12.07.2015 Views

GARIS PANDUAN KETETAPAN AWAL - Lembaga Hasil Dalam Negeri

GARIS PANDUAN KETETAPAN AWAL - Lembaga Hasil Dalam Negeri

GARIS PANDUAN KETETAPAN AWAL - Lembaga Hasil Dalam Negeri

SHOW MORE
SHOW LESS
• No tags were found...

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIAJABATAN TEKNIKAL,BAHAGIAN KETETAPAN,TINGKAT 11, BLOK 9,KOMPLEKS BANGUNAN KERAJAAN,JALAN DUTA, PETI SURAT 11833,50758 KUALA LUMPUR----------------------------------------------------------------------------------------------------------------LHDN.01/35/42/51/122/3GARIS PANDUAN KETETAPAN AWAL1. PENGENALANBerkuat kuasa mulai 1 Januari 2007, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia(LHDNM) boleh mengeluarkan ketetapan awal berhubung interpretasi danpemakaian peruntukan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 [Akta] apabiladipohon oleh mana-mana orang. Perkhidmatan baru ini oleh LHDNM telahdiumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam ucapan Bajet2007.Tujuan ketetapan awal dikeluarkan adalah untuk memberi penjelasan dankepastian terhadap layanan cukai serta keseragaman dalam pemakaianundang-undang cukai pendapatan. Ini akan dapat membantu untukmeningkatkan pematuhan dan mengurangkan pertikaian di antara LHDNMdan pembayar cukai.2. PERUNTUKAN BERKAITAN2.1 Peruntukan khas diperkenalkan dalam Akta bagi melaksanakan sistemketetapan awal. Seksyen 138B membolehkan pembayar cukaimemohon ketetapan awal daripada Ketua Pengarah Lembaga HasilDalam Negeri Malaysia (KPHDN) melalui borang yang ditetapkan.Apabila permohonan telah dikemukakan, KPHDN diberi kuasa untukmembuat suatu ketetapan awal yang menetapkan bagaimanaperuntukan Akta terpakai kepada mana-mana orang yang memohonitu dan kepada perkiraan yang dipohon.2.2 Perenggan 154(1)(eb) dan 154(1)(ec) memberi kuasa kepada MenteriKewangan untuk menyediakan dan menetapkan skop, prosedur dan fiyang akan dikenakan berhubung ketetapan awal.1

2.3 Skop, prosedur dan fi yang dikenakan itu digariskan melalui Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Ketetapan Awal) 2008 [Kaedah-KaedahKA] yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2007.3. MAKSUD KETETAPAN AWALKetetapan awal adalah kenyataan bertulis oleh KPHDN kepada mana-manaorang, yang memberi interpretasi bagaimana peruntukan Akta terpakaikepada cadangan perkiraan yang akan dilakukan oleh orang itu sebagaimanadinyatakan dalam permohonan.4. CIRI-CIRI MENGIKAT KETETAPAN AWAL4.1 Ketetapan awal akan mengikat orang itu berkaitan sesuatu perkiraandan hanya untuk tempoh atau tahun taksiran yang telah dinyatakandalam ketetapan awal. Ketetapan awal yang ditujukan kepada orangitu tidak akan menjadi duluan bagi kes-kes lain. Jika perkiraan yangdinyatakan dalam ketetapan awal tidak dilaksanakan oleh orang itusehingga akhir tempoh yang dinyatakan, maka ketetapan awal inisecara automatik akan luput.4.2 Ketetapan awal adalah mengikat KPHDN, tertakluk kepada syaratsyaratyang dinyatakan dalam ketetapan awal itu. Walaubagaimanapun, ketetapan awal tidak akan mengikat dalam keadaankeadaanberikut :-a. perkiraan yang dilaksanakan oleh orang itu adalah berbezadaripada perkiraan yang dinyatakan dalam ketetapan awalorang itu. Sebagai contoh, transaksi yang sebenarnyadijalankan telah berubah daripada apa yang dicadangkansebelum itu sehinggakan peruntukan Akta sebagaimanadinyatakan dalam ketetapan awal tidak lagi atau tidak boleh lagiterpakai kepadanya;b. terdapat maklumat penting yang tidak dimasukkan atau terdapatgambaran yang salah atau tidak tepat dalam atau berhubungdengan permohonan ketetapan awal;c. andaian yang dibuat oleh KPHDN mengenai kejadian-kejadianmasa hadapan atau perkara-perkara lain yang penting bagiketetapan awal kemudiannya terbukti salah; ataud. orang yang mana ketetapan awal ditujukan gagal mematuhisyarat-syarat yang ditetapkan oleh KPHDN.2

