02.06.2015 Views

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

itu, Syarikat juga melantik 2 orang wakilnya dalam setiap syarikat subsidiari

untuk mengawasi operasinya.

Pada pendapat Audit, kawalan pelaburan adalah baik. Syarikat mendapat

pulangan dividen yang menggalakkan daripada pelaburan yang dilaksanakan.

e) Pembayaran Dividen Kepada Pemegang Saham

Pekeliling Kementerian Kewangan Negeri Sabah Bil. 7 Tahun 2001 menetapkan

dasar dan garis panduan mengenai bayaran dividen oleh syarikat-syarikat

Kerajaan. Jumlah dividen yang perlu dibayar ialah sekurang-kurangnya 10%

daripada keuntungan termasuk keuntungan luar biasa. Perenggan 7.1.1 pekeliling

berkenaan menyatakan bahawa Lembaga Pengarah Syarikat Induk perlu

memastikan semua lapisan syarikat subsidiari dan bersekutu membayar dividen

kepada Syarikat Induk masing-masing agar Syarikat Induk dapat membuat bayaran

dividen kepada pemegang sahamnya. Manakala Perenggan 7.1.7 pekeliling

tersebut menyatakan bahawa Syarikat Induk yang mempunyai keuntungan tetapi

tidak membayar dividen perlu mengemukakan sebab dividen tidak dibayar kepada

Kementerian Kewangan.

Semakan Audit mendapati bagi tahun kewangan 2005 dan 2006, dividen telah

diisytiharkan dan dibayar oleh Syarikat kepada Kerajaan Negeri Sabah masingmasing

berjumlah RM8 juta dan RM10 juta, manakala dividen yang telah

diisytiharkan bagi tahun kewangan 2007 adalah berjumlah RM12 juta.

Pada pendapat Audit, Syarikat telah menyumbang pendapatan Kerajaan

Negeri Sabah selaku pemegang saham melalui pemberian dividen.

f) Pengurusan Pinjaman

Semua pinjaman daripada mana-mana sumber perlu diselesaikan mengikut jadual

bayaran balik yang ditetapkan dalam perjanjian pinjaman. Semakan Audit terhadap

penyata kewangan syarikat bagi tahun berakhir 31 Disember 2007 mendapati tidak

ada baki pinjaman ditunjukkan di penyata tersebut. Semakan Audit selanjutnya

terhadap dua dokumen perjanjian mendapati Syarikat telah membuat pinjaman

daripada Kerajaan Negeri Sabah dan Syarikat Kewangan masing-masing

berjumlah RM20 juta pada awal bulan September 1999 dan RM336,000 pada akhir

bulan Ogos 2004. Semakan Audit mendapati perkara berikut:-

i) Pinjaman Daripada Kerajaan Negeri

Mengikut perjanjian, Kerajaan Negeri Sabah meminjamkan RM20 juta kepada

Syarikat untuk membeli saham Suria Capital Holdings Berhad daripada Saham

Sabah Berhad sebanyak 9.6 juta unit saham pada harga RM2.08 seunit.

Tempoh pinjaman adalah 8 tahun dikira bermula dari 31 Disember 1998 dan

dikehendaki membayar sekali gus dalam masa 60 hari sebelum tamat tempoh

64

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!