12.07.2015 Views

Garis Panduan - Lembaga Hasil Dalam Negeri

Garis Panduan - Lembaga Hasil Dalam Negeri

Garis Panduan - Lembaga Hasil Dalam Negeri

SHOW MORE
SHOW LESS
• No tags were found...

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

TERHADLHDN.01/35/(S)/(42)/51/272-1GARIS PANDUAN BAGI LAYANAN CUKAI KE ATASPENDAPATAN FAEDAH BAGI INDUSTRI PAJAK GADAI1. PENDAHULUANIndustri pajak gadai di Malaysia telah wujud secara rasmi sejak tahun 1871setelah Pawnbrokers Ordinance 1871 dikuatkuasakan di Negeri-negeri Selat.Pada mulanya industri ini tertakluk kepada 13 buah enakmen/ordinan/kaedahyang ditadbir oleh Kerajaan Negeri masing-masing.Pada 2 Januari 1973, Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 [Akta 81] danPeraturan-peraturan Pemegang Pajak Gadai (Kawalan dan Pelesenan) 2004telah dikuatkuasakan di seluruh Malaysia termasuk Sarawak, Sabah danWilayah Persekutuan Labuan. Pentadbiran Akta ini adalah terletak di bawahportfolio Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi menyelarasdan menyeragamkan pentadbiran pajak gadai di Malaysia serta menjaminindustri pajak gadai yang sihat di samping melindungi kepentingan pengguna.Dalam perniagaan pajak gadai, pemajak gadai (pawner) akan datang kekaunter menyerahkan barang gadaian sebagai sandaran atas pinjaman yangdibuat. Pemegang pajak gadai (pawn broker) akan menilai sandaran tersebutdan menyerahkan sejumlah wang pinjaman kepada pemajak gadai. Secaraumum, amaun pinjaman yang diberikan rendah daripada nilai sandaran.Pemegang pajak gadai akan mengeluarkan tiket kepada pemajak gadai bagisetiap transaksi. Sebahagian keratan tiket akan disimpan oleh pemajak gadaiyang perlu diserahkan di kaunter apabila penebusan dilakukan.Pemajak gadai boleh membuat penebusan (redemption) atas barang gadaianyang digadai dalam tempoh 6 bulan dari tarikh gadaian. Kadar faedah yangdikenakan ke atas pemajak gadai adalah not exceeding 2% per month or partthereof serta handling charge 50 sen bagi setiap pinjaman melebihi RM10.001

TERHADLHDN.01/35/(S)/(42)/51/272-12. TUJUANGaris panduan ini bertujuan untuk menerangkan asas pengiktirafan danlayanan cukai ke atas pendapatan faedah bagi industri pajak gadai.3. LAYANAN CUKAI3.1 Pendapatan bagi sesuatu perniagaan hendaklah dilaporkanberasaskan prinsip terakru. Mengikut peruntukan seksyen 24 AktaCukai Pendapatan 1967 (ACP 1967), pendapatan faedah yang terbitdaripada perniagaan pajak gadai hendaklah diiktiraf pada tarikhgadaian bermula yang merupakan tarikh terakrunya pendapatanfaedah tersebut.3.2 Walau bagaimanapun, memandangkan aktiviti perniagaan industripajak gadai agak berbeza daripada industri kewangan dan perbankanyang lain, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) memberikonsesi dengan mengiktiraf pendapatan faedah / keuntungan bagiindustri pajak gadai konvensional / Islam (Ar-Rahnu) sebagai terakrupada tarikh penebusan. Layanan asas terakru pada tarikh penebusanini terpakai kepada:(a)(b)(c)Gadaian yang dibuat mulai tempoh asas bagi tahun taksiran2009;Gadaian yang dibuat mulai tempoh asas bagi tahun taksiran2009 tetapi pemajak gadai gagal melakukan penebusan dalamtempoh 6 bulan dari tarikh gadaian; danGadaian yang dibuat mulai tempoh asas bagi tahun taksiran2009 tetapi penebusan dilakukan dalam tempoh lanjutansepertimana dipersetujui oleh pemajak gadai dan pemegangpajak gadai atau pemajak gadai gagal melakukan tebusandalam tempoh lanjutan masa. Lanjutan masa dibenarkansekiranya faedah atau keuntungan (Ar-Rahnu) dibayarsebahagian atau sepenuhnya ke atas tiket asal. Kebiasaannyalanjutan tempoh masa barang gadaian itu boleh ditebus tidakkurang daripada tiga bulan lamanya daripada tarikh penebusansebenarnya.2

