22.01.2015 Views

The Institution of Engineers, Malaysia (Penang Branch)

The Institution of Engineers, Malaysia (Penang Branch)

The Institution of Engineers, Malaysia (Penang Branch)

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

KENYATAAN AKHBAR

THE INSTITUTION OF ENGINEERS, MALAYSIA

Bangunan Ingenieur, Lots 60 & 62, Jalan 52/4, P.O. Box 223, Jalan Sultan, 46720 Petaling Jaya

Tel: 03-79684001/4002 Fax: 03-79577678 E-mail: sec@iem.org.my

Web Portal: http://www.myiem.org.my

19 Jun, 2012

Respons kepada pengumuman mengenai Suruhanjaya Kajian Khas bagi Transformasi

Perkhidmatan Awam

BIARKAN YANG TERBAIK DAN BERPENGETAHUAN BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

- SEDIAKAN LALUAN UNTUK JAWATAN TINGGI DALAM PERKHIDMATAN AWAM

BAGI JURUTERA DAN AHLI PROFESIONAL LAIN

Pengumuman baru-baru ini oleh Perdana Menteri Malaysia mengenai penubuhan Suruhanjaya

Kajian Khas mengenai Transformasi Perkhidmatan Awam yang diketuai oleh bekas Ketua Hakim

Negara Tun Zaki Tun Azmi sememangnya dialu-alukan oleh jurutera yang berkhidmat di Sektor

Awam. Institusi Jurutera Malaysia (IEM) sebagai badan profesional kebangsaan yang mewakili

kepentingan jurutera di negara ini, memuji inisiatif ini dan menyokong sepenuhnya

pelaksanaannya.

IEM bersetuju bahawa fokus harus ditumpukan kepada ganjaran dan jenis perkhidmatan awam

yang diperlukan kerana sesungguhnya ini adalah dua elemen asas yang memberi impak

terhadap penjawat awam pada keseluruhannya, walaupun mungkin terdapat unsur-unsur lain

yang mungkin memerlukan penelitian. Kedua-dua elemen ini merangsang motivasi dan

meningkatkan tenaga kerja yang lebih berkesan dan cekap.

IEM berharap jurutera dalam Sektor Awam akan diberikan pertimbangan sewajarnya dalam

skim kenaikan pangkat mereka. Ali-ahli profesional yang berkhidmat dalam perkhidmatan

awam sehingga kini masih tiada skim perkhidmatan yang sepadan dengan kebolehan dan

sumbangan mereka. Malah, skim perkhidmatan untuk ahli profesional sering diberikan

kepentingan kedua dan bukannya dirangka berpandukan keupayaan khas dan ciri-ciri

profesional mereka. Dengan adanya kajian oleh Suruhanjaya tersebut, adalah diharapkan para

jurutera dan ahli-ahli profesional lain akan diiktiraf sebagai mampu bukan sahaja menyumbang

secara langsung kepada pembangunan dan pembinaan negara tetapi juga dapat bertindak

sebagai pemimpin dan pembuat keputusan di peringkat tertinggi perkhidmatan awam .

Dorongan bagi Jurutera dalam Sektor Awam sering terhalang oleh skim perkhidmatan yang

sedia ada yang menawarkan mereka terma-terma dan peluang yang lebih rendah berbanding

dengan rakan-rakan mereka di dalam Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik. IEM ingin melihat

jurutera golongan ini diberikan prospek yang sama dan laluan terbuka untuk membolehkan

mereka menjawat jawatan tertinggi dalam Sektor Awam. Mereka tidak harus dihadkan kepada

jawatan di jabatan-jabatan kejuruteraan seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan

Saliran (JPS) dan seumpamanya sahaja. Menafikan peluang jurutera dan ahli profesional dari

menjawat jawatan tertinggi adalah sama seperti menafikan pemimpin terbaik dari memimpin

negara.

Senario ini berlaku dalam semua sektor Awam. Jurutera yang mengikuti kerjaya dalam Angkatan

Tentera sebagai contoh, biasanya mengambil jalan keluar yang lebih awal kerana pangkat

tertinggi yang boleh dijawat adalah setara dengan Mejar Jeneral / Laksamana Muda. Amat jarang

untuk seorang jurutera naik ke pangkat Leftenan Jeneral / Laksamana Madya atau lebih tinggi,

walaupun pada hakikatnya jurutera di dalam Angkatan Tentera terdedah kepada risiko yang

sama dengan rakan seperjuangan yang berpangkat yang setaraf atau lebih tinggi.

Jurutera mempunyai kepakaran teknikal dan pengetahuan. Membimbing kerjaya mereka untuk

fungsi-fungsi khusus teknikal tidak harus dianggap sebagai kerugian tetapi sebaliknya satu

pelaburan kepada jabatan-jabatan kejuruteraan dan keuntungan kepada Sektor Awam secara

keseluruhan. Jurutera dapat membawa disiplin, kaedah dan pendekatan analisis yang boleh

menjadi aset dalam dalam jawatan tertinggi dalam Sektor Awam.

IEM yakin bahawa jika ahli-ahli profesional termasuk jurutera diberi peluang untuk menjawat

pegawai tinggi perkhidmatan awam, akan membawa bersama mereka perspektif yang berbeza

yang akan mengubah negara dan membawa kita ke tahap yang lebih tinggi.

IEM sebagai organisasi profesional kejuruteraan berasaskan keahlian yang terbesar di Malaysia,

adalah sangat berminat dijemput untuk memberi pandangan kepada Suruhanjaya Kajian Khas

pada Transformasi Perkhidmatan Awam. Kami ingin memainkan peranan dalam memastikan

bahawa jurutera bukan hanya diberikan prospek yang sewajarnya tetapi diberikan laluan untuk

jawatan tertinggi Perkhidmatan Awam. Memetik satu kenyataan oleh Presiden Cuepacs, Datuk

Omar Osman. “Suara jurutera juga harus didengar”.

Ir. Prof. Dr. Jeffrey Chiang Choong Luin

Setiausaha Kehormat

INSTITUSI JURUTERA MALAYSIA

THE INSTITUTION OF ENGINEERS, MALAYSIA

Bangunan Ingenieur, Lots 60 & 62, Jalan 52/4, P.O. Box 223, Jalan Sultan, 46720 Petaling Jaya

Tel: 03-79684001/4002 Fax: 03-79577678 E-mail: sec@iem.org.my

Web Portal: http://www.myiem.org.my

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pejabat sekretariat Institusi Jurutera Malaysia

di no telefon 03-7968 4001/ faks 03-7957 7678 atau emel kepada sec@iem.org.my.

Berkenaan IEM

Institusi Jurutera Malaysia (IEM) merupakan badan profesional dan organisasi masyarakat sivil yang

ditubuhkan untuk mempromosi aspek sains dan profesion kejuruteraan dalam kesemua disiplinnya serta

mempermudahkan pertukaran informasi dan idea berkaitan kejuruteraan. Diasaskan pada tahun 1959

dengan keahlian sejumlah 25,000 kini, IEM merupakan salah satu organisasi profesional terbesar negara ini.

Di antara peranan yang digalas Institusi ini ialah mengambil bahagian aktif dalam menyokong berbagai

pembangunan sosio-ekonomi mampan negara serta pembangunan bangsa. Ia mewakili aspirasi ahli-ahlinya

serta mendokong kepentingan awam yang disalurkan khidmat serta imej dan kedudukan profesyen

kejuruteraan.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!