12.07.2015 Views

perpustakaan - UTHM Library - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

perpustakaan - UTHM Library - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

perpustakaan - UTHM Library - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

SHOW MORE
SHOW LESS
  • No tags were found...

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Misteri Metalurgi Dalam Malapetaka TitanicOleh : Sabri SarbiniARTIKEL PILIHANJudul Majalah: Dewan KosmikPengarang: Muhammad Nuruddin BashahNo. ISSN : 01286576Bulan/Tahun : Januari 2010No. Panggilan : Q4 .D48Muka Surat : 14 - 16Penerbit : Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993-Maklumat Langganan : April 1994 hingga kiniTITANIC dipercayai berasal daripada nama satu dewa gergasi jahat yang perkasa pada pandangan orang Yunani. Lantaran itu,nama sebuah kapal penumpang terbesar keluaran Ireland UK pada tahun 1911 dinamakan Titanic yang turut bersaing dengan kapalpenumpang Cunard Line’s Lusitania dan Mauretania.Perancangan awal telah dibuat untuk membina tiga jenis kapal daripada White Star Liners dan bersaing dengan Lusitania dan Mauretaniadengan memperkenalkan perkhidmatan kapal penumpang mingguan untuk penumpang dari Southampton, England ke NewYork City. Kapal besar yang pertama ialah RMS Olympic dan RMS Titanic, manakala RMS Britanic yang dibina kemudiannya gagaldigunakan kerana hanya dijadikan hospital laut semasa perang dunia pertama.“Pelayaran Sulong” ialah pelayaran pertama sesebuah kapal setelah siap dibina yang dilakukan dalam upacara gilang gemilang.Malangnya, nasib yang menimpa RMS Titanic tidak sentiasa cerah seperti permulaannya. Misi pelayaran Titanic berakhir dengankaramnya kapal tersebut secara mendadak dan tidak disangka-sangka.Kegagalan FizikalKegagalan besi Titanic menahan ketulan ais besar tersebut bukan sekadar dikaji melalui daya lasak tetapi kemampuan logamnya darisegi impak tenaga semasa berada dalam suhu sejuk. Graf peralihan mulur-rapuh telah lama dikaji sebelum penciptaan kapal gergasiberkenaan. Bagaimanapun kapal tersebut boleh terkeluar daripada piawaian apabila ia menjadi rapuh dalam suhu sejuk yang bolehdikatakan tidak terlalu melampau? Di sini teori metologi disambung pula oleh para penganalisi konspirasi kegagalan Titanic yangdicipta oleh White Star Liners kepunyaan Belfast, United Kingdom.Punca utama peristiwa hitam itu ialah keterbatasan ilmu metologi pada waktu itu terutama dalam menyediakan besi keluli yangbukan sahaja tahan dan kuat, tetapi tidak rapuh pada suhu sejuk. Analisis dan kajian mendalam hanya beroleh kejayaan beberapatahun kemudian. Selepas karamnya Titanic, The White Star cuba mengubahsuai kapal RMS Britanic agar tidak mengalami nasibyang sama melalui penambahan ketebalan besi dinding sebanyak dua lapisan. Dalam ilmu metologi moden, hal ini tidak akan menyelesaikanmasalah melainkan spesifikasi besi diubahsuai sesuai dengan suhu sejuk melampau di lautan Atlantik. Kegagalan besiini dipanggil peralihan mulur-rapuh.Fenomena ini berlaku dalam logam yang berstruktur kubus berpusatkan jasad atau BCC seperti keluli berkarbon rendah, yangmenjadi rapuh pada suhu rendah dan pada kadar terikan yang amat tinggi. Namun begitu, jika Titanic menggunakan besi kubus berpusatkanmuka atau FCC, ia boleh menyelamatkan keadaan kerana besi sebegini kekal mulur dan kuat pada suhu sejuk ekstrem.Dalam logam, pengubahan plastik sifat logam berlaku pada suhu bilik melalui pergerakan ubah kedudukan atom. Tekanan kudadiperlukan untuk menggerakan atom, mengubah ikatan atom, struktur Kristal, sempadan butir dan zarah-zarah mendakan. Jika tekananyang diperlukan untuk menggerakan atom terlalu tinggi, logam akan gagal dan perambatan rapuh akan berlaku. Dalam logamFCC, daya yang diperlukan untuk ubah kedudukan atom tidak terlalu bergantung pada suhu dan kekal mulur pada suhu sejuk.Lanjutan dari fenomena inilah jurutera mula mencipta ujian kriogenik. Kriogenik ialah kajian pengeluaran logam – 150 darjah C,-238 darjah F atau 123 K.13

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!