5. DEFINISIBagi maksud garis panduan ini, perkataan ‘perkiraan’ dan ‘secara serius akandilaksanakan’ didefinisikan seperti berikut:-5.1 “Perkiraan” : Termasuk skim, kontrak, perjanjian, pelan atau akujanji,sama ada boleh dilaksanakan atau tidak, termasuk langkah-langkahdan transaksi yang membawa kepada pelaksanaannya.5.2 “Secara serius akan dilaksanakan” : Usaha yang bersungguhsungguhdan langkah-langkah yang jelas, sama ada melibatkan satupihak atau sebaliknya, telah dibuat ke arah menjalankan perkiraandalam masa terdekat.6. SKOP KETETAPAN AWAL6.1 Permohonan ketetapan awal hendaklah atas isu yang memerlukantafsiran undang-undang cukai pendapatan dan bukan untukmengetahui perkara yang mana undang-undang telah memperuntukansecara jelas, sebagai contoh penentuan status mastautin seseorang.6.2 Permohonan ketetapan awal hendaklah dibuat bagi perkiraan yangsecara serius akan dilaksanakan oleh seseorang untuk dilaksanakandalam masa terdekat. Orang itu perlu mengemukakan dokumenberkaitan sebagai bukti untuk menunjukkan bahawa ia secara seriusakan melaksanakan perkiraan yang dicadangkan itu.6.3 Seksyen 138B secara amnya membenarkan seseorang untukmendapatkan ketetapan awal tentang bagaimana mana-manaperuntukan dalam Akta terpakai kepada perkiraan orang itu. Oleh ituketetapan awal hanya akan dikeluarkan sekiranya terdapat suatuperkiraan yang dicadangkan dan ia secara serius akan dilaksanakan.Selain itu, terdapat batasan ke atas skop ketetapan awal yang bolehdikeluarkan oleh KPHDN. Seperti yang dinyatakan dalam Kaedah-Kaedah KA, tiada ketetapan awal akan dikeluarkan jika perkara yangdipohon berkaitan dengan peruntukan Akta yang memberi kuasa ataumemerlukan Menteri atau KPHDN untuk:-a. mengenakan atau meremit suatu penalti (contoh di bawahsubseksyen 112(3), 124(1));b. meremit apa-apa cukai yang patut dan kena dibayar (contoh dibawah seksyen 129);c. meluluskan mana-mana permohonan di bawah Akta (contoh dibawah seksyen 34A, 150 atau subseksyen 44(6));3

