12.07.2015 Views

1 teks ucapan ketua pengarah jpbd semenanjung malaysia ...

1 teks ucapan ketua pengarah jpbd semenanjung malaysia ...

1 teks ucapan ketua pengarah jpbd semenanjung malaysia ...

SHOW MORE
SHOW LESS
  • No tags were found...

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

TEKS UCAPANKETUA PENGARAH JPBD SEMENANJUNG MALAYSIASEMPENA PERHIMPUNAN BULANAN JPBDYANG DIHOSKAN OLEH PEJABAT PROJEK ZON TENGAHPADA 10 MEI 2012DI AUDITORIUM K.R. SOMA WISMA TUN SAMBANTHAN, KUALA LUMPURYang berusaha saudari pengacara majlisYang dihormati En. Kamalruddin Shamsudin, Timbalan Ketua Pengarah(Perancangan)Y.H. Dato’ Hamisah Ariffin, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan)Pengarah-<strong>pengarah</strong> JPBD NegeriPengarah-<strong>pengarah</strong> BahagianPengurus-pengurus Projekdan seterusnya semua lapisan pegawai JPBD yang dikasihi sekelianAssalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia,Bersyukur kita ke hadrat Allah kerana dengan limpah kurniaNya kita dapatberhimpun pada pagi ini di dalam suasana yang begitu ceria, kondusif danmuhibah. Perhimpunan bulanan pada hari ini dihoskan oleh Pejabat Projek ZonTengah dengan tema MY WORLD.Y.Bhg. Dato’, Datin, tuan-tuan dan puan-puan sekelian,MY WORLD atau duniaku membawa maksud persekitaran kehidupan kita yangdikelilingi oleh pelbagai ragam manusia, berbagai lapisan masyarakat, hiruk pikukkota, kedamaian kampung dan desa, bangunan-bangunan pencakar langit, floradan fauna serta jatuh bangun sebuah kehidupan yang mempunyai pelbagai wajah,rupa dan warna. Dunia juga boleh diibaratkan sebagai sebuah meja yang sarat1


dengan hidangan yang dihidangkan untuk para tetamu yang datang silih berganti.Di atas pinggan mangkuknya yang diperbuat daripada emas dan perak itu saratdengan hidangan yang sedap, enak dan melazatkan. Bagi tetamu yang bijakmereka akan menikmati hidangan itu sekadar yang perlu, menghidu wangiwangiannya,mengucapkan jutaan terima kasih kepada tuan rumah lantaran berlalupergi. Namun bagi tetamu yang angkuh lagi sombong, mereka akan menikmatihidangan itu dengan lahapnya dan cuba mencuri pinggan mangkuk emas danperak tersebut. Akhirnya mereka telah ditangkap, dihalau pergi dan dihina dengansehina-hinanya. Begitulah perumpamaan yang boleh digambarkan di dalamkehidupan kita seharian. Dunia adalah jambatan ke akhirat. Sesiapa yangmenggunakan sepenuhnya peluang ketika di dunia sebagai persediaan untuk keakhirat maka ia akan terdiri daripada mereka yang beruntung. Namun bagi merekayang mensia-siakan peluang mereka ketika berada di dunia ini maka di akhirat kelakmereka akan dihina sehina-hinanya. Para ulamak sering mengingatkan kita agartidak mudah tertipu dengan dunia. Dunia sering berpura-pura kekal dengan kitawalhal sebenarnya ia sentiasa berlalu saat demi saat sambil melambaikan tanganmengucapkan selamat tinggal kepada kita. Ia bagaikan bayang-bayang,nampaknya tetap tetapi sebenarnya bergerak. Ulamak juga pernah berkata“mereka yang cintakan dunia ibarat orang yang meminum air laut. Semakindiminum semakin dahaga. Dahaganya tak pernah hilang dan air laut tidak pernahkehabisan”.Y.Bhg. Dato’, Datin, tuan-tuan dan puan-puan sekelian,Lantaran itu apakah perlu kita tinggalkan dunia dan berpaling ke akhirat sematamata?.Nabi s.a.w pernah bersabda bahawa “pergunakanlah yang lima itu sebelumdatang yang lima”. Apakah lima perkara itu?. Ia adalah “masa mudamu sebelummasa tuamu, waktu kayamu sebelum masa fakirmu, waktu lapangmu sebelumwaktu sibukmu, waktu sihatmu sebelum waktu sakitmu dan waktu hidupmu sebelumwaktu matimu”. Di atas prinsip dan asas ini maka perlulah kita bertindak sebagai2


