12.07.2015 Views

Garis Panduan - Lembaga Hasil Dalam Negeri

Garis Panduan - Lembaga Hasil Dalam Negeri

Garis Panduan - Lembaga Hasil Dalam Negeri

SHOW MORE
SHOW LESS
• No tags were found...

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

LHDN.01/35/42/51/84GARIS PANDUAN PERMOHONAN UNTUK KELULUSANDI BAWAH SUBSEKSYEN 44(6) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967BAGI TABUNG SUMBANGAN WANG AWAM SEKOLAH________________________________________________________1. PENGENALAN1.1 Selaras dengan fokus Kerajaan untuk meringankan perbelanjaanmenambahbaik kemudahan sekolah yang tidak berorientasikankeuntungan, peruntukan Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967)telah dipinda untuk melayakkan Tabung Sumbangan Wang AwamSekolah (TSUWA) mendapat kelulusan di bawah subseksyen 44(6)ACP 1967. TSUWA ini bukanlah sebuah pertubuhan atau organisasiyang diluluskan dan didaftarkan di bawah mana-mana pihak berkuasa.1.2 Kelulusan di bawah subseksyen 44(6) ACP 1967 akan diberi kepadaTSUWA. Guru Besar / Pengetua sekolah bertanggungjawab ke atasTSUWA.1.3 Secara amnya pendapatan TSUWA adalah derma daripada orangawam.1.4 Dana TSUWA hendaklah digunakan bagi tujuan pembelajaran danpengajaran (P&P) pelajar-pelajar sekolah sebagaimana yang telahditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.1.5 Guru Besar / Pengetua sekolah perlu menyediakan akaun TSUWAyang berasingan daripada akaun sekolah / akaun Lembaga Pengelola /akaun Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).1.6 Sekolah Kerajaan tidak perlu memohon kelulusan Ketua PengarahHasil Dalam Negeri (KPHDN) kerana derma kepada sekolah Kerajaanyang dibuktikan dengan resit rasmi Kerajaan merupakan sumbangankepada Kerajaan yang mana penderma layak diberi potongan dibawah subseksyen 44(6) ACP 1967.Muka surat 1 daripada 6

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA2. TUJUANGaris panduan ini bertujuan menerangkan maksud TSUWA, syarat-syaratkelulusan dan prosedur permohonan untuk kelulusan serta hal-hal lain yangberkaitan.3. DEFINISI TABUNG SUMBANGAN WANG AWAM3.1 TSUWA adalah sebuah tabung yang ditubuhkan khusus untuk tujuanP&P pelajar-pelajar sekolah sebagaimana yang telah ditetapkan olehKementerian Pelajaran Malaysia. TSUWA yang ditubuhkan olehsekolah hendaklah bertujuan bukan untuk mencari keuntungan tetapibertujuan semata-mata bagi amanah pendidikan selaras denganperuntukan perenggan 44(7)(aa) ACP 1967 seperti petikan berikut -“an organization established and maintainedexclusively to administer and augment a public orprivate fund established or held for the solepurpose of carrying out the objective in which theinstitution is operated or conducted”.3.2 Sekolah mestilah sebuah sekolah yang berdaftar dengan KementerianPelajaran atau Majlis Agama Islam Negeri / Jabatan Agama IslamNegeri.4. PROSEDUR DAN KEPERLUAN PERMOHONAN4.1 Kelulusan hanya diberi berdasarkan sesuatu program yang diluluskanoleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan(BPPDP), Kementerian Pelajaran Malaysia. TSUWA hendaklahmengemukakan anggaran perbelanjaan berserta dengan sebut hargabagi setiap program. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)akan menyemak anggaran perbelanjaan dan memaklumkan jumlahyang diluluskan.4.2 Setelah program yang diluluskan tamat dan TSUWA berhasrat untukmenjalankan program lain, maka TSUWA perlu mengemukakanpermohonan baru berkaitan program tersebut.4.3 Tiada borang khas untuk mengemukakan permohonan kelulusan dibawah subseksyen 44(6) ACP 1967.Muka surat 2 daripada 6