d. membuat pertanyaan tentang ketepatan mana-mana penyataatau maklumat lain yang diberi oleh mana-mana orang (contohdi bawah seksyen 78);e. mendakwa mana-mana orang (contoh di bawah seksyen 114);atauf. untuk mendapatkan sesuatu hutang yang masih belum dibayaroleh mana-mana orang (contoh di bawah seksyen 106).7. KEADAAN DI MANA KETETAPAN AWAL TIDAK AKAN DIKELUARKANKPHDN tidak diwajibkan untuk mengeluarkan ketetapan awal bagi semuapermohonan. Terdapat keadaan-keadaan di mana KPHDN tidak akanmembuat ketetapan awal. Keadaan-keadaan tersebut adalah sepertiberikut:-a. perkiraan telah dimulakan atau dilaksanakan pada masa permohonandikemukakan atau pada bila-bila masa sebelum ketetapan awaldikeluarkan. Begitu juga, ketetapan awal tidak akan dibuat bagitranksaksi yang telah selesai atau jika tranksaksi-transaksi dalamperkiraan itu secara signifikan telah dijalankan terlebih dahulu.b. permohonan adalah remeh, menyusahkan atau berdasarkan situasiandaian;c. isu yang dibangkitkan memerlukan tafsiran mana-mana undangundangasing; atau sedang ditangani atau perlu ditangani oleh satuatau kedua-dua pihak berkuasa kompeten kepada suatu perjanjianbagi pengelakan percukaian dua kali;d. suatu ketetapan awal telah wujud tentang bagaimana peruntukan Aktayang relevan terpakai kepada orang dan perkiraan itu dan orang itumembuat permohonan untuk ketetapan bagi perkiraan yang samayang berkaitan dengan suatu tempoh atau tahun taksiran yang sama;e. suatu perkiraan yang tertakluk kepada audit atau penyiasatan tentangbagaimana mana-mana peruntukan Akta terpakai kepada orang itudan orang itu membuat permohonan untuk ketetapan awal bagiperkiraan yang sama;f. KPHDN berpendapat orang itu tidak memberi maklumat yangmencukupi berkenaan permohonan itu walaupun setelah permintaandibuat untuk mendapat maklumat lanjut;g. ketetapan awal itu akan memerlukan suatu pendapat berkenaanprinsip akaun yang diterima umum atau amalan yang diterima secarakomersial;4

h. perkara yang ketetapan awal itu dipohon melibatkan suatu perkiraanpindahan harga awal atau suatu skim pengelakan cukai;i. permohonan melibatkan tafsiran suatu peruntukan Akta yang belumdibuat, sebagai contoh cadangan bajet, Kaedah-Kaedah atauperaturan yang belum dibuat (dalam keadaan sebegini, orang itu bolehmendapatkan pengesahan bertulis teknikal daripada KPHDN); atauj. KPHDN berpendapat bahawa adalah tidak munasabah untuk membuatketetapan awal dengan sumber yang ada pada beliau. Sebagaicontoh, permohonan untuk ketetapan awal yang berkaitan denganperkiraan yang terlalu teknikal dan sofistikated atau teknologi/produkbaru yang mana pengetahuan tentangnya adalah sama atau belumdiketahui oleh KPHDN.8. KEADAAN DI MANA PERMOHONAN KETETAPAN AWALBERKEMUNGKINAN BOLEH DITOLAKTambahan kepada keadaan-keadaan di atas, permohonan ketetapan awalsecara amnya berkemungkinan boleh ditolak dalam keadaan-keadaanberikut:-a. perkara yang memerlukan ketetapan awal adalah semata-matapersoalan fakta, sebagai contoh penentuan tarikh permulaan projekpemaju perumahan;b. ketepatan sesuatu ketetapan awal itu bergantung kepada andaianyang dibuat, sama ada berkenaan dengan kejadian masa hadapanatau apa-apa perkara lain;c. perkara yang memerlukan ketetapan awal tertakluk kepada suaturayuan, sama ada berkenaan dengan orang itu atau mana-mana orangyang lain; ataud. pemohon itu mempunyai hutang tertunggak berkaitan denganpermohonan ketetapan awal yang terdahulu.9. PEMBERITAHUAN BAGI KETETAPAN AWAL YANG TIDAKDIKELUARKANDalam kes di mana KPHDN tidak membuat ketetapan awal atau menolakuntuk membuat suatu ketetapan awal, pemohon akan diberitahu secarabertulis seawal mungkin dan diberi sebab-sebab kenapa ketetapan awal tidakdibuat atau ditolak.5

