12.07.2015 Views

Pengisian Borang C - Lembaga Hasil Dalam Negeri

Pengisian Borang C - Lembaga Hasil Dalam Negeri

Pengisian Borang C - Lembaga Hasil Dalam Negeri

SHOW MORE
SHOW LESS
• No tags were found...

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Soalan Lazim Percukaian SyarikatPengisian Borang C1. Nombor Rujukan Fail MajikanS : Syarikat beroperasi tetapi tidak mempunyai pekerja yang menerimagaji sampai tahap kena PCB, perlukah syarikat ini mendaftar fail Edan isikan nombor E dalam Borang C ataupun ‘-’ sahaja?J : Syarikat yang ada menggajikan pekerja wajib mendaftar nombor rujukanmajikan (nombor E) dan mengisi nombor rujukan tersebut dalam borangC.2. Tarikh Mula & Tarikh Tutup AkaunS :Jika terdapat 2 akaun yang disediakan dalam sesuatu tempoh asas(bagi kes-kes tempoh asas yang bertindih), akaun manakah yangharus digunapakai untuk dimasukkan di dalam VII dan VIII di dalamborang nyata?J :Akaun yang kedua (terkini) akan digunapakai bagi mengisi ruang VII danVIII di borang nyata.ContohSyarikat A memulakan operasi pada 30 Januari 2012. Tarikh perakaunanpertama syarikat ini berakhir 30.06.2012. Tempoh asas dan tarikh penghantaranborang C & R syarikat A adalah seperti berikut:Tahun TempohTaksiran Perakaunan2012 30/01/2012 -30/06/2012Tempoh Asas30/01/2012 –31/12/2012TarikhPenghantaranBorang C & R31/01/2013Pusat Khidmat Pelanggan LHDNM

Soalan Lazim Percukaian SyarikatPengisian Borang C2013 01/07/2012 -30/06/201301/07/2012 –30/06/201331/01/2013Dalam borang C & R T/T 2012, bagi ruangan Tarikh Mula dan Tarikh TutupAkaun, sila isikan tarikh perakaunan kedua syarikat iaitu 01.07.2012 dan30.06.2013.3. Relif KumpulanS1: Apakah syarat-syarat yang membolehkan syarikat yang menyerah dansyarikat yang menuntut menikmati relif kumpulan?J1: Kedua-dua syarikat yang menuntut dan syarikat menyerah mestilah:(i) Ditubuhkan di Malaysia(ii) Bermastautin di Malaysia(iii) Merupakan syarikat berkaitan sepanjang tempoh asas bagi suatutahun taksiran dan sepanjang tempoh 12 bulan sebaik sebelumtempoh asas bagi tahun taksiran tersebut.(iv) Mempunyai modal berbayar berkenaan syer biasa melebihi RM2.5juta pada permulaan tempoh asas bagi suatu tahun taksiran(v) Mempunyai tempoh asas 12 bulan yang berakhir pada tarikh yangsama(vi) Membuat pilihan yang tidak boleh ditarik balik dalam borang nyatacukai pendapatan yang dikemukakan untuk tahun taksiran berkenaandi bawah seksyen 77A dan(vii) Tertakluk kepada para 2, Jadual 1 ACP 1967Pusat Khidmat Pelanggan LHDNM

Soalan Lazim Percukaian SyarikatPengisian Borang CS2: Sekiranya syarikat saya sedang menikmati taraf perintis, adakah sayalayak menuntut relif kumpulan?J2 : Sekiranya syarikat sedang menikmati insentif taraf perintis, elaun cukaipelaburan, elaun pelaburan semula atau 100% potongan perbelanjaan modal dibawah Jadual 4A adalah tidak layak menuntut relif kumpulan.S3 : Syarikat P memegang secara langsung 100% syer biasa dalam syarikatA dan 60% syer biasa dalam syarikat B.Syarikat A memegang secara langsung 45% syer biasa dalam syarikat Csementara syarikat B memegang secara langsung 55% syer biasa dalamsyarikat C. Keempat-empat syarikat berkenaan adalah ditubuhkan (i) danbermastautin (r) di Malaysia. Adakah setiap syarikat layak menuntut relifkumpulan?J3 : Sama ada relif kumpulan adalah layak atau tidak di antara syarikat P,syarikat A, syarikat B dan syarikat C ditunjukkan seperti berikut:Pusat Khidmat Pelanggan LHDNM

