22.03.2015 Views

PROGRAM LATIH AMAL TSUNAMI 2012 PULAU PINANG - Jabatan ...

PROGRAM LATIH AMAL TSUNAMI 2012 PULAU PINANG - Jabatan ...

PROGRAM LATIH AMAL TSUNAMI 2012 PULAU PINANG - Jabatan ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RENCANA

Berita Meteorologi

PENINGKATAN SISTEM PENERIMAAN BUMI

SISTEM SATELIT GEOPEGUN FENGYUN

Sesi bergambar bersama-sama TKP(R) Pn. Che Gayah Ismail

Latihan praktikal pemasangan sistem

JMM telah menggunakan sistem FENGYUNCast yang

merupakan sumbangan hadiah daripada Pentadbiran

Meteorologi China (CMA) semenjak tahun 2007 bagi

menerima dan memproses data satelit meteorologi daripada

satelit geopegun FengYun. Data satelit ini diterima setiap jam

dan diproses bagi menghasilkan imej satelit yang digunakan

oleh JMM untuk memantau pembentukan dan pergerakan

awan dari bahagian tengah Lautan Arab sehingga bahagian

tengah Lautan Pasifik. Imej satelit ini berguna untuk memantau

pergerakan ribut tropika yang selalunya membawa bencana

hujan lebat dan ribut kencang pada kawasan yang dilaluinya.

Ini membolehkan JMM mengeluarkan amaran cuaca buruk

kepada orang ramai dan agensi-agensi pengurusan bencana

untuk bersedia menangani kesan cuaca buruk berkenaan.

Comprehensive Analysis and Process System

(MICAPS 3.1) pula berfungsi untuk memproses

data-data meteorologi yang diterima menerusi

Sistem CMACast ini untuk dipaparkan dalam

bentuk grafik dan imej supaya pegawai meteorologi

JMM dapat memantau dan memahami keadaan

cuaca dan atmosfera di negara ini dan rantau

berdekatan. Kedua-dua sistem ini adalah lebih

komprehensif berbanding dengan sistem

FENGYUNCast kerana ia bukan sahaja berupaya

menerima dan memproses data dari satelit

geopegun FengYun tetapi juga berupaya untuk

menerima data-data cerapan meteorologi sedunia

yang serupa dengan data-data yang disalurkan ke

JMM menerusi talian Sistem Telekomunikasi Global

(GTS).

Sistem CMACast dan MICAPS 3.1 telah diterima di

JMM pada 21 Februari 2012 dan kerja-kerja

pemasangan dan latihan praktikal bagi sistem

tersebut telah diadakan pada 1 - 6 April 2012.

Latihan tersebut telah dilaksanakan oleh dua orang

pakar dari CMA iaitu Mr. Zhang Yong dan Mr. Xue

Chen yang telah turut membantu proses

pemasangan sistem tersebut di JMM. Latihan

praktikal dan juga teknikal berkaitan Sistem

CMACast dan MICAPS 3.1 ini juga telah turut

disertai oleh 20 orang pegawai meteorologi di JMM.

Secara amnya para peserta telah diberi

pendedahan berkaitan aplikasi penggunaan Sistem

CMACast dan MICAPS 3.1.

Oleh : Rosita Galang

Bahagian Meteorologi Satelit

Pada 11 April 2011, CMA sekali lagi telah memberi sumbangan

hadiah Sistem CMACast dan MICAPS 3.1 kepada JMM di satu

upacara yang telah berlangsung di Beijing, China. Sistem

CMACast ini adalah bagi menggantikan Sistem

FENGYUNCast yang telah lima tahun beroperasi di JMM.

Sistem CMACast ini merupakan penaiktarafan bagi Sistem

FENGYUNCast yang sedia ada. Meteorological Information

Imej satelit dari sistem baru MICAP 3.1.

4 www.met.gov.my

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!