17.05.2015 Views

MamaPapa April 2015

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Akhirnya di MALAYSIA!

Lampin Terbaik

Lab pakaian dan perkakas bayi: ulasan Lampin Pakai Buang

DIPERAKUI

JANJI PREMIUM KAMI

Dijamin Mesra Bayi

Dijamin Mesra Kulit

Dijamin Mesra Alam

Ekstra Lembut

Lapisan depan dan belakang

yang direka bersifat kain

untuk rasa yang lebih lembut

pada kulit bayi

CIRI-CIRI!

Sisi yang fleksibel

Mudah direnggang, senang muat

FLEXIBLE

BEBAS daripada Bahan Kimia Merbahaya

Klorin, Phthaltes, Formaldehid, Logam Berat, Organatins

(Dbt, Mbt, Tbt), Colophonium, Azo-Pigments, PVC

BEBAS daripada ALERGEN terkenal

Pewarna, Inks, Lateks, Gam, Pewangi, Minyak Penting, Ekstrak

Tumbuh-tumbuhan, Pengawet, Losen, Deodoran, Pelembap

Sistem pengeringan dan

penyerapan terbaik

Bagi memastikan

penyerapan yang cepat

dan permukaan kering

Petunjuk saiz

BEBAS daripada bahan yang Menjengkalkan,

Membuat Sensitif, bersifat Karsinogenik atau Mutagenik.

Muat di tubuh bayi

Memudahkan bayi

bebas bergerak

Nipis dan mudah bernafas

Lebih nipis dan lapisan

belakang yang bersifat kain

memastikan penafasan yang

baik untuk kulit bayi

Penerima terbanyak sijil & anugerah yang diiktiraf

Untuk Keterangan Lanjut:

Tel.: +603-7948 5338

Website: www.bambo-nature.my

PAKAR KAMI

PAKAR OBSTETRIK & GINEKOLOGI

To’ Puan Dr. Maziah Ahmad Mahidin

MD (UKM), Masters Obs & Gynae (UKM),

MRCOG (London)

Merupakan Ahli Akademi Perubatan Malaysia 2005, To’ Puan

Dr. Maziah menamatkan pengajian di UKM, MRCOG London

dan FRCOG London. Ibu kepada lima orang anak dan nenek

kepada seorang cucu ini kini berkhidmat di KPJ Damansara

Specialist Hospital sebagai Pakar Obstetrik & Ginekologi.

PAKAR OBSTETRIK & GINEKOLOGI

(INFERTILITI)

Dr. Natasha Ain Mohd Nor

Bsci.MBBS (UNSW Sydney) MRCOG (UK)

MOG (UKM)(UKM), MRCOG (London)

Dr Natasha Ain menerima kelayakan sebagai doktor dari

University of New South Wales, Sydney dan meminati bidang

infertiliti. Beliau pernah bekerja di United Kingdom, HUKM

dan kini berkhidmat di KL Fertility Centre. Beliau aktif

menulis dalam blognya, drnatashanorfertility.com.

PAKAR PERUNDING PEDIATRIK DAN

GASTROENTEROLOGI & HEPATOLOGI

Dr. Nazrul Neezam Nordin

MBBS (Malaya), MPaeds (Malaya)

Dr. Nazrul kini berkhidmat di Pusat Perubatan Sunway. Beliau

pernah bertugas di Jabatan Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur

selepas tamat latihan subkepakaran dan diiktiraf sebagai

Pakar Pediatrik dan Pediatrik Gastroenterologi & Hepatologi

oleh Daftar Pakar Kebangsaan (National Specialist Registry)

pada Disember 2011.

PENSYARAH PEDIATRIK DAN PAKAR

KANAK-KANAK

Dr. Fahisham Taib

MB BCh BAO (Ireland), MMedSci (Ireland), DCH

(Glasgow), MRCPCH (UK), SpecCertPallCare

(Aus) (UKM), MRCOG (London)

Dr. Fahisham bin Taib ialah Pensyarah Pediatrik dan

Pakar Kanak-kanak di HUSM. Beliau sudah empat tahun

berkhidmat di sana dan sebelum ini, pernah bertugas di

United Kingdom dan Ireland selama 10 tahun. Beliau juga

aktif menulis artikel dan menjawab pertanyaan masyarakat

dalam laman Doktorbudak.com.

KONSULTAN PEDIATRIK

Dr. Margaret Kannimmel

MD (UKM), MRCP (UK)

Dr. Margaret merupakan Konsultan Pediatrik di Hospital

Columbia Asia. Beliau berpengalaman selama 26 tahun

sebagai doktor perubatan dan 21 tahun sebagai pakar

pediatrik. Beliau banyak mengendalikan kes-kes alergik

dan asma kanak-kanak, meningkatkan kesedaran tentang

imunisasi dan masalah obesiti di kalangan kanak-kanak.

PAKAR PSIKOLOGI KLINIKAL

Jessie Foo Xiang Yi

Master in Clinical Psychology

Merupakan pakar psikologi klinikal terlatih di Pusat

Perubatan Sunway, Jessie Foo mengendalikan terapi psiko

bagi meningkatkan kemahiran pengurusan individu dalam

kehidupan seharian. Beliau juga berpengalaman dalam

mengendalikan bengkel korporat mengenai pengurusan

tekanan, pengurusan marah dan sebagainya.

PAKAR NUTRISI

Celeste Lau Wai Hong

BSc (Hons) Nutrition, MD Nutrition and

Dietetics (Aus)

Beliau merupakan ketua bahagian perkhidmatan dietetik dan

nutrisi di Pusat Perubatan Sunway. Minat khususnya menjurus

kepada penjagaan kritikal dan kesihatan kanak-kanak. Celeste

merupakan ibu kepada dua orang cahaya mata.

DIETETIK KANAN

Saw Bee Suan

B. Health Sc. (Honours) Dietetics

Bee Suan menamatkan pengajian dalam bidang pemakanan

di Universiti Sains Malaysia. Sebagai pakar pemakanan

kanan di Pusat Perubatan Sunway, beliau banyak

mengendalikan kes-kes kronik mengenai nutrisi.

Isi Kandungan

PAKAR KAMI

April 2015

PENGHIAS KULIT:

Muhammad Danieal Rauf bin Zulkifli

MENARIK BULAN INI

10 Topik

Mengapa Perlu Pilih Organik?

14 Fertiliti & Konsepsi

Elak Endometriosis Kembali

17 9 Bulan

Tips Pilih Penyaman Udara

untuk Si Ibu Hamil

19 Alam Berpantang

Beza Berpantang Tradisional:

Normal vs Caesarean

24 Perkembangan

Si Manja

0-12 Bulan

6 Manfaat Lampin Kain

1-2 Tahun

Tips Rumah Bebas Alergi

32 #Sembangmakan

Makanan Bayi: Homemade

atau komersil?

39

Pendidikan Awal

Kanak-kanak

Pentingkah Muzik dalam

Pendidikan Awal Kanak-kanak?

TETAP

05 Gaya Si Manja

Kongsikan Gambar Menarik Si Comel

06 Dulu & Sekarang

Aksi Si Kecil

07 Tanya Pakar

Ajukan Masalah Anda

Untuk MamaPapa

08 & Si Manja

Apa Produk Terbaru?

MAMAPAPA

21 Sembang Laktasi

Cabaran Penyusuan Susu Ibu

MANJA

23 Penghias Kulit

Danieal Suka Mengaji

28 Perkembangan Si Manja

3-4 Tahun ~ Mengendalikan Sikap

Anak Kerap Mengamuk

5-7 Tahun ~ Selamatkah Mainan

Anak Anda?

34 Mama’s Journey

Ajar Anak Mengemas

36 Bacakan!

Dua Puteri

38 Resipi Pilihan

Puri untuk Bayi 6 Bulan++

GAYA HIDUP

41 e-Pintar

5 Aplikasi untuk Bakal Ibu

SITU! SANA! SINI!

42 Klik Klik

Ketahui Perkembangan Terkini

Diterbit oleh:

Go green!

PENA PENGARANG

“1/4/2015” ramai yang ‘takut’ akan angka tersebut. Bukannya kerana takut

terkena April Fool tetapi pada bulan ini cukai barangan dan perkhidmatan

(GST) akan mula diperkenalkan di seluruh Malaysia. Pelbagai barangan akan

dikenakan cukai GST termasuklah juga barangan keperluan bayi dan kanakkanak.

Jadi, ramai ibu bapa yang runsing akan pelaksanaan GST kerana

belum mampu melihat sejauh mana pelaksanaan cukai ini dapat membantu

ekonomi mereka.

Saranan kami, cuba alihkan pemikiran negatif anda kepada sesuatu yang

positif dengan menganggapnya sebagai cabaran yang perlu anda tempuhi.

Mungkin anda boleh mencari jalan untuk berjimat dari aspek lain seperti

memberikan bakal bayi anda susu badan, bukannya susu formula. Selain

itu, mungkin juga anda boleh memberikan bayi anda memakai lampin kain

yang bukan sahaja mesra alam, bahkan juga dapat menjimatkan poket anda

untuk jangka masa panjang.

AcePremier.com Sdn Bhd (829271-K)

N-2-6, Plaza Damas,

60, Jalan Sri Hartamas 1,

Sri Hartamas,

50480 Kuala Lumpur, Malaysia.

Tel: +60 3 6203 2522

Fax: +60 3 6203 4522

Email: info@acepremier.com

Penerbit

John Lim

Pengarang

Nazrah Nazarudin

Penyumbang artikel:

Dr. Natasha Ain Mohd Nor

Dr. Nordin Mamat

Liyana Fuad

Tengku Azmanira Raja Husin

Pereka Grafik

Nasyiha Badela

Jeannie Chen

Pengurus Pengiklanan

Fiona Lim

Adeline Chin

Pencetak

Times Offset (M) Sdn Bhd

Bangunan Times Publishing

Lot 46 Subang Hi-Tech

Industrial Park, Batu Tiga,

40000 Shah Alam Selangor

Sesuai dengan topik kami pada keluaran ini iaitu memilih produk

organik atau mesra alam untuk bayi, anda boleh berjimat dengan cara

mengurangkan kos membeli ubat-ubatan (yang juga dikenakan GST) jika

anda menggunakan bahan organik yang tentunya memelihara kulit dan

selamat untuk bayi.

Banyak lagi tajuk yang menjurus kepada ‘go green’ khas untuk anda

membuat pilihan yang bijak. Selamat membaca dan terima kasih atas

sokongan anda kepada kami.

Nazrah

Pengedar

Pansing Marketing Sdn Bhd

Sekalung penghargaan kepada:

Dr. Nazrul Neezam Nordin, Puan Dr. Maziah

Ahmad Mahidin, Dr. Natasha Ain Mohd Nor, Dr.

Fahisham Taib, Dr. Margaret Kannimmel, Jessie

Foo Xiang Yi dan LPPKN

Majalah MamaPapa diterbitkan 12 kali setahun

(setiap bulan) oleh AcePremier.com Sdn. Bhd.

MAMAPAPA mengalu-alukan pendapat

dan cadangan anda. Emailkan kepada

majalahmamapapa@gmail.com

Kenyataan

Semua material penerbitan dalam buku ini adalah

untuk rujukan sahaja. Pembaca diingatkan untuk

tidak menggunakan maklumat di dalam buku ini

sebagai ganti kepada konsultasi dan penjagaan

kesihatan profesional. Walaupun kajian dan semakan

telah dilakukan sebelum mengeluarkan maklumat

yang terdapat di dalam buku ini, namun pihak

penerbitan, pengarang, penasihat dan agen tidak

dengan mana-mana cara bertanggungjawab di atas

sebarang kesalahan, pengecualian atau ketidaktepatan

maklumat dalam bahan penerbitan ini sama ada

terhasil disebabkan kecuaian atau sebagainya, atau

sebarang akibat yang disebabkan olehnya. Rangkuman

atau pengecualian terhadap mana-mana produk

juga tidak bermakna pihak penerbitan menyokong

atau menolak penggunaannya sama ada secara

keseluruhan atau khusus.

Boleh didapati di

Pengeluaran iklan adalah tertakluk kepada persetujuan

pihak penyunting dan tidak terpengaruh kepada

kandungan editorial atau penyampaiannya. Pihak

penerbit, pengarang, penasihat dan agen tidak

menjamin, secara langsung atau tidak langsung,

kualiti atau keberkesanan sebarang produk atau

perkhidmatan yang digambarkan dalam iklan atau

sebarang material yang dipaparkan.

Sila hubungi Pengarah, John Lim di

info@acepremier.com atau +603-6203 2522 untuk

urusan perniagaan dan usahasama.

Hak Cipta Terpelihara

Copyright © 2015. AcePremier.com Sdn Bhd.

GAYA SI MANJA

Permata

Hati

Adakah si manja anda berusia

antara 1 bulan hingga 35

bulan? Jika ya, hantarkan

gambar terkini si manja anda

kepada majalahmamapapa@

gmail.com atau facebook:

MajalahMamaPapa berserta

nama, umur dan tempat tinggal.

Ting Zhi Qi

11 Bulan | Ipoh, Perak

Atiqullah Bin Mohd Zamani

4 Bulan | Puchong, Selangor

Hasya Iftinan

19 Bulan | Seri Manjung, Perak

Nur Dhia Batrisya Binti

Syarel Azri

14 Bulan | Petaling Jaya, Selangor

Snap &

Menang!

Hadiah

Istimewa Dari

Nur Malaeka Jannah

Binti Faizal

5 Bulan | Sg. Ara, Pulau Pinang

Nur Airis Ammara

Binti Fakrul Iskar

9 Bulan | Terengganu

MamaPapa | April 2015

5

DULU & SEKARANG

Bintang Kecil

Pejam celik pejam celik si manja anda sudah semakin membesar. Abadikan gambar si manja

anda ketika berusia antara 1 bulan hingga 35 bulan dan 3 tahun hingga 7 tahun. Mari kita lihat

perbezaan wajah mereka. Hantarkan kepada majalahmamapapa@gmail.com atau facebook:

majalahmamapapa berserta nama, umur dan lokasi.

Irish Qistina Binti Noor Herwan Shah

7 Tahun | Seri Kembangan, Selangor

Muhammad Baziel Hariri Bin

Muhammad Aizat Faliq

4 Tahun 5 Bulan | Cheras, Kuala Lumpur

Delisya Dayana Binti Saiful Iyazan

3 Tahun | Kajang, Selangor

Snap &

Menang!

Hadiah

Istimewa dari

Khaizuran Zafran Bin Khairul Zanawi

5 Tahun | Alor Gajah, Melaka

6 MamaPapa | April 2015

TANYA PAKAR

Hantarkan surat anda kepada Ruangan Tanya

Pakar, Majalah MamaPapa, AcePremier.com Sdn

Bhd, N-2-6 Plaza Damas, 60 Jalan Sri Hartamas 1,

50480 Sri Hartamas, Kuala Lumpur atau emailkan

kepada majalahmamapapa@gmail.com atau

facebook.com/MajalahMamaPapa

Umur 54 tahun masih

belum menopause

S: Doktor, umur saya kini sudah memasuki usia 54

tahun namun saya masih lagi didatangi haid. Adakah

normal keadaan ini? Pada usia berapakah wanita selalu

mengalami menopause?

Pakar Obstetrik & Ginekologi

To’ Puan Dr Maziah Ahmad

Mahidin berkata,

Menopause atau menopos adalah

peringkat di mana seseorang wanita

itu tidak lagi mengalami haid. Menopos

biasanya berlaku di kalangan wanita yang

berusia antara 45 tahun sehingga 55 tahun, dan ia juga

boleh berlaku kepada wanita sebelum usia 40-an namun

peratusannya adalah kecil.

Cara-cara untuk mengenal pasti tanda menopos terbahagi

kepada dua, iaitu gejala vasomotor dan gejala mental. Antara

tanda-tanda vasomotor ialah panas dan kemerahan di muka,

kerap berpeluh dan sukar tidur, sementara gejala mental,

tanda-tandanya seperti emosi yang berubah-ubah, kurang

daya ingatan dan mudah tersinggung.

Menjawab kepada soalan puan mengenai normal atau tidak

pada usia 54 tahun masih didatangi haid, jawapannya ya dan

tidak. Jika putaran haid puan masih stabil, keadaan ini adalah

normal, tetapi jika puan mengalami pendarahan yang tidak

menentu pada faraj, puan perlu menjalani pemeriksaan bagi

mengelakkan masalah yang lebih serius seperti kanser.

Bahaya cirit-birit

S: Anak saya mengalami masalah cirit birit dan muntahmuntah

sebaik sahaja pulang dari taska. Saya sudah

membawanya ke klinik, namun masalah cirit-biritnya masih

belum baik.

