21.06.2019 Views

MamaPapa_Dec2018

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Advertorial

Kenangan manis serta

pengalaman yang amat berharga

Terima kasih, LYC!

semuanya berkualiti tinggi. Apa yang melegakan hati lagi

ialah rutin pemeriksaan mingguan oleh doktor bayi, kerana ini

bermakna saya tidak perlu membawa bayi saya untuk pemeriksaan

di hospital atau klinik.

JUNE TAM

Selepas pemeriksaan pranatal saya yang terakhir, saya mengambil

keputusan untuk melahirkan anak saya melalui kaedah

pembedahan cesarean. Hampir tiga minggu sebelum itu, kakak

saya telah pun melahirkan anaknya dan seterusnya menginap di

pusat penjagaan selepas bersalin LYC Mother & Child Centre

di TTDI. Dia amat kagum dengan perkhidmatan di pusat itu

lalu menyarankan supaya saya pun turut serta ke LYC selepas

melahirkan anak saya, dan saya pun setuju.

Semasa penginapan saya di LYC, saya dapat merasakan dengan

sendiri, betapa ekslusif dan mewah tempatnya. Persekitaran yang

nyaman dan selesa amat bermakna bagi saya sebagai ibu baru.

Bagi saya, LYC umpama hotel 6-bintang yang tahap kebersihannya

amat menakjubkan. Para kaki tangan, daripada yang berjawatan

paling tinggi sehingga perkerja-pekerja biasa semuanya bersikap

peramah namun profesional, dan masing-masing melakukan

tugas mereka dengan berdedikasi dan mesra.

Saya agak kagum juga dengan SOP (peraturan prosedur) di LYC di

mana para pelawat perlu melalui beberapa langkah keselamatan

sebelum dibenarkan masuk ke dalam bilik ibu baru - seperti

pengujian suhu badan; penukaran kasut dan juga pemakainan

penutup (masker) muka.

Sebagai seorang ibu baru, sudah tentu saya kurang

berpengalaman dalam penjagaan bayi mahupun penyusuan

badan. Oleh itu bantuan yang telah diterima daripada para

jururawat yang berpengalaman dan ramah amat saya hargai.

Mereka sedia membantu dalam apa segi pun, di mana sikap

dan kemesraan mereka terhadap saya amat menyenangkan hati.

Berdasarkan apa yang saya telah melihat dengan sendiri, LYC

merupakan pusat yang benar-benar mengambil berat tentang

pelanggannya, dan bukan hanya dari segi perkhidmatannya.

Malah, produk-produk yang digunakan, misalnya di dalam

nurseri, seperti bantal, lampin, produk mandian dan sebagainya,

Di LYC, menu yang ditawarkan bukan sebarangan, namun ia terdiri

daripada makanan-makanan berkhasiat yang disediakan khas

untuk ibu-ibu baru. Saya juga mendapati bahawa semua hidangan

bukan sahaja baik untuk saya, malah juga memikat rasa dan tidak

berminyak. Saya juga agak bertuah kerana berpeluang untuk

menyertai perayaan kuih bulan oleh majikan LYC, selain menyertai

sesi steamboat yang dianjurkan khas untuk memperkenalkan

menu ikan steamboat yang baru.

Rawatan-rawatan

selepas bersalin

yang ditawarkan

di sini amat

menyeronokkan,

umpama rawatan

spa! Semuanya

dikendalikan di

Tanamera Wellness

Centre di dalam

premis LYC, dan

yang paling saya

gemari adalah

rawatan pengurutan

seluruh badan.

Selain itu, kelaskelas

penjagaan bayi

khas juga disediakan

untuk kami, di

samping aktiviti-aktiviti lain yang amat berguna kepada ibu-ibu baru.

Yang pentingnya, saya mendapati bahawa hasil pengalaman saya

di sini, saya dapat melangkah ke alam keibuan dengan lebih yakin.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi perkhidmatan pelanggan: +6012 627 7335

LYC Mother & Child Centre Sdn Bhd (972687-K)

Level 2, Podium Block, Plaza VADS, No 1, Jalan Tun Mohd Fuad Taman Tun Dr Ismail, 60000, Kuala Lumpur

Tel: +603 7733 9222 | Fax: +603 7733 4886 | Website: www.lychealth.com | Email: enquiry@lychealth.com

Facebook & Instagram: @lycmotherchild

Advertorial

INGIN hamil? Pergilah bercuti!

Ramai wanita yang telah cuba untuk hamil selama berbulanbulan

bahkan bertahun-tahun lamanya, tiba-tiba hamil

semasa dalam percutian bersama pasangan. Adakah ianya

suatu kebetulan sahaja? Pastinya tidak!

Seperti diketahui ramai, tekanan hidup merupakan faktor

utama mengapa ramai wanita tidak dapat hamil walau pun

tiada sebarang isu dengan kesuburan mereka atau pun

pasangan mereka. Semakin ramai pasangan ingin mencuba

cara-cara yang kurang invasif, dan mereka kini lebih tahu

dan yakin bahawa kehidupan yang bebas dari tekanan

adalah jawapannya.

Namun, kita sedia maklum di zaman ini, tekanan sukar untuk

dielakkan, sama ada di rumah, luar rumah, di tempat kerja

dan sebagainya. Tak mungkin anda dapat elak daripada

kesan buruk tekanan yang wujud di sekeliling, dan juga tentu

sukar untuk membawa bertenang apabila dihadapi dengan

ketegangan dari merata arah. Patutlah terdapat pasanganpasangan

yang bernekad untuk pergi bercuti dengan niat

khusus untuk menenangkan jiwa supaya dapat hamil.

Sudah tentunya percutian yang nyaman di lokasi yang

indah dapat menenangkan jiwa dan fikiran yang berselerak.

Memang ramai pun yang telah berjaya hamil semasa

percutian yang khas sebegini, oleh itu, mungkin ia patut

dikategorikan dalam bahagian ‘perlu buat’ bagi mereka yang

ingin hamil, bersama-sama dengan mengambil makanan

yang bernutrisi, menghentikan tabiat-tabiat buruk serta

melakukan hubungan intim tanpa perlindungan.

Pergilah bercuti!

Mula-mula sekali, pastikanlah apa yang dapat merilekskan

anda dan pasangan anda, sama ada ia percutian di

pantai, di kawasan bukit atau pun di sesuatu bandar yang

menakjubkan di luar negara. Yang pentingnya, lokasi

tersebut dapat melahirkan perasaan tenang namun seronok

bagi kamu berdua, supaya anda dapat rehat, bersantai

dan bermanja-manja sebagai suami-isteri. Ingat, usah pula

membawa tekanan kerja bersama-sama - tutupkan email,

senyapkan notifikasi chat-group yang tak penting, dan

sebagainya. Ambillah masa ini untuk bersama-sama beradu

asmara sahaja.

Peringatan: Memandangkan tujuan utama anda adalah

supaya dapat hamil, ingatlah bahawa ketepatan masa masih

penting. Oleh itu, jangan lupa membawa bersama beberapa

alat ujian ovulasi untuk tujuan ini, bersama-sama dengan alat

ujian kehamilan anda.

Jangan menyiakan peluang untuk

memanipulasikan waktu subur anda

Setiap bulan, atau setiap kitaran haid anda, perubahan tahap

hormon menyebabkan sebutir telur anda dilepaskan ke

salur Fallopian untuk disenyawakan - ini menandakan waktu

paling subur untuk tubuh anda. Kegiatan seks pada waktu ini

memberikan anda peluang yang tinggi untuk hamil.

Terdapat cara yang mudah dan efektif untuk memastikan

waktu tertentu ini, supaya anda dapat mengambil langkah

yang sewajarnya dengan suami anda - iaitu dengan

menggunakan alat yang bernama Clearblue Digital

Ovulation Test.

Nak tahu masa anda yang paling subur?

Biar Clearblue membantu

Clearblue merupakan kit penguji ovulasi yang dipercayai

oleh wanita di seluruh dunia. Produk pemenang anugerah ini

akan membantu anda mengenal pasti waktu terbaik untuk

meningkatkan peluang kehamilan. Alat penguji kesuburan

ini mengukur perubahan pada paras Luteinising Hormone

(LH) daripada garisan dasar unik anda sendiri, yang berbeza

dengan wanita. Inilah cara paling mudah untuk mengenal

pasti waktu paling subur anda! Apabila digunakan seperti

disyorkan, keputusan akan dipaparkan seperti berikutnya:

untuk 'Tiada lonjakan LH'

untuk 'lonjakan LH positif'

Selamat bercuti dan selamat memadu asmara!

Adakah anda telah berjaya hamil?

Ketahui dengan pastinya!

Clearblue Digital Pregnancy Test with Conception

Indicator akan membantu anda untuk mengetahui

sama ada anda hamil atau tidak dengan cepat dan

berkesan. Anda tak perlu pun menjejak kaki keluar

dari bilik untuk mengetahuinya! Berbeza dengan

kit lain yang hanya memberitahu keputusan positif

atau negatif, Clearblue Digital Pregnancy Test

with Conception Indicator direka unik dengan

fungsi Smart Dual Sensor TM yang bukan hanya akan

memberitahu anda keputusan kehamilan, malahan ia

juga memaparkan usia kehamilan anda.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di: Email: info@germax.com.my Careline: 03-6151 6629 Website: my.clearblue.com

PENA PENGARANG

Isi Kandungan

Diterbit oleh:

Bulan terakhir, bukan peluang terakhir.

Apa khabar semua? Disember pun

dah sampai, dan tidak lama lagi,

kita dapat mengucapkan selamat

tinggal kepada 2018. Adakah semua

matlamat dan tujuan bagi tahun yang

telah berlalu ini sudah dicapai?

Mungkin ada yang telah bernekad

untuk menjadi seorang yang

penyabar, atau pun menjaga

kesihatan dengan lebih baik, atau

pun belajar kemahiran yang baru

dan sebagainya. Ada matlamat yang

mungkin telah dicapai dan ada yang

tentunya belum lagi. Namun, bukan

ertinya semuanya telah berakhir.

Peluang sentiasa ada bagi mereka

yang tidak berputus asa.

Dalam alam keibu bapaan,

pembelajaran sentiasa berlaku, sama

ada disedari atau tidak. Setiap hari,

pasti ada sahaja perkembangan baru.

Oleh itu sudah pasti sentiasa ada

detik-detik untuk belajar bersabar

dan bertenang semasa membesarkan

anak. Tugas ibu dan bapa bukannya

senang, namun pengalaman itu

sentiasa diiringi kasih sayang.

Cabaran dan dugaan pasti sentiasa

ada, namun begitu juga peluang

untuk memperbaiki diri.

Jadi, jika tahun 2018 tidak beberapa

memuaskan diri dari segi apa sekali

pun, ingat, peluang masih ada

untuk mencuba lagi di tahun 2019.

Sediakan senarai matlamat-matlamat

baru sekarang, dan semoga dapat

beriang-ria di bulan akhir 2018 ini!

Salam sayang,

Boleh didapati di

MAMAPAPA

07 Fertiliti & Konsepsi: 7 Tanda

kesuburan wanita

09 Sembang Laktasi: Pilihlah coli

penyusuan yang sesuai

10 9 Bulan: Bengkak kaki

semasa hamil

13 Alam Berpantang: Amalan

berpantang di negara lain

17 Penjagaan Selepas Bersalin:

Perubahan-perubahan pada

tubuh badan selepas bersalin

20 Panduan Keluarga: Mengatasi

situasi anak cepat tersinggung

24 Topik: Bantulah anak anda

mencapai masa depan yang cerah

MANJA

29 Kesihatan: Gas berlebihan

dalam bayi dan kanak-kanak

32 Penjagaan Bayi dan Kanakkanak:

Ada apa dengan najis

si manja anda?

35 Dairi medikal & kesihatan

bayi: Lindungilah anak anda

daripada komplikasi influenza

GAYA HIDUP

38 Perkembangan kanak-kanak:

Awas tahap kemarahan apabila

membetulkan kesilapan anak

41 Alam pendidikan: Sistem

pendidikan yang dikagumi

di dunia

44 Situ, Sana, Sini!: Klik! Klik!

AcePremier.com Sdn Bhd (829271-K)

N-2-6, Plaza Damas,

60, Jalan Sri Hartamas 1,

Sri Hartamas,

50480 Kuala Lumpur, Malaysia.

Tel: +60 3 6203 2522

Fax: +60 3 6203 4522

Email: info@acepremier.com

Penerbit

John Lim

Pengarang

Shalina Abdullah

Pereka Grafik

Aina Mardia

Haziatul Shima

Nasyiha Badela

Pengurus Pengiklanan

Fiona Lim

Adeline Chin

Pencetak

Times Offset (M) Sdn Bhd

Bangunan Times Publishing

Lot 46 Subang Hi-Tech

Industrial Park, Batu Tiga,

40000 Shah Alam Selangor

Pengedar

Pansing Marketing Sdn Bhd

Sekalung penghargaan kepada:

To’ Puan Dr. Maziah Ahmad Mahidin,

Dr. Agilan Arjunan, Dr. Nazrul Neezam Nordin,

Dr. Fahisham Taib, Dr. Kenneth Looi Chia Chuin,

Dr. Tee Shwu Hoon, Jessie Foo Xiang Yi,

Saw Bee Suan, DoktorBudak.com dan LPPKN.

Majalah MamaPapa diterbitkan 12 kali setahun

(setiap bulan) oleh AcePremier.com Sdn. Bhd.

MAMAPAPA mengalu-alukan pendapat

dan cadangan anda. Emailkan kepada

majalahmamapapa@gmail.com

Kenyataan

Semua material penerbitan dalam buku ini adalah

untuk rujukan sahaja. Pembaca diingatkan untuk

tidak menggunakan maklumat di dalam buku ini

sebagai ganti kepada konsultasi dan penjagaan

kesihatan profesional. Walaupun kajian dan

semakan telah dilakukan sebelum mengeluarkan

maklumat yang terdapat di dalam buku ini, namun

pihak penerbitan, pengarang, penasihat dan agen

tidak dengan mana-mana cara bertanggungjawab

di atas sebarang kesalahan, pengecualian atau

ketidaktepatan maklumat dalam bahan penerbitan

ini sama ada terhasil disebabkan kecuaian atau

sebagainya, atau sebarang akibat yang disebabkan

olehnya. Rangkuman atau pengecualian terhadap

mana-mana produk juga tidak bermakna

pihak penerbitan menyokong atau menolak

penggunaannya sama ada secara keseluruhan

atau khusus.

Pengeluaran iklan adalah tertakluk kepada

persetujuan pihak penyunting dan tidak

terpengaruh kepada kandungan editorial atau

penyampaiannya. Pihak penerbit, pengarang,

penasihat dan agen tidak menjamin, secara

langsung atau tidak langsung, kualiti atau

keberkesanan sebarang produk atau perkhidmatan

yang digambarkan dalam iklan atau sebarang

material yang dipaparkan.

Sila hubungi Pengarah, John Lim di

info@acepremier.com atau +603-6203 2522 untuk

urusan perniagaan dan usahasama.

Hak Cipta Terpelihara

Copyright © 2018. AcePremier.com Sdn Bhd.

PAKAR KAMI

PAKAR OBSTETRIK & GINEKOLOGI

To’ Puan Dr. Maziah Ahmad Mahidin

MD (UKM), Masters Obs & Gynae (UKM),

MRCOG (London)

Merupakan Ahli Akademi Perubatan Malaysia 2005,

To’ Puan Dr. Maziah menamatkan pengajian di UKM,

MRCOG London dan FRCOG London. Ibu kepada lima orang

anak dan nenek kepada seorang cucu ini kini berkhidmat di

KPJ Damansara Specialist Hospital sebagai Pakar Obstetrik

& Ginekologi.