TERHADLHDN.01/35/(S)/(42)/51/272-1(i)Apabila tempoh lanjutan untuk penebusan dibenarkan,pendapatan faedah yang terakru dalam tempohlanjutan adalah dianggap terakru pada tarikhpenebusan tanpa mengambilkira sama ada penebusandilakukan atau tidak dalam tempoh lanjutan. Jikapendapatan faedah bagi tempoh lanjutan terakru dandilaporkan pada tarikh penebusan, tetapi gagal dibayaroleh pemajak gadai pada tarikh lanjutan, pemegangpajak gadai layak menuntut hutang lapuk dalam tahuntersebut atau tahun berikutnya iaitu apabila selesaimelakukan jualan atau lelongan awam (yang manaterpakai) dengan syarat tuntutan tersebut mematuhiKetetapan Umum No. 1/2002.Contoh 1:XYZ Enterprise (pemegang pajak gadai) menerima gadaianpada 1/7/2009 (menutup akaun pada 31/12 setiap tahun). Nilaigadaian ialah RM1,000 dengan kadar faedah 2% sebulan.Penebusan dilakukan pada 31/12/2009.T/T 2009 T/T 2010Gadaian Penebusan Lanjutan penebusanI1/7/2009 31/12/2009 30/6/2010(2% x 1,000 x 6) (2% x 1,000 x 6)= RM120 = RM120Kedua-dua tarikh gadaian dan tarikh penebusan terjatuh dalamtempoh asas bagi tahun taksiran 2009. Oleh itu, pemegangpajak gadai dikehendaki melaporkan pendapatan faedahberjumlah RM120 dalam tahun taksiran 2009 iaitu pada31/12/2009. Jika faedah sebanyak RM120 tidak diterima padatarikh penebusan, maka amaun tersebut bolehlah dituntutsebagai hutang lapuk dalam tahun berikutnya iaitu apabilaselesai melakukan jualan / lelongan awam (yang mana terpakai)dengan syarat tuntutan tersebut mematuhi Ketetapan UmumNo. 1/2002.3

TERHADLHDN.01/35/(S)/(42)/51/272-1Jika pemajak gadai dibenarkan lanjutan masa untuk membuatpenebusan pada 30/6/2010, XYZ Enterprise dikehendakimelaporkan pendapatan faedah yang terakru dalam tempohlanjutan berjumlah RM120 dalam tahun taksiran 2009 iaitu pada31/12/2009. Ini adalah kerana tarikh penebusan asal terjatuhdalam tempoh asas bagi tahun taksiran 2009. Jika faedahsebanyak RM120 tidak diterima pada tarikh lanjutan iaitu pada30/6/2010, maka amaun tersebut bolehlah dituntut sebagaihutang lapuk dalam tahun tersebut (tahun taksiran 2010) atautahun berikutnya iaitu apabila selesai melakukan jualan /lelongan awam (yang mana terpakai) dengan syarat tuntutantersebut mematuhi Ketetapan Umum No. 1/2002.Contoh 2:Syarikat pajakan ABC Sdn. Bhd. (pemegang pajak gadai)menerima gadaian pada 1/7/2009 (menutup akaun pada 30/09setiap tahun). Nilai gadaian ialah RM1,000 dengan kadar faedah2% sebulan. Penebusan dilakukan pada 31/12/2009.T/T 2009 T/T 2010 T/T 2011Gadaian 30/9 Penebusan Lanjutan penebusanII

TERHADLHDN.01/35/(S)/(42)/51/272-1Jika pemajak gadai dibenarkan lanjutan masa untuk membuatpenebusan pada 30/6/2010, ABC Sdn Bhd dikehendakimelaporkan pendapatan faedah yang terakru dalam tempohlanjutan berjumlah RM120 dalam tahun taksiran 2010 iaitu pada31/12/2009. Ini adalah kerana tarikh penebusan asal terjatuhdalam tempoh asas bagi tahun taksiran 2010. Jika faedahRM120 tidak diterima pada tarikh lanjutan iaitu pada 30/6/2010,maka amaun tersebut bolehlah dituntut sebagai hutang lapukdalam tahun tersebut atau tahun berikutnya iaitu apabila selesaimelakukan jualan / lelongan awam (yang mana terpakai)dengan syarat tuntutan tersebut mematuhi Ketetapan UmumNo. 1/2002.(d)(e)Jika pemajak gadai melakukan tebusan lebih awal daripadatarikh penebusan sepatutnya, maka faedah yang diterima ituhendaklah dilaporkan / diiktiraf dalam tahun taksiran faedahtersebut diterima. Dalam keadaan ini asas terakru pada tarikhpenebusan tidak terpakai.Jika pemajak gadai melakukan tebusan lebih awal (membayarfaedah sahaja) daripada tarikh penebusan sepatutnya dankemudian diberikan tempoh lanjutan masa untuk penebusan,pendapatan faedah bagi tempoh lanjutan penebusan adalahterakru pada tarikh lanjutan masa bermula iaitu tarikh tebusanawal.Contoh 3:Kes sama seperti Contoh 1. Penebusan lebih awal dilakukanpada 30/9/2009. Dengan itu, lanjutan masa untuk penebusanbermula pada 30/9/2009.T/T 2009 T/T 2010Gadaian Penebusan Penebusan Lanjutansebenar (awal) sepatutnya penebusanI1/7/2009 30/9/2009 31/12/2009 31/3/2010(2% x 1,000 x 3) (2% x 1,000 x 6)= RM60 = RM1205

