20.03.2024 Views

Fiqah - Pendahuluan

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

PENDAHULUAN

Siri buku Ilmu Syariah ini dihasilkan bagi memenuhi keperluan membina dan

membentuk peribadi muslim yang memahami, mengamalkan dan menghayati Islam

secara menyeluruh. Kandungan buku-buku ini sangat sesuai bagi para pembaca

yang ingin memahami dan menghayati Islam sebagai cara hidup, serta

melaksanakan tanggungjawab sebagai ‘abid dan khalifah Allah di bumi.

Membentuk Insan Rabbani

Penerapan ciri-ciri Insan Rabbani dalam penyusunan siri buku Ilmu Syariah ini

bertujuan menghasilkan insan yang cemerlang dan bertaqwa bukan sahaja dengan

kejayaan di dunia, malah mendapat keredaan di sisi Allah SWT.

Terdapat tiga tujuan Insan Rabbani iaitu:

1. ‘Abid (Beribadah)

2. Khalifatullah fil ard (Khalifah Allah di bumi)

3. ‘Amir (Memakmurkan Bumi)

Bagi memudahkan pembentukan ketiga-tiga tujuan tersebut, sebanyak 11 ciri-ciri

Insan Rabbani telah dikenalpasti (Rujuk gambarajah di bawah).

INSAN RABBANI

A'bid (Ibadah)

Khalifatullah fil

ard (Khalifah)

A'mir (Isti'mar)

1. Jasmani yang Cergas

2. Qalbu yang Sejahtera

3. Rohani yang Teguh

4. Aqidah yang Benar

5. Ibadah yang Betul

6. Akhlak yang Mulia

7. Pengetahuan yang Luas

& Kefahaman yang Mendalam

8. Hikmah yang Ketara

9. Kepimpinan & Pengurusan

yang Berwibawa

10. Dakwah yang Istiqamah

11. Rahmatan Lil A'lamin

Oleh itu, dengan memiliki siri buku Ilmu Syariah ini diharapkan para pembaca dapat

menghayati ciri-ciri Insan Rabbani dalam kehidupan harian secara praktikal hingga

lahirnya insan yang diredai Allah, serta berjaya di dunia dan di akhirat.

BUKU-BUKU DALAM SIRI INI

Siri buku ini terdiri daripada lima mata pelajaran, iaitu:

Tafsir

Juz 30

Syarah Hadis 40

Imam Nawawi

Akidah

Islamiyah

Fikah

Ibadah

Sirah

Rasulullah SAW

Setiap mata pelajaran di dalam siri ini mempunyai buku teks dan buku aktiviti

sebagai pengukuhan. Buku aktiviti tersebut merangkumi pelbagai aspek

pembelajaran seperti aktiviti di dalam kelas, di rumah dan bersama masyarakat.

Antara kelebihan yang terkandung di dalam buku-buku ini adalah:

Penerapan penghayatan Islam yang holistik berteraskan ciri-ciri Insan Rabbani

Kosa kata ejaan jawi rumi yang terkini

Perbincangan isu permasalahan semasa dengan pandangan ulama muktabar

Mempunyai segmen-segemen menarik seperti Cetusan Minda, Jendela Ilmu,

Kosa Kata, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan Imbas Kembali

Kod QR bacaan sebagai panduan untuk pembacaan teks

dan maklumat tambahan

Dilengkapi dengan penilaian kefahaman serta cadangan aktiviti di dalam kelas,

di rumah bersama keluarga dan masyarakat

Fikah Ibadah

Buku Fikah Ibadah Siri 1 mengandungi satu bab pengenalan tentang Ilmu Fikah

sebagai sumber hukum. Hal ini supaya para pembaca dapat memahami secara

umum perkara asas dalam usul fiqh. Bab dua sehingga bab sembilan, merangkumi

tentang taharah dan ibadah. Isi kandungan ini disusun sedemikian supaya pembaca

dapat mengetahui hukum-hukum utama berkaitan ibadah dan melaksanakannya.

Dalam menghasilkan Siri buku Fikah Ibadah Siri 1 ini, panel penyusun telah merujuk

karangan ulama-ulama muktabar seperti:

1. Fiqh Manhaji Mazhab al-Syafie

oleh Dr Mustafa al-Khin, Dr Mustafa al-Bugho & Ali asy-Syarbaji.

2. Fiqih Islam Wa Adillatuhu oleh Muhammad Ali As-Shabuni.

3. Bayan Linnas oleh Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri

4. al-Wajiz fi Usul Fiqh oleh Abdul Karim Zaidan.

PENGENALAN IKON

Berikut adalah pengenalan terhadap ikon-ikon kepada segmen yang terdapat

di dalam buku-buku Siri Ilmu Syariah ini.

CETUSAN MINDA

Cetusan persoalan

dan ingin tahu

di awal bab

CIRI INSAN RABBANI

Pembentukan dan

penerapan ciri-ciri

Insan Rabbani

berdasarkan

tajuk Pelajaran

PANDUAN

Panduan berkaitan

tajuk perbincangan

di setiap muka surat

IMBAS KEMBALI

Rumusan terhadap

Pelajaran yang

telah dilalui bagi

setiap bab

كوسا كات

KOSA KATA

Transliterasi

perkataan ejaan jawi

kepada tulisan rumi

PENILAIAN

Penilaian tahap

kefahaman melalui

soalan-soalan

di akhir bab

JENDELA ILMU

Maklumat

Tambahan yang

berkaitan topik dari

sumber pelbagai

AKTIVITI

Aktiviti pengukuhan

berpandukan PAK21

secara individual

atau berkumpulan

KBAT

Segmen yang

merangsang

Kemahiran berfikir

aras tinggi

AKTIVITI

DALAM

MASYARAKAT

AKTIVITI

DI RUMAH

AKTIVITI

DALAM KELAS

Perlaksanaan aktiviti di bilik darjah,

di rumah dan dalam masyarakat

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!