Pakar Pediatrik Gastroenterologi & Hepatologi

Dr. Nazrul Neezam Nordin berkata,

Masalah cirit-birit dan muntah adalah antara

sebab utama kanak-kanak dibawa berjumpa

dengan doktor. Masalah ini sering terjadi

disebabkan jangkitan virus atau bakteria. Di

Malaysia, cirit-birit adalah disebabkan oleh

rotavirus yang sering berlaku. Pada kebiasaannya, kanak-kanak

yang dijangkiti virus ini sering mendapat demam yang tinggi

disusuli dengan simptom muntah-muntah berserta cirit-birit

yang berterusan selama beberapa hari. Dalam tempoh ini,

risiko untuk mendapat dehidrasi adalah sangat tinggi sekiranya

pengambilan cecair tidak mencukupi untuk menggantikan

cecair yang hilang akibat muntah dan cirit.

Ibu bapa perlu memastikan bayi atau kanak-kanak mengambil

cecair yang mencukupi untuk mencegah komplikasi dehidrasi.

Penggunaan cecair garam rehidrasi telah terbukti dapat

membantu mengurangkan risiko dehidrasi. Sekiranya kanakkanak

tersebut muntah, cuba berikan larutan garam rehidrasi di

dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Bagi bayi yang enggan

minum larutan garam daripada botol susu, ibu bapa boleh cuba

menyuapkan mereka dengan menggunakan sudu atau picagari.

Ubat-ubatan mempunyai kesan terhad terhadap pemberhentian

simptom muntah-muntah dan cirit-birit. Hal ini menerangkan

kenapa anak puan masih berterusan mengalami simptom ini

walaupun telah berjumpa doktor di klinik. Apa yang penting

ialah pengambilan cecair rehidrasi untuk mencegah komplikasi

dehidrasi. Antara simptom utama dehidrasi termasuk kurang

penghasilan air kencing dari biasa, kanak-kanak kelihatan

sangat lemah, muka kelihatan cengkung terutamanya di

kawasan sekeliling mata dan bibir kelihatan kering. Sekiranya

ini terjadi, anak puan perlu dibawa ke hospital untuk pemberian

cecair intravena.

MamaPapa | April 2015

7

UNTUK MAMAPAPA & SI MANJA

UNTUK MAMAPAPA & SI MANJA

Serikan langkah dengan Scholl

Belai dan manjakan kaki anda setiap hari dengan keselesaan

dan gaya melalui Koleksi Musim Bunga Panas Scholl 2015.

Tidur lena, bayi membesar lebih sihat

Tidur merupakan salah satu aktiviti yang penting yang

dapat menyumbang kepada kesihatan fizikal dan mental

bayi dan kanak-kanak.

Fitti kini diperbaharui

Fitti, jenama lampin pakai buang bajet terkemuka kini

memperkenalkan ciri-ciri yang diperbaharui dalam produk

terbaharunya bagi menawarkan keselesaan terbaik untuk

setiap bayi.

Antara ciri-ciri unggul yang dipertingkatkan ialah pita mudah

lekat dengan pelekat Velcro yang memudahkan para ibu

melekatkan pelekat berulang kali untuk pemakaian lampin

yang muat dan selesa.

Selain itu, reka bentuk terkini Fitti juga menampilkan rekaan

yang comel dan berwarna-warni serta diperbaharui dengan

lapisan telus udara agar kulit bayi kekal segar dan kering.

Koleksi menarik ini memiliki semua kualiti rekaan yang menjadi

identiti pengenalan kepada kasut Scholl serta teknologi pelapik

dalam kasut yang selesa serta menawarkan gaya sesuai untuk

setiap acara mengikut pilihan dan citarasa masing-masing.

Tidak cukup dengan itu, rangkaian kasut Scholl yang terbaharu

juga menampilkan pelapik dalam kasut yang direka khusus bagi

menawarkan lebih banyak kepelbagaian selain tali kasut Velcro

yang diperbaharui sehinggakan anda rasa ingin berlari bebas

atau melompat kegirangan dengan setiap langkah yang diambil.

Menampilkan Koleksi Musim Bunga Panas Scholl 2015 dari

bulan Januari sehingga Jun, untuk keluaran April, Scholl

memperkenalkan pelbagai pilihan sandal sarung dan bertali

belakang, kasut wedge sarung, kasut bertutup untuk lelaki dan

untuk perempuan.

Koleksi April 2015 ialah Glenn, Grace, Festive, Gilbert dan Gary.

Latih anak tidur dengan Baby Zoo Momo

Baby Zoo Momo Sleep Trainer sangat sesuai untuk anak kecil

yang sering terjaga dari tidur di tengah-tengah malam atau

untuk anak kecil yang sering bangun awal.

Produk ini adalah jam loceng bergambar monyet yang akan

memberitahu anak anda untuk membuka mata atau terus tidur

(jika anak anda masih belum cukup tidur) mengikut waktunya.

Jam loceng ini juga akan berbunyi apabila tiba waktu untuk

anak anda terjaga. Produk ini dijual dengan harga RM149.

Justeru itu, Bloom & Grow meraikannya dengan

memperkenalkan produk terbaru, Ergobaby Swaddler

sempena Hari Tidur Sedunia pada 13 Mac lalu.

Membedung bayi adalah salah satu teknik untuk

menenangkan bayi. Ibu bapa boleh membantu bayi untuk

mendapatkan tidur yang sihat dengan produk pembedung.

Ergobaby Swaddler adalah selimut bedung yang mesra

bayi dan dapat memastikan bayi tidur selesa, selamat

dan lebih lama lagi terutama untuk bayi baru lahir hingga

usia 6 bulan.

Setiap pek disertakan dengan dua pembedung dan dijual

pada harga RM189.

Fitti boleh didapati dalam pelbagai saiz pek termasuk pek

travel, regular, nilai dan jumbo bermula dari saiz S hingga XL.

Fitti serba baharu ini boleh didapati di semua pasar raya besar,

pusat membeli-belah, farmasi dan kedai-kedai herba Cina.

Produk ini dapat membantu kedua-dua ibu bapa dan anakanak

untuk mendapatkan tidur yang lebih baik.

Serum badan untuk anti penuaan

Kita sering mendengar serum anti penuaan dibuat untuk

wajah. Akan tetapi, kini L’occitane memperkenalkan

produk terbaru mereka, serum anti penuaan untuk tubuh.

Bayi tidur lebih selamat dengan Gro-egg

Memastikan suhu bilik tidur bayi kekal nyaman adalah salah

satu bahagian penting untuk memastikan mereka tidur

dengan selamat.

Pemantau Gro-egg direka untuk menjaga suhu bilik bayi dengan

merujuk kepada warna apabila suhu bertukar.

Warna pemantau akan menjadi kuning, merah atau biru

mengikut udara persekitaran bilik dengan petunjuk

suhu digital.

Produk inovatif ini turut boleh digunakan pada waktu

malam dan dijual dengan harga RM134.

Serum badan Youthful Body Velvet dan salap Velvet

di bawah koleksi tubuh Almond mengandungi khasiat

kompleks bagi mengatasi lima tanda penuaan pada tubuh

iaitu kekeringan, kulit kendur, kekurangan tonik, garis

halus dan ketidaksekataan kulit.

Dengan kombinasi protein dan silikium pada badam yang

berfungsi melicinkan, tunas badam dan putik bunga untuk

menghaluskan serta tiga kandungan sel asli yang ada

pada pokok badam dapat mengatasi lima tanda penuaan

pada tubuh.

Serum Velvet dijual dengan harga RM210 untuk saiz

100ml dan salap Velvet dijual pada harga RM249 untuk

saiz 200ml.

8 MamaPapa | April 2015 MamaPapa | April 2015 9

TOPIK

TOPIK

Kini, semakin ramai masyarakat yang menyedari akan

kepentingan ‘hijau’ dalam kehidupan. Pelbagai kempen

mengenai kehijauan dipaparkan di dada-dada media cetak,

elektronik dan alam maya.

Antara pihak yang turut mengambil peranan dalam

mempromosikan ‘hijau’ adalah pihak pemaju. Semakin ramai

pemaju berlumba-lumba membina kawasan persekitaran dan

perumahan yang bercirikan mesra alam.

Meskipun harganya yang sedikit tinggi daripada kawasan

perumahan biasa, namun permintaan terhadap rumah mesra

alam semakin hari semakin meningkat. Hal ini kerana ramai

ibu bapa yang mula ‘membuka mata’ terhadap kepentingan

produk yang bercirikan mesra alam.

Dalam pada prihatin untuk menjadikan rumah lebih selamat,

mesra alam dan bebas bahan kimia, kadangkala ibu bapa

terlupa tentang penggunaan bahan atau produk yang sering

digunakan dalam keperluan harian mereka.

Semula jadi atau organik?

Sedarkah ibu bapa, kulit dan daya tahan tubuh bayi tidak

sama seperti orang dewasa? Jika ibu bapa menggunakan

satu-satu jenama untuk keperluan rumah, adakah anda

pasti bahawa jenama yang digunakan itu selamat untuk

bayi anda?

Kurangnya pengetahuan tentang hal penjagaan bayi akan

menyebabkan anda kurang peka akan keselamatan dan

kesihatan bayi anda. Menjaga bayi dan anak-anak bukan

hanya merujuk kepada memberi mereka makan, minum

atau tempat berlindung sahaja. Salah satu cara untuk

anda menunjukkan rasa prihatin terhadap kesihatan dan

keselamatan bayi anda adalah dengan memilih produk yang

tepat untuk mereka.

Bayi dikurniakan kulit yang halus dan lembut. Menjadi

cabaran bagi para ibu bapa untuk mengekalkan kulit

bayi yang mulus kerana kulit si kecil terdedah kepada

perubahan suhu dan jangkitan. Keadaan kulit bayi yang nipis

menjadikannya sensitif.

Justeru itu, pemilihan produk yang tepat adalah penting

bagi memelihara kulit bayi daripada merengsa. Penggunaan

produk yang tidak sesuai dan mengandungi bahan kimia akan

menimbulkan masalah pada kulit seperti keradangan kulit,

kulit menjadi kemerah-merahan, gatal, ruam dan ekzema.

Mengapa Perlu Pilih

Bahan Organik?

Adakah anda prihatin kepada anak anda dan seisi keluarga? Bagaimanakah caranya untuk

anda tonjolkan kasih sayang dan rasa prihatin anda? Ketahui aspek-aspek penting yang perlu

anda titikberatkan jika anda seorang ibu bapa yang prihatin. NAZRAH NAZARUDIN berkongsi

dengan anda manfaat ‘hijau’ dalam kehidupan.

Oleh itu, setiap ibu bapa perlu meneliti kandungan produk bayi

sebelum membelikannya buat si kecil. Pastikan anda hanya

mendapatkan produk berasaskan organik bagi memelihara

kulit bayi.

Pemilihan produk yang berasaskan organik membantu untuk

memelihara kulit bayi daripada terdedah kepada bahan kimia

atau masalah rengsa kulit.

Organik ialah 100% berasaskan tumbuh-tumbuhan.

Semula jadi pula tidak 100% berasaskan tumbuhan- iaitu

tidak semestinya selamat untuk kulit bayi. Contohnya,

gel lidah buaya yang diambil terus daripada pokoknya

mungkin mengandungi minyak yang akan menyebabkan

iritasi pada kulit.

10 MamaPapa | April 2015 MamaPapa | April 2015 11

TOPIK

Sukarkah mencari produk bayi yang selamat?

Selain pemberian susu badan, salah satu cara untuk

melindungi bayi anda adalah dengan memakaikan mereka

produk berasaskan organik serta mengelakkan produk yang

mengandungi toksik.

Kebanyakan bahan sintetik terdapat dalam alat kosmetik,

malah ada juga terdapat dalam produk-produk bayi. Produkproduk

ini mungkin tidak akan menunjukkan kesan bahan

toksik dengan cepat, tetapi penggunaan yang berulang boleh

memberi kesan kepada kesihatan bayi untuk jangka masa

panjang. Sesetengahnya boleh membawa kepada masalah

ruam, rengsa kulit dan masalah pernafasan.

Nasib baiklah terdapat banyak pilihan produk bayi yang

berasaskan organik dan mesra alam dijual di pasaran. Produk

yang dibuat menggunakan bahan-bahan asli ini adalah

selamat untuk bayi kerana tidak mengandungi bahan yang

menyebabkan alergi dan toksik.

Sebab perlu pilih organik

1. Semua produk organik kurang atau bebas

bahan toksik. Toksik boleh merosakkan kulit dan

alam sekitar.

2. Bebas daripada bahan pewarna dan wangian.

Jika produk organik yang anda pilih berbau wangi

dan mengandungi warna, ia mungkin datang

daripada sumber asli seperti minyak kelapa,

mangga, betik atau minyak lemon.

3. Kulit adalah organ badan yang terbesar yang

berfungsi melindungi tubuh kita. Menurut kajian,

kulit akan menyerap lebih 50% daripada apa yang

kita pakaikan pada kulit ke dalam aliran darah.

Produk bayi yang mengandungi bahanbahan

di bawah adalah merbahaya dan tidak

selamat untuk kulit bayi:

• Silikon

• Paraben

• Phthalates

• Minyak galian

• Lemak haiwan

• SLS & SLES

• Wangian

• Bahan kimia

berbahaya

Bebas paraben

Paraben adalah bahan yang sering digunakan untuk membuat

pewarna rambut dan kosmetik. Paraben juga merupakan

antara bahan pengawet yang merbahaya. Justeru itu, carilah

produk yang mengandungi bebas paraben.

Bebas kimia

Jika kandungan dalam produk mengandungi air, garam, gula

dan berlian, ia adalah dikira sebagai bahan kimia. Selain itu,

lihatlah nama-nama kandungan ini; Formaldehyde, DMDM

Hydantoin (LS1) dan natrium sulfat- ini juga adalah namanama

bahan kimia.

Vegan

Kandungan vegan dalam sesuatu produk bermaksud produk

tersebut bebas daripada lemak haiwan atau sisa haiwan.

Bebas pengawet

Pengawet adalah bahan berbahaya terutama jika dicampurkan

pada bahan asli dalam sesuatu produk.

Bebas gluten

Salah satu kandungan penting yang perlu dilihat pada produk

bayi adalah bebas gluten.

Gluten adalah protein tertentu yang terdapat

pada gandum dan barli, yang memberikan

reaksi pada sistem imunisasi seseorang.

Selalunya, gluten boleh menyebabkan

bayi mengalami ekzema dan dermatitis

pada kulit mereka.

Bedak

Elakkan menggunakan bedak yang

mengandungi talkum atau karsinogen

dan carilah bedak yang diperbuat

daripada mineral semula jadi dan

tanah liat atau tepung jagung.

Pelindung matahari

Ada ibu bapa yang menggunakan

pelindung matahari untuk bayi

khususnya jika membawa bayi keluar

dari rumah. Walau bagaimanapun,

lazimnya pelindung matahari ini

dibuat khas untuk bayi seawal usia 6

bulan dan ke atas.

Carilah pelindung matahari yang

diformulasikan khusus untuk bayi.

Kandungannya pula perlulah tidak

berminyak atau menyebabkan

iritasi pada kulit si manja. Selain itu,

pilihlah pelindung matahari yang

bersifat bukan-comedogenic (tidak

menghalang pori).

Tisu basah

Penggunaan tisu basah yang

tidak sesuai akan menyebabkan

kulit bayi mendapat ruam dan

reaksi alergi.

TOPIK

Penjagaan diri bayi

Produk penjagaan diri bayi yang sering digunakan adalah seperti bedak, losen, minyak urut, salap dan tisu basah. Selain itu, antara

produk lain yang perlu diberi perhatian ialah barangan mandian bayi seperti syampu, sabun badan, pencuci baju dan sebagainya.

Minyak urut

Minyak urut adalah salah satu

produk yang perlu ada di rumah.

Selain bertujuan untuk mengelakkan

kembung perut bayi, minyak urut

juga dapat merapatkan jalinan ikatan

antara ibu dan bayi. Sesi mengurut

bayi sebaik-baiknya dilakukan selepas waktu mandi atau sebelum bayi

tidur. Ada minyak urut yang berfungsi untuk melegakan ruam lampin dan

menghalang ruam baru daripada tumbuh.

Pilih minyak urut yang mengandungi minyak lavender atau rosmeri

yang berfungsi untuk memelihara kulit dan melawan bakteria. Selain

itu, gabungan dua minyak ini juga boleh memudahkan minyak

meresap ke dalam kulit dan mengekalkan lembapan supaya kulit

kekal halus dan lembut.

Syampu

Carilah syampu yang

mengandungi emolien yang

bertujuan melembapkan

kulit kepala bayi,

menghalang keguguran

rambut di samping

merangsang pertumbuhan

rambut baru.

Krim ruam lampin

Jika anak anda mengalami masalah ruam lampin, carilah krim ruam lampin

yang mengandungi minyak Jojoba yang membolehkan kulit bernafas dan tiada

karsinogenik. Krim campuran minyak Jojoba dan minyak asli vitamin E akan

memberikan perlindungan yang diperlukan oleh kulit untuk bernafas.

