13.07.2015 Views

bperpustakaan - UTHM Library - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

bperpustakaan - UTHM Library - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

bperpustakaan - UTHM Library - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

BERSAMA PENGARANGKenali Prof. Madya Ayob bin Hj. JohariDisediakan Oleh: Siti Afifah Che IsmailRadio Frequency Identification adalah kaedah identifikasimanusia atau objek secara automatik melalui gelombangradio dengan menggunakan tag RFID. Mutakhirini, teknologi RFID banyak diaplikasikan dalam pelbagai industri.Selaras dengan pemilihan teknologi RFID sebagai fokus keluaranbuletin kali ini, Bersama Pengarang memperkenalkan seorang tokohakademik yang tidak asing lagi di universiti ini iaitu Prof. Madya Ayobbin Hj. Johari, Timbalan Dekan (Akademik & Antarabangsa), FakultiKejuruteraan Elektrik & Elektronik (FKEE).Prof. Madya Ayob adalah graduan Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikdan Elektronik dari Aberdeen, Scotland dan Sarjana Sainsdalam bidang Telekomunikasi dari Cardiff, Wales. Beliau pernahberkhidmat di Politeknik Ungku Omar, Ipoh dan Politeknik Kuching,Sarawak dengan jawatan terakhir beliau adalah sebagai PemangkuPengetua di Politeknik Kuching, selama tiga tahun. Pengalaman beliau mentadbir sebuah politeknik telahbanyak membantu beliau dalam perancangan dan pembangunan kurikulum di fakulti, khususnya apabilamula berkhidmat sebagai pensyarah di Jabatan KejuruteraanElektrik <strong>UTHM</strong> pada 1 Januari 1996 (ketika itu<strong>UTHM</strong> dikenali sebagai Pusat Latihan Staf Politeknik)hinggalah sekarang. Pada tahun 2001, beliau dinaikkanpangkat sebagai Profesor Madya di Fakulti TeknologiKejuruteraan dan memegang jawatan giliran sebagaiTimbalan Dekan. Kemudian, beliau sekali lagi dilantiksebagai Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa)di Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE)iaitu jawatan yang beliau sandang sehingga sekarang,hasil daripada penstrukturan semula fakulti-fakulti danselaras dengan penamaan semula ITTHO kepada KUiT-THO pada tahun 2004.Prof. Madya Ayob aktif dalam penyelidikan dan pembangunan, selain banyak menghasilkan dan membentangkertas kerja seminar dan persidangan di peringkat nasional dan antarabangsa. Walau bagaimanapun, dalambidang penyelidikan beliau lebih cenderung kepada bidang kejuruteraan komunikasi seperti GSM, GPS, wayarlesRF, microstrip antenna dan RFID (Radio frequency identification). Melalui PRITRAC (Private VehicleTracking & Control Using SMS), salah satu penyelidikan beliau dalam bidang kejuruteraan komunikasi danmikropengawal, beliau telah berjaya mencipta satu sistem pengesanan lokasi dan kelajuan suatu kenderaanyang dipasang dengan sistem tersebut dengan hanya menggunakan sistem pesanan ringkas melalui telefonmudah alih. Beberapa geran jangka pendek universiti juga diperoleh dalam penyelidikan aplikasi, sehinggabeliau mempelopori perolehan peralatan terkini seperti sistem GPS, GSM Modem dan sistem RFID yangbukan hanya diperlukan dalam penyelidikan beliau, tetapi juga dimanfaatkan bagi pelaksanaan projek tahunakhir pelajar. Selain bertindak sebagai Ketua Penyelidik, beliau juga berperanan sebagai penyelidik bersamaketua penyelidik lain dalam bidang electronic sensors yang digunakan dalam high speed weigh in motion yangsedang dilaksanakan.muka surat 04

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!