12.11.2019 Views

taman berkarya naza siri 1 2019

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Teori kekecewaan-keagresifan

Kekecewaan berlaku apabila sesuatu

motif yang amat diingini oleh seseorang itu

tidak dapat dicapai kerana pergerakan ke arah

motif itu dihalang atau dihenti (Dollar, Doob,

miller, Mowrer dan Sears, 1939). Sebagai

contoh pada ketika corak pertandingan menjadi

semakin rancak, “panas” dan mendebarkan

serta menjadikan keadaan emosi atlet tidak

stabil, sebarang lakuan agresif akan

menyebabkan para atlet akan dikenakan

layangan kad dan mungkin membawa kepada

penyingkiran dalam perlawanan tersebut.

Apabila seseorang pemain bola sepak

tertekan akibat pengadil menyalahkannya

menjatuhkan pemain lawan secara bersih. Dia

akan berasa kecewa kerana mengganggap

perbuatannya adalah adil dan kekecewaan

terhadap keputusan pengadil itu

memungkinkannya melakukan sesuatu aksi

yang lebih keras secara sengaja, walaupun dia

mengetahui akibatnya dia akan dikenakan kad

kuning atau merah.

Teori kekecewaan-keagresifan yang

dikaji semula. Teori ini dibuat melalui

perbandingan dengan Teori Pembelajaran

Semula. Menurut Berkowitz (1993), tidak

semua kekecewaan semestinya diakhiri dengan

keagersifan tetapi boleh menjadi agresif dengan

syarat wujudnya rangsangan tertentu yang

mencukupi. Keagresifan akan berlaku apabila

beberapa rangsangan, terutama rangsangan

negatif bergabung dengan kekecewaan yang

akhirnya keagresifan hadir bersama.

Tingkah laku seseorang berkait rapat

dengan jumlah tindak balas yang dimiliki oleh

pemain untuk membalas balik. Sebagai contoh,

seseorang pemain bola sepak yang dicederakan

oleh pihak lawan akan membalas balik

perlakuan agresif ke atas pemain tersebut atau

ke atas pihak tersebut atau ke atas pemain lain

kerana wujudnya jumlah tindak balas yang

dimilki oleh pemain tersebut untuk membalas

balik.

tingkah laku individu lain yang mempunyai

sikap yang ganjil.

Menurut Bandura (1973) dalam Mohd

Sofian (1990) menyatakan dalam teori

pembelajaran sosial, tingkah laku keagresifan

adalah didapati dan dikekalkan melalui kesan

model dan proses yang diwakilkan.

Pemerhatian terhadap model atau individu

melakukan lakuan keagresifan akan

menyebabkan lakuan yang sama akan

ditunjukkan oleh mereka yang meniru

perlakuan tersebut. Proses yang diwakilkan

akan wujud apabila mereka yang memerhati

didedahkan kepada model yang melakukan

keagresifan. Seterusnya, mereka akan

mengaplikasikan dalam permainan sebenar.

Sebagai contoh, apabila seseorang

peminat bola sepak melihat orang lain

bertindak ganas sama ada melalui siaran

televisyen atau semasa menonton perlawanan

bola sepak dan akhirnya meniru perbuatan

tersebut. Bagi mereka, apa yang ditonton

merupakan satu pembelajaran yang secara

sedar atau tidak membolehkan mereka

mempraktikkan insiden yang serupa untuk

mereka meniru perlakuan sedemikian.

Terdapat pelbagai cara mengatasi

keagresifan dalam sukan. Antara ialah seperti

berikut :

Kurikulum Sukan

Kursus Motivasi

Teknik Mengurus Perasaan

Teknik Mengurus Keagresifan

Penyesuaian Diri

Peranan Jurulatih

BERSAMBUNG DI KELUARAN AKAN DATANG...

Teori pembelajaran sosial Bandura

Menurut Bandura (1973), kanak-kanak

yang memerhati orang dewasa melakukan

sesuatu tindakan yang ganas akan terikut-ikut

dengan perbuatan tersebut berbanding golongan

kanak-kanak yang tidak ada pengalaman

pendedahan menonton perbuatan ganas. Kajian

ini sebenarnya menerangkan bagaimana Teori

Pembelajaran Sosial yang menekankan

keagresifan sebagai suatu yang boleh dipelajari

atau dilatih melalui pemerhatian kepada

29

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!