PAKAR KESUBURAN/ PAKAR

PERUNDING OBSTETRIK &

GINEKOLOGI

Dr. Agilan Arjunan

MBBS (Malaya) MRCOG (London) Cert.

Artificial Reproductive Techniques (S’pore)

Dr Agilan Arjunan adalah graduan dari Universiti Malaya

dan mendapat ijazah kepakaran dari Royal College of

Obstetrician and Gynaecologist, London. Dengan kombinasi

kepakaran dalam pembedahan laparoskopi dan rawatan

kesuburan, beliau membantu pasangan untuk mendapatkan

zuriat melalui kaedah rawatan fertiliti yang terkini.

PAKAR PERUNDING PEDIATRIK DAN

GASTROENTEROLOGI & HEPATOLOGI

Dr. Nazrul Neezam Nordin

MBBS (Malaya), MPaeds (Malaya)

Dr. Nazrul kini berkhidmat di Pusat Perubatan Sunway. Beliau

pernah bertugas di Jabatan Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur

selepas tamat latihan subkepakaran dan diiktiraf sebagai

Pakar Pediatrik dan Pediatrik Gastroenterologi & Hepatologi

oleh Daftar Pakar Kebangsaan (National Specialist Registry)

pada Disember 2011.

PENSYARAH PEDIATRIK DAN PAKAR

KANAK-KANAK

Dr. Fahisham Taib

MB BCh BAO (Ireland), MMedSci

(Ireland), DCH (Glasgow), MRCPCH (UK),

SpecCertPallCare (Aus)

Dr. Fahisham bin Taib ialah Pensyarah Pediatrik dan

Pakar Kanak-kanak di HUSM. Beliau sudah empat tahun

berkhidmat di sana dan sebelum ini, pernah bertugas di

United Kingdom dan Ireland selama 10 tahun. Beliau juga

aktif menulis artikel dan menjawab pertanyaan masyarakat

dalam laman Doktorbudak.com.

KONSULTAN PEDIATRIK

Dr. Kenneth Looi Chia Chuin

MBBS (IMU), MRCPCH (UK)

Dr. Kenneth menerima kelayakan doktor beliau dari

International Medical University. Berpengalaman berkhidmat

sebagai Pakar Pediatrik di Hospital Tengku Ampuan

Rahimah, Klang dan Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala

Terengganu, beliau kini merupakan Konsultan Pediatrik di

Hospital Columbia Asia – Cheras.

PAKAR DERMATOLOGI

Dr. Tee Shwu Hoon

MBBS (IMU), MRCP (UK), Advanced Master

in Dermatology (UKM)

Dr. Tee kini berkhidmat di Hospital Columbia Asia – Puchong.

Beliau pernah bertugas di Hospital Selayang sebagai Pakar

Perubatan, menerima latihan subkepakaran dermatologi di Hospital

Tengku Ampuan Rahimah dan Hospital Kuala Lumpur, seterusnya

diiktiraf sebagai Pakar Dermatologi. Pernah juga berkhidmat

sebagai Ketua Unit Dermatologi di Hospital Serdang. Beliau turut

aktif menerbitkan artikel untuk ‘Malaysian Journal of Dermatology’.

FISIOTERAPI

Hasanah Binti Abd. Bari

(BSc Hons Physiotherapy)

Hasanah binti Abd. Bari, pemilik Hasanah Bari Consulting,

beroleh Ijazah Sarjana Muda Fisioterapi dari Universiti

Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang Fisioterapi. Kepakaran

beliau adalah merawat masalah yang berkaitan dengan

fungsi fizikal seseorang baik dalam bidang musculoskeletal,

neurology, cardio-respiratory, paediatric, geriatric, mahupun

kesihatan wanita.

DIETETIK KANAN

Saw Bee Suan

B. Health Sc. (Honours) Dietetics

Saw Bee Suan menamatkan pengajian dalam bidang

pemakanan di Universiti Sains Malaysia. Sebagai pakar

pemakanan kanan di Pusat Perubatan Sunway, beliau

banyak mengendalikan kes-kes kronik mengenai nutrisi.

GAYA SI MANJA

PERMATA HATI

Adakah anak anda berusia antara 1 bulan hingga 36 bulan? Jika ya,

hantarkan gambar terkini si manja anda kepada majalahmamapapa@

gmail.com atau facebook: MajalahMamaPapa berserta nama, umur dan

tempat tinggal.

Snap &

Menang

Hadiah istimewa

bernilai RM100

Nur Nufa Ufaira Binti Mohd Azrul

12 Bulan, Negeri Sembilan

Nik Aisy Rania Bt Nik Mohd Zaini Aikal

6 Bulan, Perak

Ayden

7 Bulan, Selangor

Nur Amylia Maisara bt Syaari

4 Bulan, Kuala Lumpur

Ryz Haiqal bin Rizsam

28 Bulan, Selangor

4 MamaPapa | Disember 2018

TANYA PAKAR

Bahayakah Fibroid semasa Hamil?

Soalan: Saya kini hamil 12 minggu. Baru-baru ini, saya

pergi ke klinik dan doktor mendapati saya ada fibroid.

Saya risau jika penyakit saya ini akan membahayakan

kandungan saya. Apa yang perlu saya lakukan untuk

merawat masalah ini? Terima kasih doktor.

PAKAR KESUBURAN/ PAKAR PERUNDING

OBSTETRIK & GINEKOLOGI

Dr. Agilan Arjunan

Jawapan: Selamat sejahtera Puan.

Tahniah atas kehamilan Puan. Fibroid

semasa kehamilan adalah masalah

yang sering merisaukan setiap wanita.

Oleh kerana Puan sudah hamil, saya

berangapan bahawa fibroid itu tidak terlalu besar. Kesan

fibroid ke atas kandungan Puan bergantung kepada saiz

dan lokasi fibroid berkenaan. Bagi fibroid yang tumbuh

di luar atau pada permukaan rahim (sunserosal fibroid),

biasanya ia tidak menganggu kehamilan. Manakala, bagi

fibroid yang tumbuh di dalam dinding rahim ataupun

fibroid yang tumbuh ke arah permukaan lapisan dalam

rahim, bergantung kepada saiznya, ia mungkin boleh

menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang.

Kadangkala, fibroid dapat menghalang kelahiran bayi

secara natural (semula jadi) jika posisinya menganggu

laluan kelahiran. Ini tidak bermaksud Puan perlu membuat

pembedahan bagi mengeluarkan fibroid, tetapi kewujudan

fibroid ini akan membuatkan doktor pakar sakit puan lebih

teliti semasa membuat pemeriksaan ke atas Puan dan

kandungan Puan.

Buat pengetahuan Puan, setakat ini, tiada ubat bagi

merawati fibroid semasa hamil. Cuma, Puan perlu pastikan

menghadiri setiap perjumpaan dengan doktor sakit puan

mengikut jadual yang diberi dan doktor akan menasihati

Puan. Selain itu, saya nasihatkan Puan untuk berdoa

semoga kehamilan Puan dan bayi berkembang dengan

baik dan saya berharap Puan akan melalui proses kelahiran

yang natural dan selamat. Semoga berjaya!

Bayi Batuk di Waktu Malam

Soalan: Doktor, bayi saya yang berusia 11 bulan

kerap batuk di waktu malam dan akan selesema

selepas bangun dari tidur. Adakah anak saya

mempunyai tanda-tanda asma? Buat pengetahuan

doktor, kami suami isteri tidak mengalami asma.

Terima kasih.

KONSULTAN PEDIATRIK

Dr. Kenneth Looi Chia Chuin

Jawapan: Terdapat banyak sebab

mengapa bayi batuk pada waktu

malam dan selesema pada awal

pagi. Sebab-sebab yang lazim

termasuklah jangkitan kuman

paru paru, penyakit Tuberculosis,

tanda awal asthma, ‘post nasal drip’ dan sebagainya.

Walaupun batuk malam dan selesema awal pagi adalah

simptom salur pernafasan yag sensitif (hyperactive

airway), ibu bapa dinasihatkan supaya membawa

anak untuk diperiksa oleh pakar kanak-kanak untuk

mendapat diagnosa dan rawatan yang sewajarnya.

Hantarkan surat anda kepada Ruangan Tanya

Pakar, Majalah MamaPapa, AcePremier.com Sdn

Bhd, N-2-6 Plaza Damas, 60 Jalan Sri Hartamas 1,

50480 Sri Hartamas, Kuala Lumpur atau emailkan

kepada majalahmamapapa@gmail.com atau

facebook.com/MajalahMamaPapa

MamaPapa | Disember 2018

5

Apa cerita baru?

Suplemen antioksiden

berkesan untuk kesuburan

lelaki

Kesihatan pasangan suami isteri amat penting jika

mereka sedang usaha untuk mencapai kehamilan.

Sebuah laporan selidikan yang dimuat dalam The

Cochrane Library mengatakan bahawa suplemen

antioksiden dapat meningkatkan kesuburan, namun

ia jauh lebih efektif bagi kaum lelaki. Hampir 30

studi analisis yang dilakukan membawa kepada

kesimpulan bahwa suplemen antioksida, walaupun

berfaedah untuk kesihatan keseluruhan, tidak

menunjukkan kesan terhadap kesuburan wanita atau

calon ibu. Ketua penelitian Marian Showell, MPH,

koordinator fakultas Obstetrics and Gynaecology di

University of Auckland, mengatakan bahwa tak ada

bukti yang mampu menunjukkan bahwa konsumsi

suplemen antioksidan memberikan manfaat untuk

wanita yang ingin hamil. Jika dibandingkan dengan

wanita, ternyata efek oksidasi di tubuh berpengaruh

lebih besar untuk kaum lelaki, terutama bagi tahap

kesuburan mereka.

Awas: Diabetes meningkatkan

risiko kemandulan

Diabetes merupakan salah satu penyakit paling ditakuti

saat ini. Selain mengancam jiwa, risiko diabetes juga

dapat menggugat kesuburan wanita. Wanita yang

mengalami diabetes lazimnya menghadapi kesukaran

untuk hamil. Jika gula darah tidak dikawal, inilah

hakikatnya, di mana ia mempengaruhi kesuburan. Salah

satu faktor yang berhubungan ialah diabetes mampu

mengubah susunan menstruasi bulanan, mengakibatkan

masa ovulasi pun berubah.

Wanita yang mengalami diabetes juga mungkin

menghadapi gejala kesihatan yang lain-lain disebabkan

tubuhnya yang lali pada insulin. Mereka juga mungkin

mengalami penuaan sebelum waktunya disebabkan oleh

kesukaran hidup semasa menangani penyakit diabetes itu.

5 faktor yang menggugat

kesuburan di era ini

Tidur kurang dari 4 jam atau

melebihi 8 jam meningkatkan

kadar penuaan

Tidak cukup tidur (iaitu

kurang dari 4 jam)

atau tidur berlebihan

adalah antara faktor

yang menyebabkan

penuaan sebelum

waktunya. Ia juga

mampu meningkatkan

risiko obesiti serta

membahayakan

kesihatan dari pelbagai segi, terutama sekali jika ia

berlaku dengan kerapnya. Kekurangan tidur menurunkan

kadar fikiran bernas seseorang dan juga kemampuan

verbalnya. Ia juga akan meninggalkan efek negatif

terhadap memori individu tersebut. Jumlah masa yang

ideal untuk tidur bagi kesihatan dan juga untuk kecantikan

adalah 6 hingga 8 jam setiap hari.

Ramai pasangan yang ingin mempunyai cahaya

mata namun tak dapat berbuat demikian

disebabkan masalah dengan sistem reproduksi salah

satu daripada mereka. Namun, ada juga beberapa

faktor lain yang mampu menjejaskan konsepsi dan

kesuburan lelaki dan juga wanita. Faktor-faktornya

adalah seperti berikut:

• Peningkatan usia

• Merokok

• Pengambilan minuman beralkohol

• Obesiti atau kurang berat badan

• Terlalu sikit atau terlalu banyak bersenam

6 MamaPapa | Disember 2018

FERTILITI & KONSEPSI

Semasa ovulasi,

hormon dalam tubuh

seorang wanita

akan berubah dan

menyebabkan

pelbagai simptom

fizikal berlaku pada

tubuh. Dengan

memerhatikan

perubahan pada

tubuh, anda akan

dapat mengetahui

bila waktu ovulasi

atau waktu subur

anda. Hal ini penting

supaya anda dapat

tingkatkan peluang

untuk hamil.

Tanda

Kesuburan

Wanita

MamaPapa | Disember 2018

7

FERTILITI & KONSEPSI

1Perubahan lendir serviks

Tubuh wanita bersedia untuk ovulasi

dengan menghasilkan lendir atau

mukus serviks. Lendir serviks anda

akan kelihatan seperti putih telur

yang mentah, licin dan anjal. Lendir

ini berfungsi dalam membantu

mempercepatkan perjalanan sperma

untuk sampai ke uterus. Selain itu,

lendir inilah yang akan membekalkan

zat dan melindungi sperma apabila

bergerak menuju ke tiub falopio untuk

bersenyawa dengan ovum. Inilah masa

yang terbaik untuk anda tingkatkan

peluang kehamilan.

2

Payudara rasa sengal

Semasa ovulasi, hormon progesterone

anda akan meningkat. Jika anda

mencatat jadual kesuburan, anda akan

lihat suhu badan anda meningkat

selepas ovulasi. Peningkatan

progesterone ini menyebabkan

perasaan sengal pada payudara

semasa ovulasi. Sesetengah wanita

akan merasakan kesakitan pada

payudaranya sama seperti kesakitan

yang dirasai sebelum hari haid.

3

Perubahan pada posisi serviks

Perubahan posisi serviks anda juga

petanda sama ada anda sedang

subur. Selepas haid, serviks anda akan

rasa keras dan tertutup. Pada waktu

subur pula, serviks akan menjadi

lembut dan terbuka, sehingga dapat

dijangkau dengan jari. Anda boleh

menggunakan jari anda yang bersih

bagi memeriksa sendiri. Masukkan jari

hantu ke dalam faraj -jika anda dapat

menjangkau pangkal serviks dan

permukaan dalam faraj terasa lembut,

ia menunjukkan anda berada pada

hari subur.

4

Basah

Kebanayakan wanita akan

mengalami kebasahan vagina

sepanjang hari sewaktu mereka

paling subur.

Keinginan seks meningkat

Kajian menunjukkan wanita

berkeinginan untuk melakukan

hubungan intim semasa ovulasi.

Malah, lazimnya mereka akan mula

rasa demikian beberapa hari sebelum

waktu subur. Ketika ini, mereka

akan rasakan diri mereka lebih

seksi dan berminat untuk memikat

suami. Hal ini kerana hormon badan

mereka sedang meningkat semasa

menghampiri waktu subur.

5Senak atau sakit pada

abdomen

Kira-kira 20 peratus wanita mendapati

bahagian abdomen mereka akan

senak semasa ovulasi. Hal ini berlaku

kerana telur yang pecah melalui folikel

semasa ovulasi. Rasa senak juga

boleh berlaku semasa tiub falopio

mengembang dan menguncup

menolak telur masuk ke rahim. Jika

anda rasa senak perut, mungkin ini

petanda anda sedang menghampiri

waktu subur.

6

Perubahan suhu badan

Sesetengah wanita dapat mengenal

pasti hari ovulasi mereka dengan

mencatat perubahan suhu badan

sebaik sahaja selepas waktu haid. Susu

dasar Basal Body Temperature (BBT)

diambil menggunakan termometer

khas. Caranya, ambil bacaan suhu

badan anda semasa bangun tidur

setiap pagi. Suhu badan anda akan

meningkat dan kekal tinggi sehingga

sepanjang tempoh ovulasi.

