02.05.2019 Views

Warisan Syawal Bersama Beras Cap Udang

Buku Resepi Warisan Syawal Bersama Cap Udang mengumpulkan pelbagai resepi juadah syawal di Malaysia. Sihat, Lazat, Berzat.

Buku Resepi Warisan Syawal Bersama Cap Udang mengumpulkan pelbagai resepi juadah syawal di Malaysia. Sihat, Lazat, Berzat.

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Khas Untuk Anda

Setelah lebih 30 tahun berada di pasaran, E-buku Resepi ini merupakan

tanda penghargaan kami kepada semua sahabat Beras Cap Udang,

yang telah setia bersama kami selama ini.

Warisan Syawal Cap Udang merupakan E-buku Resepi pertama dalam siri

Buku Resepi Cap Udang. Kami berharap, dengan adanya buku ini kakak-kakak

dan adik-adik kesayangan Beras Cap Udang dapat mencuba pelbagai

resepi baru yang boleh anda hidangkan kepada kaum keluarga dan sahabathandai

di waktu perayaan yang bakal menjelang tiba.

Bukan sekadar lazat, resepi-resepi yang kami pilih untuk dimuatkan di

dalam E-buku ini juga telah disemak agar sihat dan melengkapi nutrisi yang

diperlukan oleh rakyat Malaysia. Ini bersesuaian dengan tagline terbaru

Beras Cap Udang iaitu; Sihat, Lazat, Berzat.

Satu permintaan kami, apabila anda mencuba resepi-resepi di dalam

E-buku ini, kongsikan dengan rakan-rakan anda di social media. Jangan lupa

untuk tag @berascapudang, serta gunakan hashtag #berascapudang serta

#sihatlazatberkhasiat. Jom jadikan Malaysia negara yang mengamalkan gaya

hidup dan pemakanan sihat.

Ikhlas dari

Kakak Beras Cap Udang.

KANDUNGAN

1. Khas Untuk Anda

2. Kandungan

3. Kenali Jenis-Jenis Beras

4. Lemang Lemak Rendang Minang

5. Ketupat Palas Serunding Daging

6. Briyani Kambing Golden

7. Nasi Carrot opor Ayam

8. Nasi Safron Daging Kicap Berempah

9. Nasi Beringin Ayam Serai

10. Nasi Huijan Panas Ayam Berempah

11. Nasi Impih Kuah Lodeh Sihat

12. Pulut Kuning Kari Ayam

13. Nasi Tomato Ayamm Merah

Kenali Jenis-jenis Beras

Bila tiba bab membeli beras, kadang-kadang kita agak bingung memikirkan

yang mana satu idaman kalbu. Masuk je seksyen beras di pasaraya, bukan

hanya jenama yang menjadi isu, tetapi jenis beras pun buat akak-akak dan

abang-abang pening kepala.

Alah, tak payah pening-pening lagi. Ni kami nak habaq mai, macam mana nak

bezakan beras apa yang sesuai untuk situasi anda, dan apakah cara

memasak yang paling ‘marvelous’ untuk beras-beras yang pelbagai jenis ini.

i. Beras Tempatan:

Terdapat pelbagai jenis gred dalam beras tempatan. Baik dari yang SUPER

hinggalah yang besha-besha. Tekstur beras ni keras ye. Jadi bila masak

sila letak air secukupnya. Bila bab harga, beras ni memang boleh runding.

Memang tak koyak poketlah.

Tang cara memasak tu, kalau

yang nak buat nasi lemak, nasi

ayam, nasi berlauk macam

kat kedai makan tu, beras

ni memang dah cukup mantap

dah. Bagi jenama BERAS CAP

UDANG, kita cuma jual

SUPER TEMPATAN. Kualiti

memang terbaik!

ii.

Beras Wangi:

Beras wangi ni terbaik untuk memasak

nasi ayam. Baunya yang semerbak

wangi, pasti membuka selera sesiapa

sahaja. Beras ni kalau buat masak

nasi ayam memang paling mantap.

