12.11.2019 Views

taman berkarya naza siri 1 2019

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Ibu pertiwi

Aku menyingkap pengorbananmu

Kau pernah melahirkan perajurit, pejuang dan srikandi yang bersemangat waja

Siapa yang tidak mengenali anak-anakmu...

yang berani bertentang mata, mendabik dada dan

menahan peluru yang meluru kencang

untuk merobek dada sesiapa sahaja yang menghalang laluannya…

Tok Janggut, Mat Kilau, Dato Bahaman,

Datok Haji Abdul Rahman Limbong, Dato Maharaja Lela,

Mat Sallah dan Antanom....

yang menjunjung semangat juangmu...untuk menghalau penjajah durjana

anak-anakmu yang masih hidup dalam semangat rakyat Malaysia...

walaupun kubur mereka tidak beralamat lagi

Anak kelahiranmu...Tunku Abdul Rahman...

Senjata dan senapang...bukan lagi permainan anak ini...

Kau didik beliau dengan ilmu pendidikan dan kepetahan bicara kata

Inggeris terpaksa akur dengan cendekia fikrah anakmu ini

Inggeris kelu lidah untuk berdebat dengan negarawan ini

Akhirnya tanggal 31 Ogos 1957, kau bebaskan bumi ini dari penjajah

Kau bebaskan dirimu dari cengkaman penjajah

Kau menghadiahkan kemerdekaan kepada anak cucumu

Merdeka...Merdeka...merdeka...

Kami bebas merdeka...gah berdiri sama baris dengan bekas penjajah

Kami mengukir nama Malaysia sebagai negara berdaulat di peta dunia

Kami menjunjung adat Melayu di pentas buana

Kami menobat erti perpaduan di arena sejagat

Kami mendendang puisi merdeka di angkasa raya

Kami menjulang maruah diri di puncak alam…

Ibu pertiwi..

Aku bersimpuh di hadapan kesabaran, kegigihan dan perjuanganmu.

25

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!