Sirah - Pendahuluan
Transform your PDFs into Flipbooks and boost your revenue!
Leverage SEO-optimized Flipbooks, powerful backlinks, and multimedia content to professionally showcase your products and significantly increase your reach.
PENDAHULUAN

Siri buku Ilmu Syariah ini dihasilkan bagi memenuhi keperluan membina dan

membentuk peribadi muslim yang memahami, mengamalkan dan menghayati Islam

secara menyeluruh. Kandungan buku-buku ini sangat sesuai bagi para pembaca yang

ingin memahami dan menghayati Islam sebagai cara hidup, serta melaksanakan

tanggungjawab sebagai ‘abid dan khalifah Allah di bumi.

Membentuk Insan Rabbani

Penerapan ciri-ciri Insan Rabbani dalam penyusunan siri buku Ilmu Syariah ini

bertujuan menghasilkan insan yang cemerlang dan bertaqwa bukan sahaja dengan

kejayaan di dunia, malah mendapat keredaan di sisi Allah SWT.

Terdapat tiga tujuan Insan Rabbani iaitu:

1. ‘Abid (Beribadah)

2. Khalifatullah fil ard (Khalifah Allah di bumi)

3. ‘Amir (Memakmurkan Bumi)

Bagi memudahkan pembentukan ketiga-tiga tujuan tersebut, sebanyak 11 ciri-ciri

Insan Rabbani telah dikenalpasti (Rujuk gambar rajah di bawah).

INSAN RABBANI

A'bid (Ibadah)

Khalifatullah fil

ard (Khalifah)

A'mir (Isti'mar)

1. Jasmani yang Cergas

2. Qalbu yang Sejahtera

3. Rohani yang Teguh

4. Aqidah yang Benar

5. Ibadah yang Betul

6. Akhlak yang Mulia

7. Pengetahuan yang Luas

& Kefahaman yang Mendalam

8. Hikmah yang Ketara

9. Kepimpinan & Pengurusan

yang Berwibawa

10. Dakwah yang Istiqamah

11. Rahmatan Lil A'lamin

Oleh itu, dengan memiliki siri buku Ilmu Syariah ini diharapkan para pembaca dapat

menghayati ciri-ciri Insan Rabbani dalam kehidupan harian secara praktikal hingga

lahirnya insan yang diredai Allah, serta berjaya di dunia dan di akhirat.
BUKU-BUKU DALAM SIRI INI

Siri buku ini terdiri daripada lima mata pelajaran, iaitu:

Tafsir

Juz 30

Syarah Hadis 40

Imam Nawawi

Akidah

Islamiah

Fiqh

Ibadah

Sirah

Rasulullah SAW

Setiap mata pelajaran di dalam siri ini mempunyai buku teks dan buku aktiviti

sebagai pengukuhan. Buku aktiviti tersebut merangkumi pelbagai aspek

pembelajaran seperti aktiviti di dalam kelas, di rumah dan bersama masyarakat.

Antara kelebihan yang terkandung di dalam buku-buku ini adalah:

Penerapan penghayatan Islam yang holistik berteraskan ciri-ciri Insan Rabbani.

Kosa kata ejaan jawi rumi yang terkini.

Perbincangan isu permasalahan semasa dengan pandangan ulama muktabar.

Mempunyai segmen-segemen menarik seperti Cetusan Minda, Jendela Ilmu,

Kosa Kata, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan Imbas Kembali.

Kod QR bacaan sebagai panduan untuk pembacaan teks dan maklumat

tambahan.

Dilengkapi dengan penilaian kefahaman serta cadangan aktiviti di dalam kelas,

di rumah bersama keluarga dan masyarakat.
Sirah Rasulullah SAW

Buku ini mengandungi peristiwa sebelum kelahiran Rasulullah SAW bagi

mengambarkan kehidupan masyarakat ketika itu. Buku ini juga disisipkan dengan

ciri insan rabbani, pembelajaran alaf 21, aktiviti dirumah bersama keluarga dan aktiviti

bersama masyarakat bagi menyediakan ruang pembelajaran interaktif bagi pelajar.

Dalam menghasilkan siri buku Sirah Rasulullah SAW ini, panel penyusun telah

merujuk buku-buku seperti berikut:

1. Sirah Nabawiyah ulasan kejadian dan Analisa peristiwa perjalanan hidup

Nabi Muhammad SAW oleh Dr. Ali Muhammad Ash-Shalabi.

2. Ar-Rahik Al-Makhtum oleh Syaikh Shafiyurahhman Al-Murakfuri.

3. Sirah Nabawiyyah Sejarah lengkap kehidupan Rasulullah SAW

oleh Ibnu Ishaq.

Kami mengucapkan rasa syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan taufik dan

hidayahnya, kami berjaya menyempurnakan penulisan buku teks Sirah Rasulullah

SAW siri 1.
PENGENALAN IKON

Berikut adalah pengenalan terhadap ikon-ikon kepada segmen yang terdapat

di dalam buku-buku Siri Ilmu Syariah ini.

CETUSAN MINDA

Cetusan persoalan

dan ingin tahu

di awal bab.

CIRI INSAN RABBANI

Pembentukan dan

penerapan ciri-ciri

Insan Rabbani

berdasarkan

tajuk Pelajaran.

PANDUAN

Panduan berkaitan

tajuk perbincangan

di setiap muka surat.

IMBAS KEMBALI

Rumusan terhadap

Pelajaran yang

telah dilalui bagi

setiap bab.

كوسا كات

KOSA KATA

Transliterasi

perkataan ejaan jawi

kepada tulisan rumi.

PENILAIAN

Penilaian tahap

kefahaman melalui

soalan-soalan

di akhir bab.

JENDELA ILMU

Maklumat

Tambahan yang

berkaitan topik dari

sumber pelbagai.

AKTIVITI

Aktiviti pengukuhan

berpandukan PAK21

secara individual

atau berkumpulan.

KBAT

Segmen yang

merangsang

Kemahiran berfikir

aras tinggi.

AKTIVITI

DALAM

MASYARAKAT

AKTIVITI

DI RUMAH

AKTIVITI

DALAM KELAS

Perlaksanaan aktiviti di bilik darjah,

di rumah dan dalam masyarakat.