manusia yang telah dilantik oleh Allah sebagai khalifah di muka bumi ini untukmemakmurkan dunia. Di atas segala nikmat dan rahmat yang telah dianugerahkanini kita perlu merancang dan membina sebuah pembangunan yangberdayalaksana, praktikal, relevan dan mampan dengan berpaksikan kepada ideaideaperancangan terkini yang menyentuh aspek-aspek kehijauan, kemampanan,cintakan alam sekitar, bandar selamat dan sebagainya lagi. Kita selaku perancangbandar perlu peka dan sentiasa mengambil berat soal-soal yang berkaitan dengankesejahteraan hidup. Sebagai perancang bandar kita tidak wajar menyerahkantanggungjawab untuk membangunkan negara ini kepada pemerintah sematamatasebaliknya tanggungjawab ini perlu dipikul oleh kita agar kelestarian hidupakan sentiasa menjadi bertambah baik dari masa ke semasa. Al Quran dan Al Hadissering menyebut tentang tanggungjawab kita untuk membangun danmemakmurkan dunia ini secara kolektif dan komprehensif. Usaha pemakmuran inimerangkumi tanggungjawab membangunkan masyarakat manusia yang sejahteradan memperkuatkan tamadun manusia. Allah pernah berfirman di dalam Surah Hud,Ayat Ke 61 yang bermaksud “Allah telah menjadikan kamu dari bahan-bahan bumiserta meminta kamu untuk memakmurkannya. Oleh itu mintalah ampun kepadaAllah daripada perbuatan syirik kemudian kembalilah kepadaNya dengan taat dantauhid. Sesungguhnya Allah sentiasa dekat lagi sentiasa memakbulkan doahambanya”.Allah juga pernah berfirman di dalam Surah Al Baqarah, Ayat Ke 30 yang membawamaksud “Dan ingatlah ketika Allah berfirman kepada malaikat sesungguhnya Diaakan menjadikan seseorang sebagai khalifah di dunia ini”. Berasaskan ayat ini makajelaslah bahawa manusia telah dilantik sebagai pentadbir yang bertanggungjawabuntuk mengurus dan memakmurkan bumi Allah ini demi kesejahteraan sejagatmeliputi aspek material, ilmu, ekonomi dan sosial. Oleh yang demikian kita sebagaimanusia perlu bijak di dalam mengimbangi dua keperluan hidup ini iaitu selesa didunia dan sejahtera di akhirat. Justeru, kita mempunyai peranan besar di dalammerancang dan membangunkan diri sendiri, keluarga, masyarakat, bangsa dan3


