30.01.2013 Views

5.0 Pelan Pelaksanaan - JPBD Semenanjung Malaysia

5.0 Pelan Pelaksanaan - JPBD Semenanjung Malaysia

5.0 Pelan Pelaksanaan - JPBD Semenanjung Malaysia

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

5.4.2 Geran Khas Persekutuan untuk Negeri

Kejayaan program rangkaian ekologi bergantung juga pada sokongan dan penyertaan

kerajaan negeri termasuk kepada siapa yang bertanggungjawab kepada rangkaian

tersebut. Dalam kebanyakan contoh, tindakan itu memerlukan penglibatan negeri

dalam mencipta rangkaian dan rangkaian daripada hutan negeri, dan mewartakan

mereka untuk perlindungan jangka panjang. Dalam melakukannya, mereka mungkin

perlu melepaskan kemungkinan pemberian selanjutnya hakmilik tanah mereka untuk

penggunaan ekonomi alternatif, dan dalam sesetengah kes, ia mungkin perlu

melepaskan peluang kerja hutan untuk pendapatan tambahan, dan oleh itu

berkemungkinan untuk hilang pendapatan daripada segmen penjualan barangan dan

perkhidmatan, yang mana ianya ialah antara komponen penting pendapatan negeri.

Hasil negeri amnya adalah pendapatan tak anjal dan tidak diperluaskan bersama dengan

pertumbuhan ekonomi, sebarang kehilangan peluang penjanaan pendapatan boleh

menjejaskan kedudukan fiskal negeri. Mereka akan memerlukan lebih bantuan

kewangan daripada kerajaan Persekutuan bagi mengurangkan ketidakseimbangan fiskal.

Penciptaan satu geran khas untuk rangkaian ekologi bagi negeri-negeri akan

membolehkan persekitaran kewangan mereka berdaya saing. Penyertaan dalam

program melalui penciptaan sub-program di peringkat negeri akan disokong oleh geran

khas negeri itu. Geran-geran itu digunakan bagi satu program pemantauan jangka

panjang bagi setiap negeri, dan secara tidak langsung untuk menggantikan kerugian

dalam hasil dan pendapatan. Dalam keadaan begini, kerajaan negeri tidak perlu

memperuntukkan pendapatan sedia ada mereka untuk rangkaian ekologi itu; mereka

boleh bergantung pada kerajaan Persekutun, yang mempunyai keupayaan dan

kebolehan untuk menggunakan mekanisma dana alternatif untuk menghasilkan

pendapatan khas untuk pemuliharaan pada peringkat nasional.

5.4.3 Inisiatif Swasta dan Derma

Inisiatif swasta digalakkan pada setiap masa. Ini melibatkan NGO dan sektor swasta,

terutama sekali dalam kawasan di mana rangkaian atau koridor termasuk ke dalam

tanah persendirian atau bercantum dengan tanah persendirian. Sektor swasta

digalakkan untuk mengambil mekanisma CSR dalam pembangunan rangkaian ekologi

tersebut. Mereka disokong oleh pelbagai langkah yang mungkin termasuk satu daripada

berikut atau campuran di antaranya:-

i. Pinjaman untuk biaya inisiatif rangkaian hidupan liar dalam tanah mereka.

ii. „Matching‟ geran untuk pembiayaan sebahagian rangkaian hidupan liar dalam tanahtanah

mereka.

iii. Kredit cukai untuk pelaburan dalam rangkaian hidupan liar dan kehilangan

pendapatan daripada tapak yang diperuntukkan untuk rangkaian hidupan liar.

iv. Geran dan cukai rebat untuk amalan persekitaran-mesra amalan penanaman atas

tanah mereka.

5-91

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!