12.07.2015 Views

draf rancangan tempatan daerah sik

draf rancangan tempatan daerah sik

draf rancangan tempatan daerah sik

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

TEKS UCAPANDATO’ MOHD. FADZIL B. HJ. MOHD. KHIRKETUA PENGARAHJABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESASEMENANJUNG MALAYSIADIMAJLIS PERASMIAN PUBLISITIDAN PENYERTAAN AWAM(DRAF RANCANGAN TEMPATANDAERAH SIK)PADA13 Disember 20091

Terima Kasih Saudara Pengerusi Majlis,Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan SalamSejahtera.Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Ustaz Azizan Bin Abdul RazakMenteri Besar Negeri Kedah Darul AmanYang Berhormat Dato’ Ir. Hj. Phahrolrazi Bin Hj. ZawawiAhli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman, MerangkapPengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan,Pembangunan Luar Bandar, Basmi Kemiskinan, Kerja Raya, BekalanAir,Sumber Air dan TenagaYang Berhormat Dato’ Seraja Setia Dato’ Wira Haji Rasli Bin BasirSetiausaha Kerajaan Negeri KedahYang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ahli-Ahli Dewan Undangan NegeriYang Berusaha Tuan Haji Adzmi Bin DinYang Dipertua Majlis Daerah SikYang Berbahagia Dato’-Dato’, Datin-Datin, Ahli-Ahli Majlis, Ketua-Ketua Jabatan, pemimpin-pemimpin masyarakat, tuan-tuan danpuan-puan yang dihormati sekalian.2

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah Subhanahu Wataala keranadengan rahmat dan limpah kurniaNya, kita semua dapat hadir diMajlis Perasmian Pameran Draf Rancangan Tempatan Daerah Sik.Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan untuk mengucapkanjutaan terima kasih terutamanya kepada YAB Menteri Besar KedahDarul Aman yang telah dapat melapangkan masa dan sudimenghadirkan diri di majlis pada petang ini. Kita semua maklumbahawa YAB mempunyai jadual tugas yang padat namun YAB dapatjuga hadir dan ini telah menunjukkan keperihatinan YAB MenteriBesar ke atas perancangan masa hadapan bagi Daerah Sik ini. Sayajuga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasihkepada Y.Bhg. Dato’-Dato’, Datin-Datin, Tuan-tuan dan Puan-puanserta hadirin hadirat kerana sudi melapangkan masa, hadir ke majlisini.Majlis Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan inidiadakan dengan kerjasama Jabatan Perancangan Bandar dan DesaPejabat Projek Zon Utara dan Majlis Daerah Sik. Oleh itu, saya perlumemberikan penghargaan khusus kepada Tuan Yang DiPertua Majlisyang telah memberikan sokongan dari mula hingga ke hari ini untukmembantu menjayakan kajian pembangunan ini.Komitmen Yang Berbahagia Dato’-Dato’, Datin-Datin, tuan-tuan danpuan-puan untuk bersama-sama mengambil bahagian dalammerancang masa depan yang lebih baik untuk semua penduduk Sikamat saya sanjung tinggi. Seperti mana hasrat Kerajaan Negeri untukmenggalakkan konsep perancangan secara bersama dan mesra rakyatsupaya menghasilkan suatu rancangan pemajuan yang baik, makasaya mengharapkan agar majlis sebegini akan dapat membantukerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan menghasilkankeputusan-keputusan yang cepat dan tepat dan telus. Ini secaralangsung akan menjurus kepada pembentukan persekitaran3

pembangunan yang lebih sistematik dan berkesan, justeru akantercapailah suatu persekitaran hidup yang lebih berkualiti.Yang Berbahagia Dato’-Dato’, Datin-Datin, Tuan-tuan dan Puan-puansekalian.Draf Rancangan Tempatan Daerah Sik disediakan berdasarkankeperluan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) yangmenghendaki pihak berkuasa perancang tempatan menyediakanRancangan Pemajuan bagi kawasan mereka. Namun pada masa iniJabatan Perancangan Bandar dan Desa melalui peruntukan yangdiberikan oleh Kerajaan Persekutuan telah membantu pihakberkuasa tempatan menyediakannya. Bagi Rancangan TempatanDaerah Sik, tanggungjawab menyediakannya adalah Pihak BerkuasaTempatan iaitu Majlis Daerah Sik. Penyediaannya mendapatkerjasama daripada sebuah Pasukan Petugas daripada JabatanPerancangan Bandar dan Desa, Semenanjung Malaysia yangberpejabat di Alor Star serta dibantu oleh pihak perunding yangtelah dilantik oleh kerajaan.Dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (2006-2010), sebanyak 4 RancanganTempatan sedang disediakan oleh Jabatan Perancangan Bandar danDesa untuk daerah-daerah Sik, Kuala Muda, Negeri Perlis danSeberang Prai Selatan. Untuk Daerah Sik ini, Draf RancanganTempatan telahpun siap di peringkat publisiti yang dapat kita samasamasaksikan pada hari ini. Saya ingin memaklumkan juga bahawadalam Rancangan Malaysia Ke Sepuluh (RMK 10), Jabatan akanmelaksanakan 1 lagi Rancangan Tempatan iaitu untuk DaerahBandar Baru yang akan dimulakan pada tahun 2011 ini.4

