22.03.2015 Views

PROGRAM LATIH AMAL TSUNAMI 2012 PULAU PINANG - Jabatan ...

PROGRAM LATIH AMAL TSUNAMI 2012 PULAU PINANG - Jabatan ...

PROGRAM LATIH AMAL TSUNAMI 2012 PULAU PINANG - Jabatan ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RENCANA PENGARANG

Berita Meteorologi

Saudara, saudari pembaca budiman…

April hingga Jun merupakan tempoh cuaca yang lembap dan

kemudiannya diikuti dengan tempoh kering di negara kita. April

dikenali sebagai tempoh antara monsun, iaitu peralihan

daripada Monsun Timur Laut kepada Monsun Barat Daya.

Pada April, negeri-negeri pantai barat Semenanjung dicirikan

dengan ribut petir pada lewat petang. Dalam keadaan yang

begini, kita perlu berpengetahuan untuk tidak meletakkan

kenderaan di bawah pokok besar kerana ribut petir boleh

menyebabkan dahan-dahan patah atau pokok tumbang, juga

tidak meletakkan kenderaan di kawasan rendah yang sering

mengalami banjir kilat.

Mei dan Jun, secara relatifnya merupakan episod musim kering

di Malaysia yang lazimnya berterusan sehingga September.

Pada musim ini, sumber air bagi kegunaan seperti janakuasa

hidro-elektrik, pertanian, perkilangan, industri dan kegunaan

domestik merupakan isu penting. Kerap kali JMM

melaksanakan pembenihan awan bagi mempercepatkan

proses semula jadi kejadian hujan agar ianya dapat turun di

lokasi yang dikehendaki seperti kawasan tadahan, empangan

atau pertanian. Kerap juga ruang udara negara diselimuti asap

jerebu yang tidak sihat untuk kesihatan terutamanya kanakkanak

dan orang-orang tua yang menghidap penyakit asma.

Jerebu tebal juga boleh menyebabkan ketampakan mendatar

merosot dan boleh menjejaskan perkhidmatan laut dan udara.

Semasa kejadian El-Nino 1997-1998, keadaan jerebu tebal

menyebabkan lapangan-lapangan terbang negara ditutup dan

menjejaskan industri pelancongan. Cuaca kering telah

menyebabkan kejadian kebakaran hutan yang luas dan

menyebabkan kejadian jerebu rentas sempadan berlaku.

Sepanjang tahun, JMM tidak pernah dapat merehatkan

operasinya. Monsun Timur Laut dikaitkan dengan banjir,

Monsun Barat Daya dikaitkan dengan jerebu dan kemarau,

Tempoh Peralihan Monsun pula dikaitkan dengan ribut petir.

Negara juga tidak terkecuali daripada hidro-meteorologi yang

lain seperti kejadian ribut tropika. Ribut Tropika Greg berlaku

pada 25 Disember 1996 yang telah melanda Sabah dan

mengorbankan tidak kurang 120 jiwa dan merosakkan 500

buah rumah. Ribut Tropika Vamei telah melanda Johor pada 27

Disember 2001. Manakala gempa bumi dan tsunami pula boleh

berlaku pada bila-bila masa. Pada 26 Disember 2004, telah

berlaku gempa bumi kuat di perairan Acheh dan menjana

tsunami rentas sempadan yang turut melanda pantai Perlis,

Kedah, Pulau Pinang dan Perak yang telah meragut 68 jiwa.

Semua fenomena alam berbahaya ini perlu diberikan amaran

awal oleh JMM bagi mengurangkan impaknya kepada awam

dan negara. Usaha JMM yang bersengkang mata membuat

pemantauan dan memerah fikiran membuat analisis tentang

situasi terkini bagi mengurangkan impak bencana alam

merupakan suatu usaha murni yang perlu ditingkatkan demi

kesejahteraan rakyat dan negara.

FENOMENA CUACA

KEJADIAN ANGIN

Angin adalah udara yang bergerak akibat daripada

putaran bumi dan juga kerana adanya perbezaan

tekanan udara di sekitarnya. Angin bergerak dari tempat

bertekanan udara tinggi ke tempat bertekanan udara

rendah. Apabila dipanaskan, udara akan mengembang

dan menjadi lebih ringan sehingga naik ke atas. Apabila

proses ini berlaku, tekanan udara akan menurun

disebabkan udara yang berkurangan manakala udara

dingin di sekitarnya mengalir ke tempat yang bertekanan

rendah tadi. Udara akan menyusut menjadi lebih berat

dan turun ke permukaan tanah. Di atas tanah udara akan

menjadi panas lagi dan naik semula ke atas. Proses ini

dinamakan olakan. Angin terjadi disebabkan adanya

perbezaan tekanan udara atau perbezaan suhu udara di

sesuatu kawasan akibat daripada pemanasan matahari

yang di terima oleh permukaan bumi. Di sesuatu

kawasan, tempat yang menerima tenaga panas

matahari lebih besar akan mempunyai suhu udara yang

lebih panas dan tekanan udara yang lebih rendah.

Sebaliknya, kawasan yang menerima tenaga panas

matahari yang sedikit akan mempunyai suhu rendah dan

bertekanan tinggi. Perbezaan suhu dan tekanan udara

ini akan mengakibatkan terjadinya aliran udara di

kawasan tersebut.

SIDANG PENGARANG

Penasihat

YBhg. Dato’ Dr.Yap Kok Seng

Ketua Pengarang

En. Alui Bahari

Pengarang Eksekutif

En. Kang Thean Shong

Pengarang

En. Yuzaimi Mahat

Pn. Siniarovina ak Urban Sinyaw

Cik Nor Aini Abu Kasim

Cik Siti Aizza Sarmani

Pn. Nurul Akmal Ahmad Nabir

En. Razali Mohd. Khalid

En. Mohd Khair Hawari

En. Devadas Ramachandran

Urus Setia

En. Mohd Shah Ani

Pegawai Perhubungan

Pn. Siti Badderiah Hamim

Rekabentuk dan Jurukamera

En. Omar Haron

En. Nordin Shaari

En. Azrul Azam Abd. Aziz

En. Muhammad Zamalifah Jamil

En. Amirul Ramlan

Penjilid

En. Fariz Azlan Eshak

Cik Nor Adliza Ahizan@Azizan

2 www.met.gov.my

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!