22.03.2015 Views

PROGRAM LATIH AMAL TSUNAMI 2012 PULAU PINANG - Jabatan ...

PROGRAM LATIH AMAL TSUNAMI 2012 PULAU PINANG - Jabatan ...

PROGRAM LATIH AMAL TSUNAMI 2012 PULAU PINANG - Jabatan ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

AKTIVITI JABATAN

Berita Meteorologi

6 www.met.gov.my

KEMPEN KESEDARAN AWAM MENGENAI BENCANA

GEMPA BUMI, TSUNAMI DAN CUACA EKSTREM

Kempen Kesedaran Awam mengenai Bencana Gempa

Bumi, Tsunami dan Cuaca Ekstrem yang kedua bagi

tahun 2012 telah diadakan di Kampung Raja Bashah,

Kuala Kurau, Perak pada 31 Mei 2012. Penganjuran

kempen pada kali ini dengan kerjasama Majlis

Keselamatan Negara (MKN) adalah seiring dengan

usaha murni kerajaan untuk memastikan tahap

kesedaran dan pengetahuan yang optimum di kalangan

orang awam mengenai risiko bencana alam semulajadi

seumpama ini. Kempen yang telah dirasmikan oleh

YBhg. Tuan Kamaruddin bin Awang, Pegawai Daerah

Kerian ini telah berjaya menghimpunkan seramai 216

orang peserta yang kebanyakannya terdiri daripada

penduduk awam, pegawai-pegawai kerajaan dan swasta

tempatan.

Beberapa siri ceramah telah disampaikan kepada para

peserta yang bertujuan untuk memberi pendedahan

kepada mereka mengenai risiko bencana gempa bumi,

tsunami dan cuaca ekstrem serta tindakan keselamatan

yang perlu diambil sekiranya bencana seumpama ini

berlaku. Kempen kesedaran ini turut dijayakan dengan

sesi dialog di antara ahli panel forum dan para peserta

dan dapat disimpulkan telah berlangsung dengan

jayanya serta mencapai objektif yang telah disasarkan

pada kali ini.

Sesi dialog bersama ahli panel forum

Sebahagian peserta kempen yang hadir

LAWATAN KERJA JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA KE TNB

Kerjasama antara JMM denganTNB telah terjalin sejak

dari dulu. TNB adalah merupakan salah satu

pelanggan tetap JMM yang telah lama

melanggan/menerima perkhidmatan dan produk JMM.

Pembekalan data yang dibekalkan kepada TNB

adalah melibatkan tenaga kerja JMM dari Pejabat

Ramalan Subang, KLIA, Bayan Lepas dan Bahagian

ICT. Sehubungan itu, bagi mengeratkan lagi

silaturahim di antara JMM dan TNB satu lawatan kerja

ke National Load Despatch Center Tenaga Nasional

Berhad (TNB) telah diadakan pada 4 April 2012 yang

lalu. Selain itu lawatan kerja ini juga dapat memberi

pendedahan kepada pegawai-pegawai JMM

bagaimana TNB beroperasi dan bagaimana data yang

diperolehi dari JMM dapat membantu warga kerja TNB

menjalankan tugas seharian. Lawatan ini telah

mendapat sambutan baik daripada pegawai-pegawai

yang terlibat. Justeru itu, lawatan kerja yang kedua

akan dianjurkan dalam masa yang terdekat. Semoga

kerjasama antara JMM dan TNB akan berterusan di

masa hadapan.

Oleh: Marina Ismail

Seksyen Khidmat Komersil

Wakil TNB menyampaikan cenderahati kepada Pegawai Meteorologi,

Pn. Nik Noorhayati Nik Abdul Majid.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!