10. PROSEDUR PERMOHONANA. Siapa boleh memohon -10.1 Mana-mana orang boleh memohon ketetapan awal untuk mengetahuibagaimana peruntukan Akta terpakai atau boleh dipakai kepada orangitu atau orang yang akan diwujudkan itu (mengikut mana-mana yangberkenaan), dan untuk mengetahui bagaimana peruntukan Aktaterpakai kepada mana-mana perkiraan tertentu yang terangkum dibawah skop ketetapan awal.10.2 Orang yang telah sedia wujud, contohnya syarikat yang telahdiperbadankan di Malaysia, perlu membuat permohonan bagi pihakdirinya sendiri. Walau bagaimanapun, mereka boleh mengguna pakaikhidmat agen cukai diluluskan, atau peguam hasil yang bertauliahyang menjalankan profesion di Malaysia, untuk melengkapkan borangpermohonan dan menyediakan pengemukaan ketetapan awal bagipihaknya. Dalam keadaan ini, borang permohonan perluditandatangani oleh orang yang bertanggungjawab seperti Pengarahbagi suatu syarikat, ahli kongsi utama bagi perniagaan perkongsiandsbnya.10.3 Permohonan juga boleh dibuat secara bersama oleh dua atau lebihorang, contohnya syarikat-syarikat dalam kumpulan yang sama, atauahli-ahli kongsi bagi sesuatu perkongsian. Dalam keadaan ini, borangpermohonan perlu diisi secara berasingan dan ditandatangani olehsetiap pengarah, ahli kongsi dsbnya mengikut entiti apa yangmemohon.10.4 Orang yang masih belum diwujudkan secara undang-undang atauentiti/orang asing perlu membuat permohonan melalui wakil yangdilantik. Wakil hendaklah terdiri daripada seorang agen cukai yangdiluluskan atau peguam hasil bertauliah (yang menjalankan profesiondi Malaysia). Wakil yang bertindak bagi pihak mana-mana orangtersebut dikehendaki mengemukakan surat kuasa yang melantik beliauuntuk bertindak bagi mana-mana pihak tersebut. Ruangan dalamborang ditetapkan berhubung dengan butiran agen/wakil hendaklahdiisi.B. Borang Permohonan – Borang KA [1/2007]10.5 Permohonan untuk ketetapan awal hendaklah dibuat melalui borangyang ditetapkan (Borang KA [1/2007]) bagi ketetapan awal dandengan mengemukakan maklumat berikut:-a. butiran lengkap mengenai kesemua fakta berkaitan perkiraantermasuk andaian yang akan dibuat (jika ada) oleh mana-mana6

orang berhubung dengan transaksi kepada perkiraan, nama,alamat, aktiviti perniagaan dan apa-apa maklumat berkaitansemua pihak dalam perkiraan;b. isu-isu percukaian yang perlu dipertimbangkan olek KPHDN;c. peruntukan Akta yang berkaitan dengan isu yang dibangkitkandalam permohonan termasuk seksyen dalam Akta yangberkaitan dengan permohonan, kes undang-undang yangbersesuaian, komentar yang disiarkan (jika ada), dan asasundang-undang yang menyokong interpretasi seksyen yangterlibat;d. nyatakan pendirian atau pendapat berkenaan layanan cukaiterhadap perkiraan yang dicadangkan yang baginya ketetapanawal dipohon dan mengenal pasti peruntukan Akta berkaitanyang terpakai kepadanya;e. alasan komersial atau perniagaan bagi perkiraan jikabersesuaian;f. salinan kesemua dokumen berkaitan dan denganmengenalpasti bahagian mana yang berkenaan; dang. tempoh atau tahun taksiran yang berkaitan dengan permohonanketetapan awal;h. suatu kenyataan sama ada terdapat permohonan yangterdahulu oleh pemohon atas perkiraan yang sama atau serupa.Jika ada, nyatakan keputusan permohonan ketetapan awaltersebut dan nombor rujukan LHDNM bagi ketetapan awal yangdikeluarkan itu.C. Keperluan maklumat -10.6 Dalam keadaan di mana maklumat yang dikemukakan oleh pemohontidak mencukupi, KPHDN mempunyai kuasa untuk meminta maklumatlanjut yang berkaitan atau menjalankan pemeriksaan di tempatpemohon.10.7 Dalam keadaan lain, KPHDN boleh mengenepikan mana-manakehendak yang dikehendaki dikemukakan bersama permohonan, jikaKPHDN berpendapat bahawa adalah tidak munasabah untuk memintasesuatu maklumat yang pemohon tidak mempunyai cara untukmenyediakannya atau tidak boleh memperolehinya.7