Losen

Jika anda berhasrat untuk

memakaikan bayi anda

losen, ketahui tujuan

anda ingin memakaikan

losen pada bayi. Adakah

untuk melembapkan

kulit bayi atau sebagai

pelindung cahaya

matahari atau pencegah

serangga atau mengubati

ruam lampin?

Selain itu, pilih losen

yang bertindak lembut

pada kulit bayi. Kenal

pasti kandungan bahan

asli yang berkualiti yang

dapat melindungi kulit

bayi anda. Pilih juga losen

yang bebas wangian.

Pencuci baju / detergen

Pencuci baju atau sabun basuh/ detergen untuk mencuci

pakaian bayi perlulah tidak mengandungi bahan kimia. Bayi

selalunya mengalami ruam-ruam kecil di sekeliling leher,

pergelangan tangan dan beberapa bahagian pada badan. Antara

punca ruam pada bayi adalah disebabkan kandungan bahan

kimia yang ada dalam sabun pencuci pakaian mereka.

12 MamaPapa | April 2015 MamaPapa | April 2015 13

FERTILITI & KONSEPSI

FERTILITI & KONSEPSI

Elak

Endometriosis

Kembali

Selepas disahkan menghidap endometriosis,

Sarah membuat keputusan untuk melakukan

pembedahan laparoskopi bagi mencerahkan

peluangnya untuk hamil. Malangnya,

biarpun telah beberapa bulan selepas

pembedahan, Sarah masih belum hamil.

Lebih mengejutkan lagi, doktor memberitahu

dia masih menghidap endometriosis.

Mengapakah hal ini terjadi?

Sesetengah pesakit endometriosis mengalami masalah

seperti di atas, iaitu biarpun selepas rawatan diberikan,

penyakit endometriosis masih berulang. Endometriosis

adalah salah satu penyakit lazim yang boleh menyebabkan

ketidaksuburan di kalangan wanita.

Endometriosis berlaku disebabkan oleh ketumbuhan selaput

dinding rahim (endometrium) di luar rahim seperti di kilang

telur, dinding pelvis, saluran peranakan, usus, faraj dan

pundi kencing.

Selaput endometrium yang ektopik ini juga akan menebal

dan berdarah semasa kitaran haid, akan tetapi ia tidak dapat

mengalir keluar dari tubuh. Ini boleh mengakibatkan inflamasi

tisu di sekelilingnya dan seterusnya penghasilan tisu parut

(adhesion atau scar tissue). Apabila ini terjadi, kilang telur

boleh terlibat dan membengkak serta darah kotor berkumpul

di dalamnya (endometrioma), manakala saluran peranakan

juga boleh rosak dan tersumbat.

Paras estrogen berlebihan

Oleh: Dr Natasha Ain Binti Mohd Nor

Para doktor masih tidak tahu perkara yang menyebabkan

endometriosis terjadi di kalangan sesetengah wanita. Terdapat

beberapa teori yang telah dicadangkan seperti haid retrograd

di mana mengikut teori ini, sebahagian darah haid yang

sepatutnya mengalir keluar melalui pangkal rahim, faraj

dan seterusnya ke luar tubuh mengalir menyongsang iaitu

retrograd masuk ke atas dan dalam saluran peranakan serta

pelvis. Sel-sel endometrium yang terkandung dalam darah

haid tersebut akan melekat pada saluran peranakan, kilang

telur dan pelvis.

Ada juga teori yang menyatakan endometriosis teruk berlaku

kerana faktor keturunan/ genetik. Apa yang diketahui ialah

endometriosis dirangsangkan oleh hormon estrogen (hormon

wanita). Oleh itu, masalah endometriosis akan dialami oleh

wanita yang mempunyai paras estrogen yang berlebihan di

dalam badan mereka.

Kerapkali selepas pembedahan untuk membuang

cyst endometriosis, wanita akan diberikan ubat hormon

seperti Zoladex atau Lucrin.

Fungsi ubat-ubatan tersebut adalah untuk merendahkan

paras hormon estrogen dan haid terhenti buat sementara

waktu agar cebis-cebisan endometriosis yang masih berada

di dalam rongga pelvis dapat dikurangkan. Ini diharapkan

dapat mengurangkan masalah endometriosis tersebut buat

sementara waktu. Bagaimanapun, tidak memeranjatkan jika

segelintir pesakit akan hamil sendiri selepas rawatan tersebut.

Daya tahan rendah

Ada juga teori yang menyatakan endometriosis adalah lebih

kerap berlaku di kalangan wanita yang mempunyai imunisasi

atau daya ketahanan tubuh badan yang lebih rendah. Hal

ini adalah kerana apabila imunisasi rendah, tubuh badan

seseorang itu tidak dapat menghapuskan, menyerap dan

menghalang sisa lapisan endometriosis di dalam badan.

Endometriosis adalah satu penyakit yang ‘enigma’ kerana

simptom-simptom penyakit endometriosis adakala tidak

setimpal dengan tahap endometriosis yang dihadapi. Ada

sesetengah pesakit yang mengalami simptom endometriosis

yang teruk, tetapi apabila pembedahan dilakukan, tahap

penyakit endometriosis yang dilihat oleh doktor adalah sedikit

berbanding dengan simptom yang dialami.

Endometriosis boleh diklasifikasikan kepada 4 tahap:

Stage 1

minimal (minimal)

Stage 2

sedikit (mild)

Stage 3

sederhana (moderate)

Stage 4

teruk (severe)

Simptom penyakit

Doktor boleh mengesyaki yang seseorang wanita itu

mungkin menghidapi penyakit endometriosis daripada

simptom-simptomnya. Akan tetapi, sesetengah pesakit tidak

menunjukkan sebarang simptom kecuali hanya mungkin

susah mengandung. Diagnosis yang tepat hanya boleh

dilakukan melalui pembedahan diagnostic laparoscopy di

mana doktor akan memasukkan kamera melalui tebukan kecil

di pusat pesakit. Melalui kamera doktor boleh memeriksa

keadaan organ-organ dalaman terutama rahim, kilang telur

dan saluran peranakan.

Antara tanda-tanda penyakit endometriosis ialah:

• Senggugut

• Sakit semasa melakukan hubungan intim bersama pasangan

• Kemandulan

• Senggugut sebelum datang haid

• Turun darah haid yang banyak atau tidak menentu

• Sakit perut yang kronik

Rawatan bagi pesakit endometriosis adalah bergantung kepada

umur pesakit, simptom yang dihidapi dan sama ada pesakit itu

masih mahu mengandung. Rawatan boleh dibahagikan kepada

konservatif, ubatan hormon ataupun pembedahan.

A) Konservatif: Kaedah ini bersesuaian untuk pesakit yang

menghidapi hanya mild endometriosis dan simptom

yang sedikit

B) Ubatan hormon: Lapisan endometrium yang ektopik boleh

dikawal dengan menyekat tahap hormon estrogen dan

progesteron di dalam tubuh pesakit. Hormon seperti pil

perancang, progesteron dan Gonadotrophin-Releasing

hormone (GnRH analog) dapat diberikan sebagai rawatan

endometriosis. Contoh nama ubatan yang dikategorikan

sebagai GnRH analog ialah Lucrin dan Zoladex. Hormon

ini kerap diberikan selama beberapa bulan oleh doktor

selepas pembedahan untuk memastikan sebanyak

mungkin lapisan ektopik endometriosis dikurangkan

C) Pembedahan: Ini adalah rawatan yang diberikan sekiranya

pesakit mempunyai cyst besar di ovari, kemandulan atau

simptom endometriosis yang teruk

14 MamaPapa | April 2015 MamaPapa | April 2015 15

FERTILITI & KONSEPSI

Diet untuk pesakit endometriosis

“Doktor adakah pemakanan atau diet yang elok untuk

pesakit endometriosis?”

Persoalan di atas kerap kali telah ditanyakan oleh ramai pesakit

yang menghidapi endometriosis. Diet yang dicadangkan oleh

endometriosis kebanyakannya adalah bertujuan:

• Mengelakkan pemakanan yang mempunyai estrogen

semula jadi (phytoestrogen) atau xeno-estrogen (estrogen

sintetik atau kimia yang juga bertindak seperti estrogen)

bagi mengimbangi semula paras hormon di dalam badan

• Meningkatkan daya ketahanan atau imunisasi tubuh badan

• Mengelakkan pemakanan yang boleh merangsang inflamasi

berterusan di dalam tubuh badan

• Memastikan fungsi usus dan hati adalah baik. Hal ini

kerana kedua-dua organ tersebut terlibat di dalam proses

penyerapan zat penting dan pembuangan sisa/ toksin

Pemakanan yang perlu dielakkan atau dikurangkan oleh

pesakit endometriosis ialah:

• Pemakanan yang mengandungi gandum. Ada kajian yang

menyatakan gandum boleh menyebabkan inflamasi dan

mengurangkan penyerapan galian penting seperti zink dan

zat besi. Contohnya, roti putih, kek, pasta dan snek ringan

yang mengandungi gandum

• Gula terutamanya gula yang telah diproses (refined sugar).

Pemakanan gula yang berlebihan boleh menyebabkan

hormon insulin berlebihan yang seterusnya boleh

menyebabkan proses ovulasi terganggu

• Marjerin

• Kafein termasuklah ‘decaf’ kafein kerana ianya

mengandungi phyto-estrogen. Di samping itu, ianya boleh

menyebabkan paras gula di dalam darah terganggu

• Produk tenusu. Ia juga mempunyai elemen yang boleh

meningkatkan inflamasi di dalam badan

• Daging merah. Perbanyakkan pemakanan daging putih

(seperti ayam) dan yang organik

• Soya kerana ianya mempunyai kandungan phyto-estrogen

yang tinggi terutamanya susu soya dan tofu

• Makanan berlemak

Pemakanan yang elok bagi pesakit endometriosis:

1. Lebihkan memakan sayur-sayuran hijau dan

buah-buahan segar yang mengandungi zat galian

yang penting. Brokoli dan ‘cauliflower’ boleh

merendahkan paras hormon estrogen yang

berlebihan di dalam badan

2. Kekacang. Contoh kacang badam dan walnut

3. ‘Oatmeal’ organik yang kaya dengan zat galian

dan mineral

4. Makanan berserat

5. Beras atau pasta perang

6. Beri goji – antioksidan yang bagus dan juga boleh

meningkatkan kualiti telur yang dihasilkan

7. Lemak berkhasiat seperti omega-3 fatty asid,

avokado, flaxseed dan minyak zaitun

8. Minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari

Dr. Natasha Ain Mohd Nor merupakan Pakar Obstetrik dan Ginekologi (Infertility) dari KL Fertility Centre. Dr.

Natasha juga mengelolakan program IVFku bagi membantu pasangan yang ingin menjalani rawatan IVF pada

harga yang berpatutan. Beliau aktif menulis dan berkongsi informasi di blognya, drnatashanorfertility.com

16 MamaPapa | April 2015

9 BULAN

Tips Memilih Penyaman Udara

untuk Si Ibu Hamil

Tahukah anda, antara ketidakselesaan utama ibu hamil ialah rasa panas badan terutama

semasa trimester ketiga. Hal ini terjadi kerana hormon di dalam badan ibu mengandung

menyebabkan badan mereka mudah panas dan mengeluarkan peluh. Walaupun tidak

melakukan kerja dan duduk bersahaja di atas kerusi empuk, namun kepanasan dalam badan

ibu hamil tidak dapat dielakkan. Tambahan pula, jika ketika itu musim panas. Ketika inilah

penyaman udara diperlukan oleh ibu hamil. NAZRAH NAZARUDIN berkongsi panduan dengan

bakal ibu dalam memilih penyaman udara yang betul untuk keselesaan ibu hamil.

Ketidakselesaan semasa trimester ketiga berulang seperti

semasa trimester pertama. Namun kali ini lebih lagi apabila

wanita hamil merasai ketidakselesaan pada seluruh tubuh

kerana kepanasan dan berpeluh. Peningkatan hormon

progesteron dalam tubuh wanita hamil menyebabkan

pembuluh darah kecil kulit turut melebar, sekaligus

menyebabkan mereka rasa panas.

Masalah ini semakin meruncing, dek kerana kepanasan,

ibu hamil sukar untuk tidur dan mengalami anemia. Justeru

itu, pelbagai cara yang dibuat oleh wanita hamil bagi

mengurangkan rasa panas mereka. Antaranya adalah dengan

memasang penyaman udara di dalam bilik tidur dan di rumah.

Walau bagaimanapun, anda perlu tahu beberapa tips sebelum

membeli penyaman udara.

Cepat sejuk

Fungsi utama yang perlu anda pertimbangkan adalah memilih

penyaman udara yang sejuk. Adakah terdapat penyaman

udara yang tidak sejuk di pasaran? Ya, semua penyaman

udara fungsinya untuk menyejukkan ruang kediaman namun

masih ada wanita hamil yang mengeluh kerana penyaman

udara yang dipasang tidak memberikan kesejukan yang

diinginkan. Tambahan pula, jika penyaman udara yang dipilih

lambat memberikan rasa sejuk. Tentunya anda mahukan

penyaman udara yang apabila dipasang terus anda dapat

merasakan kesejukannya. Jadi, carilah jenama penyaman

udara yang mempunyai fungsi cepat sejuk. Mungkin anda

boleh bertanyakan mereka yang pakar untuk mengetahui

penyaman udara yang sesuai.

Tidak bising

Kepanasan menyebabkan anda sukar untuk tidur. Justeru

itu, pilihlah penyaman udara yang tidak berbunyi bising

sehingga mengganggu tidur anda dan pasangan. Ingatlah

faktor utama anda membeli penyaman udara adalah untuk

menghilangkan rasa panas anda dan memberikan anda tidur

yang nyaman. Jadi, tentunya faktor ini juga penting untuk anda

pertimbangkan, bukan?

Kuasa kuda

Ada sesetengah wanita hamil yang mengadu mereka masih

rasa panas biarpun sudah memasang penyaman udara.

Tahukah anda bahawa anda perlu mengetahui kesesuaian

kuasa kuda (horsepower) penyaman udara dengan keluasan

ruang kediaman anda. Lazimnya, rumah menggunakan

penyaman udara yang mempunyai kuasa kuda 1.0HP, 1.5HP,

2.0HP atau 2.5HP. Semakin besar ruang kediaman (ruang tidur

atau ruang tamu), semakin tinggi kuasa kuda yang diperlukan.

MamaPapa | April 2015

17

9 BULAN

Bagaimana untuk mengetahui kuasa kuda yang diperlukan bagi memilih penyaman udara yang betul untuk ruang bilik tidur anda?

Saiz ruang (meter persegi)

Saiz kuasa kuda (HP) penyaman udara

19 - 22 1.5

>22 - 23 1.5 / 2.0

>23 - 32 2.0 / 2.5

Jimat elektrik

Antara ciri yang perlu anda pertimbangkan adalah dari segi

penjimatan elektrik. Ingatlah bahawa anda memilih penyaman

udara tersebut bukannya hanya dipakai ketika anda sedang

mengandung sahaja. Jadi, penggunaan penyaman udara

yang berterusan semestinya akan melibatkan pembayaran bil

elektrik anda. Oleh itu, anda perlu mencari penyaman udara

yang boleh menjimatkan elektrik.

Fungsi inverter yang terdapat pada penyaman udara dapat

membantu anda menjimatkan elektrik di mana teknologi

ini menyebabkan kompresor yang terdapat pada penyaman

udara tidak akan terus berhenti beroperasi. Berbeza dengan

penyaman udara yang tidak mempunyai inverter, kuasa yang

tinggi diperlukan bagi memulakan operasi penyaman udara.

INFO

Jika ingin mengetahui penyaman udara yang

mempunyai penjimatan elektrik, perhatikan star

rating yang ada padanya. Sebaik-baiknya pilih

penyaman udara yang mendapat 4 atau 5 bintang.

Makin banyak bintang yang ada pada penyaman

udara, makin menjimatkan elektrik rumah anda.

Kadar aliran udara

Ketahui juga kadar pengaliran udara penyaman udara yang

anda ingin beli. Lazimnya, 1.0HP mempunyai kadar aliran

udara antara 200-300 kaki padu per minit (cfm). Semakin

tinggi nilai kadar aliran udara, semakin cepat penyaman udara

rumah anda beroperasi.

Panduan memelihara fungsi penyaman udara:

Penyaman udara perlu dipelihara supaya fungsinya kekal

sama biarpun sudah bertahun-tahun digunakan. Berikut

merupakan cara penjagaan penyaman udara yang perlu

anda tahu:

1. Kerap bersihkan penapis penyaman udara bagi

memastikan penyaman udara anda beroperasi pada

tahap optimum.

2. Selenggara penyaman udara anda sekurang-kurangnya

setahun sekali (dilakukan oleh juruteknik terlatih).

3. Pastikan tingkap dan pintu ditutup rapat sebelum

penyaman udara beroperasi.

4. Bagi merasai fungsi sejuk penyaman udara, tutup tingkap

atau pintu dengan langsir untuk menghalang haba dari luar

masuk ke dalam ruang bilik anda.

