12.07.2015 Views

file pdf - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

file pdf - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

file pdf - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

SHOW MORE
SHOW LESS
  • No tags were found...

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

BULETINSURUHANJAYAPENCEGAHANRASUAHMALAYSIAWalau apa pun yang ingin kita jadi, samaada pemimpin, pengurus, pentadbir, peniaga,ahli politik, pekerja, peladang atau apa punkita, jadilah seorang yang berintegriti. Orangyang berintegriti akan sentiasa mengamalkandan menghayati nilai-nilai moral sepertikepercayaan kepada Tuhan, amanah dan jujur.Integriti berkait dengan akhlak. Ia sesuatu yangsempurna yang mendukung sifat-sifat amanah,jujur, ikhlas, tulus dan telus. Berkelakuan muliajuga merupakan sikap berintegriti.Kebanyakan kita mengaitkan kelemahanintegriti hanya dalam soal rasuah, penipuan,penyelewengan, salah guna kuasa atau yangberkait dengan wang ringgit, walhal integritimerangkumi seluruh urusan kehidupan.Apa juga yang kita lakukan semestinya yangsentiasa mencerminkan integriti.Seseorang penjawat awam yang menjagaamanah majikannya, tidak menyalahgunakanaset pejabat, tidak membuang masa, datangdan pulang mengikut masa yang ditetapkan,tidak meminta orang lain tolong punchcarddisebabkan selalu sampai lewat, adalah contohelemen integriti yang dituntut dalam kehidupankita.Sentiasa menjaga tatasusila, berakhlak danberkelakuan mulia juga merupakan satu sikapJadilah orang yangBERINTEGRITIberintegriti. Seorang Pengawal Keselamatanatau penyambut tetamu yang sentiasatersenyum terhadap orang yang datang untukberurusan dipejabatnya, menunjukkan merekaberintegriti. Tidak membuang sampah merataratatempat walau pun tiada orang yang melihatjuga satu integriti.Tidak mencarut, mengadu domba, maki hamunatau memfitnah orang dalam laman facebook,twitter dan sebagainya juga melambangkanmanusia berintegriti.Integriti suatu sifat murni yang sering dikaitkandengan kejujuran dan kejituan. Seseorangyang sentiasa menghormati undang-undang,gemar membantu orang lain, tidak rasuah,tidak menyeleweng harta yang diamanahkan,cenderung kepada keadilan dan menghormatihak-hak asasi kemanusian akan menyumbangkepada sahsiah yang berintegriti.Nilai integriti perlu diamalkan oleh semuaperingkat dalam organisasi atau komunititanpa mengira kedudukan atau pangkat. jikasemua orang di dalam sesebuah organisasiitu berintegriti, maka mudahlah bagi kitamembentuk sebuah komuniti nasional yangbersatu padu.Jika ini dapat dilakukan, dengan sendirinyagejala rasuah, penyelewengan, salah gunaMuhammad Yusof Bahirkuasa, rompak, cabul, langgar lampumerah atau apa juga yang menjurus kepadasalahlaku negatif tidak akan berleluasa,Dalam pentadbiran pula, sistem penyampaianperkhidmatan bertambah cekap, tadbir urusdan etika perniagaan dapat dipertahankanmanakala institusi keluarga, komuniti dankualiti hidup masyarakat akan lebih sejahtera.Masalahnya, untuk membina sebuahmasyarakat yang beretika dan berintegritidimana warganya mempunyai nilai-nilaikeagamaan dan kerohanian yang utuh danditunjangi budi perkerti yang mulia bukanlahsemudah kata-kata.Integriti bukan sekadar katakatatetapi suatu prinsip yangmesti diaplikasikan merangkumikeseluruhan kehidupan termasukisu-isu asas terutamanya dalampekerjaan, pendidikan, politik,sosial dan ekonomi. Integritiharus menjadi teras dalamkehidupan kita dan masyarakat.Seperti mana sukarnya membanteras rasuahdalam masa singkat, Membina masyarakatberintegriti juga memerlukan kesabaran dansemangat kental dengan setiap individu harusada kecenderungan untuk menjadikan integritisebagai cara hidup.Menerapkan integriti di kalangan orang dewasapula jauh lebih sukar berbanding memupuknilai-nilai baik ini kepada kanak-kanak yangbelum boleh berfikir. Justeru, membina integritiperlu dilakukan bersama dan berlandaskanasas yang kukuh. Melibatkan institusi keluarga,komuniti seterusnya masyarakat sivil.Kita sedia maklum, keluarga adalah komponenpenting dalam proses pembentukanmasyarakat dan negara. Justeru ibu bapaharus mendidik dan mencorakkan kehidupananak-anak dengan nilai-nilai baik. Ia adalahelemen penting ke arah