Soalan Lazim Percukaian SyarikatPengisian Borang C100% syer biasaSyarikat P(i + r)60% syer biasaSyarikat A(i + r)Syarikat B(i + r)45% syer biasaSyarikat C(i + r)55% syer biasaHubungansyarikatPemegangan syer biasa (secaralangsung atau tidak langsung)RelifkumpulandibenarkanP & A 100% (langsung) YaP & B 60% (langsung) TidakP & CA & BA & CB & C78% (tidak langsung)[(100% X 45%)] + (60% X 55%)]P & A = 100% (langsung)P & B = 60% (langsung)P & A = 100% (langsung)P & C = 78% (tidak langsung)P & B = 60% (langsung)P & C = 78% (tidak langsung)YaTidakYaTidakPemegangan syer oleh/atau melalui syarikat tidak ditubuhkan di Malaysiaatau melalui syarikat tidak bermastautin di Malaysia, tidak diambilkiradalam menentukan pemilikan 70% syer. Dengan kata lain, jikaPusat Khidmat Pelanggan LHDNM

Soalan Lazim Percukaian SyarikatPengisian Borang Cpemegangan syer melibatkan syarikat tidak bermastautin (nr) atausyarikat yang tidak ditubuhkan di Malaysia (ni), maka rantaian pemilikanakan terputus dan relif kumpulan tidak dibenarkan.S4 : Menggunakan kes di atas, syarikat A tidak bermastautin (nr) diMalaysia. Bagaimanakah menentukan relif kumpulan?J4 : Syarikat A tidak layak menuntut relif kumpulan kerana tidak memenuhisyarat-syarat untuk menuntut relif kumpulanS5 : Bagaimanakah cara merekodkan tuntutan relif kumpulan secarapercukaian?J5 : Contoh pengiraan relif kumpulanSyarikat A dan syarikat B merupakan satu kumpulan syarikat yang sama. Padatahun taksiran 2011 (tahun 1) dan tahun 2012 (tahun 2), syarikat A mengalamikerugian sementara syarikat B memperolehi keuntungan. Kedua-dua syarikattelah bersetuju untuk menuntut relif kumpulan, di mana syarikat A (syarikatmenyerah) bersetuju menyerahkan 50% kerugian tahun semasa yang dialaminyakepada syarikat B (syarikat menuntut) dan syarikat B bersetuju menuntutkerugian berkenaan. Tuntutan relif kumpulan telah dibuat dalam Borang C bagitahun taksiran 2011 dan 2012 masing-masing. Berikut adalah pengiraan relifkumpulan bagi kedua-dua tahun taksiran berkenaan.Pusat Khidmat Pelanggan LHDNM

Soalan Lazim Percukaian SyarikatPengisian Borang C100% syer biasaSyarikat P(i + r)60 % syer biasaSyarikat A(i + nr)(*)Syarikat B(i + r)45% syer biasaSyarikat C(i + r)55% syer biasaTahun 1Syarikat ASyarikat BRM(Syarikat Menyerah)RM(Syarikat Menuntut)Pendapatan statutoritiadaPendapatan statutori200,000perniagaan Iperniagaan I(rugi larasan 300,000)tiadaPendapatan statutori20,000Pendapatan statutoriperniagaan IIperniagaan II(rugi larasan 50,000)60,000Agregat pendapatan220,00060,000statutori perniagaan I danPendapatan statutori sewaII50,000Pendapatan agregat(60,000)Campur:270,000Tolak:tiadaPendapatan statutori sewaRugi tahun asas [sek. 44(2)]-Pendapatan agregat(20,000)250,000Pusat Khidmat Pelanggan LHDNM