5. Semasa memasang penyaman udara, jangan letakkan unit

indoor penyaman udara menghala ke pintu keluar.

18 MamaPapa | April 2015

ALAM BERPANTANG

Beza Berpantang

Tradisional:

Normal vs

Caesarean

Tubuh memerlukan pemulihan dari segi emosi

dan jasmani sebelum bersedia untuk hamil lagi.

Selepas bersalin, setiap ibu perlu menjalani

tempoh berpantang walaupun bersalin secara

normal atau pembedahan. Namun, berpantang

bagi ibu selepas pembedahan sedikit

berbeza berbanding ibu yang bersalin normal.

Sesetengah amalan mungkin tidak sesuai atau

perlu ditangguhkan terlebih dahulu.

Oleh: Tengku Azmanira Raja Husin

Secara umumnya, wanita yang melahirkan anak berdepan

dengan risiko peranakan rendah atau rahim turun. Hal

ini kerana otot pelvis mereka akan merenggang akibat

peneranan yang kuat semasa proses kelahiran. Jika tidak

dirawat dari awal, keadaan tersebut boleh menjadi penyebab

kepada masalah kerap membuang air kecil, terkencing apabila

batuk, ketawa atau bersin. Jika kelahiran berulang, otot faraj

akan menjadi semakin longgar sehingga mengakibatkan

terjadinya prolaps atau keluar tombong.

Secara fizikalnya, keadaan urat saraf dan luka kelahiran sama

ada secara normal atau pembedahan tidak banyak berbeza.

Cuma luka kelahiran secara pembedahan adalah lebih ketara

dengan kesan bukaan pada abdomen, tempat di mana

bayi dikeluarkan, manakala ibu yang bersalin normal hanya

mengalami luka di mulut rahim atau mulut faraj.

Wanita Melayu yang baru bersalin sama ada normal atau

pembedahan lazimnya akan menjalani proses-proses

berpantang seperti bertungku, berbengkung, berbarut,

berurut, bertapel, pilis dan param. Amalan berpantang selepas

kelahiran adalah amat penting kerana badan anda akan

mengalami perubahan mendadak dari segi fizikal dan mental

sebaik sahaja anda bergelar ibu baru.

Bertungku

Bertungku adalah amalan tradisional ibu-ibu untuk

memecahkan darah beku selepas bersalin. Amalan ini

semakin kurang mendapat sambutan kerana khasiat dan

kebaikan bertungku sudah tidak dititikberatkan. Sebab utama

wanita bertungku adalah untuk membantu mengecutkan

peranakan dan mengeluarkan darah beku, memecahkan

lemak dan mengecutkan rahim bagi ibu selepas bersalin.

Bagi ibu bersalin normal, amalan bertungku selalunya dilakukan

dengan batu sungai atau besi bagi mendapatkan hasil yang

terbaik. Caranya adalah dengan meletakkan batu yang dibalut

dengan kain di serata perut bagi menyurutkan bengkak.

Amalan bertungku bagi caesarean pula tidak boleh dilakukan

di bahagian luka pembedahan kerana ibu cenderung

mengalami masalah tumpah darah. Bertungku boleh

dilakukan di bahagian anggota badan yang lain.

Berbengkung

Amalan berbengkung yang dilakukan secara berdisiplin boleh

membantu seseorang ibu mengembalikan bentuk badan asal

secara semula jadi. Pemilihan dan penggunaan bengkung yang

sesuai serta cara pemakaian yang betul mampu merampingkan

pinggang ibu.

MamaPapa | April 2015

19

ALAM BERPANTANG

Berbengkung adalah bertujuan untuk memejalkan semula otototot

badan, perut dan pinggul. Ia juga dapat mengempiskan

semula perut yang menggeleber dan mengetatkan peranakan

agar tidak jatuh. Ibu perlu berbengkung untuk mendapatkan

kembali tubuh yang langsing kerana fizikal badan berubah

semasa mengandung. Otot menjadi kendur dan perlu

ditegangkan semula.

Ibu bersalin normal perlu menjalani proses berbengkung dengan

keadaan balutan bengkung harus bermula dari bahagian

pinggang ke punggung. Waktu sesuai berbengkung adalah

selepas mandi pagi dan setelah diurut. Ulangi semula pada

sebelah petang selepas mandi hinggalah pagi keesokannya.

Ibu caesarean hendaklah memilih bengkung yang sesuai.

Gunakan bengkung strap on binder untuk mengangkat lapisan

perut yang menutupi bahagian luka bedah. Jangan sesekali

menyapu minyak atau apa-apa ubat pada luka kerana ia

boleh memberi kesan sampingan seperti mengurangkan

pengecutan rahim dan menyebabkan pendarahan faraj.

Anda harus memastikan luka anda kering sepenuhnya bagi

mengelakkan nanah terdapat pada luka.

Tempoh berpantang

Ibu bersalin normal lazimnya berpantang sehingga 44

hari. Pada hari ke-44 pantang bersalin, segala urat saraf

peranakan berada dalam proses penyembuhan peringkat

terakhir serta berkeadaan lemah. Semasa tempoh 44 hari, ibu

dilarang keluar ke mana-mana dan perlu berehat kerana jika

berlakunya kemalangan-kemalangan kecil seperti terseliuh

kaki, tersepak ibu jari atau jatuh terduduk, keadaan tersebut

sukar untuk dirawat. Lazimnya, hari ke-45 adalah hari

merdeka bagi ibu bersalin normal.

Bagi ibu yang bersalin secara pembedahan pula, mereka perlu

menjaga pantang pemakanan selama 100 hari. Petua-petua

ini sangat penting diamalkan untuk memastikan kesegaran

tubuh badan dan menjamin tahap kesihatan seorang ibu.

Terdapat beberapa perkara penting yang perlu dititikberatkan

oleh ibu yang mengalami luka pembedahan bagi memastikan

dirinya sentiasa sihat, keadaan luka cepat sembuh dan

bercantum dengan baik.

Pentingnya Penjagaan Diri Semasa

Pantang Bersalin

Aspek penjagaan diri bagi ibu-ibu bersalin semakin dipandang

remeh oleh ramai wanita hari ini. Sekiranya penjagaan diri

semasa dalam pantang diabaikan, kesannya akan dilihat

pada jangka masa panjang. Apabila melalui banyak kelahiran

dengan keadaan usia yang semakin meningkat, daya tenaga

akan semakin menurun, badan terasa lenguh-lenguh dan

bisa urat, sendi serta otot, sakit pinggang dan kebas tangan.

Apabila keadaan demikian berlaku, kebanyakan ibu menjadi

dingin dan lemah tenaga batin.

Ramai wanita hari ini mengganggap bersalin secara

pembedahan tidak meninggalkan kesan longgar pada

saluran faraj atau kesan lain pada peranakan, lalu sewenangwenangnya

memendekkan jangka masa berpantang. Dengan

itu, jimak dimulakan dengan lebih cepat. Namun sebaliknya,

bersalin secara pembedahan memerlukan lebih perhatian

perubatan tradisional berbanding bersalin secara normal.

Walaupun keadaan darah nifas mengering tetapi tidak

semestinya ibu boleh menunaikan tanggungjawab sebagai

isteri. Hal ini kerana seluruh peranakan masih bengkak dan

luka jahitan masih mentah. Bagi benar-benar memulihkannya,

ibu bersalin normal atau pembedahan perlu berpantang

sekurang-kurangnya 60 hari. Sebaik-baiknya, setiap ibu bersalin

disarankan menunggu sehingga melepasi hari yang ke-100

agar seluruh anggota peranakan pulih seperti sedia kala dan

sekaligus dapat menjauhi masalah penuaan sebelum masanya.

INFO

Terdapat ramai wanita yang menamatkan pantang

selepas 30 hari atau 40 hari bersalin. Walaupun

didapati tidak berbahaya, tindakan tersebut memberi

kesan yang buruk terhadap fungsi bahagian wanita.

Keseluruhan peranakan iaitu rahim, tiub falopio

dan ovari yang masih belum pulih akan kembali

membengkak, urat saraf akan menegang dan mulut

rahim akan tersembul merkah dan mentah.

Sumber: http://bidanbersalin.blogspot.com/

20 MamaPapa | April 2015

SEMBANG LAKTASI

Cabaran

Penyusuan

Susu Ibu

Susu ibu atau susu badan adalah pilihan

semula jadi terbaik untuk bayi anda. Anda

tidak perlu memperuntukkan sejumlah wang

untuk membeli susu ibu sebaliknya anda hanya

perlu merangsang pengeluaran susu bagi

mendapatkan jumlah yang secukupnya buat

bayi anda. Walau bagaimanapun, sesetengah

ibu terutama ibu baru berdepan dengan

cabaran semasa memberikan susu badan

kepada bayinya.

Menyusukan bayi dengan susu ibu adalah anugerah paling

berharga yang dapat anda hadiahkan kepada bayi anda.

Setiap ibu pastinya memasang hasrat untuk menyusukan bayi

mereka sendiri kerana ketika itulah jalinan kukuh ibu dan bayi

dapat dibina.

Menerusi penyusuan susu badan, para ibu bukan hanya

memberikan nutrisi semula jadi dan terbaik kepada permata

hati mereka, bahkan juga ia mewujudkan jalinan ikatan kasih

sayang dan suatu perasaan sebenar tentang alam keibuan.

Menyusukan bayi secara eksklusif selama enam bulan

pertama adalah penting untuk perkembangan bayi anda,

begitu juga dengan hubungan anda bersama anak.

Baik untuk bayi, baik untuk ibu

Manfaat penyusuan susu ibu tentunya sudah diuar-uarkan

kepada umum akan kepentingannya kepada si manja anda.

Selain dapat menyediakan nutrisi yang seimbang, susu ibu

juga dapat meningkatkan keupayaan kognitif pada bayi.

Malah, bayi yang menerima susu ibu secara eksklusif juga

dapat meningkatkan imuniti badan bayi dan mengurangkan

risiko jangkitan terhadap penyakit-penyakit yang sering

dihadapi oleh bayi. Tambahan juga, kandungan pada susu ibu

dapat memudahkan bayi menyerap khasiat yang ada serta

melancarkan proses penghadaman mereka.

Bayi yang menerima susu ibu turut terhindar daripada

risiko mendapat alergi dan mengelakkan masalah obesiti

semasa besar.

Selain bayi, khasiat penyusuan susu ibu juga turut didapati

oleh si ibu. Antaranya ialah, aktiviti menyusukan bayi

dapat membantu mengelakkan kontraksi pada rahim dan

membantu rahim cepat pulih.

Selain itu, ibu yang menyusukan bayi berpeluang untuk

menguruskan badan dengan mengamalkan pengambilan diet

yang seimbang serta mengembalikan tubuh kepada keadaan

semasa sebelum hamil. Ibu juga akan kurang terdedah

kepada risiko kanser dan meroyan.

Penyusuan susu ibu tidak semudah disangka

Para ibu baru sering berhadapan dengan masalah

untuk memberikan bayi mereka susu badan.

Kebanyakan ibu bercadang untuk memberikan bayi

mereka susu badan, tetapi semasa pertama kali

mula menyusukan bayi, banyak cabaran yang mereka

perlu tempuhi.

Hal ini kerana rata-rata ibu baru tidak

melengkapkan diri mereka dengan ilmu penyusuan

sebelum melahirkan bayi. Seharusnya, setiap

ibu perlu bersiap-sedia menghadapi sebarang

kemungkinan jika berdepan dengan masalah untuk

memberi susu badan.

MamaPapa | April 2015

21

SEMBANG LAKTASI

Masalah puting

Puting pendek (Flat nipples)

Puting susu pendek adalah salah satu cabaran yang

membuatkan para ibu muda mengalah untuk terus

menyusukan bayi mereka. Kebimbangan ini terjadi semasa

hamil lagi apabila mereka melihat struktur puting mereka

tidak dapat membantu bayi menghisap susu. Justeru itu,

ramailah ibu baru yang sudah menyiapkan susu formula untuk

diberikan kepada bayi mereka kerana ‘tahu’ mereka tidak

boleh memberikan susu badan.

Sebenarnya, semasa hamil, puting susu akan melentur ke

bawah. Masalah puting pendek tidak perlu digusarkan kerana

bayi akan menghisap susu daripada kawasan areola (kawasan

hitam di sekeliling puting). Bagaimanapun, cara mengatasinya

adalah dengan menarik puting menggunakan nipple puller

sebelum proses penyusuan berlaku.

Selain itu, bakal ibu juga boleh menggunakan nipple former

semasa hamil di mana fungsinya adalah untuk membuatkan

puting anda menonjol keluar.

Puting luka

Kebanyakan ibu baru sering menganggap rasa luka pada

puting mereka adalah sebagai pengalaman sewaktu awalawal

penyusuan. Jika rasa pedih berlanjutan, hal ini adalah

tidak normal.

Rasa pedih pada puting adalah disebabkan teknik penyusuan

bayi anda salah. Mungkin cara anda melekapkan bayi ke

puting adalah tidak betul.

Bagi mengatasinya, letakkan bayi anda pada kedudukan

kepalanya berhampiran dengan payudara anda, di mana

hidung bayi berhadapan dengan puting. Mulut bawah

bayi pula perlu menyentuh bahagian bawah areola anda.

Kemudian, sentuhkan mulut bayi pada puting atau areola

bagi merangsang pencarian puting. Tunggu sehingga bayi

membuka mulutnya dan barulah bawa mulut bayi berdekatan

dengan puting anda. Lihat jika posisi bayi selesa untuk

meneruskan penyusuan.

Masalah payudara bengkak

Payudara akan membengkak jika susu yang ada pada kantung

payudara sudah penuh dan tidak diperah keluar.

Bagi mengelakkan hal ini terjadi, para ibu perlu menyusukan

bayi sekerap mungkin antara dua hingga tiga jam sekali.

Semasa awal penyusuan, anda perlu mengejutkan bayi anda

untuk menyusu dan tidak membiarkan bayi anda lena tidur

bagi mengelakkan masalah payudara anda membengkak.

Bagaimanapun, bagi wanita berkerjaya, mungkin anda boleh

memerah susu menggunakan pam susu dan meletakkannya

ke dalam botol untuk disimpan di dalam peti ais.

Selain itu, anda juga mungkin boleh mengurut payudara anda

ke arah puting semasa bayi sedang menyusu. Hal ini adalah

bagi merangsang aliran susu pada payudara anda.

Masalah susu sedikit

Ada segelintir ibu menganggap susu badan mereka sedikit

sehinggakan mereka membuat keputusan untuk tidak

meneruskan proses penyusuan. Terutamanya bagi ibu

yang mula berkerja selepas bulan ketiga atau keempat

melahirkan anak.

Masalah susu sedikit ini terjadi apabila ibu kurang

merangsang pengeluaran susu atau jarang mengepam susu

mengikut jadual yang betul.

Selain itu, mood ibu juga memainkan peranan bagi

merangsang penghasilan susu yang banyak. Semasa proses

penyusuan berlaku, ibu perlulah bertenang dan relaks.

Ibu boleh mengurut lembut payudara bagi merangsang

pengeluaran susu.

22 MamaPapa | April 2015

PENGHIAS KULIT

Danieal Suka Mengaji

Kecil-kecil cili padi. Itulah yang boleh diperkatakan tentang penghias kulit

keluaran kali ini. Mula menghafal surah al-Fatihah ketika berusia tiga tahun,

Danieal juga kini sudah boleh menghafal 14 surah lazim dalam al-Quran.

Oleh: NAZRAH NAZARUDIN | Foto: Koleksi Peribadi Roshasnita binti Ibrahim

Pepatah ada mengatakan ‘melentur buluh biarlah dari

rebungnya.’ Menyedari akan kepentingan agama dalam

kehidupan, Encik Zulkifli Mohamed dan Puan Roshasnita

Ibrahim menerapkan didikan agama dalam keluarga mereka.

Sejak usia Danieal tiga tahun dia sudah boleh menghafal

surah Al-Fatihah dengan lancarnya. Malah, anak kecil yang

berusia enam tahun ini gemar mengaji iqra’ dan al-Quran.

Tidak sampai tempoh tiga tahun, Danieal kini sudah boleh

menghafal 14 surah lazim yang terdapat dalam al-Quran.

Menurut ibunya, anak bongsunya itu memang ‘terang hati’ jika

disuruh mengaji.

Jika ibu bapa lain akan membacakan anak mereka buku

cerita sebelum tidur, berbeza dengan Roshasnita kerana dia

akan menyuruh Danieal untuk membacakan semula surahsurah

berbeza pada setiap malam sebelum tidur.

“Biasanya, sebelum tidur saya akan menyuruh Danieal

membacakan surah-surah yang telah dihafal. Sejak usianya

dua tahun lagi saya akan bacakannya bacaan surah pada

setiap malam.

“Berkat ajaran yang kami terapkan, Alhamdulillah dia mudah

‘terang hati’ mengingat surah-surah lazim,” ujar ibu kepada

dua cahaya mata ini.