Di sebabkan teksturnya yang lembut,

kalau nak guna beras ni untuk buat bubur anak

tentunya sangat sesuai.

iii. Basmathi:

Kepada penghidap penyakit

diabetis, basmathi merupakan

pilihan makanan ruji terbaik

kerana indeks kandungan gula

yang rendah. Tambah menarik,

kajian juga menunjukkan bahawa basmathi mempunyai kandungan

fiber yang tinggi dan mampu mengelakkan masalah pencernaan

serta membantu dalam mencegah kanser. Kandungan amylose

yang tinggi di dalamnya juga dapat mengawal rasa lapar.

iv. Beras Perang dan Beras Merah:

Sebagai syarikat yang sangat menitikberatkan

kesihatan, kami juga membekalkan

beras perang dan beras merah. kepada

rakyat Malaysia. Terdapat pelbagai

khasiat yang diberi, antaranya ialah

gama-aminobutyric yang terdapat di dalam

beras ini dapat mencegah Alzheimer, mengawal kolestrol, menyihatkan

jantung, meningkatkan sistem imunisasi badan, dan mencegah kanser.

Hah. disamping beras-beras yang kami nyatakan di atas,

di Beras Cap Udang, kami juga membekalkan beras

pulut dan ketupat segera yang semestinya sesuai

untuk digunakan di musim-musim perayaan.

a. Bahan-bahannya lemang:

i. 2kg beras pulut

ii. 6 – 8 biji santan kelapa

iii. 4 – 6 batang lemang

iv. Garam

b. Bahan-bahan Rendang Minang:

i. 2 kilo daging dipotong dadu

ii. 3 biji santan kelapa

iii. segenggam cili api

i v. 1 1/2 inci kunyit

v. 1/2 biji kelapa parut

(untuk dibuat kerisik )

vi. 2-3 helai daun kunyit

vii. Garam dan Gula sesedap rasa

viii. 4 batang serai (dititik )

c. Cara Penyediaan:

i. Basuh dan toskan beras pulut.

ii. Setelah beras pulut kering, masukkamn ke dalam periuk besar berisi

santan dan garam.

iii. Masukkan beras pulut ke dalam buluh. Pastikan tidak terlalu penuh.

iv. Masukkan lebihan bancuhan santan dan garam ke dalam buluh.. Pastikan

dalamnya tidak melebihi sejari dari permukaan pulut.

v. Bakar di api sederhana besar. Bolak-balikkan lemang setiap 15 minit.

vi. Masak selama lebih kurang tiga ke empat jam.

vii. Untuk memasak rendang minang, Kisar cili api bersama dengan kunyit

sehingga lumat

viii. 3 biji kelapa parut diperah untuk mendapatkan santan.

ix. 1 biji kelapa parut digoreng hingga berwarna perang dan diblend

sehingga lumat.

x. Panaskan kuali. Masukkan daging dengan bahan yang dikisar tadi.

Jangan letak minyak atau tambah air. Kacau perlahan2 untuk

mengelakkan daripada hangus. Masukkan garam secukupnya..

xi. Selepas air daging yang keluar mengering, masukkan santan perlahanlahan.

Pastikan kuali sentiasa dikacau untuk mengelakkan santan pecah.

Masukkan serai yang telah dititik.

xii. Selepas mendidih, masukkan pula pati santan tadi. Kacau sehingga kuah

hampir kering

xiii. Masukkan kerisik dan daun kunyit. Kacau lagi sehingga kering. Kalau boleh

jangan terlalu kering. Supaya bila dipanaskan semula rendang tidak

menjadi terlalu kering.

xiv. Juadah pagi raya sudah siap untuk dihidang!

a. Bahan-bahannya:

i. 1 paket Ketupat Nasi Mosque

ATAU Nina Ketupat Nasi

ii.. 500gram Kubis bunga

iii. 2 batang Lobak Merah

iv.. 7 batang Kacang panjang

v. 10 batang Baby Corn

vi. 10 biji Tauhu Goreng

vii. 2 biji kentang dipotong dadu

viii. 3 keping Tempe Goreng

ix. 80 gram Sohun

x. 100 gram Fucuk

xi. 3 batang Serai

xii. 1 liter Marigold Susu Rendah

Lemak

xiii. 50gram Mentega tanpa garam

xiv. 2bekas kecil Plain Yogurt

xv. Garam secukup rasa

xvi. 1 biji Cili merah

xvii. 1 biji Bawang Besar

xviii. 5 biji Bawang Putih

xix. 2 inchi Kunyit Hidup

xx. 200gram Udang Kering

b. Cara Penyediaan:

i. Rebus ketupat segera ke di dalam periuk yang berisi air.