7Kit ujian kesuburan

Jika anda masih rasa keliru untuk

mengetahui hari subur anda, cara

paling tepat untuk anda ketahui

adalah dengan menggunakan kit

ujian kesuburan. Anda akan dapat

mengesan lonjakan hormon atau

Luteinising Hormone (LH) pada

air kencing anda melalui kit ujian

kesuburan. Kit-kit ujian ini banyak

dijual di farmasi.

8 MamaPapa | Disember 2018

sembang laktasi

Pilihlah coli penyusuan

yang sesuai

Semasa hamil dan juga semasa menyusukan bayi, payu dara anda akan

melalui beberapa jenis perubahan dari segi saiz, berat, dan juga rupa untuk

memudahkan proses penyusuan bayi anda. Perubahan yang paling ketara

bagi kebanyakan wanita adalah saiz payu dara yang bertambah besar.

Berikutan perubahan ini semasa hamil atau pun semasa menyusukan anak,

ramai wanita mendapati bahawa coli biasa mereka tidak cukup selesa untuk

dipakai. Ini tidak menghairankan kerana payu dara anda dipenuhi susu dan

coli biasa tidak mampu untuk memberikan sokongan yang diperlukan. Di

sinilah letaknya kepentingan coli penyusuan yang muat dan selesa.

Lazimnya tidak berdawai

Kebanyakan pakar kesihatan ibu

mengandung menyarankan supaya

mengelak daripada memakai coli

berdawai semasa kehamilan

dan juga semasa tempoh

penyusuan. Payu dara anda

pasti amat sensitif semasa

hamil dan juga semasa

menyusukan bayi, oleh itu,

coli berdawai tidak sesuai

untuk dipakai. Sebab

itulah kebanyakan coli

penyusuan tidak berdawai

- supaya pemakainya lebih

selesa.

Pilih saiz yang betul

Dapatkan nasihat daripada

jurujual yang berpengalaman

untuk memilih coli penyusuan

yang sesuai mengikut saiz dan

bentuk payudara anda.

Jangan beli terlalu awal

Jangan beli coli penyusuan semasa awalawal

kehamilan anda kerana semakin

mendekati hari bersalin, payudara anda

akan semakin membesar. Sebaik-baiknya

belilah semasa bulan terakhir sebelum

anda bersalin.

Coli tidak sendat di

bahagian lingkaran dada

Mudah dikendalikan

Pastikan juga coli yang anda

pilih mudah dibuka dengan

menggunakan satu tangan sahaja.

Kain kapas

Pilih material yang selesa

untuk payudara anda.

Sebaik-baiknya pilihlah

coli yang diperbuat

daripada kain kapas.

4 cangkuk dan kancing

untuk keselesaan

tambahan

Tali belakang dan tali

sisi yang luas

Tali bahu yang luas dan tidak

licin untuk menyokong bahu dan

menampung berat payudara

Tampung kesemua payudara

Apabila mencuba coli di kedai, pastikan

coli tersebut dapat menampung

keseluruhan payudara anda.

MamaPapa | Disember 2018

9

9 BULAN

Bengkak kaki

semasa hamil

Kehamilan itu indah, namun terdapat juga beberapa simptom kehamilan yang agak

menyusahkan dan juga tidak selesa. Salah satu daripadanya ialah gejala bengkak

kaki, yang sering dihadapi oleh wanita hamil, terutama sekali pada trimester ke tiga.

Keadaan ini dikenali sebagai edema.

Edema berlaku kepada wanita hamil

kerana ketika itu badan menghasilkan

kira-kira 50 peratus lebih darah dan

cecair badan bagi memenuhi keperluan

bayi yang sedang berkembang. Kirakira

50 hingga 80 peratus wanita hamil

mengalami masalah ini. Keadaan perut

yang semakin membesar semasa

trimester terakhir memberikan banyak

tekanan kepada aliran darah dari

bahagian bawah badan ke atas.

Gejala ini boleh berlaku kepada

mana-mana ibu hamil, namun ia

lebih cenderung berlaku apabila

si ibu duduk terlalu lama tanpa

menggerakkan kaki, seperti mereka

yang bekerja duduk menghadap

komputer atau pun ketika

melalui perjalanan yang jauh di

dalam kenderaan. Akibat kurang

pergerakan, cecair tambahan yang

dikatakan tadi akan terkumpul

di bahagian kaki sekali gus

menyebabkan kaki membengkak.

Selain daripada kurang pergerakan,

bengkak pada kaki juga disebabkan

oleh faktor seperti berdiri terlalu

lama, dan juga akibat kurang kalium

(potassium). Mengambil minuman

berkafein terlalu banyak juga boleh

menyebabkan gejala kaki bengkak,

begitu juga dengan makanan yang

mengandungi natrium (sodium)

terlalu banyak.

Langkah-langkah pencegahan

Petua 1: Makan makanan yang

tinggi kalium

Amalan pemakanan yang betul

dapat membantu wanita hamil

mengurangkan masalah edema.

Pengambilan makanan yang

mengandungi kalium dapat

membantu anda menyelenggarakan

kesihatan sistem saraf dan otot.

Contoh makanan yang mengandungi

kalium tinggi ialah pisang, bayam,

tomato, daging, susu dan kekacang.

Elakkan daripada memakan makanan

yang tinggi kandungan sodium dan

garam seperti kacang, makanan masin,

jeruk, telur masin dan juga ikan kering

untuk ketika ini.

Lunjurkan kaki

Pada waktu senggang atau ketika

anda sedang berehat menonton

televisyen, lunjurkan kaki anda pada

paras yang sama dengan punggung

anda bagi membantu melancarkan

peredaran darah. Semasa di tempat

kerja, letakkan bangku kecil atau

kotak di hadapan kaki supaya senang

untuk anda melunjurkan kaki.

10 MamaPapa | Disember 2018

9 BULAN

Jika waktu kerja anda memerlukan anda duduk sepanjang

hari, pastikan ada waktu rehat untuk anda bangun dari

tempat duduk dan berjalan-jalan. Setidak-tidaknya anda

luruskan kaki sambil meregang serta melenturkan jari-jari

kaki. Pastikan darah dalam badan anda sentiasa bergerak.

Selain itu, sesekali lakukan urutan pada kaki dengan

menggunakan minyak angin atau minyak panas yang lain

seperti minyak pati pudina bagi mengurangkan bengkak.

Elakkan bersilang kaki semasa duduk.

Alas kaki dengan bantal

Sewaktu tidur, cubalah berbaring dalam keadaan mengiring

ke kiri bagi mengurangkan tekanan pada vena kava bawah.

Jika anda tidur secara terlentang, ia akan memberi tekanan

tambahan kepada vena anda. Alaskan bantal pada kaki anda

supaya kaki terletak tinggi bagi mengelakkan dan mencegah

darah terkumpul. Anda juga boleh meletakkan bantal pada

bahagian punggung anda sewaktu tidur mengiring.

Pakai stokin sokongan semasa tidur

Selain daripada menggunakan bantal, anda juga boleh

memakai seluar stokin sokongan (support tights) sebelum

tidur dan menanggalkannya pada waktu pagi supaya

darah tidak terkumpul di sekeliling buku lali anda. Jika

masih mengalami kaki bengkak, tanyalah doktor mengenai

stoking tekanan yang juga dijual di farmasi.

Awas simptom yang hampir serupa

Masalah edema adalah normal jika anda hanya

mengalami bengkak ringan. Bagaimanapun, jika

anda mengalami tanda-tanda seperti di bawah,

anda perlu segera berjumpa dengan doktor anda

kerana ia adalah tanda pre-eklampsia.

• Mengalami bengkak di tangan dan muka

secara tiba-tiba

• Hanya bahagian sebelah kaki yang bengkak

MamaPapa | Disember 2018

11

9 BULAN

Lakukan senaman

Jangan biarkan kaki anda statik tanpa pergerakan. Luangkan

masa untuk bersenam setiap hari, paling mudah lakukan

aktiviti berjalan. Aktiviti berjalan di dalam air juga dapat

membantu anda selain daripada berenang. Anda juga boleh

melakukan senaman ringan lain yang dibenarkan untuk

wanita hamil.

Tuam ais di kawasan bengkak

Jika bengkak masih tidak surut, cuba menuam ais pada

kawasan yang bengkak. Selain itu, anda juga boleh

merendam kaki yang bengkak ke dalam air suam yang

bercampur garam selama 10 hingga 15 minit. Rendaman ini

juga baik bagi mengurangkan lenguh pada kaki anda.

Beri perhatian kepada jenis kasut yang anda pakai

Pilihan kasut juga mampu menjadi punca masalah bengkak

pada kaki. Elakkan daripada memakai kasut bertumit tinggi

dan pakaian yang ketat sehingga mengganggu peredaran

darah pada pergelangan tangan, buku lali atau kaki.

Dapatkan nasihat doktor

Dapatkan nasihat doktor jika bengkak kaki berlarutan atau

semakin teruk. Walaupun gejala bengkak kaki ini sementara

sahaja, ia tidak patut dibiarkan begitu sahaja, kerana ia

mungkin menjejaskan kualiti hidup anda.

12 MamaPapa | Disember 2018

ALAM BERPANTANG

Amalan Berpantang

di Negara Lain

Di rantau Asia, tempoh selepas bersalin bagi wanita dikenali sebagai tempoh berpantang.

Berpantang merupakan amalan tradisional di mana wanita lepas bersalin akan dikuarantin atau

‘dikurung’ di dalam rumah sehingga cukup satu tempoh bagi berehat dan memulihkan kembali

tubuh selepas melahirkan anak.

MamaPapa | Disember 2018

13

ALAM BERPANTANG

Di Malaysia sendiri, terdapat tiga etnik utama; Melayu,

Cina dan India- di mana ketiga-tiganya mempunyai

amalan berpantang tradisional masing-masing. Meskipun

amalan berpantang ketiga-tiga bangsa ini berbeza, namun

matlamat utamanya adalah untuk menyokong ibu baru

supaya cepat pulih selepas bersalin.

Mengikut tradisi di Asia, lazimnya ibu atau ibu mertua yang

akan menjaga wanita lepas bersalin. Bagi golongan yang

berkemampuan pula, anda boleh mengupah confinement

lady atau orang luar untuk menjaga ibu dan bayi. Matlamatnya

masih sama iaitu untuk membiarkan ibu berehat dengan

tenang tanpa memikirkan hal-hal seperti memasak,

membersihkan rumah, menjaga anak dan sebagainya.

Di beberapa kawasan bandar pula, pusat berpantang

semakin popular dan menjadi pilihan para ibu lepas

bersalin kerana menyediakan tempat penginapan,

makanan yang sesuai untuk ibu baru dan juga kakitangan

nurseri yang akan menolong menjaga bayi. Bilik

penginapan di sesetengah pusat ini menyediakan

penginapan umpama hotel mewah di mana seorang ibu

baru dapat memanjakan diri semasa tempoh berpantang.

Pusat berpantang turut menawarkan perkhidmatan urutan

tradisional, senaman lepas bersalin, kelas keibubapaan

dan sokongan penyusuan.

Asas amalan berpantang orang Asia

Suatu masa dahulu, ada ketika di mana ibu baru bersalin

tidak boleh berjumpa atau menerima kedatangan

tetamu semasa berpantang. Amalan ini bertujuan untuk

membolehkan ibu baharu berehat dengan sepuas-puasnya

tanpa gangguan daripada orang luar. Pada zaman moden

ini, keadaan kian berubah. Terdapat langkah-langkah

tertentu yang tidak diamalkan lagi kini, namun kebanyakan

langkah yang utama masih tetap diteruskan.

Secara puratanya, tempoh berpantang bagi orang Asia

adalah sebulan atau lebih, bergantung kepada amalan

setiap kaum. Bagi masyarakat Cina Malaysia, tempoh

berpantang adalah selama sebulan dari tarikh selepas bayi

lahir. Sementara itu, bagi wanita Melayu pula, tempoh

berpantang selalunya berakhir pada hari ke-44 selepas

bersalin dan ada juga yang lebih lama daripada tempoh

tersebut. Wanita India Malaysia juga menjalani tempoh

berpantang selama 30 hari hingga 40 hari.

Walau bagaimana pun, jika seseorang ibu itu memerlukan

lebih penjagaan, contohnya ibu yang menjalani

kelahiran pembedahan, maka tempoh berpantang akan

dipanjangkan sehingga dia benar-benar pulih.

Pusat penjagaan ibu selepas bersalin

Selain menawarkan tempat untuk ibu baru

mendapat rehat sepuas-puasnya, sesetengah

pusat berpantang juga turut menyediakan

barangan bayi, herba untuk ibu berpantang

dan juga rawatan spa khusus untuk ibu baharu.

Malah, ada juga pusat berpantang yang turut

membolehkan bapa untuk tinggal sekali bersama

ibu dan bayi. Contoh pusat berpantang terkenal

yang menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan

seperti di atas ialah LYC Mother & Child

centre di TTDI; Esther Postpartum Care yang

terletak di Taman U Thant, Kuala Lumpur dan

Kimporo Postnatal Rejuvenation Center yang

terletak di ZELL-V Wellness Hub/ Menara Ruyi,

Off Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur.

Matlamat yang sama

Meskipun amalan berpantang berbeza bagi

setiap bangsa, kaum dan masyarakat, namun

ada beberapa persamaan yang mereka

amalkan, iaitu:

AKTIVITI FIZIKAL - Ibu baharu ditegah sama

sekali untuk melakukan aktiviti fizikal seperti

kerja berat.

SEKS - Hubungan intim adalah dilarang

semasa tempoh berpantang.

BEREHAT - Elemen penting bagi wanita

semasa tempoh berpantang.

14 MamaPapa | Disember 2018

ALAM BERPANTANG

Bagaimana kaum lain berpantang?

Bagi negara-negara barat dan Eropah, mereka mungkin tidak begitu mementingkan amalan berpantang bagi ibu baharu,

namun masih ada beberapa negara di dunia yang mengamalkan amalan berpantang tradisional.

Antaranya:

INDIA

• 40-60 hari bergantung

pada kawasan

• Pengunjung tidak digalakkan

• Urutan harian menggunakan minyak biji sawi

India merupakan antara negara yang mengamalkan amalan

berpantang dengan ketat selama 40 hari hingga 60 hari, bergantung

pada kawasan. Lazimnya, tetamu tidak digalakkan untuk datang

berkunjung semasa tempoh berpantang, malah pemakanan dan aktiviti

juga adalah dipantau. Semua amalan ini dibuat bagi memastikan ibu

dan bayi berada jauh daripada pencemaran dan jangkitan penyakit.

Amalan lain yang dilakukan termasuklah mandi menggunakan

herba dan melakukan urutan harian menggunakan campuran

minyak khusus seperti minyak biji sawi. Secara amnya,

amalan berpantang masyarakat di India adalah

untuk membantu ibu mendapatkan kembali

bentuk tubuh mereka seperti

sebelum hamil.

Tahukah anda?

Amerika Syarikat merupakan salah satu negara

maju yang tidak mempunyai program cuti bergaji.

Berlainan cerita pula dengan negara Sweden, di

mana ibu dan juga bapa baru layak menerima 48

minggu cuti bergaji selepas mendapat kelahiran

bayi mereka. Di UK, mereka mendapat 38

minggu manakala di Russia, 28 minggu (cuti

bergaji). Malaysia dan negara India juga tidak

ketinggalan menawarkan cuti bergaji selama

12 minggu kepada ibu baru.