TERHADLHDN.01/35/(S)/(42)/51/272-1XYZ Enterprise dikehendaki melaporkan faedah yang diterimasebanyak RM60 dan faedah yang terakru dalam tempohlanjutan masa sebanyak RM120 pada tarikh penebusansebenar bermula iaitu pada 30/9/2009.(f) Pemajak gadai boleh membuat pembiayaan semula(refinancing) ke atas gadaian asal. Ini akan mengakibatkanberlakunya salah satu daripada situasi di bawah:(i)Gadaian baru dengan nilai pinjaman yang sama dengangadaian asal.Contoh 4:Syarikat pajakan ABC Sdn. Bhd. (pemegang pajakgadai) menutup akaun pada 31/12 setiap tahun.Gadaian dilakukan pada 1/7/2009 dengan nilaiRM1,000 pada kadar faedah 2% sebulan.Tarikhpenebusan adalah pada 31/12/2009. Pemajak gadaihadir pada 5/10/2009 memohon tiket baru ataspinjaman yang sama iaitu RM1,000 dan bersetujumenjelaskan amaun faedah 4 bulan iaitu sehingga5/10/2009 berjumlah RM80.T/T 2009 T/T 2010Gadaian asal Gadaian ke-2Gadaian ke-3RM1,000 RM1,000I1/7/2009 5/10 30/10 31/12/2009 4/4/2010 8/4 30/4(20x4)(20x7)=RM80=RM140Pemegang pajak gadai mengeluarkan tiket baru bagitempoh 5/10/2009 hingga 4/4/2010. Gadaian keduadianggap sebagai transaksi baru iaitu pembiayaansemula untuk menjelaskan pinjaman asal (kontra).Pengiraan faedah atas tiket baru (pinjaman RM1,000)bermula pada 5/10/2009 hingga 30/4/2010 (7 bulan)iaitu sebanyak RM140.6

TERHADLHDN.01/35/(S)/(42)/51/272-1Jika sekiranya pemajak gadai hadir pada 8/4/2010 danmemohon tiket baru atas pinjaman yang sama (gadaianke-3), tiket baru hanya dikeluarkan apabila bayaranfaedah sebanyak RM140 dijelaskan sepenuhnya.(ii)Gadaian baru dengan penambahan nilai pinjamanberbanding gadaian asal.Contoh 5:Kes sama seperti contoh 4. Amaun pinjaman ditambahdaripada RM1,000 kepada RM1,500.T/T 2009 T/T 2010Gadaian Gadaian ke-2 Gadaian ke-3RM1,000 RM1,500(bayar RM500)I1/7/2009 5/10 30/10 31/12/2009 4/4/2010 8/4(20x4)(30x7)=RM80=RM210Daripada jumlah pinjaman baru RM1,500 sebanyakRM1,000 dianggap menjelaskan pinjaman asal dan bakiRM500 diserah kepada pemajak gadai.Tiket baru bagi tempoh 5/10/2009 hingga 4/4/2010dikeluarkan dan pengiraan faedah atas tiket baru(pinjaman RM1,500) bermula pada 5/10/2009 hingga30/4/2010 (7 bulan) iaitu sebanyak RM210.Jika sekiranya pemajak gadai hadir pada 8/4/2010 danmemohon tiket baru atas pinjaman yang sama (gadaianke-3), tiket baru hanya dikeluarkan apabila bayaranfaedah sebanyak RM210 dijelaskan.(iii)Gadaian baru dengan pengurangan nilai pinjamanberbanding gadaian asal.Contoh 6:Kes sama seperti contoh 4. Amaun pinjamandikurangkan daripada RM1,000 kepada RM800.7

TERHADLHDN.01/35/(S)/(42)/51/272-1T/T 2009 T/T 2010Gadaian Gadaian ke-2 Gadaian ke-3RM1,000 RM800(terima RM200)I1/7/2009 5/10 30/10 31/12/2009 4/4/2010 8/4(20x4)(16x7)=RM80=RM112Amaun pinjaman baru sebanyak RM800 dianggapmenjelaskan sebahagian pinjaman asal dan bakiRM200 perlu dijelaskan oleh pemajak gadai kepadapemegang pajak gadai. Tiket baru bagi tempoh5/10/2009 hingga 4/4/2010 dikeluarkan dan pengiraanfaedah atas tiket baru (pinjaman RM800) bermula pada5/10/2009 hingga 30/4/2010 (7 bulan) iaitu sebanyakRM112.Jika sekiranya pemajak gadai hadir pada 8/4/2010 danmemohon tiket baru atas pinjaman yang sama (gadaianke-3), tiket baru hanya dikeluarkan apabila bayaranfaedah sebanyak RM112 diterima.(iv)Penggunaan tiket baru ke atas pinjaman asal sepertiketiga-tiga keadaan di atas akan dianggap pembiayaansemula dan dilayan sebagai transaksi baru dengankriteria berikut:(a) Bayaran faedah perlu dijelaskan sepenuhnyasebagai syarat pengeluaran tiket baru dalamketiga-tiga keadaan di atas.(b) Faedah yang diterima sebelum tiket barumesti diiktiraf dan dilaporkan sebagaipendapatan kasar faedah di dalam tempohasas bagi tahun taksiran tersebut.(c) Pengeluaran tiket baru dikira dari tarikhbayaran faedah dibuat. Dengan ini, tiada8

