10.07.2015 Views

Kandungan - Khadijah Mosque

Kandungan - Khadijah Mosque

Kandungan - Khadijah Mosque

SHOW MORE
SHOW LESS
  • No tags were found...

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Simposium Tasauf - Masjid <strong>Khadijah</strong>, Ahad 26 March 2006Diceritakan bahawa beberapa rumah telah terbakar di kota Basrah pada zaman Abu MmusaAl-Asy’ari, kecuali satu rumah sahaja yang tidak terjejas dengan kebakaran. Maka Abu Musapun bertanya kepada pemilik rumah tersebut. Beliau berkata ; “Sesungguhnya kau memohonkepada Tuhanku agar ianya terselamat”. Maka Abu Musa pun berkata bahawasanya aku telahmendengar Rasulullah saw berkata : “Pada umatku atau segolongan orang yang amanah apabilamereka bersumpah atas nama Allah (yakni memohon kepadaNya), maka Allah akan berikan”.Sesungguhnya Abu Muslim Al-Khaulani adalah orang yang terkenal dengan terkabulnya doa.Pada suatu ketika, seekor anak rusa sedang melintasinya. Lalu anak-anak kecil pun berkatakepadanya : “ Doakanlah kami agar kami terlepas dari binatang ini”. Lalu ia pun berdoa dan terlepaslahkanak-kanak tersebut dari binantang itu dan beliau pun menyelamatkan mereka. Dalam satu hikayatlain, beliau pernah mendoakan seorang wanita yang hilang penglihatannya, lalu Allah swt punmengembalikan penglihatannya kembali sehingga ia dapat melihat seperti sediakala.Seorang lelaki telah mendustakan Mutharrif Bin As-Syakhir. Mutharrif lalu mengatakankepadanya “Sekiranya engkau seorang pendusta, maka Allah swt akan membalasmu”. Makalelaki itu pun mati di tempatnya.Seorang lelaki dari kaum Khawarij telah merosakkan majlis Al-Hassan Al-Basri dan mengganggu tetamu-tetamunya. Apabila mereka terus diganggu, Al-Hasanpun berdoa : “Ya Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui gangguannya pada kami, makahentikanlah ianya dengan sesuatu yang Engkau hendaki. Lalu lelaki tersebut diketahui mati ditempat tidurnya”.Sesungguhnya Silah Bin Asyim telah kehilangan baghalnya beserta segala angkutannya.Beliau lalu solat dan berdoa : “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu agar kembalikanbaghalku beserta segala angkutannya”. Lalu baghalnya pun timbul di depan dirinya.Diceritakan bahawa pada suatu hari Murrah Bin Bariyyah merasa lapar lalu memohon Allahswt makanan. Kemudian beliau mendapati kurma-kurma segar dihidangkan di atas sebuah kaindibelakangnya. Beliau lalu memakan kurma-kurma tersbut dan diberikan kain itu kepada isterinyaMu’azah Al-‘Adawiyyah yang tergolong dari wanita-wanita yang salihah. SesungguhnyaMuhammad Bin Al-Munkadir pada suatu peperangan telah menerima pengaduan dari sahabatsahabatnya.Salah seorang dari mereka berkata : Sesungguhnya aku inginkan makanan yaknikeju dan kurma. Ibnu Al-Munkadir lalu berkata : “Mohonlah makanan dari Allah, nescaya Diaakan memberikannya padamu. Sesungguhnya Dia Maha berkuasa”. Maka mereka pun berdoamemohon Allah. Dalam masa yang singkat, mereka mendapati apa yang diinginkan. Sebahagianlagi mengatakan : “Kami memerlukan madu”. Ibnu Al-Munkadir pun mengatakan : “SesungguhnyaDia yang memberikan kamu keju dan kurma juga berkuasa memberikan kamu madu, makamohonlah kepadaNya”. Mereka pun berdoa dan kemudiannya mendapati madu di jalan lalu turunmengambilnya”. Sesungguhnya Habib Al-‘Ajami adalah orang yang terkenal dengan makbulnyadoa. Beliau pernah berdoa untuk seorang pemuda yang botak kepalanya. Beliau menangis dankemudian menyapukan kepada pemuda tersebut dengan air matanya. Kepala pemuda itukemudiannya dipenuhi dengan rambut seperti biasa, bahkan lebih elok lagi.Diceritakan pula bahawa seseorang pernah membeli makanan yang banyak lalu disedekahkankepada orang-orang miskin. Kemudiannya beliau menjahit sebuah kantong dan diletakkannyadibawah katilnya dan kemudian berdoa kepada Allah swt. Kemudian datang penjual makanantersebut untuk meminta wangnya. Beliau kemudian mengeluarkan kantongnya dari bawah katildan mendapati ianya penuh dengan wang dirham. Beliau menimbangnya dan mendapati ianya cukupuntuk dibayar kepada mereka.Diceritakan bahawa pada suatu hari ada seorang lelaki yang pernah berdoa hingga Habibmendapat penyakit sopak. Pada satu ketika, di sisi Malik Bin Dinar datang seorang lalu memarahiMalik kerana wang dirham yang telah dibahagikannya. Apabila keadaan berpanjangan, Habibpun berdoa : “Ya Allah, sesungguhnya semua ini telah menyibukkan kami dari mengingatiMu.Jauhkanlah kami darinya”. Lelaki tersebut lalu jatuh dan mati.20 Masjid <strong>Khadijah</strong>

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!