(Untuk rasa dan aroma yang lebih enak, rebus bersama daun

pandan dan satu sudu teh garam). Rebus sehingga kurang

lebih 60 minit.

ii.

Kisar 1 bawang besar, bawang putih, kunyit hidup, dan

udang kering.

iii. Rendam Sohun dan Fucuk sehingga lembut.

iv. Potong Tauhu dan Tempe dan goreng sehingga kekuningan.

v. Potong sayur Kubis, Kacang Panjang, Lobak Merah,

Baby Corn dan Cili Merah dalam bentuk baji.

vi . Panaskan periuk dan cairkan mentega tanpa garam .

Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau.

vii. Masukkan serai yang telah dititik tumis sehingga terbit baunya.

viii. Tuangkan Marigold susu rendah lemak dan biarkan

sehingga menggelegak.

ix. Masukkan semua sayur yang telah dipotong kecil.

x. Masukkan Tauhu dan Tempe yang telah digoreng dan dipotong dadu.

xi. Masukkan pula Sohun dan Fucuk ke dalam periuk.

xii. Seterusnya masukkan pula plain yogurt.

xiii. Akhir sekali masukan garam secukup rasa.

xiv. Hidangkan kuah lodeh anda bersama Ketupat Nasi Masjid/Nina

yang telah siap dimasak dan dipotong dadu.

xv. Untuk aroma dan rasa yang lebih enak, taburkan cili merah yang

telah dipotong halus.

a. Bahan-bahannya:

i. 5 cawan beras basmathi -

rendam & tos

ii. 9 keping kambing - dg tulang

iii. 4 kuntum bunga lawang

iv. 2 inci kayu manis

v. 8 biji buah pelaga

vi. 10 tangkai bunga cengkih

vii. 1 sudu besar serbuk ketumbar

viii. 1 sudu besar serbuk jintan manis

ix. 1 sudu besar serbuk jintan putih

x. 1 sudu kecil serbuk kunyit

xi. 3 biji bawang besar –

potong dadu

xii. 5-6 biji buah tomato masak saiz

besar – potong dadu

xiii. 2 labu bawang putih – tumbuk

xiv. 3 inci halia – tumbuk

xv. 1 ½ cawan yoghurt

xvi. 2 helai bay leave

xvii. Minyak zaitun

xviii. 4 biji telur – rebus, kupas & kelar

xix. 4 biji kentang kecil – kupas &

rebus

xx. ½ cawan susu (optional)

xxi. Saffron & pewarna kuning

xxii. Garam & gula

b. Bahan Hiasan

i. Bawang goreng

ii. Daun ketumbar – hiris

iii. 4 tangkai cili hidup hijau - potong 1 inci

iv. Daun mint

v. Badam & kismis - jika suka

c. Cara Penyediaan:

i. Perap kambing dengan garam, sebahagian bawang putih dan halia

yang dikisar, serbuk kunyit, serbuk ketumbar, jintan putih dan jintan manis.

ii. Panaskan minyak, tumis baki bawang putih, halia kisar dan bawang besar

sehingga naik bau. Masukkan juga daun pandan sewaktu menumis.

iii. Masukkan kambing yang diperap dan kacau rata. Masukkan air ke dalam

periuk sehingga

iv. Satukan yoghurt dan buah tomato. Tuangkan ke dalam kuali, masak sambil

dikacau rata hingga naik minyak. Jangan sampai terlalu kering.

