22.03.2015 Views

PROGRAM LATIH AMAL TSUNAMI 2012 PULAU PINANG - Jabatan ...

PROGRAM LATIH AMAL TSUNAMI 2012 PULAU PINANG - Jabatan ...

PROGRAM LATIH AMAL TSUNAMI 2012 PULAU PINANG - Jabatan ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RENCANA

Berita Meteorologi

PENCAPAIAN DR. MOHD HISHAM MOHD ANIP

Setelah hampir empat tahun mengikuti pengajian doktor falsafah

di bumi Amerika, alhamdullilah akhirnya saya berjaya

menamatkannya dan selamat kembali ke tanah air pada 29 Mei

2012 untuk menyambung khidmat bersama JMM. Saya masih

ingat lagi di kala mula berangkat ke sana bersama keluarga pada

17 Ogos 2008 lalu, perasaan berbelah bahagi sentiasa bermain

di fikiran saya sama ada misi saya ini akan berjaya atau

sebaliknya. Namun begitu, atas sokongan keluarga dan rakanrakan,

saya gagahkan semangat untuk terus berjuang demi

mencapai cita-cita yang dihajati.

Destinasi pengajian saya adalah Universiti of Missouri-

Columbia, yang merupakan salah satu daripada 80 buah

universiti di Amerika Syarikat yang menawarkan program doktor

falsafah dalam bidang meteorologi. Ini merupakan kedatangan

ke dua saya ke sini selepas kali pertama menjejakinya pada

tahun 2003 apabila melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana.

Walaupun pada asalnya hajat saya adalah untuk mengikuti

pengajian ini di United Kingdom, namun saya terpaksa akur

apabila tawaran biasiswa yang di berikan oleh pihak JPA

meminta saya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat.

Selama hampir 4 tahun di sana, saya telah di dedah dan di ajar

dengan pelbagai ilmu berkaitan bidang meteorologi oleh

pensyarah-pensyarah yang pakar dalam bidang masing-masing,

seperti meteorologi sinoptik, meteorologi dinamik, klimatologi

dan remote sensing. Selain perlu menghadiri kuliah dan

menduduki peperiksaan, saya juga di kehendaki menyiapkan

tesis penyelidikan yang komprehensif sebagai salah satu syarat

Bergambar bersama-sama ahli keluarga.

untuk lulus. Bagi tujuan ini, tajuk penyelidikan

yang telah saya pilih ialah The long-term

variability of the Borneo vortex during boreal

winter monsoon season yang saya sifatkan

sebagai salah satu kaedah yang boleh di

aplikasikan oleh JMM ketika menyediakan

ramalan jangka panjang setiap kali musim

Monsun Timur Laut muncul. Sebahagian dari

hasil kerja penyelidikan ini telah saya

persembahkan dalam beberapa persidangan

dan mendapat maklumbalas yang positif

daripada para penyelidik yang lain. Namun

begitu, pengalaman yang tidak dapat saya

lupakan sepanjang mengikuti pengajian di sana

adalah apabila di kehendaki untuk mengajar

kelas Weather Briefing selama satu semester

kepada pelajar-pelajar undergraduate. Semua

yang di lalui ini saya anggap sebagai satu

cabaran bagi melahirkan seorang graduan

falsafah kedoktoran yang serba boleh dan

lengkap apabila melangkah ke dunia kerjaya

kelak.

www.met.gov.my 13

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!