12.07.2015 Views

gpp golf april 2013 - JPBD

gpp golf april 2013 - JPBD

gpp golf april 2013 - JPBD

SHOW MORE
SHOW LESS
• No tags were found...

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

PADANG GOLFDRAFApril 2013

Cetakan Pertama 2013© Hak CiptaJabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung MalaysiaKementerian Perumahan dan Kerajaan TempatanHak Cipta TerpeliharaMana-mana bahagian dalam laporan ini tidak boleh diterbitkan semula,disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi,ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk cara,sama ada dengan cara elektronik, gambar rakaman dansebagainya tanpa kebenaran bertulisdaripada Penerbit terlebih dahulu.ISBN 978-983-2839-32-3Diterbitkan di MalaysiaolehJabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung MalaysiaKementerian Perumahan dan Kerajaan TempatanTel: 03 – 2081 6000 Faks: 03 – 2094 1170

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PADANG GOLFiISI KANDUNGANMUKA SURAT1. TUJUAN 12. DEFINISI 12.1 Sukan Golf 12.2 Padang Golf 12.3 Lapang Sasar Golf 12.4 Akademi Golf 23. SKOP 24. PRINSIP PERANCANGAN 24.1 Alam Sekitar dan Estetik 24.2 Keselesaan dan Keharmonian 34.3 Keselamatan 34.4 Kemudahsampaian 45. GARIS PANDUAN UMUM 45.1 Klasifikasi Guna Tanah 45.2 Zon Penampan 45.3 Kolam Takungan 56. GARIS PANDUAN KHUSUS 76.1 Padang Golf 76.2 Lapang Sasar Golf 116.3 Akademi Golf 15SENARAI FOTOFoto 1 : Struktur lapang sasar golf bertingkat di Setapak, Kuala LumpurFoto 2 : Contoh target marker di dalam kawasan lapang sasar golfFoto 3 : Contoh tempat letak buggy berdekatan rumah kelabFoto 4 : Contoh halfway hut di Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah, SelangorFoto 5 : Contoh kedai barangan golfFoto 6 : Jaring keselamatan yang disediakan di Setapak Driving Range,Kuala LumpurFoto 7 : Ruang tempat duduk membelakangi driving bayFoto 8 : Contoh suasana pembelajaran di studio pembelajaran di akademi golfFoto 9 : Practice mat iaitu tempat membuat pukulan ke target markerJabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PADANG GOLFiiFoto 10 : Contoh peralatan khas yang mana terdapat skrin memaparkan analisispukulan bola sejurus pukulan dibuatFoto 11 : Pandangan dari driving bay ke fairway di akademi golfFoto 12 : Contoh bentuk target marker di fairwayFoto 13 : Contoh kemudahan asas di Akademi Golf Impact Elite di Kelab Golf TheMines, Seri Kembangan, SelangorSENARAI RAJAHRajah 1 : Komponen asas padang golfRajah 2 : Zon penampan dengan jarak minimum 30 meterRajah 3 : Cadangan susun atur kawasan kediaman di dalam padang golfRajah 4 : Ilustrasi zon penampan dalam bentuk jalan raya, pokok, kolam danbunker sekiranya kediaman dibangunkan berselari dengan fairwayRajah 5 : Cadangan jarak minimum fairwayRajah 6 : Cadangan ukuran minimum driving bayGLOSARITeeing ShotJenis pukulan yang dibuat daripada tee box.TeeBerbentuk seperti paku yang dipasakkan di dalam tee box untuk meletakkan bola golfyang akan dipukul.Practice MatAlas yang direka bentuk khusus seperti sebidang rumput sebagai tempat untukmemulakan pukulan di lapang sasar atau akademi golf.PuttingPukulan yang dilakukan di atas green dan menggunakan putter dan merupakan pukulanpaling sukar bagi pemain.ChippingPukulan yang rendah ketika bola dihayunkan rendah dan kemudian bergulir mengarahke green.Practice BunkerRintangan perangkap pasir yang direka untuk tujuan latihan di dalam green.Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PADANG GOLF 2Lapang sasar golf boleh dibangunkanbersekali dengan padang golfataupun secara berasingan (standalone activity). Lapang sasar golfyang dibangunkan secara berasingankebiasaannya terletak di kawasanpusat bandar. Struktur bangunanyang menempatkan driving bay(tempat membuat pukulan) bolehdibangunkan melebihi satu tingkat(rujuk Foto 1) namun ia perlumengambil kira ciri-ciri keselamatanuntuk mengelakkan impak negatif.Di dalam kawasan lapang sasar golf,jarak sasaran pukulan ditandakandengan target marker (rujuk Foto2). Pemain akan membuat pukulanke arah target marker dari drivingbay.Salah satu contoh pembangunanakademi golf terletak di Kelab GolfThe Mines, Seri Kembangan,Selangor yang merupakan antaraakademi golf terbaik di Malaysia dandibangunkan di dalam kawasanpadang golf.Walau bagaimanapun, terdapatbeberapa komponen khas (rujukBahagian 6.3) perlu disediakan diakademi golf untuk menyokongaktiviti di akademi golf.Foto 1: Struktur lapang sasar golfbertingkat di Setapak, Kuala Lumpur2.4 Akademi GolfAkademi golf merupakan salah satutren pembangunan kemudahansukan golf yang sudah mula terkenaldi Malaysia pada masa kini. Akademigolf dibangunkan bertujuan sebagaipusat bimbingan untuk para pemaingolf meningkatkan mutu permainandan serta mengasah bakat-bakatbaru dalam sukan ini.Foto 2: Contoh target marker didalam kawasan lapang sasar golfAkademi golf boleh dibangunkanbersekali dengan pembangunanpadang golf atau lapang sasar golfatau secara stand alone activity.Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PADANG GOLF 33. SKOP GARIS PANDUANGaris panduan perancangan inimeliputi perkara-perkara berikut:i. Prinsip perancangan, garispanduan umum dan khususbagi pembangunan kawasanpadang golf, lapang sasar golfdan akademi golf; danii.Penentuan perancangan fizikalkawasan pembangunan supayadapat menjamin kelestarianalam sekitar dan nilai estetiksemula jadi, persekitaran yangselamat dan selesa sertamenyokong kepentinganterhadap keperluan prasaranasukan golf iaitu padang golf,lapang sasar golf dan akademigolf.4. PRINSIP PERANCANGANPerancangan pembangunan padanggolf, lapang sasar golf dan akademigolf hendaklah berdasarkan kepadaprinsip-prinsip berikut:4.1 Alam Sekitar dan EstetikMengambil kira pemeliharaan alamsemula jadi merupakan prinsippenting bagi memastikan nilaiestetik sesebuah kawasan terusterpelihara.Perancangan dan pembangunanpadang golf perlu mengekalkan ciriciritopografi semula jadi dan sistemsaliran sedia ada seperti kawasansungai, tasik dan mana-mana badanair. Namun, lokasi pembangunanpadang golf tidak digalakkanmerentasi saliran sedia adasekiranya ia merupakan sumber airkegunaan penduduk setempatkerana dikhuatiri tercemar olehsebab aktiviti penyelenggaraanrumput di padang golf.Reka bentuk sesebuah padang golfperlu meminimumkan kerja-kerjatanah bagi memastikan aktivitipembangunan tidak mencemarkanalam sekitar dan merosakkan asetsemula jadi di kawasan tersebut.4.2 Selesa dan HarmoniPembangunan guna tanah lainseperti perumahan dan kemudahansokongan perlu disepadukan secaraselesa dan harmoni, selaras dengankeadaan semula jadi serta susunatur padang golf. Kesinambunganguna tanah antara padang golf,lapang sasar golf atau akademi golfdengan aktiviti-aktiviti lain haruslahdiwujudkan.4.3 KeselamatanPerancangan dan pembangunanguna tanah lain yang diintegrasidengan kawasan padang golf,lapang sasar