Masukkan daun bay, garam dan gula secukup rasa.

v. Tutup kuali dengan penutup dan masak menggunakan api perlahan

sebelum ditutup api.

Bersambung di halaman sebelah.....

vi. Basuh beras, rendam selama 20 minit dan tos. Di dalam periuk berasingan,

masukkan air, sedikit minyak, buah pelaga, cengkih, bay leave dan

sedikit garam. Masak sehingga air mendidih.

vii. Masukkan beras dan masak sehingga nasi hampir masak.

viii. Tutup api dan tos lebihan air nasi di dalam bekas penapis sehingga kering.

ix. Di dalam periuk lain, letak lapisan pertama iaitu nasi. Sudukan susu secara

rawak ke atas nasi. Titiskan pewarna kuning atau ayakkan saffron dengan

menggunakan penapis teh ke atas nasi.

x. Letakkan telur yang telah dikelar dan kentang rebus. Taburkan tomato

potong dadu, bawang goreng, cili hijau potong 1 inci, daun ketumbar dan

daun mint yang dihiris.

xi. Letak pula lapisan kedua, iaitu kambing bersama sedikit kuahnya sehingga

menutupi lapisan nasi.

xii. Lapisan ketiga, letak nasi sehingga menutupi lapisan daging tadi.

Sudukan susu dan titis pewarna kuning.

xiii. Lapisan atas sekali ialah lapisan kambing. Tabur dengan bawang goreng,

tomato, cili hijau dan daun ketumbar.

xiv. Masukkan periuk ke dalam rice cooker dan biarkan masak seketika. Boleh

juga ditutup dengan aluminium foil dan dimasak menggunakan

microvave atau dapur gas.

xv. Keluarkan periuk dari rice cooker dan sendukkan nasi dan kambing ke

dalam mangkuk lain dan digaul rata dengan perlahan lahan supaya nasi

tidak patah.

xvi. Hidangkan bersama salad untuk rasa yang lebih menyelerakan.

a. Bahan-bahan Nasi Carrot:

i. 2 cawan beras, bersih dan

toskan

ii. 1 biji lobak merah

(diblend dengan 1 cawan air)

iii. 1 cawan susu sejat

iv. 1/2 batang lobak merah

(diparut kasar/potong halus)

v. 1 sb kismis hitam

vi. 1 sb gajus

vii. 1 sk garam (secukup rasa)

viii. Sedikit daun ketumbar

ix. 1/2 bawang besar (dipotong

membulat)

x. Bahan Menumis

• 1 sudu besar margarine

• 1 sudu besar minyak sapi

• 2 sudu besar minyak masak

• 1 biji tomato (didadu)

• 1 biji bawang besar dikisar

• 1 inchi halia dikisar

• 1 batang kulit kayu manis

• 2 kuntum bunga lawing

• 4 biji buah pelage

• 1 helai daun pandan

b. Bahan-Bahan Ayam Opor:

i. 1 ekor ayam saiz besar

ii. 1 biji kelapa (ambil santan)

iii. 250 gm kerisik

iv. Garam secukup rasa

v. Bahan Giling

• 150 gm serai

• 150 gm halia

• 120 gm lengkuas

• 200 gm bawang merah

• 120 gm bawang putih

• 200 gm buah keras

• 100 gm jintan manis

• 100 gm jintan putih

• 100 gm ketumbar

• 180 gm cili kering

• 250 gm air

• 150 gm minyak masak

c. Bahan Hiasan

i. 3 biji cili hijau dibelah 2

ii. 3 biji cili merah dibelah 2

iii. 1 biji tomato dibelah 6

iv.. 200 gm kacang pis

v. 1 biji bawang besar ~ dihiris bulat

*Untuk Cara Penyediaan Lihat halaman sebelah

d. Cara penyediaan:

i. Panaskan marjerine,minyak sapi dan minyak masak.Tumis tomato

seketika dan masukkan kesemua bahan tumisan.Tumis hingga wangi.

ii. Masukkan air lobak merah dan susu. Biarkan sehingga mendidih.