Soalan Lazim Percukaian SyarikatPengisian Borang CTolak:Derma [sek. 44(6)] (10,000)Jumlah pendapatanLebihan rugi larasan tahunsemasa mengikut subseksyen44(4) dan 44(5)(350,000-60,000) = (290,000)Diserahkan 50% = (145,000)Rugi h/h (145,000)Amaun rugi (145,000) ini kekaldi syarikat menyerah.tiadaTolak:Derma [sek.44(6)]Pendapatan agregatditentukan (definedagregat income)Tolak:50% kerugian dituntutJumlah pendapatan(145,000)105,000Pusat Khidmat Pelanggan LHDNM

Soalan Lazim Percukaian SyarikatPengisian Borang CTahun 2Syarikat ARMSyarikat BRMSyarikat MenyerahSyarikat MenuntutPendapatan statutoritiadaPendapatan statutori50,000perniagaan Iperniagaan I(rugi larasan 200,000)60,000Pendapatan statutori30,000Pendapatan statutori60,000perniagaan IIperniagaan IIAgregat pendapatan80,000Agregat pendapatan statutoristatutori perniagaan Iperniagaan I dan II(60,000)dan II(1)Tolak:TiadaCampur:20,000Rugi b/h [sek. 43(2)]Pendapatan statutori100,000sewaPendapatan agregat/Campur:50,000Pendapatan agregatPendapatan statutori sewa50,000ditentukan(75,000Pendapatan agregat(50,000)Tolak:)tiada50% rugi larasan dituntut25,000Tolak:Jumlah pendapatanRugi tahun asas [sek. 44(2)]Jumlah pendapatanRugi b/h dan dih/h = (85,000)[ (1) (145,000) - (60,000)][ Lebihan subseksyen 44(4) dan44(5)]Pusat Khidmat Pelanggan LHDNM

Soalan Lazim Percukaian SyarikatPengisian Borang C[(200,000) - (50,000)] =(150,000)Diserahkan 50%(75,000)(75,000)+ rugi b/h(85,000)Rugi h/h(160,000)Amaun rugi (160,000) kekal disyarikat menyerah4. Perubahan sebahagian besar dalam pemegangan syer dan subseksyen 44(5A)terpakai.S1 : Syarikat DEP Sdn Bhd menutup akaunnya pada 31 Disember setiap tahun.Pemegang syer seperti berikut:TarikhPeratusan pemegangan syer31.12.2010 P : S (50% : 50%)01.01.2012 P : S ( 1% : 99%)Adakah berlaku perubahan dalam pemegangan syer?J1 : Dalam kes ini, tidak berlaku perubahan sebahagian besar pemegang syerdalam DEP Sdn Bhd kerana pemegang syer biasa pada kedua-dua tarikhberkenaan masih merupakan pemegang yang sama iaitu P dan S, dan di antaramereka masih memegang lebih 50% syer. Perubahan berlaku hanya dari segiperatusan pemegangan antara P dan S. Oleh itu, kerugian larasan serta elaunPusat Khidmat Pelanggan LHDNM

