30.10.2018 Views

MamaPapa Jun2018

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

PENA PENGARANG

GST, HARI BAPA DAN

SAMBUTAN LEBARAN

Pemansuhan Cukai Barangan dan

Perkhidmatan (GST) yang berkuatkuasa

pada 1 Jun ini sudah pasti menjadi

antara topik hangat rakyat Malaysia.

Mana tidaknya, sejak cukai 6 peratus ini

diperkenalkan, ramai yang merungut

kerana menganggap ia sebagai punca

utama kenaikan harga sebahagian besar

barangan dan perkhidmatan di negara ini.

Justeru, berita pemansuhan GST disambut

meriah oleh ramai pihak termasuk juga

golongan ibu bapa. Apatah lagi, keputusan

pemansuhan ini dibuat semasa bulan raya

tahun ini. Lagi bertambah seronoklah mak

bapak untuk berbelanja bagi persediaan

menyambut Syawal. Jika tahun lepas baju

raya hanya sepasang seorang, tahun ni,

ayah up jadi dua pasang seorang. Itu baru

tentang pakaian, belum lagi masuk tentang

barang-barang dapur untuk raya. Beras

pulut, nasi impit, kacang tanah, daging,

ayam, tepung- ini semua barang-barang

penting untuk menyambut raya. Tanpa

barang-barang ni tak jadi raya nanti (okay,

ini gurau!) Buat mak bapak, bersedialah

untuk menambah amaun duit raya nanti.

Jangan nanti anda diperli oleh budak-budak

apabila melihat jumlah duit raya yang

diberi sama seperti zaman GST (Hahaha ini

pun gurau.) Jangan dilupa juga, pada raya

ketiga kita akan menyambut Hari Bapa.

Ini juga peluang untuk ibu dan anakanak

berpakat membawa ayah makan di

restoran. Terhibur juga hati ayah selepas

banyak melabur untuk hari raya. Salam

Aidilfitri dari kami team

majalah MamaPapa.

Terima kasih.

Salam sayang,

Nazrah

Boleh didapati di

ISI KANDUNGAN

MAMAPAPA

8 Eksklusif Datuk Fazley

Yaakob Bersama Baby

Girlnya, Alayna Selma

14 Keperluan Nutrisi Anak

18 Kenali Tubuh Subur @ Tidak?

20 Elak Komplikasi Semasa Hamil

22 Berpantang Dengan Suami

24 Masalah Sakit Puting

26 Fungsi Asid Folik

MANJA

28 Gangguan Perkembangan

Neuro Kanak-kanak

32 Resipi Raya Mudah & Cepat

37 Bayi Tersedak Susu

40 Fesyen Bayi Santai Raya

GAYA HIDUP

41 E-hiburan Untuk Si Kecil

42 Gaya Raya Selebriti

PENGHIAS KULIT:

Datuk Fazley Yaakob &

Alayna Selma

Pakaian: Koleksi Peribadi

Datuk Fazley Yaakob, Poney,

Trudy & Teddy

Foto: Shahrul Izzat

Diterbit oleh:

AcePremier.com Sdn Bhd (829271-K)

N-2-6, Plaza Damas,

60, Jalan Sri Hartamas 1,

Sri Hartamas,

50480 Kuala Lumpur, Malaysia.

Tel: +60 3 6203 2522

Fax: +60 3 6203 4522

Email: info@acepremier.com

Penerbit

John Lim

Pengarang

Nazrah Nazarudin

Penyumbang artikel:

Dr. Haw Wan Lye

Dr. Kenneth Looi Chia Chuin

Dr. Rajini Sarvanthan

Dr. Charlotte Jane Joseph

Pereka Grafik

Haziatul Shima

Pengurus Pengiklanan

Fiona Lim

Adeline Chin

Pencetak

Times Offset (M) Sdn Bhd

Bangunan Times Publishing

Lot 46 Subang Hi-Tech

Industrial Park, Batu Tiga,

40000 Shah Alam Selangor

Pengedar

Pansing Marketing Sdn Bhd

Sekalung penghargaan kepada:

To’ Puan Dr. Maziah Ahmad Mahidin,

Dr. Agilan Arjunan, Dr. Nazrul Neezam Nordin,

Dr. Fahisham Taib, Dr. Kenneth Looi Chia

Chuin, Dr. Tee Shwu Hoon, Jessie Foo Xiang Yi,

Saw Bee Suan, DoktorBudak.com dan LPPKN.

Majalah MamaPapa diterbitkan 12 kali setahun

(setiap bulan) oleh AcePremier.com Sdn. Bhd.

MAMAPAPA mengalu-alukan pendapat

dan cadangan anda. Emailkan kepada

majalahmamapapa@gmail.com

Kenyataan

Semua material penerbitan dalam buku ini adalah

untuk rujukan sahaja. Pembaca diingatkan untuk

tidak menggunakan maklumat di dalam buku ini

sebagai ganti kepada konsultasi dan penjagaan

kesihatan profesional. Walaupun kajian dan semakan

telah dilakukan sebelum mengeluarkan maklumat

yang terdapat di dalam buku ini, namun pihak

penerbitan, pengarang, penasihat dan agen tidak

dengan mana-mana cara bertanggungjawab di atas

sebarang kesalahan, pengecualian atau ketidaktepatan

maklumat dalam bahan penerbitan ini sama ada

terhasil disebabkan kecuaian atau sebagainya, atau

sebarang akibat yang disebabkan olehnya. Rangkuman

atau pengecualian terhadap mana-mana produk juga

tidak bermakna pihak penerbitan menyokong atau

menolak penggunaannya sama ada secara keseluruhan

atau khusus.

Pengeluaran iklan adalah tertakluk kepada persetujuan

pihak penyunting dan tidak terpengaruh kepada

kandungan editorial atau penyampaiannya. Pihak

penerbit, pengarang, penasihat dan agen tidak

menjamin, secara langsung atau tidak langsung,

kualiti atau keberkesanan sebarang produk atau

perkhidmatan yang digambarkan dalam iklan atau

sebarang material yang dipaparkan.

Sila hubungi Pengarah, John Lim di

info@acepremier.com atau +603-6203 2522 untuk

urusan perniagaan dan usahasama.

Hak Cipta Terpelihara

Copyright © 2018. AcePremier.com Sdn Bhd.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!