iii. Masukkan beras,kismis hitam, gajus dan garam.Tambah sedikit air

jika perlu.Masak nasi macam biasa.

iv. Bila nasi 3/4 masak,taburkan lobak parut,daun ketumbar dan bawang

mayang ke atasnya.Masak sehingga nasi kering air/masak.

v. Gaul sedikit nasi supaya bahan2 yang ditabur tadi bercampur

dengan nasi.Sedia di hidang.

vi. NOTE :- Penggunaan kombinasi minyak masak,marjerine dan minyak

sapi semasa menumis adalah untuk mendapatkan hasil nasi yang

cantik dan berderai...Tidak berketul walau terlebih air...

vii. Bagi menydiakan ayam opor, mulakan dengan memotong ayam pada

saiz yang anda kehendaki.

viii. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan kesemua bahan kisae

sehingga naik bau.

ix. Masukkan ayam, kerisik & santan.

x. Masukkan sedikit air dan gaul hingga sebati.

xi. Masukkan garam secukup rasa.

xii. Pekatkan sedikit kuahnya dan bolehlah dihidangkan.

xiii. Taburkan bahan hiasan ke atas masakan tadi.

a. Bahan-bahan Nasi Safron:

i. 1 sudu besar saffron (direndam

di dalam 3 sudu air panas)

ii. 3 Cawan basmathi Cap Udang

Sella

iii. 1/2 cawan susu cair

iv. 1 batang kulit kayu manis

v. 1 biji bunga lawang

vi. 2 biji bunga cengkih

vii. 2 biji buah pelaga

ix. 2 helai daun pandan

x. 2 sudu besar mentega

xi. Garam secukup rasa

xii. Bahan mayang halus:

• 3 biji bawang merah

• 2 ulas bawang putih

• 1/2 inci halia

b. Bahan-bahan Daging Kicap

Berempah:

i. 1 kilo daging

ii. 3-4 Ulas bawang putih

iii. 2 Biji bawang besar

(1 biji- potong bulat)

(1biji- kisar dengan bawang

merah)

iv. Kicap

v. 1 sudu sos tiram

vii. 1 kiub ayam

viii. Rempah penumis (pelaga,

kayu manis, bunga lawang)

ix. 1/2 peket rempah kari daging

x. 1 biji timato

xi. 2 biji kentang (potong baji

dan goreng)

xii. Bahan kisar:

• 6 ulas bawang merah

• 1 inci halia

• 2 sudu cili kisar

c. Cara Penyediaan:

i. Cairkan mentega dan tumis bawang serta rempah kering bersama daun

pandan sehingga naik bau

ii. Masukkan beras yang telah dibasuh dan goreng seketika.

iii. Masukkan susu cair dan air secukupnya serta saffron yang telah

direndam tadi.

iv. Perasakan dengan garam dan masak nasi seperti biasa.

v. Potong daging nipis-nipis, cuci dan toskan.

vi. Rebus hingga empuk.

vii. Tumis rempah penumis. Masukkan bahan kisar dan masak hingga naik bau/

garing.

viii. Masukkan sos tiram,kiub ayam dan kicap. Gaul rata.

ix. Masukkan daging yang telah empuk bersama air rebusan sekali dan

kentang yang telah digoreng tadi. Gaul rata dan masak hingga pekat.

x. Garam tidak perlu kerana kicap dan kiub ayam telah masin.

xi. Akhir sekali masukkan bawang besar yang telah di potong bulat-bulat

dan tomato .Masak hanya sebentar supaya bawang kekal ranggup.

xii. Sekarang, nasi dan daging boleh dijamu kepada para tetamu.

