercukai 1,250,0005.3.3 Mulai tahun taksiran 2012Dengan pindaan kepada proviso di perenggan 3 Jadual 7A ACP1967, EPS untuk projek yang ditempatkan di kawasan yangdigalakkan seperti dinyatakan dalam perenggan 5.3.1(a) tidak lagiboleh diberi tolakan daripada keseluruhan pendapatan berkanun.Tolakan untuk EPS telah diturunkan daripada 100% kepada 70%daripada pendapatan berkanun.Peratusan pendapatan berkanun yang boleh digunakan untuktolakan EPS adalah diringkaskan seperti berikut:Muka surat 7 daripada 52

ELAUN PELABURAN SEMULALEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIAKetetapan Umum No. 6/2012Tarikh Keluaran: 12 Oktober 2012AktivitiSyarikat/OrangPeratusan Pendapatan Berkanun Yang BolehDitolakPengilanganBukanKawasan DigalakkanKP tidak tercapaiKP tercapai70% 100%Pertanian 70% TidakberkaitanKawasanDigalakkan70%70%5.4 EPS tidak diserap5.4.1 EPS yang tidak dapat diserap dalam suatu tahun taksiran disebabkankekurangan atau ketiadaan pendapatan berkanun boleh dihantarhadapan dan ditolak daripada pendapatan berkanun perniagaandalam tahun-tahun taksiran berikut sehingga EPS diserapsepenuhnya.5.4.2 EPS yang tidak dapat diserap dan dihantar hadapan untuk ditolakdalam tahun-tahun taksiran berikut adalah dihadkan kepada 70%daripada pendapatan berkanun perniagaan.5.4.3 Dalam kes di mana EPS tahun semasa ditolak sehingga 100%daripada pendapatan berkanun, amaun EPS dibawa hadapan jugaakan ditolak sehingga 100% daripada pendapatan berkanun.5.4.4 Suatu syarikat yang telah mencapai tahap produktiviti bagi sesuatutahun taksiran, EPS bagi tahun taksiran tersebut ditolak sehingga100% daripada pendapatan berkanun. Sekiranya pendapatanberkanun tidak mencukupi untuk menyerap EPS tersebut, makaamaun EPS yang tidak dapat diserap dan dihantar hadapan ketahun-tahun taksiran berikut akan ditolak sehingga 70% daripadapendapatan berkanun. Walau bagaimanapun EPS tersebut bolehditolak sehingga 100% daripada pendapatan berkanun dalam tahuntahunberkenaan sekiranya syarikat mencapai tahap produktiviti.5.5 EPS diberi atas asas syarikat dan bukannya atas asas projek. Suatu syarikatboleh menikmati EPS bagi lebih daripada satu projek dalam tahun taksiranyang sama.6. Projek Yang LayakProjek yang layak untuk tujuan EPS berbeza untuk tempoh sebelum tahun taksiran2009 dan mulai tahun taksiran 2009 dan seterusnyaMuka surat 8 daripada 52

ELAUN PELABURAN SEMULALEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIAKetetapan Umum No. 6/2012Tarikh Keluaran: 12 Oktober 20126.1 Di bawah perenggan 8, Jadual 7A ACP 1967 projek yang layak merujukkepada –6.1.1 Sebelum dan mulai tahun taksiran 2009(a) Sebelum tahun taksiran 2009Suatu projek yang diusahakan oleh suatu syarikat, bagimembesarkan, memodenkan atau mengautomasikanperniagaan sedia ada berkenaan dengan pengilangan ataupemprosesan suatu produk atau mana-mana produk berkaitandalam industri yang sama atau mempelbagaikan perniagaansedia ada kepada apa-apa produk berkaitan dalam industri yangsama.(b) Mulai tahun taksiran 2009Untuk mengecualikan pemprosesan, definisi di atas telahdipinda kepada -suatu projek yang diusahakan oleh suatu syarikat, bagimembesarkan, memodenkan atau mengautomasikanperniagaan sedia ada berkenaan dengan pengilangan suatuproduk atau mana-mana produk berkaitan dalam industri yangsama atau mempelbagaikan perniagaan sedia ada kepada apaapaproduk berkaitan dalam industri yang sama.6.1.2 Suatu projek yang diusahakan oleh suatu syarikat yang diluluskan dibawah seksyen 31A Akta Penggalakan Pelaburan 1986 bagimembesarkan perniagaan sedia ada atau memodenkan teknikpengeluaran atau pemprosesan (dibatalkan berkuat kuasa mulai31.8.2007).6.1.3 Suatu projek pertanian yang diusahakan oleh suatu syarikat bagimembesarkan, memodenkan atau mempelbagaikan perniagaanpenanaman dan perladangan tetapi tidak termasuk perniagaanmenternak ayam dan itik.6.1.4 Sebelum dan mulai tahun taksiran 2009(a) Sebelum tahun taksiran 2009Sesuatu projek pertanian yang diusahakan oleh seseorang iaitumengubah perniagaan menternak ayam dan itik daripadasistem reban terbuka kepada sistem reban tertutupsebagaimana yang ditentu sahkan oleh Menteri Pertanian danIndustri Asas Tani (sehingga tahun taksiran 2010).Muka surat 9 daripada 52

ELAUN PELABURAN SEMULALEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIAKetetapan Umum No. 6/2012Tarikh Keluaran: 12 Oktober 2012(b) Mulai tahun taksiran 2009Definisi di atas telah dipinda kepada suatu projek yangdiusahakan oleh seseorang -(i)(ii)dalam mengubah perniagaan menternak ayam dan itikdaripada sistem reban terbuka kepada sistem rebantertutup, ataudalam membesarkan perniagaan sedia ada menternakayam dan itik dalam sistem reban tertutup.6.2 Sebelum tahun taksiran 2009Kedua-dua projek pengubahan dan pembesaran hendaklahditentu sahkan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.Walau bagaimanapun kedua-dua projek ini merupakan projekyang layak untuk tujuan EPS hanya sehingga tahun taksiran2010.Maksud pengilangan dan pemprosesan6.2.1 PengilanganPengilangan ialah pembuatan bahan oleh tenaga fizikal atau mesin.Ia merupakan ciptaan sesuatu yang tidak wujud dalam bentukberkenaan sebelum proses pengilangan. Perubahan elemen atauunsur merupakan ciri yang penting dalam pengilangan. Merujukkepada Jadual 7A ACP 1967, pada dasarnya, pengilangan bolehdibahagikan kepada dua kategori:(a)(b)pengilangan yang menghasilkan suatu produk yang berbezadari segi sifat dan bentuk, sebagai contoh kayu kepadakertas, danpengilangan yang menghasilkan suatu produk yang tidakberubah dari segi sifat tetapi berbeza dari segi bentuk,sebagai contoh, kayu kepada perabot.6.2.2 Pemprosesan(a)(b)Pemprosesan ialah pengolahan barangan kepada suatu prosesyang memberi maksud, barangan atau bahan-bahan itu diolahkepada suatu proses yang tidak sampai ke tahap pembuatansuatu benda baru tetapi melibatkan pengolahan barangandengan sesuatu cara, selain daripada pertumbuhan semula jadi.Pemprosesan merujuk kepada suatu teknik penyediaan,pengendalian atau lain-lain aktiviti yang direka bentuk untukmemberi perubahan fizikal atau kimia dalam sesuatu bendaatau bahan.Muka surat 10 daripada 52

ELAUN PELABURAN SEMULALEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIAKetetapan Umum No. 6/2012Tarikh Keluaran: 12 Oktober 2012(c)Pemprosesan juga membawa maksud satu ukuran di manasebahagian besarnya adalah ukuran keseragaman bagikendalian atau sistem bagi kendalian. Oleh itu, setiap produkyang dikendali secara berasingan mengikut spesifikasidikehendaki, ia tidak boleh dianggap sebagai telah diolahkepada suatu proses mengikut maksud Jadual 7A ACP 1967.(d) Sesuatu aktiviti boleh dinyatakan sebagai pemprosesansekiranya sesuatu produk telah melalui satu siri tindakan yangsistematik, mempunyai nilai yang lebih tinggi daripadasebelumnya (telah dijadikan menarik di pasaran pada nilai yanglebih tinggi dengan kuantiti yang sama) dan boleh terima dipasaran.6.3 Mulai tahun taksiran 20096.3.1 PengilanganContoh 8: Aktiviti bukan pemprosesanSyarikat G menjalankan perniagaan membuat papan iklan danpapan tanda. Produk-produk dibuat secara berasingan mengikutspesifikasi pelanggan.Syarikat G tidak layak untuk EPS oleh kerana aktiviti berkenaanbukan pemprosesan bagi tujuan EPS.Pengilangan bagi tujuan tuntutan EPS ditakrifkan sebagai -(a)(b)(c)perubahan secara manual atau mekanikal bahan organik ataubukan organik kepada produk baru dengan menukar saiz,bentuk, komposisi, sifat semula jadi atau kualiti bahan tersebut.percantuman bahagian menjadi sebuah jentera atau produkataucampuran bahan-bahan melalui proses reaksi kimia termasukproses biokimia yang mengubah struktur molekul melaluipemecahan ikatan intra molekul atau melalui pengubahansusunan ruang atom dalam molekul.(d) Pengilangan tidak termasuk -(i) pemasangan jentera atau peralatan untuk tujuanpembinaan(ii)(iii)(iv)operasi pembungkusan ringkas seperti pembotolan,penyimpanan dalam kotak, beg dan bekaspemasangan ringkascampuran ringkas mana-mana produkMuka surat 11 daripada 52

ELAUN PELABURAN SEMULALEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIAKetetapan Umum No. 6/2012Tarikh Keluaran: 12 Oktober 2012(v)(vi)(vii)(viii)(ix)percantuman ringkas bahagianmana-mana aktiviti untuk memastikan penjagaan produkdalam keadaan baik semasa pengangkutan danpenyimpananmana-mana aktiviti untuk memudahkan penghantarandan pengangkutanmana-mana aktiviti pembungkusan atau persembahanproduk untuk dijual ataumana-mana aktiviti yang ditetapkan oleh Menteri. Walauapa pun interpretasi di atas iaitu senarai aktiviti seperti diKaedah-Kaedah Cukai Pendapatan [Penetapan AktivitiYang Dikecualikan Daripada Takrif Pengilangan] 2012 -P.U.(A) 23 (Lampiran C), Kaedah-Kaedah ini disifatkantelah berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2009.Memandangkan Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan diatas hanya dikeluarkan pada 9.1.2012, konsesi diberi dimana tuntutan EPS yang dibuat untuk tahun taksiran2009 hingga 2011 dibenarkan walaupun aktiviti tersebutadalah aktiviti yang terdapat dalam senarai di LampiranC. EPS tersebut tidak lagi layak untuk aktiviti yang samamulai tahun taksiran 2012 dan seterusnya. Walaubagaimanapun EPS yang tidak dapat diserap bolehdibawa hadapan iaitu ke tahun taksiran 2012 dan tahuntaksiran berikut.6.3.2 Ringkas yang dinyatakan dalam perenggan 6.3.1(d)(ii) hingga (v)dalam Ketetapan ini adalah aktiviti yang tidak memerlukan kemahirankhusus, mesin, peralatan atau kelengkapan yang dikeluarkan ataudipasang khusus untuk menjalankan aktiviti tersebut.6.3.3 Berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2009 pemprosesan bukan lagiaktiviti yang layak untuk tujuan EPS. Ini bermakna hanya syarikatyang terlibat dalam aktiviti pengilangan layak menuntut EPS di bawahperenggan 8(a), Jadual 7A ACP 1967.6.3.4 Konsesi membenarkan EPS terus dituntut bagi aktiviti pemprosesanjika tuntuan pertama dibuat sebelum tahun taksiran 2009Walaupun pemprosesan bukan lagi merupakan aktiviti yang layakuntuk EPS, konsesi telah diberi untuk membenarkan syarikat yangterlibat dalam aktiviti pemprosesan untuk terus menuntut EPSsehingga akhir tempoh kelayakan 15 tahun taksiran sekiranyasyarikat tersebut telah membuat tuntutan pertama untuk EPSsebelum tahun taksiran 2009.Muka surat 12 daripada 52

