06.12.2012 Views

penerbitan - uthm library

penerbitan - uthm library

penerbitan - uthm library

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Tinta Ketua Pengarang

Buletin Perpustakaan kali ini tampil dengan topik-topik menarik

yang pasti memberi informasi terkini dalam pencarian

maklumat para pembaca. “Pencarian maklumat” merupakan

istilah yang cukup sinonim dalam kehidupan harian seseorang

individu terutamanya dalam proses pembelajaran,

pengajaran dan penyelidikan. Perasaan ingin tahu tentang

sesuatu perkara membawa kita meneroka sumber-sumber

informasi sama ada dalam bentuk bercetak, elektronik atau

atas talian. Sepanjang pemerhatian saya sebagai seorang

pustakawan, kebanyakan pencari maklumat masa kini lebih

selesa untuk mengakses internet dan membuat pautan kepada

mana-mana enjin pencari maklumat (search engines)

yang tumbuh bak cendawan di alam maya alaf ini.

Pencarian maklumat melalui enjin pencari maklumat seakan

sudah menjadi trend dan amalan pencari maklumat. Senario

ini berlaku kerana pencari maklumat rata-rata menganggap

enjin pencari maklumat sebagai satu platform untuk

memenuhi keperluan maklumat mereka dengan mudah.

Tidak salah untuk anda memilih Google atau Yahoo untuk

membuat carian maklumat. Namun, adakah anda pernah

terfikir berapa lama masa yang telah terbuang untuk memilih

maklumat yang betul-betul relevan dan tepat setelah

mendapati hit carian terlalu banyak? Keputusan carian pasti

akan bercampur aduk dengan maklumat lain yang tidak

berkaitan. Mungkin artikel ilmiah tertentu dapat dicapai,

tetapi apabila ingin memuat turun anda pasti akan diminta

untuk memasukkan katalaluan tertentu atau anda dikehendaki

melanggan dan membayar amaun tertentu. Hinggakan

kadang-kadang sesetengah pencari maklumat ilmiah

atau akademik kecewa. Lantas memilih alternatif lain untuk

memuat turun sesuatu artikel. Umpamanya, menghubungi

pihak perpustakaan seandainya pustakawan tersebut dapat

menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Seharusnya para pencari maklumat khususnya di kalangan

warga universiti ini peka dengan perkhidmatan semasa dan

terkini yang ditawarkan oleh pihak perpustakaan. Seandainya

sumber maklumat bercetak atau elektronik tidak dapat

memenuhi keperluan maklumat anda, tidak salah rasanya

seandainya para pembaca terus mengakses sumber maklumat

atas talian yang dilanggan daripada mengusutkan

fikiran dengan pilihan keputusan carian yang terlalu banyak

daripada enjin pencari maklumat. Seandainya berita arkib

yang dicari, pihak kami sediakan NSTP e-Media. Seandainya

tesis yang dicari, pihak kami sediakan Proquest Dissertation

and Theses. Seandainya piawai yang dicari, pihak kami

sediakan British Standards Online dan Malaysian Standards

Online System. Seandainya buku atau artikel jurnal yang

dicari, pihak kami memberikan pelbagai pilihan pangkalan

data, buku elektronik atau jurnal elektronik dalam pelbagai

bidang yang terdiri daripada ACM Digital Library, ASCE

Research Library, ASME Digital Library, IEEE Xplore, Emerald

Management Xtra, E-brary dan sebagainya. Kebanyakan

sumber maklumat ini membenarkan anda memuat turun

teks penuh tanpa sebarang bayaran. Untuk maklumat lanjut,

anda boleh melayari http://lms.uthm.edu.my/equip/

elibrary/m_pangkalandata.jsp, http://lms.uthm.edu.my/

equip/elibrary/e_ebooks.jsp atau http://lms.uthm.edu.my/

equip/elibrary/e_journals.jsp. Jadi, pilihan adalah di tangan

anda... Bagi pihak perpustakaan, kami mengharapkan agar

para pengguna dapat mengoptimumkan penggunaan kesemua

sumber maklumat atas talian yang dilanggan bagi

mendapatkan informasi yang betul-betul relevan dengan

keperluan maklumat anda.

3

4

7

8

10

12

13

14

15

16

16

KANDUNGAN

Bil. 2 / 2008

FOKUS

Teknologi Telekomunikasi

BERSAMA PENGARANG

Prof. Madya Dr. Mohd. Idrus bin Hj. Mohd. Masirin

SUDUT PEMBANGUNAN DIRI

Ceburi Bidang Keusahawanan

SOROTAN PERISTIWA

Karnival Sukan Staf 2008 (Olahraga)

Aktiviti Kelab Pustaka di Kota A Famosa

Kursus Peningkatan Kemahiran Staf Perpustakaan 2008

Lawatan Ke Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI

BAHAN TERKINI

Bahan Terpilih Yang Boleh Diakses daripada Buku elektronik

Knovel

ARTIKEL PILIHAN

Melahirkan Siswa Ulul Albab

KOLEKSI

Koleksi Tesis Ijazah Sarjana Yang Dihasilkan oleh Staf

Akademik UTHM

PERKHIDMATAN

Buku Elektronik Knovel

TIP

Carian Fielded Search Knovel

KEMUDAHAN

Loker Berkunci Memudahkan Pengguna Menyimpan Beg

Komputer Riba

ETIKA PENGGUNAAN PERPUSTAKAAN

Etika Penggunaan Mesin Pencetak

Sidang Redaksi 2008

PENASIHAT

Zulkiply Yahyin

KETUA PENGARANG

Norhaslini Abd. Alim

PENGARANG

Suhaimi Mohd. Sukor

Siti Afifah Che Ismail

Hisyam Abd. Shukor

Faizul Sahari

Khairunnisa Ahmad

Mohd. Noor Hasman Mohd. Tumari

Md. Hafiz Abu Bakar

Sabri Sarbini

Mat Roslan Maseral

REKABENTUK/GRAFIK

Sabarina Che Mat

JURUFOTO

Sharul Ahmad

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!