Mempunyai seorang abang yang berusia 18 tahun,

bagaimanapun, Danieal tidak mempunyai masalah untuk

bergaul dengan abangnya meskipun faktor jarak umur antara

mereka jauh.

“Abangnya belajar jauh, jadi jarang mereka berjumpa. Akan

tetapi, setiap kali abangnya pulang ke rumah, pasti Danieal

tidak akan melepaskan peluang untuk bermanja dengan

abangnya,” kata Roshasnita.

Menurut Roshasnita lagi, Danieal juga akan mengambil

buku iqra’nya sebaik sahaja lepas solat maghrib dan

mengajaknya mengaji.

Dalam perkembangan lain, Danieal yang lebih mesra dipanggil

adik di kalangan ahli keluarganya baru sahaja memasuki

prasekolah awal tahun ini.

Pada hari pertama persekolahan, Danieal begitu teruja dan

bangun awal kerana tidak sabar untuk ke sekolah.

Roshasnita berkata, Danieal juga seorang yang mudah bangun

pagi. Jadi, tidak sukar untuk mengejutkannya ke sekolah.

Roshasnita berharap Danieal dapat membesar dengan baik

dan sempurna serta menjadi anak yang soleh, dan dapat

berbakti kepada ibu bapa.

BIODATA SI MANJA

Nama kanak-kanak:Muhammad

Danieal Rauf bin Zulkifli

Tarikh lahir: 22 Disember 2009

Tempat lahir: Hospital Pahang

Nama mama:

Roshasnita binti Ibrahim

Nama papa:

Zulkifli bin Mohamed

MamaPapa | April 2015

23

PERKEMBANGAN SI MANJA

0 - 12

bulan

0 - 12

bulan

PERKEMBANGAN SI MANJA

Lampin Pakai Semula:

Renyah@Lebih Mudah?

Penggunaan lampin pakai buang sememangnya cukup sinonim dengan bayi di luar sana.

Tanyalah kepada mana-mana ibu bapa, rata-rata mereka pasti menggunakan lampin

pakai buang yang banyak dijual dan mudah didapati. Lambakan lampin pakai buang di

pasaran menyebabkan ramai yang sudah melupakan kewujudan lampin pakai semula.

Bersama NAZRAH NAZARUDIN mengupas kebaikan penggunaan lampin pakai semula di

kalangan bayi.

Kelahiran semula

Jika disebut lampin pakai semula atau lampin kain (cloth

diapers), sudah pasti yang terbayang dalam fikiran kita adalah

lampin berwarna putih yang perlu dilipat empat, kemudian

dijadikan segi tiga bagi membentuk lampin. Lupakan

lampin putih itu kerana kini lampin kain sudah memasuki

evolusi baru. Bukan sahaja fungsinya yang sudah hampir

sama dengan lampin pakai buang, bahkan juga rekaan dan

coraknya juga begitu menarik. Lampin kain yang dahulunya

hanya berwarna putih kini menampilkan pelbagai warna,

pelbagai corak dan fleksibel dari segi saiz.

Lampin kain masa kini telah dinaik taraf dari segi corak dan

warna, namun kegunaannya masih sama. Lampin kain ini

memainkan fungsi yang sama seperti lampin pakai buang

tetapi perbezaannya adalah lampin kain boleh dibasuh dan

diguna semula selepas dipakai.

Perlu membasuh lampin? Mungkin bagi anda ia nampak

seperti renyah kerana perlu memperuntukkan masa untuk

membasuh dan menjemur lampin, tetapi jika anda ketahui

manfaat penggunaan lampin kain, mungkin selepas ini

persepsi anda akan berubah!

Bukan itu sahaja, kandungan sodium polyacrylate yang

berfungsi untuk memudahkan penyerapan pada lampin juga

boleh menyebabkan kulit bayi menjadi sensitif.

Lebih ekonomi

Cuba anda kira berapa banyak wang yang anda sudah

peruntukkan untuk membeli lampin pakai buang buat bayi

anda? Contohnya, anda membeli sekeping lampin pakai

buang yang berharga serendah 30 sen. Jika anak anda

menggunakan lampin sehingga usia tiga tahun, berapa

banyak modal yang telah anda keluarkan untuk membeli

lampin pakai buang?

Rata-rata ibu bapa memperuntukkan antara enam ribu hingga

lapan ribu keping lampin pakai buang untuk seorang anak.

Itu belum dikira jika anak anda mengalami masalah lambat

bercerai lampin.

Bagi lampin kain pula, anda perlu memperuntukkan sejumlah

wang yang banyak ketika mula membeli, tetapi jika dikira

untuk jangka masa panjang, ia adalah lebih menjimatkan

kerana lampin kain ini boleh dipakai oleh anak yang lain juga.

Fleksibel

Tahukah anda, lampin kain kini menyediakan pelbagai pilihan

saiz untuk bayi anda? Bermula dari saiz newborn hinggalah

ke saiz besar, ibu bapa kini tidak perlu bimbang untuk belajar

cara memakaikan lampin anak. Pemakaian lampin kain kini

sama seperti memakai lampin pakai buang iaitu dengan

hanya menyarung lampin seperti anda memakaikan anak

anda seluar.

Lebih menarik lagi, warnanya juga tidak seperti yang anda

gambarkan (berwarna putih) kerana lampin kain kini beraneka

warna dan corak.

Lampin kain terdiri

daripada tiga bahagian:

• Sarung luar

• Penyerap

• Pelapik

Selamat untuk bayi

Tahukah anda, terdapat bahan kimia pada lampin pakai

buang? Bahan kimia dioksin yang terhasil daripada proses

meluntur kertas di dalam pembuatan lampin pakai buang

menyebabkan kesan negatif kepada bayi seperti menghidap

ruam lampin.

Sodium polyacrylate akan bertukar menjadi

gel apabila basah dan jika kulit bayi

terdedah lama kepada bahan ini, mereka

akan mengalami kulit sensitif.

Berbeza dengan lampin pakai buang, lampin kain yang

diketahui diperbuat daripada kain kapas semula jadi akan

memberikan keselesaan kepada bayi anda. Kulit bayi akan

lebih sihat kerana tidak terdedah dengan bahan kimia yang

terdapat pada lampin pakai buang.

Mudah dibasuh

Alasan utama ibu bapa tidak mahu menggunakan lampin

kain adalah penggunaannya yang renyah kerana perlu

dibasuh setiap hari. Sudahlah letih berkerja, balik kerja

pula perlu mencuci lampin menggunakan tangan. Mesti

anda terbayangkan keletihan anda. Walau bagaimanapun,

mungkin anda tidak tahu lampin kain kini sudah boleh dicuci

menggunakan mesin basuh. Caranya, anda perlu membuang

kotoran pada lampin terlebih dahulu sebelum meletakkannya

ke dalam mesin basuh. Sama seperti anda mencuci pakaian

bayi anda, gunakan juga sabun basuh pakaian yang mesra

bayi serta tidak mengandungi bahan peluntur. Seelok-eloknya,

anda asingkan pakaian dan lampin bayi dengan pakaian anda.

Mesra alam

Penggunaan lampin kain menjadikan anda sekeluarga

berbakti kepada alam kerana dapat mengurangkan risiko

pencemaran oleh bahan Tributyl-tin (TBT) yang ada pada

lampin pakai buang sekaligus mengurangkan kos pemulihan

alam sekitar.

Bercerai lampin

Ibu bapa yang mempunyai anak kecil pasti berdepan

dengan masalah untuk mengajar anak bercerai lampin.

Kajian menunjukkan bayi yang memakai lampin kain

lebih cepat untuk bercerai lampin kerana senang merasai

ketidakselesaan jika terkencing atau terbuang air besar di

dalam lampin. Mereka dapat membezakan permukaan yang

basah dan kering. Jadi, proses untuk bercerai lampin tidak

mengambil masa yang lama.

24 MamaPapa | April 2015 MamaPapa | April 2015 25

PERKEMBANGAN SI MANJA

1 - 2

tahun

1 - 2

tahun

PERKEMBANGAN SI MANJA

Tips Rumah

Bebas Alergi

6

Simpan pakaian

Simpan pakaian anda di dalam almari yang tertutup supaya

tiada peluang untuk bakteria-bakteria menetap di dalamnya.

Pakaian terutama yang diperbuat daripada kain kapas

merangsang kedatangan haiwan mikroskopik.

Kehadiran bayi baru di kediaman anda pastinya menjadi suatu berita yang amat

mengujakan. Walau bagaimanapun, tahukah anda bahawa anda harus memastikan

kediaman anda bersih dan selamat untuk bayi? Hal ini kerana bayi mempunyai kulit yang

amat sensitif. Antara persediaan yang boleh anda lakukan adalah dengan memelihara

ruang kediaman anda daripada habuk, debu, hama dan sekaligus menjadikan udara di

rumah anda bersih, segar dan selamat untuk bayi dan seisi keluarga. Bersama NAZRAH

NAZARUDIN mengintai 9 tips bagi menjadikan rumah anda bebas alergi.

2

Kuasa air panas

Bagi menyahkan hama, anda perlulah kerap menukar cadar

dan sarung bantal sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Basuh cadar, sarung bantal dan sarung kusyen dengan

menggunakan air panas bagi mematikan hama.

Tahukah anda, debu dari sofa, perabot, permaidani dan pasu

bunga hiasan boleh menyebabkan udara kotor berkumpul

di kediaman anda? Kehadiran debu, hama dan semua jenis

bakteria yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar ini

akan menyebabkan alahan pada kulit terutama bagi mereka

yang berkulit sensitif. Lebih malang lagi, ia juga mungkin

akan menyebabkan masalah gangguan pernafasan. Justeru

itu, bagaimanakah caranya untuk anda menjadikan ruang

kediaman anda bebas alergi? Ketahui panduan yang kami

sediakan di bawah:

1

Kawal tahap lembapan

Selain habuk, musuh utama rumah anda adalah debu

dan hama. Udara yang lembap di dalam rumah anda akan

menyebabkan haiwan perosak mikroskopik ini hidup. Kajian

menunjukkan kanak-kanak yang dikelilingi debu dan hama

berkemungkinan mengalami alergik serta membuatkan

mereka asma. Gunakan penyahlembap bagi mengusir hama

di ruang kediaman anda.

Tahukah anda?

Hama yang terdapat di tilam, cadar, bantal,

karpet, kusyen dan beberapa tempat lain di

kediaman anda akan hinggap di kulit anda.

3

Rajinkan diri

Kerap bersihkan rumah anda dengan mengemas karpet

serta perabot yang ada di rumah. Perhatikan setiap sudut di

rumah anda terutama sudut-sudut kecil dan tersorok kerana

di situlah tempat tinggal hama, habuk dan debu. Jangan

lupa untuk memastikan langsir di rumah anda kerap ditukar

supaya haiwan perosak tidak menetap di situ.

*Jika anda membersihkan karpet, buangkan kotoran karpet

di luar rumah supaya habuk atau hama yang melekat tidak

berada di rumah anda. Selain itu, jika anda menggunakan

vakum untuk membersihkan rumah, buang kotoran vakum

terlebih dahulu sebelum menggunakannya semula untuk

membersihkan ruang kediaman anda.

4

Elakkan bulu-bulu

Perhiasan berbulu sememangnya cantik jika diletakkan di

beberapa sudut di kediaman anda. Akan tetapi, tahukah anda,

hiasan berbulu seperti karpet, sofa dan selimut adalah bahan

rangsangan utama untuk kehadiran hama, debu dan habuk?

Jika anda ingin juga menggunakan hiasan berbulu, anda

perlulah merajinkan diri untuk mengemas hiasan tersebut

sekurang-kurangnya sehari sekali.

5

Pastikan peredaran udara sempurna

Tahap kelembapan yang tinggi di rumah anda akan

meningkatkan pertumbuhan bakteria dan kulapok, yang

mana bukan sahaja akan merosakkan rumah tetapi juga

membahayakan kesihatan.

Bakteria dan kulapok akan menyebabkan seseorang itu batuk

dan mengalami asma terutama bagi mereka yang ada alahan.

Aktiviti harian di rumah seperti memasak, membasuh dan

juga bernafas akan menghasilkan wap air. Jadi, anda perlu

memastikan peredaran udara di ruang kediaman anda

terpelihara bagi menghapuskan lembapan yang terdapat

di udara.

Bagi menghilangkan lembapan yang tidak elok dan

menyahbau dari rumah anda, pasang kipas ekzos di

beberapa bahagian tertentu di kediaman anda seperti di bilik

air. Anda juga boleh mempertimbangkan untuk memasang

kipas pengalih udara yang sesuai di beberapa ruang

kediaman anda.

Pemasangan pembersih udara

(air-purifier) membantu

mendapatkan udara segar dan

bersih di kediaman anda sekaligus

menyah virus dan bakteria yang

ada di udara.

7

Selenggara penyaman udara

Adakah anda memasang penyaman udara (air-cond) di

rumah? Jika ya, anda perlulah membersihkan penyaman

udara anda secara berkala. Sebaik-baiknya, bagi tujuan

penyelenggaraan/ servis penyaman udara, panggillah

juruteknik terlatih sekurang-kurangnya dua kali setahun.

8

Lap lebih baik

Anda digalakkan untuk menggunakan kain lap apabila

membersihkan lantai dan perabot bagi menjamin kebersihan

rumah anda. Penggunaan penyapu atau mop sahaja

tidak dapat memastikan rumah anda benar-benar bersih.

Penggunaan kain lap adalah lebih disarankan terutama jika

anda mempunyai bayi yang semakin membesar. Bayangkan

jika anda hanya membersihkan kediaman anda dengan

menyapu lantai atau mengemop sahaja, adakah anda rasa

bayi anda yang baru belajar merangkak itu akan selamat

daripada debu dan hama?

9Elakkan perabot yang berukir

Penggunaan perabot yang berukir seperti sofa, kerusi, meja

dan almari dapat mengundang habuk dan debu. Jika anda

memang berminat dengan perabot-perabot yang berukiran

kayu, maka anda perlulah rajin untuk membersihkan celahancelahan

kayu pada perabot supaya habuk tidak bersarang di

tempat tersebut.

26 MamaPapa | April 2015 MamaPapa | April 2015 27

PERKEMBANGAN SI MANJA

3 - 4

tahun

3 - 4

tahun

PERKEMBANGAN SI MANJA

Mengendalikan Sikap Anak

Kerap Mengamuk

Sejak kebelakangan ini, anak saya kerap sangat

‘mengamuk’. Dia kerap menangis dan menjeritjerit

apabila kehendaknya tidak dipenuhi. Ini

kerap berlaku terutamanya di tempat awam dan

saya tidak tahu bagaimana hendak menangani

sikapnya ini. Boleh doktor terangkan langkahlangkah

yang perlu diambil untuk menangani

masalah ini.

Kemahiran Keibubapaan

– Mengendalikan Tantrum

Tantrum adalah perkara yang biasa di kalangan kanakkanak

berusia 18 – 48 bulan. Tantrum adalah sesuatu yang

normal tetapi mencabar kesabaran ibu bapa. Tantrum boleh

berlaku dalam bentuk kemarahan, kekecewaan dan tingkah

laku yang mencabar. Anak anda boleh menjerit, menangis,

menendang, memecahkan barang-barang, berkelakuan ganas

dan kadangkala menahan nafas mereka.

Menghukum kanak-kanak kerana tantrum, dengan menjerit

atau memukul; akan menyebabkan tantrum menjadi lebih

teruk dalam jangka masa pendek dan menyebabkan tingkah

laku tantrum kekal dalam jangka masa panjang. Jika ibu bapa

berikan apa yang anak mahukan sebagai satu cara untuk

menghentikan tantrum, tantrum akan menjadi lebih teruk lagi.

Jika ibu bapa melakukan perkara ini, ibu bapa sebenarnya

mengajar anak-anak untuk menggunakan tantrum untuk

memanipulasi keadaan, dan menyebabkan tingkah laku ini

berterusan hingga ke dewasa.

Abaikan tantrum

Ini adalah cara yang terbaik untuk mengendalikan tantrum.

Ibu bapa akan mengajar anak-anak bagaimana untuk

mengendalikan kemarahan dan kekecewaan. Cari punca

apa yang menyebabkan tantrum. Dengan mengetahui apa

puncanya, ibu bapa boleh bertindak sebelum anak-anak gagal

mengawal emosi mereka.

Ibu bapa boleh menggunakan ‘time-out’ jika anak-anak

berumur dua tahun atau lebih. ‘Time-out’ adalah cara terbaik

jika mereka yang faham mengapa ia digunakan. ‘Time-out’

akan menjauhkan kanak-kanak dari situasi yang sukar dan

akan memberi masa untuk dia bertenang. Ia juga mengajar

kanak-kanak bahawa tantrum adalah satu tingkah laku yang

tidak boleh diterima.

Jika tantrum berlaku di rumah?