ELAUN PELABURAN SEMULALEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIAKetetapan Umum No. 6/2012Tarikh Keluaran: 12 Oktober 2012Contoh 9Syarikat P memulakan aktiviti pemprosesan bahan buangan pada1.2.2007 dan menutup akaun pada 31 Disember setiap tahun. Pada1.5.2008 Syarikat P membeli mesin baru berharga RM150,000 danmenuntut EPS untuk tahun taksiran 2008 berjumlah RM150,000 keatas mesin tersebut. Tempoh yang layak bagi Syarikat P adalah daritahun taksiran 2008 hingga 2022. Pada 10.4.2010, Syarikat Pmembeli mesin lain berharga RM230,000.Walaupun aktiviti pemprosesan bukan lagi merupakan aktiviti layakmulai tahun taksiran 2009, Syarikat P layak untuk EPS ke atas mesinberharga RM230,000 dalam tahun taksiran 2010 kerana syarikattelah menuntut EPS sebelum tahun taksiran 2009.Contoh 10Syarikat Q memulakan aktiviti pemprosesan yang layak pada1.2.1996 dan menutup akaun pada 31 Disember setiap tahun. Pada1.8.1997 Syarikat Q membeli mesin untuk projek yang layak danmenuntut EPS ke atas aset tersebut dalam tahun taksiran 1997.Pada tahun 1998 syarikat telah melakukan projek pembesaran dantelah menuntut EPS bagi perbelanjaan modal yang layak. Pada tahun2009 syarikat membeli satu lagi mesin baru berharga RM500,000untuk projek yang layak.Walaupun pemprosesan bukan lagi aktiviti yang layak mulai tahuntaksiran 2009, Syarikat Q layak menuntut EPS dalam tahun taksiran2009 kerana syarikat telah membuat tuntutan pertama untuk EPSsebelum tahun taksiran 2009. Walau bagaimanapun Syarikat Q tidaklayak EPS selepas tahun taksiran 2011 kerana tempoh kelayakan 15tahun dikira bermula dari tahun taksiran 1998.6.3.5 Konsesi membenarkan EPS terus dituntut bagi aktiviti pengilanganyang tidak lagi terjatuh di bawah definisi pengilangan jika tuntuanpertama dibuat sebelum tahun taksiran 2009Walaupun terdapat aktiviti pengilangan yang tidak lagi terjatuh dibawah definisi pengilangan untuk tujuan EPS, konsesi diberi untukmembenarkan syarikat yang terlibat dalam aktiviti pengilangantersebut untuk terus menuntut EPS sehingga akhir tempoh kelayakan15 tahun taksiran sekiranya syarikat tersebut telah membuat tuntutanpertama untuk EPS sebelum tahun taksiran 2009.Contoh 11: Telah membuat tuntutan EPS sebelum tahun taksiran2009Syarikat J telah menjalankan aktiviti pengilangan sejak 1.1.2005 danmenutup akaun pada 31 Disember setiap tahun. Pada 1.6.2006,Muka surat 13 daripada 52

ELAUN PELABURAN SEMULALEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIAKetetapan Umum No. 6/2012Tarikh Keluaran: 12 Oktober 2012Syarikat J menjalankan projek pembesaran dan membeli mesintambahan yang bernilai RM200,000. Syarikat J telah menuntut EPSke atas mesin tersebut. Pada 1.6.2009 Syarikat J membeli mesinbernilai RM300,000 untuk projek pembesaran kedua.Mulai dari tahun taksiran 2009, aktiviti yang dijalankan oleh Syarikat Jtidak lagi terjatuh dalam definisi pengilangan untuk tujuan EPS.Walau bagaimanapun, disebabkan Syarikat J telah membuattuntutan EPS sebelum tahun taksiran 2009, konsesi diberi untukmembolehkan Syarikat J menuntut EPS bagi tahun taksiran 2009 dantahun-tahun taksiran berikut sehingga akhir tempoh kelayakan 15tahun.Contoh 12: Tidak pernah menuntut EPS sebelum tahun taksiran2009Syarikat K telah menjalankan perniagaan pengilangan sejak 1.7.2006dan menutup akaun pada 30 Jun setiap tahun. Pada 1.8.2007Syarikat K membeli mesin tetapi tidak menuntut EPS ke atas asettersebut. Pada 1.10.2009, Syarikat K membeli kilang baru untukmembesarkan perniagaan sedia ada. Aktiviti pengilangan Syarikat Ktidak terjatuh di bawah definisi baru pengilangan yang ditetapkandalam perenggan 6.3.1(a) hingga (c) dalam Ketetapan ini.Syarikat K tidak layak menuntut EPS ke atas kilang baru kerana tiadakonsesi akan diberi kepada syarikat K oleh sebab syarikat tidakpernah menuntut EPS sebelum tahun taksiran 2009 dan aktivitipengilangan tersebut tidak terjatuh di bawah aktiviti yang ditetapkandalam perenggan 6.3.1(a) hingga (c) dalam Ketetapan ini mulai tahuntaksiran 2009.Contoh 13: Tidak pernah menuntut EPS sebelum tahun taksiran2009Pada 1.2.2007 Syarikat L yang menutup akaun pada 31 Disembersetiap tahun memulakan aktiviti pengilangan perabot yangdiklasifikasikan di bawah perenggan 6.3.1(a) dalam Ketetapan ini.Syarikat L tidak pernah menuntut EPS sebelum ini. Pada 1.4.2010Syarikat L memulakan pengeluaran produk berkaitan di bawah projekpelbagaian iaitu perabot pasang siap (assembling knocked down)dan membeli mesin baru untuk tujuan tersebut.Syarikat L tidak layak untuk EPS ke atas mesin baru kerana SyarikatL tidak pernah menuntut EPS sebelum tahun taksiran 2009 danaktiviti pengilangan perabot pasang siap terjatuh di bawah perenggan6.3.1(d)(v) dalam Ketetapan ini.Muka surat 14 daripada 52

ELAUN PELABURAN SEMULALEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIAKetetapan Umum No. 6/2012Tarikh Keluaran: 12 Oktober 20126.4 Maksud projekContoh 14: EPS dibenarkan untuk tahun taksiran 2009 hingga2011Syarikat M memulakan perniagaan pengilangan kiub ais pada1.3.2009 dan menutup akaun pada 28 Februari setiap tahun. Aisdibungkus ke dalam plastik mengikut saiz menurut spesifikasipelanggan. Pada 1.6.2011 Syarikat M membeli mesin baru untuktujuan pembesaran perniagaannya.Walaupun aktiviti ini adalah aktiviti pengilangan yang dinyatakan dibawah perenggan 6.3.1(a) ia terjatuh di bawah senarai yangdikecualikan dalam 6.3.1(d)(ix) Ketetapan ini. Sebenarnya ia tidaklayak untuk EPS. Memandangkan bahawa Kaedah-Kaedah CukaiPendapatan [Penetapan Aktiviti Yang Dikecualikan Daripada TakrifPengilangan] 2012 hanya dikeluarkan pada 9.1.2012, konsesi diberidi mana EPS dibenarkan untuk tahun taksiran 2009 hingga 2011walaupun aktiviti tersebut adalah aktiviti yang terdapat dalam senaraidi Lampiran C. Disamping itu EPS yang tidak dapat diserap bolehdihantar hadapan ke tahun taksiran 2012 dan tahun taksiran berikut.EPS tidak lagi dibenarkan mulai tahun taksiran 2012.Contoh 15: Proses pengilangan dianggap berhenti pada tahaptertentuSyarikat N telah menjalankan perniagaan pengilangan pensel warnasejak 1.2.2006 dan menutup akaun pada 30 September setiap tahun.Pada 1.6.2009, Syarikat N memperoleh loji baru untuk projekpembesaran. Sebahagian loji terdiri daripada mesin untuk melipatkotak berwarna warni dan memasukkan pensel ke dalam kotaktersebut dalam mana pensel itu dijual. Mesin baru yang lain akanmemasukkan kotak tersebut ke dalam kotak keras.Mesin untuk melipat kotak warna-warni dan memasukkan pensel kedalam kotak tersebut layak EPS. Walau bagaimanapun, mesin yangdigunakan untuk memasukkan kotak berwarna warni ke dalam kotakkeras untuk tujuan pemasaran tidak layak EPS. Untuk tujuan EPS,proses pengilangan berhenti pada proses memasukkan pensel kedalam kotak berwarna-warni.6.4.1 Projek berhubung dengan suatu projek yang layak bagi tujuan Jadual7A, ACP 1967 ialah suatu usaha yang dijalankan oleh suatu syarikatyang terlibat dalam aktiviti pengilangan atau pemprosesan (sebelumtahun taksiran 2009) untuk melaksanakan satu pelan atau skim. Iamerupakan satu pelan atau skim yang telah dirancang dengan telitiuntuk dilaksanakan dalam tempoh tertentu, dengan bajet yangspesifik dan sasaran untuk pencapaian.Muka surat 15 daripada 52

ELAUN PELABURAN SEMULALEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIAKetetapan Umum No. 6/2012Tarikh Keluaran: 12 Oktober 20126.4.2 Dokumen-dokumen yang boleh digunakan sebagai bukti untukmenyokong suatu projek ialah seperti:(a)(b)(c)(d)(e)(f)(g)kertas projekkajian kemungkinankajian pasaranpelan perniagaan yang menunjukkan arah tindakan yangdiambil/akan diambilbajet dan peraturan kewanganresolusi pengarah dan/atau minit mesyuarat, ataulain-lain dokumen berhubung dengan projek.6.5 Pembesaran, pemodenan, automasi atau pelbagaian6.5.1 Suatu projek yang layak hendaklah menunjukkan peningkatan dalamkapasiti pengeluaran atau pencapaian dalam bentuk penjimatanmasa, bahan atau guna tenaga, atau menghasilkan produk yanglebih berkualiti atau lain-lain penambahbaikan berbanding sebelumsyarikat mengusahakan projek yang layak. Peningkatan ataupenambahbaikan ini hendaklah ditentusahkan oleh juruterapengeluaran atau juruteknik atau lain-lain orang berkaitan yangmempunyai tanggungjawab atau terlibat secara langsung denganpengeluaran.Contoh 16Syarikat R, suatu syarikat pengilang komponen kereta, memasang 3production lines tambahan bagi tujuan meningkatkan kapasitipengeluaran aktiviti pengilangan sedia ada. Kapasiti pengeluaranmeningkat daripada 12,000 unit kepada 20,000 unit sebulan.Syarikat R telah menjalankan suatu projek pembesaran yang layakuntuk EPS.6.5.2 Perbelanjaan untuk belian, tambahan, atau penggantian kepada asetsedia ada atau bahagian aset, sama ada secara sukarela atausebaliknya, tidak layak untuk EPS kecuali ia dibelanjakan bagi tujuansuatu projek yang layak.Contoh 17Syarikat S, suatu syarikat pengilang barangan plastik telah membelisebuah mesin baru untuk menggantikan sebuah mesin lama yangburuk.Muka surat 16 daripada 52

ELAUN PELABURAN SEMULALEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIAKetetapan Umum No. 6/2012Tarikh Keluaran: 12 Oktober 2012Syarikat S tidak layak untuk EPS disebabkan syarikat tidakmenjalankan suatu projek yang layak.Contoh 18Syarikat H telah menjalankan perniagaan membekal dan memasangpaip sejak 1.3.2006 dan menutup akaun pada 31 Ogos setiap tahun.Paip tersebut dipotong dan dikimpal mengikut spesifikasi pelanggan.Pada 15.6.2009, Syarikat H membeli bangunan baru danmenggunakannya sebagai bengkel untuk projek pembesaran.Kos bangunan baru tidak layak EPS sebab aktiviti Syarikat H bukanpengilangan bagi tujuan EPS.6.5.3 Suatu projek pembesaran selalunya dikaitkan dengan kenaikantempahan kepada sesuatu produk. Ini akan mengakibatkanpeningkatan kapasiti pengeluaran berkenaan dengan pengilanganproduk berkenaan atau mana-mana produk yang berkaitan dalamindustri yang sama. Dalam keadaan biasa, peningkatan kapasiti inisepatutnya diikuti dengan peningkatan penggunaan kapasiti dandisusuli dengan peruntukan yang tinggi dan penggunaan lain-lainsumber. Akhirnya, hasil pengeluaran dan jualan akan turutmeningkat.6.5.4 Lain-lain contoh bagi maksud pembesaran adalah seperti berikut:Produk/Aktiviti Sedia Adasarung tangan getahtayar kenderaanproduk perawatan kulitpengeluaran minyak masakTV konvensional/biasakamera analogtelefon mudah alihProduk/Aktiviti Barusarung tangan kapas, sarungtangan benang bulu biritayar pesawat udara, tayarcelup, tiub dalamanproduk alat solek/kosmetikpengeluaran lemak sayuran,mentega, marjerinTV plasma, TV LCDkamera digital, kamera videotelefon mudah alih dilengkapifungsi kamera dan rakamanpermata, permata perak permata emas, permatadengan kristal dan batuberharga6.5.5 Pemodenan merujuk kepada menaik taraf peralatan pengilangan danpemprosesan. Projek pemodenan biasanya diusahakan untukMuka surat 17 daripada 52