TERHADLHDN.01/35/(S)/(42)/51/272-1elemen hutang lapuk atas pinjaman asalkerana tiket baru hanya dikeluarkan apabilafaedah atas pinjaman asal dijelaskansepenuhnya.(g)Jika pemajak gadai gagal membuat penebusan pada tarikhpenebusan atau lanjutan masa, maka pemegang pajak gadailayak membuat lelongan awam / jualan ke atas barang gadaian(sandaran). Ini akan mengakibatkan berlakunya salah satudaripada situasi di bawah:(i)Nilai lelongan / jualan bersamaan dengan jumlahpinjaman dan faedah.Contoh 7:Jumlah pinjaman RM4,000 dan jumlah faedah gadaianRM1,500. Manakala nilai lelongan / jualan ialahRM5,500.Oleh kerana pendapatan berjumlah RM1,500 telahdilaporkan pada tarikh penebusan, tiada pindaan dibuatapabila pemegang pajak gadai selesai membuatlelongan.(ii) Nilai lelongan / jualan kurang daripada jumlahpinjaman.Contoh 8:Jumlah pinjaman RM4,000 dan jumlah faedah gadaianRM1,500. Manakala nilai lelongan / jualan ialahRM3,500.Oleh kerana pendapatan berjumlah RM1,500 telahdilaporkan pada tarikh penebusan, pemegang pajakgadai boleh menuntut hutang lapuk dihapuskirasebanyak RM1,500 ke atas faedah dan RM500 ke atasmodal pinjaman.9

TERHADLHDN.01/35/(S)/(42)/51/272-1(iii)Nilai lelongan / jualan bersamaan dengan jumlahpinjaman tetapi kurang daripada faedah.Contoh 9:Jumlah pinjaman RM4,000 dan jumlah faedah gadaianRM1,500. Manakala nilai lelongan / jualan ialahRM5,000.Oleh kerana pendapatan berjumlah RM1,500 telahdilaporkan pada tarikh penebusan, pemegang pajakgadai boleh menuntut hutang lapuk dihapuskirasebanyak RM500 ke atas faedah.(iv)Nilai lelongan / jualan melebihi daripada nilai pinjamandan faedah.Contoh 10:Jumlah pinjaman RM4,000 dan jumlah faedah gadaianRM1,500. Manakala nilai lelongan / jualan ialahRM6,000.Oleh kerana pendapatan berjumlah RM1,500 telahdilaporkan pada pada tarikh penebusan, tiada pindaandibuat apabila pemegang pajak gadai selesai membuatjualan / lelongan. Lebihan nilai jualan / lelongansebanyak RM500 adalah hak milik pemajak gadai.Sekiranya pemegang pajak gadai gagalmengembalikan amaun tersebut kepada pemajak gadaiatau ke Jabatan Akauntan Negara, maka lebihan ituakan ditaksir sebagai pendapatan lain kepadapemegang pajak gadai.(v)Jumlah pinjaman adalah kurang daripada dua ratusringgit.Bagi wang pinjaman yang kurang daripada RM200.00,barang gadaian (sandaran) akan menjadi hakmilik10

TERHADLHDN.01/35/(S)/(42)/51/272-1pemegang pajak gadai jika penebusan tidak dilakukanoleh pemajak gadai.Bagi tujuan layanan cukai, barang gadaian (sandaran)tersebut akan dianggap sebagai stok perniagaanpemegang pajak gadai. Oleh itu, kos perolehan baranggadaian (sandaran) adalah bersamaan dengan nilaipinjaman yang diberikan dan klasifikasikan sebagaipendapatan perniagaan di bawah subseksyen 4(a) ACP1967 jika barang gadaian (sandaran) tersebut dijual.3.3 Tempoh Peralihan (Tahun Taksiran 2009, 2010 Dan 2011)Bagi membolehkan industri pajak gadai mengadaptasi perubahan asaspengiktirafan pendapatan seperti yang dinyatakan di atas, LHDNMbersetuju memberi konsesi tempoh peralihan kepada pemegang pajakgadai seperti berikut:(a) Bagi pemegang pajak gadai yang menutup akaun pada 30/9hingga 31/12 bagi tahun taksiran 2009, LHDNM bersetuju untukmenerima pakai laporan pendapatan industri pajak gadai bagitahun taksiran 2008 dan tahun taksiran sebelum mengikut asastunai atau asas terakru yang telah digunapakai tanpa sebarangpelarasan dan pengenaan penalti.(i)Bagi pemegang pajak gadai yang mengamalkan asastunai bagi tahun taksiran 2008 dan sebelum, merekadibenarkan melaporkan pendapatan yang masih belumditerima bagi tahun taksiran 2008 dan sebelumberdasarkan jumlah diterima dalam tahun taksiran 2009iaitu apabila pendapatan diterima.Dalam tahun taksiran 2010, pemegang pajak gadaidikehendaki melaporkan baki pendapatan tahun taksiran2008 dan sebelum yang diterima, boleh diterima danbelum terima dalam tahun taksiran tersebut. Sekiranyaterdapat hutang lapuk berkaitan dengan pendapatan11