JEPUN

• Ibu baru dilayan seperti bayi

• Tidak dibenarkan bergerak dengan banyak

• Pemakanan yang sihat

Amalan berpantang Jepun dipanggil ansei yang bermaksud

‘tenang dan manja’’. Di sini, ibu baharu akan dilayan seperti bayi,

di mana ibu hanya perlu berehat di atas katil tanpa melakukan apaapa

selama kira-kira tiga minggu. Seperti kebanyakan negara Asian lain,

ibu-ibu di Jepun jarang mendapat penyakit rahim dan histerektomi

pada pertengahan usia, berbanding wanita di negara Barat. Hal

ini adalah kerana penjagaan semasa berpantang yang cukup

rapi, yang memastikan ibu bersalin mendapat rehat yang

secukupnya termasuklah dari segi penjagaan rahim selepas

bersalin. Mengenai bab makan pula, masyarakat

Jepun memang dikenali dengan pengamalan

makanannya yang sihat, dan ini

termasuklah bagi ibu baru.

AFRIKA

• Kuarantin untuk 10-40 hari

• Dibantu oleh kaum keluarga dan rakan-rakan

dalam tempoh pantang

• Menerima makanan istimewa dari keluarga, jiran, dll.

Masyarakat negara Afrika mempunyai amalan berpantang

yang berbeza. Lazimnya, ibu dan bayi akan dikuarantin selama

10 hingga 40 hari bergantung kepada kawasan. Menariknya

tentang tempoh berpantang orang Afrika ialah, ibu baharu

perlu berehat sahaja sementara ahli keluarga atau rakanrakan

akan membantunya melakukan kerja rumah dan

menjaga anak lain - ibu juga akan menerima makanan

istimewa daripada kaum keluarga dan sahabat

handai. . Bagi beberapa negara di Afrika seperti

di Congo, ibu baharu akan mendapat

sokongan daripada ahli keluarga

walaupun selepas beberapa

bulan bersalin.

MamaPapa | Disember 2018

15

ALAM BERPANTANG

KOREA

• Perlu sentiasa berada di bilik yang

bersuhu panas sedikit

• Tidak dibenarkan keluar dari rumah

• Sup rumpai laut tiga kali sehari

Ibu baharu di Korea yang mematuhi cara tradisional amalan

berpantang perlu berada di dalam bilik yang panas selepas bersalin

(sudah tentu penghawa dingin juga tidak akan dipasangkan!). Malah,

ibu juga tidak dibenarkan untuk berjalan kaki dan memakai pakaian

yang pendek, kerana tubuh perlu sentiasa dipanaskan. Mereka

juga tidak dibenarkan mandi dalam tempoh sekurang-kurangnnya

seminggu selepas bersalin. Yang paling penting, mereka tidak

dibenarkan melangkah keluar dari rumah. Satu-satunya

minuman yang boleh diminum oleh ibu baru di Korea

ialah minuman/air panas, Selain itu, si ibu juga akan

dihidangkan semangkuk besar sup rumpai laut tiga

kali sehari, yang dipercayai dapat membersihkan

darah, menyucikan tubuh ibu dan

membantu mengecutkan rahim serta

CHINA

merangsang pengeluaran

• Rehat secukup-cukupnya (sebulan)

susu badan.

• Tidak digalakkan mencuci rambut

untuk sebulan

• Tidak boleh mengambil makanan yang bersifat sejuk

BELANDA

(The Netherlands)

• Ramai yang bersalin di rumah

• Dijaga oleh jururawat materniti selama

lapan hingga 10 hari

Di Netherlands, ramai ibu yang bersalin di

rumah akan tinggal bersama jururawat materniti

yang dilatih khas selama lapan hingga 10 hari.

Jururawat tersebut akan melaporkan kepada

bidan dan memberitahu perkembangan

ibu. Selain itu, jururawat ini juga akan

memasak dan menjaga bayi serta

anak yang lain. Samalah

tugasnya seperti doula.

Masyarakat negara Cina mengikuti amalan berpantang yang

dipanggil Zuoyuezi yang bermaksud ‘bulan berehat’. Mengikut

amalan ini, wanita lepas bersalin tidak boleh terdedah kepada

tempat sejuk dan perlu berada di tempat yang lebih panas

sepanjang masa. Malah, wanita Cina yang mengikuti tradisi

ini juga tidak boleh mandi selama sebulan!

Ibu baharu juga ditegah untuk keluar dari rumah

semasa tempoh berpantang dan digalakkan untuk

mematuhi amalan pemakanan sup panas dan

mengelakkan makanan serta minuman

yang bersifat sejuk.

AMERIKA LATIN

• Dikuarantin selama 40 hari

• Dibantu oleh saudara mara

• Penjagaan dan pantang bertujuan untuk mengelak

daripada masalah seperti sakit kepala kronik

Wanita yang menjalani amalan tradisi berpantang di negara

Amerika Latin seperti Dominican Republic dan Mexico akan

melalui tempoh yang dipanggil ‘la cuarentena’ yang bermaksud

kuarantin. Tempoh ini berlangsung selama 40 hari, di mana ia

dikatakan tempoh yang cukup untuk rahim ibu kembali pulih

seperti normal. Saudara-mara ibu baharu akan mengambil

alih kerja memasak, membersihkan rumah dan menjaga

anak-anak yang lain. Hubungan intim, makanan pedas,

dan mencuci rambut adalah dilarang sama sekali.

Amalan ini dipercayai dapat memastikan ibu

sihat walaupun bersalin pada umur yang

lebih tua dan mengelakkan ibu

mengalami masalah sakit

kepala yang kronik.

16 MamaPapa | Disember 2018

PENJAGAAN SELEPAS BERSALIN

Perubahan-Perubahan

Pada Tubuh Badan

Selepas Bersalin

Setiap wanita yang telah bersalin pasti mengalami perubahan-perubahan pada tubuh badannya. Ada

perubahan yang dilihat sebagai normal dan ada yang perlu di periksa untuk memastikan bahawa ia

bukan permulaan bagi komplikasi kesihatan yang lebih merbahaya.

MamaPapa | Disember 2018

17

PENJAGAAN SELEPAS BERSALIN

Tubuh seorang wanita yang baru

bersalin lazimnya lemah dan terdedah

kepada bermacam elemen dan

kemungkinan. Justeru itu, para ibu

baru patut tahu apa yang normal dan

apa yang tidak.

Pendarahan yang luar biasa

Sama ada melahirkan bayi secara

normal (melalui faraj) atau secara

pembedahan (caesarean section),

darah nifas akan keluar sebaik sahaja

selepas bersalin, di mana tubuh akan

terus menumpahkan darah dan tisu

yang berjajar di rahim. Dalam minggu

pertama, darah akan keluar dengan

banyak bersama ketulan-ketulan atau

darah beku yang dipanggil darah

nifas. Selepas 10 hari, darah nifas yang

keluar akan bertukar menjadi seolaholah

seperti keputihan berwarna coklat

ke kekuningan atau putih, dan ini

dinamakan lochia.

Lochia adalah cecair badan yang

boleh kelihatan jelas berwarna putih

berkrim dan ia boleh berterusan

selama enam minggu, sehingga haid

muncul semula, tidak kira sama ada si

ibu tidak menyusu badan atau sedang

menyusu badan.

Adakalanya pendarahan yang

berlaku tiada kaitan dengan

darah nifas atau pun lochia.

Cepatlah hubungi doktor jika

terdapat simptom-simptom

seperti di bawah ini:

• Pendarahan yang memenuhi

tuala wanita pada setiap jam

• Pendarahan yang berserta

dengan kesakitan yang teruk

• Demam tiba-tiba

• Pendarahan secara berterusan

lebih dari tujuh hari

Kemurungan (baby blues)

Selepas kelahiran, anda mungkin

akan mengalami perubahan emosi

kerana ketidakselesaan tubuh yang

dialami. Masalah kemurungan atau

baby blues ini biasa dialami oleh

wanita lepas bersalin. Namun,

kebanyakannya hanya pada tahap

yang ringan dan tidak membahayakan.

Justeru itu, sokongan ahli keluarga

terutama pasangan adalah penting

bagi memulihkan emosi ibu. Namun,

jika keadaan ini berlarutan sehingga

menjejaskan kehidupan seharian anda,

berjumpalah dengan doktor untuk

nasihat dan rawatan yang diperlukan.

Sakit payu dara

Ibu akan berasa sakit pada payudara

jika bayi jarang menyusu atau susu

tidak kerap dipam. Sakit yang dialami

ini berpunca daripada payudara yang

dipenuhi susu. Akibatnya, payudara

akan membengkak sekali gus

menyebabkan kesakitan semasa bayi

menghisap susu badan.

Bagi mengelakkan ibu daripada sakit

payudara, keraplah menyusukan

bayi secara terus (direct-feeding)

ataupun mengepam susu badan

jika bayi jarang menyusu. Anda

boleh menuam payudara dengan

menggunakan tuala yang direndam

dengan air sejuk atau air suam bagi

mengurangkan masalah bengkak. Jika

sakit yang dirasa tidak dapat ditahan,

dapatkanlah nasihat doktor untuk

menggunakan ubatan yang sesuai

untuk meredakan sakit tersebut.

Sembelit

Sembelit atau sukar membuang air

besar sering dialami oleh ibu yang

kurang minum air, kurang mengambil

makanan berserat atau mungkin

disebabkan pengambilan makanan atau

ubat yang bersifat panas seperti herba

dan jamu. Sembelit yang berlarutan

akan memudaratkan kesihatan ibu

kerana ia menandakan masalah dalam

sistem percernaan makanannya.

18 MamaPapa | Disember 2018

PENJAGAAN SELEPAS BERSALIN

Bagi ibu yang mempunyai luka episiotomi, keadaan

sembelit amat menyakitkan kerana ia mungkin menjejaskan

jahitan luka bersalin itu.

Sembelit dapat dielakkan dengan menambahkan

pengambilan makanan berserat tinggi seperti sayur-sayuran

dan buah-buahan serta minum air yang banyak, iaitu enam

hingga lapan gelas sehari.

kebersihan alat sulit bagi mengelakkan jangkitan kuman

pada bahagian tersebut. Ada sesetengah ibu yang

mengalami kegatalan pada faraj disebabkan kekurangan

penjagaan rapi selepas bersalin. Hal ini mungkin

berlaku kerana mereka takut jika berasa pedih semasa

membersihkan luka di bahagian tersebut.

Masalah sukar kencing

Sesetengah ibu baru akan mengalami masalah sukar untuk

terkencing selepas bersalin kerana mungkin mengalami

masalah air kencing bertakung. Simptom ini boleh diketahui

dalam masa enam jam pertama selepas anda melahirkan

bayi melalui jumlah air kencing yang anda keluarkan.

Bagi mengatasinya, anda boleh cuba bergerak seperti

berjalan untuk menggalakkan aliran air kencing atau anda

juga boleh berendam dalam tab mandian.

Jika anda mengalami masalah mudah terkencing pula, atau

pun terkencing semasa batuk, ketawa dan bersin, anda

perlu mengamalkan senaman lantai pelvik (senaman kegel)

bagi mengelakkannya daripada berlanjutan.

Faraj tidak selesa

Bagi kelahiran normal, anda akan mengalami

ketidakselesaan pada faraj disebabkan luka episiotomi

semasa bersalin. Justeru itu, anda perlu memastikan

Secara tradisional, alat sulit perlu dibersihkan dengan

menggunakan garam kasar atau manjakani untuk

mempercepatkan proses pengecutan dan penyembuhan luka.

Jika anda mengalami masalah mudah terkencing pula, atau pun terkencing semasa batuk,

ketawa dan bersin, anda perlu mengamalkan senaman lantai pelvik (senaman kegel) bagi

mengelakkannya daripada berlanjutan.

MamaPapa | Disember 2018

19

PANDUAN KELUARGA

Mengatasi

situasi

anak cepat

tersinggung

Adakah anak anda cepat tersinggung atau

tidak dapat menerima teguran dengan

hati terbuka? Teruskan membaca untuk

mengetahui kemungkinan di sebaliknya.

20 MamaPapa | Disember 2018

PANDUAN KELUARGA

Interaksi sihat kunci teguran

yang efektif

Kanak-kanak akan melalui pelbagai

situasi yang akan mengajar mereka

tentang kelakuan yang wajar dan

tidak wajar. Adakalanya mereka

akan tersinggung akibat malu

dengan perbuatan sendiri atau

pun tidak dapat menerima teguran

dengan baik. Sebagai ibu bapa,

adalah menjadi tugas kita untuk

menetapkan batasan untuk anak

namun kita perlu juga mengajar

mereka menerima kesan perbuatan

mereka dengan baik. Perkara ini

memerlukan kesabaran dan juga

teknik keibubapaan yang sempurna.

Ingatkah apa yang akan terjadi apabila

kita sendiri melakukan kesalahan

semasa kecil dahulu? Sudah pasti kena

marah atau dijeling dengan tajam

sekali. Tujuan ibu bapa membuat

demikian ialah supaya kita akan

mengaitkan sesuatu perbuatan atau

pun kelakuan dengan perasaan malu

atau takut, dan seterusnya menjauhi

daripada mengulangi perbuatan

tersebut di masa hadapan.

Perasaan malu sebagai faktor mengelak daripada kesalahan

Rasa bersalah dan malu adalah sebahagian daripada kehidupan dan

pembelarajaran kerana tanpa kewujudannya, masyarakat pasti huru

hara dengan pelbagai kelakuan dan perbuatan yang negatif dan para

pesalah pula tidak perlu bertanggung jawab. Masyarakat memerlukan kita

bertanggungjawab ke atas tindakan kita. Oleh itu, apabila kita melakuan

kesalahan, kita dituduh ke atas kesalahan itu, mengakibatkan kita berasa

bersalah dan malu. Ini cara masyarakat memajukan individu dengan

mengurangkan dan mencegah kesalahan, kerana sebahagian daripada

motivasi dan tindakan ini adalah untuk mengelak daripada merasa malu

dan bersalah, dan oleh itu, menjauhi daripada perbuatan yang tidak baik.

Namun, apabila kita mengajar perkara ini kepada kanak-kanak, kita juga

perlu membantu mereka menyedari bagaimana perbuatan atau kelakuan

negatif mereka meninggalkan kesan kepada orang lain dan persekitaran

dan bukan sahaja terhadap diri mereka sendiri.

Bukan semua kanak-kanak serupa -

ada yang tak beberapa mengambil

hati apabila kena tegur (walau pun

mereka tetap belajar daripada

insiden tersebut), dan ada pula

yang mudah tersinggung apabila

dimarah atau ditegur dengan

kasar. Ibu bapa harus ingat bahawa

kanak-kanak masih mentah dan

sedang belajar, dan kesilapan pasti

berlaku, lebih-lebih lagi jika mereka

bertindak mengikut emosi masingmasing.

Kanak-kanak yang bertindak

mengikut emosi juga merupakan

golongan yang cepat terasa apabila

dimarah atau ditegur, dan mereka

perlu diberikan perhatian yang wajar

supaya mereka tidak akan melalui

kesan negatif yang berpanjangan.

MamaPapa | Disember 2018

21

PANDUAN KELUARGA

Berikan fokus kepada

perkara yang betul

Bukannya perkara luar biasa bagi

ibu bapa atau guru untuk memarahi

kanak-kanak apabila mereka

membuat kesilapan, tetapi, adakah

kanak-kanak itu tahu sebab mereka

ditegur atau dimarahi? Kemungkinan

besar, perkataan atau ekspresi

yang digunakan oleh orang dewasa

menyebabkan kanak-kanak salah

faham dan mengaitkan teguran itu

dengan diri mereka, dan berasa

malu terhadap diri sendiri, bukannya

terhadap kelakuan mereka. Ibu bapa

dan guru perlu berhati-hati agar

tidak terlalu fokus pada kesalahan

yang akan mewujudkan lebih banyak

perasaan bersalah dan malu dalam

diri kanak-kanak. Di sini, kita sebagai

dewasa harus menjelaskan bahawa

teguran itu dimaksudkan untuk

perbuatan mereka dan bukannya

terhadap diri mereka sendiri.

Contohnya, daripada mengatakan:

Ada apa dengan kamu ini? Kenapa

buat perkara bodoh macam ini?