D. Penarikan balik permohonan ketetapan awal oleh pemohon -10.8 Mana-mana orang yang telah mengemukakan permohonan ketetapanawal boleh pada bila-bila masa sebelum ketetapan awal dikeluarkan,mengemukakan notis bertulis kepada KPHDN untuk menarik balikpermohonananya. Perhatian perlu diberi kepada pengenaan fi sepertidinyatakan dalam perenggan 15.2 apabila penarikan balik permohonanketetapan awal dikemukakan oleh pemohon.11. PENGELUARAN KETETAPAN AWAL11.1 KPHDN akan memberitahu pemohon bahawa ketetapan awal telahdisediakan dan fi tambahan yang perlu dibayar berhubung denganketetapan awal tersebut. Ketetapan awal hanya akan dikeluarkansetelah semua fi yang dikenakan dibayar oleh pemohon (sila rujukperenggan 15 dalam garis panduan ini berhubung struktur fi).11.2 Ketetapan awal yang disediakan akan menyatakan perkara berikut:-a. bahawa ia adalah suatu ketetapan awal yang disediakan dibawah seksyen 138B Akta;b. identiti orang yang memohon, peruntukan Akta dan rujukankepada perkiraan di dalam permohonan;c. bagaimana peruntukan Akta terpakai kepada orang itu danperkiraan;d. tempoh atau tahun taksiran untuk mana ketetapan awal ituterpakai;e. andaian penting mengenai kejadian-kejadian masa hadapanatau perkara-perkara lain yang dibuat oleh KPHDN; danf. syarat-syarat (jika ada) yang ditetapkan oleh KPHDN.11.3 Dalam menyediakan ketetapan awal, maklumat tambahan bolehdiminta daripada pemohon. Jika pemohon tidak dapat mengemukakanmaklumat yang diperlukan, KPHDN akan mengeluarkan ketetapanawal berasaskan andaian. Andaian yang dibuat oleh KPHDNhendaklah wajar. Perlu diambil perhatian bahawa KPHDN bolehmenolak untuk membuat ketetapan awal jika tiada maklumat yangmencukupi dikemukakan oleh pemohon.11.4 Perundingan awal antara LHDNM dan pemohon boleh dibuat. Iniadalah untuk memberi ruang untuk menjelaskan maklumat yang8

