12.07.2015 Views

teks ucapan aluan ketua pengarah jabatan perancangan ... - JPBD

teks ucapan aluan ketua pengarah jabatan perancangan ... - JPBD

teks ucapan aluan ketua pengarah jabatan perancangan ... - JPBD

SHOW MORE
SHOW LESS
• No tags were found...

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

TEKS UCAPAN ALUANKETUA PENGARAHJABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNGMALAYSIASEMPENAMAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2012JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNGMALAYSIAPADA 28 MAC 20131/10

BismillahirrahmanirrahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera danSalam1 Malaysia.Saudara/Saudari Pengacara Majlis,YBhg. Datuk Arpah Binti Abdul Razak,Ketua Setiausaha,Kementerian Perumahan Dan Kerajaan TempatanYBhg. Datuk Noriah bt. HashimTimbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan)YBrs. En. Kamalruddin b. ShamsudinTimbalan Ketua Pengarah PerancanganJabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung MalaysiaYBrs. Dr. Dahlia bt. RoslyTimbalan Ketua Pengarah PembangunanJabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung MalaysiaMerangkapPengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang2012.2/10

Ketua-Ketua Jabatan Kementerian Perumahan dan Kerajaan TempatanPengarah-pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa NegeriPengarah-Pengarah Bahagian dan Pengarah Pejabat ProjekDato‟-Dato‟ dan Datin-DatinPegawai yang diraikan dan keluargaTuan-tuan dan Puan-puan serta warga Jabatan Perancangan Bandar danDesa Semenanjung Malaysia yang dihormati sekalianDato‟-Dato‟, Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan1. Alhamdulillah segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat AllahS.W.T kerana dengan limpah kurnia dan inayah-Nya jua maka dapatkita bersama-sama sekali lagi pada pagi ini di dalam Majlis AnugerahPerkhidmatan Cemerlang (APC) 2012.2. Saya bagi pihak JPBD berasa amat berbesar hati dan mengucapkanribuan terima kasih di atas kesudian YBhg. Datuk Arpah Binti AbdulRazak, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan Dan Kerajaan3/10

Tempatan meluangkan masa untuk menyempurnakan Majlis APC2012 ini. Kehadiran YBhg. Datuk begitu bermakna kepada semuawarga JPBD yang hadir pada hari ini.3. Saya juga merakamkan ucapan penghargaan kepada YBhg. DatukNoriah Binti Hashim, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan),semua tetamu yang turut bersama pada hari ini. Sokongan yangdiberikan oleh YBhg.Dato‟-Dato‟, Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian akan menyemarakkan lagi semangat kami untuk terusberkhidmat membangunkan negara ke tahap lebih baik dari segisosial, ekonomi dan alam sekitar melalui perancangan bandar yangberkesan dengan mengamalkan budaya kerja cemerlang.SAMBUTAN APC 2012Hadirin Yang Dihormati sekalian,4. Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) merupakan saluranuntuk mengiktiraf daya usaha, dedikasi dan komitmen pegawaipegawaiyang telah memperlihatkan kecemerlangan denganmenghasilkan mutu kerja yang melebihi keperluan tanggungjawabbiasa bagi jawatannya.5. Bersesuaian dengan tema majlis pada tahun ini iaitu “BintangHarapan, Legasi Gemilang”, para penerima Anugerah PerkhidmatanCemerlang ini diibaratkan seperti bintang-bintang yang membawasinar harapan dan merupakan penyambung legasi kegemilanganperancangan bandar.4/10

6. Pada tahun 2012 seramai 63 orang pegawai telah disenarai sebagaipenerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Tahniah dan syabasdiucapkan atas pencapaian perkhidmatan cemerlang. Saya berharapsemua penerima anugerah dapat mengekalkan prestasi ini keranamereka dianggap sebagai penanda aras pencapaian prestasi.7. Bagi semua pegawai, jadikanlah penganugerahan ini sebagaipembakar semangat untuk terus berusaha agar pada tahun hadapanmereka juga akan turut berada di pentas menerima anugerah yangsama. Saya amat berharap agar mutu kerja dan kecemerlanganyang diperlihatkan oleh para penerima anugerah ini akan dicontohi.8. Untuk makluman semua, selain daripada markah Laporan NilaianPrestasi Tahunan (LNPT) yang merupakan antara kriteria pemilihanpenerima-penerima APC, amalan kerja yang baik serta nilai etikadan keperibadian yang tinggi juga diambilkira semasa penilaiandibuat antaranya adalah aktif di dalam aktiviti-aktiviti rasmi Jabatanatau aktiviti yang dianjurkan persatuan dan memberikan sumbangankepada organisasi, perkhidmatan awam, komuniti, daerah, negeri,negara dan peringkat antarabangsa.9. Majlis hari ini juga turut memberi penghargaan kepada 14 orangpegawai yang telah setia berkhidmat sebagai penjawat awamselama 30 tahun. Kesetiaan tuan/puan kekal di JPBD khususnya dandalam perkhidmatan awam amnya amat dihargai.JPBD SEIRING PERKHIDMATAN AWAM BERJIWA RAKYATYANG BERTARAF DUNIAHadirin yang dihormati sekelian,5/10