Lebih baik jika anda mengatakan:

Perbuatan kamu itu tidak elok dan

mungkin akan mencederakan orang

lain. Jangan buat lagi, ok?

Dengan cara ini, kanak-kanak dapat

belajar daripada kesilapan mereka

tanpa perlu dilabel sebagai bodoh,

jahat, cuai, malas dan sebagainya.

Mereka dapat menerima kesilapan

mereka dengan hati yang lebih

terbuka, dan memperbaiki kelakuan

mereka, lalu maju ke hadapan tanpa

bebanan perasaan bersalah yang

melampau atau berpanjangan.

Interaksi sihat kunci teguran

yang efektif

Kanak-kanak pasti melakukan

pelbagai kesilapan semasa membesar.

Sebahagian daripada proses

pembesaran dan menjadi dewasa

adalah mempelajari bagaimana

hendak menguruskan perasaan

bersalah dan malu, terutama sekali

semasa berinteraksi dengan mereka

yang telah dikecewakan akibat

kesilapan, contohnya ibu atau bapa.

Jika perasaan seperti ini dipendam, ia

menjadi beban dan boleh membawa

kepada gangguan emosi seperti

kemurungan dan kegelisahan.

Perasaan bersalah yang mendalam

boleh membawa kepada rasa malu

dan benci pada diri sendiri, dan jika

ia berlarutan, ia boleh mengakibatkan

kemurungan dan juga kemarahan

tidak bertempat terhadap orang lain

apabila kanak-kanak itu mencecah

umur remaja nanti.

Interaksi yang sihat dan terbuka

antara anak dengan ibu bapa adalah

penting supaya mendapat maklum

balas yang seimbang dan didikan

yang sempurna. Kanak-kanak perlu

tahu yang mereka dihargai dan tidak

dipandang rendah kerana kesilapan

yang telah mereka lakukan.

Kaedah disiplin positif lebih

efektif dan berfaedah

Apa yang boleh kita lakukan untuk

menggalakkan perasan bersalah

dan malu yang sihat? Kaedah utama

adalah dengan fokus kepada cara

disiplin positif, di mana kelakuan

dijadikan sasaran disiplin. Contohnya,

jika anda mahu mendisiplinkan anak

untuk menyiapkan kerja sekolah,

memarahi dan melabelnya sebagai

“malas” hanya akan memburukkan

lagi keadaan, kerana ia boleh memberi

kesan buruk kepada emosi, lantas

menjejaskan produktiviti.

Sebaliknya, menggunakan strategi

yang meningkatkan fokusnya dalam

kerja sekolah akan lebih berfaedah.

Memalukan kanak-kanak kerana

kesilapan mereka adalah cara

disiplin negatif, kerana ia biasanya

akan diakhiri dengan denda. Cara

yang lebih produktif adalah dengan

menggalakkan kelakuan yang

diingini, daripada menumpukan pada

kelakuan yang tidak diingini. Dengan

menumpukan pada perkara positif,

anda akan rasa lebih bersemangat

berbanding kecewa. Ini juga akan

mengurangkan perasaan bersalah

dan malu bagi kedua-dua pihak.

Semestinya ada masa apabila denda

diperlukan, tetapi sentiasa bantu anak

anda menghadapi perasaan bersalah

dan malu selepas mendenda mereka.

Lebih mudah untuk memusnahkan

keyakinan diri daripada membinanya.

Maka, ingatlah tujuan anda semasa

mendisiplinkan anak.

22 MamaPapa | Disember 2018

PANDUAN KELUARGA

Kuasa kemaafan

Satu cara penting untuk menangani

perasaan bersalah dan malu adalah

konsep kemaafan. Didik anak

tentang kemaafan apabila mereka

cukup matang untuk memahaminya.

Sebagai orang dewasa, amalkannya

secara terbuka dengan satu sama

lain agar menjadi contoh kepada

anak-anak. Kemaafan ialah tindakan

bermakna yang membantu individu

melepaskan rasa bersalah, dan

akhirnya mengurangkan perasaan

malu mereka. Apabila mendidik anak

anda bertanggungjawab atas kelakuan

mereka, ajar juga mereka untuk

meminta maaf dan bantu mereka

belajar daripada kesilapan.

Penting untuk anda memaafkan

mereka dengan ikhlas, jika tidak,

anda sendiri akan menanam rasa

bersalah secara tanpa sedar dengan

mengingatkan mereka tentang

kesilapan mereka dan kekecewaan

anda. Keikhlasan dan kehormatan

ialah komponen yang sangat

penting dalam kemaafan. Pupuk

nilai ini dalam anak anda untuk

mengendalikan rasa malu dan

bersalah. Jika tidak, kanak-kanak akan

terlalu memikirkan kesilapan mereka,

atau boleh kehilangan perasaan

tersebut sama sekali.

Jauhi daripada

melabelkan anak

Kanak-kanak harus belajar

bertanggungjawab atas kelakuan

mereka, tetapi jangan label diri mereka

berdasarkan kesilapan mereka, contohnya:

cuai, malas, bodoh, dan sebagainya. Ingat,

kanak-kanak hanya boleh belajar daripada

kesilapan mereka jika mereka mengakuinya,

membetulkannya dan meneruskan

kehidupan mereka. Adakah anda

sanggup mengakui diri sendiri

sebagai cuai, malas atau bodoh?

Begitu juga dengan

kanak-kanak!

MamaPapa | Disember 2018

23

TOPIK

24 MamaPapa | Disember 2018

TOPIK

Bantulah

Anak Anda

Mencapai

Masa Depan

Yang Cerah

Keputusan untuk memasukkan anak ke

prasekolah bukanlah perkara yang mudah.

Ibu bapa perlu menimbangkan banyak

perkara sebelum menghantar si kecil

untuk mendapat pendidikan formalnya

yang pertama. Memandangkan lima

tahun pertama tempoh kehidupan si kecil

adalah fasa penting dalam perkembangan

mereka, justeru amatlah penting jika

anak anda berada di bawah jagaan dan

asuhan mereka yang mahir dalam dunia

pendidikan awal kanak-kanak.

Permulaan bagi si manja menjadi si cilik

Setiap ibu bapa ingin memberikan yang terbaik buat anak

mereka termasuklah dari segi pendidikan. Hal ini kerana

pendidikan merupakan aset yang paling bernilai untuk

diberikan kepada anak-anak. Pendidikan yang bagus akan

menjanjikan masa depan yang lebih cerah buat mereka.

Sejak anak belum lahir lagi, ibu bapa sudah merancang

pelbagai perkara tentang masa depan anak mereka

seperti bidang yang akan diceburi, kemahiran tambahan

yang ingin diserap dalam diri anak dan pusat pengajian

tinggi yang akan diikuti. Sesetengah ibu bapa terutama

mereka yang berkemampuan sudah mula mencari nurseri,

playschool dan pusat pengayaan buat anak mereka. Hal

ini kerana, ramai ibu bapa yang sudah mula ‘celik’ tentang

manfaat pendidikan awal kepada kanak-kanak.

Apabila bercakap tentang pendidikan awal kanak-kanak,

kebanyakan anak kecil akan memulakan pengalaman

pertama mereka sama ada di prasekolah mahupun tadika.

Justeru itu, sebelum anda membuat sebarang keputusan

atau pilihan prasekolah yang sesuai buat si manja, perkara

pertama yang perlu anda pertimbangkan adalah kesediaan

si manja untuk memasuki alam pendidikan awal.

Adakah anak anda sedia ke prasekolah?

Perlu diingat bahawa si manja anda adalah seorang kanakkanak

kecil yang dunianya terbatas di rumah dan beberapa

tempat di luar rumah. Jadi, setiap ibu bapa perlulah

memastikan sama ada anak mereka sudah bersedia untuk

memasuki alam baru. Bagaimanakah untuk anda kenal pasti

bahawa anak anda sudah bersedia ke prasekolah?

Persiapan mental dan fizikal

Tahap perkembangan setiap kanak-kanak berbeza.

Ada yang pesat berkembang dan ada yang mengalami

perkembangan normal serta abnormal. Sebelum

memasukkan anak ke prasekolah, anda perlu mengetahui

potensi perkembangan si kecil seperti kebolehan

menguruskan diri dan kebolehupayaan untuk bersosial.

Kemungkinan besar bahawa ini adalah kali pertama anak

akan berjauhan dengan anda dan mula berjumpa dengan

orang-orang yang tidak dikenali tanpa anda di sisi.

MamaPapa | Disember 2018

25

TOPIK

Meskipun kebanyakan prasekolah memperuntukkan

waktu selama setengah hari, namun bolehkah anak

anda berpisah dan berdikari tanpa anda? Bolehkah dia

berkawan dengan rakan baru? Adakah anak anda sudah

pandai menguruskan diri seperti tahu menggunakan

tandas atau pakai pakaian sendiri? Inilah persoalanpersoalan

yang perlu anda jawab sebelum membuat

keputusan menghantar anak ke prasekolah.

Otak mereka seperti span sekarang

Otak kanak-kanak berkembang dengan pesat

dari usia dua hingga enam tahun. Ketika ini, otak

mereka ibarat span yang mampu menyerap cecair

dengan cepat. Ketika inilah masa yang sesuai

untuk memberikan maklumat dan informasi yang

diperlukan untuk perkembangannya.

• Bertanya kepada orang sekeliling (prasekolah dengan

reputasi yang baik akan mendapat pujian dari mulut ke

mulut tanpa perlu membuat hebahan yang berlebihan)

• Luangkan masa anda untuk pergi ke sekolah tersebut

bagi melihat sendiri persekitarannya

• Minta nombor telefon ibu bapa yang masih menghantar

anak mereka ke prasekolah itu sebagai rujukan (Jika

mereka mengamalkan polisi terbuka)

• Ambillah masa untuk berlegar-legar di persekitaran

sekolah semasa ibu bapa menghantar atau mengambil

anak mereka. Berboraklah dengan ibu bapa di situ bagi

mengetahui persepsi mereka mengenai prasekolah

tersebut

• Siapakah guru anak anda? Adakah dia berkelayakan?

Guru di prasekolah perlu memiliki sekurang-kurangnya

diploma pendidikan kanak-kanak atau diploma

Montessori bagi melayakkannya mengajar di tadika. Sijil

sekolah menengah sahaja tidak mencukupi!

• Adakah guru tersebut menerima latihan berterusan?

Adakah mereka terlatih dalam mengawal situasi

kecemasan? Ini adalah soalan yang perlu anda tanyakan

kepada pengetua di situ

Tepatkah pilihan saya?

Mencari prasekolah yang sesuai untuk anak anda bukanlah

kerja mudah. Ada banyak perkara yang perlu anda selidiki

sebelum membuat keputusan menghantar anak anda ke

situ. Mungkin ada sesetengah kanak-kanak yang sesuai

bersekolah di sesuatu prasekolah, tapi kanak-kanak yang

lain tidak pula.

Bagaimanapun sebagai ibu bapa, anda perlu pastikan

prasekolah yang dipilih dapat memberi kegembiraan

sekali gus membantu perkembangan kanak-kanak. Sebaikbaiknya,

ibu bapa sendiri turun padang mencari prasekolah

yang berpadanan dengan si kecil.

• Sebaik-baiknya, pengetua juga mestilah mempunyai

kelayakan dalam pendidikan dan berpengalaman

• Berapa besar kelas yang disediakan? Berapa orang

pelajar dalam satu kelas? Sebaik-baiknya, seorang guru

dan pembantu guru menyelia tidak lebih daripada 20

orang pelajar dalam satu kelas

• Tanya tentang kelayakan, pengalaman dan berapa lama

guru tersebut mengajar di prasekolah itu

• Tanya sekolah tentang peraturan yang mereka kenakan

dan bagaimana mereka menguatkuasakannya

• Tanya mereka tindakan yang akan mereka lakukan jika

ada pelajar yang tidak sihat dan bagaimana mereka

menanganinya

26 MamaPapa | Disember 2018

TOPIK

Kurikulum yang ditawarkan

Dalam menentukan tempat ke prasekolah, perkara penting

yang perlu ibu bapa ketahui adalah mengenai kurikulum

yang ditawarkan oleh mereka.

Jika dahulu, ibu bapa banyak didedahkan dengan cara

pembelajaran yang berkisarkan ABC dan angka, namun

proses pembelajaran di prasekolah pada hari ini adalah

berbeza mengikut kurikulum. Justeru itu, ibu bapa perlu

membuat pilihan yang bijak dengan mengetahui suasana

pembelajaran yang terdapat di prasekolah pada masa kini.

• Adakah prasekolah ini mengamalkan polisi terbuka?

Prasekolah yang bagus akan menggalakkan ibu bapa

terlibat dlam aktiviti atau lawatan yang diadakan oleh

pihak mereka. Anda perlu berwaspada jika mereka

mengamalkan polisi tertutup, kerana mungkin ada

sesuatu yang cuba mereka sembunyikan

• Awas! Jika anda lihat peraturan sesuatu prasekolah itu

longgar dan kakitangan mereka serta pelajar tidak tahu

apa yang dilakukan, pergilah cari prasekolah lain!

• Ketahui sukatan pelajaran yang digunakan di

prasekolah tersebut

• Jika prasekolah menggunakan silibus Montessori,

maka anda perlu lihat radas atau bahan mengajar yang

digunakan benar-benar mengikut silibus. Jika anda

sedang mencari prasekolah yang menggunakan sukatan

pelajaran lain, pastikan jadual di prasekolah memenuhi

keperluan anak anda seperti memperuntukkan aktiviti

fizikal, masa bercerita, bersosial, berkumpulan, makan

dan waktu perseorangan

• Ingat! Ciri prasekolah yang baik ialah seimbang dari segi

akademik, aktiviti fizikal dan sosial

• Periksa jadual makan di prasekolah. Pastikan mereka

menghidangkan hidangan yang seimbang untuk

keperluan anak anda

Kurikulum Tradisional

Kaedah tradisional di prasekolah lebih menjurus

kepada akademik. Di sini, kanak-kanak akan

diajar tentang cara pengiraan, pembacaan dan

penulisan. Tujuannya agar kanak-kanak tidak akan

terkejut dengan cara pembelajaran di sekolah

rendah. Guru-guru di sini turut menerapkan

pengajaran berstruktur kepada pelajar

melalui aktiviti bercerita, seni dan kraf serta

rutin bermain. Di sini juga, kanak-kanak perlu

mematuhi kurikulum yang disediakan oleh tadika.

Kurikulum Montessori

Kurikulum Montessori tertumpu kepada keperluan

perkembangan penting kanak-kanak. Elemen

yang diterapkan ialah kebebasan tanpa batasan

dan persekitaran yang lengkap dan teratur yang

dapat memastikan kanak-kanak terdedah kepada

pengalaman dan material yang diperlukan. Kaedah

pendidikan ini dapat meningkatkan kemahuan semula

jadi kanak-kanak untuk belajar dan mengembangkan

keupayaan mereka dalam persekitaran yang sempurna.

Di sini juga, kanak-kanak dilayan sama seperti orang

dewasa, di mana mereka diberikan hak untuk memilih

aktiviti yang ingin mereka pelajari seperti membaca,

menulis, mengira dan menambah. Selain itu, kanakkanak

turut didedahkan dengan kehidupan realiti

sebagai salah satu proses pembelajaran mereka seperti

diajar cara membutangkan baju, mengikat tali kasut,

membasuh pinggan dan meletakkan baju kotor.

MamaPapa | Disember 2018

27

TOPIK

Kurikulum Waldorf

Tidak mudah untuk menjumpai kurikulum

Waldorf di mana-mana tadika. Hal ini kerana

setiap tadika dan guru yang mengajarnya mesti

mempunyai kelayakan Waldorf. Di sini, kanakkanak

diajar menjalani rutin kehidupan seperti

memasak dan berkebun. Kanak-kanak juga akan

diletakkan di dalam satu kelas dan menjalani

aktiviti pembelajaran dengan cara pembelajaran

kreatif seperti membaca, berlakon dan menyanyi.