Soalan Lazim Percukaian SyarikatPengisian Borang Cmodal bagi tahun taksiran 2011 yang tidak dapat diserap boleh dibawa hadapan dandiserap dalam tahun taksiran 2012.S2 : Alis Sdn Bhd telah membuat penstrukturan dalam kumpulan di manapemegang syer syarikat Q telah bertukar daripada syarikat M kepada syarikat Pseperti rajah yang tertera.Adakah berlaku perubahan sebahagian besar pemegangan syer dalam syarikat?J2 : Dalam kes ini, perubahan besar sebahagian besar pemegangan syer telahberlaku dalam syarikat Q. Walau bagaimanapun, disebabkan tidak berlakuperubahan sebahagian besar dalam pemegangan syer terakhir (ultimateshareholder) iaitu Alis Sdn Bhd masih memegang secara tidak langsung 100% syersyarikat Q, maka tidak berlaku perubahan sebahagian besar pemegangan syersyarikat Q.SebelumAlis Sdn Bhd100%SelepasAlis Sdn Bhd100%Sykt MSykt PSykt MSykt P100%100%Sykt QSykt QS3 : Sebelum perubahan pemegangan syer, syarikat O ialah subsidiari kepadasyarikat N yang memegang 80% syer syarikat O. Pada masa yang sama,syarikat N adalah subsidiari syarikat M yang juga memegang 80% syer dalamsyarikat N. Syarikat M mempunyai 3 pemegang syer individu iaitu individu APusat Khidmat Pelanggan LHDNM

Soalan Lazim Percukaian SyarikatPengisian Borang Cmemegang 60%, individu B memegang 20% dan individual C memegang 20%.Individu A, kemudiannya telah menjual kesemua syernya kepada individu D.Struktur pemegangan syer pada masa sebelum dan selepas pindah milik syerboleh digambarkan seperti berikut:SebelumIndividu AIndividu BIndividu C60%20% 80%Sykt M Sykt N80%Sykt O20%SelepasIndividu DIndividu BIndividu C60%20%Sykt M Sykt N Sykt O80% 80%20%J3 : Dalam kes ini telah berlaku perubahan sebahagian besar pemeganganlangsung syer dalam syarikat M (pemegang syer terakhir bagi syarikat N dan O)apabila pemegang syer telah bertukar daripada individu A kepada individu Dwalaupun pemegang syer bagi syarikat M iaitu individu B dan C masih sama. Inidisebabkan kedua-dua individu B dan C tidak memegang lebih 50% syer syarikatM pada masa sebelum dan selepas pindah milik.Justeru, perubahan sebahagian besar pemegangan tidak langsung syer dalamsyarikat N dan O dianggap telah berlaku walaupun pemegangan syer langsungdalam kedua-dua syarikat berkenaan tidak berubah.Pusat Khidmat Pelanggan LHDNM

Soalan Lazim Percukaian SyarikatPengisian Borang CS4 : Cantik Sdn Bhd menutup akaunnya pada 31 Disember setiap tahun.Pada bulan November 2012, salah seorang pemegang syernya Encik Azizitelah memindahkan syernya kepada Encik Asri dan Puan Farizan denganperatusan pemegangan syer seperti berikut:Pemegangansyer pada %Pemegangansyer pada %31.12.201131.12.2012Encik Asri 40,000 40 60,000 60Encik Azizi 60,000 60 Tiada TiadaPuanTiada Tiada 40,000 40Farizan100,000 100 100,000 100J4 :Dalam contoh ini, telah berlaku perubahan sebahagian besar pemegangansyer dalam Cantik Sdn Bhd. Walaupun Encik Asri memegang 60% syer biasasyarikat selepas pindah milik tetapi Encik Asri bukan pemilik sebahagian besarsyer biasa syarikat sebelum pindah milik kerana dia hanya memiliki 40% syerbiasa syarikat.5. Tuntutan Elaun Jadual 3S : Apakah perbezaan amaun yang perlu diisi di ruangan E1(a), E11 danE12?J : Ruang E1(a) adalah jumlah elaun modal yang dituntut bagi tahun taksiransemasa, termasuk aset yang sedia ada dan juga aset yang baru diperolehidalam tahun semasa.Ruang E11 adalah untuk elaun modal dipercepatkan yang boleh dituntutmengikut syarat-syarat dalam Mini Bajet 2009.Pusat Khidmat Pelanggan LHDNM