TERHADLHDN.01/35/(S)/(42)/51/272-1tersebut maka tuntutan boleh dibuat dalam tahun taksiran2010 atau tahun berikutnya iaitu apabila selesaimelakukan jualan / lelongan awam (yang mana terpakai)dengan syarat mematuhi Ketetapan Umum No. 1/2002.Konsesi ini hanya terpakai bagi gadaian yang dibuatdalam tahun taksiran 2008 dan sebelum termasukpenebusan yang dilakukan dalam tempoh lanjutan.Contoh 11:ABC Pajak Gadai menerima gadaian pada 1/11/2008dengan nilai gadaian sebanyak RM2,000 (akaun ditutuppada 31/12 setiap tahun). Tarikh penebusan ialah30/4/2009 dengan kadar faedah 2% sebulan.Tahun Taksiran 2008Faedah (2% Sebulan)(RM)30/11/2008 4031/12/2008 40Tahun Taksiran 200931/01/2009 4028/02/2009 4031/03/2009 4030/04/2009 40Jumlah Diterima 240Dengan konsesi layanan cukai dan tempoh peralihan ini,apabila tebusan dibuat pada 30/4/2009, ABC PajakGadai boleh melaporkan faedah yang diterima berjumlahRM240 dalam tahun taksiran 2009.Contoh 12:Kes sama seperti Contoh 11. Pemajak gadai memohonlanjutan masa untuk penebusan sehingga 31/10/2009tetapi pemajak gadai gagal membuat bayaran pada tarikhlanjutan penebusan.12

TERHADLHDN.01/35/(S)/(42)/51/272-1Tahun Taksiran 2008Faedah (2% Sebulan)(RM)30/11/2008 4031/12/2008 40Tahun Taksiran 200931/01/2009 4028/02/2009 4031/03/2009 4030/04/2009 40Jumlah Diterima 240Tempoh Lanjutan31/05/2009 4030/06/2009 4031/07/2009 4031/08/2009 4030/09/2009 4031/10/2009 40Jumlah Boleh Diterima 240Jika jualan / lelongan awam dilakukan dalam tahuntaksiran 2009 dan nilai lelongan bersamaan jumlahpinjaman dan faedah, maka ABC Pajak Gadaidikehendaki melaporkan pendapatan faedah sebanyakRM480 dalam tahun taksiran 2009.Tetapi jika jualan / lelongan awam tidak dilakukan dalamtahun taksiran 2009, maka ABC Pajak Gadai dikehendakimelaporkan faedah yang diterima sebanyak RM240dalam tahun taksiran 2009, dan baki faedah bolehditerima sebanyak RM240 dalam tahun taksiran 2010.Jika sekiranya faedah sebanyak RM240 tidak diterima,maka amaun tersebut bolehlah dituntut sebagai hutanglapuk dalam tahun tersebut atau tahun berikutnya iaituapabila selesai melakukan jualan / lelongan awam (yangmana terpakai) dengan syarat tuntutan tersebutmematuhi Ketetapan Umum No. 1/2002.(ii)Bagi pemegang pajak gadai yang mengamalkan asasterakru pada tarikh gadaian bagi tahun taksiran 2008 dansebelum, pemegang pajak gadai boleh mengiktiraf13

TERHADLHDN.01/35/(S)/(42)/51/272-131/03/2010 4030/04/2010 4031/05/2010 40Jumlah Boleh Diterima 240Jika jualan / lelongan awam dilakukan dalam tahuntaksiran 2010 dan nilai lelongan bersamaan jumlahpinjaman dan faedah, maka Maju Pajak Gadaidikehendaki melaporkan pendapatan faedah sebanyakRM480 dalam tahun taksiran 2010.Tetapi jika jualan / lelongan awam tidak dilakukan dalamtahun taksiran 2010, maka Maju Pajak Gadai dikehendakimelaporkan faedah diterima sebanyak RM240 dalamtahun taksiran 2010, dan baki faedah boleh terimaRM240 dalam tahun taksiran 2011. Jika faedah sebanyakRM240 tidak diterima, maka amaun tersebut bolehlahdituntut sebagai hutang lapuk dalam tahun berikutnyaiaitu apabila selesai melakukan jualan / lelongan awam(yang mana terpakai) dengan syarat tuntutan tersebutmematuhi Ketetapan Umum No. 1/2002.3.4 Prinsip asas terakru mengikut peruntukan subseksyen 33(1) dan 39(1)ACP 1967 dikekalkan untuk tuntutan perbelanjaan.3.5 Pengauditan Tahun-Tahun KebelakanganLHDNM akan menerima pakai pengiktirafan pendapatan yangdigunakan oleh pemegang pajak gadai untuk tahun taksiran 2008 atau2009 (yang mana terpakai) dan sebelum, serta tiada pelarasan dalamasas pengiktirafan pendapatan dibuat untuk tempoh tersebut. Walaubagaimanapun sekiranya terdapat kekurangan dalam laporanpendapatan serta lebihan tuntutan perbelanjaan berdasarkan kepadaasas pengiktirafan pendapatan yang digunapakai itu, pemegang pajakgadai adalah tertakluk kepada pengenaan penalti di bawahsubseksyen 113(2) ACP 1967.16