ELAUN PELABURAN SEMULALEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIAKetetapan Umum No. 6/2012Tarikh Keluaran: 12 Oktober 2012mencapai kecekapan yang lebih tinggi dalam pengeluaran,menambah baik kualiti produk dan/atau mengurangkan kospengeluaran.Contoh 19: Menjalankan suatu projek pemodenanSyarikat T, suatu syarikat pengilang sarung tangan getah, memasangmesin-mesin baru yang canggih di production line sedia ada dengantujuan untuk mengurangkan bilangan pemprosesan, masapengeluaran dan kos buruh di samping meningkatkan mutu kualitikeluaran syarikat.Syarikat T menjalankan suatu projek pemodenan dan layak untukEPS.6.5.6 Automasi ialah satu proses di mana operasi secara manual digantidengan operasi mekanikal dengan pertimbangan dan kawalanmanusia.Contoh 20: Operasi secara manual diganti dengan operasimekanikalSyarikat U, suatu syarikat pengilang motosikal, membeli suatu mesinrobot untuk menjalankan kerja-kerja mengimpal dan menyemburyang sebelumnya dibuat oleh pekerja secara manual.Kos mesin robot itu layak untuk EPS oleh kerana syarikat U telahmenjalankan suatu projek yang layak.6.5.7 Pelbagaian bermaksud mengusahakan projek untuk menghasilkanproduk tambahan atau produk baru yang berkaitan dalam industriyang sama. Produk baru atau tambahan hendaklah berkaitan atauserupa dengan produk sedia ada dari segi ciri-ciri berikut:(a)(b)(c)(d)(e)(f)bahan mentah utamakomponen utamajenis, banjaran, pelbagaian, kelas, golongan, kumpulansifat, cirifungsi, tujuan, kegunaan, atauproses pembuatan.6.5.8 Contoh-contoh aktiviti atau produk yang layak untuk projekpelbagaian ditunjukkan dalam jadual berikut:Muka surat 18 daripada 52

ELAUN PELABURAN SEMULALEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIAKetetapan Umum No. 6/2012Tarikh Keluaran: 12 Oktober 2012Produk/Aktiviti Sedia Adasarung tangan getahtayar kenderaanproduk perawatan kulitpengeluaran minyak masakTV konvensional/biasapermata, permata perakProduk/Aktiviti Barukasut getah, mohor getahbingkai logam untuk rodakelengkapan dandanan diriseperti syampu rambut danbadan, losyen halanganmataharisabun, lilin, minyakpemain VCD dan DVDperhiasan perak, emas, kristal6.5.9 Contoh-contoh aktiviti atau produk yang tidak layak untuk projekpelbagaian ialah seperti berikut :Produk/Aktiviti Sedia Adasarung tangan getahtayar kenderaanproduk perawatan kulit dan alat solekpengeluaran minyak masakTV konvensional/biasabarang kemas permata, permataperakProduk/Aktiviti Baruperalatan makmalpelampung plastikpakaianperkakas dapurpendingin hawaproduk alat solek/kosmetik6.5.10 Pengilangan produk sampinganPertukaran produk sampingan daripada aktiviti pengilangan kepadaproduk baharu melalui cara pengilangan adalah pelbagaian bagitujuan Jadual 7A ACP 1967.Contoh 21Syarikat V sebuah syarikat yang mengeluarkan minyak kelapa sawitmemutuskan untuk menukarkan produk sampingan penapis minyakkelapa sawit, iaitu sulingan asid lemak kelapa sawit kepada makananhaiwan.Pengilangan makanan haiwan ini layak sebagai projek pelbagaian.Muka surat 19 daripada 52

ELAUN PELABURAN SEMULALEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIAKetetapan Umum No. 6/2012Tarikh Keluaran: 12 Oktober 20126.5.11 Rawatan bahan buangan untuk kegunaan dalam aktiviti pengilanganyang sama(a)(b)Rawatan bahan buangan sebelum dibuang dari kilang bukanmerupakan pelbagaian bagi tujuan Jadual 7A ACP 1967. Walaubagaimanapun, rawatan bahan buangan mungkin bolehdibezakan secara berasingan sebagai suatu projek yang layaksekiranya ia memenuhi kriteria yang ditetapkan.Dalam kes di mana, bahan buangan tidak dibuang, sebaliknyadirawat dan dikitar semula dalam kilang untuk kegunaan dalamaktiviti pengilangan yang sama, rawatan bahan buangantersebut dianggap sebagai sebahagian daripada aktivitipengilangan dan aset yang digunakan dalam rawatan itu layakuntuk EPS.6.5.12 Pengilangan bahan buanganJika sebagai ganti melupuskan bahan buangan, syarikat menukarbahan buangan kepada produk berkaitan dengan cara pengilangan,aktiviti tersebut adalah projek pelbagaian bagi tujuan Jadual 7A ACP1967.Contoh 22Syarikat V dalam Contoh 21 memulakan projek penggunaan tandankosong buah kelapa sawit untuk dijadikan papan gentian/sabutberasas kelapa sawit.Pembuatan papan gentian/sabut ini daripada bahan buangan kelapasawit adalah layak sebagai projek pelbagaian.6.5.13 Pelbagaian termasuk projek berintegrasi ke depan sekiranya iamemenuhi ciri-ciri seperti tercatat dalam perenggan 6.5.7 Ketetapanini.Integrasi ke depan merujuk kepada perubahan daripada pengeluaranbahan mentah sedia ada atau produk pertengahan kepadapengeluaran produk hiliran seperti produk pertengahan yang lainatau produk akhir.Contoh 23Syarikat U, mengeluarkan ejen perasa dan warna yang digunakandalam makanan dan minuman. Syarikat juga bercadangmengeluarkan jus buah-buahan.Syarikat layak menuntut EPS atas pelbagaian pengeluaran jus buahbuahan.Muka surat 20 daripada 52

ELAUN PELABURAN SEMULALEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIAKetetapan Umum No. 6/2012Tarikh Keluaran: 12 Oktober 20126.5.14 Pelbagaian tidak termasuk projek berintegrasi ke belakang.Integrasi ke belakang melibatkan pengeluaran komponen atau bahanmentah yang digunakan dalam produk akhir sedia ada.Contoh 247. Perbelanjaan ModalSyarikat W, suatu syarikat pengilang pakaian juga terlibat dalampengilangan fabrik.Pengeluaran fabrik ini bukan merupakan projek yang layak kerana iaadalah projek integrasi ke belakang.7.1 Perbelanjaan modal merujuk kepada perbelanjaan modal untuk kilang, lojiatau jentera yang dilakukan bagi tujuan projek yang layak di bawah Jadual 7AACP 1967.7.2 Maksud kilang7.2.1 Sebelum tahun taksiran 2012Maksud kilang adalah seperti yang dinyatakan dalam Jadual 3 ACP1967.7.2.2 Mulai tahun taksiran 2012Maksud Kilang -(a)(b)bahagian keluasan lantai sesuatu bangunan atau tambahankepada bangunan digunakan untuk projek yang layak bagimenempatkan atau memasang loji atau jentera atau untukmenyimpan bahan mentah, atau barangan atau bahanpengilangan sebelum dijual.bahagian keluasan lantai sesuatu bangunan atau tambahankepada bangunan digunakan untuk projek yang layak bagimenyimpan bahan mentah, atau barangan atau bahan, ataukedua-duanya, ia mesti tidak lebih daripada satu per sepuluhdaripada jumlah keluasan bangunan atau tambahan kepadabangunan tersebut.7.2.3 Kilang tidak termasuk bangunan atau sebahagian dari bangunanyang digunakan untuk penyelidikan dan pembangunan.7.2.4 Kilang tidak termasuk bangunan atau sebahagian dari bangunanyang digunakan untuk kebajikan staf seperti kantin, nurseri, tempatkediaman, sukan serta riadah.Muka surat 21 daripada 52

ELAUN PELABURAN SEMULALEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIAKetetapan Umum No. 6/2012Tarikh Keluaran: 12 Oktober 20127.2.5 Syarikat yang menyewa kilang boleh menuntut EPS atasperbelanjaan yang layak yang dibelanjakan untuk kos penambahankilang jika penambahan itu dibuat bagi tujuan suatu projek yanglayak.Contoh 25Syarikat Y menyewakan kilang kepada Syarikat A2 iaitu suatusyarikat pengilangan. Bagi tujuan menyimpan mesin-mesin baruuntuk projek pembesaran, Syarikat A2 membelanjakan RM100,000ke atas penyambungan kilang yang disewa itu.Syarikat A2 layak untuk EPS atas RM100,000.7.2.6 Syarikat yang berpindah dari kilang yang disewa kepada kilang hakmilik sendiri atau membeli kilang yang dahulunya disewa, adalahtidak layak menuntut EPS atas kos pembelian kilang kerana ia tidaktermasuk dalam definisi projek yang layak. Perbelanjaan modal yangdilakukan atas pembelian kilang bukan perbelanjaan yang layakmemandangkan ia dibelanjakan berhubung dengan penempatansemula aktiviti pengilangan ke suatu lokasi baru atau perubahan hakmilik tuan punya kilang dan oleh itu adalah tidak berkaitan denganprojek yang layak.Contoh 26Syarikat Z menjalankan perniagaan pengilangan di kilang yangdisewa di Klang bagi tempoh 3 tahun. Pada tahun ke-4, syarikatmemutuskan untuk membeli kilang tersebut apabila pemilik kilangmengiklankannya untuk dijual.Kos pemerolehan kilang tidak layak untuk EPS memandangkanSyarikat Z tidak menjalankan suatu projek yang layak.Contoh 27Fakta adalah sama seperti dalam contoh 26 kecuali Syarikat Zmemutuskan untuk menempatkan semula pengilangan ke kilangberdekatan yang lebih besar. Syarikat tidak meningkatkan kapasitipengeluaran, menambah baik loji atau jentera, atau mempelbagaikanproduk-produk syarikat.Kos kilang baru tidak layak untuk EPS memandangkan Syarikat Ztidak menjalankan suatu projek yang layak.7.2.7 Syarikat yang menempatkan semula pengilangan kepada kilang lain(yang lebih besar atau lebih kecil atau bersaiz sama dengan saizasal) dan melakukan perbelanjaan yang layak atas kilang baru bagitujuan projek yang layak, syarikat tersebut layak untuk EPS ataskilang baru. Perbelanjaan modal yang layak untuk EPS adalahMuka surat 22 daripada 52

ELAUN PELABURAN SEMULALEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIAKetetapan Umum No. 6/2012Tarikh Keluaran: 12 Oktober 2012mengikut nisbah keluasan lantai kilang baru yang diguna pakai bagitujuan projek yang layak. Pengiraan perbelanjaan modal yang layakadalah seperti berikut :Nisbah bahagian kilang (keluasan lantai)yang digunakan untuk projek yang layakX Kos kilang baruContoh 28Syarikat AA menjalankan perniagaan pengilangan di kilang miliknyasendiri di Rawang semenjak tahun 2003. Ruang lantai digunakanuntuk pengilangan ialah 20,000 meter persegi. Pada tahun 2007,syarikat memutuskan untuk menjalankan projek pembesaran yangmemerlukan saiz kilang sekali ganda lebih besar. Syarikat AAmembeli sebidang tanah di Shah Alam untuk membina kilang barudengan keluasan lantai seluas 42,000 meter persegi untukmenjalankan pengilangan dengan kos RM4 juta.Memandangkan Syarikat AA telah menjalankan suatu projek yanglayak, ia layak diberi EPS atas kilang baru. Oleh kerana kos kilanglama tidak layak diberi EPS, syarikat tidak akan diberi EPS ataskeseluruhan kos kilang baru tetapi hanya layak atas nisbah bahagiankilang baru yang digunakan untuk projek yang layak. Perbelanjaanyang layak untuk EPS adalah mengikut pengiraan berikut:42,000 - 20,000---------------------------42,000X 100% = 52.3852.38% X RM4 juta = RM2,095,238Contoh 29Syarikat BB menjalankan perniagaan pengilangan di kilangberkeluasan 15,000 meter persegi yang disewa di Kuala Lumpursemenjak tahun 2004. Pada tahun 2007, syarikat bercadang untukmempelbagaikan produk berkaitan tetapi mengurangkan pengeluaranbagi produk sedia ada. Bagi tujuan tersebut, syarikat membelisebidang tanah di Petaling Jaya untuk membina kilang baru dengankeluasan yang sama dengan keluasan kilang sedia ada. Kos kilangbaru berjumlah RM1.2 juta dan hanya RM1 juta daripada jumlahtersebut berkaitan lokasi di mana proses pengilangan dijalankan.Keluasan lantai yang digunakan untuk pengilangan adalah samadengan kilang lama (sedia ada) tetapi sekarang hanya 40% daripadakeluasan lantai digunakan untuk pengilangan produk sedia ada dan60% untuk produk baru.Muka surat 23 daripada 52

