30.10.2018 Views

MamaPapa Jun2018

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Advertorial

BERHENTI GUNA

KONTRASEPSI:

BAGAIMANA INGIN

HAMIL SEMULA?

Jika anda baru sahaja berhenti (atau merancang untuk

berhenti) daripada menggunakan kaedah pencegahan

kehamilan bagi membolehkan anda hamil, ketahui

langkah-langkah yang perlu diikuti untuk merealisasikan

hasrat anda.

LANGKAH 1: BERHENTI GUNA KAEDAH

PENCEGAH HAMIL

Biar apapun alat, suntikan atau ubat pencegah kehamilan

yang anda ambil, anda perlu berhenti menggunakannya jika

ingin hamil. Walau bagaimanapun, kitaran haid anda akan

mengambil sedikit masa untuk kembali normal selepas

berhenti kontrasepsi.

LANGKAH 2: PERSIAPKAN TUBUH ANDA

Sebaik sahaja anda berhenti daripada mengambil kaedah

pencegah kehamilan, anda sudah boleh mencuba untuk

hamil kerana badan anda sudah kembali subur. Namun,

berapa cepat atau lambat tempoh untuk anda kembali

subur bergantung kepada kaedah pencegah kehamilan

yang anda gunakan. Selain itu, faktor umur, kesihatan dan

kitaran haid yang tidak tetap juga mempengaruhi kesuburan

anda. Bagi mempersiapkan tubuh anda untuk hamil, anda

perlu mengambil asid folik, vitamin pranatal, makan

makanan seimbang dan juga melakukan aktiviti fizikal.

LANGKAH 3: LAKUKAN PADA WAKTU YANG TEPAT

Penting bagi setiap wanita yang sedang merancang untuk

hamil mengetahui akan hari subur mereka bagi meningkatkan

peluang kehamilan. Hari subur adalah di mana telur wanita

akan pergi ke tiub falopio. Jika sperma bersenyawa dengan

telur pada hari subur, maka kemungkinan besar wanita itu

akan hamil. Terdapat banyak cara untuk mengenali hari

subur seseorang wanita, namun cara yang tepat untuk

mengetahuinya adalah dengan menggunakan kit ujian

kesuburan. Jenama kit kesuburan dan kehamilan terkenal,

Clearblue membantu anda mendapatkan keputusan yang

jelas dan tepat dalam bentuk digital.

KENALI HARI SUBUR DENGAN CLEARBLUE

Clearblue Digital Ovulation Test memudahkan anda

mengenal pasti dua hari paling subur dalam kitaran haid

anda dengan ketepatan sehingga 99% untuk mengesan

kehadiran lonjakan LH dalam ujian air kencing. Kit ini

menunjukkan keputusan yang jelas dalam bentuk digital

seperti di bawah:

HAMIL@TIDAK?

Jika kit ujian kesuburan menunjukkan tanda ini,

bermakna tiada lonjakan LH pada air kencing anda.

Jika kit ujian kesuburan menunjukkan tanda ini,

bermaksud lonjakan LH positif dikesan pada air

kencing anda. Jadi, manfaatkan tempoh ini untuk

meningkatkan peluang kehamilan anda.

Penantian satu penyiksaan! Dengan Clearblue Digital

Pregnancy Test with Conception Indicator, anda tidak perlu

menunggu sehingga tiba hari haid untuk melakukan ujian

kehamilan. Lakukan ujian kehamilan seawal empat hari

sebelum kedatangan haid anda kerana kit kehamilan ini cukup

sensitif untuk mengesan hormon kehamilan, hCG dalam air

kencing. Malah, anda juga boleh mengetahui usia kehamilan

dengan menggunakan kit ini. Dengan Clearblue, anda tidak

perlu waswas lagi dengan keputusan anda untuk hamil!

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di: Email: info@germax.com.my Careline: 03-6151 6629 Website: my.clearblue.com

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!