02.06.2015 Views

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

BAHAGIAN III

RANCANGAN PEMBANGUNAN KERAJAAN NEGERI

6. KEMAJUAN PELAKSANAAN PROJEK PEMBANGUNAN RANCANGAN MALAYSIA

KESEMBILAN

6.1 Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) Negeri Sabah untuk tempoh 5 tahun

bermula pada tahun 2006. Rancangan ini digubal bagi menjelaskan strategi, program dan

projek yang akan diperkenal dan dilaksanakan untuk mencapai objektif pembangunan

Sabah. Ia adalah signifikan ke arah menggerakkan Negeri Sabah mencapai status negeri

maju pada tahun 2015.

6.2 Bagi menjayakan RMK-9 siling peruntukan asal yang telah diluluskan oleh Kerajaan

Negeri adalah berjumlah RM2.85 bilion. Bagaimanapun, pada tahun 2007 peruntukan

RMK-9 disemak semula menjadi berjumlah RM5.42 bilion. Peruntukan ini telah diagihkan

kepada 10 Kementerian dan satu Jabatan. Pada tahun 2007, jumlah peruntukan yang

diluluskan adalah RM1.68 bilion. Empat daripada 11 Kementerian/Jabatan yang menerima

peruntukan tertinggi adalah Kementerian Pembangunan Infrastruktur berjumlah RM889.62

juta atau 52.9%, Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan berjumlah RM209.08 juta

atau 12.4%, Jabatan Ketua Menteri berjumlah RM188.05 juta atau 11.2% serta

Kementerian Pembangunan Perindustrian berjumlah RM177.82 juta atau 10.6%.

6.3 Secara keseluruhannya, pada akhir tahun 2007 hanya 2 Kementerian telah

mencapai prestasi perbelanjaan melebihi 50% iaitu Kementerian Pembangunan Sumber

Dan Kemajuan Teknologi Maklumat (66.3%) serta Kementerian Pembangunan

Infrastruktur (58.6%). Satu Jabatan dan satu Kementerian membelanjakan 43.8% dan

40% daripada keseluruhan peruntukan, manakala 7 Kementerian telah membelanjakan

antara 16.8% hingga 36.3% daripada keseluruhan peruntukan. Sejumlah RM2.51 bilion

atau 46.3% daripada RM5.42 bilion telah dibelanjakan oleh 10 Kementerian dan satu

Jabatan setakat Disember 2007. Prestasi perbelanjaan pembangunan di bawah RMK-9

adalah seperti di Jadual 27.

30

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!