membentuk sahsiah,imej dan jati diri kepada generasi baru. Jikanilai keluarga dalam masyarakat <strong>Malaysia</strong>yang masih kukuh ini dapat dimanfaatkan,struktur negara akan menjadi sempurna.Sekolah dan institut pengajian tinggi jugaperlu terus memainkan peranan. Pendidikanmoral dan etika mesti disemai dan dipupuksepanjang masa hingga dapat membentuksikap dan budaya. Integriti perlu menjadisebahagian dari pendidikan.Malah di tengah masyarakat yang semakinrakus dan mementingkan kebendaan, selainusaha yang sentiasa dilakukan Institut Integriti<strong>Malaysia</strong> melalui Pelan Integriti Nasional,pelbagai institusi lain dan badan-badan bukankerajaan harus bersama menyumbang tenagadan idea dalam membantu memantapkanintegriti, khususnya di kalangan kepemimpinanpolitik, pengurus, pentadbir, kakitangan awamdan swasta seterusnya orang ramai.Mutakhir ini, saban hari kita dihidangkan denganberita yang mengaitkan skandal koporat,rasuah skala besar, penyelewengan dana,ketirisan bantuan, pecah amanah, penipuanperuntukan dan pembelian malah banyaklagi jenayah moden yang menggambarkanwujudnya ciri-ciri masyarakat maju, tetapitidak berintegriiti.Apakah ini petanda elemen integriti di kalangankita semakin lemah. Orang tidak lagi merasamalu melakukan rasuah. Malah melakukannyasecara terbuka. Tidak takut dengan hukuman.Bahkan sesetengahnya merasa bangga jikaperlakuan buruknya tidak dapat dibuktikan.Akibatnya, jenayah lain turut berkembang.Penyelewengan dalam syarikat-syarikatberkaitan kerajaan tidak ada yang kurang darisatu juta, penipuan berleluasa, jenayah senjataapi meningkat, dadah banyak dipasaran,rokok dan mercun seludup diniagakan secaraterbuka.Judi haram, rumah urut tidak berlesen, sindiketpelacuran beroperasi tanpa rasa takut. Hariini diserbu, esok beroperasi semula. Garagarapenguatkuasa yang tidak berintegriti,serbuan sering kali gagal kerana pemilik ataupengusaha premis sudah tahu operasi akandijalankan.Disesetangah sempadan dan pelabuhannegara. Diesel, petrol, beras, minyak masak,gula dan pelbagai barangan bersubsidikelihatan sangat mudah keluar dari negara iniangkara wujudnya manusia tidak berintegriti.Lebih parah lagi, pendatang tanpa izinsewenang-wenangnya hidup dalammasyarakat tempatan. Malah berani melakukanpelbagai jenayah tanpa rasa takut. Dengansedikit kutipan bulanan, ada penguatkuasayang bukan sahaja memejamkan sebelahmata, tetapi kedua-dua mata.Kerendahan akhlak yang sekali gusmemperlihatkan tandusnya integritiseseorang bukan sahaja melibatkan hal-halkeduniaan, sebaliknya perkara-perkara yangberkait dengan urusan keagamaan turutdiselewengkan.Akibatnya mereka yang telah bertahunmenunggu giliran menunaikan haji terpaksamengigit jari gara-gara wujudnya haji ekspres.Agihan bazar ramadan terus menjadi idamankepada mereka yang berhak, tetapi tidakmampu untuk membayar harga yang tinggi.Malah seorang Pegawai Pendakwa darisebuah Jabatan Agama Islam di sebuah negeritergamak meminta dan menerima rasuahRM5,000 dari seorang anggota polis yangdisyaki berkhalwat dengan pasangannya.Itu sekadar beberapa contoh jenayah yangdilakukan oleh manusia yang tidak berintegriti.Bunyinya seperti tidak ada apa-apa dantidak memudaratkan, tetapi memberi kesansangat buruk kepada orang lain, menjejaskesejahteraan hidup, menggugat keselamatan,keharmmonian dan pertumbuhan ekonomi.Orang yang tidak berintegriti sebenarnyatidak boleh dipercayaai. Orang yang tidakberintegriti sentiasa berkemungkinanmelanggar peraturan dan undang-undang,mengkhianati amanah, mungkir janji,mementingkan diri sendiri, bersikap kurangajar, tidak menghormati orang lain dansebagainya.Sebab itu integriti penting bagi kita. Ia bukansekadar persoalan akademik. Ia berkaitdengan nilai murni, ketelusan, akauntabiliti,etika dan sebagainya.Ia perlu ada pada setiap orang. Ia patut menjadiamalan hidup. Integriti adalah tunjang pentingdalam kehidupan seharian terutamanya dalammelakukan tanggungjawab.Apa sebenarnya integriti?.Integriti adalahmelakukanperbuatan yangbaik dan betul,walaupun tiadamata yangmemandang.Jadilah orangyang sentiasaberintegriti. Tidakrugi jadi orangyang berintergriti.1011

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!