10. Dikesempatan ini, ingin saya ingatkan kepada semua warga JPBDagar sama-sama kita menghayati dan melaksanakan hala tujupenjawat awam seperti yang digariskan oleh YAB Perdana Menteri.Perkhidmatan Awam menjadi fokus paling dasar dalam memastikanAgenda Transformasi Negara menjadi realiti. Perkara paling asasadalah memantapkan sahsiah penjawat awam sehingga sampai kesatu tahap yang lebih membanggakan.11. Justeru itu, kepada semua warga JPBD yang juga merupakansebahagian daripada keluarga besar penjawat awam, perlulahbersifat waja di samping memperkukuhkan perpaduan dan jati diriagar dapat meningkatkan keupayaan diri untuk terus mendokongkejayaan dasar-dasar Negara bagi melahirkan impak yang berkesandalam memberi kepuasan kepada rakyat.12. Selain itu Yang Berhormat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib TunAbdul Razak, menerusi Majlis Perdana Perkhidmatan Awam XIII(MAPPA XIII) pada 11 Mac 2013 baru-baru ini mengingatkan parapenjawat awam supaya menjaga integriti dengan menjauhi tiga„penyakit‟ utama yakni rasuah, salah guna kuasa dan membocorkanmaklumat kerajaan yang boleh menjejaskan kewibawaan dankeberkesanan sektor awam disamping 9 perkara yang diumumkandalam Sistem Saraan Transformatif (SST) yang banyak memberikelegaan dan kegembiraan kepada kita penjawat awam.13. Dalam menterjemah dan merealisasikan hasrat ini, JPBD telahmerancang pelbagai aktiviti untuk memastikan kita sentiasa dekatdan memenuhi keperluan rakyat melalui program-program Public6/10

Engagement dalam rancangan-rancangan pembangunan, keperluanAkta, perkongsian data/maklumat dan program sebaran danpemahaman (out reach).14. JPBD telah melaksanakan kolaborasi dengan pelbagai Jabatan danagensi dalam membantu Jabatan memenuhi tanggungjawab danmelaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan dengan jaya danberkesan. Ini mencerminkan satu bentuk transformasi di SektorAwam dalam membina kepercayaan dan hubungan erat antaraKerajaan dan masyarakat.15. Demi mewujudkan sebuah perkhidmatan awam bertaraf dunia yangberlandaskan ciri-ciri telus, dinamik dan progresif, JPBD tetap tidakketinggalan. Seperti yang kita sedia maklum, salah satu cara dimana Kerajaan mengubah sistem penyampaian awam adalahmelalui kaedah pelaksanaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan(NBOS). JPBD turut berbangga dengan kepercayaan dantanggungjawab yang diberikan oleh KPKT sebagai Urusetia Indukdalam pelaksanaan My Beautiful Neighbourhood dan Kempen MyBeautiful Malaysia Day dalam menabur bakti dan jasa secara teruskepada rakyat.MELAHIRKAN PEGAWAI JPBD YANG BERFIKIRANMELANGKAUI KEBIASAAN16. Dalam mengisi agenda negara dan keperluan rakyat masa kini,perkhidmatan awam memerlukan penjawat awam yang boleh“berfikir” melangkaui kebiasaan bagi mencari jalan yang terbaikuntuk menyelesaikan sesuatu permasalahan atau kelemahan yangada.7/10

17. Matlamatnya adalah supaya pelanggan berpuas hati berurusandengan Kerajaan dan berpuas hati dengan perkhidmatan yangdiberikan serta menyanjung tinggi sikap responsif dan keprihatinanyang kita amalkan. Sesungguhnya kepuasan pelanggan merupakansesuatu yang perlu diutamakan selaras dengan Gagasan 1Malaysia:“Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.”18. Warga JPBD perlu menjadi seorang penjawat awam yang mampuberfikir secara inovatif dan kreatif untuk menjadi yang terbaik danberupaya memberikan mutu perkhidmatan bertaraf dunia dalammemberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan mampudicapai demi mendukung aspirasi Kerajaan.19. Tugas dan tanggungjawab yang kita pikul ini adalah merupakanamanah Allah yang perlu dilaksanakan dengan penuh keikhlasandan ketelusan. Setiap ganjaran yang diberikan samada dalam bentukbayaran gaji atau penghargaan seperti yang diterima oleh parapenerima anugerah perkhidmatan cemerlang hari ini adalahmerupakan satu pengiktirafan.20. Justeru itu, jadikanlah kejayaan para penerima anugerah hari inisebagai penyuntik semangat kepada semua dalam memberikanmutu perkhidmatan yang lebih baik untuk tahun hadapan dan tahuntahunyang akan datang. Kualiti perkhidmatan yang diberikan olehsemua pegawai menggambarkan pencapaian Jabatan secarakeseluruhanya.PENUTUP8/10

Hadirin yang dihormati sekelian,21. Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, saya menyeru dan berharapagar semua warga JPBD akan sentiasa berusaha untuk menerapkanbudaya kerja berprestasi tinggi atau high perfomance culture dalamsetiap tugas yang dilaksanakan bagi memastikan kejayaan dankecemerlangan Jabatan yang berterusan.22. Akhir kata, saya sekali lagi mengalu-alukan dan berterima kasih diatas kehadiran YBhg. Datuk Arpah binti Abd.Razak, KetuaSetiausaha, Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan, YBhg.Datuk Noriah Binti Hashim, Timbalan Ketua Setiausaha(Pengurusan) Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan, dif-difjemputan, Dato‟-Dato‟, Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan keMajlis APC pada kali ini. Setinggi-tinggi penghargaan juga kepadaJawatankuasa Sambutan yang telah menguruskan segala persiapanbagi Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2012ini bagi memastikan kelancarannya.Sekian, terima kasihWabillahitaufik WalhidayahWassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.9/10

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!