ELAUN PELABURAN SEMULALEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIAKetetapan Umum No. 6/2012Tarikh Keluaran: 12 Oktober 2012Memandangkan Syarikat BB telah menjalankan satu projek yanglayak, ia layak diberi EPS atas kilang baru. Perbelanjaan yang layakuntuk EPS adalah mengikut pengiraan berikut:60% X RM1 juta = RM600,000Contoh 307.3 Loji dan jenteraFakta adalah sama seperti dalam Contoh 29, kecuali Syarikat BBtidak berpindah ke kilang baru sebaliknya membeli kilang yangdisewa itu dengan kos RM1 juta. Hanya 10% dari bangunan kilangdigunakan sebagai pejabat dan 90% sebagai kilang. Sebelum tahuntaksiran 2012 definisi kilang adalah seperti dalam Jadual 3 ACP1967. Oleh itu, pejabat adalah dianggap sebagai sebahagian darikilang. Daripada jumlah keseluruhan keluasan lantai bangunan, 40%digunakan untuk pengilangan produk sedia ada dan 60% untukproduk baru.Memandangkan Syarikat BB telah menjalankan satu projek yanglayak, ia layak diberi EPS atas pembelian kilang baru tersebut.Perbelanjaan yang layak untuk EPS adalah mengikut pengiraanberikut:60% X RM1 juta = RM600,0007.3.1 Loji termasuk apa-apa alat yang digunakan berhubung dengan aktivitipengilangan atau pemprosesan (sebelum tahun taksiran 2009) yangdijalankan oleh syarikat.7.3.2 Jentera termasuk suatu alat yang terdiri daripada bahagian sediaterpasang dan boleh alih yang sama-sama menjalankan fungsi-fungsiberhubung dengan aktiviti pengilangan atau pemprosesan (sebelumtahun taksiran 2009) syarikat.7.4 Untuk tujuan EPS, perkataan dilakukan didefinisikan mengikut perenggan46 dan 55, Jadual 3 ACP 1967.7.4.1 Perenggan 46, Jadual 3 ACP 1967 merujuk kepada perbelanjaanmodal bagi loji atau jentera yang diperoleh menerusi satu perjanjiansewa beli.7.4.2 Seseorang yang memperoleh loji atau jentera menerusi satuperjanjian sewa beli akan diberi EPS atas jumlah bayaran balikmodal. EPS akan diberi untuk setiap tahun taksiran sekiranyaterdapat pembayaran balik sewa beli dengan syarat ia tidak melebihitempoh kelayakan selama 15 tahun. Rujuk kepada Contoh 32.Muka surat 24 daripada 52

ELAUN PELABURAN SEMULALEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIAKetetapan Umum No. 6/2012Tarikh Keluaran: 12 Oktober 20127.4.3 Perenggan 55, Jadual 3 ACP 1967 merujuk kepada tarikhperbelanjaan modal dianggap dilakukan atas bangunan, loji ataujentera. Perbelanjaan modal dianggap dilakukan seperti berikut:(a)(b)(c)berhubung dengan suatu bangunan, pada tarikh bangunan itusiap dibina.berhubung dengan loji atau jentera, pada tarikh loji atau jenteraitu berkeupayaan untuk digunakan dalam perniagaan ataubagi tujuan perniagaan yang akan jalankan, apabila perniagaantersebut dimulakan.Contoh 31Syarikat CC, sebuah syarikat pengilang minuman, menjalankansuatu projek pembesaran yang melibatkan pembinaan kilangbaru dan pemasangan loji baru. Pembinaan kilang ini meliputitiga tempoh asas bermula dari tempoh asas berakhir 30.6.2007.Perbelanjaan yang layak adalah seperti berikut:Tahun Berakhir Atas Kilang (RM) Atas Loji (RM)30.6.2007 400,000 Tiada30.6.2008 700,000 Tiada30.6.2009 900,000 500,0002,000,000 500,000Memandangkan projek yang layak telah disiapkan dalamtempoh asas berakhir 30.6.2009 dan Syarikat CC menggunakankilang, loji dan jentera tersebut dalam tahun asas yang samabagi tujuan projek yang layak, maka Syarikat S boleh menuntutEPS atas RM2,500,000 dalam tahun taksiran 2009.Contoh 32Syarikat DD (akaun berakhir 31 Disember) telah menikmatiElaun Cukai Pelaburan (ECP) yang tamat pada Jun 2007.Syarikat bercadang menjalankan suatu projek pembesarandalam tahun 2008 dan memperoleh mesin baru secara sewabeli melalui 36 ansuran pada Oktober 2007. Syarikat DD bolehmenuntut EPS atas bahagian modal sewa beli tersebut sepertiberikut dengan syarat, syarikat tidak menuntut insentif-insentiflain yang saling eksklusif untuk tiga tahun taksiran berkenaan.Muka surat 25 daripada 52

ELAUN PELABURAN SEMULALEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIAKetetapan Umum No. 6/2012Tarikh Keluaran: 12 Oktober 2012Tahun Bilangan BilanganTaksiran Ansuran Dibayar Ansuran Yang Layak2007 3 - *2008 12 122009 12 122010 9 9* Bagi tahun taksiran 2007, Syarikat DD tidak layak menuntutEPS atas amaun yang dibayar untuk 3 ansuran bayarankerana menikmati ECP.7.5 Perbelanjaan modal yang dilakukan ke atas kenderaan komersial bukanmerupakan perbelanjaan yang layak bagi tujuan Jadual 7A ACP 1967.Walau bagaimanapun, perbelanjaan modal tersebut layak untuk EPS jikakenderaan tersebut itu diletakkan di dalam kawasan kilang bagi tujuan suatuprojek yang layak.8. Tempoh Yang Layak8.1 Suatu syarikat layak menuntut EPS selama 15 tahun taksiran berturut-turut.8.2 Syarikat hendaklah membuat tuntutan terhadap EPS dan tempoh yang layakselama 15 tahun taksiran berturut-turut bermula dari tahun taksiran syarikatmula membuat tuntutan.8.3 Sebelum tahun taksiran 1998, EPS telah dibenarkan hanya bagi tahuntaksiran dalam mana perbelanjaan yang layak telah dilakukan dan EPS diberiberasaskan tahun ke tahun (year-to-year basis).Konsep tempoh yang layak telah diperkenalkan dan berkuat kuasa mulaitahun taksiran 1998. Tempoh yang layak bagi 5 tahun taksiran bermula daritahun taksiran dalam mana perbelanjaan modal yang layak bagi tujuan projekyang layak itu pertama kali dilakukan.Mulai tahun taksiran 2002 tempoh yang layak telah dilanjutkan dari 5 tahuntaksiran kepada 15 tahun taksiran. Syarikat yang telah dibenarkan EPSsebelum tahun taksiran 1998, layak untuk EPS untuk tempoh kelayakan baru15 tahun taksiran bermula dari tahun taksiran 1998.Bermula dari tahun taksiran 2003, syarat menghendaki tuntutan EPS dibuatdi dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP). Tempoh 15 tahun yanglayak adalah dikira dari tahun taksiran dalam mana EPS ke atas perbelanjaanmodal yang layak (PYL) pertama kali dituntut.Muka surat 26 daripada 52

ELAUN PELABURAN SEMULALEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIAKetetapan Umum No. 6/2012Tarikh Keluaran: 12 Oktober 2012Senario 1 – PYL dilakukan pertama kali sebelum TT 1998PYL dilakukanpertama kali TT 1998TT 1994 (dilakukan) TT 2011Tempoh kelayakan 15 tahunSekiranya syarikat pertama kali melakukan PYL sebelum TT 1998, tempohkelayakan dikira mulai TT 1998 (ditukar kepada tempoh yang layak mulai TT2002).Senario 2 – PYL dilakukan pertama kali pada TT 2002PYL dilakukanpertama kalidan tuntut EPSTT 2002 Tempoh yang layak 15 tahun TT 2016Sekiranya syarikat mula melakukan PYL pada TT 2002, tempoh 15 tahunyang layak dikira mulai TT 2002.Senario 3 - PYL dilakukan pertama kali pada T/T 2003 tetapi EPS dituntutdalam TT 2004PYL dilakukan Tuntutan EPSpertama kali pertama kaliTT 2003 TT 2004 Tempoh yang layak 15 tahun TT 2018Sekiranya syarikat mula melakukan PYL pada TT 2003, tetapi tuntutanhanya dibuat dalam TT 2004, tempoh 15 tahun yang layak dikira mulai TT2004.Contoh 33Syarikat EE mengusahakan suatu projek yang layak dalam tahun 2007 danmelakukan perbelanjaan modal sejumlah RM100,000 dalam tahun 2007 danRM1.5 juta dalam tahun 2008. Syarikat memutuskan untuk tidak menuntutEPS bagi tahun taksiran 2007 tetapi menuntutnya mulai tahun taksiran 2008.Oleh itu, perbelanjaan modal sejumlah RM100,000 tidak diambil kira dantempoh yang layak selama 15 tahun taksiran berturut-turut bermula daritahun taksiran 2008 hingga 2022.Muka surat 27 daripada 52

ELAUN PELABURAN SEMULALEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIAKetetapan Umum No. 6/2012Tarikh Keluaran: 12 Oktober 20128.4 EPS diberi untuk suatu tahun taksiran. Jika tempoh yang layak selama 15tahun taksiran berturut-turut telah bermula dan syarikat ingin menikmati suatuinsentif yang saling eksklusif untuk mana-mana tempoh masa semasatempoh layak, maka tempoh tersebut akan luput dan syarikat hanya akanmenikmati EPS jika masih terdapat baki tempoh kelayakan tersebut.Contoh 34Syarikat FF menutup akaun pada 31 Disember, menjalankan suatu projekyang layak dan menuntut EPS atas perbelanjaan modal mulai tahun 2007.Tempoh yang layak selama 15 tahun taksiran berturut-turut bermula padatahun taksiran 2007 dan berakhir pada tahun taksiran 2021. Syarikat FF telahdiberikan taraf perintis untuk satu produk digalakkan bagi tempoh 1.7.2009hingga 30.6.2014.Memandangkan syarikat menikmati taraf perintis bagi tahun taksiran 2009hingga 2014, syarikat hanya boleh menuntut EPS bagi tahun taksiran 2015hingga 2021.TT 2007 2009 2014 2015 2021+===+===+-----+-----+-----+-----+----+-----+===+===+===+===+===+===+===+EPS Taraf Perintis EPS8.5 Bagi tujuan Jadual 7A ACP 1967 jika tempoh asas untuk dua tahun taksiranbertindih, tempoh yang sama bagi dua tempoh berkenaan akan dianggapterjatuh pada tempoh yang lebih awal.Contoh 35Syarikat GG, sebuah syarikat pembuat produk plastik mengusahakan suatuprojek yang layak dalam tahun 2007. Syarikat melakukan perbelanjaan layaksejumlah RM300,000 pada 10.9.2007. Syarikat menukar tempoh perakaunandari tahun berakhir 31 Disember ke tahun berakhir 30 Jun. Akibatnya,syarikat mempunyai tempoh asas bertindih bagi dua tahun taksiran iaitutahun taksiran 2007 dan 2008.Tempoh asas yang baru adalah seperti berikut:Tahun Taksiran Tempoh Asas Tempoh Bertindih2007 1.1.2007 - 31.12.2007}2008 1.7.2007 - 30.6.2008}1.7.2007 - 31.12.2007Terdapat enam bulan tempoh bertindih (1.7.2007 - 31.12.2007) untuk tahuntahuntaksiran 2007 dan 2008. Perbelanjaan yang layak berjumlahRM300,000 dianggap dilakukan dalam tahun taksiran 2007.Muka surat 28 daripada 52

