12.07.2015 Views

Mengurus HIV/AIDS Di Tempat Kerja - HIV/AIDS Program

Mengurus HIV/AIDS Di Tempat Kerja - HIV/AIDS Program

Mengurus HIV/AIDS Di Tempat Kerja - HIV/AIDS Program

SHOW MORE
SHOW LESS
• No tags were found...

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Kes Tujuh: Khabar Angin, Kerahsiaan dan PendidikanSimon, pekerja gedung runcit, mengambil cuti apabila pasangannya meninggal dunia. Beberapakhabar angin mengenai status HIVnya tersebar di gedung ini. Anda sedang menjadualkansemakan inventori selepas gedung ditutup, dan meminta Simon mengambil dan menghidangkanmakanan ringan.Seorang pekerja gedung lain datang kepada anda dan berkata bahawa pekerja lain tidak mahumakan apa-apa yang sudah disentuh oleh Simon.Sebagai pengurus gedung, apa yang perlu anda lakukan?AMARAN: Jangan bincang atau timbulkan status kesihatan Simon dengan pekerja yang datang kepada anda — topik initidak perlu menjadi sebahagian daripada perbualan. Seterusnya, adakan mesyuarat dengan pekerja tersebut dan dapatkanmaklumat mengapa sesetengah kakitangan tidak mahu makan makanan yang sudah disentuh oleh Simon. Jika dia berkata“Sesetengah orang merasakan bahawa Simon positif HIV, dan takut mereka juga akan dijangkiti,” ucapakan terima kasihkepada pekerja tersebut kerana menimbulkan isu ini dan beritahunya bahawa ramai orang salah persepsi mengenai HIV/AIDS. Beritahu pekerja tersebut bahawa seseorang tidak menjadi positif HIV kerana berkongsi makanan atau mempunyaiperhubungan kasual. Keluarkan salinan “HIV/AIDS Di Tempat Kerja anda: Panduan Untuk Pengurusan” anda dan semakLampiran, yang mempunyai maklumat mengenai cara virus ini dijangkiti. Di samping itu, sarankan supaya pekerja inimembaca semula bahan yang dia terima semasa Sesi Pendidikan HIV/AIDS (atau dalam talian di laman Program PT&CHIV/AIDS) untuk memperbaharui kefahamannya mengenai HIV/AIDS.Perkukuhkan pelajaran daripada latihan HIV/AIDS bahawa menyebarkan khabar angin adalah tingkah laku yang tidak bolehditerima. Nyatakan kepada pekerja ini betapa sukarnya bagi Simon yang baru sahaja kehilangan pasangannya — danmemandangkan kita semua pernah kehilangan orang yang kita sayangi, kita tahu bahawa Simon memerlukan sokongan kita.Ingatkan pekerja ini mengenai laman pasukan HIV/AIDS: http://lsportal/sites/hiv/ep/default.aspx. Di samping itu, ambilpeluang untuk merujuk Dasar HIV/AIDS Di Tempat Kerja Sedunia LS&CO. dan komitmen kita untuk mewujudkanpersekitaran kerja yang menyokong di mana hak asasi manusia dan maruah semua pekerja, termasuk mereka yang hidupdengan HIV/AIDS, dilindungi.Pastikan anda yang pertama untuk menikmati makanan ringan selepas inventori selesai.Semasa dan selepas acara inventori ini, pantau untuk melihat sama ada Simon dilayan secara berbeza atau sebaliknyatertekan oleh perasaan rakan sekerjanya. Sebagai pengurus, anda mempunyai tanggungjawab khusus terhadappersekitaran kerja dan untuk berusaha bersungguh-sungguh demi memastikan bahawa ia tempat para pekerja, tanpamengira status HIV mereka, yang sebenar atau yang ditanggap, tidak dicap. Sebarang tindakan yang anda perlu ambil akanberbeza mengikut situasi, dan boleh meliputi dari sesi pendidikan HIV/AIDS tambahan hinggalah tindakan disiplin.Senario Alternatif:Mungkin juga berlaku di mana pekerja yang mendekati anda mengenaikebimbangannya untuk makan makanan ini mungkin tidak mendedahkansebab mengapa orang takut. Dia tidak beritahu mengapa, tetapi sebaliknyadia berkata, “Saya tidak begitu tahu, mereka cuma tidak mahu makanmakanan tersebut.” Kemudian dia berlalu.Oleh kerana anda tidak tahu konteks respons pekerja anda ini, tidak wajar untuk melakukansesuatu buat masa ini. Selepas menyemak inventori, penting bagi anda untuk memastikan andayang pertama dalam barisan untuk menikmati makanan ringan ini. Kemudian perhatikan semasaacara inventori ini dan terus memantau kumpulan ini untuk melihat sama ada Simon dilayansecara berbeza atau sebaliknya tertekan oleh perasaan rakan sekerjanya. Sebagai pengurus, andamempunyai tanggungjawab khusus terhadap persekitaran kerja dan untuk berusaha bersungguhsungguhdemi memastikan bahawa ia tempat para pekerja, tanpa mengira status HIV mereka,yang sebenar atau yang ditanggap, tidak dicap. Sebarang tindakan yang anda perlu ambil akanberbeza mengikut situasi, dan boleh meliputi dari sesi pendidikan HIV/AIDS tambahan hinggalahtindakan disiplin.Respons kes kajian berasaskan dasar LS&CO. secara am. Sila ambil perhatian bahawa dasar, amalan atauundang-undang setempat mungkin berkuat kuasa dan memerlukan respons yang berbeza daripada yangdiberikan di sini. Di samping itu, anda boleh menghubungi wakil HR untuk bantuan, serta melihat laman pasukanPencegahan, Rawatan dan Penjagaan untuk maklumat mengenai: http://lsportal/sites/hiv/ep/default.aspx.Jangan lupa, jika berbincang mengenai isu kesihatan/perubatan dengan HR atau orang lain dalam pengurusan,penting untuk anda mendapatkan kebenaran pekerja berkenaan sebelum perbincangan tersebut.- 20 -

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!