10.07.2015 Views

Kandungan - Khadijah Mosque

Kandungan - Khadijah Mosque

Kandungan - Khadijah Mosque

SHOW MORE
SHOW LESS
  • No tags were found...

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perang Diisytiharkan Kepada Iman Sebagai Sesiapa Mujahadah Yang Memusuhi Terhadap Wali Nafsu Allahdalam Al-Quran. Allah swt. berfirman: “Maka jika mereka tidak menjawab (tentanganmu)ketahuilah bahawa sesungguhnya mereka hanyalah mengikut hawa nafsu mereka (belaka).Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang mengikut hawa nafsunya dengan tidakmendapat petunjuk dari Allah sedikitpun. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjukkepada orang-orang yang zalim.” Al-Qasas: 50Dan begitu juga Bidaah, sesungguhnya dia terbit dari mendahulukan hawa nafsu diatas syariat,oleh sebab itu mereka dinamakan Ahli Ahwaa. Begitu juga kemaksiatan, sesungguhnya ia terjadiatas sebab mendahulukan nafsu diatas kecintaan kepada Allah dan juga RasulNya .Begitu juga kecintaan kepada seseorang. Maka wajib padanya mengikuti apa yang dibawa olehRasulullah. Maka wajib keatas seorang mukmin mencintai Allah dan mencintai mereka yangmencintai Allah, malaikat-malaikat , rasul-rasul, nabi-nabi, orang-orang yang benar , yang matisyahid dan orang-orang yang beramal soleh seluruhnya. Oleh sebab itu diantara tanda-tandawujudnya kemanisan iman, mencintai seseorang itu tidak lain mencintainya kerana Allah, danmengharamkan ketaatan kepada mereka yang memusuhi dan membenci Allah. Dan ini telahdisebutkan dalam beberapa tempat “Barangsiapa yang mencintai kerana Allah, memarahikerana Allah, memberi kerana Allah, dan melarang kerana Allah maka dia telah lengkapimannya.” Dan barangsiapa yang mencintai, membenci, memberi dan melarang kerana nafsunya,menunjukkan kurangnya iman yang wajib padanya. Maka wajib padanya bertaubat dari perkaratersebut dan kembali kepada apa yang dibawa oleh Allah dan juga RasulNya. Dan redha kepadaAllah dan Rasul nya keatas hawa nafsunya dan segala perbuatannya. .Berkata Wahib bin Al-Ward: “Telah sampai kepada kami, wallahualam, sesungguhmya Musaas telah berkata: “Ya tuhanku berilah wasiat kepada aku.” Allah swt. berkata: “Aku mewasiat kanengkau, (3 kali), Aku mewasiatkan engkau tidak akan ada datang pada engkau sesuatu perkaramelainkan memberi kesan kepada engkau seingga menambahkan cinta kepada Aku diatas yanglainnya, maka sesiapa yang tidak melakukan tersebut maka Aku tidak mengasihaninya.”Seperti yang diketahui pengunaan kekata Al-Hawa adalah bermaksud: “Cenderung kepadasesuatu yang tidak hak.” Sepertimana firman Allah swt: “Dan janganlah dikau mengikuti hawanafsu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah.” Saad: 26Dan juga dalam ayat 40 dan 41 surah An-Naaziat, Allah swt berfirman: “Dan adapun orang -orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya,maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya.”Akan tetapi kadang-kadang Al-Hawa juga dimaknakan sebagai kecintaan dan kecenderungan,maka ketika ini ia adalah kecenderungan kepada kebenaran, dan mungkin juga ia khususkepada kecintaan. Dan ditanya Safwan bin Asaal: “Adakah engkau pernah mendengar Rasulullahmenyebut tentang Al-Hawa? Maka dia pun menjawab: “Nabi saw. pernah ditanya tentang lelakiyang mencintai sesuatu kaum tetapi tidak tidak mengikuti mereka,maka Nabi saw. pun menjawab:“Seseorang itu pada apa yang dia cintai”.Dan ketika ayat ini diturunkan: “Kamu boleh menangguhkan (mengauli) siapa yang kamukehendaki di antara mereka (isteri-isteri) kamu dan boleh pula mengauli siapa yang kamukehendaki.” Al-Ahzab : 51Maka berkata Aisyah r.h. kepada Nabi s.a.w. : “Tidaklah aku melihat Tuhanmu kecuali Dialebih terdahulu daripada hawa kecenderunganmu”.Dan telah berkata Saidina Umar Al-Khattab r.a. pada kisah perbincangan tentang tawanantawananperang Badr: “Maka hawa kecenderungan Rasulullah mengikuti apa yang dikatakanAbu Bakar dan tidak kepada apa yang aku katakan.” Dan hadith ini yang menunjukkan tentangpenggunaan makna Al-Hawa iaitu bermakna kecintaan yang Mahmudah.Wallahu ‘alam.Masjid <strong>Khadijah</strong> 47

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!