12.07.2015 Views

SAMBUTAN HARI PERANCANGAN BANDAR SEDUNIA ... - JPBD

SAMBUTAN HARI PERANCANGAN BANDAR SEDUNIA ... - JPBD

SAMBUTAN HARI PERANCANGAN BANDAR SEDUNIA ... - JPBD

SHOW MORE
SHOW LESS
• No tags were found...

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

SAMBUTAN HARI PERANCANGAN BANDAR SEDUNIA 2012NOVEMBER 2012, KUALA LUMPURMAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HPBSHotel Renaissance, KL7 November 2012 . 8 malamUCAPAN ALUAN :KETUA PENGARAH JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESASEMENANJUNG MALAYSIAYBHG. DATO’ MOHD FADZIL BIN HJ. MOHD KHIRTEMA“GREEN CITIES : HAPPY COMMUNITIES”1

BismillahirrahmanirrahimYB Dato‟ Seri Chor Chee Heung,Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan,Y. Berbahagia Datuk Arpah binti Abdul RazakKetua Setiausaha Kementerian Perumahan Dan Kerajaan TempatanYBhg. Datuk Ahmad Phesal bin TalibDatuk Bandar Kuala LumpurYBhg. Prof Dato‟ Dr. Alias Abdullah,Presiden Pertubuhan Perancang Malaysia,Y. Berusaha En. Kamalruddin Bin SamsuddinTimbalan Ketua Pengarah (Perancangan)Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung MalaysiaY. Berusaha Dr. Dahlia binti RoslyTimbalan Ketua Pengarah (Pembangunan)Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung MalaysiaMerangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sambutan Hari PerancanganBandar Sedunia 2012Presiden Persatuan Pegawai Perancang Bandar dan Desa Malaysia(PERSADA)2

Encik Abdul Jamil bin ArshadKetua-Ketua Jabatan, Wakil Jabatan dan Agensi ,Dato‟-Dato‟, Datin-Datin, Tuan-tuan dan Puan-Puan dan hadirin sekalianAssalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia1. Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran kehadrat illahi kerana dengan limpah kurnia dan keizinanNya dapat kitaberkumpul pada malam yang bersejarah ini untuk meraikanSambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia tahun 2012.2. Rakaman penghargaan dan ucapan setinggi-tinggi terima kasihditujukan kepada Yg. Berhormat Dato‟ Seri Chor Chee Heung,Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang sudi menerimaundangan untuk merasmikan Majlis Sambutan Hari PerancanganBandar Sedunia 2012 seterusnya membuat pelancaran MURNInetsVersi 2 dan menyampaikan penghargaan uji lari MURNInets sertaInisiatif Kejiranan Hijau pada malam ini. Kehadiran dan iltizam Yg.Berhormat Dato‟ Seri yang sentiasa menyokong, memberi semangatserta komitmen dalam semua aspek perancangan bandar dan desaamatlah dihargai.3. Selamat datang dan ucapan terima kasih juga kepada semua Ketua-Ketua Jabatan, wakil-wakil Jabatan dan Agensi, badan berkanun, difdifkehormat serta perwakilan NGO yang sudi hadir ke majlis ini.3

4. Saya percaya, Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia yangdiadakan pada setiap tahun ini adalah sebagai salah satu usahaberterusan dari ilham dan usaha Prof Carlos Maria Della Paolera,seorang cendekiawan perancangan bandar terkenal yangmenetapkan 8 November setiap tahun sebagai Hari PerancanganBandar Sedunia. Legasi yang dicetuskan beliau dari tahun 1949 telahmemartabatkan dunia perancangan dan meningkatkan kesedaranmengenai pembangunan serta perbandaran yang mampanseterusnya melahirkan dan membentuk perancang bandar yang lebihsensitif, memenuhi keperluan generasi semasa dan akan datang dariaspek sosial, ekonomi dan alam sekitar.5. Dalam merealisasikan usaha dan hasil dalam perancangan, temayang berbeza-beza diilhamkan dalam acara sambutan pada setiaptahun, namun masih mempunyai kesinambungan dan kitaran yangsaling berkaitan selaras dengan keperluan dan perkembangansemasa. Bersempena dengan sambutan ini, pelbagai program telahdirangka iaitu majlis pelancaran MURNInets Versi 2, pembentangankertas-kertas kerja, penyampaian Anugerah Penaung PertubuhanPerancang Malaysia, penyampaian penghargaan kepada PBT yangterlibat dengan uji lari MURNInets Versi 2 dan pelaksana inisiatifkejiranan hijau.TEMA SAMBUTANDato’-Dato’, Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan serta hadirin sekalian.4

6. Tema Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia sebelum inikebanyakannya berlegar tentang „GREEN‟. Pada tahun 2010, temayang digunapakai adalah Sustainable Development : GreenNeighbourhood manakala pada tahun 2011 pula tema yangdigunakan adalah Sustainable Development : Green Urbanism. Padatahun ini juga tema „green‟ masih digunapakai dengan GREENCITIES : HAPPY COMMUNITIES. Tema ini sememangnya amatrelevan dan signifikan dengan usaha kerajaan Malaysia dalambidang perancangan untuk mewujudkan komuniti yang sejahteraserta mencapai kebahagiaan.7. Tema ini juga selaras dengan indeks kebahagiaan yang terangkumdalam Jaringan Penunjuk Bandar Luar Bandar Malaysia BagiPembangunan Mampan atau Malaysian Urban Rural NationalIndicators Network on Sustainable Development (MURNInets).Indeks Kebahagiaan ini merupakan kaedah pendekatan “bottom-up”untuk mendapatkan maklumat terus dari penduduk yang tinggal danmenerima manfaat pembangunan dari kerajaan secara langsungatau tidak langsung. Dalam erti kata lain, kita boleh mengukurkesejahteraan penduduk melalui elemen-elemen persekitaran yangdisediakan di dalam sesebuah bandar serta kawasan lingkungannyatermasuklah kawasan kediaman kita.INDEKS KEBAHAGIAAN5