a. Bahan-bahan Nasi Beringin:

i. 4 cawan beras

*Anda boleh menggunakan semua

jenis beras keluaran Beras Cap

Udang

ii. 1 sudu kecil jintan kasar

iii. 6 Batang Serai dititik

iv. 1 helai daun pandan disimpul

v. 1sudu besar mentega

vi. Air (bergantung kepada

jenis beras yg digunakan)

vii. ½ cawan susu cair

viii. 1 kiub ayam

ix. Gajus

x. Bahan kisar

• ½ biji bawang Holland

• 4 ulas bawang putih

• 1 inci halia

b. Bahan-bahan Ayam Masak Serai

i. 1 ekor ayam - dipotong

2inci x 2 inci

ii. 6 batang serai - dititik

sehingga pecah bawahnya

iii. 2 keping asam keping

iv. Garam

v. Serbuk kunyit

vi. Bahan Kisar

• 6 ulas bawang merah

• 1 labu bawang besar

• 4 ulas bawang putih

• Sebesar ibu jari halia

• 20 tangkai lada kering -

dibuang biji dan direbus

c. Cara Penyediaan:

i. Panaskan periuk dan cairkan mentega. Tumis jintan kasar diikuti bahan

kisar dan serai. Tumis hingga terbit bau dan wangi. Pastikan ia

tidak terlalu garing.

ii.

Masukkan air, kiub ayam ,susu cair dan daun pandan.

Biarkan mendidih terlebih dahulu.

iii. Kemudian masukkan beras (yg telah dicuci bersih). Masak seperti masak

nasi biasa.

iv. Apabila nasi telah masak,gembur-gei,mburkan nasi. Semasa menghidang

letakkan gajus dan daun bawang (jika suka)

v. Bagi proses penyediaan ayam serai, lumur ayam dengan garam dan

kunyit dan digoreng separuh masak. Angkat ayam dan toskan minyaknya.

vi. Tumiskan bahan bahan yang telah dikisar sehingga agak garing.

Masukkan serai dan goreng lagi. Masukkan ayam yang telah

digoreng separuh masak tadi bersama asam keping dan goreng lagi

sehingga serai kering. Sekiranya serai belum cukup kering dan

tidak naik minyak, ini menandakan bahawa ayam serai masih belum

sedia untuk di makan.

vii. Angkatkan dan bersama nasi beringin.

a. Bahan-bahan Nasi Hujan Panas:

i. 4 cawan beras (beras basmati)

Basuh dan rendam 1/2 jam

ii. 4 cawan air

iii. 1 cawan susu

iv. 2 helai daun pandan

v. 1 kiub pati ayam atau sesudu

kecil garam

vi. Rempah 4 sekawan (Bunga

Lawang, Bunga Cengkih, Kulit

Kayu Manis, Buah Pelaga)

vii. Minyak/Butter/Ghee (Kami guna

ghee).

ix. Pewarna Makanan (Merah, Hijau,

Kuning)

x. Daun sup. Gajus, Kismis

xi. Bahan Kisar:

• 4 biji bawang merah

• 2 ulas bawang putih

• 1 inci halia

b. Bahan-bahan Ayam Rempah:

i. 1 ekor ayam

ii.

Bahan kisar:

• 6 ulas bawang putih

• 7 ulas bawang merah

• 2 inci halia

• 3 batang serai (yang besar)

• 3 sb cili kering kisar/ cili boh

mengikut citarasa

• 2 sb serbuk kari daging

• 1/2 sk serbuk jintan putih

• 1/2 sk serbuk jintan manis

• 1/2 sk serbuk ketumbar

• 1/2 sk rempah 5 spices

iii. Garam secukup rasa

iv. 3 tangkai daun kari

v. Minyak untuk menggoreng

c. Cara Penyediaan:

i. Panaskan kuali hingga dan masukkan ghee.

ii. Goreng rempah 4 sekawan, bawang merah, bawang putih dan halia

yang telah dikisar

iii. Masukkan daun pandan. Biarkan seketika.

iv. Masukkan bahan-bahan yang digoreng tadi ke dalam periuk nasi dan

masukkan air, kiub ayam/garam, susu dan beras. Kacau sehingga rata.

v. Masak nasi macam biasa.

vi. Bila nasi sudah masak, titikkan pewarna menggunakan chopstick.

