10.07.2015 Views

Kandungan - Khadijah Mosque

Kandungan - Khadijah Mosque

Kandungan - Khadijah Mosque

SHOW MORE
SHOW LESS
  • No tags were found...

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Simposium Tasauf - Masjid <strong>Khadijah</strong>, Ahad 26 March 2006Hadith yang dikeluarkan oleh Imam Ahmad dari riwayat Ghudhaif bin Harisah At-Thamaalibeliau berkata : Telah dibangkitkan kepadaku Abdul Malik bin Marwan ( seorang khalifahUmawiyyah ) sambil berkata : Sesungguhnya kami telah menyatukan urusan orang ramai atasdua perkara :1- Khatib mengangkat tangan ketika berdoa pada hari Jumaat2- Mengadakan tukang cerita selepas solat Subuh dan solat Asar.Berkata Udhaif : Adapun keduanya adalah satu contoh bid’ah bagiku, aku tidak akanmemperkenannya dengan sesuatu apa pun , sebab Nabi s.a.w pernah bersabda : Tidaklah satu kaumitu mencipta bid’ah melainkan Allah akan angkat seumpamanya dari amalan sunnah, makaberpenganglah dengan sunnah adalah lebih baik dari ciptaan bid’ah.’Telah diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a kata-katanya berikut : Telah bersabda Nabi s.a.w ‘ setiapbid’ah itu kesesatan’….adalah satu ‘perhimpunan kebaikan’ yang tidak mengeluarkan sebarangkekeliruan dari kekata ini, ia adalah usul yang agung dari usuludin dan ianya adalah seperti sabdanyayang berbunyi : Barangsiapa yang mengada-adakan dalam urusan kami perkara yang tidak berasaldarinya maka ianya ditolak’. Maka setiap kali ada yang mencipta sesuatu yang baru danmenisbahkannya kepada agama sedangkan sesuatu itu tidak mempunyai asas ( usul ) dalam agamayang menjadi rujukannnya , maka sesuatu itu adalah kesesatan, dan agama bebas serta bersih darinya,samada sesuatu itu berkaitan dengan masalah I’tiqad, amalan, pertuturan yang zahir mahu punyang bathin.Adapun apa yang berlaku dari kata-kata para salaf dari menerima setengah amalan bid’ahsebagai Istihsan (satu bab dari usul fiqih yang diterima dalam syariat), maka ianya adalah satubid’ah mengikut bahasa sahaja tetapi bukan mengikut syara’ sebagai contoh dalam perkara inikata-kata Saiyiduna Umar r.a apabila mengumpulkan orang pada mendirikan solat terawih dengansatu imam dalam masjid, beliau keluar dan melihat orang semua menunaikan solat juga laluberkata : Sebaik-baik bid’ah ialah perbuatan ini. Ada riwayat pula berbunyi dari Saiyiduna Umarberkata : Jika perbuatan ini termasuk bid’ah, adalah ianya sebaik-baik bid’ah.’Diriwayatkan dari Ubay bin Ka’ab berkata kepada Saiyiduna Umar : Ini perkara ( mengumpulkanorang untuk solat terawih berjamaah degan satu imam ) tidak pernah berlaku ? Berkata Umar :‘Aku tahu perkara itu tetapi perkara ini adalah sesuatu yang baik.’ Maksud bicara ini bahawaperbuatan Umar dalam mengumpulkan orang untuk solat terawih berjamaah dengan satu imamtidak pernah dilakukan Nabi s.a.w sebelum waktu tersebut , tetapi ianya mempunyai usul (berdasarkan asas ) yang disokong oleh syariat.Adalah dikhabarkan sesungguhnya Nabi s.a.w mengalakkan untuk menghidupkan malammalamRamadan dan Baginda mendorong mereka untuk menyukainya. Adalah para sahabatpada ketika itu menunaikan solat terawih dalam masjid dengan jamaah yang berbeza-beza imamdan ada juga solat sendirian-sendirian. Nabi s.a.w pula menunaikan solat bersama para sahabatdalam bulan Ramadan hanya pada satu malam sahaja.Kemudian Baginda tidak keluar untuk solat malam dengan mereka kerana khuatir akan difardhukan lalu mereka berasa berat untuk membangunkan ibadah malam tersebut dengankefardhuannya. Ini telah terjamin hukumnya sebagai sunnah selepas wafatnya Nabi s.a.w. Adapula riwayat dari Baginda menceritakan bahawa ‘ Sesungguhnya Baginda s.a.w pernahmenunaikan solat malam bersama para sahabat pada malam-malam yang sedikit bilangannyapada sepuluh malam yang terakhir dari bulan Ramadan’.Dari ini, Nabi s.a.w memerintahkan agar para Khulafa’ Rasyidin diikuti, dan dengan demikianjadilah ikutan khulafa’ rasyidin itu satu amalan sunnah dari sunnah-sunnah yang lain.Sesungguhnya orang ramai sepakat menghidupkan malam Ramadan dengan solat terawih dengansatu imam pada zaman Saiyiduna Umar, zaman Saiyiduna Osman dan zaman Saiyiduna Ali r.a.38 Masjid <strong>Khadijah</strong>

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!