negara. Kita juga perlu memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan yang adademi kesejahteraan masa hadapan. Dunia dan akhirat tidak boleh dipisahkan.Segalanya bergantung kepada tujuan dan matlamatnya. Jika sesuatu perkara itudibuat semata-mata untuk keduniaan maka ia akan terhenti di situ sahaja tetapi jikaperbuatan itu membawa natijah yang baik, mendapat keredhaan Allah danmendapat pahala maka ia bukan lagi keduniaan. Ia sudah menjadi urusan akhirat.Kelazatan dunia seperti kemewahan, gelaran dan bintang kebesaran, darjat danpangkat, kuasa dan harta serta ilmu dan kepandaian jika digunakan untukkemakmuran dunia dan mendapat keredhaan Allah maka si pelakunya akanmendapat kesejahteraan di akhirat. Namun jika kelazatan dunia ini digunakan untukbermegah-megah, sombong dan angkuh, riak dan takbur maka celakalahpadahnya ketika di akhirat kelak.Y.Bhg. Dato’, Datin, tuan-tuan dan puan-puan sekelian,Dunia perlu dimakmurkan dan kita perlu bertindak sebagai khalifah di muka bumi ini.Lantaran itu kita harus ingat bahawa dunia yang tidak dimakmurkan akan binasadan bakal ditimpa bencana. Bencana yang melanda dunia hari ini adalah akibatdaripada tindakan tangan-tangan yang rakus lagi gelojoh. Hari ini cuaca duniasemakin pelik. Bahang panas melampau berlaku di negara-negara sejuk sepertiAmerika Syarikat dan Eropah sebaliknya di negara-negara panas seperti AfrikaSelatan, ia diliputi salji. Ketika penduduk di Afrika Selatan sedang girang melihatanak-anak mereka bermain salji, warga Amerika dan Eropah yang sememangnyaterkenal sebagai negara bersalju terpaksa selesa dengan berpakainan nipis danmencari air pancut untuk membasahkan badan kerana cuaca panas yangmelampau. Kebelakangan ini sering berlaku taufan-taufan ganas yang mengancamnegara China, Pakistan, Habsyah, Korea dan India. Ratusan ribu rakyat mereka mautdan hilang tempat tinggal. Kerugian harta benda mencecah berbilion ringgit.Keadaan dunia semakin kritikal dengan wujudnya gempa bumi dan tsunami di sanasini seperti yang telah berlaku di Jepun baru-baru ini. Ramai saintis berpendapat4


ahawa fenomena ini berlaku akibat daripada pemanasan global iaitu suatukeadaan di mana berlakunya pencemaran gas rumah hijau hasil daripadapembakaran fosil yang terperangkap di atmosfera. Natijahnya paras air laut semakinmeningkat dan bungkah-bungkah ais di Greenland semakin mencair. Inimenyebabkan air laut menjadi semakin panas dan bergelora sehingga terciptanyataufan, banjir, tanah runtuh, gempa bumi dan tsunami. Berbagai cara dan alternatiftelah dicipta bagi mengatasi masalah ini namun biar sehebat mana sekalipunkecanggihan teknologi ciptaan manusia, ia tidak akan mampu menandingikehebatan dan kebesaran Allah. Bencana alam ini juga secara tidak langsung telahmewujudkan krisis makanan sedunia. Harga makanan dunia meningkat denganmendadak secara luar biasa. Cuaca yang melampau telah menggangguproduktiviti sektor pertanian. Akhirnya huru hara berlaku di sana sini akibat daripadakrisis sumber makanan yang kian memuncak.Y.Bhg. Dato’, Datin, tuan-tuan dan puan-puan sekelian,Buat akhirnya saya ingin berpesan kepada diri saya sendiri dan seluruh warga JPBDamnya supaya marilah kita bersama-sama memakmurkan dunia ini denganmempraktikkan nilai-nilai yang murni dan positif di dalam perancangan kita. Duniadan akhirat adalah satu platform yang tidak dapat dipisahkan di antara satudengan yang lain. Marilah kita bersama-sama mendidik diri kita, keluarga kita danmasyarakat kita agar menjadi insan yang selesa di dunia dan sejahtera di akhirat. Didalam Surah An Nisa, Ayat Ke 77 telah dijelaskan bahawa “kesenangan di dunia inihanyalah sementara dan akhirat itu adalah yang lebih baik untuk orang-orang yangbertaqwa dan kamu tidak akan teraniaya walau sedikit pun”. Allah juga turutmenegaskan bahawa “Allah meluaskan rezeki dan menyempitkannya bagi sesiapayang Dia kehendaki. Mereka sangat bergembira dengan kehidupan di duniapadahal kehidupan di dunia itu jika dibandingkan dengan akhirat, hanyalahkesenangan yang amat sedikit” (Surah Ar Rad ayat Ke 26). Semoga kita akanmenjadi insan yang bijak untuk memakmurkan dunia ini dan bertindak sebagai5


pemangkin untuk mencapai wawasan negara. Hanya manusia yang berkualiti,berkemahiran dan mempunyai pegangan agama yang kukuh sahaja akan mampumerealisasikan wawasan negara. Bagi mereka yang rapuh nilai-nilai kerohaniannya,mereka tidak akan mampu mencapai sebuah kemajuan yang sebenarnya.Sekian, terima kasih dan wassalam.6

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!