Apabila kanak-kanak melakukan tantrum di rumah, ibu bapa

perlu tenang. Bawa anak anda ke tempat yang selamat untuk

dibiarkan bersendirian. Tinggalkan bilik, tutup pintu dan

datang semula hanya jika anak tersebut kembali tenang. Jika

anda bimbang untuk tinggalkan anak anda berseorangan,

anda boleh duduk berhampiran dengannya tetapi jangan

berikan sebarang tindak balas terhadapnya. Jangan pandang

anak anda. Apabila dia kembali tenang, bercakap dan

berbincang dengan anak anda mengenai kelakuannya.

Pada umur lebih kurang dua tahun, kanak-kanak akan

menguji had kesabaran ibu bapa dan mereka tidak boleh

melihat sesuatu perkara dari pandangan orang lain. Mereka

ingin bebas untuk meneroka persekitaran mereka. Pada masa

yang sama, ibu bapa atau guru-guru meletakkan had tertentu

kerana keselamatan atau sebab-sebab lain. Jika ini berlaku,

mereka merasa kecewa kerana mereka mahu lakukan

apa yang mereka mahu. Apabila mereka kecewa, mereka

menunjukkan kekecewaan dan kemarahan mereka dengan

menangis, memukul dan menjerit. Mereka belum mempunyai

kemahiran untuk meluahkan kemarahan dan kekecewaan

dalam cara lain. Oleh itu, tantrum adalah peluang yang

baik untuk kanak-kanak belajar bagaimana mengendalikan

kekecewaan dan kemarahan.

Selalunya, kanak-kanak akan hentikan tantrum apabila

mereka dapat apa yang mereka mahu. Tingkah laku dan

reaksi ibu bapa juga menyumbang kepada berapa kerap

tantrum akan berlaku. Kanak-kanak akan lebih cenderung

melakukan tantrum jika ibu bapa memberikan apa sahaja

yang mereka mahukan atau jika ibu bapa memberi perhatian

yang lebih kepada tingkah laku yang negatif.

Lihat tantrum secara positif!

Tantrum adalah peluang baik bagi kanak-kanak mempelajari

bagaimana menguruskan kekecewaan dan kemarahan, dan

juga peluang yang baik bagi ibu bapa untuk mengajar anakanak

mengenai kemahiran yang diperlukan untuk mengatasi

kekecewaan dan kemarahan.

Bagaimana mengendalikan kanak-kanak

dengan tantrum?

Ketika anak anda sedang melakukan

tantrum, pastikan perkara-perkara di bawah:

• Pastikan anak anda selamat

• Pastikan anda sentiasa tenang dan

jangan beri perhatian kepada tingkah

laku tersebut

• Jangan hukum anak anda

• Jangan berikan ganjaran

• Jika boleh, asingkan anak anda

• Jangan biarkan reaksi orang lain

mempengaruhi bagaimana anda memberi

tindak balas kepada tantrum itu

Apabila tantrum berlaku di tempat awam

Bawa anak anda keluar dari kawasan awam sekiranya boleh.

Bawa dia ke tempat yang ada privasi. Tempat terbaik adalah

di dalam kereta, di tempat duduk bayi. Anda boleh berdiri

berhampiran kereta atau duduk di dalam kereta tanpa

memberi sebarang tindak balas kepada kelakuannya itu.

Apabila tantrum reda, bercakap dengan anak anda mengenai

kelakuannya. Jika tantrum berlaku di tempat yang anda tidak

boleh bawa anak ke tempat yang lain seperti di dalam kapal

terbang, pastikan anda bertenang dan abaikan kelakuan anak

anda. Sebaik sahaja anak anda tenang, bercakap dengannya

mengenai kelakuannya.

Kanak-kanak akan belajar cara yang lebih sihat untuk

mengendalikan emosi. Walau bagaimanapun, jika

tantrum berterusan, dia mungkin perlukan bantuan untuk

mengatasi kemarahan.

Artikel ditulis oleh Dr Norharlina Bahar

Sumber: www.doktorbudak.com

28 MamaPapa | April 2015 MamaPapa | April 2015 29

PERKEMBANGAN SI MANJA

5 - 7

tahun

5 - 7

tahun

PERKEMBANGAN SI MANJA

Selamatkah

Mainan Anak Anda?

Dunia kanak-kanak merupakan satu dunia yang indah dan penuh imaginasi. Kanak-kanak

melihat persekitaran mereka dengan pelbagai imaginasi yang menarik tanpa memahami

kesan dan akibat yang boleh memudaratkan mereka. Ketika inilah bimbingan dan

peranan perlu dimainkan oleh orang dewasa terutamanya ibu bapa dalam memastikan

kanak-kanak ini dapat memahami tindakan yang boleh membawa kepada kesan positif

atau sebaliknya. Oleh: Fauwaz Hasbullah

Permainan kanak-kanak boleh membantu proses

pendidikan dan perkembangan anak-anak di peringkat awal

usia. Dari perspektif Islam, permainan merupakan salah

satu kaedah mendidik anak-anak mengikut cara Rasulullah

S.A.W. Justeru itu, membelikan permainan untuk anak amat

digalakkan kerana manfaat yang akan diterima oleh si anak

sangatlah besar.

Walau bagaimanapun, pemilihan permainan kanak-kanak

perlu dilakukan dengan bijak terutama jika membabitkan

aspek keselamatan. Kita tidak mahu insiden yang berlaku

pada November 2014 di Ohio, Amerika Syarikat berulang

kembali. Kejadian tersebut telah memperlihatkan bagaimana

anggota polis telah menembak mati seorang kanak-kanak

berkulit hitam kerana menyangka pistol mainan yang diacukan

oleh kanak-kanak tersebut adalah pistol sebenar.

Mengapa aspek keselamatan penting?

Pelbagai jenis permainan kanak-kanak yang berada di

pasaran kini nampak menarik dan menyeronokkan. Namun,

awas! Jika ibu bapa tidak berhati-hati memilih mainan, ia

mampu mengundang bahaya kepada keselamatan anakanak

kita.

Ada kalanya, ibu bapa memandang remeh terhadap aspek

keselamatan dalam memilih mainan. Antaranya, mainan

untuk kanak-kanak berusia 3 tahun ke atas tidak boleh

diberikan kepada bayi usia 12 bulan kerana aspek-aspek bayi

mudah tertelan mainan dan bahan berwarna pada mainan

boleh menjadi penyebab kanser.

Secara amnya, kesedaran masyarakat negara ini terhadap

keselamatan alat mainan kanak-kanak masih berada pada

tahap yang rendah. Ini dapat dilihat apabila masih ramai

pengguna membeli alat mainan berdasarkan harganya

yang murah, berkualiti rendah, rupanya yang cantik, bentuk

yang canggih, warna dan juga mengikut trend semasa.

Bagi mereka, alat mainan kanak-kanak adalah medium

hiburan dan penjanaan kepada daya imaginasi anak kecil

dan tidak mungkin ia boleh mendatangkan bahaya. Walhal,

sudah pelbagai kemalangan dan bahaya kesihatan yang

berpunca daripada alat mainan kanak-kanak dilaporkan

dalam media, khususnya antarabangsa. Namun, masih ramai

yang memandang ringan akan perkara tersebut. Oleh yang

demikian, ibu bapa perlu memberi lebih perhatian apabila

membeli barang mainan kepada anak-anak mereka.

Tips membeli mainan kepada kanak-kanak

Bagi memastikan keselamatan anak terjamin dan mengelakkan

kemalangan atau kejadian yang tidak diingini berlaku, berikut

adalah di antara perkara yang perlu diberi perhatian:

1. Memilih permainan mengikut tahap kesesuaian umur

anak-anak. Sebagai contoh, kanak-kanak yang berumur 12

bulan suka meneroka dan mula belajar menggigit. Oleh itu,

mainan yang sesuai adalah objek-objek lembut dan ringan.

2. Pastikan mainan bukan diperbuat daripada bahan yang

bertoksid. Jangan beli alat permainan yang diperbuat daripada

plastic PVC (Poly Vinyl Chloride) kerana ia mengandungi bahan

kimia. Sebagai pilihan, belilah barangan yang diperbuat

daripada bongkah kayu.

3. Berhati-hati dengan barangan yang bersaiz kecil kerana

mungkin akan membuatkan anak anda tercekik. Mainan

seperti biji guli atau bebola besi boleh menyebabkan anakanak

kecil termakan dan tercekik. Manakala, mainan yang

bertali pula boleh menyebabkan kejadian tali terjerut dan

mencekik kanak-kanak tersebut jika tidak berhati-hati.

4. Elakkan memberi mainan yang terdapat bahan bermagnet

atau bateri kepada anak-anak kecil.

5. Tidak digalakkan membeli mainan yang boleh

mempengaruhi tingkah laku sosial kanak-kanak seperti

permainan pistol dan karakter-karakter animasi yang boleh

mencetuskan aktiviti atau aksi yang ganas.

6. Ibu bapa juga disarankan agar mengelak daripada

membeli barangan yang mempunyai bunyi bising. Hal ini

kerana telinga kanak-kanak terutama yang masih kecil agak

sensitif. Dikhuatiri ia boleh menjejaskan pendengaran kanakkanak

tersebut.

7. Belilah barangan yang boleh membina kreativiti anakanak

anda. Galakkan mereka untuk terlibat dalam permainan

tradisional kerana ia mampu meningkatkan nilai, kreativiti serta

kemahiran sosial. Contohnya congkak, gasing dan sebagainya.

Sebagai ibu bapa, anda perlu bijak dalam memilih mainan

baik dan sesuai untuk anak anda. Lebih elok lagi jika

anda dapat membuatkan mainan tersebut menjadi lebih

menarik, kreatif dan berkesan dalam pendidikan anak. Apa

yang lebih penting lagi ialah meluangkan masa berkualiti

bersama anak-anak seperti bermain bersama mereka dan

bukannya membiarkan anak-anak bermain sendirian. Barang

permainan adalah alat untuk anak-anak meningkatkan daya

perkembangan kognitif mereka. Ia juga merupakan alat untuk

ibu bapa berinteraksi dengan mereka. Justeru itu, pilihlah

mainan yang sesuai dan selamat agar kita boleh mewujudkan

suasana yang harmoni dan sejahtera di dalam keluarga.

Penulis merupakan Pegawai

Pembangunan Masyarakat

di Bahagian Pembangunan

Keluarga, Lembaga Penduduk

Dan Pembangunan Keluarga

Negara (LPPKN)

30 MamaPapa | April 2015 MamaPapa | April 2015 31

#SEMBANGMAKAN

#SEMBANGMAKAN

Makanan Bayi

Homemade

Vs Komersil

Proses bercerai susu untuk bayi seawal usia

enam bulan bukanlah perkara yang mudah.

Anda perlu memperkenalkan makanan pejal

pertamanya secara berperingkat. Malah,

pemilihan makanan juga perlulah tepat

supaya bayi mendapat khasiat dan nutrisi

yang secukupnya untuk tumbesaran mereka.

Banyak resipi yang telah anda cuba lakukan

di rumah, namun anda juga ada kalanya

rambang mata melihat makanan bayi

komersil yang banyak terdapat di pasaran.

Makanan separa pejal mula diperkenalkan kepada bayi

ketika usia mereka enam bulan. Boleh dikatakan hampir

setiap minggu anda akan menukar menu baru untuk

diperkenalkan kepada bayi anda. Sememangnya, bayi

perlu diberikan pelbagai jenis makanan yang berkhasiat

supaya mereka dapat mengenal bermacam-macam rasa.

Sewaktu mula ingin memperkenalkan makanan bayi, anda

pasti akan berasa keliru sama ada ingin memberikan

makanan homemade yang dibuat sendiri di rumah ataupun

membeli sahaja makanan komersil yang banyak dijual di

kedai dan di pasar raya. Mungkin pada awalnya, anda

bersemangat memberikan makanan yang dimasak sendiri

untuk bayi anda tetapi semakin meningkat bulan usia bayi

anda, anda sudah mula mencari pilihan lain. Tambahan

pula, jika anda merupakan seorang ibu berkerjaya yang

mempunyai kekangan masa untuk menyiapkan makanan

bayi di rumah. Masakan tidak, pulang sahaja dari kerja

anda perlu menyediakan makanan untuk pasangan,

mengemas rumah, membasuh pakaian bayi dan macammacam

lagi perkara yang perlu anda lakukan. Jadi, tidak

hairanlah ada juga ibu-ibu yang memilih jalan memberikan

bayi mereka makanan komersil.

Dalam pada itu, pelbagai pandangan dari ibu bapa lain

tentang pemberian makanan bayi turut menjadi penyebab

anda waswas untuk memberikan makanan bayi komersil

kepada si manja. Jadi, mana satu yang boleh anda ikuti?

Homemade

Makanan yang dibuat di rumah adalah diyakini

selamat untuk bayi kerana anda sendiri

yang mengetahui kandungan atau bahan

yang anda letakkan dalam resipi masakan si

manja. Dengan memasak sendiri, anda dapat

mengawal bahan-bahan yang diperlukan serta

tidak diperlukan untuk tumbesaran bayi anda.

Keselamatan dan kesihatan anak anda diyakini

selamat kerana anda yang akan mengendalikan

sesi memasak. Pastinya, anda akan

memastikan bahan yang anda pilih dikendalikan

dengan betul seperti mencuci sayur-sayuran

dan buah-buahan sebelum memasaknya atau

mungkin anda hanya akan mengukus buah

avokado atau kentang berbanding merebusnya,

bagi mengekalkan khasiat yang ada pada

bahan tersebut.

Semasa pertama kali memperkenalkan makanan

pejal kepada bayi, anda perlu:

1. Perkenalkan satu-satu jenis makanan dalam

beberapa hari sebelum beralih ke makanan baru

yang lain bagi mengenalpasti sama ada bayi

anda ada alahan terhadap makanan tersebut.

2. Jika anak anda tidak mahu menghabiskan satusatu

jenis makanan, cuba memberinya kembali

selepas beberapa hari kerana mungkin dia

belum sesuai dengan makanan yang diberikan.

3. Tidak meletakkan bahan-bahan perasa seperti

gula ataupun garam pada makanan bayi.

4. Makanan yang sesuai diberikan kepada bayi

usia enam bulan ialah makanan separa pejal

seperti puri.

5. Jika bayi masih belum boleh menerima

makanan pejal, cuba campurkan sedikit susu

ibu dalam makanannya.

Makanan komersil

Makanan komersil sering diberikan kepada bayi sebagai

alternatif kepada makanan homemade, terutama bagi ibu

bapa berkerjaya. Di samping menghidangkan bayi dengan

makanan yang dimasak sendiri, tentunya ada ibu bapa

yang telah siap-siap membeli makanan komersil sebagai

persediaan jika anda mempunyai kekangan masa untuk

menyediakan makanan homemade.

Makanan komersil yang lazimnya terdapat di pasaran adalah

seperti bijirin nasi, oat, barli dan puri buah atau sayur.

Rata-rata ibu bapa memilih makanan bayi komersil kerana

mudah untuk disediakan. Namun, terdapat juga kegusaran

pada ibu bapa untuk memberikan anak mereka makanan

komersil. Hal ini kerana banyak khabar angin yang

mengatakan makanan komersil terdapat perasa tambahan,

gluten dan pengawet. Justeru, jika ibu bapa ingin membelikan

si manja makanan komersil, anda perlulah meneliti beberapa

perkara sebelum membelinya.

Periksa label pada bungkusan

Pastikan makanan bayi anda tidak mengandungi bahan

tambahan, perasa dan pewarna tiruan, atau garam dan gula.

Lihat khasiat

Jika anda ingin membeli bijirin untuk bayi lihatlah khasiat

yang terkandung di dalamnya seperti kandungan zat besi atau

sebagainya. Pastikan juga khasiat yang dilabel adalah khas

untuk bayi dan bukannya orang dewasa. Perhatikan juga label

sama ada kandungan bahan terdapat susu lembu atau susu

soya yang mungkin memberi alahan kepada bayi anda.

Beli satu-satu jenis

Sama seperti makanan homemade, makanan komersil

juga hanya perlu diberikan satu-satu jenis sahaja dan tidak

bercampur dengan jenis-jenis lain. Hal ini adalah bagi

mengenal sama ada si manja anda ada memiliki alahan

terhadap satu-satu jenis makanan.

Perhatikan tarikh luput

Perkara paling penting sebelum membeli barang makanan

adalah dengan melihat tarikh luput barang tersebut. Jika

membeli makanan dalam tin, pastikan anda tidak memilih

tin yang mempunyai kesan kemek atau karat kerana

dikhuatiri memberi kesan terhadap kandungan makanan di

dalam tin tersebut.

Organik lebih baik

Biarpun anda ingin membelikan anak anda makanan komersil,

sebaik-baiknya pilihlah makanan yang berasaskan bahan

organik supaya anak anda mendapat khasiat yang sepatutnya.

Ingatlah, makanan komersil hanyalah sebagai pengganti

kepada makanan homemade. Jangan pula terlalu kerap

memberikan si manja makanan komersil walaupun anda telah

melihat khasiat yang terkandung padanya. Sebaik-baiknya,

masakan hasil tangan anda adalah lebih elok diberikan

supaya ikatan antara anda dan bayi lebih bermakna.

