12.11.2019 Views

taman berkarya naza siri 1 2019

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Oleh

DR BASKARAN KANNAN

Jabatan Ilmu Pendidikan

IPG Kampus Ipoh

LIKU-LIKU

PERJALANAN

HIDUP BERGELAR

DOKTOR

PENDIDIKAN

P hilosohpy Doctorate

singkatannya (PhD) namun

permanent head damage, permananent heart

damage dan permananent hair damage

merupakan istilah-istilah yang biasa diberikan

telah memberi kegusaran kepada diri saya

untuk meneruskan pengajian di peringkat

ijazah kedoktoran. Selain itu, kedengaran

hanya orang yang genius sahaja boleh

memegang segulung ijazah kedoktoran juga

menambahkan lagi kegusaran saya untuk

menyambung ijazah kedoktoran pada kali

ketiga. Pada tahun 2000, selepas tamat

pengajian di peringkat ijazah sarjana secara

separuh masa dalam tiga semester dengan

keputusan cemerlang; telah memberi semangat

untuk saya menyambung pengajian di

peringkat PhD pada tahun 2010. Namun, azam

itu menjadi hampa selepas saya terlibat

kemalangan jalan raya lantas menyebabkan

saya mengalami kecederaan teruk pada tulang

selangka. Keadaan ini menyebabkan berlaku

sedikit kecacatan pada pergerakan saya dan

memerlukan rawatan susulan. Doktor

menasihatkan saya agar rehat yang

secukupnya sebelum meneruskan pengajian

dan mengurangkan kerja-kerja berat.

Rehat yang lama menyebabkan

semangat menyambung PhD terus luntur.

Dalam pada itu, tiada pengiktirafan terhadap

kelulusan master merupakan satu lagi faktor

saya kehilangan semangat. Kekurangan

semangat menyebabkan tumpuan berpindah ke

arah lain seperti melibatkan diri dalam

program-program kemasyarakatan seperti

rukun tetangga, khidmat masyarakat, motivasi

pelajar, persatuan penduduk, jurulatih Khidmat

Negara, Biro Tatanegara dan sebagainya.

Selepas beberapa tahun menjadi pendidik dan

inginkan satu perubahan menyebabkan

membuat permohonan menjadi pensyarah.

Pada tahun 2007 mendapat dua tawaran iaitu

pegawai Bahagian Buku Teks dan pensyarah.

Oleh kerana minat lebih kepada pensyarah,

lantas saya menerima tawaran sebagai

pensyarah di IPG Kampus Bahasa

Antarabangsa, Kuala Lumpur. Selepas

menjawat jawatan pensyarah, persekitaran

tempat bekerja telah meniupkan semangat

untuk meneruskan pengajian. Jawatan sebagai

pensyarah telah memberi peluang kepada saya

untuk berkawan dengan para pensyarah

berkelulusan PhD; malahan menyuntik

semangat meneruskan pengajian. Di samping

itu, desakan daripada ketua jabatan membuka

minda untuk membuat PhD. Oleh kerana

masih baru sebagai pensyarah menyebabkan

banyak perkara baru perlu dipelajari seolaholah

menjadi penghalang kepada saya. Namun

begitu, sokongan daripada pelbagai pihak

seperti ketua jabatan, rakan pensyarah, ahli

keluarga dan rakan sekerja terus membuka

minda dalam hal ini. Justeru, pada tahun 2009

saya memohon sambung belajar secara

sepenuh masa dengan memohon Hadiah

Latihan Persekutuan (HLP) tetapi permohonan

22

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!