TERHADLHDN.01/35/(S)/(42)/51/272-13.6 Pengenaan Penalti Di Bawah Subseksyen 107B(4) Dan 107C(10) ACP1967.Tiada pengenaan penalti di atas perbezaan amaun cukai yang kenadibayar dengan cukai anggaran bagi tahun taksiran 2009 dan 2010.Jika sekiranya penalti telah dikenakan, pemegang pajak gadai perlumengemukakan rayuan dan membuktikan bahawa perbezaan amauncukai kena bayar berbanding anggaran cukai melebihi 30%disebabkan oleh pelarasan layanan cukai yang telah diberikan melaluigaris panduan ini.4. PAJAK GADAI SECARA ISLAM (AR-RAHNU)Mulai tahun 2007, operasi pajak gadai secara Islam (Ar-Rahnu) juga tertaklukkepada Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 [Akta 81] dan dikawal selia olehKementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Oleh kerana konsep pajakgadai secara konvensional dan pajak gadai secara Islam mempunyaiperbezaan-perbezaan tertentu, maka Kementerian Perumahan dan KerajaanTempatan telah memberikan pengecualian kepada pajak gadai secara Islamdaripada tertakluk di bawah peruntukan-peruntukan tertentu Akta PemegangPajak Gadai 1972 [Akta 81] dan Peraturan-Peraturan Pemegang Pajak Gadai(Kawalan dan Pelesenan) 2004. Pengecualian-pengecualian tersebut adalahseperti di bawah dan dinyatakan layanan cukai ke atas pengecualianpengecualianitu jika ianya berkaitan.4.1 Bayaran Pampasan Akibat Kehilangan, Kerosakan Dan SebagainyaKe Atas Barang Gadaian (Sandaran).Bayaran pampasan yang dilakukan oleh pemegang pajak gadai bolehdibenarkan tolakan di bawah subseksyen 33(1), ACP 1967 keranaianya adalah sebahagian daripada liabiliti yang harus diambil olehpemegang pajak gadai sama ada pemegang pajak gadai tersebutberoperasi secara konvensional atau secara pajak gadai Islam.4.2 Kegagalan Penebusan Barang Gadaian (Sandaran)Bagi pemegang pajak gadai secara Islam, setiap barang gadaian(sandaran) yang tidak ditebus hendaklah dilakukan lelongan awam17

TERHADLHDN.01/35/(S)/(42)/51/272-1tanpa mengira amaun pinjaman. Oleh itu, layanan cukai adalah sepertiyang diperuntukan di bawah subperenggan 3.2 (g) garis panduan ini.4.3 Kontrak Pajak GadaiTerdapat perbezaan ke atas format, terma dan syarat kontrak pajakgadai secara konvensional dan pajak gadai secara Islam dan ianyatidak memberikan implikasi ke atas layanan cukai.4.4 Kadar Faedah Pajak Gadai / Kadar Upah SimpanKadar faedah pajak gadai bagi pemegang pajak gadai secarakonvensional adalah sebanyak 2% setiap bulan atau sebahagiannyadan kadar upah simpan bagi pemegang pajak gadai secara Islam ialahtidak melebihi 1% sebulan atau 12% setahun. Prinsip mutatis mutandisdipakai ke atas kadar upah simpan bagi pemegang pajak gadai secaraIslam di mana layanan cukai ke atas kadar upah simpan adalahbersamaan dengan layanan cukai ke atas faedah pajak gadai.4.5 Bersama-sama garis panduan ini disertakan Garis PanduanPelaksanaan Perniagaan Pajak Gadai Secara Islam (Ar-Rahnu) YangDiluluskan Di Bawah Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 [Akta 81] danPeraturan-Peraturan Pemegang Pajak Gadai (Kawalan danPelesenan) 2004 yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan danKerajaan Tempatan.LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA03 Jun 201118