32 MamaPapa | April 2015 MamaPapa | April 2015 33

MAMA’S JOURNEY

MAMA’S JOURNEY

Ajar Anak Mengemas

Bermain adalah sangat penting untuk perkembangan kanak-kanak. Secara kasarnya, bermain

membantu kanak-kanak untuk membina keyakinan diri dan belajar mengenal dunia dan sekeliling,

membina hubungan yang akrab dengan keluarga dan rakan-rakan serta sebagai terapi untuk kanakkanak.

Namun, ramai ibu bapa yang kurang gemar melihat anak bermain dek kerana sikap kanakkanak

yang tidak mahu mengemas barang mainan mereka, biarpun telah diajar berkali-kali untuk

menyimpan barang mainan di dalam kotak yang disediakan. Oleh: Aisyah Samsul

Untuk keluaran kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda cara

untuk mendidik anak agar mengemas mainan mereka selepas

bermain. Sebagai ibu yang mempunyai anak-anak kecil, saya

faham akan masalah ibu-ibu yang penat apabila sepanjang

hari ‘terpaksa’ mengemas barang mainan anak-anak.

Sistematik

Saya mula upgrade sistem simpanan mainan mereka secara

berperingkat supaya lebih sistematik. Saya belajar dari mereka

iaitu saya lihat cara mereka bermain dan sistem bagaimana

yang mereka selesa untuk ikut. Semasa upgrade sistem ini,

mereka turut membantu saya mengeluarkan idea. Jadi, kami

sama-sama brainstorm cara untuk menguruskan barang

permainan. Caranya, kami susun ikut kategori permainan.

Menurut Aleeyah, cikgunya akan suruh dia melabel semua

barang-barang. Dan untuk budak-budak seperti Azeem, kita

perlu lukis supaya Azeem boleh tahu. Jadi saya ikut cadangan

dia dan Alhamdulillah, Azeem semakin pandai meletakkan

barang mainan di dalam kotak yang dilabel.

Mudah dibersihkan dan tahan lasak

Saya memilih material rak yang boleh dilap dan dibasuh

supaya mudah untuk saya membersihkannya. Selain itu, saya

juga pastikan rak tersebut tahan lasak.

Sebelum ini, saya akan simpan barang mainan di dalam kotak

atau di atas almari supaya anak-anak cuma boleh bermain

apabila saya keluarkan barang-barang mainan tersebut.

Semuanya disebabkan rasa tidak sanggup untuk mengemas

kembali mainan yang mereka selerakkan. Dan, lazimnya saya

cuma akan membenarkan anak-anak bermain apabila saya

tidak penat.

Walau bagaimanapun, saya sedar adalah tidak wajar untuk

saya halang atau mengehadkan pilihan anak-anak untuk

bermain. Salah satu ciri-ciri permainan yang memberi faedah

kepada kanak-kanak ialah mereka boleh bermain dengan

bebas dan mempunyai ‘kuasa’ untuk membuat keputusan

semasa bermain.

Sebanyak mana saya mahu mereka bebas dalam bermain,

sebanyak itu juga saya mahu rumah tidak nampak seperti

kapal pecah. Berikut merupakan panduan yang boleh dicuba

oleh ibu bapa di rumah:

Aktiviti clean up memang ada dimasukkan

di dalam aktiviti kelas pendidikan awal

kanak-kanak di negara Eropah dan Amerika

Syarikat. Tujuannya supaya kanak-kanak

pandai mengemas sejak dari awal usia.

Sediakan ruang / tempat

Saya sediakan ruang dan tempat khas untuk letakkan barangbarang

mainan mereka, tanpa bercampur-aduk dengan

barang-barang lain di rumah. Kami tidak ada bilik khas

untuk ‘play room‘ jadi barang mainan mereka diletakkan di

dalam bilik tidur. Dulu, saya ‘takut’ hendak letakkan barang

mainan di bilik tidur kerana khuatir mereka asyik bermain.

Bagaimanapun, Alhamdulillah mereka dapat membezakan

waktu bermain dan waktu tidur.

Boleh dicapai dan diuruskan sendiri oleh

anak-anak

Saya mahu anak-anak bermain pada bila-bila masa yang

mereka mahukan (selagi bukan pada waktu solat, tidur

atau makan) serta memilih apa sahaja permainan yang

mereka ingin main. Maka, semua permainan perlu boleh

diambil oleh mereka sendiri dan boleh dikemas sendiri

tanpa memerlukan bantuan saya. Saya membeli rak yang

ketinggiannya adalah sesuai dengan ketinggian kanakkanak

dan rekaannya memudahkan kanak-kanak untuk

menguruskan sendiri permainan mereka.

Selamat

Sudah tentu aspek keselamatan perlu dititikberatkan. Pilih

hujung kotak yang tidak tajam. Selain itu, ada sesetengah rak

yang bahagian atasnya tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak

kecil atau bayi seperti Aqeel. Jadi, di situ, saya boleh letakkan

barang-barang bersaiz kecil.

Training

Hah! Inilah bahagian yang paling mencabar sebenarnya.

Pada awalnya, usaha saya ini memang tidak menjadi kerana

mereka akan memasukkan apa sahaja mainan yang mereka

mahukan ke dalam kotak. Tetapi, saya kena bersabar dan

terus tunjukkan kepada mereka di mana perlu letakkan setiap

permainan. Namun, selepas dua minggu ke sebulan, terdapat

perubahan pada mereka di mana mereka sudah boleh

mengikut sistem tersebut.

Syarat penting!

Pada awalnya, memang saya rasa hendak

kemas sendiri setiap kali anak-anak salah

memasukkan barang mainan. Tetapi, itu

adalah tidak betul kerana saya hendak

mendidik mereka. Maka, mereka sendiri yang

perlu memasukkan mainan tersebut dengan

tunjuk ajar daripada saya.

Konsisten

Ini juga penting. Saya perlu konsisten dalam mendidik mereka

mengemas. Saya sendiri perlu menunjukkan contoh yang baik

seperti mengemas barang-barang saya.

Review

Seperti projek di tempat kerja, sistem ini juga perlu sentiasa

dikaji semula. Apabila sudah agak perlahan keberkesanannya,

saya kena recharge semula anak-anak. Saya perlu lihat apa

yang perlu dilatih semula atau ditingkatkan.

Artikel diambil dari blog Aisyah Saamsul,

https://amomsjourney81.wordpress.com/

34 MamaPapa | April 2015 MamaPapa | April 2015 35

BACAKAN!

BACAKAN!

di bumi seorang diri. Seri

Maya yang terkejut dengan tindakan

kakaknya terus menangis. Seri Maya tidak menyangka

bahawa Seri Dewi mempunyai niat jahat kepadanya kerana

Dua Puteri

Oleh: Noraini Ismail

bagi Seri Maya, kakaknya seorang yang sangat baik hati.

Hujan turun dengan lebatnya, Seri Maya terus menangis. Seri Maya

tidak tahu bagaimana caranya untuk pulang ke negeri Kayangan. Tangisannya

didengari oleh seorang nenek tua . “Siapa anak ini, kenapa anak menangis?”

soal nenek tua itu. Seri Maya terkejut kerana ada manusia yang dapat melihatnya, rupa-rupanya

hari sudah malam. Seri Maya tidak boleh tinggal lama di bumi kerana kuasa saktinya akan hilang dan dia

Di dalam sebuah istana

yang indah di negeri Kayangan, tinggal dua adik-beradik puteri yang sangat cantik

akan menjadi manusia biasa. “Saya tersesat nek,” jawab Seri Maya ringkas. “Kasihan. Nama nenek, nenek

Siah, marilah ikut nenek pulang ke rumah. Baju kamu sudah basah, nanti kamu akan demam jika tidak menukar

Puteri pertama bernama Seri Dewi, puteri yang kedua pula bernama Seri Maya. Seri Dewi adalah kakak kepada Seri

Maya. Seri Maya menjadi pujaan ramai putera kayangan kerana kecantikan dan kelembutannya. Keadaan itu membuatkan

Seri Dewi mencemburui Seri Maya.

Pada suatu hari, Seri Dewi mengajak Seri Maya turun ke bumi untuk bermain

. Seri Maya tidak bersetuju

kerana khuatir dimarahi ayahanda mereka. Namun, Seri Dewi tetap memaksa dan menyatakan bahawa ingin membawa

Seri Maya ke tempat yang lebih menarik. Kerana tidak mahu mengecewakan kakaknya, Seri Maya pun bersetuju

tetapi dengan syarat mereka harus pulang sebelum hari senja. Seri Dewi gembira, namun dalam kepalanya

ada rancangan jahat untuk menyingkirkan Seri Maya dari istana Kayangan.

Seri Dewi dan Seri Maya turunlah ke bumi dengan menggunakan tongkat sakti milik ayahanda

mereka. Seri Maya sangat teruja melihat air terjun yang sangat cantik . Air sungainya mengalir tenang.

Banyak bunga-bunga yang berbau harum di situ. Seri Maya segera menghampiri sungai dan bermain air dengan

kekandanya, Seri Dewi.

“Maya, cantikkan tempat ini? Kanda selalu datang di sini untuk menenangkan fikiran sekiranya ayahanda murka

dengan kanda,” tiba-tiba Seri Dewi bersuara. “Ya kanda Dewi, tempat ini memang cantik, adinda sangat suka

dengan tempat ini.” kata Seri Maya pula. “Dinda, kanda mahu ke sana sebentar ya,” kata Seri Dewi

terus berlalu meninggalkan Seri Maya seorang diri.

Seri Maya segera bangun mengejar kakaknya kerana dia berasa takut

ditinggalkan seorang diri. Tetapi Seri Dewi terus berlari. Seri Maya

menjerit memanggil namanya namun tidak diendahkan. Seri

Dewi segera menggunakan tongkat sakti milik

ayahanda mereka dan pulang ke negeri Kayangan.

Seri Dewi meninggalkan Seri Maya

pakaian,” kata nenek itu lagi. Seri Maya bingkas bangun dan mengikut nenek tua itu. Dalam hatinya masih berasa

sedih dengan perbuatan kakaknya.

Seri Maya tinggal dengan nenek Siah. Nek Siah menjaga Seri Maya dengan penuh kasih sayang. Seri Maya

berasa gembira, selepas sepurnama tinggal di bumi, Seri Maya telah menjadi manusia biasa, dia tidak

lagi mampu mengingati kehidupannya di istana Kayangan. Sepurnama di bumi sama dengan satu hari di

negeri Kayangan.

Di istana Kayangan

, Seri Dewi bersuka ria kerana rancangan jahatnya telah berhasil. Namun, Seri Dewi tidak

menyedari bahawa ayahanda dan bondanya telah mengetahui perbuatannya. “Dewi! Ayahanda tidak menyangka kamu

akan buat begitu kepada adindamu.” Seri Dewi terkejut kerana dimarahi ayahandanya. “Ayahanda, Dewi... Dewi... Dewi minta

maaf ayahanda,” rayu Seri Dewi. “Bonda

mahu kamu turun ke bumi dan bawa pulang semula adindamu. Jika tidak kamu akan

terus dibuang dari negeri Kayangan ini, jadilah kamu manusia biasa di sana!” kata bonda Seri Dewi. Seri Dewi menangis dan merayu

supaya tidak dibuang ke bumi. Tetapi permintaannya tidak diendahkan oleh ayahanda dan bondanya.

Seri Dewi turun ke bumi untuk mencari adindanya Seri Maya, namun tidak jua ketemu. Jauh Seri Dewi berjalan,

berhari-hari lamanya sehinggakan badannya menjadi lemah kerana kuasanya sudah tidak ada lagi. Akhirnya Seri Dewi

rebah. Dia sudah tidak berdaya lagi. Bayang Seri Maya tidak kelihatan. Seri Maya telah pergi jauh. Seri Dewi

menyesal dengan perbuatannya, dia lupa akan kasih sayangnya kepada Seri Maya. Sifat cemburu

dalam dirinya telah memakan diri sendiri. Seri Maya tidak dijumpai, Seri Dewi kekal di

bumi menjadi manusia biasa.

Penulis merupakan graduan bidang

Pendidikan Awal Kanak-kanak

dari Universiti Pendidikan Sultan

Idris dan kini berkhidmat

sebagai guru tadika di Lembah

Klang. Penulis aktif menulis

di blognya, ainismaira87.

blogspot.com

Pengajaran:

Kita hendaklah menjauhi

sifat cemburu, Islam melarang

umatnya berperasaan hasad dengki

dan iri hati. Bahkan, sifat cemburu

tidak memberi manfaat kepada

manusia.

36 MamaPapa | April 2015 MamaPapa | April 2015 37

RESIPI PILIHAN

Puri (Bayi 6 Bulan++)

Proses memperkenalkan makanan pejal adalah perkara yang mencabar buat ibu bapa.

Proses ini harus dilakukan secara perlahan-lahan kerana tidak semua bayi boleh terus

menerima makanan pejal yang diberikan kepada mereka. Ibu bapa perlu bijak memilih

makanan pertama untuk bayi. Pemberian puri adalah yang paling sesuai untuk diperkenalkan

kepada bayi anda kerana teksturnya yang lembut dan halus. Cubalah resipi bernutrisi ini!

Puri Pisang dan Avokado

Bahan-bahan

• 1 pisang bersaiz sederhana

• ½ avokado

Cara penyediaan

1. Kupas pisang dan potong kepada

beberapa bahagian.

2. Buang biji avokado dan potong

kecil.

3. Masukkan dua bahan ini ke

dalam pemproses makanan. Kisar

sehingga menjadi puri.

4. Segera hidangkan dan makan

kerana kedua-dua buah-buahan

ini akan bertukar warna apabila

terdedah lama kepada udara.

Avokado bukan sahaja kaya

dengan Vitamin E yang dapat

meningkatkan sistem imun

badan, bahkan juga mempunyai

kadar kalori yang tinggi,

bersesuaian dengan keperluan

bayi yang sedang membesar.

Puri Labu dan Zukini

Bahan-bahan

• ½ zukini kecil (buang kulit dan

bijinya, serta dipotong kiub)

• 200g labu (buang kulit dan bijinya,

serta dipotong kiub)

Cara penyediaan

1. Letakkan zukini dan labu dalam

pengukus dan kukus selama

20 minit.

2. Masukkan kedua-dua bahan ini

ke dalam pemproses makanan

dan kisar sehingga lumat. Tambah

sedikit air daripada pengukus dan

kacau sehingga sebati.

Labu adalah sejenis sayuran

yang kaya dengan antioksidan

yang tinggi. Labu juga dapat

membekalkan mineral potassium

yang tinggi selain sumber protein

serta zat besi yang membantu

tumbesaran bayi.

Kacang Pis Lenyek

Bahan-bahan

• ½ cawan kacang pis beku

• 2 ubi kentang (kupas kulitnya dan

potong kiub)

Cara penyediaan

1. Masukkan ubi kentang yang sudah

dipotong dadu ke dalam pengukus

dan kukus selama 15 minit

2. Masukkan pula kacang pis beku ke

dalam pengukus dan kukus selama

lima minit

3. Campurkan kedua-dua bahan tadi

ke dalam pemproses makanan dan

kisar sehingga lumat. Tambah sedikit

air dan kacau sebati

4. Hidangkan

38 MamaPapa | April 2015

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Pentingkah

muzik?

Mentaliti masyarakat kita sering mengaitkan muzik sebagai hiburan yang melalaikan dan

memandang enteng akan keperluan muzik dalam kehidupan. Rata-rata ibu bapa menganggap

muzik sebagai bidang picisan dan seboleh-bolehnya tidak mahu anak-anak menjadikan bidang

muzik sebagai profesion. Itu mungkin tanggapan sesetengah pihak. Akan tetapi, tahukah ibu

bapa akan kepentingan muzik dalam perkembangan kanak-kanak?

Ingatkah anda sewaktu kecil dahulu, ibu anda

mendendangkan adik-adik anda dengan alunan zikir atau

lagu-lagu lama yang mendamaikan bagi mendodoikan

bayi tidur? Lihatlah kesannya selepas beberapa ketika ibu

menepuk-nepuk lembut paha bayi sambil mengalunkan irama

indah yang sarat dengan nasihat. Pasti bayi tersebut lena

diulit mimpi.

Kuasa muzik sebenarnya sudah terlihat ketika itu, namun

tidak ramai yang menyedarinya. Malah, banyak kajian yang

dibuat oleh pakar mendapati bayi dalam kandungan juga akan

rasa tenang apabila mendengar muzik yang mendamaikan

mereka. Pakar juga bersetuju bahawa muzik diperlukan untuk

merangsang minda bayi di mana bunyi yang terhasil pada

suara atau alat muzik dapat menjana pertumbuhan sel-sel

neuron dalam otak bayi.

Muzik mempunyai kuasa luar biasa dalam mempengaruhi

emosi bayi dan kanak-kanak. Kebanyakan ibu bapa sedar

irama muzik yang lembut dan mendamaikan mampu

menenangkan bayi yang meragam.