Soalan Lazim Percukaian SyarikatPengisian Borang CRuang E12 hanya melibatkan elaun modal bagi aset yang diperolehi dalamtahun taksiran semasa sahaja. Sekiranya aset diperoleh secara sewa beli ataupajakan kewangan, hanya elaun modal ke atas jumlah prinsipal yang dibayarsahaja patut dinyatakan.6. Maklumat Kewangan SyarikatS1: Apakah perbezaan antara “Pendapatan perniagaan lain” dengan“Pendapatan lain”?J1: Pendapatan perniagaan lain merujuk kepada pendapatan selain daripadajualan yang diterima dari perniagaan. Contoh: Pampasan insurans ataskerosakan stok barangniaga.Pendapatan Lain adalah pendapatan yang diterima syarikat daripada sumberbukan perniagaan. Contoh: Sewa.S2: Apakah yang dikehendaki di ruang “Jumlah kos aset tetap yangdiperoleh dalam tempoh asas” dalam Borang C?J2 : Hanya jumlah kos asal aset tetap yang diperoleh dalam tempoh asassemasa diambil kira dalam ruang ini. Jika aset tetap diperoleh secara sewa beliatau pajakan kewangan, hanya jumlah prinsipal yang dibayar sahaja perludinyatakan.S3: Bagaimana untuk mengisi Maklumat Kewangan Syarikat jikamelibatkan 2 tahun kewangan (tempoh bertindih)?J3 : Maklumat Kewangan Syarikat dalam Borang C hanya perlu diisi bagi tahunkewangan yang terkini sahaja.Pusat Khidmat Pelanggan LHDNM

Soalan Lazim Percukaian SyarikatPengisian Borang CS4: Bagi ruangan yang melibatkan aset dan liabiliti, perlu atau tidakmaklumat tersebut diseimbangkan seperti dalam akaun beraudit atau perlumengambilkira kos sebenar aset?J4 : Perlu mengikut akaun beraudit.S5 : Di ruangan manakah perlu dimasukkan aset tidak ketara seperti‘Goodwill’?J5 : Masukkan di ruangan “Aset Tetap Lain”.7.Transaksi Di Antara Syarikat BerkaitanS1: Apakah yang dimaksudkan dengan syarikat berkaitan?J1: Bagi tujuan pengisian borang C, syarikat berkaitan yang dimaksudkan adalahberkaitan dari segi pegangan ekuiti (saham) dan ia adalah termasuk anaksyarikat (subsidiary) dan syarikat sekutu (associated/affiliated).S2: Bagi ruangan amaun pinjaman kepada/daripada syarikat berkaitan,adakah perlu mengisi amaun asal pinjaman atau baki pinjaman dihujungtahun selepas bayaran dibuat?J2: Amaun asal pinjaman.8. Maklumat SyarikatS1 : Sekiranya syarikat adalah syarikat Sendirian Berhad, dimanakah perluditandakan X?J1 : Tandakan di bahagian “Terkawal”.Pusat Khidmat Pelanggan LHDNM

Soalan Lazim Percukaian SyarikatPengisian Borang CS2 : Bagi syarikat yang tidak beroperasi (dormant), bagaimana perlu diisipada alamat premis perniagaan?J2 : Isikan seperti tidak berkaitan iaitu ‘-’S3 : Pengarah Syarikat yang tidak mempunyai fail cukai SG / OG keranatidak sampai tahap kena cukai, bagaimanaJ3 : Isikan ‘-’ sahaja.S4 : Untuk syarikat di bawah pembubaran, ruang “Akuan” perluditandatangani oleh pembubar (liquidator). Oleh itu, adakah ruanganpengarah perlu diisikan dengan butir-butir pembubar (liquidator)?J4 : Tidak. Ruangan pengarah masih perlu diisikan dengan butir-butir Pengarah.9. Maklumat Lima Pemegang Syer UtamaS1 : Syarikat mempunyai 10 orang pemegang saham dan 4 orang sahajapemegang saham utama. Bagaimana bahagian ini perlu diisi?J2 : Maklumat yang diperlukan adalah pemegang saham yang utama. Silanasihatkan pembayar cukai supaya mengisi nama-nama 4 pemegang sahamyang utama sahaja.S2: Bagaimanakah syarikat berhad perlu mengisi ruangan ini?J2: Syarikat berhad tidak perlu mengisi ruangan ini.10. Maklumat LainS1: Apakah yang dimaksudkan dengan “Ketetapan Awal”?J1: Ketetapan Awal ialah satu kenyataan bertulis oleh Ketua Pengarahberhubung layanan cukai terhadap suatu urusan atau transaksi yang akandikendalikan oleh pembayar cukai. Ciri-ciri utama sistem ketetapan awal ialah:Pusat Khidmat Pelanggan LHDNM

