02.06.2015 Views

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

sepenuhnya dan latihan dalam bidang kewangan diberi kepada mereka yang

terlibat. Kementerian/Jabatan/Agensi Negeri juga dikehendaki memberi

pengiktirafan kepada kakitangannya yang cemerlang dan sebaliknya mengambil

tindakan tatatertib/surcaj terhadap mereka yang didapati gagal/cuai melaksanakan

tanggungjawab yang telah ditetapkan.

10.2 KAWALAN BAJET

Bagi menentukan sama ada Kementerian/Jabatan telah menguruskan bajet dan

peruntukannya dengan cekap, berhemat dan mengikut peraturan, semakan Audit telah

dijalankan terhadap 5 aspek utama kawalan bajet iaitu penyediaan bajet, pengagihan

peruntukan, kelulusan pindah/tambah peruntukan, pemantauan kemajuan/prestasi bajet

dan pelaporan mengenainya seperti berikut:

a) Penyediaan Bajet

Peraturan kewangan mengenai penyediaan bajet oleh setiap Kementerian/Jabatan

dikeluarkan melalui Pekeliling Kementerian Perbendaharaan Bilangan 14 Tahun 1994

(Garis Panduan Bagi Penyediaan Cadangan Perbelanjaan Dan Pengesanan Prestasi

Perbelanjaan Tahunan Kerajaan Persekutuan) dan Pekeliling Kementerian Kewangan

Bil. 1/2005 (Cadangan Dan Pemeriksaan Anggaran Perbekalan Negeri Sabah, 2006-

2007). Selain itu, Arahan Perbendaharaan 29 hingga 46 juga menetapkan peraturan

penyediaan anggaran hasil dan perbelanjaan. Antara lainnya, peraturan kewangan

mengenai penyediaan bajet menetapkan perkara-perkara mengenai justifikasi setiap

anggaran yang disediakan; ketepatan anggaran yang disediakan; prosedur kelulusan

bajet di peringkat Kementerian/Jabatan/Agensi serta pematuhan tempoh yang

ditetapkan untuk mengemukakan bajet dan Perjanjian Program kepada

Perbendaharaan Malaysia/Pegawai Kewangan Negeri.

b) Pengagihan Peruntukan

Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 1 Tahun 2007 antara lainnya menetapkan

bahawa Pegawai Pengawal perlu mengagihkan peruntukan kepada pemegangpemegang

waran tertentu sebaik sahaja Waran Am diterima. Mengikut AP 94 pula,

pemegang waran peruntukan tersebut boleh mengagihkan waran peruntukan/waran

peruntukan kecil kepada pegawai yang berkenaan di mana perlu. Pengagihan waran

ini perlu direkodkan dengan lengkap dan kemas kini.

c) Kelulusan Pindah/Tambahan Peruntukan

Peraturan kewangan mengenai pindah/tambah peruntukan antaranya menetapkan

Waran Pindah Peruntukan hendaklah ditandatangani oleh Pegawai Pengawal sendiri

atau bagi pihaknya oleh mana-mana pegawai bawahannya yang diberi kuasa secara

bertulis. Semua pindah peruntukan hendaklah dibuat dalam tahun kewangan

berkenaan dan semua Waran Pindah Peruntukan yang dikeluarkan hendaklah

disampaikan kepada Perbendaharaan/Bendahari Negeri atau wakilnya tidak lewat dari

38

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!