ELAUN PELABURAN SEMULALEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIAKetetapan Umum No. 6/2012Tarikh Keluaran: 12 Oktober 20129 Pelupusan Aset9.1 Sesuatu aset dilupuskan apabila ia dijual, dipindah hak, dipindah milik,diserah hak atau diberi milik dengan atau tanpa balasan.9.2 Pelupusan Aset9.2.1 Sebelum tahun taksiran 2009 - Pelupusan dalam tempoh 2 tahunApabila sesuatu aset dilupuskan pada bila-bila masa dalam tempoh 2tahun daripada tarikh pemerolehan aset tersebut, EPS yang telahdiberi akan ditarik balik, tanpa mengambil kira sama ada pelupusantersebut adalah di antara pihak yang berkaitan atau yang tidakberkaitan. Bagi memudahkan pengiraan dalam sistem taksir sendiri,jumlah EPS tersebut akan ditarik balik dalam tahun aset dilupuskan.Contoh 36Syarikat HH menutup akaun pada 31 Disember membeli jenteradengan kos RM1 juta pada Januari 2007 untuk digunakan dalamsuatu projek yang layak. Pada Mei 2008, Syarikat HH memindah milikjentera tersebut kepada Syarikat B2.EPS yang telah diberi kepada Syarikat HH atas jentera tersebut akanditarik balik dalam tahun taksiran 2008 kerana jentera tersebut telahdilupuskan dalam tempoh dua tahun daripada tarikh pemerolehan.9.2.2 Mulai tahun taksiran 2009 - Pelupusan dalam tempoh 5 tahunBerkuat kuasa mulai tahun taksiran 2009, pindaan kepada perenggan2A, Jadual 7A ACP 1967 memperuntukkan EPS akan ditarik baliksekiranya aset dilupuskan dalam tempoh 5 tahun daripada tarikhpemerolehan aset tersebut.Contoh 37Syarikat JJ telah menjalankan aktiviti pengilangan sejak tahun 2005dan menutup akaun pada 31 Disember setiap tahun. Syarikat JJmembeli beberapa mesin baru untuk projek yang layak pada1.2.2009 dan menuntut EPS ke atas mesin tersebut dalam tahuntaksiran 2009. Pada 1.6.2012, Syarikat JJ melupuskan satu daripadamesin tersebut kepada syarikat berkaitan, Syarikat J2.Memandangkan Syarikat JJ melupuskan mesin dalam tempoh 5tahun daripada tarikh pemerolehan mesin tersebut, EPS yang telahdituntut oleh syarikat dalam tahun taksiran 2009 akan ditarik balik.Muka surat 29 daripada 52

ELAUN PELABURAN SEMULALEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIAKetetapan Umum No. 6/2012Tarikh Keluaran: 12 Oktober 20129.2.3 Konsesi untuk aset diperoleh sebelum tahun taksiran 2009Pindaan kepada perenggan 2A, Jadual 7A ACP 1967 seperti yangdinyatakan dalam perenggan sebelum ini adalah tidak terpakaikepada aset yang diperoleh sebelum tahun taksiran 2009.Contoh 38Syarikat KK telah menjalankan perniagaan pengilangan sejak tahun2004 dan menutup akaun pada 31 Disember setiap tahun. Syarikatmembeli mesin berharga RM300,000 pada 1.1.2007 untuk projekpelbagaian. Syarikat KK menuntut EPS bagi tahun taksiran 2007.Pada 1.3.2009, Syarikat KK menjual mesin itu apabila syarikatmemutuskan untuk mengurangkan pengeluaran produk baru danmencuba pengeluaran produk berkaitan yang lain.Walaupun mesin dilupuskan dalam tempoh 5 tahun daripada tarikhpemerolehan, EPS yang dituntut bagi tahun taksiran 2007 tidak akanditarik balik kerana mesin tersebut diperoleh sebelum tahun taksiran2009 dan dilupuskan selepas 2 tahun.Contoh 39Pada 1.5.2009 Syarikat KK dalam Contoh 38 membeli mesin baruberharga RM280,000 untuk projek pelbagaian kedua. EPS dituntutbagi tahun taksiran 2009. Syarikat KK melupuskan mesin sebelum30.4.2014.EPS yang dituntut bagi tahun taksiran 2009 akan ditarik balik keranamesin diperoleh dalam tahun taksiran 2009 dan dilupuskan dalamtempoh 5 tahun daripada tarikh pemerolehan.9.2.4 Penarikan balik EPSPerenggan 2A, Jadual 7A ACP 1967 memperuntukkan EPShendaklah ditarik balik dalam tahun taksiran di mana EPS dituntut.Walau bagaimanapun selaras dengan sistem taksir sendiri dan untuktujuan praktikal, amaun EPS berkenaan boleh ditarik balik dalamtahun taksiran aset itu dilupuskan.Contoh 40Syarikat LL telah menjalankan perniagaan pengilangan sejak tahun2007 dan menutup akaun pada 31 Disember setiap tahun. Pada1.1.2009 syarikat membeli sebuah mesin baru berharga RM200,000.EPS yang dituntut ke atas aset tersebut dalam tahun taksiran 2009adalah RM120,000 (60% x 200,000). Pendapatan berkanun syarikatbagi tahun taksiran 2009 adalah RM1,000,000. Dalam tahun taksiran2011 syarikat mengalami kerugian sejumlah RM60,000 dan menjualmesin itu dalam tahun taksiran tersebut.Muka surat 30 daripada 52

ELAUN PELABURAN SEMULALEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIAKetetapan Umum No. 6/2012Tarikh Keluaran: 12 Oktober 2012Memandangkan mesin tersebut dijual dalam tempoh 5 tahundaripada tarikh pemerolehan, EPS yang dituntut akan ditarik balikdalam tahun taksiran 2009. Pengiraan pendapatan bercukai untuktahun taksiran 2009 dan 2011 adalah seperti berikut:Tahun Taksiran 2009 (Asal)(RM)Pendapatan berkanun 1,000,000Tolak: EPS 120,000Pendapatan bercukai 880,000Apabila mesin dijual dalam tahun taksiran 2011, perenggan 2A,Jadual 7A ACP 1967 terpakai untuk menarik balik EPS yang telahdituntut.Tahun Taksiran 2009 (Dipinda)(RM)Pendapatan berkanun 880,000Tambah: EPS 120,000Pendapatan bercukai 1,000,000Tahun Taksiran 2011(RM)Pendapatan berkanun/bercukai Tiada (Rugi 60,000)Secara alternatif, bagi tujuan praktikal, syarikat boleh memilih supayaEPS ditarik balik dalam tahun taksiran 2011 (tahun aset itudilupuskan)Tahun Taksiran 2009 (Asal)(RM)Pendapatan berkanun 1,000,000Tolak: EPS 120,000Pendapatan bercukai 880,000Tahun Taksiran 2011(RM)Pendapatan berkanun Tiada (Rugi 60,000)Tambah: EPS ditarik balik 120,000Pendapatan berkanun/agregat 120,000Tolak: Rugi tahun semasa 60,000Pendapatan bercukai 60,000Muka surat 31 daripada 52

ELAUN PELABURAN SEMULALEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIAKetetapan Umum No. 6/2012Tarikh Keluaran: 12 Oktober 20129.3 Bagi tujuan Jadual 7A ACP 1967, pelupusan tidak termasuk kemusnahanoleh kebakaran, banjir atau lain-lain bencana alam yang sedemikian. EPSyang telah dibenarkan untuk aset-aset berkenaan tidak akan ditarik balik.9.4 Pemindahan terkawal9.4.1 Sebelum 9.1.2009Jika aset-aset diperoleh daripada syarikat berkaitan, peruntukanpemindahan terkawal di bawah perenggan 1B, Jadual 7A ACP 1967akan terpakai. Peruntukan tersebut tidak akan menganggap amaunyang dibayar kepada syarikat berkaitan sebagai perbelanjaan modaldilakukan. Amaun perbelanjaan modal secara amnya ialah bakiperbelanjaan aset yang dikira menurut peruntukan di bawah Jadual 3ACP 1967.Contoh 41Syarikat MM memperoleh mesin terpakai sejumlah RM150,000daripada sebuah syarikat berkaitan, iaitu Syarikat M2 pada 1.8.2006.Mesin tersebut digunakan oleh Syarikat MM untuk suatu projek yanglayak. Syarikat MM menutup akaun pada 30 Jun dan Syarikat M2pada 30 September. Oleh itu, tahun taksiran pertama Syarikat MMboleh menuntut EPS atas mesin tersebut ialah tahun taksiran 2007.Syarikat M2 dianggap telah melupuskan mesin itu pada 1.10.2006.Baki perbelanjaan mesin itu pada 1.10.2006 ialah RM120,000.Oleh kerana peruntukan pemindahan terkawal terpakai dalam kes ini,maka harga jualan RM150,000 diabaikan. Perbelanjaan yang layakbagi Syarikat MM ialah perbelanjaan baki pada 1.10.2006, iaituRM120,000. Elaun imbangan atau kenaan imbangan tidak berkaitanbagi Syarikat M2.9.4.2 Mulai 9.1.2009Pindaan kepada perenggan 1B, Jadual 7A ACP 1967memperuntukkan sekiranya pelupus telah melakukan perbelanjaanmodal atas aset bagi tujuan projek yang layak dan aset tersebutkemudian dilupuskan dan peruntukan pemindahan terkawal terpakai,pemeroleh tidak layak menuntut EPS ke atas aset tersebut.9.4.3 Transaksi pemindahan terkawal berlaku di bawah keadaan berikut:(a)(b)(c)pelupus aset adalah orang yang berada di bawah kawalanpemeroleh asetpemeroleh aset adalah orang yang berada di bawah kawalanpelupus asetorang lain mempunyai kawalan secara langsung atau tidaklangsung ke atas pelupus dan pemeroleh aset, atauMuka surat 32 daripada 52

ELAUN PELABURAN SEMULALEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIAKetetapan Umum No. 6/2012Tarikh Keluaran: 12 Oktober 2012(d)pemerolehan dilakukan akibat daripada suatu skim penyusunansemula atau penggabungan syarikat.Aset bermaksud kilang, loji atau jentera, yang dinyatakan diperenggan 1, Jadual 7A ACP 1967, atau loji, jentera atau bangunanyang dinyatakan dalam definisi perbelanjaan modal di perenggan 9,Jadual yang sama.Kawalan berhubung suatu syarikat bermaksud kuasa seseoranguntuk menjamin, melalui pemegangan saham atau pemilikan kuasamengundi dalam atau berkenaan syarikat itu atau mana-manasyarikat lain, atau atas sebab apa-apa kuasa yang diberikan melaluiartikel persatuan atau apa-apa dokumen lain yang mengawal seliasyarikat itu atau mana-mana syarikat lain, bahawa urusan syarikatyang pertama disebut itu dijalankan menurut kehendak orang itu.9.4.4 Walau bagaimanapun, sekiranya pelupus memperoleh aset yangbukan untuk tujuan projek yang layak dan aset itu kemudiannyadilupuskan kepada syarikat berkaitan, pemeroleh layak menuntutEPS ke atas aset yang sama jika aset itu digunakan untuk projekyang layak. Perbelanjaan modal yang layak untuk EPS bagipemeroleh berhubung dengan aset tersebut adalah nilai pasaran asetpada tarikh pemerolehan.Contoh 42Pada 1.7.2005, Syarikat NN membeli sebuah mesin berhargaRM350,000 bukan untuk tujuan projek yang layak tetapi untukmenggantikan mesin lama. Pada 15.1.2009, Syarikat NN menjualmesin itu dengan harga RM250,000 kepada Syarikat N2, sebuahsyarikat subsidiari. Nilai pasaran mesin pada tarikh pelupusan adalahjuga RM250,000.Oleh kerana mesin diperoleh oleh Syarikat NN bukan untuk projekyang layak, perenggan 1B, Jadual 7A ACP tidak terpakai. Syarikat N2layak menuntut EPS ke atas mesin yang dibeli daripada Syarikat NNdengan syarat aset digunakan untuk projek yang layak. Perbelanjaanmodal yang layak EPS untuk Syarikat N2 adalah RM250,000.Contoh 43Fakta yang sama seperti di Contoh 42 kecuali Syarikat NNmengenakan harga RM400,000 kepada Syarikat N2.Oleh kerana Syarikat N2 membeli dengan harga lebih tinggi daripadaharga perolehan Syarikat NN, Syarikat N2 hendaklah membuktikanbahawa RM400,000 adalah harga pasaran mesin tersebut.Muka surat 33 daripada 52