Sistem penggredan dan penggunaan media

digunakan dalam kurikulum ini. Selain itu, alat

bantu belajar turut digunakan iaitu komputer dan

bahan elektronik bagi menarik minat pelajar.

Kurikulum Reggio Emilia

Pendekatan Reggio Emilia percaya bahawa

kanak-kanak berupaya, penuh keinginan dan

mampu untuk membesar serta membentuk

pengetahuan mereka sendiri. Di sini, kanakkanak

akan belajar melalui interaksi dengan

orang lain termasuk ibu bapa, kakitangan dan

rakan-rakan. Salah satu aktiviti yang dijalankan

di sini ialah guru akan berbual dengan kanakkanak

secara perseorangan atau kumpulan kecil

dan meminta pendapat mereka tentang sesuatu

topik yang diberikan.

Sistem pembelajaran di sini tidak menggunakan

bahan akademik untuk kanak-kanak seperti tiada

kerja rumah akan diberikan kepada mereka.

28 MamaPapa | Disember 2018

kesihatan

Gas Berlebihan Dalam

Bayi Dan Kanak-Kanak

Pada amnya, tindakan semulajadi seperti bernafas, menelan, makan, menghembus nafas serta menarik nafas

kesemuanya melibatkan kemasukan dan pengeluaran gas dari tubuh seseorang manusia. Berikutan itu, isu

berlebihan gas di dalam badan, teruntama sekali dalam bayi dan kanak-kanak, adalah sesuatu perkara yang

biasa. Apabila tubuh mengalami gas yang terlalu banyak, ia akan menyebabkan ketidakselesaan, di mana

bayi atau kanak-kanak mungkin akan menangis atau meragam akibat sakit perut.

MamaPapa | Disember 2018

29

kesihatan

Antara simptom-simptom gas berlebihan termasuklah

kembung perut; menangis tanpa henti; sendawa; kentut

berlebihan dan juga kejang perut.

Makan angin tak apa, menelan angin, jangan!

Terdapat beberapa kelakuan kanak-kanak yang mungkin

menggalakkan kemasukan angin ke dalam badan mereka.

Ini termasuk perbuatan seperti menghisap jari, makan

terlalu pantas atau minum menggunakan straw dan juga

mengunyah chewing gum bagi kanak-kanak yang lebih tua.

Bagi golongan bayi, kelebihan gas boleh berlaku apabila

menyusu botol mahu pun menyusu badan dalam posisi

yang tidak betul.

Berlebihan gas akibat

komplikasi gastrousus:

Penyakit Crohn, pertumbuhan bakteria

berlebihan dalam usus kecil (SIBO), ketakcernaan

(ketidakhadaman), sembelit dan cirit-birit boleh

menyebabkan gas berlebihan di dalam saluran usus

Jangan ketawa!

Tahukah anda terdapat dua jenis reaksi normal

tubuh terhadap gas yang berlebihan iaitu sendawa

dan juga kentut? Jika anda terkentut sebanyak

10-20 kali sehari, ia bukanlah sesuatu yang ganjil!

Pengambilan makanan bergas

Sesetengah jenis makanan boleh menghasilkan gas yang

berlebihan dalam tubuh sesetengah bayi dan kanak-kanak.

Keadaan ini bergantung kepada proses penghadaman

karbohidrat dalam tubuh kanak-kanak itu, dan juga jenis

bakteria yang terdapat dalam ususnya.

Untuk pengetahuan ibu bapa, berikut adalah jenis-jenis

makanan yang boleh menghasilkan gas berlebihan.

Brokoli

Kubis Brussels

Kubis

Minuman berkarbonat

Bunga kubis

Makanan berasaskan bijirin

Gula-gula getah

Susu dan hasil tenusu

Bawang

Kekacang

30 MamaPapa | Disember 2018

kesihatan

Intoleransi makanan

Terdapat kanak-kanak yang tidak berupaya menghadam

beberapa jenis makanan tertentu disebabkan kekurangan

enzim-enzim penghadaman – keadaan ini dikenali sebagai

‘intoleransi makanan’. Makanan-makanan ini jika diambil,

akan digunakan oleh bakteria, dan seterusnya menghasilkan

gas. Terdapat pelbagai jenis intoleransi makanan tetapi

yang paling lazim dilaporkan adalah intoleransi laktosa

(ini termasuklah kebanyakan produk tenusu) atau juga

intoleransi fruktosa.

Masalah intoleransi boleh didiagnosis dengan menggunakan

beberapa kaedah (iaitu, ujian darah, diet pengecualian, dan

sebagainya), tetapi yang paling mudah, kurang invasif dan

mudah didapati ialah ujian nafas hidrogen*

Apa itu ujian nafas hidrogen*

Untuk mengambil ujian ini, kanak-kanak perlu

berpuasa semalaman. Pada mulanya, doktor

akan memberi kanak-kanak tersebut minuman

berasaskan laktosa atau fruktosa. Sebuah alat

akan digunakan untuk mengukur jumlah hidrogen

dalam nafas kanak-kanak tersebut. Alat tersebut

akan digunakan selepas beberapa jam untuk

memeriksa perubahan kadar hidrogen di dalam

nafas si kecil itu.

Peningkatan hidrogen adalah petunjuk bagi

intoleransi, kerana bakteria di dalam usus akan

menghasilkan hidrogen apabila ia memproses laktosa

- –satu keadaan yang tidak akan berlaku jika

seseorang mempunyai enzim-enzim penghadaman. Ia

adalah sama dengan dalam kes intoleransi fruktosa,

di mana hidrogen terhasil daripada hasil sampingan

metabolisma fruktosa oleh bakteria usus. Ujian ini

boleh juga digunakan untuk mengesan SIBO*

Jangan abaikan jika sakit berterusan

Komplikasi gastrousus yang lebih serius adalah seperti

penyakit Celiac, Iritable Bowel Syndrome (IBS), SIBO,

penyakit Crohn, dll.

Lapan jenis simptom berikut perlu diawasi:

1. Penurunan berat badan

2. Kurang bertenaga atau hilang keupayaan melakukan

rutin harian

3. Najis cair atau cirit-birit yang berlarutan melebihi

satu minggu

4. Abdomen membesar (menonjol seperti belon)

5. Kesakitan perut berterusan terutamanya yang

mengganggu waktu tidur

6. Terdapat darah di dalam najis

7. Kurang selera makan

8. Muntah-muntah

Simptom-simptom di atas kerap berlaku dalam kombinasi.

Sebagai ibu bapa atau penjaga seorang kanak-kanak,

berilah perhatian yang wajar kepada tanda-tanda amaran

di atas dan bawalah anak yang sakit itu berjumpa doktor

dengan segera jika ia berlaku dengan kerap.

Pertumbuhan bakteria berlebihan dalam

usus kecil atau Small Intestine Bacteria

Overgrowth (SIBO)*

SIBO disifatkan sebagai kehadiran jumlah bakteria yang

tinggi (melebihi 100,000 bakteria setiap mililiter) di bahagian

atas usus kecil. Pengumpulan bakteria tersebut, yang

pada asalnya selamat, boleh menyebabkan kemudaratan

apabila ianya berlebihan. Ini kerana bakteria menghasilkan

toksin, enzim, dan gas-gas usus (iaitu hidrogen, metana dan

karbon dioksida) yang mengganggu penghadaman lalu

mengakibatkan ketidakselesaan. Keadaan ini juga boleh

memudaratkan kesihatan usus.

MamaPapa | Disember 2018

31

Penjagaan Bayi dan Kanak-kanak

Apa Cerita dengan Najis

Si Manja Anda?

Bentuk najis anak anda dari lahir lagi perlu dipantau dan dijaga kerana ia merupakan salah satu

aspek penting dalam kesihatan si kecil anda.

32 MamaPapa | Disember 2018

Penjagaan Bayi dan Kanak-kanak

Intoleransi makanan

Banyak perkara yang ibu bapa perlu tahu dan mengawasi

demi kesihatan anak mereka. Salah satunya ialah dengan

memastikan kesihatan usus dan mengenalpasti bentuk najis

si kecil itu dari baru lahir lagi. Seringkali ibu bapa terlepas

pandang tentang perkara ini menyebabkan mereka hanya

melawat doktor apabila mendapati bayi mereka asyik sakit

perut dan menangis.

Sembelit: Usah dipandang ringan

Masalah sembelit di kalangan bayi tidak

berlaku dalam sehari atau dua hari, melainkan

adanya perubahan yang besar dan ketara

dalam pemakanan mereka. Masalah sembelit

agak penting untuk dikenalpasti kerana ia

adalah masalah yang mungkin akan berlarutan

untuk tempoh yang panjang. Sembelit biasanya

dikaitkan dengan pemakanan yang tidak

sempurna atau kekurangan serat atau/dan

cecair dalam diet bayi atau kanak-kanak.

Oleh itu, berilah perhatian yang sewajarnya

kepada keadaan najis anak anda supaya dapat

mengambil tindakan yang sewajarnya sebelum

keadaan menjadi parah.

Memperhatikan bentuk najis anak bukan suatu perkara

yang seronok, walau pun bagi para ibu dan bapa, namun,

tahukah anda bahawa najis manusia memberikan gambaran

tentang kesihatan sistem penghadaman dan perkumuhan?

Justeru itu, sebagai ibu bapa anda haruslah sentiasa

prihatin dalam mengenalpasti bentuk, warna, bau serta

kekerapan bayi membuang najis. Keprihatinan ibu bapa

dalam mengenalpasti tanda-tanda awal penyakit usus

boleh menjadi langkah penting bagi menyelamatkan

si kecil daripada masalah kesihatan perkumuhan dan

penghadaman yang lebih serius.

Kekerapan bayi membuang najis

Kekerapan membuang najis antara bayi yang menyusu

badan dengan bayi yang menyusu susu formula adalah

berbeza. Ini disebabkan oleh kandungan bahan dalam

kedua-kedua jenis susu yang berbeza dan pengaruhnya

terhadap penyerapan nutrien ke dalam badan bayi.

Bayi menyusu badan lebih kerap

membuang najis

Kebetulannya, susu ibu lebih mudah diterima oleh badan

bayi berbanding dengan susu formula. Penyerapan

susu yang diminum mempengaruhi kekerapan bayi

membuang najis.

Bayi menyusu ibu yang berusia antara 6-8 minggu

seharusnya mampu membuang najis lebih daripada 4

kali sehari, di mana kekerapan itu akan semakin kurang

selepas tempoh usia tersebut. Susu ibu mempunyai daya

penyerapan ke dalam tubuh bayi yang jauh lebih baik

berbanding susu formula.

Susu formula adalah lebih padat dan kadar penyerapannya

adalah kurang berbanding susu ibu. Disebabkan faktor

penyerapan susu formula yang kurang ini, maka kekerapan

membuang najis bagi bayi yang menyusu formula agak

kurang, iaitu tidak melebihi empat kali sehari.

MamaPapa | Disember 2018

33

Penjagaan Bayi dan Kanak-kanak

Keadaan najis: Warna dan bentuk

Seperti orang dewasa, warna dan bentuk najis anak berbeza-beza mengikut keadaan kesihatan usus dalaman. Formasi

warna dan bentuk najis juga bergantung kepada jenis susu yang diminum sama ada susu ibu, atau susu formula.

Najis bayi mempunyai lebih kurang sembilan keadaan warna yang berbeza mengikut keadaan dalaman usus mereka.

Dengan begitu banyak keadaan warna najis, tentunya anda ingin tahu warna najis yang bagaimanakah normal atau tidak

normal bagi seorang bayi.

Berikut adalah warna-warna najis yang dikenalpasti dan maksudnya dari segi kesihatan.

1. Kuning mustard

Warna najis ini biasa didapati pada bayi yang menyusu susu badan. Warna najis ini menggambarkan sistem

penghadaman bayi yang sihat dan normal. Bau najis jenis ini tidak terlalu kuat. Najis bayi akan kekal berwarna

sedemikian sehinggalah anda menukar susunya ke susu formula.

2. Hijau gelap

Warna najis seperti ini lazimnya berlaku disebabkan zat besi dalam susu formula atau vitamin tambahan yang

diambil oleh bayi anda. Ia boleh dianggap normal dan ibu bapa tidak perlu risau mengenainya. Keadaan najis

bertukar kepada hijau gelap hanyalah disebabkan tindakan yang berlaku di antara bakteria dalam usus dengan

kandungan zat besi tersebut. Zat besi adalah ramuan normal yang terkandung dalam susu formula bayi.

3. Hijau muda/hijau cerah

Warna najis seperti ini menandakan adanya ketidakseimbangan kandungan lemak dalam susu ibu ( bagi bayi

yang menyusu. badan). Susu ibu biasanya lebih berlemak pada waktu akhir penyusuan, dan kurang lemak

pada awal penyusuan. Untuk memastikan bayi anda mendapat susu yang lebih berlemak, cubalah panjangkan

tempoh penyusuan bayi di kedua-dua payu dara anda.

4. Hijau kecoklatan

Warna najis ini berlaku apabila bayi mula menerima makanan pepejal. Bau najis menjadi lebih kuat dan

kepekatannya juga semakin likat. Warna dan keadaan najis seperti ini normal bagi seorang bayi yang baru

mula makan makanan pejal.

5. Coklat cair

Najis berwarna coklat dan agak cair menunjukkan usus mereka tidak sihat. Kemungkinan besar bayi mengalami

cirit-birit atau mungkin berlaku jangkitan dalam usus. Jika bayi berterusan membuang najis yang cair seperti

ini, dehidrasi mungkin berlaku, dan ini akan memudaratkan kesihatan bayi. Satu cara baik untuk mengawal

keadaan ini adalah dengan menyusu bayi dengan lebih kerap. Bagai mana pun, jika keadaan berlarutan,

dapatkanlah rawatan dan nasihat doktor.

6. Perang

Keadaan najis yang berwarna perang dan teksturnya pekat adalah agak normal bagi bayi yang sedang

menyusu formula atau campuran formula dan susu badan. Warna najis seperti ini dianggap normal dan

menunjukkan keadaan usus yang sihat dan tidak bermasalah.

7. Merah

Najis berwarna merah menunjukkan percampuran darah dan najis. Keadaan ini boleh berlaku apabila bayi

mengalami sembelit yang teruk menyebabkan kesukaran dalam membuang najis. Kelukaan mungkin berlaku

di bahagian penghujung usus besar semasa bayi meneran untuk menyingkirkan najis dari dubur. Biasanya

jika bayi tidak lagi sembelit, keadaan ini akan kembali normal. Namun jika keadaan najis berterusan begini,

segeralah bawa bayi anda berjumpa dengan doktor.

8. Hitam

Najis berwarna hitam merupakan satu keadaan yang tidak normal bagi seorang bayi. Najis seperti ini

mempunyai warna hitam yang pekat dan lebih likat. Keadaan ini berlaku disebabkan darah yang memasuki

bahagian usus sistem pencernaan. Segera bawa bayi anda berjumpa doktor untuk rawatan segera.

9. Awas: Najis berwarna pucat/ putih

Warna najis yang sangat pucat dan hampir berwarna putih adalah tanda bahawa kesihatan hati dan hempedu

terjejas. Segeralah bawa bayi anda berjumpa doktor untuk rawatan selanjutnya.

