05.05.2015 Views

Palsukan Tuntutan RM2.069 Juta - Suruhanjaya Pencegahan ...

Palsukan Tuntutan RM2.069 Juta - Suruhanjaya Pencegahan ...

Palsukan Tuntutan RM2.069 Juta - Suruhanjaya Pencegahan ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

K E N Y A T A AN M E D I A

SURUHANJAYA

PENCEGAHAN RASUAH

MALAYSIA

27 JUN 2013

Alamat : Bahagian Komunikasi Strategik,

Aras 7, Ibu Pejabat SPRM, Blok D6,

Kompleks D, Pusat Pentadbiran

Kerajaan Persekutuan,

62007 Putrajaya

Tel. : 03-8886 7131

Faks : 03-8888 9528

E-mel : komunikasi@sprm.gov.my

Web : www.sprm.gov.my

Twitter : twitter.com/SPRMMalaysia

Facebook: facebook.com/sprm.benci.rasuah

Blog : www.ourdifferentview.com

Youtube : www.youtube.com/odvmacc

Palsukan Tuntutan RM2.069 Juta; Pensyarah Kanan, Ahli Perniagaan

Didakwa

JOHOR BAHRU - Dua ahli perniagaan dan seorang Pensyarah Kanan di sebuah Universiti tempatan

menghadapi 20 tuduhan menggunakan dokumen palsu bagi memperolehi sejumlah RM 2.069 juta

bayaran daripada Malaysia Technology Development Corporation (MTDC).

Kesalahan itu dilakukan empat tahun lalu kononnya sebagai kegunaan untuk dana bagi kajian

mengurangkan sulfur dalam diesel.

Bekas pengurus kanan MTDC, Samad Sapari, 49, pensyarah kanan Universiti Teknologi Malaysia (UTM),

Abdul Aziz Abdul Kadir, 49 dan ahli perniagaan, Mohd Farhan Chua Abdullah, 46 dituduh melakukan

kesalahan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah, di sini hari ini

kerana disyaki menggunakan butir matan palsu.

Ketiga-tiga mereka didakwa dengan niat bersama, telah menggunakan suatu dokumen iaitu 20 invois

berlainan dari enam syarikat sebagai tulen.

Invois-invois palsu berkenaan dikemukakan pada tiga tarikh berlainan bertujuan menuntut pembayaran

daripada MTDC bagi kontrak projek kajian untuk mengurangkan sulfur dalam diesel yang bernilai RM

3.92 juta.

Kesalahan tersebut dilakukan antara 24 Ogos 2009 dan 22 November 2011.

Bagi transaksi pertama, ketiga-tiganya didakwa mengemukakan empat invois palsu daripada dua syarikat

berlainan dengan jumlah setiap satu invoisnya adalah berbeza.

Tiga invois berkenaan menggunakan nama syarikat Extra Basic Sdn Bhd manakala satu dari Chuan Li

Steel Construction (M) Sdn Bhd.

Kesemua bayaran dituntut bagi invois yang dikemukakan pada 24 Ogos 2009 itu bernilai RM 380,000.00.

Bagi transaksi kedua, ketiga mereka didakwa menggunakan lapan invois palsu pada 23 Februari 2010

berjumlah RM 746,059.66 bagi membuat tuntutan yang sama.

Dua invois dikemukakan dengan menggunakan nama syarikat Extra Basic Sdn Bhd, tiga atas nama

Dysha Global Holding dan masing-masing satu invois atas nama Chuan Li Steel Construction (M) Sdn

Bhd, AJ Analytical Services & Trading, Capin Pro Resources Sdn Bhd.

ANDA BOLEH LAKUKAN PERUBAHAN, PERANGI RASUAH

Manakala bagi transaksi ketiga, mereka didakwa menggunakan lapan dokumen palsu iaitu invois

daripada tiga syarikat berlainan bagi tujuan tuntutan yang sama pada 22 November 2010.

Lima invois lain yang bernilai RM 943,054.00 pula dikemukakan menggunakan nama syarikat Extra

Basics Sdn Bhd dan masing-masing satu atas nama Kurawah Fire System Sdn Bhd dan AJ Analytical

Service & Trading.

Kesemua tertuduh mengaku tidak bersalah pada pertuduhan yang dibacakan ke atas mereka dan mohon

dibicarakan.

Hakim, Mohd Haldar Abdul Aziz menetapkan wang jaminan RM 50,000.00 bagi setiap tertuduh dan tarikh

21 Julai sebagai tarikh sebutan semula.

Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diwakili oleh Timbalan Pendakwa

Raya Abdul Ghafar Ab Latif.

Tertuduh Farhan Chua diwakili peguamnya Elyas Majeed & Co manakala Abdul Aziz dan Samad diwakili

oleh Amar Hamid & Co.

TAMAT

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi PkPj Azmi Alias Pengarah Bahagian Komunikasi

Strategik (019-7145854) atau Dr G Manimaran (012-3081355)

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merupakan sebuah agensi penguatkuasaan yang ditubuhkan melalui penggubalan

Akta SPRM 2009 (Akta 694) bagi meningkatkan keberkesanan dan kecekapan dalam usaha pencegahan rasuah di Malaysia serta untuk

memperbaiki persepsi kebebasan dan ketelusan dalam pelaksanaan fungsi-fungsi SPRM. SPRM turut disokong oleh mekanisme check

and balance dalam memastikan SPRM bertindak selaras dengan kehendak perundangan negara dan aspirasi masyarakat. Suruhanjaya

ini dahulunya dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR).

ANDA BOLEH LAKUKAN PERUBAHAN, PERANGI RASUAH

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!