golf atau akademi golfJabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PADANG GOLF 4hendaklah serasi serta menjaminkeselamatan pemain dan penghunipenghunidi dalam mahupun disekitar kawasan pembangunan.Sebagai contoh, peletakan gunatanah perumahan hendaklah dikawasan yang lebih tinggi darifairway manakala reka bentuk laluanbuggy hendaklah di dalam kawasanzon penampan atau di persisiranfairway dan green. Pemasanganlightning arrester (perangkap kilat)pula diperlukan sekiranya lokasipembangunan tersebut merupakankawasan berbahaya sebagai contohkawasan bekas lombong.4.4 KemudahsampaianRangkaian jalan utama yang dapatmenghubungkan lokasi padang golfdengan kawasan di sekitarnya perludikenal pasti. Walaupun mempunyainilai estetik yang tinggi, lokasipembangunan yang terlalu jauh darijalan utama akan menyukarkankedatangan pengunjung dan secaralangsung mengurangkan tahapkemudahsampaian.5. GARIS PANDUAN UMUM5.1 Klasifikasi Guna TanahBerdasarkan klasifikasi guna tanahdi dalam rancangan pemajuan,padang golf dan lapang sasar golfdiklasifikasikan sebagai TanahLapang dan Rekreasi di bawahkelas kegunaan kemudahan sukandan rekreasi 1 .5.2 Zon PenampanZon penampan sekurang-kurangnya30 meter (100 kaki) perludisediakan di antara pembangunanpadang golf, lapang sasar golf atauakademi golf dengan pembangunanlain di sekitarnya seperti kawasanperumahan, perniagaan, institusidan mana-mana kawasan tumpuanawam lain (rujuk Rajah 2).Zon penampan perlu untukmemastikan supaya aktiviti sukangolf tidak mengakibatkan impaknegatif kepada pengguna danaktiviti guna tanah lain.Zon penampan boleh menggunakanelemen-elemen seperti:i. Jalan Raya;ii. Kawasan Rintangan (hazard);Di dalam kawasan padang golf,rintangan boleh didapati dalambentuk rintangan air (tasik,kolam dan sungai) ataurintangan pasir (dikenali sebagaibunker).1 Manual Rancangan Tempatan Edisi (2009) oleh JabatanPerancangan Bandar dan Desa Semenanjung MalaysiaJabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PADANG GOLF 6Rajah 2:Zon penampandengan jarakminimum 30meterRajah 3:Cadangansusun aturkawasankediaman dibelakang teeboxRajah 4:Ilustrasi zonpenampan dalambentuk jalan raya,pokok, kolam danbunkersekiranyakediamandibangunkanberselari denganfairwayJabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PADANG GOLF 76. GARIS PANDUAN KHUSUS6.1 Padang Golf6.1.1 Jenis Padang GolfPadang golf terbahagi kepada:i. Padang Golf untuk Kejohanan(championship golf course)Jumlah jarak fairway di padang golfhendaklah sekurang-kurangnya6000 meter untuk melayakkannyamenjadi championship golf course.ii. Padang Golf untuk RekreasiTerdiri daripada pengurusan kelabgolf jenis:• proprietor club;• membership club; dan• kelab golf awamJumlah jarak fairway minimumbergantung kepada reka bentukpadang golf tersebut.6.1.2 Keluasan PembangunanCadangan keluasan minimumpembangunan padang golf mengikutjumlah lubang ialah seperti berikut:Jumlah Cadangan KeluasanLubang Minimum (hektar)9 3018 6027 9036 12054 180Sumber: Persatuan Golf Malaysia6.1.3 Lokasi PembangunanJadual 1 menunjukkan lokasipembangunan padang golf yangdibenarkan dan tidak dibenarkan.DIBENARKANJadual 1: Lokasi pembangunan padang golfi. Zon Pelanconganii. Zon Pertanianiii. Zon Perindustrianiv. Zon Rekreasi dan Sukanv. Zon Institusivi. Zon Perumahan- dibenarkan untuk dibangun/diintegrasi di dalam kawasanpadang golf setelah memenuhi syarat yang telahditetapkanvii. Persisiran