Soalan Lazim Percukaian SyarikatPengisian Borang Ci) Permohonan perlu dibuat dalam borang yang ditetapkan,ii) Permohonan untuk ketetapan awal akan dikenakan fiiii) Ketetapan awal hanya terpakai untuk pemohon sahajaiv) Ketetapan awal hendaklah berdasarkan fakta sebenar dan bukanberdasarkan andaian danv) Ketetapan awal yang dikeluarkan oleh LHDN tidak terpakai sekiranyafakta yang digunakan semasa membuat ketetapan awal adalah salahatau berbeza.Sekiranya syarikat telah memohon ketetapan awal, sila tandakan ‘Ya’S2: Sekiranya syarikat memohon Ketetapan Awal adakah syarikat tertaklukdan perlu mematuhi ketetapan tersebut?J2: Mengikut Subseksyen 138B(4) dan (5), sesuatu ketetapan awal yang diberiberdasarkan suatu cadangan perkiraan adalah tertakluk (binding) kepadaLHDNM dan pemohon sekiranya cadangan perkiraan dilaksanakan. Pemohonmempunyai pilihan samada untuk melaksanakan perkiraan yang dicadangkansetelah mendapat ketetapan awal daripada KPHDNM atau pun tidakmelaksanakannya.S3: Sekiranya berlaku perubahan ketara, adakah syarikat terikat denganketetapan awal?J3: Sekiranya syarikat melaksanakan perkiraan, tetapi perkiraan itu telahberubah dengan ketara, maka ketetapan awal yang diberi tidak lagi terpakai keatasnya. Dengan itu, KPHDNM dan syarikat tidak lagi terikat kepada ketetapanawal yang telah diberi. Perubahan ketara dalam perkiraan bermaksud apabilaperkiraan yang dicadangkan telah berubah dari segi fakta ke tahap di manaketetapan awal yang diberi tidak lagi releven atau boleh dipakai. Ketetapan awalini tidak boleh diguna pakai mungkin disebabkan isu-isunya berbeza dan oleh ituperuntukan ACP 1967 yang diberi juga tidak lagi tepat.Pusat Khidmat Pelanggan LHDNM

Soalan Lazim Percukaian SyarikatPengisian Borang C11. AkuanS1 : Bahagian pengakuan di Borang C, boleh atau tidak ianyaditandatangani oleh pengarah yang telah meletak jawatan di dalamsyarikat berkenaan?J1 : Tidak boleh. Bahagian ini perlulah ditandatangani oleh pengarah yang masihberada di dalam syarikat iaitu pengarah syarikat yang terkini.S2 : Bagaimana sekiranya salah satu ruangan di Bahagian Akuan tidakdipenuhi?J2 : Ia akan dianggap sebagai tidak lengkap, dan borang C akan dikembalikan.Disediakan oleh:Jawatankuasa Pengemaskinian Soalan Lazim dan Pangkalan Ilmu Bagi SyarikatPusat Khidmat Pelanggan Kuala LumpurLembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia2012Pusat Khidmat Pelanggan LHDNM

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!