Biar seketika.

vii. Gaul hingga pewarna tadi bercampur dengan nasi.

viii. Tabur Daun sup. Gajus, Kismis sebelum dihidang.

ix. Campurkan semua bahan di atas bersama ngan ayam kecuali daun kari

dan minyak. Gaul sebati dan biarkan perap selama 1 jam.

x. Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak berlebihan supaya ayam

tenggelam ketika digoreng.

xi. Masukkan ayam satu per satu dan goreng hingga masak. Taburkan daun

kari bila ayam hampir masak.

xii. Apabila masak, angkat dan toskan minyak berlebihan. Bolehlah dimakan

dengan nasi tadi.

a. Bahan-bahannya:

i. 1 paket Ketupat Nasi Mosque

ATAU Nina Ketupat Nasi

ii.. 500gram Kubis bunga

iii. 2 batang Lobak Merah

iv.. 7 batang Kacang panjang

v. 10 batang Baby Corn

vi. 10 biji Tauhu Goreng

vii. 2 biji kentang dipotong dadu

viii. 3 keping Tempe Goreng

ix. 80 gram Sohun

x. 100 gram Fucuk

xi. 3 batang Serai

xii. 1 liter Marigold Susu Rendah

Lemak

xiii. 50gram Mentega tanpa garam

xiv. 2bekas kecil Plain Yogurt

xv. Garam secukup rasa

xvi. 1 biji Cili merah

xvii. 1 biji Bawang Besar

xviii. 5 biji Bawang Putih

xix. 2 inchi Kunyit Hidup

xx. 200gram Udang Kering

b. Cara Penyediaan:

i. Rebus ketupat segera ke di dalam periuk yang berisi air.

(Untuk rasa dan aroma yang lebih enak, rebus bersama daun

pandan dan satu sudu teh garam). Rebus sehingga kurang

lebih 60 minit.

ii.

Kisar 1 bawang besar, bawang putih, kunyit hidup, dan

udang kering.

iii. Rendam Sohun dan Fucuk sehingga lembut.

iv. Potong Tauhu dan Tempe dan goreng sehingga kekuningan.

v. Potong sayur Kubis, Kacang Panjang, Lobak Merah,

Baby Corn dan Cili Merah dalam bentuk baji.

vi . Panaskan periuk dan cairkan mentega tanpa garam .

Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau.

vii. Masukkan serai yang telah dititik tumis sehingga terbit baunya.

viii. Tuangkan Marigold susu rendah lemak dan biarkan

sehingga menggelegak.

ix. Masukkan semua sayur yang telah dipotong kecil.

x. Masukkan Tauhu dan Tempe yang telah digoreng dan dipotong dadu.

xi. Masukkan pula Sohun dan Fucuk ke dalam periuk.

xii. Seterusnya masukkan pula plain yogurt.

xiii. Akhir sekali masukan garam secukup rasa.

xiv. Hidangkan kuah lodeh anda bersama Ketupat Nasi Masjid/Nina

yang telah siap dimasak dan dipotong dadu.

xv. Untuk aroma dan rasa yang lebih enak, taburkan cili merah yang

telah dipotong halus.

a. Bahan-bahan Pulut Kuning:

i. Beras pulut 1kg

ii. Santan kelapa sebiji

iii. Daun pandan

iv. 1 sudu besar serbuk kunyit

v. Asam keping

vi. 1 sudu garam

b. Bahan-bahan Kari Ayam Likat:

i. 1 ekor ayam

ii. 2 biji kentang - potong 4

iii. 1 asam keeping

iv. 1 kotak santan kotak

v. Air secukupnya

vi. 10 sudu besar rempah

kari - extra chilis

vii. Kayu manis, bunga lawang,

buah pelage

viii. 1 tangkai daun kari

ix. Gula

x. Garam secukupnya

xi. Bahan Hiris:

• 1 1/2 labu bawang besar

saiz besar – hiris

• 6 ulas bawang putih – hiris

• 3 inci halia – hiris

c. Cara Penyediaan:

i. Cuci dan rendam beras pulut dengan serbuk kunyit dan asam keping

selama lebih kurang 5 jam.

ii. Kukus beras pulut dengan daun pandan selama 30 minit.

iii. Gaul pulut bersama santan (ketika pulut masih panas) .