Pantai- dibenarkan dengan syarat yang ditetapkan di dalam GPPPemuliharaan dan Pembangunan Kawasan Sensitif AlamSekitar (KSAS)Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PADANG GOLF 8TIDAKDIBENARKANi. Kawasan ekologi semula jadi (kawasan sensitif alam sekitar)yang meliputi:- Persisiran pantai- Dataran banjir, tanah lembab, tasik dan sungai- Tadahan air- Simpanan mineral dan bencana geologi- Pertanian makanan- Warisan semulajadi antikuiti- Rizab hidupan liar- Hutan simpan kekal- Pembangunan di kawasan bukit dan tanah tinggi kecualiBukit Tinggi dan Cameron Highland yang telah dikenalpasti sebagai kawasan pengurusan khasii. Kawasan kegunaan khasiii. Rizab utilitiiv. Tapak bekas lombong dan bekas tapak pelupusan sisapepejal dan toksik (dibenarkan dengan syarat yangditetapkan di dalam GPP Pengenalpastian BagiPembangunan Semula Kawasan Brownfield)6.1.4 Komponen PembangunanKomponen pembangunan padang golf terdiri daripada tiga iaitu komponen asas,kemudahan sokongan dan kemudahan sokongan (pilihan).a) Komponen AsasKomponen asas pembangunan padang golf terdiri daripada:(i)Tee Box• Kawasan pemainmemulakan pukulan(teeing shot) bola golfyang diletakkan di atastee ke lubang di greenJabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PADANG GOLF 9(ii)Fairway• Kawasan di antara teebox dan green• Sempadan fairwaykebiasaannyamerupakan deretanpokok, belukar, kolam,parit, anak sungai ataulaluan buggy(iii)Hazard• Boleh didapatidalam bentukbadan air (kolam,tasik, sungai) atauperangkap pasir(bunker)• Direka bentukbertujuan untukmeningkatkancabaran kepadapemain ketikapermainan(iv)Green• Kawasan yangterdapatnya sasaranlubang• Bunker selalu terdapatdi sekitarnya• Lubang ditanda denganmeletakkan benderaJabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PADANG GOLF 10b) Kemudahan SokonganPerancangan fizikal pembangunanpadang golf perlu mengambil kirapenyediaan kemudahan seperti berikut:Foto 3: Contoh tempat letak buggyberdekatan rumah kelabi. Rumah Kelab• pejabat pentadbiran;• ruang istirahat;• kafeteria;• bilik persalinan lelaki dan wanita;• tandas lelaki dan wanita; dan• ruang solat lelaki dan wanita.ii. Tempat Letak Kenderaan• 2 petak tempat letak kereta untuk 1 lubang golf;• tambahan 1 petak untuk 15 meter persegi (m 2 ) ruang lantai rumah kelab;dan• tempat letak buggy (mengikut keperluan)c) Kemudahan Sokongan (Pilihan)Foto 4: Contoh kafetaria di halfwayhut di Kelab Golf Sultan Abdul AzizShah, SelangorSenarai kemudahan sokongan berikut bolehdipilih untuk disediakan atau sebaliknya:i. bilik rehat kedi;ii. bilik rawatan kecemasan;iii. halfway-hut;iv. kedai barangan golf (pro shop);v. kolam renang;vi. gimnasium;vii. bilik mesyuarat/seminar;viii. bilik media; danix. bilik menunggu tetamu kenamaan.Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PADANG GOLF 11Foto 5: Contoh kedaimenjual peralatan golfPembangunan championship golf course perlumengambil kira kemudahan-kemudahansokongan lain seperti kawasan tempat letakkereta sementara dan ruang tempat dudukpengunjung yang mencukupi sekiranyakejohanan sukan golf diadakan.Garis panduan perancangan ini hanyamemperincikan komponen pembangunanpadang golf semata-mata. Selain itu,pembangunan padang golf perlulah memenuhisyarat-syarat garis panduan lain yang diterimapakai oleh pihak berkuasa negeri dan pihakberkuasa tempatan.6.2 Lapang Sasar Golf6.2.1 Keluasan PembangunanRajah 5: Cadangan jarak minimum fairwayKeluasan pembangunan lapang sasargolf bergantung sama ada iadibangunkan bersekali denganpadang golf atau di dalam strukturbangunan berasingan sertakomponen kemudahan yangdisediakan.Walau bagaimanapun, jarak fairwayiaitu di antara driving bay dan targetmarker perlulah sekurang-kurangnya320 meter (rujuk Rajah 7).Rajah 6: Cadangan ukuran minimum driving bayManakala kelebaran driving baybergantung kepada jumlah bay yangdisediakan. Bagi setiap satu drivingbay, ukuran minimum dicadangkanseperti di Rajah 8.Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PADANG GOLF 126.2.2 Lokasi PembangunanJadual 2 menunjukkan lokasi pembangunan lapang sasar golf yang dibenarkandan tidak dibenarkan.DIBENARKANTIDAKDIBENARKANJadual 2: Lokasi pembangunan lapang sasar golfi. Zon Pelanconganii. Zon Pertanianiii. Zon Perindustrianiv. Zon Rekreasi dan Sukanv. Zon Institusivi. Zon Perumahan- dibenarkan untuk dibangun/diintegrasi di dalam kawasanpadang golf setelah memenuhi syarat yang telahditetapkanvii. Persisiran Pantai- dibenarkan dengan syarat yang ditetapkan di dalam GPPPemuliharaan dan Pembangunan Kawasan Sensitif AlamSekitar (KSAS)i. Kawasan ekologi semula jadi (kawasan sensitif alam sekitar)yang meliputi:- Persisiran pantai- Dataran banjir, tanah lembab, tasik dan sungai- Tadahan air- Simpanan mineral dan bencana geologi- Pertanian makanan- Warisan semulajadi antikuiti- Rizab hidupan liar- Hutan simpan kekal- Pembangunan di kawasan bukit dan tanah tinggi kecualiBukit Tinggi dan Cameron Highland yang telah dikenalpasti sebagai kawasan pengurusan khasii. Kawasan kegunaan khasiii. Rizab utilitiiv. Tapak bekas lombong dan bekas tapak pelupusan sisapepejal dan toksik (dibenarkan dengan syarat yangditetapkan di dalam GPP Pengenalpastian BagiPembangunan Semula Kawasan Brownfield)Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PADANG GOLF 136.2.3 Komponen PembangunanKomponen pembangunan lapang sasar golf terdiri daripada komponen asas,kemudahan sokongan dan kemudahan sokongan (pilihan).a) Komponen AsasKomponen asas pembangunan lapang sasar golf terdiri daripada:(i)DrivingBay• Kawasan pemain memulakanpukulan bola golf ke arah targetmarker• Di dalam struktur bangunan atau dikawasan padang golf (sekiranyadibangunkan bersekali)• Setiap driving bay perlu disempadanidan dilengkapi dengan practice matserta bekas meletak bola golf• Jumlah driving bay yang perludisediakan sekurang-kurangnya ialah12(ii)Fairway• Kawasan di antara driving bay dantarget marker• Di antara fairway dan kawasansekitarnya perlu disempadani olehjaring keselamatanJabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PADANG GOLF 14(iii)TargetMarker• Penanda yang menunjukkanjarak pukulan pemain daridriving bayb) Kemudahan SokonganPerancangan fizikal pembangunan lapang sasargolf perlu mengambil kira penyediaan kemudahanseperti berikut:Foto 6: Jaring keselamatanyang disediakan di SetapakDriving Range, Kuala Lumpuri. Struktur bangunan yang menempatkan:• pejabat pengurusan;• tandas lelaki dan perempuan; dan• ruang solat lelaki dan perempuan.ii. Tempat Letak Keretaiii. Jaring Keselamatan• bergantung kepada keadaan sekelilingfairway dan ketinggian strukturbangunan lapang sasar golfFoto 7: Ruang tempat dudukmembelakangi driving bayc) Kemudahan Sokongan (Pilihan)i. ruang tempat duduk;ii. kafeteria;iii. kedai barangan golf (pro shop);iv. pusat servis peralatan golf;v. putting green;vi. chipping green; danvii. practice bunker.Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PADANG GOLF 15Selain itu, pembangunan lapangsasar golf perlulah memenuhisyarat-syarat garis panduan lainyang diterima pakai oleh pihakberkuasa negeri dan pihak berkuasatempatan.6.3 Akademi Golf6.3.1 Reka BentukReka bentuk akademi golfkebiasaanya merupakan sebuahstruktur bangunan beserta fairwayyang dilengkapi dengan beberapakemudahan sokongan sertaperalatan-peralatan khas untukmenyokong fungsinya sebagaisebuah akademi.a) Komponen AsasKomponen asas pembangunanakademi golf terdiri daripada:i. Studio PembelajaranStudio pembelajaran merupakanruang yang disediakan untuk tujuanpraktikal di akademi golf (Foto 8).Ia dilengkapi dengan beberapapractice mat (Foto 9)sebagai drivingbay, meja perbincangan danperalatan-peralatan khas (Foto 10)yang digunakan untuk menyokongaktiviti di akademi golf contohnyakamera perakam dan sistemkomputer untuk merekod danmenganalisis latihan para pemain.6.3.2 Komponen PembangunanKomponen pembangunan akademigolf terdiri daripada komponen asasdan kemudahan sokongan.Foto 8: Contoh-contoh suasana pembelajaran di studio pembelajaran di akademi golfJabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PADANG GOLF 16Foto 9: Practice mat iaitu tempatmembuat pukulan ke target markerii.FairwayKawasan di antara driving bay di studiopembelajaran dan target marker.Seperti di lapang sasar golf, fairway diakademi golf juga perlu disempadanioleh jaring keselamatan sekiranyaboleh mendatangkan impak negatifkepada penghuni aktiviti di sekitarnya.Foto 11:Pandangandari drivingbay kefairway diakademigolfFoto 10: Contoh peralatan khasyang mana terdapat skrinmemaparkan analisis pukulanbola sejurus pukulan dibuatiii. Target MarkerMerupakan penanda-penanda yangmenunjukkan jarak pukulan daridriving bay di akademi golf.Foto 12:Contohbentuktargetmarker difairwayJabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PADANG GOLF 17b) Kemudahan SokonganPerancangan reruang di dalamstruktur bangunan akademi golfperlu mengambil kira penyediaankemudahan sokongan sepertiberikut:Foto 13: Contoh kemudahan asas diAkademi Golf Impact Elite di Kelab Golf TheMines, Seri Kembangan, Selangori. ruang penyambut tetamu;ii. ruang menunggu;iii. ruang pejabat pentadbiran;iv. bilik darjah;v. tandas lelaki dan perempuan;vi. ruang solat lelaki danperempuan;vii. bilik persalinan lelaki danperempuan;viii. pantri; danix. tempat letak kereta.7.0 PENUTUPGaris panduan perancangan ini akan menjadi panduan kepada semua pihakyang melaksanakan serta mengawal pembangunan padang golf dankemudahan-kemudahan sukan golf lain yang diperlukan. Ia seterusnya dapat:• menghasilkan pembangunan padang golf, lapang sasar golf dan akademigolf secara bersepadu dengan lebih terancang dan menjadi pelengkapkepada aktiviti guna tanah yang lain;• memelihara kelestarian alam semula jadi;• mempertingkatkan ciri-ciri keselamatan dan keharmonian pembangunanpadang golf, lapang sasar golf dan akademi golf; dan• memajukan arena sukan golf dengan penyediaan prasarana sukan golf yanglebih komprehensif.Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Sebarang pertanyaan sila hubungi:PengarahBahagian Penyelidikan dan PembangunanJabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung MalaysiaTel: 03-2081 6000Faks: 03- 2094 1170E-mel: bpp@townplan.gov.myLaman web: www.townplan.gov.my

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!