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PERNIAGAAN PAJAK GADAI SECARAISLAM (AR-RAHNU) YANG DILULUSKAN DI BAWAH AKTA PEMEGANG PAJAKGADAI 1972 [AKTA 81] DAN PERATURAN-PERATURAN PEMEGANG PAJAKGADAI (KAWALAN DAN PELESENAN) 2004.1. TujuanGaris panduan ini dikeluarkan khusus untuk pelaksanaan modus operandiperniagaan pajak gadai secara Islam yang diluluskan di bawah Akta PemegangPajak Gadai 1972 [Akta 81] dan Peraturan-peraturan Pemegang Pajak Gadai(Kawalan dan Pelesenan) 2004.2. Latar belakangDalam usaha Kementerian untuk menyediakan alternatif kepada orang ramaiberurusan dalam industri pajak gadai terutamanya dalam konteks pelanggan,Kementerian telah mengambil inisiatif untuk meluluskan lesen pemegang pajakgadai secara Islam mulai tahun 2007. Langkah ini diambil susulan daripadapermintaan terhadap pemohon lesen sendiri selain mengambilkira isu-isu sensitifyang dibangkitkan oleh pelanggan Islam berhubung amalan riba dalam pajakgadai konvensional.3. Konsep PelaksanaanSelari dengan konsep pelaksanaan pajak gadai Islam yang telah beroperasi dandikawalselia oleh institusi-institusi bank dan koperasi-koperasi terpilih di seluruhnegara, perniagaan pajak gadai secara Islam yang diluluskan di bawah Akta 81turut menggabungkan dua konsep syariah iaitu:• Ar-Rahnu – merujuk kepada mekanisme di mana suatu barangyang berharga dijadikan sebagai sandaran yang terikat denganhutang bercagar yang boleh dibayar dengannya, sekiranyahutang tersebut tidak dapat dijelaskan; dan• Al - Wadiah Yad Dhamanah – merujuk kepada simpananTerdapat 5 rukun yang perlu dipatuhi di dalam sesuatu urusan gadaian iaitu:i. Akad – penawaran dan penerimaanii. Pemajak – orang yang menggadai iaitu orang yang berhutangiii. Pemegang pajak gadai – orang yang menerima barang gadaian iaitu orangyang memberi pinjamaniv. Marhun – barang gadaianv. Hutang – sebab gadaianAkta Pemegang Pajak Gadai 1972 telah digubal khusus untuk mengawalseliaoperasi perniagaan pajak gadai secara konvensional. Justeru, terdapat beberapaperuntukan di dalam Akta ini mahupun Peraturan yang berkaitan didapati tidakdapat memenuhi konsep pelaksanaan pajak gadai secara Islam. Dalammenimbangkan perkara ini, Kementerian telah meneliti dan mengenalpasti empatperuntukan yang memerlukan pengecualian khusus daripada Akta dan peraturanseperti berikut:

BIL PERUNTUKAN JUSTIFIKASI1 Seksyen 22, Akta 81(3) Mengenai sesuatu sandaranyang telah binasa atau rosak olehkerana atau akibat kebakaran,kecuaian, peninggalan, kecurian,rompakan atau selainnya, nilaisandaran itu hendaklah, bagimaksud pampasan kepada pemajakgadai itu dikira sebagai satuperempat lebih daripada jumlahpinjaman atasnya.Perniagaan Pajak Gadai SecaraIslamPemegang pajak gadai secara Islamhendaklah membayar pampasanbagi barang sandaran yang hilangatau rosak semasa dalam simpananpemegang pajak gadai berdasarkanjumlah baki selepas amaun nilaisandaran ditolak amaun pinjamanwang yang diberikan dan upahsimpan sebelum kehilanganberlaku tanpa mengira apa juasebab kehilangan.2 Seksyen 23, Akta 81(1) Jika sesuatu sandaran tidakditebus sebelum tamat enam bulandari tarikh dipajakgadai, atausesuatu tempoh yang lebih lamasebagaimana yang mungkin telahdipersetujui di antara seseorangpemegang pajak gadai denganpemajak gadai, atau sebagaimanayang dikehendaki mengikut seksyen19, maka sandaran itu-Pemegang pajak gadai secara Islamhendaklah menjalankan kaedahlelongan awam bagi semua barangsandaran yang gagal ditebus tanpamengira amaun pinjaman.(a) jika dipajakgadai untuk wangberjumlah tidak lebih daripadadua ratus ringgit, hendaklahmenjadi harta pemegang pajakgadai itu;atau(b) jika dipajakgadai untuk wangberjumlah lebih daripada dua ratusringgit, apabila dilepaskan olehpemegang pajak gadai itu,hendaklah dilepaskan dengan jalanjualan lelong yang dijalankan olehseseorang pelelong berlesen.