Penyediaan semua rancangan pemajuan tersebut selaras dengankehendak kerajaan persekutuan dan negeri supaya mematuhi 6 TerasBidang Keberhasilan Utama Negara atau National Key Results Area(NKRA) bagi mencapai Indeks Prestasi Utama atau Key PerformancesIndex (KPI) dengan lebih berkesan. Keenam-enam bidang usahatersebut adalah mengurangkan kadar jenayah, memerangi rasuah,meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan,meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah,memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman dan menambahbaik pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana.Saya dapati bahawa empat daripada teras NKRA tersebut amatberkait rapat dengan Daerah Sik iaitu meluaskan akses kepadapendidikan berkualiti dan berkemampuan, meningkatkan tarafhidup rakyat berpendapatan rendah, memperkasa prasarana luarbandar dan pedalaman serta menambah baik pengangkutan awamdalam jangka masa sederhana. Inilah isu utama di daerah ini yangtelah diambilkira di dalam penyediaan Draf Rancangan TempatanDaerah Sik.Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 memperuntukkan bahawasebelum sesuatu Rancangan Tempatan itu diluluskan, ia perludihebahkan di mana orang awam diberi peluang untuk menyuarakanpendapat dalam berbentuk ulasan, cadangan atau juga bantahanterhadap Draf Rancangan Tempatan Daerah Sik yang disediakan.Majlis Publisiti dan Penyertaan Awam hari ini yang akandisempurnakan sebentar lagi oleh YAB Menteri Besar, bertujuanuntuk menghebahkan kandungan Draf Rancangan Tempatan DaerahSik kepada semua warga Daerah Sik, mengenai cadangan-cadanganpembangunan untuk setiap inci tanah di dalam daerah ini sehinggatahun 2020.5

Saya penuh yakin bahawa perancangan yang dibuat untuk daerahSik telah pun mengambilkira semua aspek yang penting dan relevendengan aspirasi kerajaan negeri sepertimana yang termaktub dalamRancangan Struktur Negeri serta keperluan pihak Majlis Daerah Sikkerana rancangan ini telah melepasi beberapa peringkatjawatankuasa yang menilai dan mengesahkannya. Walaubagaimanapun sekiranya masih terdapat perkara-perkara yangperlukan penambahbaikan, maka ianya masih boleh dibuatterutamanya bagi mengambilkira pandangan dan bantahan orangawam selepas proses publisiti ini nanti.Yang Berbahagia Dato’-Dato’, Datin-Datin, Tuan-tuan dan Puan-puanyang saya hormati sekalian,Selama tempoh 1 bulan mulai hari ini, saya memohon agar tuan-tuandan puan-puan untuk datang beramai-ramai bagi menyaksikanperancangan yang telah disediakan khas untuk tuan-tuan dan puanpuan.Saya berharap agar tuan-tuan dan puan-puan dapatmenghayati dan memberi cadangan-cadangan yang bernas terhadapDraf Rancangan Tempatan tersebut supaya dipertimbangkan dengansewajarnya oleh satu Jawatankuasa yang akan dilantik olehJawatankuasa Perancang Negeri. Ini penting bagi mencerminkanhasrat dan aspirasi tuan-tuan dan puan-puan di dalampembangunan di Daerah Sik menjelang tahun 2020.Pandangan boleh dibuat secara individu atau secara berkumpulanmengikut persatuan, JKKK atau parti politik dan boleh dikemukakankepada Majlis Daerah Sik melalui borang yang telah diedarkankepada tuan-tuan dan puan-puan pada hari ini. Pandangan dancadangan juga boleh dikemukakan melalui surat atau memorandum.6

Pandangan tuan-tuan dan puan-puan adalah sangat berguna untukpasukan kajian menilai semula cadangan dan strategi untukpembangunan yang lebih mesra rakyat. Perancangan ini adalahmelibatkan tanah kita, persekitaran kita dan juga masa depan kitaserta generasi kita akan datang. Sehubungan itu, saya berharaptuan-tuan dan puan-puan akan memberikan sedikit perhatian dankeutamaan untuk bersama-sama merancang daerah ini, demikesejahteraan masa depan kita semua. Kesemuanya inimenunjukkan keikhlasan dan ketelusan kerajaan di dalammerancang dan membangunkan sesuatu kawasan mengikut hasratpenduduk setempat.Yang Berbahagia Dato’-Dato’, Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian,Draf Rancangan Tempatan ini telah dapat disiapkan dengan bantuanpelbagai pihak dan dengan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggipenghargaan kepada Jabatan Perancangan Bandar dan DesaSemenanjung Malaysia, Pejabat Projek Zon Utara, JabatanPerancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah, serta Tetuan PerundingMazlan Planning Consultants, perunding bagi kajian ini. Penghargaanini juga ditujukan kepada agensi-agensi kerajaan dan pihak swastaserta individu-individu yang telah banyak membantu secara langsungatau tidak langsung di dalam penyempurnaan kajian ini. Terimakasih saya khususkan kepada Yang Dipertua Majlis Daerah Sik, Ahli-Ahli Majlis, Majlis dan pegawai-pegawai di Majlis Daerah Sik yangtelah memberikan input dan sokongan dalam menyiapkan kajian ini.7

Semoga dengan berkat kerjasama dan sokongan Yang BerbahagiaDato’-Dato’, Tuan-tuan dan Puan-puan, Daerah Sik ini akan menjadikawasan pembangunan pesat yang indah, menarik, selesa danharmoni, InsyaAllah.Sebelum mengakhiri ucapan saya, sekali lagi saya mengambilkesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepadaYAB Dato’ Seri Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman kerana telahmelapangkan masa untuk hadir merasmikan majlis pada petang iniSekian, Wabillahi Taufik Walhidayah WassalamualaikumWarahmatullahi Wabarokatuh.8

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!