ELAUN PELABURAN SEMULALEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIAKetetapan Umum No. 6/2012Tarikh Keluaran: 12 Oktober 20129.4.5 Di mana syarikat memperoleh sesuatu aset untuk projek yang layaktetapi tidak menuntut EPS ke atas perbelanjaan modal yang layaksebab syarikat memilih menuntut insentif saling eksklusif dankemudiannya melupuskan aset tersebut melalui transaksi jualanterkawal, pemeroleh tidak layak menuntut EPS ke atas perbelanjaanmodal yang layak bagi aset tersebut.Walau bagaimanapun, konsesi diberi supaya pemeroleh bolehmenuntut EPS ke atas perbelanjaan modal yang layak bagi asettersebut. Perbelanjaan modal yang layak untuk pemeroleh adalahperbelanjaan baki aset seperti ditentukan di bawah Jadual 3, ACP1967.Contoh 44Syarikat YY menjual mesin kepada syarikat Y2, syarikat berkaitandengan harga RM150,000 pada 1.7.2011. Kedua-dua syarikatmenutup akaun pada 31 Disember. Walaupun Syarikat YY layakmenuntut EPS ke atas mesin itu pada masa pembelian iaitu pada2.6.2009 dengan harga RM200.000 kerana mesin diperoleh untukprojek yang layak, syarikat tidak berbuat demikian kerana syarikattelah diberi insentif saling eksklusif dengan EPS.Dalam kes ini, perenggan 1B, Jadual 7A ACP 1967 terpakai. Oleh itu,pemeroleh, Syarikat Y2 tidak layak menuntut EPS ke atas mesinyang dibeli daripada Syarikat YY. Walau bagaimanapun, sebagaikonsesi, Syarikat Y2 dibenarkan menuntut EPS ke atas mesin itu.Perbelanjaan modal yang layak untuk Syarikat Y2 adalahperbelanjaan baki aset seperti ditentukan di bawah Jadual 3, ACP1967.Syarikat YY(RM)Kos mesin 200,000Tahun Taksiran 2009Elaun notional (14%) 28,000Perbelanjaan baki 172,000Tahun Taksiran 2010Elaun notional (14%) 28,000Perbelanjaan baki 144,000Perbelanjaan modal yang layak bagi Syarikat Y2 adalah perbelanjaanbaki iaitu RM144,000Muka surat 34 daripada 52

ELAUN PELABURAN SEMULALEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIAKetetapan Umum No. 6/2012Tarikh Keluaran: 12 Oktober 2012Contoh 45Fakta yang sama seperti di Contoh 40 kecuali Syarikat LL menjualmesin kepada Syarikat L2, syarikat berkaitan dengan hargaRM50,000.Syarikat L2 tidak layak EPS ke atas mesin yang dibeli daripadaSyarikat LL walaupun EPS yang telah diberi kepada Syarikat LL telahditarik balik.9.5 Bagi aset yang diperoleh daripada syarikat berkaitan yang terletak di luarnegeri, perbelanjaan yang layak untuk aset ialah harga pasaran aset padamasa pemindahan.10. Ketidakpakaian10.1 Jadual 7A ACP 1967 tidak akan terpakai kepada suatu syarikat bagi tempohdi mana syarikat tersebut telah diberi atau menikmati insentif-insentif yangsaling eksklusif seperti tersenarai dalam Lampiran A.10.2 Sebelum tahun taksiran 2011, suatu syarikat bertaraf perintis layak menuntutEPS berkuat kuasa daripada tarikh pembatalan jika syarikat itu menyerah sijilperintis untuk dibatalkan sebelum tamat tempoh perintis.10.3 Syarikat yang telah diberi taraf perintis bagi keluaran atau aktiviti yangdigalakkan dalam satu tempoh asas bagi suatu tahun taksiran tidak layakmenuntut EPS bagi keluaran lain dalam satu tempoh asas bagi tahun taksiranyang sama.Contoh 46Syarikat P2 yang menutup akaun pada 31 Disember telah diberi sijil perintisuntuk produk A dan tempoh perintis tamat pada 31.5.2011. Syarikat PPmenyerahkan sijil perintis untuk dibatalkan pada 30.6.2011 dan tarikhpembatalan adalah pada 1.1.2011.Syarikat P2 juga telah diberi sijil perintis untuk produk B dan tempoh perintisbermula pada 1.3.2011. Syarikat membeli beberapa mesin baru untuk projekyang layak pada 1.7.2011 dan menuntut EPS ke atas mesin itu dalam tahuntaksiran 2011.Oleh kerana Syarikat P2 telah dibatalkan sijil perintis bagi produk A , SyarikatP2 tidak layak menuntut EPS untuk tahun taksiran 2011 kerana sedangmenikmati taraf perintis bagi produk B mulai tahun taksiran 2011.10.4 Perubahan daripada tempoh kepada tempoh asasDengan perubahan daripada tempoh kepada tempoh asas dalamperenggan 7(a) hingga 7(e), Jadual 7A ACP 1967 yang berkuat kuasa mulaitahun taksiran 2011, suatu syarikat yang telah diberi suatu insentif berikutMuka surat 35 daripada 52

ELAUN PELABURAN SEMULALEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIAKetetapan Umum No. 6/2012Tarikh Keluaran: 12 Oktober 2012hanya layak menuntut EPS dalam tempoh asas untuk suatu tahun taksiranselepas berakhir tempoh asas untuk tahun taksiran tersebut:(a) Taraf perintis di bawah Akta Penggalakan Pelaburan 1986 (APP 1986)(i)suatu syarikat yang diberi taraf perintis di bawah APP 1986 dansedang memohon atau berhasrat untuk memohon sijil perintis;atau(ii) suatu syarikat yang diberi taraf sijil perintis di bawah APP 1986dan tempoh perintis belum tamat(b) Elaun Cukai Pelaburan (ECP) di bawah APP 1986(i)(ii)suatu syarikat yang diluluskan ECP dan tempoh ECP belum lagitamat; atausuatu syarikat yang diluluskan ECP dan belum lagi menyerahkankelayakan ECP(c) Insentif di bawah Akta Galakan Pelaburan 1968 (AGP 1968)(i)(ii)kelulusan galakan taraf perintis, galakan penggunaan buruh ataupenempatan dan kredit cukai pelaburan (KCP) di bawah AGP1968 dan tempoh pelepasan cukai belum tamat; ataukelulusan KCP di bawah AGP 1968 dan telah melakukanperbelanjaan modal yang layak untuk KCPwalaupun AGP 1968 telah dimansuhkan.(d) Pelarasan perindustrian di bawah seksyen APP 1986 berhubung denganaktiviti pengilangan atau keluaran pengilangan.10.5 Pemakaian secara retrospektif perenggan 7(b), (d) dan (e)10.5.1 Selain daripada perenggan 7(a), perubahan tempoh kepada tempohasas seperti dinyatakan dalam perenggan 10.4 telah dibuat dalamBajet 2012 dan tarikh kuat kuasa dikebelakangkan ke tahun taksiran2011 untuk diselaraskan dengan perenggan 7(a).10.5.2 Jika sesuatu syarikat terjejas akibat daripada pelaksanaan undangundangsecara retrospektif tersebut, syarikat perlu membuat pindaankepada pengiraan cukai dengan menarik balik EPS yang telahdituntut. Jika penalti dikenakan, rayuan untuk mengecualikan penaltiboleh dikemukakan untuk dipertimbangkan dengan sewajarnya olehLembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.Muka surat 36 daripada 52

ELAUN PELABURAN SEMULALEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIAKetetapan Umum No. 6/2012Tarikh Keluaran: 12 Oktober 2012Contoh 47Syarikat PP yang menutup akaun pada 31 Disember setiap tahun telah diberisijil perintis produk A dan tempoh perintis tamat pada 31.5.2011. Syarikat PPmembeli beberapa mesin baru untuk projek yang layak bagi pengilanganproduk A pada 1.7.2011 dan menuntut EPS ke atas mesin itu dalam tahuntaksiran 2011.Syarikat PP tidak layak untuk EPS bagi tahun taksiran 2011 disebabkanSyarikat PP menuntut EPS dalam tahun taksiran yang sama di mana tempohperintis tamat.Contoh 48Fakta yang sama seperti di Contoh 47 kecuali tempoh perintis tamat pada31.5.2012 dan Syarikat PP menyerahkan sijil perintis untuk dibatalkan pada30.6.2011 dan tarikh pembatalan pada 30.6.2011Syarikat PP tidak layak untuk EPS bagi tahun taksiran 2011 disebabkanSyarikat PP menuntut EPS dalam tahun taksiran yang sama di mana sijilperintis dibatalkan (tempoh perintis tamat).Contoh 49Fakta yang sama seperti di Contoh 47 kecuali tempoh perintis tamat pada31.5.2012 dan Syarikat PP menyerahkan sijil perintis untuk dibatalkan pada30.6.2011 dan tarikh pembatalan pada 1.1.2011Memandangkan penyerahan sijil perintis berkuat kuasa pada 1.1.2011,Syarikat PP tidak lagi layak menikmati taraf perintis dalam tahun taksiran2011. Oleh itu Syarikat PP layak menuntut EPS untuk tahun taksiran 2011.Contoh 50Syarikat QQ yang menutup akaun pada 31 Disember telah diberi kelulusanECP dan tempoh ECP tamat pada 31.7.2012. Syarikat QQ membelibeberapa mesin baru untuk projek yang layak pada 1.9.2012. Syarikatmenuntut EPS ke atas mesin tersebut dalam tahun taksiran 2012.Syarikat tidak layak untuk EPS bagi tempoh 1.9.2012 hingga 31.12.2012 iaitudalam tahun taksiran 2012 kerana dalam tahun taksiran yang sama syarikatsedang menikmati ECP.1.1.2012 31.7.2012 1.9.2012 31.12.2012ECPTidak layak EPSMuka surat 37 daripada 52

ELAUN PELABURAN SEMULALEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIAKetetapan Umum No. 6/2012Tarikh Keluaran: 12 Oktober 2012Contoh 51Syarikat Q2 yang menutup akaun pada 31 Disember telah diberi kelulusanECP dan tempoh ECP tamat pada 31.7.2011. Syarikat Q2 membeli beberapamesin baru untuk projek yang layak pada 1.9.2011. Syarikat menuntut EPSke atas mesin tersebut dalam tahun taksiran 2011.Syarikat tidak layak menuntut EPS untuk tempoh 1.9.2011 hingga 31.12.2011iaitu dalam tahun taksiran 2011 kerana dalam tahun taksiran yang samasyarikat sedang menikmati ECP.1.1.2011 31.7.2011 1.9.2011 31.12.2011ECPTidak layak EPStetapi telah dituntutBerdasarkan kepada penerangan di perenggan 10.5.2 dalam Ketetapan ini,syarikat hendaklah membuat pelarasan pengiraan pendapatan denganmenarik balik tuntutan EPS bagi tahun taksiran 2011. Walau bagaimanapun,pengiraan pelarasan pendapatan tersebut adalah tidak tertakluk kepadapenalti.10.6 Sebagai konsesi, syarikat yang menuntut EPS dalam sesuatu tahun taksirandibenarkan menuntut elaun bawa hadapan yang tidak dapat diserap yangterbit daripada insentif lain yang saling eksklusif. Begitu juga, syarikat yangmempunyai baki EPS bawa hadapan dari tahun taksiran sebelumnya bolehmenuntut lain-lain insentif yang saling eksklusif.Walau bagaimanapun, syarikat hendaklah menolak elaun yang dituntut bagitahun semasa dahulu sebelum menolak EPS yang dibawa hadapan.Contoh 52Bagi tahun taksiran 2007, Syarikat RR mempunyai EPS bawa hadapanberjumlah RM270,000. Bagi tahun taksiran 2007, syarikat menuntut elaunberjumlah RM70,000 sebagai Elaun untuk Peningkatan Eksport (EPE)[tolakan terhadap 70% pendapatan berkanun (PB)](RM)Pendapatan berkanun daripada perniagaan 300,000Tolak: EPE (Yang dituntut) 70,000230,000Tolak: EPS b/h (270,000)Terhad kepada(70% X 300,000 = 210,000) - 70,000 EPE 140,000 (130,000 h/h)Pendapatan bercukai 90,000Muka surat 38 daripada 52