3 Peraturan 12, Peraturan-Peraturan Pemegang Pajak Gadai(Kawalan dan Pelesenan) 2004Surat pajak gadai yang diserahkankepada pemajak gadai olehpemegang pajak gadai hendaklahdalam bentuk yang ditetapkandalam Jadual K dan hendaklahdalam bahasa kebangsaan danmengandungi butir-butir yangberikut:a) nama, gelaran dan alamatpemegang pajak gadai;b) perihal terperinci mengenaisandaran yang dipajakgadai;c) nombor siri sandaran yangdipajakgadai sebagaimanayang dicatat dalam bukupemegang pajak gadai;d) jumlah pinjaman yang dibuatatasnya;e) keuntungan-keuntungan yangdibenarkan oleh Peraturan-Peraturan ini untukdikenakan;f) keuntungan yang dikenakan;g) tarikh akhir untuk sandaranitu boleh ditebus;h) tarikh pemajakgadaian;i) nama, umur, jantina,kerakyatan, nombor kadpengenalan pendaftarannegara, nombor pasport(bagiorang asing) dan alamatpemajak gadai;j) jika pemajak gadai bukanpemilik kepada sandaranyang dipajak gadai, nama,umur, jantina, kerakyatan,nombor kad pengenalanpendaftaran negara, nomborpasport(bagi orang asing)dan alamat pemilik; dank) butir-butir insuran di bawahPeraturan 23.Pemegang pajak gadai secara Islamhendaklah mematuhi syarat-syaratyang ditetapkan di dalam Jadual K disamping menambah lafaz-lafazberikut termasuk nama danditandatangani oleh pemajak gadai,pemegang pajak gadai dan saksidalam surat pajak gadai yangditetapkan sebagai akad urusniaga.i) Lafaz Ijab Pemajak Gadai“Saya sandarkan jenis dan nilaibarangan seperti yang terterapada tiket ini sebagai jaminankepada amaun pinjaman wangyang saya terima. Saya bersetujumenanggung bayaran upahsimpan dan bayaranperkhidmatan lelongan apabilatindakan demikian berlaku”.ii) Lafaz Qabul Pemegang PajakGadai“Saya terima barangan sandarantersebut sebagai jaminan”iii) Lafaz saksi“Saya menyaksikan Ijab danQabul tersebut disempurnakan”

4 Peraturan 17, Peraturan-Peraturan Pemegang Pajak Gadai(Kawalan dan Pelesenan) 2004Keuntungan yang diambil olehseseorang pemegang pajak gadaike atas mana-mana pinjaman yangdiberi pinjam olehnya hendaklahpada kadar tidak melebihi duaperatus sebulan atau sebahagiandaripadanya campur cajpengendalian sebanyak lima puluhsen bagi mana-mana pinjaman yangmelebihi sepuluh ringgit.Kadar upah simpan maksimum yangboleh dikenakan oleh pemegangpajak gadai secara Islam adalahtidak melebihi 1% sebulan atau 12%setahun daripada nilai sandaransemasa urusniaga berlaku tertaklukkepada amaun pinjaman tidakkurang daripada 50% daripada nilaisandaran tersebut kecuali pemajakgadai berkehendakkan amaunpinjaman yang lebih rendahdaripada itu. Nilai sandaranhendaklah dikira berdasarkan berat,jenis dan kadar harga barangsandaran pada hari urusniagatersebut dilakukan.Selain daripada empat peruntukan yang dinyatakan di atas, perniagaan pajak gadaisecara Islam yang diluluskan di bawah Akta ini hendaklah mematuhi peruntukanperuntukanlain yang termaktub di dalam Akta dan peraturan-peraturan subsidiari dibawahnya.Pengecualian hanya boleh diluluskan oleh Y.B. Menteri berdasarkan peruntukanseksyen 46A, Akta 81 seperti berikut:46A. Kuasa Menteri untuk memberikan pengecualian(1) Menteri boleh –(a) selepas menimbangkan hal keadaan istimewa berhubung denganjenis perniagaan mana-mana orang dan kedudukan kewangannya;dan(b)jika dia berpuas hati bahawa tidaklah bertentangan dengankepentingan awam untuk berbuat demikian,melalui pemberitahuan yang disiarkan dalam Warta, mengecualikan manamanapemegang pajak gadai daripada mana-mana peruntukan Akta ini, danpengecualian sedemikian hendaklah diberikan bagi apa-apa tempoh yangdinyatakan dalam pemberitahuan itu, dan boleh dijadikan tertakluk kepadaapa-apa batasan, sekatan atau syarat sebagaimana yang boleh ditentukanoleh Menteri dalam pemberitahuan itu.

Berdasarkan kepada peruntukan di atas, jelas bahawa mana-mana syarikat yangdiluluskan untuk menjalankan perniagaan pajak gadai secara Islam perlu diberipengecualian oleh Y.B. Menteri terlebih dahulu dan pengecualian tersebuthendaklah diwartakan sebelum dibenarkan beroperasi.MAKLUMAT LANJUTSetiausaha BahagianBahagian Pemberi Pinjam Wang & Pemegang Pajak GadaiKementerian Perumahan dan Kerajaan TempatanAras 4, Blok K, Pusat Bandar Damansara,Peti Surat 12579, 50782 Kuala Lumpur.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!