iv. Kukus pulut dengan daun pandan untuk kali kedua selama 20 minit.

v. Bagi menyediakan kari ayam pekat likat, panaskan minyak dan tumis rempah

penumis bersama bawang putih, bawang merah dan halia sehingga

kekuningan.

vi. Kemudian masukkan rempah kari dan kacau seketika, masukkan air dan

teruskan memasak dengan menggunakan api perlahan. Pastikan bahan

tumis dikacau sehingga rempah sedikit garing dan terbit minyak. Kemudian

masukkan daun kari dan kentang.

vii. Selepas itu, masukkan pula ayam dan masak sehingga ayam menjadi

kecut sebelum ditambah sedikit lagi air dan biarkan sehingga mendidih.

vii. Masukkan pula santan. Terus masak dengan api perlahan. Setelah

kentang empuk, masukkan asam keping, gula dan garam. Renihkan sehingga

pecah minyak. Sesuaikan kepekatan kuah yang disukai. Jika terlebih pekat,

tambah air panas dan masak lagi.

a. Bahan-bahannya Nasi Tomato:

i. 5 cawan beras Basmathi

- cuci dan toskan

ii. 1/2 cawan susu cair

iii. 4 biji tomato - cincang

iv. 1/2 cawan sos tomato

v. 2 s/b majerin/minyak sapi

vi. 5 s/b minyak

vii. Garam secukup rasa

viii. Air (ikut sukatan beras)

ix. Daun pandan disimpul dan

daun sup di cincang

b. Bahan-bahan Ayam Merah:

i. 1 ekor ayam - dilumur garam, kunyit

dan digoreng separuh masak.

ii. 2 kuntum bunga lawang

iii. 1 batang kulit kayu manis

iv. 2 sudu besar sos cili

v. 60 ml santan

vi . 250 ml air

vii. 3 biji tomato - belah 4

viii. Garam secukup rasa

ix. Gula secukup rasa - saya tambah

x. Minyak utk menumis

xi. Kacang peas - opsyenal

xii. Bahan Tumis:

• 3 ulas bawang putih - hiris

• 5 ulas bawang merah - hiris

• 1 inci halia - hiris

• 3 biji Buah pelaga

• 3 biji Bunga cengkih

• 1 inci Kulit kayu manis

• 2 kuntum Bunga lawang

xiii. Bahan Kisar Halus

• 4 biji bawang besar

• 5 ulas bawang merah

• 5 ulas bawang putih

• 2 cm halia

• 15 - 20 tangkai cili kering

- rebus sebentar dan kisar

xiv. Bahan bahan hiris:

• 3 biji bawang besar

• 5 ulas bawang putih

• 2 cm halia - hiris kepada

3 keping

c. Cara Penyediaan:

i. Tumis bawang merah, putih, halia dan rempah dengan minyak dan minyak

sapi hingga kuning dan naik bau.

ii. Masukkan susu cair, tomato cincang, tomato sos, garam dan gaul rata.

Tambah air, daun pandan dan masak sehingga air mendidih.

Bersambung di halaman sebelah.....

iii. Masukkan beras, pindahkan ke dalam rice cooker dan masak seperti biasa.

iv. Apabila nasi telah kering, kacau rata perlahan-lahan supaya nasi

tidak hancur.

v. untuk penyediaan Ayam Merah, panaskan minyak dalam kuali dan tumis

bahan hirisan sampai layu. Kemudian masukkan bahan kisar dan gaul

sehingga rata.

vi. Masukkan cili kering yang telah dikisar dan diikuti dengan sos cili.

Tumis kesemuanya sehingga pecah minyak.

vii Apabila sudah pecah minyak, masukkan ayam yang digoreng separuh

masak tadi. Jika digoreng garing, ayam akan menjadi liat. Dikacau rata

dan biarkan seketika.

Selamat Mencuba...

Terbitan:

Nina Maju Sdn Bhd

No 8, Batu 16 Jalan Changlun,

North-South Expy,

KM22.5 of 06000 Jitra, Kedah.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!