34 MamaPapa | Disember 2018

Dairi medikal & kesihatan bayi

Lindungilah anak

anda daripada

komplikasi influenza

Pastikan anak anda sentiasa sihat sepanjang tahun persekolahan dengan vaksinasi influenza

MamaPapa | Disember 2018

35

Dairi medikal & kesihatan bayi

Anda mungkin tergolong di kalangan ibu bapa yang

mempunyai perasaan bercampur baur; antara lega dan

bimbang apabila sesi persekolahan bermula. Walaupun

ibu bapa teruja melihat anak sudah mula bersekolah,

namun anda pasti tidak terlepas daripada risau akan

kesihatan si kecil.

Kanak-kanak akan mudah diserang penyakit semasa di

sekolah. Jika salah seorang anak anda jatuh sakit, secara

tidak langsung akan menyebabkan seorang demi seorang

ahli keluarga anda akan turut ditimpa sakit. Walaupun anak

anda telah sembuh, tidak mustahil dia akan mendapat sakit

semula apabila kembali ke sekolah!

Sekolah dan tadika adalah kawasan pengumpulan bakteria

dan virus. Di sekolah, kanak-kanak bermain rapat bersama

di satu tempat, berkongsi makanan dan tidak membasuh

tangan dengan kerap.

Sesetengah jangkitan, seperti demam selsema biasanya

adalah penyakit ringan dan datang sekejap sahaja. Walau

bagaimanapun, jangkitan lain seperti influenza boleh

membahayakan kanak-kanak. Berita tahun-tahun lepas

mengenai jangkitan saluran pernafasan seakan-akan

influenza ataupun ILI (influenza-like illness) yang menjangkiti

kanak-kanak sekolah mungkin telah menambahkan

kerunsingan para ibu bapa.

Simptom-simptom influenza

Jatuh sakit adalah perkara biasa semasa anak membesar

tetapi kita tidak boleh membiarkan si kecil terdedah

kepada komplikasi influenza yang serius. Anda

sebenarnya boleh melindungi diri sendiri dan ahli

keluarga anda daripada influenza dengan vaksin khas

untuk setiap musim influenza.

Usah mengambil ringan

Kanak-kanak di bawah usia dua tahun

menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk

dimasukkan ke hospital akibat flu, manakala

kanak-kanak yang berusia di antara dua hingga

lima tahun menghadapi risiko yang lebih tinggi

untuk mengalami komplikasi yang dinyatakan

di atas. Kanak-kanak yang mempunyai masalah

kesihatan kronik seperti asma atau lelah,

sindrom nefrotik dan lain-lain boleh djangkiti

dengan lebih teruk lagi.

36 MamaPapa | Disember 2018

Dairi medikal & kesihatan bayi

Siapa suka melihat anak sakit?

Setiap kali anak sakit, sebagai ibu atau bapa, pasti berat

hati untuk melihatnya. Tambahan pula jika anak mengadu

sakit badan atau merengek kerana tidak selesa. Jika anak

anak anda dijangkiti penyakit influenza, dia pasti tidak

selesa seluruh badan akibat demam, dan kemungkinan juga

kurang selera makan dan juga kelihatan lesu, iaitu tandatanda

lazim untuk penyakit influenza.

Walaupun influenza bukannya suatu penyakit yang baru,

ia tidak patut diambil ringan. Yang bahayanya ialah, ia

kadang kalanya nampak seperti demam selesema biasa

sahaja. Kedua-duanya mempunyai simptom yang serupa

tetapi sebenarnya berpunca daripada virus yang berbeza.

Perbezaan utama di antara flu dan demam selesema adalah

flu lebih serius dan boleh membawa kepada komplikasi

seperti pneumonia, serta jangkitan sinus dan telinga.

Virus flu tersebar melalui titisan cecair yang dipindahkan

melalui udara apabila individu yang sakit itu batuk, bersin

atau bercakap. Kanak-kanak juga mungkin dijangkiti flu

dengan menyentuh permukaan atau permainan yang telah

disentuh oleh seseorang yang mempunyai influenza, dan

kemudian menyentuh hidung, mulut, atau mata mereka.

Virus ini boleh terus hidup di permukaan selama dua hingga

lapan jam.

Seorang sakit, semua mungkin turut sakit

Apabila terdapat wabak influenza di dalam komuniti,

kanak-kanak dalam usia persekolahan lebih mudah

dijangkiti. Kanak-kanak juga adalah sumber utama

penyebaran influenza, membawa virus tersebut ke rumah

dan menjangkiti ibu bapa, adik beradik, datuk, nenek dan

ahli keluarga yang lain. Kanak-kanak juga menyimpan virus

tersebut untuk tempoh yang lebih lama berbanding orang

dewasa, dan boleh menyebarkan influenza selama 10 hari

atau lebih selepas simptom bermula.

Jangkitan flu yang kerap boleh membebankan seisi

keluarga. Kanak-kanak tidak dapat bersekolah, manakala

ibu bapa perlu mengambil cuti untuk membawa mereka

berjumpa doktor, dan ini melibatkan kos yang tinggi.

Hubungi doktor dengan segera sekiranya

anak anda:

• Demam

panas yang

berlarutan

• Sukar

bernafas

atau nafas

pendek

• Kulit bertukar

menjadi biru

• Sukar

minum air

• Kelihatan

keliru atau

mengalami

sawan

• Mengalami

simptom yang

berulang

• Mempunyai

masalah medikal

(asma, talasemia,

penyakit yang dirawat

menggunakan steroid

dan lain-lain)

Perlindungan daripada flu

Apabila anak anda jatuh sakit, sukar untuk mengetahui sama

ada ia hanya demam selesema atau influenza yang lebih

serius. Inilah sebabnya vaksinasi flu adalah cara yang terbaik

untuk melindungi anak anda dan seisi keluarga.

Pusat Kawalan Penyakit di Amerika Syarikat menyarankan

vaksinasi flu tahunan untuk kanak-kanak berusia enam bulan

dan ke atas. Kanak-kanak berusia di antara enam bulan

hingga lapan tahun mungkin memerlukan dua dos vaksin ini

pada permulaannya.

Walau bagaimanapun, kanak-kanak di bawah usia

enam bulan masih terlalu muda untuk diberikan vaksin.

Lindungilah mereka daripada flu dengan memastikan

anak-anak yang lebih tua dan ahli keluarga yang lain serta

penjaga di rumah mendapat vaksinasi flu. Disebabkan

virus flu sentiasa bermutasi, anda perlu mendapatkan

vaksin setiap tahun. Jadikanlah ia sebagai sebuah tugasan

keibubapaan yang penting demi kesihatan anak anda dan

juga seluruh keluarga anda.

Fakta-fakta patut tahu

tentang influenza

• Jenis A: Boleh menjangkiti manusia dan

haiwan, epidemik sangat teruk dan amat berbahaya

• Jenis A (H1N1): Boleh menjangkiti manusia dan

haiwan. Kadangkala pandemik (seperti pada 2009

dan 2013) dan amat berbahaya

• Jenis B: Boleh menjangkiti manusia. Sering

berlaku, kurang teruk, ada kalanya berbahaya, tidak

pandemik

• Jenis C: Boleh menjangkiti manusia. Ringan,

jarang berlaku, bukan epidemik

Endemik ialah penyakit yang sentiasa wujud dalam

sesuatu komuniti atau populasi.

Epidemik ialah penyakit yang menyerang ramai

orang dalam komuniti sekali gus dan merebak ke

satu atau beberapa komuniti.

Pandemik apabila wabak merebak ke seluruh dunia

MamaPapa | Disember 2018

37

Perkembangan kanak-kanak

Awas Tahap Kemarahan

Apabila Membetulkan

Kesilapan Anak

Adakah merotan cara terbaik untuk mendisiplinkan anak anda?

Artikel ini mungkin dapat membantu.

38 MamaPapa | Disember 2018

Perkembangan kanak-kanak

Setiap ibu bapa inginkan anak mereka mendapat didikan

yang terbaik dengan mengajar anak-anak membezakan

mana yang baik dan mana yang buruk dan juga antara

perkara yang betul dan perkara yang salah. Kita tidak

mahu ingin anak kita dilabelkan kurang ajar, justeru didikan

informal perlu dimulakan sejak anak kecil lagi.

Setiap keluarga pasti mempunyai cara tersendiri untuk

mendidik anak mereka. Ada yang menggunakan hukuman

sebagai cara mendidik anak dan ada yang menggunakan

cara toleransi dalam mendidik anak. Tidak semestinya

ada kekurangan dalam mana-mana cara pun, namun yang

penting, pengajaran itu efektif tanpa meninggalkan kesan

negatif pada anak.

Kes anak mengamuk

Sebagai contoh, kita boleh lihat bagaimana cara ibu

bapa menghadapi kanak-kanak mengamuk (tantrum).

Dalam situasi begini, terdapat ramai ibu bapa yang akan

mengambil tindakan memukul anak, terutama sekali

jika anak itu tetap memprotes dengan menjerit-jerit dan

melalak sehingga suara mereka didengari oleh jiran dan

sebagainya. Itu tidak termasuk lagi jika anak mereka

mengamuk di khalayak ramai kerana tidak dapat membeli

mainan atau makanan yang diingini.

Sebaliknya, ada pula ibu bapa yang menggunakan cara

toleransi, seperti memujuk anak atau pun menggunakan

psikologi dan perkataan berhemah. Persoalannya, cara

yang manakah lebih berkesan dalam mendidik anak?

Sepanjang membesarkan anak, pasti terdapat banyak

situasi di mana kesabaran anda sebagai ibu bapa dicabar

dengan pelbagai kerenah anak. Tanpa disedari kadangkala

ada juga ibu bapa yang ‘tergelincir’ dan bertindak atas

kemarahan apabila mendisiplinkan anak mereka. Niat

mereka sebenarnya adalah mengajar anak berdisiplin,

namun disebabkan faktor-faktor lain ada ibu bapa yang

menjatuhkan hukuman kepada anak-anak. Menaikkan

tangan dan meninggikan suara bukanlah cara yang terbaik

dalam mendidik anak-anak. Tambahan pula, pada peringkat

usia lima hingga tujuh tahun, anak-anak sudah tahu merasa

malu jika diherdik atau dipukul di hadapan orang. Jika

hal ini berlanjutan, emosi kanak-kanak akan terganggu

sehingga menjejaskan perkembangan mereka. Oleh itu,

penting bagi setiap ibu bapa untuk mengetahui kaedah

terbaik dalam mendidik dan mengajar anak mereka.

Jika anda rasa marah atau naik darah

Perilaku kanak-kanak boleh juga membuatkan ibu bapa

mudah untuk naik darah. Hal ini sering terjadi terutamanya

apabila kanak-kanak melakukan kesalahan yang sama

berulang kali. Kita sudah letih mengingatkan mereka untuk

tidak melakukan kesalahan yang sama namun mereka

tetap melakukannya. Biarpun jenuh ibu bapa memberi

nasihat kepada anak mereka untuk tidak menyepahkan

baju, atau berkaki ayam di luar rumah, namun mereka tetap

melakukan begitu.

Pernahkah anda terfikir mengapakah hal ini terjadi?

Mendidik kanak-kanak semasa kita sedang marah

adalah berbahaya kerana boleh menyebabkan kita

mengungkapkan kata-kata yang tidak sepatutnya keluar

dari mulut ibu bapa. Kata-kata yang diungkapkan boleh jadi

akan menyakitkan hati anak-anak atau membuatkan mereka

malu. Hal ini boleh menyebabkan maruah mereka tercalar

sekaligus membuatkan mereka kurang berkeyakinan.

Malah, perbuatan menjerit atau memekik mengajar kanakkanak

bahawa perilaku demikan (menjerit/memekik)

dibenarkan dalam sesebuah keluarga. Hal ini sekali gus

akan melahirkan kanak-kanak yang panas baran apabila

besar nanti.

MamaPapa | Disember 2018

39

Perkembangan kanak-kanak

Jika anda rasakan bahang kemarahan sedang memuncak

ketika itu, jalan terbaik ialah ‘menarik diri’ dari situasi

tersebut. Pergi ke tempat lain dan tenangkan diri dahulu

sebelum berhadapan dengan situasi. Dengan cara ini, anda

boleh berhadapan dengan anak anda dalam keadaan yang

tenang dan tidak akan meninggikan suara kepadanya.

Hukuman fizikal

Kebanyakan ibu bapa zaman dahulu pasti menyediakan

rotan di rumah bagi menghukum anak mereka. Tindakan

yang diambil oleh ibu bapa jika anak mereka tidak

mendengar cakap adalah dengan merotan. Meskipun ia

kelihatan seperti jalan penyelesaian yang paling berkesan

dalam mendidik anak, namun sebenarnya ia hanya

memberikan penyelesaian yang sementara sahaja kerana

kanak-kanak hanya akan berhenti daripada melakukan

kesilapan mereka pada ketika itu sahaja. Kebanyakan ibu

bapa mendapati anak mereka akan mengulang perangai

yang sama beberapa jam selepas dirotan.

Walaupun kita akan ‘berhati-hati’ semasa merotan

anak (dengan harapan rotan dapat mengajar mereka

bukannya mencederakan), namun hukuman secara fizikal

bukanlah idea yang baik. Ia mengajar kanak-kanak bahawa

menggunakan kekerasan adalah jalan yang paling baik

untuk menyelesaikan masalah. Tambahan pula, kanakkanak

yang biasa dirotan atau ditampar cenderung

untuk melakukan tingkah laku yang sama semasa mereka

dengan rakan sebaya yang lain. Contohnya, jika ada rakan

sebaya mereka yang mengambil mainan mereka, kanakkanak

ini tidak akan keberatan untuk menumbuk atau

memukul rakan mereka.

Jika anda ingin berhenti daripada memukul anak

anda, cuba teknik berikut: Sibukkan tangan anda

dengan melakukan perkara lain. Contohnya, jika anda

sudah menuding jari dan mengangkat tangan ke arah

anak anda, ubah pergerakan tangan anda dengan

membetulkan pakaian atau meletakkan tangan anda ke

dalam poket seluar. Cara ini dapat mengurangkan baran

anda daripada memuncak.

Sogokan

Berapa ramai di kalangan ibu bapa yang menggunakan

cara sogokan dengan menjanjikan ganjaran jika kanakkanak

berkelakuan baik, terutama semasa di luar?

Jika anda lihat mereka mula menunjukkan perangai,

anda akan cepat-cepat menjanjikan mainan kegemaran

ataupun coklat kepada mereka. atau, mengugut supaya

tidak memberikan ganjaran-ganjaran tersebut kecualikan

mereka berkelakuan baik. Kita selalunya mengingatkan

mereka tentang ganjaran ini setiap kali mereka mula buat

hal dan menggunakannya sebagai senjata supaya mereka

menunjukkan perangai yang baik.

Sogokan adalah seperti penyelesaian termudah dalam

menghadapi kerenah kanak-kanak. Ia akan menenangkan

kanak-kanak pada ketika itu. Namun, kanak-kanak ini akan

meminta ganjaran setiap kali anda membawa mereka keluar.

Jika anda tidak melayan permintaannya pada masa-masa

seterusnya, anak anda mungkin akan menunjukkan tantrum

(mengamuk) yang lebih teruk berbanding sebelumnya

sehinggalah anda menunaikan keinginannya itu.

Sebagai ganjaran untuk kelakuan yang baik, cuba pula

tawarkan mereka sesuatu yang bermanfaat untuk anda

sekeluarga seperti bercuti ke taman tema. Selepas itu, anda

boleh memberitahu kepada anak anda betapa bangganya

anda dapat anak seperti mereka - kata-kata tersebut pasti

menjadi ganjaran yang lebih bermakna untuk mereka.

40 MamaPapa | Disember 2018

Alam pendidikan

Sistem Pendidikan

Yang Dikagumi di Dunia

Kehidupan yang baik bermula dengan pendidikan. Tanpa pendidikan, anda akan ketinggalan

dari setiap segi. Tidak dapat dinafikan bahawa pendidikan jugalah yang menjadi asas

kepada perubahan kehidupan seseorang.

