10.07.2015 Views

Kandungan - Khadijah Mosque

Kandungan - Khadijah Mosque

Kandungan - Khadijah Mosque

SHOW MORE
SHOW LESS
  • No tags were found...

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perang Diisytiharkan Kepada Sesiapa Yang Memusuhi Wali AllahOrang yang dicintai Allah swt itu sentiasa berada dalam naunganNya, sehingga segala gerakgerinyadiarahkan kepada segala perbuatan yang diredhaiNya semata. Sebab Allah swt tidak inginkita melakukan yang mungkar, padahal hawa nafsu kita pula sangat cenderung kepada yang mungkar.Hanya orang yang dirahmati Tuhannya akan terselamat dari angkara hawa nafsu, dan mereka itulahorang-orang yang berada dalam perlindungan Allah swt dan naunganNya. Dan orang yang beradadalam naungan Allah adalah orang yang dicintaiNya, sedang orang yang dicintaiNya itu tentu sudahmenunaikan segala kewajipannya dengan sempurna. Kemudian ditambahnya lagi dengan amalamalkebajikan secara sukarela. Segala anjuran Allah dilaksanakannya dengan penuh redha dansyukur. Segala anggotanya akan tertarik untuk melakukannya, sedang hatinya merasa lapang dantenang.Kemudian Allah swt menyatakan bahawa segala yang dipinta oleh hambaNya yang dicintai ituakan diberiNya, dan segala yang didoakan pula akan dikabulkannya. Maka kerana itu kita dianjurkanminta didoakan oleh orang-orang salih dan orang-orang yang dekat kepada Allah swt. Cara ini sangatdigalakkan kerana kemungkinan besar doa itu dikabulkan Allah berkat kesalihan hambaNya.Rahmat Allah swt amat luas. Dia tidak perlu menahan pemberian atau pengabulanNya kepadasesiapa pun. Malah kalau kita tidak meminta pun, Dia tetap memberi. Apatah lagi orang yangmeminta, lebih-lebih lagi jika yang meminta itu para kekasihNya, para waliNya dan para salihindari hamba-hambaNya. Allah swt telah berfirman dalam Al-Quran menyatakan bahawa para waliNyatiada bimbang dan tiada dukacita bagi mereka. Segala apa yang mereka inginkan, semuanya ada disisi Tuhan mereka. Harus kita memberikan keyakinan kita terhadap wali Allah dan orang-orangsalih.Akhir sekali, Allah swt menyatakan bahawa Dia tiada teragak-agak untuk memutuskan sesuatuperkara seperti teragak-agakNya untuk meregut nyawa hambaNya yang Wali kerana wali Allah ituadalah kekasihNya, sedang perlakuan terhadap kekasih-kekasihNya mestilah segala yangmenggembirakan dan menyenangkan. Ini adalah suatu gambaran kemuncak dari kasih sayangTuhan terhadap hambaNya. Sebab hamba itu bencikan mati, kata Allah, sedangkan Allah tidakingin menyakiti hati kekasihNya untuk mewafatkannya. Lantaran mati itu adalah satu ketetapanyang pasti berlaku dan tidak dapat dielakkan, kerana mati itu adalah pintu untuk memasuki kehidupanyang kedua, iaitu kehidupan abadi yang dijanjikan Tuhan.Memang para nabi dan rasul, sebelum diwafatkan oleh Allah swt, diberikan kepada mereka terlebihdahulu, sama ada ingin terus hidup di dunia atau mati. Nabi Muhammad saw tatkala diberi pilihanini, Baginda mengatakan “Ilar Rafiiqil A’la, yakni memilih untuk berangkat kepada Kekasih YangTertinggi, iaitu Allah swt.Penjelasan / Syarah Hadis 6(Barangsiapa yang memusuhi waliKu, maka Aku mengisytiharkan perangterhadapnya)– Yakni maka Aku mengkhabarkan kepadanya bahawa Aku memeranginya,disebabkan kebenciannya kepada wali-waliKu. Oleh kerana itu telah disebut dalam hadisriwayat Aisyah (Maka dia mengajak Aku perang dengannya). Dan hadis yang lain dariMu’az Bin Jabal, beliau telah mendengar Nabi s.a.w. bersabda:6 Syarah Hadis ini telah diambil dan diterjemahkan dari Kitab Jami’ Al-Ulum Wal Hikam susunan Ibn Rajab Al-Hambali. Beliau ialah Zaynuddeen ‘Abdur-Rahmaan ibn Ahmad ibn ‘Abdir-Rahmaandikenali sebagai Ibn Rajab As-Salaami ad-Dimashqi. Beliau lahir pada tahun 736H dan wafat pada tahun 795H. Syarahnya diambil dari hadis yang ke 38 dari kitab tersebut.Masjid <strong>Khadijah</strong> 9

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!