ELAUN PELABURAN SEMULALEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIAKetetapan Umum No. 6/2012Tarikh Keluaran: 12 Oktober 2012Contoh 53Syarikat SS mempunyai EPE bawa hadapan berjumlah RM70,000. Dalamtahun 2007, syarikat melakukan perbelanjaan modal sebanyak RM450,000bagi tujuan suatu projek yang layak.(RM)Pendapatan berkanun daripada perniagaan 300,000Tolak: EPS (60% X 450,000 = 270,000)EPS terhad kepada (70% X 300,000) 210,000 1 (60,000 h/h)90,000Tolak: EPE b/h (70,000)[(70% X 300,000 = 210,000) - 210,000 EPS] Tiada 2 (70,000 h/h)Pendapatan bercukai 90,0001 Sekatan kepada 70% pendapatan berkanun adalah selaras dengan Kaedah-Kaedah dan Perintah-Perintah Pengecualian Cukai Pendapatan yangberkaitan dengan EPE)2 Tiada EPE bawa hadapan ditolak dalam tahun taksiran 2007 kerana jumlahpendapatan berkanun yang boleh diberi tolakan untuk EPE bawa hadapan(70% X 300,000 = 210,000 1 ) telah diserap sepenuhnya oleh EPS. EPEdibawa hadapan yang tidak dapat diserap akan dihantar hadapan ke tahuntaksiran berikutnya.Contoh 54Syarikat TT mempunyai baki EPE bawa hadapan yang tidak dapat diserapberjumlah RM120,000. Dalam tahun 2007, syarikat melakukan perbelanjaanmodal sebanyak RM500,000 bagi tujuan suatu projek yang layak dan telahmencapai tahap produktiviti yang ditetapkan oleh Menteri. Syarikat TT layakuntuk EPS sehingga 100% pendapatan berkanun bagi tahun taksiran 2007.(RM)Pendapatan berkanun daripada perniagaan 350,000Tolak: EPS (60% X 500,000 = 300,000)EPS terhad kepada (100% X 350,000) 300,00050,000Tolak: EPE b/h (120,000)[(70% X 350,000 = 245,000) - 300,000 EPS] Tiada 3 (120,000 h/h)Pendapatan bercukai 50,0003 Tiada EPE bawa hadapan ditolak dalam tahun taksiran 2007 kerana jumlahpendapatan berkanun yang boleh diberi tolakan untuk EPE bawa hadapan(70% X 350,000 = 245,000) telah diserap sepenuhnya oleh EPS. EPE dibawaMuka surat 39 daripada 52

ELAUN PELABURAN SEMULALEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIAKetetapan Umum No. 6/2012Tarikh Keluaran: 12 Oktober 2012hadapan yang tidak diserap akan dihantar hadapan ke tahun taksiranberikutnya.Contoh 55Syarikat T2 telah diberi ECP untuk produk A untuk tempoh 5 tahun yangberakhir pada 31.12.2011. Syarikat T2 mempunyai baki ECP bawa hadapanyang tidak dapat diserap sejumlah RM120,000. Dalam tahun 2012, syarikatmelakukan perbelanjaan modal sebanyak RM500,000 bagi suatu projek yanglayak untuk EPS dan syarikat telah mencapai tahap produktiviti yangditetapkan oleh Menteri. Syarikat T2 layak untuk EPS sehingga 100%pendapatan berkanun bagi tahun taksiran 2012.Tahun Taksiran 2012(RM)Pendapatan berkanun perniagaan (Produk A) 350,000Tolak: EPS (60% X 500,000 = 300,000)EPS terhad kepada (100% X 350,000) 300,00050,000Tolak: ECP b/h (120,000)50,000 (70,000 h/h)Pendapatan bercukaiTiadaSyarikat memutuskan untuk berhenti mengeluarkan produk A dalam tahuntaksiran 2013. Dalam tahun taksiran yang sama syarikat telah melakukanperbelanjaan yang layak sejumlah RM600,000 untuk projek yang layak untukproduk B.(RM)Pendapatan berkanun perniagaan (Produk B) 550,000Tolak: EPS (60% X 600,000 = 360,000)EPS terhad kepada (70% X 550,000) 360,000Pendapatan bercukai 190,000ECP sejumlah RM70,000 yang dihantar hadapan ke tahun taksiran 2013berkaitan produk A tidak dapat diserap oleh pendapatan berkanunperniagaan untuk produk B dan akan diabaikan disebabkan syarikat telahberhenti mengeluarkan produk A.Contoh 56Fakta yang sama seperti contoh 55 kecuali Syarikat T2 meneruskanpengeluaran produk A pada tahun taksiran 2013. Syarikat telah melakukanperbelanjaan yang layak sejumlah RM400,000 untuk projek yang layak untukproduk A.Muka surat 40 daripada 52

ELAUN PELABURAN SEMULALEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIATahun Taksiran 2013Ketetapan Umum No. 6/2012Tarikh Keluaran: 12 Oktober 2012RMPendapatan berkanun perniagaan(Produk A) 290,000Tolak: EPS (60% x RM400,000 = 240,000)EPS terhad kepada (100% X 290,000) 240,00050,000Tolak: ECP (b/h 70,000)50,000 (20,000 h/h)TiadaPendapatan berkanun perniagaan(Produk B) 550,000Tolak: EPS (60% X 600,000 = 360,000)EPS terhad kepada (70% X 550,000) 360,000Pendapatan bercukai 190,000ECP yang tidak dapat diserap berjumlah RM20,000 berhubung denganproduk A tidak boleh dibenarkan tolakan daripada pendapatan berkanunperniagaan produk B. Syarikat hendaklah menyimpan akaun yang berasinganbagi setiap produk.Contoh 57Syarikat T3 yang menutup akaun pada 31 Disember telah diberi taraf perintisuntuk produk A untuk tempoh 5 tahun dan tempoh perintis tamat pada30.3.2010. Syarikat T3 mengalami kerugian sebanyak RM150,000 dalamtempoh perintis. Dalam tahun 2010 syarikat melakukan perbelanjaan modalsejumlah RM500,000 bagi suatu projek yang layak untuk EPS dan telahmencapai tahap produktiviti yang ditetapkan oleh Menteri. Syarikat T3 layakuntuk menuntut EPS sehingga 100% pendapatan berkanun bagi tahuntaksiran 2010.Tahun Taksiran 2010(RM)Pendapatan berkanun perniagaan(Produk A) 430,000Tolak: EPS (60% X 500,000 = 300,000)EPS terhad kepada (100% X 430,000) 300,000130,000Tolak: Rugi tempoh perintis(RM150,000) terhad kepada130,000 (20,000 h/h)Pendapatan bercukaiTiadaMuka surat 41 daripada 52

ELAUN PELABURAN SEMULALEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIAKetetapan Umum No. 6/2012Tarikh Keluaran: 12 Oktober 201210.7 Ketidakpakaian dengan insentif lainSelain daripada insentif yang dinyatakan dalam perenggan 10.4(a) hingga (d)di atas, insentif berikut adalah saling eksklusif dengan EPS:(a) Relif kumpulanSuatu syarikat yang menikmati relif kumpulan bagi tempoh asas untuksuatu tahun taksiran di bawah seksyen 44A ACP 1967 tidak layak untukEPS bagi tempoh yang sama.(b) Kaedah-Kaedah Cukai PendapatanMana-mana Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan yang dibuat di bawahseksyen 154 ACP 1967(c)Perintah Pengecualian Cukai PendapatanMana-mana Perintah Pengecualian Cukai Pendapatan yang dibuat dibawah perenggan 127(3)(b) atau subseksyen 127(3A) ACP1967.Sebagai contoh seseorang yang memperoleh perakuanindeksbangunanhijau (GBI) pertama yang dikeluarkan pada atauselepas 24.10.2009 dan tidak lewat dari 31.12.2014 oleh LembagaArkitek Malaysia dikecualikan daripada pembayaran cukai pendapatanberhubung dengan pendapatan berkanun daripada perniagaannya.Pendapatan berkanun yang dikecualikan adalah bersamaan denganperbelanjaan yang layak yang dilakukan untuk memperoleh perakuanGBI. Walau bagaimanapun, pengecualian ini tidak layak dinikmati jikaorang yang telah melakukan perbelanjaan yang layak ke atas bangunan,loji atau jentera telah menuntut EPS berhubung perbelanjaan tersebut.Insentif ini diperuntukkan di bawah Perintah Cukai Pendapatan(Pengecualian) (No.5) 2011- [P.U.(A) 325].Contoh 58Syarikat UU memulakan perniagaan mengilang perabot kayu pada1.1.2007 dan menutup akaun pada 31 Disember setiap tahun. SyarikatUU membeli jentera berharga RM350,000 dan kilang baru berhargaRM800,000 untuk projek pembesaran pada tahun 2011. Syarikat UUjuga melakukan perbelanjaan sebanyak RM200,000 untukmengubahsuai kilang itu bagi tujuan mendapatkan perakuanindeksbangunanhijau yang dikeluarkan oleh Lembaga Arkitek Malaysia.Syarikat UU menuntut EPS ke atas jentera dan kilang tersebut dalamtahun taksiran 2011.Walaupun Syarikat UU layak mendapat pengecualian dalam tahuntaksiran 2011 kerana telah melakukan perbelanjaan yang layak dibawah Perintah Cukai Pendapatan berkenaan, Syarikat UU tidak dapatmenikmati pengecualian itu sebab ia telah menuntut EPS berhubungperbelanjaan itu dalam tahun taksiran tersebut.Muka surat 42 daripada 52

ELAUN PELABURAN SEMULALEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIAKetetapan Umum No. 6/2012Tarikh Keluaran: 12 Oktober 201211. EPS Untuk Projek Pertanian11.1 EPS boleh dibenarkan kepada mana-mana syarikat yang mengusahakansuatu projek pertanian bagi memperluaskan atau memodenkan ataumempelbagaikan perniagaan penanaman dan perladangan tetapi tidaktermasuk perniagaan menternak ayam dan itik .11.2 Merujuk kepada perenggan 1A dan 1C, Jadual 7A, ACP 1967 perbelanjaanmodal yang dilakukan berhubung dengan projek pertanian bermaksudperbelanjaan modal yang dilakukan berkaitan dengan:(a)(b)(c)(d)(e)(f)(g)pembersihan dan penyediaan tanahmenanam tanamanperuntukan sistem pengairan atau pengaliranperuntukan loji dan jenterapembinaan jalan-jalan akses termasuk jambatan-jambatanpembinaan atau pembelian bangunan-bangunan (termasuk bangunanbangunanyang diperuntukkan untuk kebajikan individu atau sebagaitempat tinggal individu) dan pembaikan struktur atas tanah atau lainlainstruktur, ataupembinaan reban ayam atau itik (berhubung dengan perubahandaripada sistem terbuka kepada sistem tertutup),bagi maksud mana-mana daripada aktiviti-aktiviti berikut:(i)(ii)(iii)(iv)(v)(vi)(vii)penanaman padi dan jagungpenanaman sayur-sayuran, umbi dan akar-akarpenanaman buah-buahanpenternakan ternakanpenternakan, pembiakan atau pemeliharaan hasil-hasil akuatikmana-mana aktiviti yang lain yang diluluskan oleh Menteri, danmenternak ayam dan itik (berhubung dengan perubahandaripada sistem terbuka kepada sistem tertutup).11.3 Aktiviti-aktiviti tersenarai di bawah perenggan 11.2(i) hingga (vii) adalah untukmenggalakkan pengeluaran makanan. Oleh itu, penternakan, pembiakanatau pemeliharaan ikan hiasan dan penanaman bunga tidak termasuk dandengan itu tidak layak untuk EPS. Penanaman kelapa sawit juga tidaktermasuk sebagai aktiviti penanaman buah-buahan, dengan itu tidak layakuntuk EPS.11.4 EPS untuk perniagaan menternak ayam dan itik EPS diberi kepadaseseorang yang menjalankan perniagaan menternak ayam dan itikberhubung dengan pelaburan semula yang dilakukan dalam mengubahMuka surat 43 daripada 52