diberikan dalam permohonan. LHDNM tidak diwajibkan untukmemberitahu keputusan yang bakal dibuat terhadap ketetapan awalpemohon pada bila-bila masa sebelum ketetapan awal dikeluarkan.11.5 Setelah ketetapan awal diterima oleh mana-mana orang yangmemohon, ia boleh memohon secara bertulis untuk melanjutkantempoh atau tahun taksiran yang terpakai dalam ketetapan awal itu.Permohonan untuk melanjutkan tempoh hendaklah dikemukakankepada KPHDN sekurang-kurangnya tiga (30) bulan sebelum tamattempoh yang telah ditetapkan dalam ketetapan awal atau apa-apatempoh yang diluluskan oleh KPHDN. Jika perkiraan pada dasarnyaadalah sama dengan yang dinyatakan dalam ketetapan awal, orang ituboleh memohon kepada KPHDN supaya interpretasi yang samaberhubung peruntukan Akta digunakan secara prospektif kepadatempoh atau tahun taksiran lanjutan itu.11.6 Mana-mana kesilapan menaip atau kesilapan kecil yang terkandungdalam ketetapan awal yang dikeluarkan tidak akan memberi kesanatau menjadi tidak sah jika sekiranya kesilapan-kesilapan tersebuttidak mengubah bagaimana peruntukan Akta terpakai dalam ketetapanawal tersebut.11.7 Mana-mana orang yang membuat permohonan ketetapan awal masihperlu mematuhi apa-apa kewajipan atau kehendak di bawahperuntukan Akta. Sebagai contoh, ia masih dikehendaki untukmengemukakan borang nyata dalam tempoh masa yang ditetapkan.Pengeluaran ketetapan awal kepada seseorang yang memohon jugatidak akan menghalang KPHDN daripada membangkitkan ataumeminda mana-mana taksiran cukai pendapatan mengikut peruntukanAkta.12. KEMUKTAMADAN DAN PENZAHIRAN KETETAPAN AWAL12.1 Apabila ketetapan awal telah dikeluarkan, ianya adalah muktamadtidak kira sama ada ketetapan awal itu memihak kepada orang itu atautidak. Sebarang surat menyurat atau pertanyaan lanjut tidak akandilayan dan tiada rayuan boleh dibuat terhadap ketetapan awal itu.Dalam keadaan di mana ketetapan awal tidak memihak kepada orangyang memohon, ia mempunyai pilihan untuk tidak menjalankanperkiraan yang dicadangkan tersebut. Sebaliknya, jika perkiraan yangdicadangkan sebenarnya dilaksanakan oleh orang itu, maka ketetapanawal hendaklah dipatuhi. Pemohon boleh membuat rayuan bantahanterhadap layanan cukai yang dinyatakan dalam ketetapan awal dibawah peruntukan biasa bagi rayuan, iaitu di bawah seksyen 99 Akta.Ini bermaksud bahawa bantahan adalah ke atas taksiran yangdibangkitkan.9

12.2 Mana-mana orang yang telah mendapat ketetapan awal dikehendakimenzahirkan maklumat berikut dalam borang nyata cukai pendapatanyang berkaitan:-a. kewujudan ketetapan awal;b. sama ada ia mematuhi atau tidak ketetapan awal itu; danc. sama ada terdapat perubahan penting kepada perkiraan yangtelah dikenal pasti dalam ketetapan awal.Kepentingan penzahiran ini dikuat kuasakan dengan penalti yangboleh dikenakan jika ketetapan awal yang telah dikeluarkan tidakdipatuhi.13. PENARIKAN BALIK KETETAPAN AWAL OLEH KP13.1 KPHDN mempunyai kuasa untuk menarik balik ketetapan awal padabila-bila masa selepas ianya dikeluarkan. Ini berkemungkinan berlakuapabila terdapat perubahan dalam interpretasi undang-undangpercukaian berasaskan keputusan baru yang berbeza yang dibuat olehMahkamah.13.2 Penarikan balik sesuatu ketetapan awal yang telah dikeluarkan kepadaseseorang akan dibuat melalui pemberitahuan penarikan balik. Tarikhpenarikan balik ketetapan awal tidak akan retrospektif dan tidak bolehlebih awal dari tarikh orang itu dijangka dengan munasabah akanmenerima notis penarikan balik itu.13.3 Jika orang itu telah melaksanakan perkiraan sebelum tarikh penarikanbalik, orang itu boleh terus mengikut ketetapan awal yang telahdikeluarkan ke atasnya sehingga akhir tempoh yang telah dinyatakandalam ketetapan awal. Sebaliknya jika orang itu belum melaksanakanperkiraan tersebut pada tarikh penarikan balik, maka ketetapan awalyang dikeluarkan tidak akan terpakai kepadanya. Ini akan memastikanorang yang memulakan perkiraan berdasarkan kepada ketetapan awalyang dikeluarkan oleh KPHDN akan mengikat KPHDN bagi tempohdalam ketetapan awal itu. Walau bagaimanapun, jika KPHDN menarikbalik ketetapan awal sebelum orang itu melaksanakan perkiraan, makaKPHDN tidak akan terikat dengan ketetapan awal itu.14. KETETAPAN AWAL BERHENTI TERPAKAIDi mana ketetapan awal telah dikeluarkan kepada seseorang, ianya akanmengikat orang itu dan KPHDN tetapi tertakluk kepada syarat-syarat yangdinyatakan dalam perenggan 4 dan 13 garis panduan ini. Dalam keadaan di10