Generasi kini merupakan

pemangkin pembangunan

negara. Generasi muda

sekaranglah yang akan

menggantikan pemimpin pada

hari ini untuk mentadbir negara,

justeru aspek pendidikan adalah

paling utama untuk melahirkan

anak muda yang boleh memacu

negara ke arah kejayaan. Dan,

pendidikan perlu bermula sejak

kecil lagi. Disebabkan itulah,

semua negara berlumba-lumba

membekalkan pendidikan

yang terbaik untuk melahirkan

generasi yang berpelajaran,

bukan sahaja dalam bidang

akademik malah boleh menjadi

individu yang berkaliber.

Minda kanak-kanak terbentuk

bukan sahaja melalui pendidikan

di rumah, bahkan juga

pengalaman di sekolah. Oleh itu,

sistem pendidikan di sesebuah

negara adalah pengukur terbaik

untuk kejayaan masa hadapan.

Penting untuk kanak-kanak

mendapat pendidikan yang

berkualiti dan persekitaran

yang selamat untuk belajar.

Sistem pendidikan awam yang

baik bermula dengan asas

pembelajaran yang holistik.

Pernahkah anda terfikir tentang

sesetengah negara yang berjaya

dalam setiap aspek, sementara

sesetengahnya pula masih jauh

tertinggal di belakang? Lihatlah

pada negara-negara yang berjaya

dan anda akan tahu rahsia mereka,

iaitu penawaran sistem terbaik

dalam pendidikan. Berikut adalah

antara sistem pendidikan yang

diiktiraf terbaik dunia:

MamaPapa | Disember 2018

41

Alam pendidikan

FINLAND

Sistem pendidikan Finland konsisten dalam

kedudukan teratas sistem pendidikan seluruh

dunia. Negara ini sebenarnya dikenali dengan

pendekatan yang tidak ortodoks dalam pendidikan,

menjadikannya sebagai model pendidikan popular

merapati sistem pendidikan barat. Jika dibandingkan

para pelajarnya dengan pelajar negara lain,

kanak-kanak sekolah di Finland jarang menduduki

peperiksaan atau melakukan kerja sekolah

sehinggalah usia mereka 16 tahun.

Mereka akan menghabiskan segala kerja sekolah di

dalam kelas, tanpa perlu membawa pulang kerja di

rumah. Walaupun pelajar-pelajar di sini tidak dinilai

semasa enam tahun pertama di sekolah, namun,

mereka setaraf dengan golongan pelajar yang

mendapat masa tutor tambahan dan dinilai beberapa

kali semasa persekolahan mereka.

Hormat kepada orang lain turut diajar di dalam

kelas. Selain itu, hubungan antara guru dan pelajar

turut dititikberatkan di mana para pelajar dididik

untuk menghormati guru mereka. Pelajar turut diajar

membersihkan diri dan kelas di samping melakukan

kerja pembersihan lain seperti kebersihan di

sekeliling mereka.

Bukan itu sahaja, para pelajar juga disediakan

makanan yang berkhasiat di sekolah di mana,

setiap pelajar diajar untuk memilih makanan yang

sihat sejak kecil lagi. Hidangan yang disediakan di

sekolah adalah kolaborasi di antara pakar penjagaan

kesihatan profesional dan chef terlatih serta

menggunakan bahan yang segar.

Di Finland juga, semua kanak-kanak tidak kira apa

keupayaan mereka (bijak ataupun kurang bijak)

akan diletakkan dalam kelas yang sama. Pelajar juga

mendapat masa rehat selama 75 minit setiap hari.

Kanak-kanak akan mula bersekolah semasa usia 7

tahun, di mana ketika ini mereka sudah bersedia

untuk belajar dan fokus. Mereka juga hanya wajib

bersekolah selama sembilan tahun sahaja. Selepas

gred ke-9, pelajar boleh memilih untuk menyambung

pelajaran di sekolah menengah tinggi, sekolah

vokasional ataupun bekerja.

JEPUN

Orang Jepun paling cemerlang dari segi adab.

Mengikut budaya Jepun, adalah penting untuk

mengajar anak kecil etika dan adab yang sempurna

berbanding dengan mengajar mereka pendidikan

standard. Disebabkan itulah kanak-kanak di Jepun

tidak perlu mengambil sebarang ujian sehingga gred

ke-4 kerana mereka benar-benar percaya bahawa

karakter kanak-kanak perlu dipupuk dahulu, bukannya

pencapaian (seperti ujian, peperiksaan dsb) semasa

proses pembelajaran.

NEW ZEALAND

Sistem pendidikan di New Zealand pun merupakan

antara yang terbaik di dunia. Mengikut penskoran,

sistem di sini mendapat tahap tertinggi untuk literasi,

matematik dan sains. Sistem pendidikan awam pula

adalah salah satu sistem pembiayaan yang terbaik di

dunia di mana New Zealand mencatatkan peratusan

tertinggi pembiayaan awam dalam pendidikan di

seluruh dunia.

Jadi, apa yang menjadikan New Zealand unik?

Ia berdasarkan beberapa perkara; pertama,

penduduk asal New Zealand percaya setiap orang

berhak mendapat pendidikan. Terdapat banyak

sekolah swasta di sini, akan tetapi negara ini turut

menyediakan sekolah awam terbaik. Selain itu, sistem

pendidikan di sini memfokuskan kepada keduadua

pencapaian akademik dan praktikal. Sistem

pendidikan awam New Zealand juga memfokuskan

kepada fikiran terbuka dan membiarkan kanak-kanak

untuk meneroka dan belajar mengikut cara yang

mereka mampu.

42 MamaPapa | Disember 2018

Alam pendidikan

diwajibkan. Pelajar akan menduduki peperiksaan

Caribbean yang mirip GCE O-Level. Pelajar yang

masih berada pada 2 tahun terakhir akan menduduki

peperiksaan Caribbean lain yang membawa kepada

pendidikan peringkat tiga atau tinggi.

ESTONIA

Mengikut Program Penilaian Pelajar Antarabangsa

(PISA), pengukur pendidikan global terulung,

dihimpunkan oleh Organisasi untuk Kerjasama dan

Pembangunan Ekonomi, keputusan pelajar Estonia

berusia 15 tahun adalah yang terbaik di Eropah dan

antara yang terkukuh di seluruh dunia.

Kajian PISA pada tahun 2015 tertumpu kepada

sains semula jadi dan juga menguji pelajar dalam

matematik dan pembacaan fungsi. Menurut kajian

tersebut, pengetahuan dan kemahiran pelajar

Estonia berusia 15 tahun dalam biologi, geografi,

fizik dan kimia adalah yang terbaik di seluruh duniayang

pertama di Eropah dan ketiga di skala global.

Bilangan pelajar terbaik yang dapat menyelesaikan

ujian yang sukar adalah lebih tinggi daripada yang

pernah dicatatkan sebelum ini- iaitu sebanyak

13.5 peratus, sementara purata OECD adalah

lapan. Di antara negara-negara di Eropah, Estonia

mencatatkan bilangan paling sikit untuk pelajar yang

rendah pencapaian- menurut kenyataan daripada

Kementerian Pelajaran Estonia.

SINGAPURA

Lebih daripada sedekad, Singapura berjaya muncul

sebagai salah satu sistem pendidikan terbaik yang

ditawarkan di seluruh dunia. Secara keseluruhannya,

pembelajaran di kelas adalah seragam untuk semua

tahap dan subjek. Sistem pendidikan sekolah rendah

Singapura memfokuskan kepada liputan kurikulum,

transmisi pengetahuan prosedur dan fakta, serta

menyiapkan pelajar untuk semester akhir dan

peperiksaan tinggi nasional.

Pembelajaran di sini berlangsung dengan cara

guru akan memantau pembelajaran pelajar

dan menyediakan maklum balas dan sokongan

pembelajaran kepada pelajar. Selain itu, guru juga

akan mengajar berpandukan buku teks, latihan kerja

dan kebanyakan latih tubi serta amali.

Bagi subjek matematik pula, pelajar Estonia

menduduki tangga kedua di Eropah selepas

Switzerland, dan kesembilan di dunia. Hampir

90% anak muda di Estonia mempunyai sekurangkurangnya

asas pengetahuan dalam matematik,

yang meletakkan Estonia di antara lima negara

terbaik di dunia.

BARBADOS

Sistem pendidikan sekolah di Barbados hampir

mengikut norma British. Pendidikan sekolah rendah

selama enam tahun bermula semasa umur kanakkanak

4 tahun. Pada usia anak 11 tahun pula, mereka

akan menduduki peperiksaan kemasukan bagi

melayakkan mereka ke sekolah menengah. Pelajar

akan memasuki sekolah menengah sehingga umur

18 tahun, pun begitu dua tahun terawal adalah tidak

MamaPapa | Disember 2018

43

KLIK-KLIK

Multivitamin untuk Bayi?

Perdebatan memang telah lama wujud tentang pemberian multivitamin kepada

bayi di bawah umur 12 bulan. Hakikatnya, jika seseorang bayi itu sihat,dapat

berehat dengan baik dan pengambilan makanan serta susu mencukupi, maka

tiada yang perlu dirisaukan kerana bayi itu past mendapat nutrien-nutrien

penting daripada susu. Tetapi, adakalanya bayi tidak mendapat susu yang

mencukupi, sama ada disebabkan kurang selera makan atau pun sedang

demam/selsema. Pertumbuhan gigi baru, ketidakselesaan akibat suntikan

vaksinasi serta gejala kolik juga mampu menyebabkan bayi hilang selera

makan. Di sinilah munculnya manfaat Appeton Multivitamin Infant Drops, iaitu

suplemen makanan yang telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

khususnya bagi bayi di bawah umur 12 bulan. Ia mengandungi 6 vitamin

penting yang 100% berlandaskan garis panduan USRDA, yang memenuhi

keperluan harian bayi dengan hanya setitik (1ml) sehari. Ia juga diperkayakan

dengan 2 asid amino penting iaitu Lysine dan Taurine. Lysine ialah asid amino

penting yang membantu memperbaiki selera makan bayi, pertumbuhan otot

dan penambahan berat badan, manakala Taurine merangsang perkembangan.

Appeton Multivitamin Infant Drops boleh didapati di semua farmasi terkemuka,

klinik dan hospital.

MAL15095004N

Ini adalah iklan produk suplemen - KKLIU 2318/2018

PELANCARAN KIDZ VS FOOD 3.0

OLEH AHLI CONGREZZ KIDZANIA

KUALA LUMPUR

Bersempena dengan pelancaran KidZ vs Food 3.0,

ahli CongreZZ KidZania telah membuktikan bakat

memasak mereka dengan menyediakan jamuan

untuk kanak-kanak daripada *Hilla Community

Centre. Program cuti sekolah yang bermula dari

24 November dan akan berlanjutan sehingga 31

Disember itu membawa pelbagai aktiviti-aktiviti harian

dan hujung minggu yang bertujuan untuk memupuk

kreativiti dalam bidang masakan serta menyemai

sikap menghargai makanan. Pada penganjuran kali

ketiga ini, ahli CongreZZ KidZania yang dibantu oleh

chef ‘Abang’ Brian daripada Young Chef Academy

(YCA) menyediakan hidangan utama, Nasi Ayam

Goreng Kunyit dengan Kacang Panjang dan pencuci

mulut, Kek Gulung Coklat Pisang buat kanak-kanak

daripada Hilla Community Centre. Antara aktiviti yang

dijadualkan untuk Program KidZ vs Food 3.0 ialah

Pop Up Kitchen; Drink Station; Food Science; Food

Art serta Parent & Kid Cooking Workshops. Untuk

maklumat lanjut tentang aktiviti dan acara-acara di

KidZania Kuala Lumpur, layari www.kidzania.com.my

atau www.facebook.com/KidZaniaKualaLumpur.

KPWKM, NCSM DAN SHOKUBUTSU

MEMPERKASAKAN WANITA

UNTUK TERUS MEMERANGI

KANSER PAYUDARA

Shokubutsu dan

Kementerian Pembangunan

Wanita, Keluarga dan

Masyarakat (KPWKM)

bekerjasama demi usaha

untuk menyumbang

kepada masyarakat dengan

meningkatkan kesedaran

tentang kepentingan

pemeriksaan payudara

secara kerap untuk membantu wanita mengesan

gejala awal kanser payudara dan mengambil langkah

pencegahan awal. YBrs. Dr. Hishamuddin Bin Mohd

Hashim, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik),

KPWKM dan En. Naoyuki Egawa, Pengarah

Penyelidikan, Pembangunan dan Perkilangan

Southern Lion Sdn. Bhd turut hadir di majlis kempen

‘YOU Are My Pink My Reason’ Shokubutsu di premis

KPWKM baru-baru ini. Bersempena bulan Kesedaran

Kanser Payudara dan selaras dengan kempen ‘YOU

Are My Pink My Reason’ Shokubutsu, kerjasama yang

dijalankan bersama KPWKM dan Persatuan Kanser

Kebangsaan Malaysia (NCSM) ini telah menyediakan

pemeriksaan klinikal payudara percuma kepada

kakitangan KPWKM menerusi Trak Mudah Alih

Pink Ribbon Shokubutsu. Melalui pemeriksaan oleh

jururawat NCSM, kakitangan KPWKM bukan sekadar

menjalankan pemeriksaan tetapi turut diajar kaedah

yang betul serta gejala yang perlu diperhatikan dalam

pemeriksaan-sendiri kanser payudara.

44 MamaPapa | Disember 2018

Untuk

40 Pelanggan

Pertama Sahaja!

Langgan MamaPapa

dan anda berpeluang

memenangi hadiah

misteri bernilai RM100

KINI ANDA TIDAK AKAN LAGI TERTINGGAL

SETIAP KELUARAN MAMAPAPA!

SEGALANYA YANG PERLU ANDA TAHU

TENTANG KESUBURAN, KEHAMILAN,

PENJAGAAN BAYI DAN KANAK-KANAK

ADA DI DALAM MAMAPAPA.

LANGGAN

Ya, saya mahu melanggan majalah MamaPapa

□ 12 keluaran (1 tahun) MamaPapa berharga RM72 (penghantaran PERCUMA*)

□ 24 keluaran (2 tahun) MamaPapa berharga RM144 (penghantaran PERCUMA*)

*dalam Malaysia sahaja

SILA LENGKAPKAN KETERANGAN DI BAWAH DALAM HURUF BESAR

Nama (Encik/ Puan/ Cik)____________________________IC____________________

Alamat________________________________________________________________

_________________________________________Poskod_______________________

Pekerjaan___________________________________ Jantina_______Umur_________

Tel______________________Email__________________________________________

Langganan bermula daripada_________________sehingga_____________________

Isi borang di atas bersama cek dan kirimkan ke:

MamaPapa, N-2-6, Plaza Damas, 60, Jalan Sri Hartamas 1, Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia.

Tel: +603-6203 2522 Faks: +603-6203 4522 Email: info@acepremier.com

Bayaran langganan tidak akan dipulangkan. Hadiah adalah terhad, sementara stok masih ada.

CARA PEMBAYARAN

1. Cek/ Draf Bank no. __________________

RM ___________________________________

(Dibayar kepada AcePremier.com Sdn Bhd)

ATAU

2. PEMINDAHAN WANG

Maybank 5144-8611-2071

(AcePremier.com Sdn Bhd)

Tandatangan

Tarikh

HADIAH LANGGANAN

□ Saya akan mengambil sendiri hadiah langganan saya

□ Hadiah langganan boleh diposkan ke rumah saya. Saya

sertakan RM10 sebagai bayaran pos

□ Saya akan hantar wakil untuk mengambil hadiah

langganan saya

Nama ___________________________________________________________

No. I/C

MajalahMamaPapa

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!