30.01.2013 Views

5.0 Pelan Pelaksanaan - JPBD Semenanjung Malaysia

5.0 Pelan Pelaksanaan - JPBD Semenanjung Malaysia

5.0 Pelan Pelaksanaan - JPBD Semenanjung Malaysia

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Berkaitan sektor swasta, sebilangan mereka ini adalah tertakluk untuk :-

i. Dikenakan penalti yang tinggi untuk pencemaran atas tanah bersempadan dengan

rangkaian yang dilindungi tersebut.

ii. Penalti tinggi untuk pencerobohan ke dalam rangkaian terlindung.

iii. Penalti tinggi untuk memburu dalam rangkaian terlindung.

Derma daripada individu, badan swasta, dan badan dermawan memainkan satu peranan

signifikan dalam penciptaan dan penjagaan rangkaian ekologi itu. Disebabkan rangkaian

itu menghubungkan kawasan-kawasan berhutan, yang menempatkan biodiversiti penting

dan berfungsi sebagai penyerap karbon di peringkat kebangsaan dan global, penglibatan

komuniti nasional mesti diwujudkan untuk kepentingan negara mereka. Kita pernah

melihat kemunculan kesedaran masyarakat dalam aktiviti-aktiviti kutipan derma WWF

dan NGO yang lain. Satu usaha bersepadu yang membawa NGO dan kerajaan

Persekutuan bersama mungkin membantu untuk memperhebat dan meningkatkan

kesedaran dan oleh itu, ia mendorong lebih banyak sokongan orang ramai dan derma

kewangan untuk rangkaian ekologi.

5.4.4 Cadangan Dana Amanah Kebangsaan untuk Biodiversiti

Model pembiayaan melihat dana amanah kebangsaan sebagai satu mekanisma

pembiayaan jangka panjang sesuai untuk pemuliharaan biodiversiti. Cadangan dana

amanah kebangsaan pada biodiversiti akan menekankan pendirian global Malaysia

terhadap pemuliharaan biodiversiti.

Penubuhan rangkaian ekologi akan menjadi satu daripada aktiviti utama disokong oleh

cadangan dana amanah kebangsaan terhadap biodiversiti. Cadangan dana amanah

dijangka untuk mengasingkan dana-dana ke arah rangkaian ekologi itu, dan kompleks

hutan serta kepulauan yang bersambungan. Mekanisma ini dijangka berfungsi dengan

matlamat jangka panjang pada pemuliharaan biodiversiti dalam negara itu.

Di dalam memastikan dana amanah menjadi satu mekanisma berkesan, terdapat

pelbagai syarat perlu dicapai. Ia mesti mempunyai komitmen jangka panjang untuk

matlamat pemuliharaan. Ia mesti mendapat sokongan kerajaan secara aktif walaupun ia

adalah di luar kawalan kerajaan (ini merupakan mekanisma sektor awam-swasta). Ia

mesti mendapat sokongan sektor pelbagai masyarakat (NGO, sektor swasta, akademik

dan agensi-agensi penderma), institusi perundangan dan kewangan, serta institusiinstitusi

sokongan yang lain. Dua elemen paling penting bagi keperluan dana amanah

adalah (i) sokongan aktif kerajaan, dan (ii) sokongan dari masyarakat.

Tanpa sokongan kerajaan, dana amanah mungkin tidak dapat akses (a) dana bank

multilateral, yang secara umumnya boleh didapati hanya kepada kerajaan atau projekprojek

sektor swasta yang disokong oleh kerajaan, (b) dana GEF, yang memerlukan

sokongan kerajaan; dan (c) penderma dua hala bantuan teknikal atau dana, di mana

kesemuanya boleh dirunding berasaskan kerajaan kepada kerajaan.

5-92

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!