Walau bagaimanapun, pakar turut bersetuju bahawa hanya

muzik yang sesuai boleh diperdengarkan kepada bayi dalam

kandungan dan juga bayi. Muzik yang dipilih perlulah tidak

terlalu kuat sehingga membingitkan telinga bayi itu. Jika

anda memasang mana-mana muzik dengan bunyi yang

kuat, bukan bayi sahaja yang akan terkejut, malah orang

dewasa juga pasti tidak gemar mendengar bunyi bingit yang

memekakkan telinga.

Belajar melalui muzik

Muzik memainkan peranan penting dalam mempercepatkan

perkembangan otak bayi dan kanak-kanak. Cubalah membuat

eksperimen kepada kanak-kanak bagi melihat kesan muzik.

Contohnya, ajar anak anda menyebut A, B, C dan seterusnya

selama tiga hari berturut-turut. Lihatlah kesannya selepas

tiga hari. Adakah anak anda boleh menyebut A, B, C dengan

lancar mengikut turutan? Kemudian, cuba pula mengajar anak

anda menyebut A, B, C sehingga Z dalam bentuk nyanyian.

Tidak mustahil, dalam masa satu hari anak anda lancar

menyanyikan lagu ABC.

Semua rangsangan stimulasi ini menunjukkan muzik dapat

merangsang minda anak anda untuk berkembang dengan sihat.

MamaPapa | April 2015

39

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Kreativiti penting dalam setiap diri kanak-kanak kerana

ia menyediakan mereka peluang untuk berjaya dan

meningkatkan perasaan yakin diri.

Bermain dan mencipta muzik adalah proses berhubung

yang dapat merangsang setiap sudut dalam otak individu.

Justeru itu, tidak hairanlah jika muzik juga dapat membantu

dalam mengembangkan kemampuan individu untuk

menjadi lebih kreatif.

Ibu bapa boleh memupuk minat terhadap

muzik dalam diri anak-anak melalui:

1. Memasang atau memainkan muzik di rumah-

Dedahkan bayi anda dengan pelbagai genre

muzik. Mainkan muzik secara sederhana semasa

bersama dengan bayi anda.

Mula lebih awal

Selain mendengar irama lagu, kanak-kanak juga digalakkan

untuk mempelajari instrumen muzik bagi merangsang

perkembangan mereka.

Anda tidak perlu menunggu anak anda berada di sekolah

rendah atau menengah untuk mula menghantar mereka ke

sekolah muzik, sebaliknya pembelajaran instrumen muzik

adalah digalakkan untuk bermula seawal usia mereka

tiga tahun.

Hal ini kerana semasa kecil lagi otak mereka sudah

berkembang dan mudah menerima pembelajaran muzik

ketika ini.

2. Menyanyi bersama- Jika anak anda sudah

boleh bertutur, anda boleh mengajaknya untuk

mengikut anda menyanyi bersama-sama.

Nyanyian dapat membantu anak anda untuk

belajar bahasa.

3. Menggalakkan anak belajar muzik di sekolah-

Setiap sekolah pasti mempunyai mata pelajaran

muzik. Galakkan anak anda untuk turut

serta dalam pembelajaran muzik di kelasnya.

Pembelajaran muzik bersama rakan-rakan dapat

membantu memupuk kemahiran koordinasi dan

kreativiti kanak-kanak.

Kebanyakan kanak-kanak empat hingga lima tahun cukup

gemar menikmati muzik dan sudah boleh belajar asas

bermain instrumen. Malah, pembelajaran muzik sejak awal

juga dapat memupuk minat kanak-kanak terhadap muzik

secara berterusan.

Kanak-kanak yang mempelajari instrumen muzik juga dapat

dididik menjadi individu yang berdisiplin, meningkatkan

tahap memori mereka serta kemahiran matematik.

Selain muzik dianggap sebagai terapi, muzik dapat

meningkatkan tahap keyakinan dalam diri kanak-kanak

selain mengurangkan rasa takut di atas pentas.

Didik lebih kreatif

Kebanyakan orang percaya kreatif itu adalah anugerah

yang sudah dilahirkan sejak azali lagi. Adakah anda pernah

mendengar orang berkata, ‘budak itu memang dilahirkan

kreatif’. Padahal sebaliknya, pakar percaya setiap kanakkanak

itu dilahirkan mempunyai keupayaan atau bakat

semula jadi untuk menjadi kreatif.

40 MamaPapa | April 2015

E-PINTAR

5 Aplikasi

untuk Bakal Ibu

Teknologi jika digunakan dengan

bijak dapat memberi manfaat kepada

penggunanya. Bagi bakal ibu yang sedang

merancang untuk hamil atau sedang

hamil, anda boleh muat turun lima

aplikasi bermanfaat sebelum dan semasa

kehamilan. Semuanya boleh didapati

menerusi telefon pintar android anda!

Pregnancy Test Dr Riz

Aplikasi

Percuma

Period Calendar / Tracker

Period Calendar ialah aplikasi khas yang

boleh didapati oleh pengguna Android untuk

mengesan perjalanan haid anda. Aplikasi

ini membantu para wanita mengetahui

waktu ovulasi, waktu subur dan membantu

menyusun perjalanan peribadi anda.

Aplikasi ini juga boleh digunakan sebagai

diari peribadi bagi wanita yang merancang

untuk hamil.

Aplikasi

Percuma

Aplikasi Pregnancy Test Dr Riz

direka untuk para wanita yang ingin

mengetahui sama ada mereka

benar-benar hamil. Aplikasi ini akan

memberitahu keputusan mengikut

simptom-simptom dan tanda-tanda

kehamilan yang anda alami.

Anda dikehendaki menjawab soalan

mengenai kehamilan yang disediakan

oleh Doktor Riz. Pada akhir kuiz, aplikasi

ini akan memaparkan skor peratusan

berdasarkan jawapan anda.

Aplikasi

Berbayar:

RM13.97

WomanLog Pregnancy Pro

Aplikasi ini berfungsi sebagai kalendar

kehamilan untuk wanita. Antara ciri-ciri

yang terkandung dalam aplikasi WomanLog

Pregnancy Pro ini ialah kalendar kehamilan,

informasi mingguan tentang kehamilan,

simptom-simptom kehamilan, pengesanan

berat badan, masalah kulit semasa hamil,

temu janji bersama doktor, perkembangan

janin dan banyak lagi.

Pregnancy Tracker

Prenatal Workouts by Power 20

Aplikasi

Percuma

Adakah anda sedang cuba untuk hamil

atau adakah anda baru sahaja disahkan

hamil dan tidak tahu apa yang akan

berlaku sepanjang kehamilan anda?

Jangan risau aplikasi ini membekalkan

anda dengan informasi tentang perkara

yang berlaku sepanjang kehamilan

mulai minggu demi minggu, dan

trimester demi trimester.

Aplikasi

Berbayar:

RM9.45

Ingin kekal cergas dan kuat walaupun

semasa hamil? Pelajari aktiviti senaman

semasa hamil melalui aplikasi Prenatal

Workouts by Power 20 bagi mempersiapkan

badan anda untuk kelahiran. Versi lengkap

ini menyediakan anda senaman yang boleh

dilakukan pada setiap trimester. Aktiviti

yang disediakan selamat untuk bakal

ibu dan bayi kerana ditunjuakkan oleh

pengajar yoga pranatal.

MamaPapa | April 2015

41

KLIK-KLIK

KLIK-KLIK

Yeo’s perkenalkan Yeo’s Yeogurt

KUALA LUMPUR - Syarikat minuman terkemuka, Yeo Hiap Seng

(Malaysia) Berhad (Yeo’s) memperkenalkan Yeo’s Yeogurt, iaitu

minuman tanpa perlu didinginkan yang mengandungi susu dan

asid laktik.

Ketua Pegawai Operasi Yeo’s, Ong Chay Seng berkata, Yeo’s

Yeogurt dirumus khas sebagai minuman yang sedia diminum

dan berkhasiat untuk sistem penghadaman yang sihat.

“Keunikan Yeo’s Yeogurt adalah minuman ini tidak perlu

disejukkan dan akan kekal segar walaupun disimpan di dalam

suhu bilik,” katanya.

Seiring dengan pelancaran minuman baru itu, Yeo’s turut

mengumumkan peraduan ‘Yeo’s Yeogurt Drink & Win’ yang

berlangsung selama 10 minggu dari 12 Mac sehingga 22 Mei 2015.

Maklumat lanjut mengenai peraduan ini boleh didapati di laman

www.yeos.com.my/drinknwin.

Tiada lagi ngilu pada gigi

PETALING JAYA - GlaxoSmithKline Consumer Healthcare Sdn

Bhd (GSK CH), melancarkan Festival Sensodyne ‘Tiada Ngilu,

Hidup Ceria’ bagi menggalakkan masyarakat Malaysia untuk

mengatasi masalah gigi sensitif.

Festival yang diadakan ini adalah kesinambungan daripada

kempen ‘Tiada Ngilu, Hidup Ceria’ yang berlangsung pada

tahun lepas.

Pengurus Pemasaran Kesihatan Oral GSK Consumer

Healthcare Malaysia, Wallace Granja berkata, masalah gigi

sensitif di Malaysia adalah sangat tinggi iaitu sebanyak 87%

masyarakat negara ini sedar akan keadaan gigi sensitif.

Justeru itu, bagi mengelakkan penghidap gigi sensitif

daripada menghindari makanan kegemaran mereka, kempen

Sensodyne ‘Tiada Ngilu, Hidup Ceria’ dilancarkan supaya

rakyat Malaysia boleh mengatasi masalah gigi sensitif dan

seterusnya menikmati makanan kegemaran mereka termasuk

makanan sejuk dan manis.

Belajar muzik lebih awal di Yamaha Music

PETALING JAYA - Menurut kajian, kanak-kanak sudah boleh

menerima pembelajaran muzik seawal usianya 3 tahun.

Membesar di persekitaran yang terdedah kepada muzik

selalunya memberi banyak manfaat kepada perkembangan

kanak-kanak.

Sedar akan manfaat muzik terhadap kanak-kanak, Yamaha

Music memperkenalkan pendidikan muzik untuk kanakkanak

muda bagi membina keyakinan diri, kerjasama dan

memantapkan kemahiran mendengar dan mengingat.

Menyediakan Program Muzik Junior untuk kanakkanak

kecil, program ini direka untuk mengembangkan

keupayaan muzik semula jadi yang ada dalam diri kanakkanak

di samping menerapkan elemen muzik sebagai

perkara yang menghiburkan.

Program Muzik Junior turut membolehkan kanak-kanak

untuk menerokai dunia sekeliling mereka menerusi muzik,

pergerakan dan bermain.

Atasi masalah nafas berbau

PETALING JAYA - Mulut adalah pintu utama untuk

patogen mula bertemu dengan berbillion-billion bakteria.

Mikroorganisma di dalam mulut kita adalah agen pertahanan

barisan pertama terhadap patogen dan adalah sebahagian

penting daripada sistem imunisasi kesihatan kita.

Jika keseimbangan kesihatan bakteria mulut terganggu akibat

tekanan, terdedah kepada penyakit atau antibiotik, ia akan

terus mengakibatkan masalah seperti bau nafas busuk dan

lain lain.

Bagi mengatasi masalah bau mulut, saintis menggalakkan

pengambilan satu dos Streptococcus salivarius K12 sehari

yang berupaya menjaga kesihatan mulut dan tekak.

Pegawai Nutrisi Sains untuk Stratum Nutrition, Pengurusan

Antarabangsa Novus, Dr. Karsten Brandt berkata,

Streptococcus salivarius K12 juga boleh membantu melindungi

gerbang kesihatan badan kita selain menguatkan sistem

imunisasi dan menggalakkan nafas segar.

Justeru itu, BiO-LiFE ® memperkenalkan BiO-LiFE ® Oralbiotix

K12 yang mengandungi Streptococcus salivarius K12 probiotik

untuk rongga mulut dan saluran atas pernafasan.

BiO-LiFE ® Oralbiotix K12 dijual dalam bentuk lozeng dengan

harga RM79.90 untuk 30 lozeng.

Siri jelajah kesedaran buah pinggang

PETALING JAYA - Bagi menyambut ulang tahun ke-10 Hari Buah

Pinggang Sedunia, Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia

(NKF) meraikannya dengan mengadakan siri jelajah kesihatan

selama sebulan di empat lokasi.

Siri jelajah kesihatan ini bertujuan untuk mendapatkan sokongan

masyarakat bagi melawan penyakit yang disebabkan oleh ginjal.

Siri pertama berlangsung pada 28 Februari lalu yang bertempat

di Sunway Pyramid. Turut hadir, Timbalan Menteri Pelajaran, P.

Kamalanathan dan Pengerusi NKF, Dato Dr Zaki Morad.

Pada siri jelajah tersebut, orang awam berpeluang mendapatkan

pemeriksaan kesihatan secara percuma, pameran kesihatan dan

persembahan daripada pelajar-pelajar Universiti Lim Kok Wing.

100 kanak-kanak dapat vaksin Pneumokokal

KELANA JAYA - Seramai 100 orang kanak-kanak

diberikan vaksin Pneumokokal pada Karnival Keluarga

Sihat yang berlangsung di Desa Mentari.

Bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang

kepentingan pemberian vaksin ini terhadap komuniti

berpendapatan rendah, Parenting2u bersama Ahli

Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen turun padang untuk

pemberian vaksin tersebut.

Wong Chen berkata, kesedaran tentang bahaya penyakit

Pnemokokal di kalangan kanak-kanak berumur bawah

5 tahun adalah di tahap yang membimbangkan di mana

70 hingga 80 peratus kanak-kanak di Malaysia ini tidak

mendapat perlindungan penyakit Pneumokokal.

“Kami menggesa kerajaan untuk memasukkan vaksin ini

ke dalam Program Imunisasi Kebangsaan supaya semua

kanak-kanak mendapat perlindungan daripada penyakit

ini dan hidup dengan sihat,” katanya.

42 MamaPapa | April 2015 MamaPapa | April 2015 43

Untuk

40 Pelanggan

Pertama Sahaja!

Langgan MamaPapa

dan anda berpeluang

memenangi hadiah

misteri bernilai RM69.90

KINI ANDA TIDAK AKAN LAGI TERTINGGAL

SETIAP KELUARAN MAMAPAPA!

SEGALANYA YANG PERLU ANDA TAHU

TENTANG KESUBURAN, KEHAMILAN,

PENJAGAAN BAYI DAN KANAK-KANAK

ADA DI DALAM MAMAPAPA.

LANGGAN

Ya, saya mahu melanggan majalah MamaPapa

□ 12 keluaran (1 tahun) MamaPapa berharga RM72 (penghantaran PERCUMA*)

□ 24 keluaran (2 tahun MamaPapa berharga RM144 (penghantaran PERCUMA*)

*dalam Malaysia sahaja

SILA LENGKAPKAN KETERANGAN DI BAWAH DALAM HURUF BESAR

Nama (Encik/ Puan/ Cik)__________________________________________________

Alamat________________________________________________________________

______________________________________________Poskod___________________

Pekerjaan______________________________________Jantina________Umur_____

Tel______________________Email_________________________________________

Langganan bermula daripada_________________sehingga_____________________

Isi borang di atas bersama cek dan kirimkan ke:

MamaPapa, N-2-6, Plaza Damas, 60, Jalan Sri Hartamas 1, Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia.

Tel: +603-6203 2522 Faks: +603-6203 4522 Email: info@acepremier.com

Bayaran langganan tidak akan dipulangkan. Hadiah adalah terhad, sementara stok masih ada.

CARA PEMBAYARAN

1. Cek/ Draf Bank no. __________________

RM ___________________________________

(Dibayar kepada AcePremier.com Sdn Bhd)

ATAU

2. PEMINDAHAN WANG

Maybank 5144-8611-2071

(AcePremier.com Sdn Bhd)

Tandatangan

Tarikh

HADIAH LANGGANAN

□ Saya akan mengambil sendiri hadiah langganan saya

□ Hadiah langganan boleh diposkan ke rumah saya. Saya

sertakan RM10 sebagai bayaran pos

□ Saya akan hantar wakil untuk mengambil hadiah

langganan saya

Nama ___________________________________________________________

No. I/C

MajalahMamaPapa

TAHUN

EKSPO

IBU

DAN

DAN

BAYI

PILIHAN

TERBESAR

6% GST

DITANGGUNG

OLEH PEMPAMER TERPILIH

SEMPENA DENGAN

TEMPOH PERTANDINGAN DARIPADA

1 FEB HINGGA 29 MAR

MASUK PERCUMA | 11 PAGI - 9 MALAM

PUTRA WORLD TRADE CENTRE

MENYERTAI PERADUAN FACEBOOK

EG FAMILY LOVE

MUSIM KEDUA

PERTANDINGAN AKHIR

AHAD 5 APRIL 2015 DI PENTAS UTAMA MBK

NASIHAT PERCUMA OLEH PAKAR

Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!