8. Kebahagiaan sesebuah bandar diukur melalui tahap kesejahteraanpenduduk dengan lebih menyeluruh merangkumi tahap kebahagiaanindividu, kejiranan dan persekitaran. Setiap orang mempunyai tahappersepsi dan tafsiran berlainan ke atas persekitaran petempatanmereka seperti perasaan selamat, kepuasan hidup, kecukupankemudahan yang disediakan kerajaan, kecekapan pentadbirankawasan dan sebagainya. Sehubungan itu, penunjuk ini sedikitsebanyak akan membantu PBT dalam mengenalpasti tahapkebahagiaan dan kesejahteraan penduduk. Komponen indekskebahagiaan meliputi kesejahteraan psikologi, komuniti yang berdayahidup, kepelbagaian budaya dan ketahanan, kesihatan, pendidikan,kepelbagaian ekologi, kualiti kehidupan dan kecekapan urus tadbir.MURNInets Versi 2Dato’-Dato’, Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan serta hadirin sekalian.9. Selaras dengan Laporan Kebahagiaan Sedunia 2012 yangdikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),Jabatan mengambil pendekatan dan manfaatnya dengan menilai danmengukur indeks kebahagiaan di antara bandar-bandar danpendekatan ini menjadi penunjuk baru dalam MURNInets Versi 2.10. Bagi tujuan penambahbaikan, MURNInets Versi 2 telahpunmemantapkan pelaksanaan aplikasi ini. Antara pemantapan yangtelah dilakukan adalah kadar penyertaan PBT yang lebih menyeluruh6

iaitu termasuk di Sabah dan Sarawak, penggunaan penunjuk yangseragam oleh semua PBT terlibat, sempadan kawasan kajian untukpengumpulan data mengikut kawasan operasi PBT dan ciri-ciripenunjuk MURNInet itu sendiri yang bersifat sektoral diperbaikimelalui pengemaskinian norma-norma perubahan gaya hidup denganmengambilkira semua dasar di peringkat negara.PENGHARGAAN UJI LARI MURNInets11. Bagi menilai keberhasilannya, lapan (8) PBT telah dipilih mengikuthierarki bagi tujuan uji lari dan ini melibatkan kerja-kerjapengumpulan data untuk membentuk penunjuk dan gerbangMURNInets. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua PBTberkenaan di atas kerjasama yang diberikan dalam proses mengukurtahap kemampanan bandar-bandar di Malaysia. Di atas kerjasamadalam uji lari MURNInets ini, Kementerian Perumahan dan KerajaanTempatan telah berbesar hati memberikan penghargaan kepadaPBT-PBT ini.PENGHARGAAN INISIATIF KEJIRANAN HIJAUDato’-Dato’, Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan serta hadirin sekalian.7

12. Selain daripada penghargaan uji lari MURNInets, KPKT melaluiJPBD juga pada tahun ini menyambung inisiatif proaktif bagimenggalakkan penglibatan PBT dan komuniti dalam mengaplikasikankonsep kehijauan. Jika pada tahun yang lalu, hanya tiga (3) kategorisahaja digunapakai, pada tahun ini Jabatan melebar luas denganmelibatkan lima (5) kategori. Sempena sambutan Hari PerancanganBandar Sedunia pada tahun ini, KPKT melalui JPBD akan memberipenghargaan kepada PBT dan komuniti yang telah melaksanakaninisiatif hijau ini. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepadaKementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA) di atassumbangan yang telah diberikan dalam bentuk kewangan.13. Penentuan untuk PBT yang layak menerima penghargaan telahmelalui dua (2) peringkat jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Teknikalyang dipengerusikan oleh TKP JPBD, dan Jawatankuasa Pemilihanyang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha KPKT. Oleh ituberdasarkan kewibawaan kedua-dua jawatankuasa tersebut,pemilihan penerima adalah telus dan tepat.14. Usaha untuk menentukan penerima yang layak dilakukan denganmemberi peluang kepada seluruh PBT di Malaysia melalui kirimanborang dan format tertentu. Perkara ini juga disiarkan melalui laman8

web JPBD. Tempoh yang diberikan ialah selama 6 minggu iaitu mulai7 Jun hingga 19 Julai 2012.15. Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan tahniah kepadapihak berkuasa tempatan dan komuniti yang sudi menyertai sertamenghadiri majlis pada malam ini.16. Akhir sekali, terima kasih sekali lagi diucapkan kepada YB Dato‟ SeriChor Chee Heung, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatanserta pegawai pengurusan tertinggi KPKT, Ketua-Ketua Jabatan,Ketua-Ketua Bahagian, Pengarah-Pengarah Jabatan serta wakil dantuan-tuan dan puan-puan hadirin sekalian di atas usaha dankerjasama dalam menjayakan majlis pada malam ini.Sekian, saya sudahi dengan wabillahi taufiq walhidayahassalammualaikum warahmatullahiwabarakatuh.9

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!