ELAUN PELABURAN SEMULALEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIAKetetapan Umum No. 6/2012Tarikh Keluaran: 12 Oktober 2012bentuk sistem menternak ayam dan itik daripada sistem terbuka kepadasistem tertutup. Projek transformasi hendaklah diluluskan oleh MenteriPertanian dan Industri Asas Tani.11.5 Contoh-contoh bentuk perubahan yang layak untuk EPS adalah sepertiberikut:JenisBilangan RebanSedia AdaPerubahanDilakukanPerbelanjaanReban Yang Layak1 4 reban terbuka 4 reban tertutup Semua layak2 2 reban terbukadan2 reban tertutup4 reban tertutup 2 reban terbukadiubah kepadareban tertutup3 4 reban tertutup 4 reban tertutup Tiada4 2 reban terbukadan2 reban tertutup4 reban tertutupdan tambah 2reban tertutupbaru dibuat(jumlah 6 rebantertutup)2 reban terbukadiubah kepadareban tertutup (2reban tertutup barutidak layak EPS)11.6 EPS diberi bagi tempoh 15 tahun taksiran berturut-turut mulai daripada tahuntaksiran bagi tempoh asas di mana EPS mula dituntut. Perbelanjaan layakadalah perbelanjaan modal yang dilakukan dalam mengubah bentuk sistemmenternak ayam daripada sistem terbuka kepada sistem tertutup.11.7 Merujuk kepada perenggan 6.1.4(b) Ketetapan ini, syarat beroperasi selama12 bulan dilonggarkan dalam keadaan jika suatu perkongsian atau suatusyarikat merupakan kesinambungan kepada satu perniagaan tunggal atauperkongsian dan pemilik tunggal atau ahli kongsi terus kekal di dalamperniagaan syarikat atau perkongsian itu. Tempoh sebelum perubahan bolehdianggap sebagai beroperasi bagi tujuan memenuhi syarat beroperasi ialahselama 12 bulan.11.8 Mulai tahun taksiran 2009, projek yang layak di bawah perenggan 8(d),Jadual 7A ACP 1967 diperluaskan untuk memasukkan pembesaranperniagaan sedia ada menternak ayam dan itik secara sistem reban tertutup.Dengan pindaan ini, EPS boleh diberi kepada seseorang yang menjalankanperniagaan menternak ayam dan itik berhubung dengan pelaburan semulayang dilakukan:(a)dalam mengubah perniagaan menternak ayam dan itik dari sistemreban terbuka kepada sistem reban tertutup, atauMuka surat 44 daripada 52

ELAUN PELABURAN SEMULALEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIAKetetapan Umum No. 6/2012Tarikh Keluaran: 12 Oktober 2012(b)dalam membesarkan perniagaan sedia ada menternak ayam dan itikdalam sistem reban tertutup.Kedua-dua projek pengubahan dan pembesaran perlu diluluskan olehMenteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Walau bagaimanapun kedua-duaprojek ini merupakan projek yang layak hanya untuk tahun taksiran 2010.Beberapa contoh pengubahan dan pembesaran yang layak adalah sepertiberikut:Senario Sebelum Ini Sekarang Kelayakan1 4 terbuka 4 tertutup 4 layak2 2 terbukadan 2 tertutup4 tertutup 2 layak344 tertutup 8 tertutup(4 tertutup sedia adadan 4 tertutup baru)2 terbukadan 2 tertutup4 tertutup dan2 baru tertutup(jumlah 6 tertutup)4 layak4 layakPenerangan bagi jadual di atas adalah seperti berikut:SenarioSebabo1 - 4 sistem reban tertutup layak kerana 4 sistemtersebut berubah daripada sistem rebanterbuka.2 - 2 sistem reban tertutup layak keranaberubah daripada sistem reban terbuka.2 sistem lagi tidak layak kerana tiadapengubahan atau pembesaran.3 - 4 sistem reban tertutup baru layak di bawahprojek pembesaran (dibesarkan daripada 4kepada 8).4 - 2 sistem reban tertutup layak kerana 2sistem tersebut berubah dari sistem rebanterbuka.2 sistem reban tertutup baru layak di bawahprojek pembesaran.Muka surat 45 daripada 52

ELAUN PELABURAN SEMULALEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIAKetetapan Umum No. 6/2012Tarikh Keluaran: 12 Oktober 201211.9 Penempatan semula tapakBerikutan dengan pindaan perenggan 8(d) Jadual 7A ACP 1967, konsesidiberi supaya seseorang yang menempatkan semula aktiviti ternakan ayamdan itik secara sistem reban terbuka ke lokasi lain dan membina sistem rebantertutup layak menuntut EPS di bawah perenggan 8(d)(i) Jadual 7A ACP1967.Contoh 59Encik VV yang telah menjalankan perniagaan menternak ayam dan itik dari10.3.2006 menggunakan 5 buah sistem reban terbuka. Selepas 3 tahunmenjalankan perniagaan, Encik VV diarahkan oleh pihak berkuasa tempatanuntuk memindahkan ladangnya disebabkan projek ini telah mencemarkansungai berdekatan. Encik VV merobohkan kesemua 5 sistem reban terbukasedia ada dan membina 5 sistem reban tertutup di tapak baru.Encik VV layak menuntut EPS atas kos pembinaan 5 sistem reban tertutupwalaupun 5 sistem reban tertutup itu dibina di lokasi yang baru.12. Prosedur Tuntutan12.1 Tuntutan hanya boleh dibuat dalam BNCP. Bagi syarikat yang menuntut EPSberhubung dengan projek pertanian yang tersenarai dalam perenggan6.1.4(a) dan 6.1.4(b) Ketetapan ini, satu salinan surat kelulusan daripadaKementerian Pertanian dan Asas Tani hendaklah disimpan untuk tujuanaudit.12.2 Borang tuntutan LHDN/BT/RA/2007 asal hendaklah disimpan oleh syarikatyang menuntut bersama-sama dengan dokumen-dokumen sokongan yangberkaitan dengan tuntutan tersebut.Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri,Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.Muka surat 46 daripada 52

ELAUN PELABURAN SEMULALEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIAKetetapan Umum No. 6/2012Tarikh Keluaran: 12 Oktober 2012Lampiran ASenarai Insentif Yang Saling Eksklusif Dengan Elaun Pelaburan Semula1. Taraf Perintis2. Elaun Cukai Pelaburan3. Relif Kumpulan untuk syarikat di bawah peruntukan seksyen 44A, ACP 1967.4. Potongan di bawah mana-mana Kaedah-Kaedah yang dibuat di bawahseksyen 154, ACP 1967 di mana Kaedah-Kaedah tersebut memperuntukkanEPS tidak terpakai kepada syarikat / orang.5. Pengecualian cukai pendapatan yang dibuat melalui perintah pengecualian dibawah perenggan 127(3)(b) atau subseksyen 127(3A), ACP 1967 di manaperintah tersebut memperuntukkan EPS tidak terpakai kepada syarikat /orang.Muka surat 47 daripada 52

ELAUN PELABURAN SEMULALEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIAKetetapan Umum No. 6/2012Tarikh Keluaran: 12 Oktober 2012Lampiran BComputation Of Process Efficiency (PE) *PROCESS EFFICIENCY (PE) = TOTAL OUTPUT - BIMSTOTAL INPUT - BIMSNote: BIMS is Bought-In Materials and ServicesA Total Output Notes1. Net sales Net sales = Gross sales less discounts,returns and rebates2. Closing stock of finished goodsless opening stock of finishedgoods3. Closing work-in-process lessopening work-in-process4. Own construction Own construction is the total cost paid forany internal activity or project carried outby own resources for improvement orenhancement objective.Example: Upgrading tools for mouldingactivity5. Income from sale of goodspurchased in the same conditionExample: Company XYZ is a tyremanufacturer. At the same time it acts asan agent for other tyre manufacturersand sell the tyres in the same condition toits clients6. Income from services rendered The type of services rendered should berelated to the main activity of thecompany as listed in the company’sMemorandum of Association.(* Pengiraan nisbah KP ini dikekalkan dalam Bahasa Inggeris)Muka surat 48 daripada 52

ELAUN PELABURAN SEMULALEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIAKetetapan Umum No. 6/2012Tarikh Keluaran: 12 Oktober 2012BBIMS (Bought-In Materials andServices)Notes1. Materials consumedSupplies, consumables, printingandlubricantsSupplies : All related supplies such asstationary, packaging materials,accessories, tools, parts for repairs andmaintenance etc.Consumables: All related itemsconsumed in a production process3. Cost of goods sold in samecondition4. Utilities Examples : water, electricity & fuel5. Payment to contractors Example:Payment for subcontracting works6. Payment for industrial work doneby others and stores & supplies7. Payments for non-industrialservicesExample:Payment for maintenance of parts &machinery and for storage of materialsor purchased goods.Example:Acquisition of trademark or patent,payment for royalties, advertising fees,audit fees, legal fees, professionalcharges, postage, consultancy fees etc.Muka surat 49 daripada 52

ELAUN PELABURAN SEMULALEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIAKetetapan Umum No. 6/2012Tarikh Keluaran: 12 Oktober 2012C Total Input Notes1. Materials consumed2. Supplies, consumable, printing andlubricantsSupplies: all related supplies such aslubricants stationery, packagingmaterials, accessories, tools, parts forrepairs and maintenance etc.Consumable: all related items3. Cost of goods sold in same condition4. Utilities Example: water, electricity and fuel5. Payment to contractors Example: payment for subcontractingworks6. Payment for industrial work done byothers and stores & suppliesExample: payments for maintenance ofparts and machinery and payments forstorage of materials or purchasedgoods7. Payment for non-industrial services Example : acquisition of trademark orpatent, payment for royalty, advertisingfees, audit fees, legal fees, professionalfees, postage, consultancy fees etc.8.Salaries and wages (paid employees),including payment / fees to working /non-working directors9. Payment-in-kind to paid employees,EPF, Socso, free wearing apparel etc.10. Total depreciation11. Bank charges Example: Interest or charge paid tofinancial institutions12. Other payments (grants / donation &other expenditures) but excludingdirect taxesExample of grant:Scholarship grant given to staff andtheir immediate family members.Donation subject to those fromapproved list issued by Inland RevenueBoard MalaysiaMuka surat 50 daripada 52

ELAUN PELABURAN SEMULALEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIAKetetapan Umum No. 6/2012Tarikh Keluaran: 12 Oktober 20121. (a) Other operating income should be included as part of Total Output Example:Sales of scraps and by-products.(b)Non-operating income should not be included as part of Total Output.Examples of non-operating income are as listed below:(i)(ii)(iii)(iv).(v)(vi).(vii)Interest receivedRent receivedGain on investmentsGain on sale of propertiesGain on sale or evaluation of securities, stock and bondsGain on foreign exchange transactionsOther income on transactions non-operating in nature2. Non-operating expenses should not be included as part of Total Input.Examples of non-operating expenses are as listed below:(i)(ii)(iii)(iv)(v)(vi)Bad debtsLoss on sale of propertiesLoss on sale or evaluation of securities, stock and bondsLoss on investmentsStock written-offOther losses on transactions non-operating in nature.Muka surat 51 daripada 52

ELAUN PELABURAN SEMULALEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIAKetetapan Umum No. 6/2012Tarikh Keluaran: 12 Oktober 2012Lampiran CSenarai Aktiviti Yang Dikecualikan Daripada Takrif Pengilangan Di BawahPerenggan 9(ii) Jadual 7A ACP 19671. Pembuatan ais;2. Pemotongan, pengisihan, pembersihan, pengeringan, pengisaran, pengadunan,penggredan atau pembungkusan herba atau rempah atau mana-manakombinasinya;3. Pengeluaran batu baur, konkrit berasfalt, simen pra campur, konkrit siap campuratau bitumen atau mana-mana kombinasinya;4. Melipat dan membentuk kotak kertas, kadbod, beg plastik, sampul surat atau apaapaaktiviti melipat atau membentuk yang lain;5. Perlaminaan;6. Pengkuarian;7. Perlombongan atau pengekstrakan galian;8. Pemprosesan fotograf, gambar, slaid atau filem, atau mana-mana kombinasinya;9. Pembuatan reroti melainkan jika aktiviti itu dijalankan di suatu kilang;10. Penyulingan dan penurasan air;11. Rawatan air sisa dan sisa pepejal;12. Percampuran dan persebatian keluaran petroleum;13. Pembersihan, pemprosesan, pembungkusan, penyejukbekuan barang keluaran,atau mana-mana kombinasinya;14. Mengecat, menggilap, memvarnis, atau mana-mana kombinasinya;15. Mewarna, mengecap atau mencetak logo ke atas bahan atau pakaian, atau manamanakombinasinya;16. Pengeluaran herba atau ubat tradisional, atau mana-mana kombinasinya;17. Pengeluaran kayu gergaji, venier, papan lapis termasuklah pengeringan produk itu,atau mana-mana kombinasinya;18. Memfotostat;19. Aktiviti kitar semula yang melibatkan pengsihan, pemotongan, pembungkusan,atau mana-mana kombinasinya;20. Aktiviti pembinaan kapal.Muka surat 52 daripada 52

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!