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA4.4 Permohonan hendaklah dibuat oleh Guru Besar / Pengetua sekolahmelalui surat dengan dokumen dan maklumat berikut dengan lengkap -(i) Kertas kerja penubuhan TSUWA yang antara lainnyamenyatakan fasal-fasal berkenaan:a. Nama dan alamat TSUWA;b. Objektif penubuhan TSUWA;c. Senarai ahli jawatankuasa TSUWA yang lengkap denganmenyatakan nama, alamat penuh, nombor kadpengenalan, pekerjaan dan jawatan dalam TSUWA;d. Anggaran perbelanjaan bagi program yang akandilaksanakan;e. Sebut harga perbelanjaan bagi program yang akandilaksanakan;f. Pengurusan dan kawalan penggunaan dana TSUWA.(ii)(iii)(iv)Dokumen pendaftaran sekolah daripada Kementerian PelajaranMalaysia atau Majlis Agama Islam Negeri / Jabatan AgamaIslam Negeri.Senarai program P&P yang telah diluluskan dan senaraiprogram P&P yang akan dijalankan oleh sekolah melaluipenubuhan TSUWA.Surat kelulusan program daripada:PengarahBahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,Kementerian Pelajaran Malaysia,Aras 1-4, Blok E8, Kompleks E,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62604 Putrajaya.(v)(vi)Penyata kewangan TSUWA bagi dua tahun yang terakhir.Sesalinan resolusi atau minit mesyuarat lembaga pengelolasekolah berhubung dengan –Muka surat 3 daripada 6

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIAa. penubuhan TSUWA;b. pelantikan jawatankuasa TSUWA; danc. kelulusan kertas kerja TSUWA.4.5 Permohonan hendaklah dikemukakan kepada -5. SYARAT-SYARAT KELULUSANKetua PengarahLembaga Hasil Dalam Negeri MalaysiaJabatan Dasar PercukaianAras 17, Menara HasilPersiaran Rimba Permai, Cyber 863000 CyberjayaSelangor5.1 ObjektifTSUWA mestilah ditubuhkan di Malaysia semata-mata bagi tujuanP&P pelajar-pelajar sekolah sebagaimana yang telah ditetapkan olehKementerian Pelajaran Malaysia. TSUWA yang ditubuhkan olehsekolah hendaklah bertujuan bukan untuk mencari keuntungan tetapisemata-mata untuk manfaat pendidikan pelajar sekolah.5.2 ManfaatManfaat TSUWA tidak boleh dinikmati oleh ahli-ahli lembaga pengelolasekolah dan ahli keluarga mereka serta staf sekolah. Mereka yangmempunyai kuasa dan kedudukan tidak boleh menggunakan kuasadan kedudukan tersebut untuk kepentingan sendiri.5.3 Ahli Jawatankuasa TSUWASekurang-kurangnya 50% daripada ahli jawatankuasa TSUWAhendaklah terdiri daripada ibu bapa pelajar.5.4 Penyata KewanganTSUWA hendaklah mengemukakan penyata kewangan kepadaKPHDN (Jabatan Dasar Percukaian) selewat-lewatnya dalam tempoh3 bulan selepas program P&P tamat.Muka surat 4 daripada 6

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA5.5 LaranganTSUWA tidak boleh terlibat dalam sebarang kegiatan politik ataugerakan Kesatuan Sekerja dan tidak boleh membenarkankewangannya, ahli/staf dan premis/hartanya digunakan untuk tujuantujuantersebut.6. PERKARA LAIN6.1 TSUWA yang diluluskan di bawah subseksyen 44(6) ACP 1967 danpenderma kepada TSUWA yang diluluskan akan menikmatipengecualian dan potongan cukai seperti berikut -(i)Pengecualian CukaiTSUWA yang diluluskan akan diberikan pengecualian cukai keatas pendapatan (kecuali pendapatan dividen) di bawahperenggan 13, Jadual 6 ACP 1967.(ii)PotonganPenderma yang menderma kepada TSUWA yang diluluskanlayak mendapat potongan atas derma mereka dalam pengiraanjumlah pendapatan. Perlu diingatkan bahawa hanya dermawang tunai yang disokong oleh resit rasmi yang dikeluarkanoleh sekolah layak untuk potongan. Derma berupa barangantidak layak untuk potongan.6.2 Semua sumbangan yang diterima hendaklah dikeluarkan resit rasmiyang mencatatkan dengan jelas:-(i)(ii)(iii)(iv)(v)(vi)Nama dan alamat TSUWA;Nombor siri resit rasmi;Tarikh resit;Nama penderma dan nombor kad pengenalan atau nomborpendaftaran syarikat penderma;Jawatan pemungut (collector) seperti Guru Besar / Pengetuasekolah;Rujukan kelulusan LHDNM iaitu nombor rujukan fail.Muka surat 5 daripada 6

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA6.3 Setelah program yang diluluskan tamat, baki wang kutipan programjika ada hendaklah didermakan kepada Kerajaan atau mana-manaorganisasi yang diluluskan oleh KPHDN.LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA16 Julai 2012s.k : LHDN.01/35/42/51/179Muka surat 6 daripada 6

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!