mana peruntukan Akta yang diguna pakai dalam ketetapan awal telahdimansuh atau dipinda setelah ketetapan awal dikeluarkan, maka ketetapanawal tersebut terhenti terpakai. Ianya boleh berlaku sekiranya pemansuhanatau pindaan peruntukan Akta itu mengubah cara mana undang-undangpercukaian terpakai. Pemberhentian pemakaian ketetapan awal adalah daritarikh pemansuhan atau pindaan peruntukan berkenaan berkuat kuasa .15. STRUKTUR FI15.1 Pemohon yang berhasrat untuk memohon ketetapan awal akandikenakan suatu fi. Fi akan dikenakan ke atas setiap pemohon dalamsemua keadaan termasuklah permohonan secara bersama. Fi yangdikenakan ini merupakan suatu hutang yang kena dibayar kepadaKerajaan.15.2 Struktur fi adalah seperti berikut:-a. fi permohonan berjumlah RM500.00 dibayar apabilapermohonan dikemukakan dan tidak akan dikembalikan.Kenaan fi ini mengambil kira masa yang akan diambil untukmenentukan sama ada KPHDN bersetuju untuk memberipertimbangan sama ada ketetapan awal boleh dikeluarkan.b. fi lanjutan sebanyak RM150.00 bagi setiap jam atau sebahagianjam akan dikenakan, selepas empat (4) jam pertama tempohmasa yang digunakan untuk menyediakan ketetapan awal.Pengiraan tempoh masa termasuklah masa yang digunakanoleh KPHDN dalam rundingan dengan orang yang memohon;danc. fi bayaran balik berkenaan dengan;-i. mana-mana nasihat professional luar yang perlu dimintaoleh KPHDN dengan persetujuan daripada pemohon;atauii.apa-apa kos munasabah yang dilakukan oleh KPHDN.KPHDN akan pada setiap masa memastikan bahawa segala usahadilakukan untuk meminimumkan amaun fi yang kena dibayar.15.3 Seseorang yang menarik balik permohonan ketetapan awal masihmempunyai tanggungan untuk membayar kesemua fi yang dikenakanke atasnya berdasarkan kiraan tempoh masa sehingga tarikhpenerimaan surat penarikan balik.11

15.4 Kecuali fi permohonan sebanyak RM500.00 yang tidak boleh dibayarbalik, KPHDN boleh dalam kes luar biasa dan mengikut budibicaranya, mengenepikan secara keseluruhan atau sebahagiannya,mana-mana amaun fi yang kena dibayar oleh pemohon bagi tujuanpenyediaan ketetapan awal.16. MASA KAJIAN KETETAPAN AWALSecara amnya, permohonan ketetapan awal akan dikendalikan mengikutturutan tarikh penerimaan permohonan. KPHDN akan memastikan bahawaketetapan awal dikeluarkan dalam masa yang disyaratkan iaitu enam puluh(60) hari dari tarikh permohonan lengkap diterima. Tempoh masa inidiperuntukkan dalam keadaan di mana kesemua maklumat berkaitandikemukakan bersama-sama permohonan dan rundingan lanjut denganpemohon tidak lagi diperlukan. Pemohon akan dimaklumkan oleh KPHDNjika sebarang kelewatan untuk mengeluarkan ketetapan awal dijangkakan.17. PENYIARAN KETETAPAN AWALSemua maklumat dalam ketetapan awal dikendalikan sebagai sulit dan tidakakan disiarkan secara umum dalam apa-apa bentuk. Jika terdapatpersamaan dalam isu-isu yang dibangkitkan oleh mana-mana pemohon,KPHDN boleh mengeluarkan ketetapan umum untuk memaklumkaninterpretasi KPHDN berhubung isu tersebut.Bahagian Ketetapan,Jabatan Teknikal,Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.14 Februari 2008.12

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!