22.03.2015 Views

PROGRAM LATIH AMAL TSUNAMI 2012 PULAU PINANG - Jabatan ...

PROGRAM LATIH AMAL TSUNAMI 2012 PULAU PINANG - Jabatan ...

PROGRAM LATIH AMAL TSUNAMI 2012 PULAU PINANG - Jabatan ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RENCANA

Berita Meteorologi

GEMPA BUMI DI SUMATRA

Satu gempa bumi kuat bermagnitud 8.6(Mw) telah

berlaku di dasar Lautan Hindi kira-kira 500km di luar

pantai barat Pulau Sumatra, Indonesia pada 11 April

2012 jam 08.38UTC (16.38 waktu Malaysia). Satu lagi

gempa bumi susulan yang kuat bermagnitud 8.2(Mw)

berlaku pada jam 10.43 UTC (18.43 waktu Malaysia), dua

jam selepas gempa utama di sekitar lokasi yang sama.

Kedua-dua gempa tersebut menyebabkan gegaran

dirasai di sebahagian besar negara-negara di rantau Asia

Selatan dan Asia Tenggara termasuk Indonesia,

Maldives, Sri Lanka, India, Nepal, China, Bangladesh,

Burma, Thailand, Singapura dan Malaysia. Di negara

kita, kebanyakan tempat di pantai barat Semenanjung

Malaysia merasai gegaran tersebut dan mencetuskan

keadaan panik terutamanya di kawasan sekitar Kuala

Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Perak, Perlis , Kedah,

Melaka dan Johor.

Gelombang Seismik dari Rangkaian Stesen Seismik Malaysia

Peta Lokasi Gempa bumi

Gelombang seismik daripada gempa bumi tersebut telah

direkodkan oleh kesemua stesen seismik di Malaysia.

Gempa bumi ini merupakan gempa strike-slip yang

terbesar pernah direkodkan dalam sejarah.

Pada mulanya, pihak berkuasa bimbang bahawa gempa

bumi kuat ini berpotensi untuk menghasilkan tsunami dan

amaran telah dikeluarkan oleh agensi PTWC serta Pusat

Amaran Awal Tsunami dari negara-negara yang

bersempadan dengan lautan Hindi sebagai langkah

berjaga-jaga. JMM turut mengeluarkan amaran kepada

orang ramai supaya menjauhi kawasan pantai di Kedah,

Perlis, Langkawi, Pulau Pinang dan Perak yang

berpotensi dilanda tsunami. Walau bagaimanapun,

amaran-amaran ini kemudiannya dibatalkan kerana tiada

tanda-tanda kenaikan paras laut yang ketara direkodkan

oleh stesen-stesen tide gauge di Lautan Hindi yang

menunjukkan tiada ancaman tsunami kepada negara

kita.

Oleh: Devadas Ramachandran

Bahagian Geofizik dan Tsunami

www.met.gov.my 9

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!