12.07.2015 Views

Mengurus HIV/AIDS Di Tempat Kerja - HIV/AIDS Program

Mengurus HIV/AIDS Di Tempat Kerja - HIV/AIDS Program

Mengurus HIV/AIDS Di Tempat Kerja - HIV/AIDS Program

SHOW MORE
SHOW LESS
• No tags were found...

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Beberapa hari kemudian, Angeline masuk ke pejabat anda dan memberitahu, “Saya tidak boleh melakukan perjalanan kenegara asing ini.” Anda bertanya mengapa dan dia berkata bahawa dia menghidap masalah perubatan yang menghalangnyadaripada pergi ke sana (atau dia mengatakan bahawa permohonan visanya ditolak). Memandangkan kunjungan ke negaraini adalah fungsi penting dalam tugasnya, anda perlu mengetahui butiran yang lebih lanjut, termasuk sama ada ini situasiyang bersifat sementara atau berkekalan. AMARAN: perbualan ini hendaklah dilakukan secara amat berhati-hati — beritumpuan kepada keperluan asas pekerjaan, dan jangan tanya soalan langsung mengenai masalah perubatan yang dinyatakanoleh pekerja tersebut. Angeline mula menangis dan berkongsi bahawa dia positif HIV secara sukarela. Apa yang perluanda lakukan?Tidak bersedia untuk berita seperti ini, anda mungkin tidak tahu untuk berkata apa. Peranan anda yang pertama adalahuntuk mendengar dan menawarkan apa jua sokongan yang boleh. Tiada perbezaannya dengan keadaan di manaseseorang memberitahu anda bahawa dia menghidap penyakit serius yang lain. Apabila sesuai, ucapkan terima kasihkepada Angeline kerana mempercayai anda dan yakinkannya bahawa anda akan menyimpan maklumat ini sebagai rahsia.Anda terus melayan Angeline sama seperti sebelum dia memberitahu anda.Dasar HIV/AIDS Di Tempat Kerja Sedunia LS&CO. menyatakan bahawa pekerja yang hidup dengan HIV/AIDS hendaklah,sekurang-kurangnya, diurus dengan cara yang sama seperti pekerja yang menghidap penyakit kronik lain, dari segi dasardan faedah pekerjaan, termasuk tetapi tidak terhad kepada, ketidakhadiran, penilaian, akomodasi pekerjaan, faedahketidakupayaan dan cuti dengan izin.Kini anda menghadapi masalah menyelesaikan bagaimana untuk memenuhi tugas yang perlu dilakukan di lokasi luar negaraini. Apa yang perlu anda lakukan?Perkara pertama yang perlu difikirkan ialah:Apakah had dan alternatif yang mungkin? Perlukah tugas ini dilakukan di lokasi? Jika ya, bolehkah tugas ini dilakukandengan lebih kerap, kunjungan yang lebih singkat; iaitu, tiga bulan atau kurang?Jika tugas ini tidak dapat dilakukan dalam tempoh yang lebih singkat ataukunjungan yang lebih kerap, beritahu Angeline bahawa anda perlumemaklumkan Pengarah Sumber Manusia bahawa dia mengalamimasalah perubatan [tidak perlu untuk mendedahkan status HIVnya —cuma bahawa dia mengalami masalah perubatan], dan bahawapendedahan ini merupakan sebahagian daripada penentuan sama adaakomodasi boleh dibuat. Jangan lupa bahawa LS&CO. komited untukmemastikan kerahsiaan mutlak bagi semua maklumat kesihatan pekerja.Sebarang pelanggaran kerahsiaan akan disifatkan sebagai serius danTataniaga Sedunia akan digunakan dalam hal HIV/AIDS.Anda menyemak alternatif dengan Pengarah Sumber Manusia anda.Contohnya, terdapat jawatan yang sesuai untuk Angeline? Sebagaisebahagian daripada komitmen anda kepada Dasar HIV/AIDS Di TempatKerja Sedunia, anda menerokai alternatif yang mungkin untuk memenuhikeperluan unit perniagaan anda secara terbaik, memandangkan kekangandaripada keadaan Angeline.Talian Laporan Tataniaga Etika &Pematuhan Seluruh Dunia yangdigunakan untuk melaporkanpelanggaran Tataniaga ini tanpamenzahirkan nama pelapor jugadisediakan untuk melaporkanpelanggaran kerahsiaan ataudiskriminasi dalam keadaanHIV/AIDS. Rujuk pautan ini untuknombor telefon yang sewajarnya:http://lsportal/sites/hiv/ep/er.aspx.Secara alternatif, anda juga bolehbercakap dengan wakil HRsetempat mengenai pelanggarankerahsiaan.Respons kes kajian berasaskan dasar LS&CO. secara am. Sila ambil perhatian bahawa dasar, amalan atauundang-undang setempat mungkin berkuat kuasa dan memerlukan respons yang berbeza daripada yangdiberikan di sini. Di samping itu, anda boleh menghubungi wakil HR untuk bantuan, serta melihat laman pasukanPencegahan, Rawatan dan Penjagaan untuk maklumat mengenai: http://lsportal/sites/hiv/ep/default.aspx.Jangan lupa, jika berbincang mengenai isu kesihatan/perubatan dengan HR atau orang lain dalam pengurusan,penting untuk anda mendapatkan kebenaran pekerja berkenaan sebelum perbincangan tersebut.- 19 -

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!